topik 1 (bacaan aq & tajwid)

21
PENGENALAN Perbahasan di dalam topik ini akan membincangkan berkaitan dengan bacaan al- Quran dan pengenalan berkenaan Ilmu Tajwid. Ia merangkumi takrifan al- Quran, tajwid serta perkara-perkara penting bersangkutan dengan pembacaan al- Quran. Bagi menekankan lagi kepentingan Ilmu Tajwid ini, turut dikupas permasalahan berkaitan hukum-hukum kesalahan tajwid dan bahagiannya. Sejarah pembukuan Ilmu Tajwid, kepentingan tajwid juga dibentangkan sebagai permulaan sebelum mendalami ilmu ini. T T o o p p i i k k 1 1 Bacaan Quran dan Tajwid Beberapa objektif utama di gariskan dalam topik ini adalah seperti berikut: 1. mengetahui definisi al-Quran, tajwid serta kepentingan Ilmu Tajwid; 2. mengenal buku-buku yang menjadi rujukan utama di dalam membincangkan dan mengupas segala persoalan di dalam Ilmu Tajwid; 3. memastikan bacaan al-Quran tepat mengikut kaedah pembacaan yang digariskan oleh ulama berdasar kepada al-Quran dan al-Hadith; 4. mengenal hukum-hukum yang berkaitan dengan pembacaan al- Quran; dan 5. memahami peringkat bacaan al-Quran dan menjauhi segala kesalahan di dalam pembacaan al-Quran. OBJEKTIF

Upload: muhammad-zakwan

Post on 25-Dec-2015

192 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

Anda boleh emel saya di [email protected] bagi mendapatkan bahan ini secara percuma. ;)

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 1 (Bacaan AQ & Tajwid)

PENGENALANPerbahasan di dalam topik ini akan membincangkan berkaitan dengan bacaan al-Quran dan pengenalan berkenaan Ilmu Tajwid. Ia merangkumi takrifan al-Quran, tajwid serta perkara-perkara penting bersangkutan dengan pembacaan al-Quran. Bagi menekankan lagi kepentingan Ilmu Tajwid ini, turut dikupas permasalahan berkaitan hukum-hukum kesalahan tajwid dan bahagiannya. Sejarah pembukuan Ilmu Tajwid, kepentingan tajwid juga dibentangkan sebagai permulaan sebelum mendalami ilmu ini.

TTooppiikk 11 Bacaan Quran dan Tajwid

Beberapa objektif utama di gariskan dalam topik ini adalah seperti berikut:1. mengetahui definisi al-Quran, tajwid serta kepentingan Ilmu Tajwid; 2. mengenal buku-buku yang menjadi rujukan utama di dalam

membincangkan dan mengupas segala persoalan di dalam Ilmu Tajwid;

3. memastikan bacaan al-Quran tepat mengikut kaedah pembacaan yang digariskan oleh ulama berdasar kepada al-Quran dan al-Hadith;

4. mengenal hukum-hukum yang berkaitan dengan pembacaan al-Quran; dan

5. memahami peringkat bacaan al-Quran dan menjauhi segala kesalahan di dalam pembacaan al-Quran.

OBJEKTIF

Page 2: Topik 1 (Bacaan AQ & Tajwid)

TOPIK 1 BACAAN QURAN DAN TAJWID 2

PETA MINDA

1.1 TAKRIF AL-QURAN DAN HUKUM BACAAN AL-QURAN

Al-Quran adalah kalam Allah s.w.t. yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ulama berbeza pendapat pada pengertian al-Quran dari sudut bahasa. Pandangan yang kuat dan rajih; perkataan al-Quran adalah berasal daripada perkataan yang bermaksud membaca. Mengikut kaedah bahasa Arab . Perkataan adalah perkataan berimbuhan yang menunjukkan kepada sesuatu yang dibaca. Maka dari sudut bahasa al-Quran itu adalah sesuatu yang dibaca.

Manakala dari segi istilah, al-Quran ialah Kalam Allah, sebagai mukjizat, diturun kepada Nabi Muhammad s.a.w., didatangkan secara mutawatir, membacanya adalah suatu ibadah dan ia bermula daripada surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah al-Nas.

Bacaan al-Quran adalah ibadah yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. Pembacaannya mestilah mengikut piawai yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t di dalam firmanNya dan dijelaskan lagi oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabdanya. Adakah kita membacanya menepati saranan yang dibuat oleh Allah s.w.t. dan RasulNya. Fikirkan.

FIKIR

Page 3: Topik 1 (Bacaan AQ & Tajwid)

TOPIK 1 BACAAN QURAN DAN TAJWID 3

Ulama telah meletakkan garis panduan yang masyhur dalam pengriwayatan dan rukun bacaan al-Quran. Mereka berkata setiap bacaan yang menepati salah satu mushaf Othmaniyah, menepati bahasa arab walaupun satu wajah dan sanad yang meriwayatnya sahih, maka ia adalah bacaan yang mutawatirah, tidak harus menolak dan mengingkarinya bahkan ia adalah dari tujuh huruf yang al-Quran turunkan ke atasnya. Berikut adalah rukun-rukun bacaan al-Quran:

1.1.1 Berkesinambungan Sanad yang Sahih Rukun yang pertama ialah sanad yang sahih. Sesuatu bacaan yang diterima hendaklah diriwayatkan seorang yang adil dan kuat ingatan serta bersambung sanadnya kepada Rasulullah s.a.w. tanpa keganjilan dan kecacatan yang mengaibkan. Bahkan sebahagian ulama telah mensyaratkan periwayatan bacaan hendaklah masyhur di kalangan imam-imam dalam bidang ini dan ingatan yang kuat. Mereka bukanlah orang yang dianggap selalu melakukan kesalahan. Ibn al-Jazari telah mensyaratkan sanad hendaklah diriwayat secara mutawatir.

1.1.2 Menepati Bahasa Arab Rukun kedua ialah menepati bahasa arab walaupun satu wajah atau bentuk. Perkara penting dalam rukun ini ialah bacaan tersebut hendaklah menepati kaedah bahasa arab yang fasih dan disepakati atau ada percanggahan tetapi percanggahan tesebut tidak memudaratkan dan merosakkan bahasa arab. Walaupun begitu jika terdapat bacaan yang tersebar di kalangan muslimin dan para imam menerimanya dengan sanad yang sahih maka inilah yang terpilih di kalangan ulama dalam membicarakan „menepati bahasa arab‰.

