teks mc mjlis khatam aq skmt

5
TEKS PENGACARAAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN SK MASJID TANAH BIL CUE UCAPAN Tetamu mengambil temat Dijemput sidang hadirin mengambil tempat yang telah disediakan. Kata-!ata Aluan Assalamualaikum W.B.T Bismillahirrahman....bismillahirrahim....bismillahirr "#$%&'()*+ ,$ ./* 0'1* 2%3 45&+ 657+ "#$()8 #$9(?@ < >7+ <)@ 2%3+ Biji selasih boleh dimakan Menjadi perisa sedap terperi Selamat datang kami ucapkan Semoga majlis tambah berseri Yang Berusaha, Tn H tFman bin H AFma Be a SK Ma i TanaF Yang Dihormati, Pn Ha aF ain n binti Sub F Ma i TanaF Yang Dihormati, En OaFa a bin Ib aFim PK Mu i SK Ma i TanaF Yang Dihormati, En A mi bin Ab ul A i K !u i!ulum SK Ma i TanaF Yang Dihormati, Pn Kama iaF binti H M !F Pen i i!an KFa guruguru S! Masjid Tanah sete muridmurid S! Masjid yang dikasihi sekalian. Mena i timba i ana! a a Di ba aF a ang bu ung temuaV Salam embaF embu!a bia a Selamat atang untu! emua Selamat datang ke Majlis "enutupan #hya dan Semarak ! $amadan "eringkat Sekolah S! Masjid Tanah. "ihak majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian para had untuk hadir bagi menyerikan lagi majlis pada pagi ini

Upload: ismi-siti-khadijah

Post on 04-Nov-2015

222 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

study

TRANSCRIPT

TEKS PENGACARAAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN SK MASJID TANAHBILCUEUCAPAN

Tetamu mengambil tempat

Dijemput sidang hadirin mengambil tempat yang telah disediakan.

Kata-kata Aluan

Assalamualaikum W.B.TBismillahirrahman....bismillahirrahim....bismillahirrahmanirrahim... Biji selasih boleh dimakanMenjadi perisa sedap terperiSelamat datang kami ucapkanSemoga majlis tambah berseri

1) Yang Berusaha, Tn. Hj. Othman bin Hj. Ahmad, Guru Besar SK Masjid Tanah2) Yang Dihormati, Pn. Hajah Zainon binti Suboh, PK 1 SK Masjid Tanah3) Yang Dihormati, En. Yahaya bin Ibrahim, PK Hal Ehwal Murid SK Masjid Tanah4) Yang Dihormati, En. Azmi bin Abdul Aziz, PK Kokurikulum SK Masjid Tanah5) Yang Dihormati, Pn. Kamariah binti Hj. Mokhtar, PK Pendidikan Khas, guru-guru SK Masjid Tanah seterusnya murid-murid SK Masjid yang dikasihi sekalian.

Mencari timba si anak dara,Di bawah sarang burung tempua;Salam sembah pembuka bicara,Selamat datang untuk semua.

Selamat datang ke Majlis Penutupan Ihya dan Semarak Kasih Ramadan Peringkat Sekolah SK Masjid Tanah. Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian para hadirin untuk hadir bagi menyerikan lagi majlis pada pagi ini.

Ucapan aluan-aluan Guru Besar

Selesai ucapan Guru BesarSidang hadirin sekalian,

Emas tempawan buatmu puteri,Busana indah buat rupawan;Sudilah tuan tampilkan diri,Bersama madah kata aluan.

Majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha Tn. Hj Othman bin Ahmad, Guru Besar SK Masjid Tanah bagi menyampaikan ucapan alu-aluan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Ihya dan Semarak Kasih Ramadan Peringkat Sekolah SK Masjid Tanah.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.----------------------------------------------Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Othman bin Hj. Ahmad atas kesudian menyampaikan ucapan seterusnya menyempurnakan gimik bagi majlis pada hari ini. Untuk pengetahuan sidang hadirin sekalian, gimik persembahan sebentar tadi merupakan persembahan daripada murid-murid tahun 5A yang diadaptasikan daripada semangat jihad tentera-tentera Gaza dalam menyelamatkan bumi Palestin. Manakala video yang ditayangkan sebentar tadi merupakan video mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini.

