majlis perpisahan kpe - lgmpc.com.my · pdf filepada 24 februari 2014 satu majlis perpisahan...

12
“Man feelings are always purest and most glowing in the hour of meeting and farewell’. - Johann Paul Friedrich Richter En. Shahriman juga memberikan hadiah mewakili Ladang Begia kepada KPE. Encik Roslan turut memberikan hadiah mewakili LGMPC kepada KPE. Wahh! Besarnya hadiah dari Ladang Panti. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Petikan dari penulis masyhur Jerman, Johann Paul Friedrich Richter, “Man feelings are always purest and most glowing in the hour of meeting and farewell’. Pada 24 Februari 2014 satu majlis perpisahan untuk Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC telah diadakan di Banquet Hall, Tingkat 2, Bangunan Getah Asli (Menara) yang dihadiri oleh semua kakitangan ibupejabat LGMPC dan beberapa wakil kakitangan dari ladang-ladang. Kepantasan waktu, seringkali menyebabkan kesibukan dengan tugas seharian dan pelbagai komitmen membuatkan kita terasa dan adakalanya kita tidak perasan bahawa waktu begitu pantas meninggalkan kita. Sepantas itu jugalah tempoh perkhidmatan Encik Edward Anthony Lajinga bersama LGMPC. Tiada kata lebih bermakna dari ucapan jutaan terima kasih dan sekalung budi penghargaan dititipkan khas buat Encik Edward Anthony Lajinga. Beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif mulai 16 Februari 2012 hingga 15 Februari 2014. Segala usaha dan pembaharuan yang beliau telah laksanakan akan dikenang serta sentiasa dihargai oleh semua kakitangan LGMPC. Keluaran 19 Bilangan 1/2014 www.lgmpc.com.my MAJLIS PERPISAHAN KPE Jasamu Disanjung, Memori Dikenang Gambar kenangan bersama kakitangan LGMPC

Upload: lykien

Post on 05-Feb-2018

317 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS PERPISAHAN KPE - lgmpc.com.my · PDF filePada 24 Februari 2014 satu majlis perpisahan untuk Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC telah diadakan di ... Jasamu Disanjung, Memori Dikenang

“Man feelings are

always purest and

most glowing in the

hour of meeting

and farewell’.

- Johann Paul Friedrich

Richter

En. Shahriman juga memberikan hadiah mewakili Ladang Begia kepada KPE.

Encik Roslan turut memberikan hadiah mewakili

LGMPC kepada KPE.

Wahh! Besarnya hadiah dari Ladang Panti.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Petikan dari penulis masyhur Jerman, Johann Paul Friedrich Richter, “Man feelings are always purest and most glowing in the hour of meeting and farewell’. Pada 24 Februari 2014 satu majlis perpisahan untuk Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC telah diadakan di Banquet Hall, Tingkat 2, Bangunan Getah Asli (Menara) yang dihadiri oleh semua kakitangan ibupejabat LGMPC dan beberapa wakil kakitangan dari ladang-ladang. Kepantasan waktu, seringkali menyebabkan kesibukan dengan tugas seharian dan pelbagai komitmen membuatkan kita terasa dan adakalanya kita tidak

perasan bahawa waktu begitu pantas meninggalkan kita. Sepantas itu jugalah tempoh perkhidmatan Encik Edward Anthony Lajinga bersama LGMPC. Tiada kata lebih bermakna dari ucapan jutaan terima kasih dan sekalung budi penghargaan dititipkan khas buat Encik Edward Anthony Lajinga. Beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif mulai 16 Februari 2012 hingga 15 Februari 2014. Segala usaha dan pembaharuan yang beliau telah laksanakan akan dikenang serta sentiasa dihargai oleh semua kakitangan LGMPC.

Keluaran 19Bilangan 1/2014

www.lgmpc.com.my

MAJLIS PERPISAHAN KPEJasamu Disanjung, Memori Dikenang

Gambar kenangan bersama kakitangan LGMPC

Page 2: MAJLIS PERPISAHAN KPE - lgmpc.com.my · PDF filePada 24 Februari 2014 satu majlis perpisahan untuk Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC telah diadakan di ... Jasamu Disanjung, Memori Dikenang

Tinta Pengarang Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya Buletin

LGMPC Bilangan 1 tahun 2014 ini dapat diterbitkan. Penerbitan berita

LGPMC ini merupakan susulan kepada berita keluaran yang terdahulu.

