studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/1166/9/bab_8.doc · web viewstruktur keseluruhan dan...

49
BAB 8 FASA PEMBANGUNAN DAN IMPLEMENTASI 8.0 Pengenalan Dalam bab ini, penulis menjelaskan fasa ketiga dan keempat dalam pembangunan perisian kursus Mursyidi. Fasa ketiga berkaitan dengan pembangunan perisian kursus berdasarkan analisis dan reka bentuk yang telah dijelaskan dalam bab kelima. Manakala fasa keempat pula berkaitan dengan pengimplementasian portal dan perisian kursus untuk menguji kelancaran produk tersebut. 8.1 Fasa 3: Pembangunan Peringkat ini melibatkan kerjasama antara pembangun multimedia, pereka bentuk instruksi dan pakar subjek. Proses pembangunan melibatkan penyediaan bahan-bahan berikut: Struktur keseluruhan dan papan cerita perisian kursus yang telah disiapkan

Upload: others

Post on 09-Jan-2020

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BAB 8

FASA PEMBANGUNAN DAN IMPLEMENTASI

8.0 Pengenalan

Dalam bab ini, penulis menjelaskan fasa ketiga dan keempat dalam pembangunan

perisian kursus Mursyidi. Fasa ketiga berkaitan dengan pembangunan perisian kursus

berdasarkan analisis dan reka bentuk yang telah dijelaskan dalam bab kelima. Manakala fasa

keempat pula berkaitan dengan pengimplementasian portal dan perisian kursus untuk menguji

kelancaran produk tersebut.

8.1 Fasa 3: Pembangunan

Peringkat ini melibatkan kerjasama antara pembangun multimedia, pereka bentuk

instruksi dan pakar subjek. Proses pembangunan melibatkan penyediaan bahan-bahan berikut:

Struktur keseluruhan dan papan cerita perisian kursus yang telah disiapkan

Bahan multimedia yang berupa teks kandungan subjek nahu, audio atau kesan

bunyi dan grafik. Bahan-bahan tersebut perlu disediakan sebelum proses integrasi dalam

satu platform atau dalam perisian kursus yang ditetapkan.

Pemilihan perisian penting bagi pembangunan perisian kursus secara individu atau

kumpulan kecil berbanding projek berpasukan. Pembangun individu perlu mahir mengendalikan

beberapa perisian pembangunan seperti perisian pengaturcaraan, pengarangan, grafik, audio dan

sebagainya. Dalam kajian ini, penulis menggunakan 2 perisian utama, iaitu Macromedia

Dreamweiver MX 2004 untuk pembangunan web dan Macromedia Flash MX 2004 untuk

pembangunan perisian kursus. Ini adalah kerana perisian ini menyediakan alatan yang lengkap

dalam pembangunan sebuah aplikasi multimedia berkualiti tinggi.

Namun begitu terdapat juga kekurangan dalam perisian yang digunakan, iaitu berkaitan

dengan teks Arab atau aksara kompleks (complex script). Walaupun perisian ini boleh

menangani teks Arab, tetapi kemudahannya terhad, dan penggunaan teks Arab yang disusun atur

dalam perisian kursus tidak dapat dipaparkan dengan susunan yang sebenar kecuali komputer

terbabit menggunakan sistem operasi yang telah disetkan dengan kemudahan bahasa Arab. Oleh

itu, pembangun aplikasi multimedia untuk bahasa Arab perlu mengetahui keupayaan teknologi

perisian yang sesuai dengan pembangunan berdasarkan teks Arab.

8.1.1 Pendekatan pembangunan perisian kursus berasaskan aksara Arab

Sepanjang pengetahuan penulis, tiada perisian pengarangan yang mampu sepenuhnya

menangani penggunaan aksara kompleks atau teks bahasa yang ditulis kanan ke kiri (right-to-left

languages) seperti aksara Arab. Kebanyakannya hanya menyediakan ciri-ciri tambahan dalam

perisian sedia ada bagi pengguna bahasa tersebut. Begitu juga setelah diimplementasikan melalui

internet, paparan perisian kursus masih memerlukan pelayar web (browser) yang dijalankan

menggunakan sistem operasi seperti di atas.