Sesungguhnya ulama nahu telah mengambil dan menjadikan sesuatu kaedah dalam ilmu nahu adalah bersumber dari al-Quran, hadith dan kalam arab. Apabila telah thabit atau pasti ia adalah Quran dengan riwayat yang diterima maka ia telah menjadi hakim ke atas ulama nahu dan apa yang telah mereka jadikan kaedah. Jika kaedah itu salah, mereka hendaklah kembali kepada al-Quran dan bukan membuat takwilan al-Quran mengikut kaedah yang mereka cipta.

1.1.3 Menepati Salah Satu Mushaf Othmani Rukun ketiga ialah menepati salah satu mushaf Othmani. Ia bermaksud bacaan hendaklah menepati mushaf Othmaniyah dengan ertikata bacaan itu hendaklah pasti wujud pada salah satu mushaf walaupun tidak ada dalam mushaf

Othmaniyah yang lain. Seperti bacaan Ibn ÂAmir (Surah al-

Baqarah) ia membaca dengan tidak ada wau, Qiraat lain membaca dengan wa

Page 4: Topik 1 (Bacaan AQ & Tajwid)

TOPIK 1 BACAAN QURAN DAN TAJWID 4

. Begitu juga dengan terdapat ziadah huruf ba pada

dua kata nama dan riwayat Hafs tidak menambahkan dua ba dengan hanya

membaca . Ibn ÂAmir membaca dengan dua bacaan yang

tersebut diatas kerana ia thabit dan wujud dalam mushaf yang diutus ke Syam.

Begitu juga dengan bacaan Ibn Kathir pada ayat dalam

Surah al-Taubah, bacaan tesebut thabit dalam mushaf Kufi. 1

Kesimpulannya, setiap bacaan yang cukup tiga rukun yang telah disebut maka ia adalah bacaan yang benar dan dihukumkan wajib menerimanya. Bahkan dihukum kufur bagi sesiapa yang mengingkarinya. Samada ia diriwayatkan daripada imam yang tujuh, sepuluh atau selain mereka dari kalangan imam yang diterima. Di samping itu juga, tiga rukun tersebut menunjukkan bahawa setiap bacaan yang tidak menepatinya dihukum tidak boleh menerimanya dan tidak kufur orang yang mengingkarinya. Walaupun ia diriwayatkan dari imam yang tujuh, sepuluh atau lain-lain. Inilah pandangan yang dikemukakan oleh ulama salaf dan khalaf.

1 (buang) Dalam ayat ini Hafs membaca dengan hazaf iaitu

Berikan takrifan al-Quran dari sudut istilah dan jelaskan secara terperinci berkaitan dengan rukun-rukun bacaan al-Quran.

Latihan 1.1

Page 5: Topik 1 (Bacaan AQ & Tajwid)

TOPIK 1 BACAAN QURAN DAN TAJWID � 5

1.2 TAKRIFAN ILMU TAJWID, KEPENTINGANDAN PENYUSUNANNYA

Apakah kita mengetahui berkaitan kepentingan Ilmu Tajwid dalam kehidupanharian kita? Bagaimanakah pengetahuan kita tentang penyusunan ilmu ini?

Ilmu Tajwid adalah satu ilmu yang berkaitan bacaan atau cara menyebut lafaz al-Quran. Ia boleh dikatakan sebagai tonggak kepada rangkaian ilmu-ilmu yangberkaitan bacaan al-Quran iaitu ilmu rasm, ilmu Dabt dan Fawasil. Ini keranailmu-ilmu tersebut ditulis dan ditanda mengikut tajwid atau teknik bacaan al-Quran.

1.2.1 Takrifan-takrifan Tajwid dan TalaqqiTajwid dari sudut bahasa ialah perelok, percantikkan, memperbaguskan.

Dari istilahnya pula ialah memberi setiap huruf hak dan mustahak daripadasifat-sifat, makhraj dan sebagainya seperti menyempurnakan dengung,memperjelaskan hamzah, mamanjangkan mad, meringankan bacaan huruf yangringan dan lain-lain.

Setiap huruf mempunyai dua keadaan iaitu ketika bersendirian dan bersusundengan huruf lain. Hukumnya ketika bersendirian ialah menentukan makhrajnyadan sifat yang lazim baginya. Adapun ketika huruf bersusun dengan yang lain,maka di situ terdapat hukum yang tidak wujud ketika bersendirian sepertitarqiq, tafkhim, idhar, idham dan lain-lain.

Ibn al-Jazari ketika memberi takrif kepada Ilmu Tajwid dengan katanya:-

������� � �� �� ���� ���� ����� ��

“Tajwid ialah memberi kepada huruf haqnya iaitu sifatnya dan mustahaqnya(penyebutnya yang sama dengan sifatnya)”.

Amalan talaqqi dalam mempelajari al-Quran untuk menguasai hukumnyaadalah tabiat atau asas kepada Ilmu Tajwid. Ilmu Tajwid adalah ilmu-ilmu yangberbentuk amalan atau praktikal yang hanya dapat dikuasai melalui talaqi darisyeikh yang mutqin, mengambil al-Quran dan mendengar dari mulut mereka.Terdapat beberapa perkara dalam ilmu ini yang tidak dapat dikuasai kecualidengan mendengar dan melatih lidah menyebut sesuatu perkara dengan

Page 6: Topik 1 (Bacaan AQ & Tajwid)

� TOPIK 1 BACAAN QURAN DAN TAJWID6

beberapa kali di hadapan guru. Seperti sebutan al-Raum, ishmam, idham, Ikhfa,mad, Qasr, Imalah, Tashil dan lain-lain.

Keistimewaan talaqi ini ialah tidak dilaksanakan kepada mana-mana kitab ataumana-mana ilmu. Tetapi al-Quran dinaqal dengan penaqalan yang amat telitisehingga diambil kira berhubung penyebutan huruf dan makhrajnya. Samada iasyiddah, rakhawah, Jahr, Hams dan seumpamanya. Di manakah makhraj setiaphuruf, bagaiman cara imalah, taqlil, Raum, Isymam, tahqiq, taqhil, waqaf, saktah,kadar mad dan ghunnah. Cara idhar, idham, iqlab, ikhfa, cara tafkhim, tarqiqdan lain-lain. Semua perkara tersebut tidak memadai hanya dengan sekali talaqqitetapi hendaklah sentiasa talaqqi dan melatih lidah dan membetulkannya untukmenyebut dengan tepat mengikut hukum tajwid.

