pahlawan negara jasa mu dikenang - jhev.gov.my · pdf filemajlis jasamu dikenang kepada 114...

24
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA | bil.1 edisi 2017 (JAN-JUN) | www.jhev.gov.my | PERCUMA PAHLAWAN NEGARA Jasa Mu Dikenang Jeneral Tun Ibrahim Ismail PENCAPAIAN TAHUN 2016 Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM ATM IKTIRAF Jasa Bakti Veteran Tentera PENDAFTARAN Persatuan Veteran

Upload: phamnga

Post on 05-Feb-2018

380 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PAHLAWAN NEGARA Jasa Mu Dikenang - jhev.gov.my · PDF fileMajlis Jasamu Dikenang kepada 114 Veteran ATM bertempat di Hotel Pelangi. MAJLIS PENGANUGERAHAN Pingat Jasa Malaysia (PJM)

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA | bil.1 edisi 2017 (JAN-JUN) | www.jhev.gov.my | PERCUMA

PAHLAWAN NEGARA Jasa Mu Dikenang

Jeneral Tun Ibrahim Ismail

PENCAPAIAN TAHUN 2016

Jabatan Hal Ehwal Veteran Atm

ATM IKTIRAF Jasa Bakti Veteran Tentera

PENDAFTARAN Persatuan Veteran

Page 2: PAHLAWAN NEGARA Jasa Mu Dikenang - jhev.gov.my · PDF fileMajlis Jasamu Dikenang kepada 114 Veteran ATM bertempat di Hotel Pelangi. MAJLIS PENGANUGERAHAN Pingat Jasa Malaysia (PJM)

2BU

LETI

N V

ETER

AN A

TM |

bil.

1 ed

isi 2

017

(JAN

-JU

N)

| w

ww

.jhev

.gov

.my

SEKAPUR SIRIH KETUA PENGARAHAssalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh.

Saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita bertemu lagi pada penerbitan Buletin Veteran ATM Bil. 1/2017 ini.

Bersesuaian dengan peredaran masa dan seiring dengan peningkatan tahap sosioekonomi yang semakin mencabar, Kementerian Pertahanan melalui JHEV ATM telah mengambil pendekatan baru penambahbaikan dalam menjaga kebajikan Veteran ATM melalui Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan meliputi perluasan Bantuan Persekolahan, Bantuan Bencana Alam, Bantuan Sara Hidup dan Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam. Berpandukan Teras Kebajikan yang merupakan salah satu daripada lima teras utama Program Hala Tuju MINDEF penekanan terhadap perkara melibatkan aspek kebajikan Veteran ATM, melalui agenda dan program-program kebajikan sosial sebagai antara aktiviti utama.

Pada awal tahun ini, pembayaran Insentif Khas Insurgensi untuk Veteran ATM telahpun dilaksanakan selaras pengumuman Bajet 2017 pada 28 Oktober 2016 dimana kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM55 juta bagi membayar insentif ini. Pembayaran ini melibatkan semua veteran yang hilangupaya kekal sebelum 1 Januari 2001 di mana kecederaan kekal mereka ini adalah disebabkan atau diperkaitkan dengan tugas semasa perkhidmatan. Bayaran Insentif Khas Insurgensi merupakan insentif tambahan kepada faedah hilangupaya yang dibayar sekarang. Penerima dan waris yang layak mendapat bayaran secara pukal dan juga secara bulanan.

Kebelakangan ini, JHEV ATM banyak menerima maklumat daripada Veteran ATM sendiri, keluarga mereka, persatuan atau orang ramai yang prihatin berkenaan Veteran ATM atau balu mereka yang sedang sakit, meninggal dunia atau yang dalam kesusahan. JHEV ATM amat berterima kasih kerana dengan adanya penyampaian

maklumat sebegini, baharulah dapat diambil tindakan dengan menghulurkan bantuan yang sewajarnya kepada Veteran ATM. Maklumat boleh disalurkan melalui JHEV ATM yang

berdekatan atau melalui telefon, surat, emel atau laman media sosial Jabatan.

Saya sebagai Ketua Pengarah JHEV ATM akan sentiasa memberi perhatian ke atas isu-isu berkaitan Veteran ATM selaras moto “Kesejahteraan Veteran ATM

Keutamaan Kami” agar para Veteran ATM akan dikenang sebagai seorang pahlawan negara

yang sentiasa terbela, dihormati dan dihargai selamanya. Apa yang penting adalah untuk Veteran ATM terus menyokong usaha-usaha baik kerajaan demi kesejahteraan negara dan kita semua. Sekian.

MEJ JEN DATO’ MOHAMAD KHIR BIN ABDULLAHKetua PengarahJabatan Hal Ehwal Veteran ATMKementerian Pertahanan

PENAUNGMej Jen Dato’ Mohamad Khir bin Abdullah

PENASIHATTuan Haji Abd Karim bin Haji Husain

KETUA EDITORMej Pandi ak Sman

PEN. KETUA EDITORMaria Bt Che Mat Nawi

EDITORIALUnit Komunikasi Korporat JHEV ATM Pengarah Cawangan Negeri

JURUFOTO DAN EDARANUnit Komunikasi Korporat JHEV ATM

DITERBITKAN OLEHJABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM, KEMENTERIAN PERTAHANAN301, Medan Tuanku,Jalan Tuanku Abdul Rahman,50100 Kuala LumpurTEL : 03-2050 8000FAKS : 03-2691 7564

REKA LETAK & DICETAK OLEHULTIMATE PRINT SDN. BHDLot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

SIDANG REDAKSI

© Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang, disimpan dalam sistem dapat kembali, atau disiarkan, dalam apa-apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit Majalah Veteran ATM. Sidang Editor berhak melakukan penyuntingan ke atas tulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya.

Page 3: PAHLAWAN NEGARA Jasa Mu Dikenang - jhev.gov.my · PDF fileMajlis Jasamu Dikenang kepada 114 Veteran ATM bertempat di Hotel Pelangi. MAJLIS PENGANUGERAHAN Pingat Jasa Malaysia (PJM)

3BU

LETIN VETERAN

ATM | bil.1 edisi 2017 (JAN

-JUN

) | ww

w.jhev.gov.m

y

KUALA LUMPUR - 2 FEB 2017 - Program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (RPEL) untuk Veteran ATM daripada kumpulan B40 yang dilaksanakan secara bersama antara Kementerian Pertahanan dan Kementerian Sumber Manusia dilancarkan oleh Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein di Wisma Perwira. RPEL bertujuan mengiktiraf pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dimiliki Veteran ATM menerusi penganugerahan sijil tahap empat dalam Sijil Kemahiran Malaysia.

Di majlis ini turut menyaksikan peme te ra i an memoradum persefahaman (MoU) mengenai perlaksanaan program itu di antara Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). Turut hadir ialah Menteri Sumber Manusia, Dato‘ Seri Richard Riot Jaem dan pegawai-pegawai pengurusan tertinggi kedua-dua kementerian.