Bagi menyelesaikan masalah ini, penulis menggunakan teks Arab secara grafik yang

terus disusun atur walaupun menyebabkan saiz fail menjadi lebih besar. Di sini, penulis

menyenaraikan beberapa pendekatan dalam pembangunan aplikasi berasaskan aksara Arab

sepertimana berikut:

Memastikan perisian pengarangan yang digunakan berupaya menyokong teks Arab

walaupun tidak sepenuhnya seperti Macromedia Flash MX 2004.

Memastikan sistem operasi komputer dan pelayar web berupaya menyokong teks Arab

(sila lihat Lampiran D yang menunjukkan cara mengeset aksara Arab dalam sistem

operasi Windows).

Bagi mengelakkan kesulitan kepada pengguna mengeset sistem operasi dan pelayar web

yang dapat menyokong teks Arab, penulis mencadangkan penggunaan teks Arab dalam

bentuk grafik. Berikut merupakan aturan melaksanakan proses tersebut:

1. Menaip teks Arab dalam perisian pemproses perkataan Microsoft Word (jika

menggunakan versi 2002/XP/2003 adalah lebih baik).

2. Menyalin (copy) teks dan menampal (paste) ke dalam perisian persembahan

Microsoft PowerPoint. Setelah memilih jenis fon dan saiznya, teks boleh terus

disalin ke perisian utama, Micromedia Flash MX 2004, atau

3. Menyalin teks dan menampal ke dalam perisian grafik seperti Macromedia

Firework MX 2004 untuk mereka bentuk (design) atau menambah nilai grafik teks

tersebut. Teks boleh ditambah nilai mengikut kesesuaian seperti meletakkan

bayang, menukar warna dan sebagainya, sebelum disalin ke perisian utama,

Micromedia Flash MX 2004. Sebagai contoh, sila lihat teks dalam menu utama

perisian kursus Mursyidi.

Selain itu, kreativiti merupakan elemen penting dalam pembangunan aplikasi multimedia.

Pembangun aplikasi seperti ini perlu menghasilkan persembahan yang kreatif, efektif dan

menarik. Persembahan yang dipaparkan adakalanya menarik bagi sesetengah pengguna dan

kurang menarik bagi yang lain. Oleh itu, pembangunan akan bersifat dinamik yang memerlukan

kreativiti bagi menambah baik dan menambah nilai aplikasi tersebut. Beberapa ciri dalam fasa

ini yang perlu diberi keutamaan ialah:

Pemilihan jenis fon dan saiznya

Pemilihan grafik dan reka bentuknya

Pemilihan warna

Penggunaan audio dan kesan bunyi

Susun atur bahan multimedia dalam muka surat atau halaman

Interaktiviti dalam halaman dan pautannya ke halaman lain

Sebelum pendokumentasian pembangunan perisian kursus Mursyidi, penulis menyatakan

terlebih dahulu pembangunan portal dan sistem My-Arab yang menjadi platform kepada perisian

kursus Mursyidi.

8.1.2 Pembangunan Portal My-Arab

Untuk membangunkan platform ini, penulis menggunakan perisian Macromedia

Dreamweaver MX 2004 (Dreamweaver) dan perisian web server Wamp5 versi 1.6.4 (sila lihat

perincian lanjut dalam fasa analisis keperluan perisian). Perisian Wamps merupakan pakej

perisian server web yang mengandungi beberapa perisian, iaitu Apache, PHP5, MySQL, phpMyAdmin.

Perisian tersebut menjadi server sementara dalaman (tanpa rangkaian internet) untuk proses uji dan ralat

aplikasi yang dibina.