Nabi s.a.w. mengarah sahabatnya mempelajari al-Quran dengan bertalaqi darimereka yang elok bacaannya. Sabda Baginda :-

�� ����� �� ������� � !"�# �� $� %��� &�' (���� �� )� *+�

“Ambillah al-Quran dari empat orang iaitu Abdullah ibn Masud, Salim, Muadzdan Ubai Ibn Ka’ab”.

Arahan dari Rasulullah s.a.w. di atas adalah amat jelas agar sahabar r.a.mempelajari al-Quran dari empat orang tersebut yang mempunyai bacaan yangbagus dan tepat. Mereka telah bertalaqi al-Quran daripada Rasulullah s.a.w. IbnMas’ud r.a berkata:

,�'� -�� � ./� *�� 0��' 1�+' ��2� ./' 34/� )� 5/ )� ,�'� 5/� 6��7 *�/8� -��9� .�:/�� ;� ./' 34/� )� 5/ )�)

“Demi Allah sesungguhnya aku telah mengambil al-Quran dari mulut Rasulullahs.a.w. lebih dari 70 surah. Demi Allah sahabat Rasulullah s.a.w. amat mengetahuibahawa aku paling mengetahui di kalangan mereka berhubung kitab Allah”.

Beliau r.a. juga berkata kami mempelajari al-Quran dari Nabi s.a.w. sepuluh ayatdan kami tidak akan mempelajari sepuluh ayat yang lain sehinggalah kamimempelajari apa yang diturunkan Allah s.w.t. dalam sepuluh ayat tersebutsecara amalan.

Page 7: Topik 1 (Bacaan AQ & Tajwid)

TOPIK 1 BACAAN QURAN DAN TAJWID � 7

Seterusnya beliau r.a berkata:

�� �<= >�?@� A >�?@� �<� ./�� �@� A� )� -��# �� 0��' >�?@� �� BCD 3�� A E �� )�34�� >+#�� F�G� 3H/+I )� -��9� J� ./�� �*�� ./�� �� >�?@� �:48 ./�� �@� A� )� -��#

‘Demi yang tiada tuhan selainnya, tidak ada surah yang turun daripada KitabAllah kecuali aku mengetahui di mana diturunkan, tidak diturunkan ayatdaripada Kitab Allah kecuali aku mengetahui kepada apa ia diturunkan, jika akumengetahui terdapat seorang yang lebih mengetahui daripadaku tentang kitabAllah s.w.t. yang dapat sampai kepadanya maka nescaya aku akan pergikepadanya”.

Di sini jelas bahawa para sahabat r.a. mempelajari al-Quran sepuluh ayat danmenguasainya dari sudut ilmu, amalan, bacaan, hukum-hakam dan kefahaman.Di samping itu ia juga menunjukkan bahawa tajwid dan mengajar al-Quranadalah Tauqifi dan bukan Taufiqi.

Qalun salah seorang perawi kepada Imam Naphei mempelajari bacaan al-Qurandengan beliau selama dua puluh tahun sehinggalah Naphei berkata kepadanya“Pergilah kamu kepada mana-mana tiang dalam masjid ini dan aku akanmenghantar kepada kamu murid untuk kamu mengajarkanya”. Cerita inimenunjukkan bahawa talaqi al-Quran adalah satu kemestian dan memakan masayang agak lama sehinggalah guru mengakui dan mengijazah murid tersebut.

1.2.2 Kepentingan-kepentingan TajwidKepentingan Ilmu Tajwid amat terserlah lantaran dapat menjaga lidah darimelakukan kesalahan ketika membaca al-Quran. Tajwid juga mengajar kita caramenyebut dengan tepat dan betul lafaz-lafaz al-Quran. Justeru ia adalah satuteknik senaman untuk anggota mulut dan rongga dan semestinya diamal selalubagi membiasakan dalam menyebut lafaz-lafaz al-Quran. Jika senaman yangselalu diamalkan, akan memberi keselesaan kepada tuannya begitu juga IlmuTajwid akan memberi keselesaan kepada pembacanya.

Tujuan yang terpenting dalam mempelajari Ilmu Tajwid ialah mencapaikeredhaan Allah s.w.t. Kesahihan dalam pembacaan dan ketepatan dalamsebutan akan memperolehi keredhaan Allah, ini selaras dengan firmannya:

Page 8: Topik 1 (Bacaan AQ & Tajwid)

� TOPIK 1 BACAAN QURAN DAN TAJWID8

KLM� N3M@�O/P�M< M-�M�Q9R�� N.N��MSP4MI= M�<Q T��N.N� MUQVWX�POYX8 Q3Z� P�O�R9M< ��M Q3Z� X��NSQ�P[N< MUQVWX�PO� Q3QIMX\QIX�N�Q'�M]R��

“Orang-orang yang telah kami berikan al-Kitab kepadanya, mereka membacanyadengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya……”(al-baqarah 121).

Kelebihan Ilmu Tajwid ialah ia merupakan ilmu yang paling mulia keranahubungannya dengan kitab yang termulia iaitu al-Quran. Orang pertama yangmencipta dan mengamal ilmu ini dari sudut pengenalannya ialah Nabi s.a.w.dan dari sudut kaedahnya pula, ada yang menyatakan yang pertamamenciptanya ialah Abu as-Aswad al-Duali, ada yang menyatakan Abu ‘Ubaidal-Qasim ibn Sallam dan ada yang menyatakan al-Khalil Ibn Ahmad al-Farahididan ada juga pendapat yang menyatakan selain mereka.

Mengetahui ilmu ini adalah fardhu kifayah. Manakala beramal dengannya pulaadalah fardhu ain kepada setiap orang muslim berdasar firman Allah s.w.t.:

\4I�I ������� FI�“Bacalah al-quran secara tartil (perelok sebutan dan mengetahui tempat waqaf)”.