MAJLIS PELANCARAN DAN MENANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN PROGRAM RPEL

50 RUMAH BEKAS PERAJURIT TIDAK BERKEMAMPUAN SIAP DIBINA

mAJLIS DAN PERIStIWA JHEV Atm 2017

SARAWAK – Kesemua 50 buah rumah dibawah Program Membaik Pulih Rumah Veteran 1Malaysia (1MVHRP) di Sarawak sudah siap dibina dan diserahkan kepada penerima yang merupakan Veteran ATM. Setiap rumah yang dibina membabitkan kos RM50,000.00, manakala kos membaikpulih ialah RM12,000.00. Pada tahun 2016, sebanyak 57 rumah 1MVHRP dibina dan kerja membaik pulih 84 buah rumah veteran di seluruh negara telah disiapkan. Program 1MVHRP ini membabitkan kerjasama di antara Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) dan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) serta Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk membantu Veteran ATM atau balu mereka yang daif dengan menyediakan kediaman lebih kondusif dan selesa.

Page 4: PAHLAWAN NEGARA Jasa Mu Dikenang - jhev.gov.my · PDF fileMajlis Jasamu Dikenang kepada 114 Veteran ATM bertempat di Hotel Pelangi. MAJLIS PENGANUGERAHAN Pingat Jasa Malaysia (PJM)

4

ATM IKTIRAF Jasa Bakti Veteran TenteraJasa dan sumbangan yang dicurah oleh Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa diiktiraf kerajaan khususnya dalam mempertahan kedaulatan dan keamanan dikecapi negara selama ini.Selain kesanggupan berkorban jiwa demi negara tercinta, warga veteran juga adalah generasi perintis legasi kecemerlangan yang dikecapi semua cabang ATM pada masa kini.

LEBIH RM3 BILION

Untuk Veteran ATM Tahun

Lalu

Panglima Angkatan Tentera, YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, selain mengiktiraf jasa bakti disumbangkan selama ini, kerajaan turut prihatin terhadap hal ehwal kebajikan golongan veteran dengan memberikan pembelaan yang sewajarnya.Beliau berkata, selain para veteran, kerajaan juga amat memahami dan prihatin terhadap nasib menimpa kalangan anggota tentera yang telah bersara melalui pelbagai usaha yang digembleng bagi memastikan segala keperluan mereka kekal terpelihara.

Antara usaha atau inisiatif telah dilaksana termasuk memperuntuk jumlah perbelanjaan sebanyak RM3.28 bilion pada tahun lalu.Peruntukan ini merangkumi pembayaran pencen, ganjaran dan faedah lain kepada semua anggota yang telah bersara atau berhenti daripada perkhidmatan sebanyak RM3.06 bilion, Bantuan Khas Kewangan (RM55.8 juta), Perubatan Veteran ATM (RM102.67 juta) dan Skim Bantuan Kebajikan sebanyak RM25.82 juta

4BU

LETI

N V

ETER

AN A

TM |

bil.

1 ed

isi 2

017

(JAN

-JU

N)

| w

ww

.jhev

.gov

.my

Page 5: PAHLAWAN NEGARA Jasa Mu Dikenang - jhev.gov.my · PDF fileMajlis Jasamu Dikenang kepada 114 Veteran ATM bertempat di Hotel Pelangi. MAJLIS PENGANUGERAHAN Pingat Jasa Malaysia (PJM)

5BU

LETIN VETERAN

ATM | bil.1 edisi 2017 (JAN

-JUN

) | ww

w.jhev.gov.m

y

29 Mac 2017 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Mohd Johari bin Baharum telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur kepada 67 orang Veteran ATM yang terdiri daripada Persatuan Veteran ATM Sikh Malaysia (MAFSVA).

Melaka, 14 Mac 2017 - Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 103 Veteran ATM di Dewan Seri Utama, Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka, Kompleks Seri Negeri. Penganugerahan PJM telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob, Yang di-Pertua Negeri Melaka. Majlis turut dihadiri oleh YAB Datuk Seri Utama Ir Hj. Idris bin Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka.

Muar, 11 Mac 2017 - Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) oleh Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein bersempena Majlis Jasamu Dikenang kepada 114 Veteran ATM bertempat di Hotel Pelangi.

MAJLIS PENGANUGERAHAN Pingat Jasa Malaysia (PJM)

Page 6: PAHLAWAN NEGARA Jasa Mu Dikenang - jhev.gov.my · PDF fileMajlis Jasamu Dikenang kepada 114 Veteran ATM bertempat di Hotel Pelangi. MAJLIS PENGANUGERAHAN Pingat Jasa Malaysia (PJM)

6

Penubuhan Induk. Menggunakan Borang 3 dan Borang 4 disamping menyertakan bersama

perlembagaan, senarai pemegang jawatan persatuan, penubuhan minit mesyuarat, salinan bendera, lambang, lencana atau panji-panji, senarai harta tak alih, salinan butir-butir kenyataan /akaun bank persatuan beserta Wang Pos RM100.00.

1

Penubuhan Cawangan. Menggunakan Borang 7 dan Borang 4 disamping menyertakan bersama per lembagaan

(sekiranya berlainan dengan induk), senarai pemegang jawatan persatuan, penubuhan minit mesyuarat, senarai harta tak alih, salinan butir-butir kenyataan /akaun bank persatuan beserta Wang Pos RM50.00.

2

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan sila hubungi talian: 03- 2050 8006/8017/8019

Pendaftaran Veteran. Menggunakan Borang 1 dan dimajukan kepada Jabatanarah Rekod dan Pencen Markas ATM.

Borang berkaitan boleh didapati di pejabat JHEV ATM Cawangan Negeri atau Ibu Pejabat JHEV ATM (Tingkat 2, Medan Tuanku) ATAU muat turun dari portal; www.jhev.gov.my. Permohonan lengkap boleh dihantar melalui JHEV ATM Cawangan Negeri yang berdekatan atau Ibu Pejabat JHEV ATM. JHEV Cawangan Negeri akan menyemak dan memajukan ke Ibu Pejabat JHEV ATM untuk proses selanjutnya.

3

PENDAFTARAN Persatuan Veteran

Secara amnya proses pendaftaran persatuan veteran adalah seperti berikut:

BULE

TIN

VET

ERAN

ATM

| b

il.1

edis

i 201

7 (J

AN-J

UN

) |

ww

w.jh

ev.g

ov.m

y

Page 7: PAHLAWAN NEGARA Jasa Mu Dikenang - jhev.gov.my · PDF fileMajlis Jasamu Dikenang kepada 114 Veteran ATM bertempat di Hotel Pelangi. MAJLIS PENGANUGERAHAN Pingat Jasa Malaysia (PJM)

7

Setelah AKTA VETERAN 2012 berkuatkuasa pada 15 Oktober 2015, Kad Veteran ATM (KV) akan dikeluarkan selepas Veteran ATM berdaftar dengan JHEV ATM termasuk juga bagi penukaran Kad Bekas Tentera (KBT) yang telah hilang atau rosak. Untuk kes kehilangan Kad Bekas Tentera, laporan polis hendaklah dilampirkan bersama borang yang dihantar.

