teks mc

4
TEKS PENGACARA MAJLIS SLOT CERAMAH MOTIVASI KEIBUBAPAAN Majlis mengalu-alukan ketibaan Yang Dihormati Tn Hj Hassan Bin Hj Ahmad Selaku penceramah jemputan kita pada malam ini Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera Sidang hadirin yang dimuliakan, majlis mengalu-alukan kehadiran anda ke Slot Ceramah Motivasi Keibubapaan Program Mukhayyam Imtiyazi bagi tahun 2014 Alu-aluan Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang Awal Bismillah pembuka bicara. BismilLahirRahmanirRahim. Assalamu `alaikum wa RahmatulLahi wa Barakatuh dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha, Tn Hj Zainol Abidin b. Hj. Husain SK Sungai Acheh Yang Berusaha, Tn Hj Hassan Bin Hj Ahmad Selaku penceramah jemputan kita pada malam ini Penolong - penolong kanan, guru - guru, para waris serta murid - murid Tahun 6 yang dikasihi sekalian Alhamdulillah Bersyukur kita ke hadhrat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya maka dapat kita sama-sama berkumpul pada malam ini untuk mendengar satu perkongsian ilmu daripada

Upload: cuksam27

Post on 26-Nov-2015

71 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

MC Ceramah Motivasi

TRANSCRIPT

TEKS PENGACARA MAJLIS SLOT CERAMAH MOTIVASI KEIBUBAPAANMajlis mengalu-alukan ketibaanYang Dihormati

Tn Hj Hassan Bin Hj Ahmad

Selaku penceramah jemputan kita pada malam ini

Assalamualaikum WBT dan salam sejahteraSidang hadirin yang dimuliakan, majlis mengalu-alukan kehadiran anda ke Slot Ceramah Motivasi Keibubapaan Program Mukhayyam Imtiyazi bagi tahun 2014

Alu-aluan

Melayang serindit di atas permatang

Merbah berkicau di hujung muara

Pemanis kata selamat datang

Awal Bismillah pembuka bicara.

BismilLahirRahmanirRahim.

Assalamu `alaikum wa RahmatulLahi wa Barakatuh dan salam sejahtera saya ucapkan kepadaYang Berusaha,Tn Hj Zainol Abidin b. Hj. Husain SK Sungai Acheh

Yang Berusaha,

Tn Hj Hassan Bin Hj Ahmad

Selaku penceramah jemputan kita pada malam iniPenolong - penolong kanan, guru - guru, para waris serta murid - murid Tahun 6 yang dikasihi sekalian

Alhamdulillah

Bersyukur kita ke hadhrat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya maka dapat kita sama-sama berkumpul pada malam ini untuk mendengar satu perkongsian ilmu daripada penceramah jemputan sebagai satu slot dalam menjayakan Program Mukhayyam Imtiyazi bagi tahun 2014.

Slot Ceramah

Anak juragan mengail ikan,

Sambil bersuka di tepi kuala,

Masa jangan kita tangguhkan,

Ceramah Motivasi ayuh dimula,Hadirin yang dihormati,

Kata pujangga Tak kenal maka tak cinta

Tn Hj Hassan Bin Hj Ahmad, penceramah kita malam ini kini memegang jawatan sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Permatang Janggus, Penaga Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Beliau sudah berkeluarga dan dikurniakan 7 cahaya mata. Perkhidmatan beliau sebagai seorang pendidik yang bermula di Sekolah Menengah dan kemudiannya di Sekolah Rendah sudah menjangkau hampir 36 tahun lamanya. Sepanjang bergelar guru, beliau merupakan guru bahasa juga guru bimbingan dan kaunseling. Selain tugas mendidik, beliau terlibat dengan pelbagai program di Jabatan Jabatan Kerajaan khususnya untuk motivasi kemahiran belajar dan keibubapaan. Kepakaran beliau adalah dalam bidang pengurusan dan pendidikan. Selain itu,Tn Hj Hassan Bin Hj Ahmad juga turut menabur bakti di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang.Hadirin sekalian,tanpa membuang masa, Majlis dengan segala hormatnya menjemput Tn Hj Hassan Bin Hj Ahmad untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Anak Soleh Ibu Bapa Cemerlang.Dipersilakan.

PenutupHadirin sekalian,Ilmuwan, Abu Hamid Al-Ghazali pernah berkata : Awal dari pengetahuan itu ialah diam, lalu mendengar, kemudian menyerap, mengamalkan dan menyebarluaskan. Seterusnya ajarkanlah ilmu itu kepada orang yang tidak mengetahuinya.

Dengan rasa penuh takzim majlis mengucapkan setinggi - tinggi penghargaan kepada Yang Berusaha Tn Hj Hassan Bin Hj Ahmad atas perkongsian ilmu yang cukup bermakna sebentar tadiBurung nuri burung merpati,

Hinggap di beranda hinggap ditangan

Cenderamata di beri seikhlas hati

Sebagai tanda tinggi penghargaan

Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan pula dengan upacara penyampaian cenderamata buat penceramah jemputan kita pada hari ini.

Bagi menyempurnakan upacara ini majlis dengan rasa penuh hormat menjemput Yang Berusaha

untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan buat penceramah jemputan kita pada hari ini,

Yang Berusaha Tn Hj Hassan Bin Hj AhmadMajlis mempersilakanTerima kasih diucapkan kepada

atas kesudian menyampaikan cenderamata sebentar tadi

Bunga dedap di atas para

Anak dusun pasang pelita

Kalau tersilap tutur bicara

Jemari disusun maaf dipinta

Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi, maka berakhirlah slot Ceramah Motivasi Keibubapaan Program Mukhayyam Imtiyazi tahun 2014.Pihak Majlis memohon seribu kemaafan andai terkasar bahasa dan terburuk laku sepanjang mengacarakan majlis ini.Sekian, Wabillah hi taufiq, wal hidayah, Wassalamualaikum w.b.t.