teks pengacara majlis jasamu dikenang bakat 2012 auto saved)

Upload: rozziana

Post on 15-Jul-2015

406 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Untuk dikongsi bersama ahli-ahli Bakat yg mahu berjinak-jinak menjadi MC

TRANSCRIPT

TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN JASAMU DI KENANG BAKAT 4 RAMD 2012Tarikh : 26hb Februari 2012 Masa : 2.30 petang Tempat : CUE KETIBAAN TETAMU SKRIP PENGACARA Mengumumkan ketibaan Pn. Basariah bt Idris, Mantan Pengerusi Bakat 4 RAMD, Tapah. Majlis mengalu-alukan ketibaan Puan. Para Hadirin sekalin, Bagi memulakan majlis pada petang ini, dipersilakan tetamu jemputan dan semua hadirin sekalian untuk sama-sama berdiri bagi menyanyikan Lagu Bakat. Dengan segala hormatnya dipersilakan. y Lagu Bakat dimainkan

NYANYIAN LAGU BAKAT

Terima Kasih. Hadirin dipersilakan duduk. Bismillahhirrahmannirrahim Bunga kecubung berwarna ungu Ditatah berlian batu bermutu Adat Melayu menyambut tetamu Hamparkan tikar lebarkan pintu Yang dialukan, 1. Yang Berusaha Pn. Basariah bt Idris Mantan Pengerusi Bakat 4 RAMD, Tapah 2. Yang Berusaha Pn. Raden Suriani Mantan Naib Pengerusi Bakat 4 RAMD, Tapah 3. Yang Berusaha Pn. Naib Pengerusi Bakat 4 RAMD, Tapah 4. Yang Berusaha Pn 5. Ibu-Ibu Bakat, Barisan Ahli Jawatankuasa Bakat 4 RAMD, puanpuan dan seterusnya para hadirin yang saya hormati sekalian.

SOLUTATION

1

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh dan salam sejahtera. Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. ALUAN / PEMBUKA BICARA MC Kapal dagang dari seberang Penuh muatan kayu meranti Dari jauh puan-puan datang Dengan senyum kami menanti Alhamdulillah, seiringan kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia dan izinnya kita dapat samasama dipertemukan pada Majlis Jasamu Dikenangini. Terlebih dahulu, majlis mengalu-alukan kehadiran dan melakarkan kalungan budi terima kasih diatas kesudian tetamu yang diraikan dan puan-puan bagi memeriahkan majlis kita pada petang ini. Lebat kemiri pohonnya rendah, Dahan terikat tali perkasa; Sepuluh jari kami menadah, Mohon berkat yang Maha Esa. BACAAN DOA Para hadirin sekalian, Bagi memberkati majlis pada petang ini, dengan segala hormatnya dijemput __________________________________ untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan. Amin-amin Ya Rabbil alamin. Semoga majlis kita ini mendapat keberkatan-Nya. Insya-Allah. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, ALUAN / PEMBUKA BICARA MC Majlis minum petang Jasamu Dikenang ini adalah bagi meraikan majlis perpisahan Mantan Pengerusi BAKAT kita, Pn. Basariah bt Idris yang telah pun bertukar keluar pada 23hb Februari yang lepas. Sesungguhnya, selama 2 tahun beliau bersama kita banyak jasa, tenaga dan idea telah beliau sumbangkan pada Bakat kita.