Sila lengkapkan borang permohonan bersama dokumen-dokumen yang diperlukan beserta gambar. Dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut: a) salinan kad pengenalan (pesara dan isteri)b) salinan buku perkhidmatan c) salinan sijil nikah d) gambar berukuran pasport (1 keping)

Borang permohonan boleh didapati dari JHEV ATM Cawangan Negeri yang berhampiran atau dimuat turun dari laman sesawang www.jhev.gov.my

Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar ke; JABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM,KEMENTERIAN PERTAHANAN, Bahagian Pencen,Tingkat 8, Menara TH Perdana, 1001, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.

KAD VETERAN ATM

Permohonan KV secara terus terdapat di JHEV ATM Cawangan Negeri berikut:1. Kedah, Perlis dan Pulau Pinang2. Johor3. Kelantan dan Terengganu4. Sabah5. Sarawak

Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Kad Veteran ditalian 03-2050 8111

JADUAL(Peraturan 4)BORANG 1MALAYSIA

AKTA VETERAN 2012VETERAN (KEWAJIPAN PENDAFTAR, PENDAFTARAN VETERAN DAN PENDAFTARAN

PERSATUAN/PERTUBUHAN VETERAN) PERATURAN 2016PERMOHONAN PENDAFTARAN VETERAN

1. Nama : _____________________________________________________

2. No. Kad Pengenalan : ________________________________________________

3. No Tentera : ______________________ 4. Pangkat : ____________________

5. Tarikh Masuk Tentera : _______________ 6. Tarikh Bersara : _______________

7. Jumlah Bilangan Perkhidmatan :__________ tahun ( *Pencen / Tidak Berpencen )

8. Kategori Perkhidmatan : *Tetap ATM / Sepenuh Masa / Sukarelawan / Force 136 / Sarawak Rangers /

Tentera British berkhidmat di Tanah Melayu atau Singapura

9. Nama Pasangan : _______________________________________________________

10. No. Kad Pengenalan : __________________________ Tarikh Nikah : _________________

11. Alamat Surat Menyurat : ______________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

12. No. Telefon : (H) _____________________ (H/P) _______________________

13. Pengambilan Kad Veteran:a. Kad diambil sendiri di Ibu Pejabat JHEVb. Kad diambil sendiri di Pejabat JHEV Cawangan Negeri

c. Kad dipos ke alamat surat menyurat14. Akuan : Saya mengaku bahawa maklumat yang diberikan dalam borang ini adalah benar, betul

dan lengkap. Sekiranya saya didapati memberikan maklumat tidak benar atau palsu,

saya boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574)

Tandatangan _________________

Tarikh : _______________

Sila kemukakan dokumen sokongan berikut:1. 1 salinan kad pengenalan Veteran dan pasangan (Suami/Isteri)

2. 1 salinan Buku Pengakuan Perkhidmatan (BAT D 86/92/84) – muka surat mula hingga akhir

3. 1 keping gambar berwarna berukuran pasport –sila catat no.tentera di belakang gambar

4. 1 salinan sijil nikah

Untuk Diisi oleh Bahagian Pencen JHEV / Jabatan Arah Rekod dan PencenSokong / Tidak Sokong_________________________________(Tandatangan dan Cop)

Gambar UkuranPasport

CONTOH

BULETIN

VETERAN ATM

| bil.1 edisi 2017 (JAN-JU

N) | w

ww

.jhev.gov.my

Page 8: PAHLAWAN NEGARA Jasa Mu Dikenang - jhev.gov.my · PDF fileMajlis Jasamu Dikenang kepada 114 Veteran ATM bertempat di Hotel Pelangi. MAJLIS PENGANUGERAHAN Pingat Jasa Malaysia (PJM)

www.jhev.gov.my

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA • 2/2016 • PERCUMA

Mengurus Dan Menangani Isu-Isu Bakal Pesara Dan

Veteran AtM Dalam Soal Pembayaran Berhubung:

• Faedah-Faedah Persaraan

• Ganjaran• Pencen

UGaT

UrUsan GajI

anGKaTan TenTera MALAYSIA

LtAt

LeMBaGa TaBUnG

anGKaTan TenTera

jrP

jaBaTanarah

reKOd dan Pencen

One sTOP cenTre8

ONE STOP CENTRE JHEV ATM

Kementerian Pertahanan Malaysia melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) telah menubuhkan One Stop Centre bagi menguruskan dan menangani isu-isu yang dihadapi bakal pesara dan Veteran ATM termasuk dalam soal pembayaran berhubung dengan ganjaran, faedah pesaraan dan pencen.

One Stop Centre ini diwujudkan di semua pejabat JHEV ATM cawangan negeri-negeri di seluruh negara. Ini berperanan sebagai medium perhubungan diantara bakal pesara dan Veteran ATM dengan Jabatanarah Rekod dan Pencen (JRP), Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Berkuatkuasa pada 6 September 2016, melalui langkah ini, bakal pesara dan Veteran ATM tidak perlu lagi hadir ke JHEV ATM yang berpusat di Kuala Lumpur sebaliknya boleh terus berurusan dengan pejabat-pejabat JHEV ATM yang berhampiran.

Langkah proaktif ini dilihat mampu memudahkan bakal pesara dan Veteran ATM untuk melakukan pelbagai urusan seperti menyemak status pembayaran ataupun urusan lain. Ini kerana setiap maklumat pertanyaan daripada bakal pesara dan Veteran ATM dapat terus disalurkan kepada setiap agensi terbabit dengan lebih cepat dan tepat.

Untuk maklumat lanjut sila ke JHEV ATM Cawangan Negeri yang berhampiran.

BULE

TIN

VET

ERAN

ATM

| b

il.1

edis

i 201

7 (J

AN-J

UN

) |

ww

w.jh

ev.g

ov.m

y

Page 9: PAHLAWAN NEGARA Jasa Mu Dikenang - jhev.gov.my · PDF fileMajlis Jasamu Dikenang kepada 114 Veteran ATM bertempat di Hotel Pelangi. MAJLIS PENGANUGERAHAN Pingat Jasa Malaysia (PJM)

9

Kunjungan hormat Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato’ Mohamad Khir Abdullah ke Ibu Pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad pada 13 April 2017. Ketibaan Ketua Pengarah JHEV ATM di sambut oleh YBhg. Datuk Othman Mohamad, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Tujuan kunjungan ini diadakan adalah untuk mengenali media dengan lebih dekat serta mewujudkan kerjasama yang baik antara Jabatan dengan pihak media. Turut hadir ialah pegawai dan kakitangan JHEV ATM.

