teks majlis pelancaran kemerdekaan 2015

3
Ceria wajah dalam majlis, Hati berkobar semangat dibawa, Sambutan merdeka penyeri majlis, Sematkan gagah di dalam jiwa. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Yang Berusaha,.........................................................., Guru Besar SK Kg Senta, Yang Dihormati Guru Kanan Pentadbiran ………………………………... Guru Kanan Hal Ehwal Murid.................................................................. Guru Kanan Kokurikulum……………………………………….………., Barisan rakan guru serta anak-anak sekalian. Syukur kita ke Hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya kita masih lagi dapat menyedut udara segar pada pagi ini. Selamat datang ke Majlis Sambutan Pelancaran Bulan Kemerdekaan negara yang ke-58 peringkat SK Kg Senta bagi tahun 2015. Bagi memulakan acara kita pada hari ini, diminta semua guru dan murid berdiri tegak bagi menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Perak serta lagu sekolah dengan penuh semangat. Majlis diteruskan lagi dengan menjemput adik ____________________ untuk mengetuai ikrar murid. Dengan ini majlis mempersilakan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada adik ________________________ Semua murid dan guru dipersilakan duduk. Hakikatnya, sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda semua guru dan anak-anak didik di sekolah ini bersama-sama melangkah seiring menggenggam iltizam menjadi warganegara yang patriotik. “Sehati Sejiwa”….merupakan TEMA sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini. Saya percaya tema ini akan memberikan kesan mendalam dan melahirkan semangat kecintaan terhadap negara dalam hati kita semua sebagai seorang warganegara Malaysia yang cintakan tanah air. Rakan-rakan guru yang dihormati dan anak-anak yang disayangi, sepanjang bulan kemerdekaan ini, pihak sekolah telah merencana variasi program khas untuk menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kemerdekaan negara yang ke-58. Di antaranya ialah : 1. Pertandingan mewarna 2. Pertandingan teka silang kata 3. Pertandingan deklamasi sajak 4. Pertandingan membaca cerita

Upload: intan-zuliyati

Post on 12-Jan-2016

71 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

teks acara merdeka

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Majlis Pelancaran Kemerdekaan 2015

Ceria wajah dalam majlis,Hati berkobar semangat dibawa,Sambutan merdeka penyeri majlis,Sematkan gagah di dalam jiwa.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yang Berusaha,.........................................................., Guru Besar SK Kg Senta,

Yang Dihormati Guru Kanan Pentadbiran ………………………………...

Guru Kanan Hal Ehwal Murid..................................................................

Guru Kanan Kokurikulum……………………………………….……….,

Barisan rakan guru serta anak-anak sekalian.

Syukur kita ke Hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya kita masih lagi dapat menyedut udara segar pada pagi ini.

Selamat datang ke Majlis Sambutan Pelancaran Bulan Kemerdekaan negara yang ke-58 peringkat SK Kg Senta bagi tahun 2015.

Bagi memulakan acara kita pada hari ini, diminta semua guru dan murid berdiri tegak bagi menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Perak serta lagu sekolah dengan penuh semangat.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput adik ____________________ untuk mengetuai ikrar murid.

Dengan ini majlis mempersilakan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada adik ________________________

Semua murid dan guru dipersilakan duduk.

Hakikatnya, sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda semua guru dan anak-anak didik di sekolah ini bersama-sama melangkah seiring menggenggam iltizam menjadi warganegara yang patriotik.

“Sehati Sejiwa”….merupakan TEMA sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini. Saya percaya tema ini akan memberikan kesan mendalam dan melahirkan semangat kecintaan terhadap negara dalam hati kita semua sebagai seorang warganegara Malaysia yang cintakan tanah air. Rakan-rakan guru yang dihormati dan anak-anak yang disayangi, sepanjang bulan kemerdekaan ini, pihak sekolah telah merencana variasi program khas untuk menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kemerdekaan negara yang ke-58. Di antaranya ialah :

1. Pertandingan mewarna 2. Pertandingan teka silang kata3. Pertandingan deklamasi sajak4. Pertandingan membaca cerita

Sebagai seorang murid sekolah yang diberi kemudahan yang lengkap untuk belajar, kita haruslah bersyukur dan berusaha dengan gigih utk mencapai cita-cita. Secara tidak langsung anda juga menyumbang kepada pembangunan Malaysia di masa akan datang. Harapan saya agar anda semua mengekalkan ciri-ciri warganegara yg baik , berakhlak mulia ,berdisiplin serta hormat menghormati antara satu sama lain apabila dewasa nanti.

Page 2: Teks Majlis Pelancaran Kemerdekaan 2015

Setelah 58 tahun merdeka, keadaan negara kita sekarang jauh lebih baik daripada sebelum merdeka. Dengan pembangunan yang pesat serta ekonomi yang kukuh dalam menjamin kesejahteraan rakyat.

Masyarakat kita sekarang lebih berpendidikan dan berjaya. Menjadi harapan saya agar murid-murid SK Kampung Senta menggunakan peluang yang ada sekarang untuk mengejar cita-cita serta berjaya dalam hidup.

Tidak sempurna kata tanpa bicara. Tiada sempurna bicara tanpa bahasa. Tiada sempurna perjalanan majlis kita jikalau tiada ucapan perasmian pelancaran sambutan bulan kemerdekaan oleh Tuan Guru Besar.

Dengan ini majlis mempersilakan Tuan Guru Besar untuk memberikan sedikit ucapan seterusnya merasmikan majlis pelancaran bulan kemerdekaan peringkat SK Kampung Senta .

Jutaan terima kasih majlis ucapkan kepada Tuan Guru Besar.

Seterusnya majlis menjemput En Shuhaili bin Salleh untuk menyerahkan Jalur Gemilang kepada Tuan Guru Besar sebagai gimik perasmian pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Yang ke -58 peringkat SK Kampung Senta.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Dengan penyerahan Jalur Gemilang dan ucapan daripada Tn Guru Besar sebentar tadi, maka rasmilah sambutan pelancaran bulan kemerdekaan negara yang ke-58 peringkat sekolah.

Seterusnya, bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan ini, diminta semua murid dan guru berdiri tegak untuk menyanyikan rangkaian lagu patriotik dengan semangat.

Rangkaian lagu patriotik yang akan kita nyanyikan ialah ___________________________________________________________.

Dengan berakhirnya nyanyian rangkaian 3 buah lagu patriotik sebentar tadi, maka lengkaplah majlis Sambutan Pelancaran Bulan kemerdekaan negara yang ke-58, peringkat sekolah.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua guru dan murid atas kehadiran dan kerjasama anda. Sekian, terima kasih.