2

Adat bahasa menyampaikan pesan Adat upacara menyampaikan ucapan Pergi ke kota beli selasih, Sayang si dara buat halwa; Berilah kata simpulan kasih, Sulamkan mesra satukan jiwa. UCAPAN ALUAN NAIB PENGERUSI Para hadirin sekalian, Bagi meneruskan majlis pada petang ini, dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha Pn ___________________________________________, Naib Pengerusi Bakat 4 RAMD untuk menyampaikan ucapan aluan. Dipersilakan. Untaian madah kata alaun Untaian ingatan sepanjang zaman Terima kasih diucapkan kepada ________________________atas ucapan itu tadi. Yang ditunggu sudah tiba Yang dinanti sudah bersedia Tunduk menguning serumpun padi Pohon palas di pinggir hutan Tuan mencurah selaut budi Tidak terbalas segunung intan Para hadirin sekalian, Bagi meneruskan majlis pada petang ini, dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan Yang Diraikan Yang Berusaha Pn Basariah bt Idris, Mantan UCAPAN YANG Pengerusi Bakat 4 RAMD untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. DIRAIKAN Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn. Basariah atas ucapan itu tadi. Sesungguhnya Tiap pertemuan pasti ada perpisahan Itu adat, itu lumrah kehidupan Begitulah rentetan perjalanan Walau sukar untuk ditelan Tapi kaki tetap mengorak jalan Selagi hayat dikandung badan Mudah-mudahan ianya dapat memberikan sumber inspirasi untuk renungan buat kita semua.

3

ACARA Sebagai tanda simbolik majlis kita pada petang ini, dipersilakan Yang Diraikan Pn. MEMOTONG Basariah untuk memotong pulut kuning sebagai tanda kasih dan sayang kami pada PULUT KUNING puan. Dipersilakan. Kalau tuan pikat cemara, Buatlah bara bakar selasih; Sudilah tuan jamu selera, Hidangan mesra pengikat kasih. Sungguh indah bunga kemboja, Di bawah atap tepi halaman; Juadah sudah letak di meja, Sudilah santap tuan budiman. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Dengan itu, majlis menjemput Yang Diraikan, puan-puan, hadirin dan hadirat sekalian untuk bersama-sama menikmati hidangan yang telah disediakan. Dipersilakan. Dari madinah ke pengkalan Jeddah Sarat bermuat buah pala Berucap sudah makan pun sudah PERSEMBAHAN Marilah kita berhibur pula y Rujuk lampiran - Senarai persembahan

JAMUAN

Tanjung emas sudah ternama PERSEMBAHAN Istana Johor di kuala Danga KARAOKE Persembahan nyanyian meneruskan acara sebagai halwa santapan telinga. Para hadirin sekalian, Seterusnya, majlis penyampaian cenderahati kepada yang diraikan. Untuk makluman hadirin, turut diraikan bersama pada petang ini adalah seramai .............................................................. ahli-ahli Bakat yang antaranya telah bertukar keluar dan bersara pada tahun 2011/2012. Dengan ini, bagi menyempurnakan majlis pemyampaian cenderahati ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Pn.............................................., untuk mengiringi Yg Berusaha Pn ............................................, Naib Pengerusi Bakat 4 RAMD naik ke pentas untuk menyempurnakan majlis. Dipersilakan. Untuk itu, dipersilakan.. y Rujuk senarai nama penerima cenderahati bertukar keluar/bersara

MAJLIS PENYERAHAN CENDERAHATI PERSARAAN / BERTUKAR KELUAR

4

Kuning emas masaknya padi Mawar merah dalam jambangan Terima kasih daun keladi Budi puan jadi kenangan Anak Perak berbudi bahasa, Luhur hati tetamu dimulia, Sumbangan diberi tanda berbudi, Seikhlas hati sepenuh jiwa. Seterusnya, dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan Yang Diraikan Pn.Basariah bt Idris, Mantan Pengerusi Bakat 4 RAMD untuk naik ke pentas menerima tanda kenangan dari Bakat 4 RAMD. Dipersilakan. Disini kasih kita bersemi Tiba masanya melangkah pergi Seuntai kasih sekalung budi Atas sumbangan jasa dan bakti Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn kerana sudi menyampaikan cenderahati tanda kenangan sebentar tadi.