Berdasarkan struktur dalam fasa reka bentuk, pembangunan platform My-Arab

dijalankan dalam beberapa peringkat, iaitu:

1. Pengaturcaraan sistem untuk Portal My-Arab

Pengaturcaraan sistem dijalankan menggunakan bahasa pengaturcaran PHP yang tersedia

ciri-cirinya dalam perisian Dreamweaver. Peringkat ini sistem belum dihubungkan (connection)

dengan pangkalan data, hanya dimuatkan data statik yang berkaitan dengan teks, grafik dan animasi. Terdapat

beberapa menu yang disediakan, iaitu menu Laman Utama, Pendaftaran Ahli, Mengenai Mursyidi,

Mengenai Projek dan Hubungi Kami. Sila lihat paparan yang telah disiapkan dalam Rajah 8.1 di

bawah:

Rajah 8.1: Paparan Portal dalam Dreamweaver

2. Pangkalan data dalam halaman Portal My-Arab

Terdapat satu modul dalam portal yang dihubungkan dengan pangkalan data, iaitu data

pendaftaran ahli. Daripada data tersebut, pengguna akan menggunakan 'nama pengguna' dan

'kata laluan' untuk memasuki Sistem My-Arab melalui ruang yang disediakan. Perisian

pangkalan data sumber terbuka, MySQL dan perisian phpMyAdmin bertindak sebagai pengurus

pangkalan data tersebut.

Rajah 8.2: Paparan pangkalan data dalam perisian phpMyAdmin

Rajah 8.3: Paparan Portal My-Arab dalam server sementara (localhost)

3. Pengaturcaraan Sistem My-Arab

Terdapat beberapa menu dibangunkan dalam halaman ini berdasarkan struktur dalam fasa reka bentuk, iaitu

perisian kursus Mursyidi, Forum, Soal Selidik, Profil Pengguna dan Panduan Pengguna. Menu yang dibangunkan

lebih interaktif untuk memudahkan pengguna mengakses halaman yang dikehendaki.

Rajah 8.4: Paparan halaman sistem My-Arab dalam Dreamweaver

4. Pangkalan data dalam halaman Sistem My-Arab

Halaman bagi platform ini dihubungkan dengan beberapa modul pangkalan data, iaitu

data forum, profil peribadi pengguna, glosari dan soal selidik dalam talian. Rajah 8.5 di bawah

menunjukkan contoh pangkalan data tersebut.

Rajah 8.5: Paparan pangkalan data soal selidik dalam perisian phpMyAdmin

Rajah 8.6: Paparan Sistem My-Arab dalam server sementara

Ciri-ciri elemen multimedia dalam platform di atas dapat diringkaskan seperti dalam

Jadual 8.1.

Jadual 8.1: Ciri-ciri elemen multimedia dalam portal

Perkara Ciri-ciri dalam Portal Ciri-ciri dalam Sistem

Pemilihan jenis fon dan saiznya

Jenis Fon Roman:Verdana, Arial, Helvatica, sans serifSaiz fon:Mengikut kesesuaianJenis Fon Arab:Simplied ArabicSaiz fon:Mengikut kesesuaian

Jenis Fon:Verdana, Arial, Helvatica, sans serifSaiz fon:Mengikut kesesuaian

Reka bentuk grafik Paparan menu Tiada

Elemen animasi Paparan utama berupa pemidang (banner) memperkenalkan portal

Tiada

Pemilihan warna Warna utama: Hijau muda dan pelbagai warna lain

Warna utama: Hijau muda dan pelbagai warna lain

Penggunaan audio dan kesan bunyi

Tiada Tiada

Susun atur bahan multimedia dalam muka surat atau halaman

Susunan asas menggunakan bingkai (frame) atas, tepi dan ruang utama paparan bahan pautan

Susunan asas menggunakan bingkai (frame) tepi dan ruang utama paparan bahan pautan

Interaktiviti dalam halaman dan pautannya ke halaman lain

Keyboard events, Mouse release

Keyboard events,Mouse release, Mouse roll over

Semua halaman, menu dan modul pangkalan data dibangunkan di peringkat ini kecuali

perisian kursus Mursyidi yang dibangunkan secara berasingan seperti yang akan

didokumentasikan dalam laporan selepas ini.

