teks mc penutupan kursus kepimpinan.docx

Upload: b3nhacker

Post on 01-Mar-2016

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1. Sekiranya terjumpa buku teks di merata-rata tempat, apakah tindakan anda?

2. Rakan sedorm dengan anda mengalami pendarahan (luka), apakah tindakan anda?

3. Sekumpulan pelajar melepak ditandas pada waktu pembelajaran dan pengajaran kebetulan kamu juga ke tandas, apakah tindakan sewajarnya kamu lakukan sebagai seorang pengawas?

4. Pelajar-pelajar tidak turun ke masjid dan dewan prep, apakah tindakan anda sebagai ketua asrama?

5. Sekiranya guru terlewat masuk ke kelas, apakah tindakan sewajarnya, dilakukan sebagai ketua kelas untuk mastikan keadaan di dalam kelas terkawal dan tiada pelajar yang keluar daripada kelas?

6. Kawan karib anda telah melanggar peraturan sekolah, apakah tindakan sewajarnya anda sebagai pengawas sekolah yang menguatkuasakan peraturan?

7. Sekiranya anda lebih muda daripada pelajar yang melakukan kesalahan, bagaimanakah cara anda menegurnya agar teguran dan nasihat anda di terima?

8. Sebagai seorang ketua pelajar, anda telah diarahkan untuk memastikan kerusi berada dalam keadaan teratur di dalam dewan, apakah tindakan anda agar memastikan kerusi tersebut tersusun tanpa anda yang melakukannya berseorangan.