Ia merupakan manifestasi kepada kesungguhan dan ketekunan

warga kerja LGMPC dalam merealisasikan hasrat untuk meningkatkan

imej Perbadanan sekaligus menjana perubahan positif ke arah

meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan. Penceritaan tentang kejayaan

dan pencapaian LGMPC haruslah dilihat dari sudut peningkatan

motivasi dan pemupukan nilai kasih kerja di kalangan kakitangan,

banyak kejayaan berputik daripada semangat kerja berpasukan dan

inovasi warganya. Pemaktuban warkah berupa berita ini diharapkan

dapat merakamkan detik lipatan sejarah aktiviti-aktiviti penting LGMPC

sepanjang setengah tahun yang pertama bagi tahun 2014. Artikel

berbentuk ilmiah turut dimuatkan dalam buletin ini dengan harapan ia

dapat mencambah serta menjana potensi dan kompetensi di kalangan

warga LGMPC dalam melaksanakan amanah yang telah diberi.

Sekian, terima kasih.

Yahya Azmuddin Ayob

Sidang RedaksiPenasihatYahya Azmuddin Bin AyobPemangku Ketua Pegawai Eksekutif

Penyunting BeritaHaji Iskandar Zulkarnain HussinIntan Saidatul Balqiah KamarudinAbdul Rahman IsmailFatin Shazwani Md Johari

Penyumbang BeritaMat Ariffin IbrahimMohd Amin DeramanShahriman Abdul SamadAbdul Rahman IsmailFadzilah AhmadAbdul Hamid HassanNur Fairuz Baharin

JurugambarSaiful Rizal Ghazali

Diterbitkan oleh LGM PROPERTIES CORPORATIONTingkat 3 Bangunan Getah Asli148, Jalan Ampang 50450 Kuala LumpurTel: 03-2171 1177 Fax: 03-2171 1151 / 03-2164 4529

––––––––––––––––––––––––––

Sidang Redaksi Berita LGMPC 2014 mengalu-alukan sebarang bentuk cadangan / artikel / komen daripada warga LGMPC. Sila kemukakan ke [email protected]

2

Page 3: MAJLIS PERPISAHAN KPE - lgmpc.com.my · PDF filePada 24 Februari 2014 satu majlis perpisahan untuk Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC telah diadakan di ... Jasamu Disanjung, Memori Dikenang

ke Ladang LGM BegiaDato’ Suki Mee, Pengerusi LGMPC telah membuat lawatan ke Ladang LGM Begia, Sik, Kedah pada 11 April 2014. Beliau turut diiringi oleh Encik Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC bagi melihat perkembangan ladang dan mengadakan sesi perjumpaan bersama kakitangan dan pekerja ladang. Bersempena dengan kursus dalaman asas pengurusan kelapa sawit yang dijalankan pada masa yang sama, beliau berbesar hati menyampaikan sijil kepada para peserta dan cenderahati kepada tenaga pengajar.

LAWATAN PENGERUSI & PKPE

KHABAR DARI LADANG

Dato’ Suki Mee menyampaikan cenderahati kepada tenaga pengajar.

Dato’ Suki Mee menyampaikan sijil kepada peserta kursus.

3

Page 4: MAJLIS PERPISAHAN KPE - lgmpc.com.my · PDF filePada 24 Februari 2014 satu majlis perpisahan untuk Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC telah diadakan di ... Jasamu Disanjung, Memori Dikenang

KHABAR DARI LADANG

Naik Taraf Stor Baja Ladang LGM PantiLadang LGM Panti telah menaiktaraf stor baja dengan membina platform (alas) bagi menempatkan bekalan baja yang digunakan. Usaha ini turut dilihat bagi mengekalkan dan menjaga kualiti baja itu sendiri.