8.1.3 Pembangunan Perisian Kursus Mursyidi

Untuk membangunkan perisian kursus ini, penulis menggunakan perisian Macromedia

Flash MX 2004 (Flash), Firework MX 2004 (Firework), PowerPoint 2003 (Powerpoint) dan

perisian audio, Sound Forge. Pembangunan perisian ini dijalankan dalam dua proses, iaitu:

Proses membangunkan bahan-bahan multimedia yang berupa teks, audio atau kesan

bunyi dan grafik bagi bebutang dan ikon. Bahan-bahan tersebut perlu disediakan sebelum

proses integrasi bahan ke dalam dokumen Flash.

Proses membangunkan halaman-halaman kerja dalam dokumen Flash berpandukan papan cerita dan

mengintegrasikan semua bahan multimedia yang telah disediakan ke dalam halaman-

halaman tersebut.

Jadual 8.2: Ciri-ciri elemen multimedia dalam perisian kursus MursyidiPerkara Ciri-ciri dalam Sistem

Pemilihan jenis fon dan saiznya

Jenis Fon Roman: VerdanaSaiz fon: Mengikut kesesuaianJenis Fon Arab: SKR HEAD1Saiz fon: Mengikut kesesuaian

Reka bentuk grafik Ikon, bebutang dan susun atur paparan

Elemen animasi Animasi simbol

Pemilihan warna Warna menu utama: Hijau Topik lain menggunakan warna yang pelbagai

Penggunaan audio dan kesan bunyi

Ikon, bebutang dan audio penerangan topik

Susun atur bahan multimedia dalam muka surat atau halaman

Susunan asas menggunakan bingkai (frame) atas, bawah, 2 tepi dan ruang utama paparan di tengah-tengah

Interaktiviti dalam halaman Mouse release, Mouse roll over

dan pautannya ke halaman lain

Pembangunan perisian ini lebih rumit berbanding pambangunan platform sistem kerana

melibatkan banyak bahan multimedia yang perlu dimuatkan dalam 240 halaman kerja (lihat

Jadual 7.7 dalam bab ketujuh) dalam dokumen perisian Flash. Sila lihat Rajah 8.7 sebagai contoh

pembangunan dalam perisian Flash.

Rajah 8.7: Contoh pembangunan perisian kursus dalam Flash

Keperluan utama perisian ialah standard kriteria bagi semua halaman. Semua halaman

menggunakan properti dokumen Flash sama yang dapat dilihat dalam Rajah 8.8 berikut:

Timeline kerangka imej untuk penceritaan halaman dalam dokumen

Alatan untuk mereka bentuk dan menyusun atur dokumen

Stage dalam dokumen. Ruang kerja dalam dokumen. Tidak dilihat setelah diterbitkan.

Dapat dilihat setelah diterbitkan.

Rajah 8.8: Properti dokumen Flash untuk perisianDimensi halaman mengggunakan 750 pixel tinggi dan 500 pixel lebar dengan warna asas latar

belakang ialah kelabu (kod warna=cccccc). Flash merupakan perisian pengarangan berbentuk

filem yang menggunakan kerangka imej dalam pembikinannya. Bagi perisian kursus ini,

kerangka imej yang digunakan ialah 24 kerangka imej bagi setiap saat.

Di sini, penulis mendokumetasikan hasil pembangunan berpandukan papan cerita yang

dinyatakan dalam bab kelima yang lepas, iaitu menu utama dan topik pertama perisian kursus.

Selain itu, bahan-bahan multimedia yang dibangunkan sebelum proses integrasi turut dinyatakan.