Lawatan Ketua Pengarah KE UTUSAN MALAYSIA

BULETIN

VETERAN ATM

| bil.1 edisi 2017 (JAN-JU

N) | w

ww

.jhev.gov.my

Page 10: PAHLAWAN NEGARA Jasa Mu Dikenang - jhev.gov.my · PDF fileMajlis Jasamu Dikenang kepada 114 Veteran ATM bertempat di Hotel Pelangi. MAJLIS PENGANUGERAHAN Pingat Jasa Malaysia (PJM)

10BU

LETI

N V

ETER

AN A

TM |

bil.

1 ed

isi 2

017

(JAN

-JU

N)

| w

ww

.jhev

.gov

.my

Majlis Ihya’ Ramadhan ATM Dan Veteran ATMJITRA 10 Jun 2017 - 6 RAMD telah diberi tanggungjawab untuk menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia dan Dato’ Seri DiRaja Ahmad Bashah bin Md Hanapiah, Menteri Besar Kedah. Majlis telah diadakan di Padang Kawad Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu DiRaja. Turut sama hadir YB Dato’ Seri Mohd Johari bin Baharum, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Yang Mulia Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Lt Jen Datuk Azizan bin Md Delin, Panglima Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Mohd Khir bin Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli bin Jaafar, Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia dan Brigedier Jeneral Dato’ Dzulkarnain bin Ahmad, Panglima Briged Keenam Infantri Malaysia.

Seramai 1500 anggota tentera dan Veteran ATM telah hadir untuk sama - sama memeriahkan majlis. Majlis turut diisi dengan pemberian cek bayaran Insentif Khas Insurgensi kepada 32 orang Veteran ATM yang cedera serta barangan keperluan kepada balu-balu tentera. Selepas selesai berbuka puasa, solat maghrib secara berjemaah turut diadakan sebelum Menteri Pertahanan berangkat pulang. Dikesempatan ini juga Menteri Pertahanan dan PAT telah berpeluang untuk berjumpa dan bermesra dengan warga Maroon serta Veteran ATM yang berada di sekitar utara tanah air.

Page 11: PAHLAWAN NEGARA Jasa Mu Dikenang - jhev.gov.my · PDF fileMajlis Jasamu Dikenang kepada 114 Veteran ATM bertempat di Hotel Pelangi. MAJLIS PENGANUGERAHAN Pingat Jasa Malaysia (PJM)

11

Nama : Sarjan ( B ) Ho Kim Sam Asal : Melaka No tentera : 202492Tarikh Mula Berkhidmat : 14-06-1957 Tarikh Tamat Berkhidmat : 13-06-1978 ( 21 Tahun ) Kor : Tentera Udara Diraja Malaysia

“Usaha kami dihargai, status kami dihormati, kami tetap setia berkorban sumbang apa yang perlu...”

Nama : Koperal ( B ) Zi bin Yaacob Asal : PerakNo tentera : 93312Tarikh Mula Berkhidmat : 06-04-1964 Tarikh Tamat Berkhidmat : 05-04-1974 ( 10 Tahun ) Kor : Tentera Darat Diraja Malaysia (RAMD)

“Kami rasa terhutang budi..pihak JHEV ATM sentiasa membantu kami disaat kami dalam kesusahan... Terima Kasih Jabatan Hal

Ehwal Veteran ATM...”

Nama : Lt Kol ( B ) Mohd Melintang bin Abdullah Asal : Sarawak No tentera : 3000515Tarikh Mula Berkhidmat : 07-01-1978 Tarikh Tamat Berkhidmat : 01-02-2015 ( 37 Tahun ) Kor : Tentera Darat Diraja Malaysia (RRD)

“Semuanya ikhlas demi negara dan bangsa tercinta, masa depan kami terbela... kesejahteraan Veteran ATM, keutamaan JHEV...”

Nama : Encik Veloo A/L PalanimuthuAsal : SelangorNo tentera : 206497Tarikh Mula Berkhidmat : 01-05-1966Tarikh Tamat Berkhidmat : 30-04-1987 ( 21 Tahun ) Kor : Tentera Darat Diraja Malaysia

“Terharu pun ada... tak sangka perjuangan kami tak dilupakan... sentiasa bantu kami merancang kehidupan yang selesa... terima

kasih JHEV ATM “

Testimoni BULETIN

VETERAN ATM

| bil.1 edisi 2017 (JAN-JU

N) | w

ww

.jhev.gov.my

Page 12: PAHLAWAN NEGARA Jasa Mu Dikenang - jhev.gov.my · PDF fileMajlis Jasamu Dikenang kepada 114 Veteran ATM bertempat di Hotel Pelangi. MAJLIS PENGANUGERAHAN Pingat Jasa Malaysia (PJM)

12

PENCAPAIAN TAHUN 2016JABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM

JHEV ATM sebagai pusat perhubungan sehenti untuk maklumat pembayaran ganjaran, faedah persaraan dan pencen secara terus bagi bakal pesara dan Veteran ATM

Bantuan Bencana AlamSkim diperluas tanpa mengambil kira status hak milik kediaman

Bantuan Sara HidupSyarat dilonggar: Umur 60 tahun keatas selaras dengan Dasar Warga Tua Kebangsaan

Bantuan PersekolahanSkim diperluaskan kepada anak Veteran ATM yang melanjutkan pelajaran ke Kolej Vokasional Kebangsaan

Bantuan Kemasukan ke Universiti AwamSkim diperluaskan tanpa mengambilkira pendapatan.

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM

Jabatanarah Rekod dan Pencen (JRP)

Urusan Gaji AngkatanTentera Malaysia (UGAT)

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)

397

101 296

Persatuan BerdaftarJHEV ATM

Induk Cawangan

AKTA VETERAN 2012 (Akta 740)

Pemerkasaan Skim BantuanKEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN

ONE STOP CENTRE

ONE STOP CENTRE

Tidak Berpencen

BULE

TIN

VET

ERAN

ATM

| b

il.1

edis

i 201

7 (J

AN-J

UN

) |

ww

w.jh

ev.g

ov.m

y

Page 13: PAHLAWAN NEGARA Jasa Mu Dikenang - jhev.gov.my · PDF fileMajlis Jasamu Dikenang kepada 114 Veteran ATM bertempat di Hotel Pelangi. MAJLIS PENGANUGERAHAN Pingat Jasa Malaysia (PJM)

13

PENCAPAIAN TAHUN 2016JABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM

Program membantu Veteran ATM berpendapatan rendah

memiliki kediaman yang selesa.

Peruntukan RM55 juta bagi Bayaran Insentif Khas

Insurgensi kepada Veteran ATMyang masih belum menerima insentif khas ini. Merupakan insentif baharu selain daripada Pencen Hilang Upaya sedia ada.