Ramp BTS Baru Ladang LGM BegiaPihak ladang sentiasa mempertingkatkan produktiviti pengeluaran dengan menyediakan kemudahan yang bersesuaian. Oleh itu, pembinaan 1 unit ramp BTS baru di kawasan Blok 10/00 telah siap sepenuhnya dan telah digunakan untuk mengangkut BTS dari ladang. Tujuan pembinaan ialah untuk mempercepatkan proses penghantaran BTS ke kilang.

“Kami sentiasa memastikan kesemua baja disimpan dalam keadaan baik bagi mengelakkan sebarang masalah di masa akan datang, mana lah tahu kan, macam-macam perkara boleh terjadi” ujar Encik Muhammad Farid Omar, Penyelia Ladang .

4

Page 5: MAJLIS PERPISAHAN KPE - lgmpc.com.my · PDF filePada 24 Februari 2014 satu majlis perpisahan untuk Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC telah diadakan di ... Jasamu Disanjung, Memori Dikenang

KHABAR DARI LADANG

Dua Kebakaran di Ladang LGM Begia

Cegah kebakaran bersama Jabatan BOMBA Muadzam Shah

Kebakaran pertama telah berlaku pada 28 Februari 2014 di Blok 10/00 pada jam 5.00 petang. Kebakaran telah berjaya dikawal oleh kakitangan dan pekerja ladang serta pihak bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak. Jumlah pokok sawit yang terlibat dalam kebakaran ini adalah sebanyak 15 pokok dan punca kebakaran disebabkan oleh cuaca yang terlalu panas dan pembakaran terbuka.

Pada 05 Mei 2014, Jawatankuasa OSHA di peringkat ladang telah menjalankan aktiviti demonstrasi kebakaran bersama Jabatan BOMBA Muadzam Shah. Aktiviti demonstrasi ini dianjurkan bagi memastikan kakitangan dan semua pekerja sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran khususnya dikawasan perumahan dan ladang.

Kebakaran kedua pula berlaku pada 5 Mac 2014 di sempadan Blok 10/00 pada jam 6.00 petang. Kebakaran yang berpunca daripada aktiviti penebangan hutan di Hutan Simpan Bukit Enggang telah berjaya dikawal sepenuhnya oleh kakitangan dan pekerja ladang serta bantuan pihak bomba dari Jabatan Bomba Sukarela Jeniang. Jumlah pokok sawit yang terlibat dalam kebakaran ini adalah sebanyak 20 pokok.

Pegawai bomba memberikan taklimat ringkas berkenaan pencegahan kebakaran

Aktiviti demonstrasi sedang dijalankan

5

Page 6: MAJLIS PERPISAHAN KPE - lgmpc.com.my · PDF filePada 24 Februari 2014 satu majlis perpisahan untuk Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC telah diadakan di ... Jasamu Disanjung, Memori Dikenang

KHABAR DARI LADANG

Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC, Encik Edward Anthony Lajinga telah membuat lawatan kerja ke Ladang LGM Pahang Tenggara pada 5 hingga 6 Februari 2014. Mereka telah disambut oleh En Rosli, Pengurus Ladang LGM Pahang Tenggara. Beliau diiringi oleh Tuan Haji Iskandar, turut dibawa meninjau kawasan ladang, kawasan perumahan kakitangan dan perumahan pekerja. Encik Edward juga telah mengambil kesempatan dari sesi lawatan tersebut dengan mengadakan sesi perjumpaan bersama kakitangan Ladang LGM Pahang Tenggara.

Lawatan KPE ke Ladang IBAM 5-6 Februari 2014

Pengerusi LGMPC Tinjau Ladang PantiPada 26 Jun 2014, Dato’ Suki Mee, Pengerusi LGMPC telah mengadakan lawatan ke Ladang LGM Panti, Kota Tinggi, Johor. Beliau diiringi oleh Encik Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif dan juga Encik Roslan, Pengurus Kanan (Perladangan). Dato’ Suki Mee turut diberi taklimat berkenaan perkembangan ladang dan kebajikan pekerja-pekerja di sana. Pemberian sumbangan kurma telah diberikan kepada pekerja-pekerja ladang dan juga kakitangan sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan.