1. Pembangunan Menu Utama

Paparan 'menu utama' merupakan paparan pertama sebelum memasuki 10 topik yang

disediakan untuk perisian kursus ini. Paparan ini mempunyai beberapa ikon dan bebutang yang

mempunyai fungsi masing-masing. Apa yang lebih menarik dan lebih interaktif pada setiap

simbol-simbol utama ini adalah dilatari dengan grafik, tooltips dan kesan bunyi bagi setiap ikon

dan bebutang yang dipaparkan. Audio pengenalan turut disediakan untuk tujuan hiburan dan

menguji upaya audio sistem yang digunakan oleh pengguna. Sila lihat Jadual 8.3 yang

menunjukkan ikon dan simbol yang digunakan dalam menu utama, dan Rajah 8.9 untuk melihat

paparan sebenar menu utama perisian kursus Mursyidi.

Jadual 8.3: Ikon dan bebutang dalam menu utama

Simbol Penerangan

Informasi mengenai perisian kursus Mursyidi

Objektif pembelajaran perisian kursus

Panduan menggunakan ikon dan simbol

Keluar ke Portal My-Arab

Keluar ke Topik atau Menu Utama

Mendengar Audio Pengenalan

Menutup Audio Pengenalan

Pautan ke topik

Rajah 8.9: Paparan sebenar menu utama

2. Pembangunan Topik Pertama

Selepas pengguna memilih topik yang dikehendaki, pautan tersebut akan membawa

pengguna ke halaman menu topik tersebut. Halaman ini mengandungi konsep yang sama dalam

setiap topik, iaitu pautan ke halaman empat skop utama topik, sinopsis dan objektif topik,

bebutang mula dan ikon keluar sepertimana yang ditunjukkan dalam Rajah 8.10.

Rajah 8.10: Paparan menu utama dalam halaman topik pertama

Manakala ikon dan bebutang yang digunakan dalam semua topik yang dibangunkan

dapat disenaraikan seperti Jadual 8.4.

Jadual 8.4: Ikon dan bebutang dalam topik

Simbol Penerangan

Pautan ke Kaedah

Pautan ke Latihan

Pautan ke Ujian

Simbol Penerangan

Pautan ke Aktiviti

Bebutang Mula

Pautan ke Muka Surat

Undur ke Belakang

Maju ke Hadapan

Mendengar penerangan melalui audio

Contoh jawapan

Contoh i'rab

Bersambung ke muka surat berikut

Pembantu anda untuk terjemahan

Terdapat sebahagian ikon dan bebutang di atas yang digunakan dalam semua sub topik

dan sebahagian yang lain pula hanya berfungsi mengikut kesesuaian sub topik.

Rajah 8.11: Paparan topik 1, sub topik 1, muka surat 1

Rajah 8.12: Paparan topik 1, sub topik 1, muka surat 2

Rajah 8.13: Paparan topik 1, sub topik 1, muka surat 3

Rajah 8.14: Paparan topik 1, sub topik 1, muka surat 4

Rajah 8.15: Paparan topik 1, sub topik 2, muka surat 1

Rajah 8.16: Paparan topik 1, sub topik 2, muka surat 2

Rajah 8.17: Paparan topik 1, sub topik 2, muka surat 3

Rajah 8.18: Paparan topik 1, sub topik 3, muka surat 1

Rajah 8.19: Paparan topik 1, sub topik 3, muka surat 2

Rajah 8.20: Paparan topik 1, sub topik 3, muka surat 12

Rajah 8.21: Paparan topik 1, sub topik 4, muka surat 1

Rajah 8.22: Paparan topik 1, sub topik 4, muka surat 2

3. Pembangunan Topik-topik selanjutnya

Dalam laporan ini, penulis tidak mengulas keseluruhan topik yang telah dibangunkan

memandangkan topik pertama yang menjadi contoh sudah memadai untuk menggambarkan

pembangunan topik-topik selanjutnya. Penulis cuma memaparkan menu utama setiap topik bagi

memperlihatkan perbezaan warna antara topik seperti rajah-rajah berikut.