Beramal dengan ilmu ini adalah fardhu ain kerana Allah s.w.t menurunkannyasecara tartil. Firman Allah s.w.t.:

\4I�I B�S/I�“Kami membacanya secara tartil”.

Ilmu tajwid dapat dikuasai dengan dua cara iaitu teori dan amali. Kedua-duacara tersebut saling berkait rapat antara satu sama lain. Seseorang dianggapmahir dalam bacaan al-Quran apabila mampu menguasai kedua-duanya sekalidan jika seseorang itu hanya menguasai teori sahaja dibimbangi berlakukesalahan ketika membaca al-Quran. Dan jika penguasaan hanya ditumpukepada amali semata-mata sudah tentu tahap penguasaan dalam tajwid jugadianggap lemah.

Page 9: Topik 1 (Bacaan AQ & Tajwid)

TOPIK 1 BACAAN QURAN DAN TAJWID 9

1.2.3 Perkembangan, Penulisan serta Pembukuan Ilmu Tajwid

Perkembangan Ilmu Tajwid di zaman Rasulullah s.a.w seiring dengan perkembangan ilmu-ilmu lain. Walaupun begitu, seluruh hukum yang berkaitan seperti hukum nun al-sakinah, mim al-sakinah, mad, waqaf dan sebagainya belum dinamakan dan dibukukan.

Rasulullah dalam banyak hadisnya memuji bacaan sahabat-sahabatnya r.a. Sabda Rasulullah s.a.w „Pelajarilah al-Quran dari empat orang ini iaitu Abdullah ibn masud, salim, Muaz dan Ubai ibn Kaab‰(al-Bukhari) Hadis ini menunjuk bahawa empat orang tersebut mempunyai bacaan yang baik dan tepat. Ia juga menunjuk kepada anugerah ijazah dan keizinan kepada mereka dari Rasulullah s.a.w untuk mengajar kepada orang ramai.

Dalam hadis lain Rasulullah s.a.w pernah mendengar dan memuji Abdullah ibn Masud r.a yang membaca al-Quran ketika sembahyang:

„Barangsiapa yang ingin membaca al-Quran lunak dan tepat sebagaimana ia diturunkan maka hendaklah ia membaca seperti bacaan ibn ummi Abd‰ (Ahmad dan al-Bazzar) Ibn Ummi Abd adalah gelaran kepada Abdullah ibn Masud r.a.

Dua hadis di atas jelas kepada kita bahawa perkembangan Ilmu Tajwid di zaman Rasulullah s.a.w adalah amat baik dan para sahabat r.a membaca al-Quran mengikut ajaran dan bacaan Rasulullah s.a.w. Dengan tunjuk ajar Rasulullah s.a.w lahirlah para Qurra di kalangan sahabat r.a. Mereka amat konsisten dan selalu mengamal Ilmu Tajwid ini dalam bacaan dan pengajaran mereka kepada generasi selepasnya.

Hadis Musa ibn Yazid al-Kindi r.a berkata, adalah Ibn Masuod r.a mengajar seorang lelaki membaca al-Quran, lelaki tersebut membaca

dengan memendikkan kalimah . Lalu Ibn Masuod r.a berkata „Bukan begini Rasulullah s.a.w mengajar aku membaca! „Lelaki tersebut bertanya „Bagaimana Rasulullah s.a.w mengajar kamu membaca?‰ Lalu Ibn Masuod r.a membaca dengan memanjangkan kalimah .

Riwayat ini menunjukkan kepada kita bahawa tajwid amat diambil berat dalam bacaan al-Quran di kalangan sahabat dan generasi selepasnya. Amat malang sekali orang yang mengatakan Rasulullah s.a.w membaca al-Quran tidak bertajwid dan mereka membaca al-Quran tidak mengikut Ilmu Tajwid.

Page 10: Topik 1 (Bacaan AQ & Tajwid)

TOPIK 1 BACAAN QURAN DAN TAJWID 10

Penulisan dalam Ilmu Tajwid sejak dulu dan sekarang tidak begitu banyak. Punca utama ialah kerana perbahasan ilmu itu sendiri yang tidak begitu luas dan kandungan babnya tidak banyak. Selain itu ia lebih tertumpu kepada latihan amali dan jarang sekali didapati ia diajar dalam bentuk kuliah dan perbincangan hukum semata-mata.

Perintis dalam membuat kaedah-kaedah Ilmu Tajwid ialah ulamak Qiraat dan lughah iaitu di permulaan zaman pembukuan. Perkara ini merujuk kepada sebab perletakan baris dan titik al-Quran dan juga kesalahan yang amat berleluasa dalam tatabahasa arab.

Pembukuan beberapa ilmu boleh dianggap serentak dan sekaligus antaranya ialah ilmu tatabahasa arab, Ilmu Tajwid, ilmu dabt dan lain-lain. Ada juga pandangan yang mengatakan, perintis dalam Ilmu Tajwid ialah al-Khalil ibn Ahmad al-Farahidi, ada juga yang mengatakan Abu al-Aswad al-Duali. Dan ada juga yang mengatakan Abu Ubaid al-Qasim.

Pembukuan ilmu-ilmu Islam adalah selepas banyak pembukaan kota-kota Islam dan ramai pemeluk Islam di kalangan orang-orang yang bukan berbangsa arab. Lantaran itu berlaku percampuran dalam pertuturan antara bahasa arab dan bahasa asing. Justeru terdapat banyak kesalahan bahasa arab dalam percakapan harian dan ia merebak kepada pembacaan al-Quran itu sendiri.

Gejala kesalahan dalam pembacaan al-Quran ini menjadi pendorong kepada pemerintah umat Islam ketika itu mengambil langkah membendung dan menjaga kemurniaan al-Quran. Langkah yang mereka ambil untuk memelihara al-Quran dari penyelewengan dalam bacaan ialah mewujudkan baris dan titik yang mana sebelum itu belum pernah ada baris dan titik dalam al-Quran. Kemudian mereka meletakkan kaedah-kaedah tajwid yang mesti dipegang oleh setiap qari ketika membaca al-Quran. Pengorbanan yang mereka lakukan ini amat besar dalam Islam demi menjaga al-Quran dari penyelewengan bacaan dan juga umat selepas mereka dapat membaca al-Quran sebagaimana generasi terawal membaca al-Quran.