Dato’ Suki Mee menyampaikan sumbangan kepada kakitangan.

Dato’ Suki Mee meluangkan masa bersama kakitangan.

6

Page 7: MAJLIS PERPISAHAN KPE - lgmpc.com.my · PDF filePada 24 Februari 2014 satu majlis perpisahan untuk Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC telah diadakan di ... Jasamu Disanjung, Memori Dikenang

KURSUS

Kursus Asas Pengurusan Ladang Kelapa Sawit

Kursus dalaman asas pengurusan ladang ini diadakan pada 9 hingga 11 April 2014 bertempat di Ladang LGM Begia, Sik, Kedah. Kursus ini adalah yang kedua kalinya bagi kakitangan ladang dimana tenaga pengajarnya adalah terdiri daripada Pegawai Pengurusan LGMPC iaitu En Roslan Sukeimi (Pengurus Kanan, Perladangan), En Shahriman Abd Samad (Pengurus Ladang) dan En Mat Ariffin (Penolong Pengurus Ladang). Kursus ini turut diisi dengan taklimat dari Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia oleh Tuan Haji

Iskandar mengenai Polisi dan Peraturan LGMPC yang perlu diketahui dan dipatuhi serta difahami oleh kakitangan LGMPC. Kursus ini dihadiri oleh seramai empat (4) orang kakitangan dari Ladang LGM Begia, lima (5) orang dari Ladang Pahang Tenggara, tiga (3) orang dari Ladang LGM Panti/Penawar. Menurut maklumbalas peserta, kursus seperti ini perlu diteruskan dan dijalankan pada setiap tahun.

Pada 14 hingga 16 Mei yang lalu, Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia telah menganjurkan kursus dalaman berkaitan penggunaan “Lintramax Plantation System” yang khusus kepada bidang akaun. 10 orang kakitangan LGMPC yang terdiri daripada kakitangan daripada Ladang LGM Pahang Tenggara dan Ladang LGM Panti telah mengikuti kursus tersebut bertempat di Ladang LGM Panti pada 14 hingga 16 Mei 2014. Menurut En Rahman, Pembantu Tadbir I, intipati kursus ini adalah bertujuan bagi memberikan latihan penggunaan sistem pengurusan ladang. Tenaga pengajar bagi kursus ini adalah Encik Lim dan Encik Kelvin dari Lintramax (M) Sdn. Bhd., manakala pelatih kursus adalah terdiri daripada En. Mat Ariffin, En. Muhd Farid, En. Mohd Yusof, En. Rahman, Puan Fadzillah dan Pn. Nurazreen.

Kursus Dalaman - Kemahiran Penggunaan “Lintramax Plantation System” (Ladang LGM Panti)

Peserta memberikan sepenuh perhatian terhadap intipati kursus.

Peserta meninjau rumah burung hantu.

7

Page 8: MAJLIS PERPISAHAN KPE - lgmpc.com.my · PDF filePada 24 Februari 2014 satu majlis perpisahan untuk Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC telah diadakan di ... Jasamu Disanjung, Memori Dikenang

Bermula 28 Mei hingga 30 Mei 2014, bahagian Hartanah telah membuat lawatan seliaan ke banglo LGM Pantai Timur yang disewakan sekitar Kuantan, Raub, Kemaman, Batu Buruk, Kuala Krai dan Tanah Merah. Antara kerosakan yang dicatatkan adalah bumbung bocor, paip air yang tidak berfungsi dengan baik, panel siling tercabut dan sebagainya. Laporan telah dibuat dan tindakan susulan diambil bagi menyelesaikan permasalahan tersebut. Menurut Cik Nur Fairuz, Penyelia Hartanah II, tindakan susulan telah diambil dengan membaik pulih semua kerosakan oleh kontraktor yang dilantik dan kerja baikpulih dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

Seliaan Kerosakan Banglo Pantai Timur

Tangki air yang bocor dan melimpah

Panel siling

tercabut

Pada 22 Mac 2014, pemasangan ‘Guard Rail’ telah dibuat pada mesin autopay di laluan masuk Kompleks Bangunan Getah Asli (KBGA). “Pemasangan ini bertujuan bagi mengelakkan sebarang kenderaan dari melanggar mesin tersebut seperti yang pernah terjadi sebelum ini”, ujar En Abdul Hamid, Chargeman LGMPC. Pemasangan ini wajar dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku pada masa hadapan.