Rajah 8.23: Paparan menu utama topik 2

Rajah 8.24: Paparan menu utama topik 3

Rajah 8.25: Paparan menu utama topik 4

Rajah 8.26: Paparan menu utama topik 5

Rajah 8.27: Paparan menu utama topik 6

Rajah 8.28: Paparan menu utama topik 7

Rajah 8.29: Paparan menu utama topik 8

Rajah 8.30: Paparan menu utama topik 9

Rajah 8.31: Paparan menu utama topik 10

4. Penempatan perisian kursus ke dalam server web

Penulis melanggan penganjur web (web hosting) berbayar untuk menjadikan portal ini

boleh diakses melalui internet. Server web tersebut akan menempatkan semua data berkaitan

dengan perisian ini, termasuklah pangkalan data pendafatran ahli dan respon soal selidik.

Penggunaan penganjuran web lebih menjimatkan berbanding jika menyediakan server khas

untuk portal ini akan menelan belanja yang mahal. Portal ini boleh diakses menggunakan alamat

http://www.my-arab.com.

Semasa proses memuat naik fail-fail, penulis menggunakan perisian Cute FTP 7 Home

yang berfungsi untuk memindahkan data atau fail-fail dari server sementara (localhost) ke server

web seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 8.32.

Rajah 8.32: Paparan fail yang dimuat naik melalui perisian Cute FTP

Hasilnya, pengguna dapat mengakses Portal My-Arab melalui alamat di atas yang dapat

dilihat seperti paparan dalam Rajah 8.33.

Rajah 8.33: Paparan sebenar Portal My-Arab melalui internet

8.1.4 Kesimpulan Fasa Ketiga

Dalam fasa ketiga ini, penulis dapat membuat kesimpulan bahawa pembelajaran nahu

dapat diadaptasikan dengan teknologi multimedia berasaskan web yang menjadikan

pembelajarannya lebih menarik. Hasil pembangunan perisian kursus menunjukkan teknologi

berperanan penting dalam pembelajaran bahasa Arab seperti bidang-bidang lain walaupun

terdapat sedikit kekangan dalam pembangunannya untuk subjek bahasa Arab khususnya yang

melibatkan teks atau aksara kompleks.

Selain itu, teknologi yang canggih tidak memadai untuk menghasilkan perisian kursus

yang menarik. Kreativiti merupakan elemen yang penting dalam pembangunan aplikasi

multimedia. Kreativiti perlu ditampilkan semasa penyediaan papan cerita yang dibangunkan

berdasarkan fasa analisis dan fasa reka bentuk sebelum pembangunan multimedia tersebut

dijalankan. Dalam kajian ini, pembangunan perisian kursus menggabungkan tiga elemen penting,

iaitu kandungan subjek, strategi pengajaran dan teknologi multimedia berasaskan web.

Selanjutnya merupakan fasa implementasi, iaitu fasa keempat dalam Model ADDIE yang

bertujuan untuk menguji keberkesanan produk dan melihat masalah-masalah yang tidak disedari

sewaktu fasa reka bentuk dan pembangunan.

8.2 Fasa 4: Implementasi

Fasa ini merupakan fasa pelaksanaan hasil produk yang menguji kelancaran dan

keberkesanannya sebagai satu aplikasi yang mengadaptasikan teknologi multimedia berasaskan

web. Fasa ini juga dikenali sebagai fasa memperkenalkan produk prototaip. Produk ini

kemudiannya akan dibaiki mengikut keperluan dan sebarang kesalahan dapat diatasi berdasarkan

maklum balas pengguna sasaran.

8.2.1 Responden Implementasi

Proses ini disasarkan kepada sekumpulan pengguna yang terdiri daripada beberapa

kelompok, iaitu:

i. Pakar bahasa Arab untuk menilai kandungan perisian kursus

ii. Pengajar bahasa Arab sekolah menengah untuk menilai keseluruhan aplikasi

iii. Pelajar yang pernah mengambil bahasa Arab untuk menilai keseluruhan

aplikasi

iv. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) untuk menilai kelancaran

sistem dan kandungan yang berkaitan dengan aspek teknologi multimedia dan teknologi

web.