Kitab yang pertama dalam Ilmu Tajwid ialah dalam bentuk nazam (syair). Ia dihasilkan oleh Abu Mazahim al-Khaqani yang wafat pada tahun 325 hijrah iaitu di akhir kurun yang ketiga hijrah. Nazam tersebut dianggap yang terawal dalam Ilmu Tajwid.

Memandang terdapat hubungan yang amat erat dalam Ilmu Tajwid dan qiraat, perlu juga disebut kitab qiraat yang terawal. Ia adalah hasil karangan al-Imam Abu Ubaid al-Qasim ibn Sallam. Kitab beliau diberi nama al-Qiraat. Al-Zahabi memuji kitab tersebut dengan berkata „Abu Ubaid mempunyai kitab dalam ilmu

Page 11: Topik 1 (Bacaan AQ & Tajwid)

TOPIK 1 BACAAN QURAN DAN TAJWID 11

qiraat yang tidak ada seorang pun seumpamanya di kalangan penduduk kufah‰ . Ibn sallam meninggal pada tahun 224 hijrah di Makkah al-Mukarramah.

Ada juga yang mengatakan, perintis yang mengumpul Qiraat dan menyusunnya ialah Abu Umar Hafs ibn Umar al-Duriy. Beliau meninggal pada tahun 246 hijrah. Pada kurun ke empat hijrah, seorang ulamak yang bernama al-Hafiz Abu Bakar ibn Mujahid al-Baghdadiy. Beliau telah menghimpun qiraat tujuh dalam satu kitab, meninggal pada tahun 324 hijrah.

Pada kurun ke lima hijrah, al-Hafiz Abu Amru Uthman ibn Said al-Daniy telah mengarang banyak buku dalam ilmu berkaitan yang terpenting ialah kitab al-Taisir. Beliau meninggal di Andalus pada tahun 444 hijrah.

Seterusnya pada kurun ke enam lahir ulamak yang terkenal, beliau ialah al-Imam al-Qasim ibn Fieruh ibn Khalaf al-Syatibi. Karangan beliau ialah

yang dikenali sebagai . kitab tersebut adalah ringkasan dan olahan dari kitab . Rangkapan syairnya adalah sebanyak 1173 rangkap. Beliau meninggal di Kaherah pada tahun 591 hijrah.

Ramai ulamak lahir dan menghabiskan usia demi berlumba berkhidmat kepada ilmu ini samada dalam bentuk penulisan atau pengajaran. Yang terunggul di kalangan mereka ialah Imam al-Muhaqiqin Abu al-Khair Muhamad ibn Muhamad ibn Muhamad ibn al-Jazari. Banyak karangan beliau dalam ilmu al-qiraat seperti , dan dalam Ilmu Tajwid karangan beliau ialah Nazam al-Muqadimah fi Ilmi al-Tajwid yang dikenali sebagai . Beliau meninggal pada tahun 833 hijrah di Kota Syiraz.

Kitab-kitab yang dikarang dalam tajwid ini pada lazimnya tidaklah begitu tebal dan besar seperti karangan dalam bidang tafsir, feqah, tauhid dan lain-lain ilmu, tetapi ia hanya satu jilid dan helaiannya tidak melebihi ratusan muka surat. Ini kerana skop kandungannya begitu sedikit. Meskipun begitu, pembelajaran dalam bentuk amali ia memakan masa yang amat panjang ini bagi membiasakan pelajar menyebut ayat al-quran dengan tepat dan betul.

1. Nyatakan secara terperinci kepentingan Ilmu Tajwid. 2. Sebutkan dua buah buku yang terkenal di dalam Ilmu Tajwid bersama

pengarangnya.

Latihan 1.2

Page 12: Topik 1 (Bacaan AQ & Tajwid)

TOPIK 1 BACAAN QURAN DAN TAJWID 12

1.3 HUKUM MEMPELAJARI TAJWID DAN HUBUNGANNYA DENGAN KESALAHAN TAJWID

Apakah kita mengetahui bahawa hukum mempelajari Tajwid adalah fardu ain yang mesti dipelajari oleh setiap muslim? Setiap kali kita membaca al-Quran apakah kita menyedari tentang kesilapan yang kita lakukan samada khafi atau Jali. Fikirkan.

1.3.1 Hukum Mempelajari Tajwid Secara Ilmiah dan Amaliah

Perbincangan tentang hukum mempelajari tajwid sama ada ilmiah atau amaliah akan dihuraikan berdasarkan kepada nas-nas al-Quran, hadis-hadis Rasulullah s.a.w. dan juga pandangan ulama.

(a) Hukum mempelajari tajwid secara ilmiah atau teori iaitu berkaitan dengan penamaan hukum dalam tajwid seperti izhar, idgham, ikhfaÊ, iqlab, mad wajib, jaiz dan seumpamanya telah ijmaÊ ulama ia adalah fardu kifayah. Maksudnya jika sebahagian umat Islam di sesuatu tempat telah mengetahuinya maka mereka semua terselamat daripada dosa.

(b) Hukum mempelajari tajwid secara amali atau praktikal adalah fardu ain kepada setiap muslim yang membaca al-Quran mengikut kemampuannya yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. Antara ulama yang mengatakan ia adalah fardu ain ialah al-Imam al-Hafiz Ibn al-Jazari, Abu Abdillah Nasr ibn al-Syirazi, al-Sayuti, al-Qistalani, Makki Ibn Abi Talib dan lain-lain. Mereka semua berhujah dengan nas-nas berikut:

(i) Firman Allah Taala:

) :4(

Maksudnya: Dan bacalah al-Quran dengan secara tartil. (Surah al-Muzammil: 4)

Bentuk hujahan dalam ayat ini ialah penggunaan kalimah iaitu dengan kata kerja arahan. Dan setiap arahan Allah s.w.t. adalah wajib. Dengan ini thabitlah bahawa tartil Kitab Allah s.w.t. adalah wajib.

Page 13: Topik 1 (Bacaan AQ & Tajwid)

TOPIK 1 BACAAN QURAN DAN TAJWID 13

Dikuatkan lagi dengan huraian makna tartil yang dikemukakan oleh Ali Ibn Abi Talib r.a. iaitu memperelokkan sebutan huruf dan mengetahui waqaf.

