teks mc program motivasi

3
Mengumumkan ketibaan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, En.Malan Sinau, Penceramah Jemputan Cik Carina Rikan Jabu dan para tetamu jemputan. Bagi meneruskan majlis, majlis ingin menjemput semua tetamu jemputan dan hadirin sekalian untuk berdiri tegak bagi sama- sama menyanyikan lagu Negaraku dan diikuti lagu Ibu Pertiwiku. Para hadirin dipersilakan duduk. Terima kasih di atas nyanyian sebentar tadi. Orang Jawa berdagang ke kota, Singgah di Acheh membeli gamat, Tangan dirafak, restu dipinta; Doa diamin moga selamat. Bagi memula dan memuliakan majlis, majlis mempersilakan____________________bagi memimpin bacaan doa. Majlis mengucapkan terima kasih kepada atas bacaan doa sebentar tadi. Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Yang Dihormati, Cik Rikan Jabu dari Unit Kaunseling & Psikologi Pejabat Pendidikan Daerah Lawas Selaku penceramah jemputan program motivasi UPSR tahun 6, Yang Dihormati, En. Malan Sinau, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK.Kampung Lintang Yang Berusaha, En.Murod Labung Guru Besar SK.Kampung Lintang

Upload: vochelle88

Post on 15-Dec-2015

34 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

mc

TRANSCRIPT

Page 1: Teks MC Program Motivasi

Mengumumkan ketibaan

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, En.Malan Sinau, Penceramah Jemputan Cik Carina Rikan Jabu dan para tetamu jemputan.

Bagi meneruskan majlis, majlis ingin menjemput semua tetamu jemputan dan hadirin sekalian untuk berdiri tegak bagi sama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan diikuti lagu Ibu Pertiwiku.

Para hadirin dipersilakan duduk. Terima kasih di atas nyanyian sebentar tadi.

Orang Jawa berdagang ke kota,Singgah di Acheh membeli gamat,Tangan dirafak, restu dipinta;Doa diamin moga selamat.

Bagi memula dan memuliakan majlis, majlis mempersilakan____________________bagi memimpin bacaan doa.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada atas bacaan doa sebentar tadi.

Sirih berlipat sirih pinang,Sirih dari Pulau Mutiara,Pemanis kata selamat datang,Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Dihormati, Cik Rikan Jabu dari Unit Kaunseling & Psikologi Pejabat Pendidikan Daerah LawasSelaku penceramah jemputan program motivasi UPSR tahun 6,

Yang Dihormati,En. Malan Sinau,Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK.Kampung Lintang

Yang Berusaha,En.Murod LabungGuru Besar SK.Kampung Lintang

Pastor Yahya Akau, pemimpin bacaan doa agama Kristian dan Ustaz Khairul Ajmal Ahmad, yang akan memimpin solat hajat bagi agama Islam.

Barisan penolong-penolong kanan, rakan-rakan guru dan staff sekolah, para ibu bapa dan waris, seterusnya semua murid SK.Kampung Lintang yang dikasihi sekalian.

Assalammualaikum W.B.T, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Page 2: Teks MC Program Motivasi

Buah pauh si bunga rampai,Kilauan bintang sungguh mengasyikkan,Orang jauh sudahlah sampai,Selamat datang kami ucapkan.

Bagi seluruh warga SK.Kampung Lintang, pihak majlis mengalu-alukan kehadiran para tetamu jemputan dan ibu bapa sekalian bertamu ke Program Motivasi tahun 6 dan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri pada hari ini. Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini akan menjadi lebih bermakna.

Hadirin yang dihormati,

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis En.Murod Labung selaku Guru Besar SK.Kampung Lintang. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih di atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan…………………………………………………………………………………………………..

Sekalung penghargaan kepada ___________________, atas kesudian menyampaikan ucapan.

Hadirin sekalian,

Seterusnya kita akan menyaksikan persembahan tayangan slaid yang telah disediakan oleh AJK majlis. Tayangan slaid ini memaparkan pelbagai aktiviti yang telah dijayakan oleh warga SK.Kampung Lintang sepanjang awal tahun 2014 sehingga kini. Marilah sama-sama kita saksikan ‘Di sini lahirnya sebuah cerita’.

Begitulah sedikit sorotan aktiviti dan kejayaan murid dan warga sekolah yang telah ditempa bermula awal tahun ini sehingga kini. Semoga kejayaan sentiasa bersama kita.