Jadual-jadual di bawah merupakan demografi responden yang menguji kelancaran dan

keberkesanannya.

Jadual 8.5: Demografi responden pakar bahasa Arab (N = 2)Demografi Bilangan (%)

Jantina LelakiPerempuan

2 (100)0 (0)

Umur Kurang dari 40 tahun40-50 tahun Melebihi 50 tahun

1 (50)1 (50)0 (0)

Bidang Bahasa Arab dan Kesusateraan ArabPengajian Islam dan Bahasa Arab

2 (100)0 (0)

Tempoh bekerja 1-5 tahun6-10 tahunMelebihi 10 tahun

0 (0)1 (50)1 (50)

Jadual 8.6: Demografi responden pengajar bahasa Arab (N = 4)Demografi Bilangan (%)

Jantina LelakiPerempuan

3 (75)1 (25)

Umur Kurang dari 40 tahun40-50 tahun Melebihi 50 tahun

4 (100)0 (0)0 (0)

Bidang Bahasa Arab dan Kesusateraan ArabPengajian Islam dan Bahasa Arab

3 (75)1 (25)

Tempoh bekerja 1-5 tahun6-10 tahunMelebihi 10 tahun

0 (0)3 (75)1 (25)

Jadual 8.7: Demografi responden pelajar bahasa Arab (N = 6)Demografi Bilangan (%)

Jantina LelakiPerempuan

4 (66.7)2 (33.3)

Umur 18 tahun 6 (100)

Mata pelajaran BAKBAT

6 (100)6 (100)

Jadual 8.8: Demografi responden Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (N = 3)Demografi Bilangan (%)

Jantina LelakiPerempuan

1 (33.3)2 (66.7)

Umur Kurang dari 40 tahun40-50 tahun Melebihi 50 tahun

3 (100)0 (0)0 (0)

Bidang MultimediaPengaturcaraan

1 (33.3)2 (66.7)

Tempoh bekerja 1-5 tahun6-10 tahunMelebihi 10 tahun

3 (100)0 (0)0 (0)

8.2.2 Kaedah Perlaksanaan

Berikut merupakan langkah yang dijalankan oleh penulis semasa melaksanakan uji lari

aplikasi.

i. Oleh kerana kajian ini berkaitan dengan aplikasi berasaskan web, oleh itu persediaan

awal bagi menguji aplikasi ini ialah memastikan rangkaian internet berfungsi dengan baik. Ini

bermaksud penulis memastikan pengguna sasaran memiliki fasiliti internet yang bersesuaian

termasuklah memastikan ruang pembelajaran pelajar dalam makmal komputer adalah selesa.

ii. Panduan diberikan kepada kumpulan tersebut yang berkaitan dengan perkara-perkara

berikut:

Konsep pembangunan aplikasi

Audien dijelaskan mengenai pembangunan sistem pengurusan pembelajaran secara dalam

talian dan kandungan subjek nahu dalam BAK.

Panduan pendaftaran

Audien ditunjukkan mengenai cara pendaftaran sebagai ahli dilakukan seperti yang dapat

dilihat dalam Rajah 8.34 di bawah.

Rajah 8.34: Panduan pendaftaran sebagai ahli

Panduan penggunaan

Panduan untuk menggunakan aplikasi Mursyidi juga diberikan sebagai permulaan kepada

pengguna mengenali menu-menu yang terdapat dalam sistem aplikasi tersebut. Sila lihat

Rajah 8.35 untuk melihat panduan tersebut.