(ii) Firman Allah s.w.t.

) :121(Maksudnya: Orang-orang yang telah Kami berikan Al Kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya. dan barangsiapa yang ingkar kepadanya, Maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (Surah al-Baqarah: 121)

Bentuk hujahan dalam ayat ini ialah, Allah s.w.t. telah menyifatkan kepada orang-orang yang dianugerahkan al-Kitab dengan sifat pujian. Mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan. Hak tilawah mempunyai makna yang umum, termasuk di dalamnya yang pertama ialah memperelokkan tartilnya, menghafaznya, beramal dalam bentuk yang sempurna. Perkara yang tidak syak lagi ialah bentuk bacaan al-Quran adalah sama dengan bentuk penerimaannya daripada Jibril a.s. Maka sudah tentu ia wajib.

(iii) Firman Allah s.w.t:

) :32(Maksudnya: Dan Kami membacanya secara tartil. (Surah al-Furqan: 32)

Bentuk hujahan dalam ayat ini, ialah keterangan daripada Allah s.w.t. bahawa tartil adalah sifat yang Allah Taala gunakan untuk al-Quran. Jesteru, barangsiapa membaca al-Quran secara tartil, sesungguhnya dia telah membaca sebagaimana Allah s.w.t. membacanya. Arahan membacanya dengan tartil dan pembacaan Jibril a.s. kepada Nabi Muhammad s.a.w. juga dalam bentuk tartil sehinggalah ia sampai kepada generasi kita pada hari ini. Oleh kerana itu, tartil adalah wajib.

Page 14: Topik 1 (Bacaan AQ & Tajwid)

TOPIK 1 BACAAN QURAN DAN TAJWID 14

(iv) Firman Allah s.w.t :

) :28(

Maksudnya: (ialah) Al Quran dalam bahasa Arab yang tidak ada kebengkokan (di dalamnya) supaya mereka bertakwa. (Surah al-Zumar: 28)

Bentuk hujahan dalam ayat ini ialah, barangsiapa yang membaca al-Quran dengan tidak tartil, sesungguhnya dia telah menyimpang daripada sifatnya yang berbentuk Arabiy. Ini kerana al-Lahn dalam bacaan al-Quran telah menafikan kefasihan al-Quran. Barangsiapa membacanya tanpa tartil, sesungguhnya dia membaca dengan kaedah yang bengkok.

(v) Ditanya kepada Anas r.a. : Bagaimanakah bentuk bacaan Nabi s.a.w.? Beliau menjawab: Bacaannya adalah tenang, kemudian beliau membaca: dengan memanjangkan suara pada

, dan memanjangkan pada .

(vi) Isteri Rasulullah s.a.w. iaitu Ummu Salamh r.a. berkata: Rasulullah s.a.w memberhentikan bacaannya di setiap ayat lalu membaca

kemudian berhenti dan membaca . kemudian berhenti.

(vii) Diriwayatkan daripada Abdullah Ibn MasÊud r.a. bahawa beliau mengajar Al-Quran kepada seorang lelaki . Lelaki tersebut membaca

( :60 ) dengan tanpa mad pada .Ibn MasÊud berkata: Bagaimanakah Rasullullah s.a.w. mengajar kamu wahai Abdu Rahman. Ibn MasÊud membaca ( ) dengan memanjangkan .

Semua nas-nas hadith di atas menunjukkan perbuatan Nabi s.a.w., dan juga perbuatan para sahabat r.a. Ini juga menunjukkan bahawa bacaan mereka adalah secara tertil dan bertajwid. Disamping itu, ia juga nas-nas Al-Quran yang terdahulu dengan menegaskan bahawa beramal dengan hukum tajwid dalah perkara wajib.

(viii) IjmaÊ umat menyatakan bahawa wajib menerima Al-Quran dengan cara ia diturunkan oleh Jibril kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan hukum tajwid adalah kandungan dalam bacaan tersebut .Al-Hafiz Ibn Al-Jazari berkata:

Page 15: Topik 1 (Bacaan AQ & Tajwid)

TOPIK 1 BACAAN QURAN DAN TAJWID 15

Membaca Al-Quran dengan bertajwid adalah kewajipan

Barangsiapa tidak membaca dengan bertajwid maka ia berdosa Ini kerana begitulah ia diturunkan

Dan demikian ia sampai kepada kita

1.3.2 Hubungan Tajwid dengan Lahn-lahn Bacaan Al-Quran

Menunaikan bacaan al-Quran dengan tepat dan sahih bermaksud membetulkan sebutan lafaz al-Quran. Selain itu ia juga bermaksud menjadikan setiap huruf mengikut apa yang diterima daripada guru-guru al-Quran yang bersambung sanadnya kepada Rasulullah s.a.w. Perkara ini tidak harus disangkalkan. Daripada Abi DardaÊ r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah s.a.w telah mendengar seorang lelaki membaca al-Quran dan berlaku kesilapan dalam bacaannya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: . „Tunjuk dan ajarkanlah saudaramu itu.‰

Ibn Jarir telah meriwayatkan dalam tafsirnya daripada Abi al-ÂAliyah dengan berkata bahawa Abdullah Ibn MasÊud r.a. berkata: Demi diriku dalam gengamanNya, sesungguhnya hak bacaan al-Quran ialah menghalalkan apa yang dihalalkan, mengharamkan apa yang diharamkan, membacanya mengikut sebagaimana diturunkan Allah dan tidak merubah kalimah-kalimah dari tempatnya.

Takrif al-Lahn Al-Lahn bermaksud kesalahan dalam bacaan al-Quran. Perkara ini amat jarang berlaku dalam genarasi Sahabat r.a. kerana mereka adalah golongan arab yang fasih berbicara. Al-Lahn ( ) dibaca dengan sukun (baris mati) bermaksud kesalahan. Diriwayatkan bahawa Umar r.a. telah pergi ke satu kaum yang sedang mempelajari al-quran sesama mereka. Ketika mereka melihat Umar r.a.

Page 16: Topik 1 (Bacaan AQ & Tajwid)

TOPIK 1 BACAAN QURAN DAN TAJWID 16

datang, mereka pun senyap. Lalu Umar r.a. berkata: Apakah yang sedang kamu ulangkaji? Mereka menjawab: Mempelajari al-Quran sesama kami. Dan Umar r.a. berkata: Bermaksud: Bacalah al-Quran dan jangan kamu melakukan kesalahan.