MAJLIS PENYERAHAN CENDERAHATI MANTAN PENGERUSI

y Mainkan Muzik Intrumental Mohram Menuju Cahaya Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Sekapal kita sepelayaran Sekereta kita seperjalanan Sepadang kita sepermainan Segelanggang kita seperguruan Seperinduk kita seperjuangan Sampai masanya berpisah jua Sebelum itu, terimalah bait-bait kata, nukilan khas untuk kita semua. y Rujuk Lampiran - Sajak Salam Perpisahan

PRA PENUTUP

5

Sebelum saat perpisahan itu menjelma sebelum detik pemergian itu bermula berbanyak ucap kasih dan rindu dendam semoga hari esok berbunga buah kejayaan bersama sihatnya tubuh badan bersama kuatnya tindak iltizam bersama bersihnya hati nurani Umpama berjalan dah sampai ke batas Umpama berkayuh dah sampai ke pulau Umpama memanjat dah sampai ke puncak Entah sireh salah sorong Entah kata salah tutur Terimalah salam, salam bersantun Salam yang mohon maaf Salam yang mohon ampun Sesungguhnya, yang baik itu dari Allah SWT, dan yang buruk datang dari kelemahan kami sendiri. Dengan ini, saya sudahi dengan wabillahitaufik wahidayah, wassalamualaikum WB.. y y Lagu Pelangi Petang - Sudirman, PadaMu Ku Bersujud Afgan, Bila Waktu Telah Berakhir - Opick dimainkan Yang Diraikan meninggalkan majlis sambil bersalaman dengan tetamu yang hadir

PENUTUP

6

Kau Tinggalakan Rindu Di Sini Izinkan Kami Menatap Sebak Di Dadamu Untuk Kutulis Simfoni Lagu Pada Sepi Pergunungan Sendu Berikan Kami Sekadar Sekelumit Waktu Kami Ingin Sebentar Melayan Sembilu Kerana Kami Tahu Masa Terkenang Berangkat Lalu Tiada Kesempatan Minta Di Tunggu Langkah-Langkahmu Tertinggal Di Pintu Kami Kutip Kenangan Itu Satu Demi Satu Dan Kami Pupukkan Irama Rindu Kami Simpan Di Kotak Pilu Nostalgia Indah Merawang Di Kalbu Kami Tahu Sudah Makna Perpisahan Penghujung Masa Kau Lebarkan Sayapmu Di Luar Sana Mencari Destinasi Baharu Singgahsana Lalu Doa Kami Sulamkan Bersama Kami Tahu Sudah Akan Kau Mengalih Arah Lembaran Ingatan Mewarna Sejarah Titipan Masa Lampau Meniti Terjah Sekujur Kami Akur Mengaku Pasrah Walau Disini Keringatmu Masih Basah Pasti Ada Gerimis Gugur Ke Tanah Membasahi Pelosok Limbah Pudarlah Senyum Dan Tawa Semyummu Pengubat Duka Tanduslah Pendapat Kata Pendapatmu Pencetus Minda Pupuslah Jua Petah Bicara Bicaramu Menjana Jaya Samarlah Langkah-Langkah Perkasa Langkah Nan Bertatah Jasa Pada Seluruh Persada Hati-Hati Pilu Kami Tegur Mengintaimu Kerana Masih Panas Jejakmu Menginjak Jalan-Jalan Kelikir Berbatu Natijahnya...Disini Kau Tinggalkan Rindu Buat Kami Menggapai Mercu

7

PELANGI PETANG Kumeniti awan yang kelabu Kutempuhi lorong yang berliku Mencari sinar yang menerangi Kegelapanku Kupercaya pasti suatu masa Sang suria kan menyinar jua Membawa harapan yang menggunung Bersamanya... Engkau tiba bagaikan pelangi Tak bercahya namun kau berseri Tapi cukup menghiburkan Hati ini Seharian waktu bersamamu Tak terasa saat yang berlalu Bagai pelangi petang kau kan pasti Pergi jua...

8