713

441372

681

181

364

Lulus

Bina Baru

Petunjuk:

Petunjuk:Ditolak

Baik Pulih

Sara Hidup

Sekolah IPTA Peralatan Pesakit

Bencana Alam

45 92 34

Statistik Skim BantuanKEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN JHEV ATM

BAgI TAHuN 2016 Jumlah Amaun Tuntutan Faedah Perubatan Adalah Sebanyak:

Program MembaikpulihRuMAH VETERAN 1 MALAYSIA

BAJET 2017

3960

RM74,762,224.96Berpencen

Tidak BerpencenRM29,225,683.53

753

5023

8

BULETIN

VETERAN ATM

| bil.1 edisi 2017 (JAN-JU

N) | w

ww

.jhev.gov.my

Page 14: PAHLAWAN NEGARA Jasa Mu Dikenang - jhev.gov.my · PDF fileMajlis Jasamu Dikenang kepada 114 Veteran ATM bertempat di Hotel Pelangi. MAJLIS PENGANUGERAHAN Pingat Jasa Malaysia (PJM)

14BU

LETI

N V

ETER

AN A

TM |

bil.

1 ed

isi 2

017

(JAN

-JU

N)

| w

ww

.jhev

.gov

.my

JHEV KEDAH, PERLIS, PULAU PINANG & JOHOR

Lawatan Kebajikan oleh Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Kedah yang baharu

Penyerahan Cek Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam oleh MenHan

Penyerahan Kerusi Roda Oleh Ketua Pengarah JHEV ATM

Lawatan Kebajikan oleh Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Kedah yang baharu Lt. Kol Ahmad Rosdi bin Othman terhadap Lt Kol (B) Azzudin bin Bahari yang dirawat di Hospital Besar Pulau Pinang pada 13 Februari 2017. Pihak JHEV ATM akan memberikan bantuan yang sewajarnya kepada beliau dan keluarga bagi meringankan beban yang ditanggung.

Kahang, 15 Jan 2017 – Penyerahan cek Skim Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam kepada 6 anak Veteran ATM oleh Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein. Majlis telah disempurnakan semasa lawatan YB Menteri Pertahanan ke Kampung Chamek Kahang, Johor.

Kahang, 15 Jan 2017 – Penyerahan kerusi roda dibawah Skim Bantuan Peralatan Pesakit oleh Ketua Pengarah JHEV ATM kepada Veteran ATM Ramli bin Md Taib (1031870) di rumah beliau. Turut hadir ketua cawangan Kahang dan ahli-ahli PVATM untuk memberi semangat dan sokongan moral kepada veteran. Veteran yang baru menjalani pembedahan kaki ternyata gembira dengan kehadiran pihak JHEV ATM dan PVATM yang sentiasa prihatin dengan masalah yang dihadapi Veteran ATM.

Lt. Kol Ahmad Rosdi bin Othman TUDM (Mulai Februari 2017)Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang268, Komplek Shahab Perdana, Lebuh Raya Sultanah Bahiyah, 05350 Alor Setar, KedahTel: 04-7332437/446 Faks: 04-7332592

Mejar Abdul Aziz bin Haji KasmuriPengarah, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri JohorBilik 4, Tingkat 9, Bangunan KWSP, Jalan Datuk Dalam, 80000 Johor Bahru, JohorTel: 07-2226564/07-2267712 Faks: 07-2221148

Page 15: PAHLAWAN NEGARA Jasa Mu Dikenang - jhev.gov.my · PDF fileMajlis Jasamu Dikenang kepada 114 Veteran ATM bertempat di Hotel Pelangi. MAJLIS PENGANUGERAHAN Pingat Jasa Malaysia (PJM)

JHEV SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN 15BU

LETIN VETERAN

ATM | bil.1 edisi 2017 (JAN

-JUN

) | ww

w.jhev.gov.m

y

Kdr Mohammad Rodzi bin Dandan TLDMPengarah, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

301, Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Peti Surat 13191, 50802 Kuala LumpurTel: 03-20508000/03-20508060 Faks: 03-26917564/03-26917546

Penyerahan Bantuan Peralatan Pesakit

Taklimat Peranan Dan Fungsi JHEV ATM

Lawatan Kebajikan Ke Atas Veteran ATM

Penyerahan bantuan peralatan pesakit iaitu Katil Hospital dan Reclining Wheelchair kepada Veteran Brig Jen (B) Dato’ Jamil Tahir yang disampaikan oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor dan Kuala Lumpur pada 19 Jan 2017.

Lawatan kebajikan ke atas Veteran ATM 6172 PW 2 (B) Encik Noordin bin Mohamed juga dikenali dengan nama pena Nuri Angkasa di No 5, Jalan AU 5C/3, Lembah Keramat, 54200 Kuala Lumpur pada 19 Jan 17 oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor dan Kuala Lumpur, Kdr Mohamad Rodzi bin Dandan TLDM.

Penolong Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Selangor, Kapt Mohd Shahrizal bin Mohd Khalid menyampaikan taklimat mengenai peranan dan fungsi JHEV ATM kepada anggota tentera yang menjalani Pra Latihan Peralihan di PERHEBAT Sg Buloh, Selangor pada 16 Februari 2017.

Lawatan Kebajikan Oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri SelangorLawatan kebajikan oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur ke atas Veteran ATM 1045094 Encik Zainuddin bin Seman di alamat Lot 1035/1, Batu 17 1/2, Lorong Penghulu, Hulu Kelang, 54200 Ampang, Selangor pada 24 April 2017.

Rumah kediaman veteran (bahagian tengah) telah dihempap pokok tumbang semasa kejadian hujan lebat dan angin kencang.

Sumbangan wang pendahuluan Bantuan Bencana Alam telah diberikan kepada beliau bagi meringankan beban kerosakan yang yang dialami.

Page 16: PAHLAWAN NEGARA Jasa Mu Dikenang - jhev.gov.my · PDF fileMajlis Jasamu Dikenang kepada 114 Veteran ATM bertempat di Hotel Pelangi. MAJLIS PENGANUGERAHAN Pingat Jasa Malaysia (PJM)

16BU

LETI

N V

ETER

AN A

TM |

bil.

1 ed

isi 2

017

(JAN

-JU

N)

| w

ww

.jhev

.gov

.my Lt Kol Azmizar bin Karim (Mulai Mac 2017)

Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri Melaka dan Negeri SembilanAras 1-A, Wisma Persekutuan, Jalan MITC, Hang Tuah Jaya, 75450 Air Keroh, MelakaTel: 06-2345931/932 Faks: 06-2345930

JHEV MELAKA & NEGERI SEMBILAN

Kaunter Bergerak Sempena Mesyuarat Agung KEBAL

Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia

Kaunter Bergerak Sempena Mesyuarat Agung PVATM

Majlis Serah Tugas Pengarah JHEV ATM

Kaunter Bergerak Sempena Mesyuarat Agung KEBAL Ke 14, bertempat di Kem Sunggala, Port Dickson pada 18 Feb 2017. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Mej Jen Datuk Adnan bin Abu Bakar, Pengerusi Kor Armor Diraja. Turut serta adalah Tim Kad Veteran dari Bahagian Pencen.