Selain itu terdapat juga kata-kata Umar r.a. yang lain: Pelajarilah al-Lahn, al-Faraid dan al-Sunnah sebagaimana kamu mempelajari al-Quran. Maksud al-Lahn dalam kata-kata Umar r.a adalah kesalahan dalam percakapan bertujuan untuk menjauhinya.

Dalil-dalil yang Melarang Kebesaran al-Quran dan keagungannya mesti dilakukan oleh setiap muslim. Keagungan tersebut meliputi makna-makna al-Quran, ajaran dan petunjuknya. Di samping itu, keagungan al-Quran juga mesti diserlah dalam bacaannya dengan tidak melakukan kesalahan. Daripada Ummu DardaÊ r.a. berkata: Sesungguhnya aku sangat suka membaca al-Quran sebagaimana diturunkan. Ungkapan Ummu DardaÊ ini menunjukkan tentang ketelitiannya dalam membaca al-Quran dengan bacaan yang tepat.

Ulama Qurra membahagikan kepada dua bahagian iaitu: dan

1. (al-Lahn al-Jali): ditakrifkan oleh Ibn al-Jazari dengan katanya: Kesalahan yang berlaku pada lafaz yang membawa kepada kerosakan makna dan huruf bacaan. Atau kesalahan yang berlaku pada lafaz-lafaz yang membawa kepada kerosakan uruf bacaan tanpa merosakkan makna. Seorang ulama mutaakhirin Dr. Abdul Aziz Abdul Fattah al-Qari telah mengemukakan takrifannya dengan berkata: Kesalahan yang berlaku pada lafaz-lafaz dan menyebabkan kerosakan makna kalimah secara jelas dan perkara tersebut diketahui ulama dan juga orang awam. Sama ada ia merosakkan makna atau sebaliknya.

Page 17: Topik 1 (Bacaan AQ & Tajwid)

TOPIK 1 BACAAN QURAN DAN TAJWID 17

Contoh-contoh al-Lahn al-Jali:

(i) Kesalahan-kesalahan pada kalimah yang merosakkan uruf bacaan dan makna:

(a) Perubahan baris seperti membaca huruf (taÊ) pada kalimah (Surah al-Fatihah: 7) dengan baris hadapan atau bawah.

Jika seseorang membaca taÊ tersebut dengan baris hadapan, maknanya akan berubah dan rosak. Ia akan membawa maksud: Pembacalah yang akan memberikan nikmat. Sedangkan maksud sebenar ialah Allah s.w.t. yang memberi nikmat.

(b) (taÊ) dibaca dengan baris di atas atau baris di bawah pada firman Allah s.w.t.: (Surah al-NisaÊ: 77)

(c) Membariskan huruf yang mati seperti membariskan huruf mim dengan baris di atas pada firman Allah s.w.t.:

(d) Menukar huruf (toÊ) dengan huruf (taÊ) pada lafaz di dalam firman Allah s.w.t.: (Surah al-NaziÊat: 34)

(ii) Kesalahan-kesalahan yang berlaku pada kalimah dengan merosakkan uruf bacaan tanpa merosakkan makna:

(a) Membaca (haÊ) dengan baris hadapan atau baris di atas pada lafaz dalam ayat .

(b) Membariskan huruf (dal) dengan baris hadapan pada firman Allah s.w.t.: .

2. (al-Lahn al-Khafi). Ia ditakrifkan sebagai kesalahan yang berlaku pada lafaz dan merosakkan uruf bacaan tanpa merosakkan makna. Al-Sakhawi telah menghuraikan masalah ini dengan menyatakan pembaca tidak menyempurnakan sebutan huruf dan haknya, mengurangkan atau menambah sifat-sifat huruf yang patut dibaca. Dalam menjelaskan lagi al-Lahn al-Khafi ini, beliau mengatakan iaitu kesalahan yang merosakkan huruf seperti meninggalkan ikhfaÊ, iqlab, ghunnah tetapi tidak merosakkan makna dan IÊrab.

Menurut Sheikh Mahdi Muhammad al-Harrazi: Lahn Khafi terbahagi kepada dua:

(a) Perkara-perkara yang diketahui oleh Ulama Qiraat seperti meninggalkan ikhfaÊ, iqlab, izhar, idgham, membaca tarqiq pada tempat tafkhim atau sebaliknya dan sebagainya.

Page 18: Topik 1 (Bacaan AQ & Tajwid)

TOPIK 1 BACAAN QURAN DAN TAJWID 18

(b) Perkara-perkara yang hanya diketahui oleh mereka yang mahir dalam bidang ini. Seperti melakukan takrir pada huruf (raÊ), kadar ghunnah pada (nun), bentuk taghliz pada lam dan seumpamanya.

Hukum al-Lahn al-Jali: Hukum al-Lahn al-Jali adalah haram secara ijmaÊ. Sama ada berlaku kerosakan makna atau berlaku perubahan IÊrab. Pembacanya pula berdosa dengan sebab perbuatannya itu, apatah lagi jika dilakukan secara sengaja atau dengan kelalaiannya. Di samping itu, tidak harus sembahyang di belakangnya.

Ibn al-Jazari berkata dalam kitabnya Al-Nasyr: Oleh kerana itu Ulama bersepakat dalam pengetahuan kami bahawa tidak sah sembahyang di belakang ummi, iaitu yang tidak elok bacaan al-Qurannya. Ulama berbeza pendapat tentang sembahyang di belakang imam yang menukar huruf dengan huruf yang lain sama ada dengan sebab tajanus (sama jenis) atau taqarub (hampir). Tetapi pendapat yang sahih ialah tidak sah, seperti membaca dengan , atau dangan atau dengan dan .

Hukum al-Lahn al-Khafi: Ulama berbeza pendapat berhubung dengan hukum al-Lahn al-Khafi, tetapi pendapat yang rajih dan kuat ialah haram. Alasannya ialah perubahan-perubahan yang berlaku meskipun tidak merosakkan makna tetapi telah berlaku kerosakan lafaz kerana hilang keelokannya dan tidak wujud lagi kecantikannya. Walaupun begitu sebahagian ulama menyatakan bahawa hukumnya adalah makruh. Orang yang melakukannya pula dianggap kekurangan perkara yang baik dan sembahyang di belakangnya sah.