Penyampaian hadiah pertandingan Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Sepanjang Program Ihya Ramadhan, pihak Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan beberapa pertandingan seperti Pertandingan Mewarna, Kuiz Ihya Ramadan, Mencari Perkataan Tersembunyi dan Pertandingan Tulisan Khat.

Dengan itu, majlis menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati Pn. Hjh. Zainon binti Suboh mengiringi Yang Berusaha Tn. Hj. Othman bin Hj. Ahmad bagi menyempurnakan upacara penyampaian hadiah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.------------------------------------------------------------------

Sumbangan anak yatim.Diminta Yang Berusaha Tn. Hj. Othman untuk terus berada di atas pentas bagi menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:Sesiapa di antara kamu berkemampuan untuk berlindung daripada Neraka (dengan melakukan sedekah) walaupun hanya dengan separuh buah kurma, maka lakukanlah (HR.Muslim).Bagi penerima sumbangan anak yatim, dijemput adik.................

---------------------------------------------------------------Majlis merakamkan ucapan terima kasih sekali lagi kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Othman bin Hj. Ahmad atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang serta sumbangan kepada anak-anak yatim.

Sumbangan Murid Kurang berkemampuanSeterusnya, dijemput Yang dihormati Pn. Siti Aminah binti Mustafar, Ketua Panitia Pendidikan Islam mengiringi Pn. Hjh. Zainon binti Suboh, PK Kurikulum bagi menyampaikan sumbangan kepada murid-murid kurang berkemampuan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.Dijemput adik( ), bagi menerima sumbangan murid kurang berkemampuan. Seterusnya dijemput adik...........................

--------------------------------------------------------------Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn. Zainon atas kesudian menyampaikan sumbangan kepada murid-murid kurang berkemampuan.

Sumbangan Murid Pendidikan KhasHadirin yang dihormati sekalian,Tidak dilupakan juga, sumbangan kepada murid-murid Pendidikan Khas. Untuk maksud itu, dijemput Pn Siti Aminah binti Mustafar, Ketua Panitia Pendidikan Islam mengiringi Pn Kamariah binti Hj. Mokhtar, PK Pendidikan Khas bagi menyampaikan sumbangan kepada murid-murid Pendidikan Khas. Dijemput adik ( ) bagi menerima sumbangan murid-murid Pendidikan Khas. Seterusnya, dijemput adik ..........................

-------------------------------------------------------------Terima kasih diucapkan kepada Pn. Kamariah binti Hj. Mokhtar atas kesudian menyampaikan sumbangan sebentar tadi.

Sumbangan kipasSidang hadirin yang dirahmati Allah sekalian,Pada tahun ini juga, pihak sekolah telah menerima sumbangan kipas daripada pihak luar. Untuk maksud itu, dijemput sekali lagi Pn. Siti Aminah binti Mustafar, Ketua Panitia Pendidikan Khas mewakili ( ) bagi menyampaikan sumbangan kipas tersebut kepada Tn. Hj. Othman bin Hj. Ahmad, Guru Besar SK Masjid Tanah untuk kegunaan murid-murid SKMT. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Penyampaian cenderamataHadirin yang dihormati sekalian,Seterusnya, bagi tanda penghargaan, majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Pn. Hjh. Zainon binti Suboh, PK Kurikulum bagi menyampaikan cenderamata kepada Guru Besar atas kesudian hadir dan merasmikan majlis pada hari. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

PenutupHadirin sekalian,Inilah yang dikatakan:Umpama belayar telah sampai di pelabuhanUmpama berkayuh telah sampai di muaraUmpama berjalan telah sampai di destinasi.Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung majlis.Dikesempatan ini, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.Pergi ke dusun memetik kelapaKelapa muda si kelapa barliJari disusun maaf dipintaPanjang usia bersua kembali.Bunga mawar cantik berseriMekar disirami si embun pagiMajlis Penutupan Ihya & Semarak Kasih Ramadhan mengundur diriSemoga tahun hadapan berjumpa lagi.Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

Diminta para pentadbir, guru-guru serta semua murid berdiri untuk kita sama-sama bersalam-salaman dan bermaaf-maafan bersempena Sambutan Hari Raya yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.