Kaunter Bergerak S e m p e n a Mesyuarat Agung PV ATM Cawangan Port Dickson, bertempat d i Dewan Komuniti, Bandar Baru Sunggala, Port Dickson pada 8 Apr 2017. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Tan Sri Dr Hj Mohd Isa bin Dato’ Hj Abdul Samad. Turut serta adalah Tim Kad Veteran dari Bahagian Pencen.

Majlis serah tugas Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan diantara Mej Zulfazlee bin Zamri kepada Lt Kol Azmizar bin Karim telah di laksanakan pada 13 Apr 2017 di pejabat JHEV ATM Cawangan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YDP/Pengerusi/Presiden Persatuan Veteran yang berdaftar di dalam Negeri Melaka dan Negeri Sembilan

Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia kepada Ahli PV ATM Negeri Melaka pada 14 Mac 2017 di Dewan Seri Utama, Ayer Keroh, Melaka. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Yang Di Pertua Negeri Melaka. Seramai 105 Veteran ATM orang termasuk balu telah menerima pingat tersebut.

Page 17: PAHLAWAN NEGARA Jasa Mu Dikenang - jhev.gov.my · PDF fileMajlis Jasamu Dikenang kepada 114 Veteran ATM bertempat di Hotel Pelangi. MAJLIS PENGANUGERAHAN Pingat Jasa Malaysia (PJM)

17BU

LETIN VETERAN

ATM | bil.1 edisi 2017 (JAN

-JUN

) | ww

w.jhev.gov.m

yJHEV PERAK

Lt Kol Haji Yusof bin SaidiPengarah, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri Perak

Lot 3-10A (A-C), Tingkat 3, Bangunan Seri Kinta, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak Tel: 05-2435063/05-25532523 Faks: 05-2435124

Sesi ramah mesra Timbalan Menteri Pertahanan

Penyerahan Katil oleh Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Perak

Program Dialog Anjuran PVATMPenyampaian Peralatan

Pesakit

Lawatan Kebajikan Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Perak

Sesi ramah mesra Timbalan Menteri Pertahanan bersama Warga TLDM dan Veteran TLDM di Dewan M. Sidek KD Pelanduk, Pangkalan TLDM Lumut pada 28 Feb 2017. Seramai 80 orang veteran telah hadir ke program ini dan empat (4) orang veteran menerima Bantuan Peralatan Pesakit berupa Kerusi Roda yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan.

Penyerahan katil Pesakit oleh Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Perak, Lt. Kol Yusof bin Saidi kepada Veteran ATM Encik Sahar di No 4, Lorong 3 Taman Mewah, Taiping, Perak. Turut hadir ketua cawangan dan AJK PVATM Kamunting. Semoga dengan bantuan katil ini dapat meringankan beban yang ditanggung keluarga beliau.

Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Perak, Lt Kol Yusof bin Saidi menghadiri program dialog anjuran PVATM cawangan Selama, Perak pada 20 Mei 2017.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Perak telah menyampaikan peralatan pesakit berupa Katil Pesakit kepada Veteran ATM Encik Shari bin Baharom (RAMD) di E16B Ladang Kalompang Bagan Serai, Perak pada 17 Mac 2017.

Veteran tidak berpencen dan telah terlantar sakit selama 8 tahun. Turut hadir ketua cawangan PVATM Kuala Kurau dan pengerusi serta ahli jawatankuasa Persatuan Veteran Harimau Malaya (2 RAMD).

Lawatan Kebajikan oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Perak, Lt Kol Yusof bin Saidi terhadap Veteran ATM, 31037 Encik Shahrom Majid di Lepang Nenering Pengkalan Hulu, Taiping, Perak.

Rumah beliau telah musnah terbakar dan punca kebakaran masih belum dapat diketahui. Selain daripada kemusnahan harta benda, beliau juga telah kehilangan dokumen pengenalan diri dan dokumen-dokumen penting yang lain.

Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Perak telah menyampaikan Bantuan Bencana Alam sambil disaksikan oleh YB Dato Hasbullah bagi meringankan beban yang ditanggung. Semoga beliau tabah menghadapi dugaan yang diterima.

Page 18: PAHLAWAN NEGARA Jasa Mu Dikenang - jhev.gov.my · PDF fileMajlis Jasamu Dikenang kepada 114 Veteran ATM bertempat di Hotel Pelangi. MAJLIS PENGANUGERAHAN Pingat Jasa Malaysia (PJM)

18BU

LETI

N V

ETER

AN A

TM |

bil.

1 ed

isi 2

017

(JAN

-JU

N)

| w

ww

.jhev

.gov

.my

JHEV PAHANGLt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM (Mulai Februari 2017)Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri PahangTingkat 1, Wisma Pahlawan, Jalan Gambut , 25000 Kuantan , PahangTel: 09-5142235/295 Faks: 09-5142275

Hari Bertemu Pelanggan

Lawatan Dan Siasatan Kebajikan Dan Bantuan Peralatan Pesakit

Jalinan Kerjasama Bersama Pihak Hospital

KUANTAN – Pada 16 Februari 2017, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Negeri Pahang telah di jemput menyertai Program Hari Bertemu Pelanggan anjuran Unit Komunikasi Strategik (UKS) MinDef bertempat di Pengkalan TUDM Kuantan, Pahang. Program ini diadakan selama sehari bagi memberi ruang kepada pengunjung untuk berhubung secara terus kepada jabatan dan agensi berkaitan di bawah MinDef bagi mendapatkan khidmat nasihat dan menyelesaikan sebarang permasalahan berkaitan di kaunter-kaunter yang telah disediakan. Program ini telah dirasmikan oleh Komander Pengkalan TUDM Kuantan dan dilaksanakan dengan jayanya.

Aktiviti turun padang Pengarah dan Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang sepanjang Januari sehingga April tahun ini adalah sebagai tanda keperihatinan JHEV ATM dalam membantu Veteran ATM. Selain itu aktiviti ini juga dilaksanakan bersama-sama wakil PVATM daerah bagi memastikan kesinambungan kerjasama terus berkekalan

dan memudahkan bantuan dapat disalurkan kepada veteran yang memerlukan dengan lebih cepat dan berkesan.

KUANTAN – Pada 16 Mac 2017, satu lawatan dan perbincangan telah diadakan bersama Pihak Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang dalam membincangkan kerjasama berhubung rawatan dan bantuan terhadap veteran di hospital-hospital seluruh negeri Pahang. Perbincangan ini telah di hadiri oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Timbalan Yang DiPertua PVATM negeri Pahang dan Ketua Jabatan, Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) HTAA Kuantan Pahang. JKSP berfungsi untuk memberikan program khidmat sosial yang komprehensif kepada pesakit atau klien di wad (in-patients) dan pesakit luar (out-patients). Matlamat utama unit ini adalah untuk memberi khidmat bagi menyelaras dan mengurus masalah psikososial dan sosio ekonomi pesakit. Melalui perbincangan ini, beberapa perkara telah dikenalpasti dan diperjelaskan berhubung bantuan kebajikan dan perubatan kepada Veteran ATM. Secara dasarnya, keputusan perbincangan adalah positif dan sekaligus mewujudkan kerjasama yang lebih erat antara jabatan dan diharapkan membawa kebaikan serta kemudahan kepada Veteran ATM di negeri ini.