‘Guard Rail’ Untuk Mesin Autopay

Kerja baikpulih dijalankan. Kerja mengecat dijalankan.

Keadaan mesin yang dilanggar.

BERITA HARTANAH8

Page 9: MAJLIS PERPISAHAN KPE - lgmpc.com.my · PDF filePada 24 Februari 2014 satu majlis perpisahan untuk Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC telah diadakan di ... Jasamu Disanjung, Memori Dikenang

BERITA HARTANAH

Pada 25 Mac 2014, kerja membaikpulih jubin lantai, tangga dan tembok serta membina lantai baru di bahagian tepi dan belakang kafeteria LGMPC.

Kerja-kerja mengganti siling dan siling tee yang rosak di tingkat 13, Bangunan Getah Asli (Menara) telah dibuat pada 20 Mac 2014.

Pada 23 Mei 2014, kerja baikpulih ‘booster pump’ telah dilakukan berikutan masalah ketiadaan air pada Bangunan Getah Asli (Menara).

Kerja-kerja Penyelenggaraan KBGA9

Page 10: MAJLIS PERPISAHAN KPE - lgmpc.com.my · PDF filePada 24 Februari 2014 satu majlis perpisahan untuk Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC telah diadakan di ... Jasamu Disanjung, Memori Dikenang

EKSTENSI

Pada 26 Mei 2014, pihak Ladang LGM Begia telah menganjurkan ceramah sempena sambutan Israk Mikraj. Ceramah telah diadakan di Surau Ladang LGM Begia dengan dihadiri oleh penduduk setempat dan juga kakitangan Ladang sendiri. Pihak Ladang LGM Begia telah menjemput Ustaz Ismail Mahmud dari Jabatan Agama Islam Sik, Kedah untuk menyampaikan ceramah. Tujuan program ceramah ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan, komitmen dan integriti dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab khususnya kepada kakitangan ladang ini. Semoga dengan adanya program seperti ini dapat memberi banyak faedah dan kebaikan kepada semua kakitangan dalam meningkatkan jati diri serta iktibar untuk diamalkan dikalangan mereka pada masa akan datang.

Alhamdulillah, semoga program seumpama ini dapat diteruskan.

Saban tahun LGMPC tidak akan lupa melaksanakan tanggungjawab bagi pembayaran zakat. Justeru itu, En. Muhamad Farid Omar, Penyelia Ladang mewakili Ladang LGM Panti dan Ladang LGM Penawar telah menyerahkan sumbangan zakat tersebut di Pusat Zakat, Kota Tinggi, Johor. Wakil Pusat Zakat, Kota Tinggi mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Ladang LGM Panti atas kepekaan dalam melaksanakan syariat dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

En. Muhamad Farid Omar menyampaikan sumbangan zakat.

Tazkirah YaPEIM & Perjumpaan Kakitangan Bersama Pihak Pengurusan LGMPC

“Membeli Syurga Dengan Harta”. Begitulah tajuk tazkirah ringkas yang dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Tazkirah yang diadakan pada 15 Mei 2014 ini bertempat di Bilik Ridley Resource Centre, LGMPC. Tazkirah ini telah berlangsung selama 1 jam dengan menekankan perkongsian ilmu berkenaan membudayakan sedekah jariah

sebagai amalan dan bekalan di kemudian hari. Selepas sesi tazkirah bersama YaPEIM, program bersambung kepada perjumpaan kakitangan bersama pihak Pengurusan LGMPC bagi membincangkan sebarang perkara berbangkit. Selain itu, perjumpaan ini diadakan bagi kakitangan mengajukan permasalahan secara terus kepada pihak pengurusan.