Rajah 8.35: Panduan penggunaan aplikasi Mursyidi

8.2.3 Maklum Balas Responden

Penulis menyatakan di sini beberapa maklum balas yang diberikan oleh pengguna sasaran

semasa proses implementasi. Maklum balas tersebut berupa teguran dari sudut reka bentuk

struktur sistem keseluruhan dan kandungan aplikasi yang dapat diringkaskan seperti berikut:

1. Respon terhadap portal dan sistem My-Arab

Kesukaran mengakses menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang telah

didaftarkan. Pengguna gagal memasuki Sistem My-Arab dengan sukses ke

ruangan tersebut kerana kesilapan semasa pengaturcaraan.

Pemilihan saiz fon dalam portal yang kurang bersesuaian dengan sesetengah

paparan skrin komputer pengguna. Sebagai jalan penyelesaian, penulis

menggunakan saiz sederhana yang pada pendapat penulis sesuai digunakan pada

semua paparan komputer, iaitu paparan skrin biasa pada resolusi 1024 x 768

pixel.

Ruangan forum tidak berfungsi dengan lancar. Apabila pengguna ingin membalas

forum yang sedia ada, maklum balas tersebut tidak boleh dihantar.

2. Respon terhadap aplikasi Mursyidi

Pemilihan fon dan grafik

Terdapat respon yang menyentuh penggunaan grafik bagi ikon dan bebutang yang

kurang jelas dan kurang sesuai dengan fungsinya. Contohnya bebutang sub topik

adalah kurang jelas dan kecil saiz fonnya. Oleh itu, bebutang

tersebut telah diubah menjadi bebutang ini .

Penggunaan kesan bunyi dalam ikon dan bebutang

Penulis berulang kali menukar kesan bunyi pada ikon dan bebutang kerana respon

daripada pengguna, dan akhirnya memilih kesan bunyi yang sedia ada dalam

aplikasi (sila dengar apabila mengakses laman aplikasi ini).

Susun atur kandungan dalam setiap topik

Respon daripada beberapa pensyarah bahasa Arab yang menyentuh tentang

kandungan agak kurang jelas apabila pengguna mempelajarinya sendiri.

Contohnya, penerangan kepada topik agak terbatas.

Kesilapan ejaan dalam topik

Respon juga menunjukkan terdapat beberapa topik yang mengandungi kesilapan

ejaan dan baris.

2. Respon terhadap soal selidik aplikasi

Kesilapan ejaan dan struktur ayat dalam soal selidik

Respon juga menunjukkan terdapat beberapa soal selidik yang mengandungi

kesilapan ejaan dan struktur ayat.

Semua respon yang diterima amat berguna untuk penambahbaikan kepada produk sedia

ada. Proses implementasi ini amat penting dijalankan yang mana ia dapat menghasilkan produk

yang mantap.

8.3 Penutup

Fasa ketiga dan keempat ini merupakan fasa menghasilkan produk yang sebenar. Penulis

menarafkan pembangunan produk ini sebagai pembangunan aplikasi multimedia tahap sederhana

atau pertengahan kerana material yang digunakan merupakan elemen multimedia dan

interaktiviti yang tidak terlalu kompleks dan tidak melibatkan penggunaan video. Ini bersesuaian

dengan subjek yang dibangunkan, iaitu subjek nahu yang lebih kepada pemahaman teks.

Fasa ketiga berfungsi untuk membangunkan aplikasi yang menggunakan fasa

sebelumnya sebagai garis panduan. Ketika ini kerja-kerja pengaturcaraan dan pengarangan

dilakukan membabitkan penggunakan teknologi multimedia berasaskan web. Kreativiti amat

diperlukan untuk menjadikannya lebih menarik.

Fasa keempat pula merupakan proses perlaksanaan aplikasi yang disasarkan kepada sekumpulan

pengguna untuk memastikan produk lebih mantap dan berjalan lancar sebelum disasarkan

kepada pengguna sebenar. Bab berikut merupakan fasa pengujian aplikasi kepada pengguna

sebenar yang menggunakan soal selidik dalam talian sebagai instrumen pengujian aplikasi.