Page 19: PAHLAWAN NEGARA Jasa Mu Dikenang - jhev.gov.my · PDF fileMajlis Jasamu Dikenang kepada 114 Veteran ATM bertempat di Hotel Pelangi. MAJLIS PENGANUGERAHAN Pingat Jasa Malaysia (PJM)

19BU

LETIN VETERAN

ATM | bil.1 edisi 2017 (JAN

-JUN

) | ww

w.jhev.gov.m

y

Lawatan Kebajikan dan penyerahan bantuan Peralatan Pesakit (kerusi roda) oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu kepada Veteran ATM (29183) Encik Fouzi bin Nor yang berumur 66 tahun pada 27 Mac 2017 di rumah beliau di No. 18 Kampung Kelaweh, Machang, Kelantan. Veteran mengidap penyakit gout yang kronik sehingga kaki kanannya terpaksa dipotong.

JHEV KELANTAN & TERENGGANUMejar Muhd Aman Shah bin Alias (Mulai September 2016)

Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri Kelantan dan TerengganuTingkat 9, Menara Perbadanan, Jalan Tengku Perak, Semerak , 15000 Kota Bharu, Kelantan

Tel: 09-7470286/0395 Faks: 09-7470499

Lawatan Kebajikan Ke Atas Veteran ATM

Lawatan Dan Penyerahan Bantuan

Lawatan Kebajikan Pengarah JHEV ATM Negeri

Lawatan kebajikan ke atas Veteran ATM 812632 Mohd Fadzil bin Mohamed Zin oleh Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Kapt Mohd Faizal bin Jamil pada 07 Feb 2017.

Beliau disahkan mengidap barah usus tahap 4 sejak Disember 2016 dan dipindahkan dari Hospital Selayang ke HRPZ II Kota Bahru, Kelantan pada 06 Feb 2017.

Isteri beliau telah meninggal dunia pada Mei 2016. Pihak JHEV ATM akan membantu memberikan bantuan yang sewajarnya kepada beliau bagi meringankan beban yang ditanggung.

Lawatan dan penyerahan bantuan kerusi roda daripada Mej Muhd Aman Shah bin Alias yang mewakili JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu kepada veteran PW2 Razab bin Hamat di Kampung Jalor, Pasir Putih, Kelantan pada 23 Mei 17. Veteran mengalami strok dan memerlukan bantuan. Khidmat nasihat serta penerangan mengenai bantuan JHEV telah diberikan kepada beliau.

Anak veteran juga merupakan pesara tentera yang baru menamatkan perkhidmatan. Beliau memerlukan bantuan kaki palsu untuk bergerak kerana telah terlibat dalam kemalangan semasa dalam perkhidmatan. Turut hadir Ketua Cawangan serta ahli PVATM Pasir Putih.

Lawatan Kebajikan Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias ke rumah Veteran ATM yang terbakar pada 22 Jan 2017. Veteran 1036499 Mohd Shahri bin Saga (Berpencen) tinggal di alamat No 122 Jalan Perak, Kampung Baru Manik Urai Baru.

Rumah beliau telah terbakar sepenuhnya dan kerugian dianggarkan sebanyak RM100,000. Keluarga veteran telah menumpang di Surau Al Taqwa Kampung Manek Urai Baru buat sementara waktu. Pihak JHEV ATM telah menghulurkan Bantuan Bencana Alam kepada veteran bagi meringan beban yang ditanggung. Semoga veteran sekeluarga tabah menghadapi musibah yang melanda.

Lawatan Kebajikan Dan Penyerahan Bantuan

Page 20: PAHLAWAN NEGARA Jasa Mu Dikenang - jhev.gov.my · PDF fileMajlis Jasamu Dikenang kepada 114 Veteran ATM bertempat di Hotel Pelangi. MAJLIS PENGANUGERAHAN Pingat Jasa Malaysia (PJM)

20BU

LETI

N V

ETER

AN A

TM |

bil.

1 ed

isi 2

017

(JAN

-JU

N)

| w

ww

.jhev

.gov

.my Mejar Nor Azimi bin Idris (Mulai Januari 2017)

Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri SabahPintu C7-3, Tingkat 7, Blok C, Bangunan KWSP, Jalan Karamunsing, 88000 Kota Kinabalu, SabahTel: 088-259120/088-267506 Faks: 088-5142275

Lt Kol Dunging Anak SeritPengarah, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri SarawakTingkat 1, Lot 331, 332 & 333, Seksyen 9, Jalan Satok, 93400 Kuching, SarawakTel: 082-230358/082-230357 Faks: 082-231009

JHEV SABAH JHEV SARAWAK

Veteran ATM yang terdiri daripada pelbagai persatuan turut sama hadir ke Perbarisan HUT TD ke 84 di Kem Muara Tuang, Kuching, Sarawak. Perbarisan melibatkan 110 orang pegawai dan 990 LLP serta diketuai oleh Lt Kol Mohd Asmadi bin Hj Ahmad, Pegawai Memerintah Rejimen Pertama Kor Polis Tentera Diraja.

Sekitar Majlis Serah Rumah NBOS dan Serah Bantuan Kebajikan kepada Veteran ATM di Lundu, Sarawak oleh MENHAN pada 09 Feb 2017.

Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Sarawak turut hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Veteran ATM Cawangan Kapit kali ke 26 di Hotel Meligai, Kapit, Sarawak. Mesyuarat dirasmikan oleh YB. Encik Jefferson Jamit Unyat, ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Goram.

Veteran ATM hadir ke Perbarisan HUT TD ke 84

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Veteran ATM

Majlis Serah Rumah NBOS

Page 21: PAHLAWAN NEGARA Jasa Mu Dikenang - jhev.gov.my · PDF fileMajlis Jasamu Dikenang kepada 114 Veteran ATM bertempat di Hotel Pelangi. MAJLIS PENGANUGERAHAN Pingat Jasa Malaysia (PJM)

21JHEV SARAWAK

Bagi Veteran ATM (Berpencen) yang telah meninggal dunia, pasangan atau anak atau individu yang menguruskan jenazah terbabit dikehendaki menggunakan Borang Permohonan Bayaran Bantuan Menguruskan Jenazah Pesara ATM (Borang Bahagian Pencen). Borang yang perlu dilengkapkan bersama dokumen yang telah disahkan adalah Borang Menguruskan Jenazah (BMJ), borang Pencen Terbitan dan borang Kad Veteran ATM bagi kegunaan balu. Borang-borang tersebut boleh dihantar ke JHEV ATM Cawangan Negeri yang berdekatan atau ke;

JABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM,KEMENTERIAN PERTAHANAN, Bahagian Pencen, Tingkat 8, Menara TH Perdana,1001, Jalan Sultan Ismail,50250 Kuala Lumpur.