Pembayaran Sumbangan Zakat

Majlis Sambutan Israk Mikraj

10

Page 11: MAJLIS PERPISAHAN KPE - lgmpc.com.my · PDF filePada 24 Februari 2014 satu majlis perpisahan untuk Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC telah diadakan di ... Jasamu Disanjung, Memori Dikenang

EKSTENSI

Sukan Hari Pekerja (Peringkat Ladang)Seperti tahun 2013, pada 24 Mei 2014 sekali lagi telah berlangsung Sukan Hari Pekerja yang diadakan di Gelanggang Serbaguna Ladang LGM Begia. Sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran kakitangan, pekerja-pekerja ladang dan juga penduduk sekitar selain keluarga kakitangan Ladang LGM Begia telah memeriahkan lagi suasana program tersebut. Sukan Hari Pekerja ini turut dilihat sebagai salah satu medium bagi merapatkan hubungan silaturahim dan memupuk nilai-nilai murni yang lain seperti nilai kekeluargaan, nilai pasukan dan semangat kesukanan yang tinggi. Diharapkan program-program seperti ini akan diteruskan di masa akan datang bagi mengekalkan suasana harmoni dan persekitaran pekerjaan yang positif di kalangan pekerja.

Salam PerkenalanKelahiran Yang IndahKelahiran baru bagi tahun ini terus disambut dengan kelahiran bayi lelaki oleh pasangan En Abdullah Sani dan pasangan Pn Siti Zuraina Abdul Zaman. Bayi comel ini diberi nama Akmal Faiz Bin Abdullah Sani yang dilahirkan pada 17 Januari 2014. Pasangan sejoli di Utara, En Azuan dan Pn Haslinda Abdul Kirom telah dikurniakan anugerah terindah dengan kelahiran cahaya mata tersayang selepas setahun mendirikan rumah tangga yang diberi nama Muhammad Thaqif Amsyar. Kelahiran pada 27 Mei 2014 ini diharapkan dapat menambah kebahagian dan keserian keluarga mereka dan sentiasa dilindungi di bawah rahmat-Nya. LGMPC berasa sukacita menerima kelahiran seterusnya oleh pasangan Pn Nurazreen Binti Abd Ghafar dan suami, En Mohd Sarani yang telah dikurniakan seorang bayi lelaki. Putera mereka diberi nama Muhammad Adiff Ilham Bin Mohd Sarani yang dilahirkan pada 30 Januari 2014. Tahniah buat semua yang menerima ahli baru dalam keluarga mereka. Diharapkan bayi-bayi comel ini akan membesar dengan sihat. Amin.

Salam Perkenalan buat kakitangan LGMPC yang baru iaitu Puan Analia@Amalia Veleriano yang ditempatkan di Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia. Beliau memegang portfolio sebagai Pembantu Tadbir II bermula pada 16 April 2014. Sebelum ini beliau telah berkhidmat di beberapa syarikat swasta antaranya Yayasan Sabah dan Kenanga Investment Bank. Harapan beliau yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah ini agar beliau dapat memberikan khidmat terbaik kepada organisasi dan kerja dapat dilakukan bersama-sama sebagai satu kumpulan serta toleransi antara satu sama lain diterapkan. “Saya gembira dapat berkenalan dengan rakan sekerja disini yang baik hati belaka”, ujar beliau lagi.

“Makan, jangan tak

makan”

“Pandai ke nak potong

tu?”

En. Shahriman menyampaikan hadiah kepada

pemenang.

