teks-pengacara-majlis-hari-guru 2014.doc

5
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SMK PANGKOR 2014 1. Kata-kata aluan Pengacara Majlis Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Yang berusaha, En. Lee Tick Seng - Penolong Kanan Pentadbiran Yang dihormati, En. Abdul Rasid b. Ramli - Yang Dipertua PIBG (jika ada) En. Damanhuri b. Mansor - Penolong Kanan HEM En. Aimran b. Mohamed Yasin Aini - Penolong Kanan Kokurikulum Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran Guru-guru, dan Kakitangan sekolah yang dikasihi sekalian Berpakaian sekolah di hari ini Menggamit memori di zaman remaja Selamat datang guru-guru yang dirai Semoga majlis bertambah ceria Bertemakan “Back to School” mengimbas memori suka duka di zaman sekolah, sekali lagi kami mengucapkan selamat datang kepada guru-guru dan kakitangan SMK Pangkor ke Majlis Sambutan Hari Guru SMK Pangkor 2014. Hadirin sekalian, 16 Mei, tarikh keramat sambutan Hari Guru di seluruh negara telah berlalu meninggalkan kita. Menyedari hakikat bahawa tiada guru, tiadalah murid, tiada murid maka tiadalah guru, maka pada hari ini kita berkumpul untuk menjayakan Hari Guru dengan cara kita. 2. Bacaan Doa 1

Upload: nurul-shuhada

Post on 13-Jul-2016

27 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: teks-pengacara-majlis-hari-guru 2014.doc

TEKS PENGACARA MAJLISSAMBUTAN HARI GURU SMK PANGKOR 2014

1. Kata-kata aluan Pengacara Majlis Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahteraYang berusaha,En. Lee Tick Seng - Penolong Kanan PentadbiranYang dihormati,En. Abdul Rasid b. Ramli - Yang Dipertua PIBG (jika ada)En. Damanhuri b. Mansor - Penolong Kanan HEM En. Aimran b. Mohamed Yasin Aini - Penolong Kanan KokurikulumBarisan Guru Kanan Mata PelajaranGuru-guru, dan Kakitangan sekolah yang dikasihi sekalian

Berpakaian sekolah di hari ini

Menggamit memori di zaman remaja

Selamat datang guru-guru yang dirai

Semoga majlis bertambah ceria

Bertemakan “Back to School” mengimbas memori suka duka di zaman sekolah, sekali lagi kami mengucapkan selamat datang kepada guru-guru dan kakitangan SMK Pangkor ke Majlis Sambutan Hari Guru SMK Pangkor 2014.Hadirin sekalian, 16 Mei, tarikh keramat sambutan Hari Guru di seluruh negara telah berlalu meninggalkan kita. Menyedari hakikat bahawa tiada guru, tiadalah murid, tiada murid maka tiadalah guru, maka pada hari ini kita berkumpul untuk menjayakan Hari Guru dengan cara kita.

2. Bacaan Doa

Ikan merah dijual di pekan,Syukur gembira dapat sebaldi,Cuaca cerah turut mengizinkan,Pohonlah doa ke hadrat Ilahi.

1

Page 2: teks-pengacara-majlis-hari-guru 2014.doc

Bagi memberkati majlis ini, dijemput Al-fadhil ustaz Mohammad Nazri bin Mustaffa untuk memimpin bacaan doa.  Dipersilakan.

Amin amin ya rabbal alamin. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis ini akan berjalan dengan lancar.

3. Hadirin menjamu selera

Sungguh indah bunga kemboja,Di bawah atap tepi halaman;Juadah sudah letak di meja,Sudilah santap tuan budiman.

Semua hadirin dipersilakan untuk menjamu selera.

4. Ucapan Pengerusi KGKT

Acara diteruskan lagi dengan ucapan oleh Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT). Dipersilakan En. Mohd Azwan b. selaku Pengerusi KGKT untuk menyampaikan sepatah dua kata.Terima kasih diucapkan kepada ……………………………atas ucapan itu tadi.

5. Ucapan YDP PIBG

Seterusnya, majlis menjemput En. Abdul Rasid b. Ramli, Yang Dipertua PIBG untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

6. Ucapan dari Pentadbir

Hadirin hadirat yang diraikan,

Tidak lengkap rasanya majlis ini tanpa mendengar amanat dan ungkapan keramat daripada En. Lee Tick Seng ,Penolong Kanan Pentadbiran kita yang dikasihi. Dengan ini dipersilakan En. Lee Tick Seng untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan....

terima kasih diucapkan atas ucapan sebentar tadi

Tumbuh selirat bunga melati,Mari direnjis dalam jambangan,Ucapan tersirat seribu erti,Semoga majlis menjadi kenangan.

7. Acara Potong Kek

2

Page 3: teks-pengacara-majlis-hari-guru 2014.doc

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan Acara Memotong Kek sambutan hari guru. Sesungguhnya, inilah simbolik untuk melambangkan kerjasama saling memberi dan menerima, susah dan senang sama dirasa. Kek juga lambang kemanisan dan keindahan hidup bermasyarakat.

Bagi menghargai jasa para guru sekalian, dipersilakan jawatankuasa pentadbiran sekolah untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan acara memotong kek Hari Guru. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada jawatankuasa pentadbiran atas kesudian menyempurnakan acara sebentar tadi.

Indah selendang kebaya nyonya,Sekali imbas puteri kayangan,Usah dipandang pada harganya,Ingatan ikhlas tanda kenangan.

8. Cabutan bertuah

Kita teruskan lagi majlis kita pada pagi ini dengan acara yang ditunggu-tunggu iaitu acara cabutan bertuah. Untuk itu dipersilakan En………………………….. untuk tampil ke pentas bagi mencabut 10 nombor yang bertuah. Majlis mempersilakan.

Nombor bertuah yang pertama ialah………………………………………........ Nombor bertuah yang seterusnya ialah……………………………………………Terima kasih diucapkan kepada En……………….. atas kesudian menyempurnakan acara sebentar tadi.

9. Penyampaian Tukar Hadiah

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian pertukaran hadiah antara guru-guru dan kakitangan sekolah. Dengan itu, majlis dimulakan dengan menjemput guru-guru daripada meja yang pertama untuk mencabut nombor yang telah disediakan. Dipersilakan…

10. Cabutan Bertuah

Hadirin sekalian,3

Page 4: teks-pengacara-majlis-hari-guru 2014.doc

Majlis diteruskan lagi dengan acara cabutan bertuah yang seterusnya.Dengan ini, majlis menjemput En………………………………. Untuk naik ke pentas bagi mencabut 10 nombor bertuah yang seterusnya menyampaikan hadiah kepada yang beruah. Dipersilakan.Terima kasih diucapkan kepada ………………………………..

11. Majlis bersurai

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis kita sampai ke penghujungnya. Kami, dari pihak jawatankuasa KGKT ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis sambutan Hari Guru pada hari ini.

Kalau ada jarum yang patah,Jangan disimpan di bawah saji,Kalau ada silap dan salah,Jangan dikutuk diumpat keji.

Pohon kuini dahannya patah,Di situ tempat bermain kenari,Sampai di sini kata bernoktah,Izinkan kami mengundur diri.

Sekali lagi, TERIMA KASIH CIKGU..... SELAMAT HARI GURU!

Sekian, wassalamualaikum wbt.

4