Seluruh kesalahan Jali dan Khafi telah dinyatakan oleh Sheikh Ibrahim Ali Syahatah al-Samanaudi dengan katanya:

###

Maksudnya: Al-Lahn terbahagi kepada 2 iaitu Jali dan Khafi Semuanya haram di samping ulama berbeza pendapat pada Khafi

Adapun Jali ialah kesalahan yang merubah makna kalimah Manakala Khafi pula, perubahan yang berlaku secara wasfi

Manjauhkan al-Jali adalah wajib secara syaraÊ Dan wajib SinaeÊ(amalan) meninggalkan al-Khafi

Page 19: Topik 1 (Bacaan AQ & Tajwid)

TOPIK 1 BACAAN QURAN DAN TAJWID 19

1.3.3 Maratib (Tingkatan) Bacaan Al-Quran Ulama Qurra mambahagikan bentuk bacaan yang sahih kepada empat bahagian. Maratib yang dimaksudkan di sini ialah bentuk bacaan dari sudut cepat dan lambat membaca ayat-ayat al-Quran. Empat bahagian tersebut ialah al-Tartil, al-Tahqiq, al-Hadr dan al-Tadwir. Huraian empat maratib tilawah tersebut adalah seperti berikut:

1. AAl-Tartil: Al-Tartil dari sudut bahasa ialah keelokan susunan sesuatu. Takrifan dari

sudut istilah pula ialah membaca al-Quran dengan lambat, tenang, tidak gopoh, memberi hak-hak huruf dan mastahaqnya (makhraj dan sifat) dan mengeluarkan setiap huruf dari makhrajnya.

Firman Allah s.w.t.

) :4(

Maksudnya: Dan bacalah al-Quran dengan secara tartil. (Surah al-Muzammil: 4)

Ketika mentafsirkan ayat ini, Ibn Kathir menyatakan membacanya secara perlahan. Kerana sesungguhnya ia dapat membantu dalam memahami al-Quran dan menelitinya. Firman Allah s.w.t:

) :106(

HUKUM AL-LAHN

AL-LAHN AL-JALI (HARAM SECARA IJMA’)

AL-LAHN AL-KHAFI 1. HARAM (RAJIH) 2. MAKRUH

Page 20: Topik 1 (Bacaan AQ & Tajwid)

TOPIK 1 BACAAN QURAN DAN TAJWID 20

Tafsiran Ibn Kathir dalam ayat ini ialah: Untuk kamu sampaikan kepada manusia dan membacanya kepada mereka secara perlahan.

Ali Ibn Abi Talib r.a. berkata: al-Tartil ialah memperelokkan sebutan huruf dan mengenali waqaf. Tartil merupakan martabat yang paling afdal kerana al-Quran itu sendiri diturunkan dalam bentuk tersebut berdasarkan firman Allah s.w.t.:

) :4(

Maksudnya: Dan bacalah al-Quran dengan secara tartil. (Surah al-Muzammil: 4)

2. AAl-Tahqiq Al-Tahqiq dari sudut bahasa bermaksud sampai kepada keyakinan tanpa

lebih dan kurang. Dalam istilah para ulama QurraÊ., al-Tahqiq bermaksud memberi setiap huruf haknya, seperti memanjangkan mad, mantahqiqkan hamzah. Menyempurnakan baris, izhar, tasydid dan seumpamanya. Martabat al-Tahqiq ini biasanya digunakan untuk pengajaran kerana bentuknya menyempurnakan sebutan lafaz dan membaca al-Quran dengan begitu tartil. Meskipun begitu, ketika membaca dalam martabat ini, pembaca hendaklah menjauhi dari menyebut huruf secara berlebihan sehingga membariskan huruf yang mati, melebihkan sifat takrir pada huruf raÊ, atau ghunnah pada huruf nun dilebihkan.

3. AAl-Hadar Maksud al-Hadar dari sudut bahasa ialah cepat dan laju. Manakala dari

sudut istilah pula ialah mempercepatkan bacaan al-Quran dengan menjaga kesempurnaan lafaz dan seluruh hukum tajwid. Martabat al-hadar pada dasarnya ialah lawan kepada martabat al-Tahqiq. Walaupun bacaan al-Hadar ini cepat, namun hendaklah pembacanya mengawasi segala hukum tajwid supaya tidak terkurang atau terlebih di dalam membacanya.

4. AAl-Tadwir Martabat al-Tadwir ditakrifkan ulama sebagai bacaan pertengahan antara

martabat al-Tahqiq dan al-Hadar. Faktor penjagaan Ilmu Tajwid masih lagi diambil kira dan dilarang daripada melebihkannya atau mengurangkannya.

Page 21: Topik 1 (Bacaan AQ & Tajwid)

TOPIK 1 BACAAN QURAN DAN TAJWID 21

Perbincangan berkaitan takrifan al-Quran, Tajwid dan kepentingannya telah selesai dibentangkan. Di samping itu kita juga mengetahui penyusunan Ilmu Tajwid dan sejarah pembukuannya. Perkara utama juga yang perlu ditekankan dalam mempelajari Ilmu Tajwid ini ialah dalil-dalil dari al-Quran dan al-Sunnah tentang kewajipannya. Selepas itu, ia juga menerangkan takrifan kesilapan atau Lahn dengan dua jenisnya iaitu al-Lahn al-Khafi dan al-Lahn al-Jali. Selain itu bab ini juga menghurai maratib atau peringkat-peringkat bacaan dari sudut cepat dan perlahan. Secara keseluruhannya pembaca al-Quran hendaklah mengetahui seluruh bab permulaan ini bagi merangsangkan minda dalam mempelajari bab-bab dalam Ilmu Tajwid seterusnya.

Maratib (Tingkatan) Bacaan Al-Quran

Al-Tartil

Al-Tahqiq

Al-Hadar

Al-Tadwir

1. Hukum mempelajari Tajwid terbahagi kepada Ilmi dan Amali,

terangkan secara ringkas kedua-duanya. 2. Apakah hukum al-Lahn al-Khafi dan sebutkan martabat bacaan al-

Quran

Latihan 1.3

RUMUSAN