Muhammad Thaqif Amsyar, permata hati En Azuan &

Pn Haslinda

Muhammad Adiff Ilham, putera Pn Nurazreen &

En Mohd Sarani

11

Page 12: MAJLIS PERPISAHAN KPE - lgmpc.com.my · PDF filePada 24 Februari 2014 satu majlis perpisahan untuk Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC telah diadakan di ... Jasamu Disanjung, Memori Dikenang

LGM PROPERTIES CORPORATIONTingkat 3, Bangunan Getah Asli, 148, Jalan Ampang, 50450 Kuala LumpurTel: 03-2171 1177 Fax: 03-2171 1151 / 03-2164 4529

www.lgmpc.com.my

Pengalaman Ditimba Pelajar Praktikal Meriahkan Ladang LGM Panti

Seramai tiga (3) orang pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang telah menjalani latihan praktikal bermula daripada 20 Januari 2014 hingga 28 Februari 2014. Mereka adalah Nurmurni Binti Mat Hussin, Khairun Nur Binti Ali dan Ezzalina Binti Ghazali yang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Sains (Kep.) Teknologi dan Pengurusan Perladangan. “Pengalaman dan segala tunjuk ajar yang diperolehi amatlah berguna buat kami walaupun pada mulanya kami agak risau masuk ke ladang. Terima kasih kerana sudi menerima kami dan memberikan tunjuk ajar sepanjang kami berada di sini”, ujar salah seorang pelajar praktikal, Cik Ezzalina Binti Ghazali.

“Dapat juga cuba alat ini ya”, ujar salah seorang pelajar praktikal.

Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia menerima dua orang pelajar yang menjalani latihan praktikal pada tahun ini iaitu Cik Asmin dan Encik Nazmi Mat Nor. Tempoh latihan industri bagi Cik Asmin Nur Izzati Bt Asmazaris, pelajar KPM Seri Iskandar bermula 13 Januari hingga 4 April 2014 menggarap seribu pengalaman yang boleh digunakan di masa akan datang. Tidak kurang juga bagi Encik Muhammad Nazmi iaitu pelajar Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, UiTM Kampus Melaka bermula pada 3 Februari hingga 20 Jun 2014 memberikan pengalaman baru buat beliau. Selain daripada itu, Bahagian Hartanah juga membuka pintu kepada Cik Nur Dhafina Binti Borhannudin, pelajar Sarjana Muda Sains (Pengurusan Harta Tanah), Universiti Teknologi Malaysia bagi menjalani latihan praktikal bermula 10 Februari hingga 22 Jun 2014. LGMPC berharap dengan peluang yang diberi, para pelatih dapat memanfaatkan segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang menjalani latihan industri.

Asmin Nur Izzati Bt Asmazaris

Muhammad Nazmi Mat Nor

Nur Dhafina Binti Borhanuddin

Cerita LawakDoktor

Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.

Doktor : “Selamat petang…”Pesakit : “Selamat petang Doktor!”Doktor : ” Ada masalah apa…?”Pesakit : “Telinga saya di masuki biji kacang hijau, Doktor : …”Doktor : “Biar saya periksa telinga anda!” setelah

diperiksa….Doktor : ”Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut…”Pesakit : “Apa caranya doktor?”Doktor : “Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan

pilihan kedua pula percuma…”Pesakit : “Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma

bagaimana?”Doktor : “Yang percuma kena sabar…”Pesakit : “Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya…?”Doktor : “Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti

jika sudah jadi tauge’ anda tinggal tarik keluar.”Pesakit : “Huh !!! *&^%$##@@%^”

Loyar Buruk

Pada suatu hari, Sham dan Cikgu Wati bertemu muka di kantin. Cikgu Wati bertanya pada Sham sama ada dia mampu atau tidak semasa menjawab soalan peperiksaan.

Cikgu : Sham, bolehkah kamu menjawab soalan bahasa Melayu?

Sham : Kacang aje, cikgu.Cikgu : Bagaimana pula dengan bahasa Inggeris?Sham : Kacang aje, cikgu.Cikgu : Bagaimana pula dengan mata pelajaran lain,

adakah kamu boleh jawab jugak?Sham : Kacang juga,cikgu.Cikgu : Kalau begitu, sudah tentu kamu akan mendapat

keputusan yang cemerlang nanti!Sham : Insya-Allah cikgu sebab semasa saya menjawab

soalan peperiksaan, saya selalu makan kacang…cikgu.

Cikgu : La…loyar buruk pulak budak ni!Sham : Aik cikgu…. macam mane cikgu tau cita2 saya nak

jadi loyar?Cikgu : (dengan perasaan marah pergi meninggalkan

tempat itu)