Manakala permohonan Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) bagi Veteran ATM (Tidak Berpencen) yang telah meninggal dunia, perlu menggunakan Borang Permohonan Bayaran Bantuan Menguruskan Jenazah Veteran ATM (Borang Yayasan Veteran ATM). Borang-borang tersebut boleh dihantar ke JHEV ATM Cawangan Negeri yang berdekatan atau salurkan permohonan anda ke alamat:

YAYASAN VETERAN ATM, Tingkat 20, Menara TH Perdana, 1001, Jalan Sultan Ismail, 50250 KUALA LUMPUR. Talian 03-20508194/8192

BANTUAN MENGURUS JENAZAH (BMJ)Melalui JHEV ATM, bagi kematian Veteran ATM dan orang tanggungannya yang layak boleh menuntut khairat kematian atau Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ), tuntutan BMJ adalah RM 3,000 (Veteran ATM) manakala RM 1,500 (pasangan/balu/Anak berumur 18 tahun ke bawah atau 21 tahun ke bawah bagi yang masih belajar dan anak di dalam kategori Orang Kelainan Upaya).

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:

• Borang permohonan• Surat Akuan Bersumpah• Salinan sijil kematian/permit

perkuburan• Salinan sijil nikah (bukti pertalian si

mati-pasangan/balu) atau salinan surat beranak (bukti pertalian si mati-anak)

• Salinan kad bekas tentera/ buku perkhidmatan/surat pengesahan perkhidmatan sebagai anggota ATM dari Jabatanarah Rekod dan Pencen (JRP)

• Salinan kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (bagi anak OKU)

• Salinan akaun bank pemohon (akaun ASB tidak diterima)

Borang-borang tersebut boleh dimuat turun dalam portal JHEV ATM iaitu

www.jhev.gov.my

BULETIN

VETERAN ATM

| bil.1 edisi 2017 (JAN-JU

N) | w

ww

.jhev.gov.my

Page 22: PAHLAWAN NEGARA Jasa Mu Dikenang - jhev.gov.my · PDF fileMajlis Jasamu Dikenang kepada 114 Veteran ATM bertempat di Hotel Pelangi. MAJLIS PENGANUGERAHAN Pingat Jasa Malaysia (PJM)

22

Veteran ATM Ng Chow Seng, 82 telah memenangi pingat emas ke enam beliau dalam acara angkat berat kategori berat 69 kilogram bagi lelaki umur 80 tahun dan ke atas di World Masters Games di Auckland, New Zealand yang telah diadakan pada 21 April - 29 April 2017 yang lalu. Beliau yang lebih dikenali sebagai Mr. Strongman telah bersara dari Angkatan Tentera Malaysia pada tahun 1984 selepas 25 tahun berkhidmat dengan pangkat terakhir beliau sebagai Pegawai Waran Kor Armor Diraja.

Ng memegang rekod kebangsaan kategori 60 kg dari tahun 1963 hingga tahun 1973. Ng mewakili Malaysia dalam South-East Asian Peninsular (SEAP) Games dan memenangi pingat gangsa pada 1961 dan 1967. Hampir enam dekad didalam sukan ini, beliau telah bertanding dalam pertandingan IWF sejak tahun 1988 dan sehingga kini, beliau berbangga dengan enam pingat emas, empat pingat perak dan satu gangsa yang telah dimenangi. Masih bersaing pada usia 82 tahun, Ng Chow Seng jelas membuktikan bahawa umur bukan penghalang seseorang itu untuk mencapai matlamat dan kejayaan yang boleh dicapai melalui keazaman dan kerja keras.

Tahniah diucapkan!

Sumber: Persatuan Veteran Cina Tentera Darat Malaysiahttp://www.macva.org.my

TOKOH VETERAN

Ng Chow Seng

BULE

TIN

VET

ERAN

ATM

| b

il.1

edis

i 201

7 (J

AN-J

UN

) |

ww

w.jh

ev.g

ov.m

y

Page 23: PAHLAWAN NEGARA Jasa Mu Dikenang - jhev.gov.my · PDF fileMajlis Jasamu Dikenang kepada 114 Veteran ATM bertempat di Hotel Pelangi. MAJLIS PENGANUGERAHAN Pingat Jasa Malaysia (PJM)

23

BAYARAN INSENTIF

KHAS INSURGENSI

Untuk Veteran ATM

Semasa pengumuman Bajet 2017 pada 28

Oktober 2016, kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM55 juta bagi membayar insentif ini. Pembayaran ini melibatkan semua Veteran ATM yang hilangupaya kekal sebelum 1 Januari 2001 di mana kecederaan kekal mereka ini adalah disebabkan atau diperkaitkan dengan tugas semasa perkhidmatan. Bayaran Insentif Khas Insurgensi merupakan insentif tambahan kepada faedah hilangupaya yang dibayar sekarang.

Insentif Khas Insurgensi ini membolehkan

kelompok veteran yang mengalami bencana kerja sebelum tahun 2001 mendapat faedah lebih baik atau setara sepertimana formula pengiraan Ex-Gratia Bencana Kerja di bawah PP 7/2001 dan tarikh kuatkuasa bayaran adalah mulai Januari 2017. Manfaat insentif ini akan dinikmati oleh 1,635 orang veteran kurang upaya dan 1,400 balu veteran.

Insentif khas ini telah dibayar kepada Veteran

ATM yang mengalami kecederaan pada atau sebelum 31 Disember 2001. Penerima yang layak akan dibayar dalam bentuk Insentif Pukal ( IP) ia i tu bayaran One-Off bagi kecederaan 20% dan ke bawah manakala untuk kecederaan 21% dan ke atas di bayar Insentif Pukal (IP) dan Insentif Bulanan (IB). Insentif Orang Tanggungan (IOT) pula dibayar secara bulanan iaitu kepada waris anggota yang meninggal dunia diperkaitkan dengan tugas.

Manfaat insentif ini akan dinikmati oleh 1,635 orang veteran kurang upaya dan 1,400 balu

veteran.

Kecederaan 21% dan ke atas

di bayar Insentif Pukal (IP) dan

Insentif Bulanan (IB)

Insentif Orang Tanggungan

(IOT) pula dibayar secara bulanan iaitu kepada waris anggota yang meninggal dunia

Penerima yang layak akan dibayar dalam bentuk Insentif Pukal (IP) iaitu

bayaran One-Off bagi kecederaan

20% dan ke bawah

BULETIN

VETERAN ATM

| bil.1 edisi 2017 (JAN-JU

N) | w

ww

.jhev.gov.my

Page 24: PAHLAWAN NEGARA Jasa Mu Dikenang - jhev.gov.my · PDF fileMajlis Jasamu Dikenang kepada 114 Veteran ATM bertempat di Hotel Pelangi. MAJLIS PENGANUGERAHAN Pingat Jasa Malaysia (PJM)

24BU

LETI

N V

ETER

AN A

TM |

bil.

1 ed

isi 2

017

(JAN

-JU

N)

| w

ww

.jhev

.gov

.my