teks mc

2
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...dan Salam sejahtera Yang berusaha Pn NITA BT SEDEK ,Guru Besar SK 1 Jalan Meru Yang dihormati Pn Rozita bt Razak PK Pentadbiran, Yang dihormati Pn.HJH Noraini bt Baharin Penolong Kanan HEM Yang dihormati En Abdul Halim b Arsad Penolong Kanan Kokurikulum guruguru, Tuan-tuan dan puan-puan para ibu bapa dan waris serta para pelajar TAHUN 6 yang dikasihi sekalian Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat kita berkumpul di dalam Dewan pada pagi yang penuh barakah ini untuk sama sama menjayakan satu agenda dalam acara takwim sekolah iaitu penetapan target bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini. Saya selaku wakil pihak majlis pada pagi ini, ingin sama merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh hadirin warga dewan kerana telah sudi meluangkan masa bagi bersama- sama menjayakan majlis yang kita rencanakan pada hari ini. Justeru, menjadi harapan kami warga pendidik agar majlis ini menjadi tonggak bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam meningkatkan lagi mutu pencapaian anak-anak kita dalam bidang akademik..insyaAllah. Sebagai pembuka tirai acara, majlis menjemput Al-fadhil Ustaz Roslandi b mhd Arof utk memimpin bacaan doa, dipersilakan. (DOA) Amin amin yarabbal alamin. Majlis merakamkan setinggi- tinggi ucapan terima kasih kepada Al-fadhil Ustaz roslandi b mohd arof atas pimpinan doa sebentar tadi. Warga dewan yang dimuliakan, Kini, tibalah masa untuk kita mendengar ucpaan alu aluan yang bakal disampaikan oleh Yang Berusaha Pn NITA BT SEDEK ,selaku Guru Besar SK 1 Jalan Meru Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Pn guru besar. (UCAPAN)

Upload: lieynarameli

Post on 13-Apr-2016

260 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

pengacara

TRANSCRIPT

Page 1: teks mc

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...danSalam sejahtera

  Yang berusaha Pn NITA BT SEDEK ,Guru Besar SK 1 Jalan Meru  Yang dihormati Pn Rozita bt Razak PK Pentadbiran,Yang dihormati Pn.HJH Noraini bt Baharin

Penolong Kanan HEM  Yang dihormati En Abdul Halim b Arsad

Penolong Kanan Kokurikulum  guruguru,

Tuan-tuan dan puan-puan para ibu bapa dan waris serta para pelajar TAHUN 6 yang dikasihi sekalian

  Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat kita berkumpul di dalam Dewan pada pagi yang penuh barakah ini untuk sama sama menjayakan satu agenda dalam acara takwim sekolah iaitu penetapan target bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini.

  Saya selaku wakil pihak majlis pada pagi ini, ingin sama merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh hadirin warga dewan kerana telah sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan majlis yang kita rencanakan pada hari ini.

  Justeru, menjadi harapan kami warga pendidik agar majlis ini menjadi tonggak bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam meningkatkan lagi mutu pencapaian anak-anak kita dalam bidang akademik..insyaAllah.

  Sebagai pembuka tirai acara, majlis menjemput Al-fadhil Ustaz Roslandi b mhd Arof utk memimpin bacaan doa, dipersilakan.(DOA)Amin amin yarabbal alamin.  Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Al-fadhil Ustaz roslandi b mohd arof atas pimpinan doa sebentar tadi.

  Warga dewan yang dimuliakan,  Kini, tibalah masa untuk kita mendengar ucpaan alu aluan yang bakal

disampaikan oleh Yang Berusaha Pn NITA BT SEDEK ,selaku Guru Besar SK 1 Jalan Meru

Page 2: teks mc

  Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Pn guru besar.(UCAPAN)

  Begitulah berakhirnya ucapan alu aluan yang begitu padat berinformasi buat renungan dan panduan semua warga dewan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pn guru besar atas kesudian  kata alu aluan

Hadirin sekalian

  Agenda seterusnya pada pagi ini, adalah pembentangan analisis

  Sebelum majlis bersurai,. Saya selaku wakil pihak majlis dengan takzimnya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang khilaf tanpa sedar sepanjang saya mengendalikan rostrum pengacaraan pada hari ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T, yang kurang itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri.

       Buah selasih buah kelubi       Di dalam dulang hidangan pagi       Terima kasih daun keladi       Bila diundang datanglah lagi.

Page 3: teks mc

      Sekian, Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan terima kasih.(Sesi Soal Jawab & Dialog)cikguharlina at 07:28