teknik pengajaran pemulihan kemahiran menulis asas

Upload: fuarudinr

Post on 06-Apr-2018

255 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Teknik Pengajaran Pemulihan Kemahiran Menulis Asas

    1/15

    Teknik Pengajaran Pemulihan Kemahiran Menulis asas

    Hammil dan Mc Nut (1981) melaporkan bahawa kemahiran menulis mempunyai kaitan rapat

    dengan bacaan. Kemahiran ini termasuklah kecekapan dalam menulis mekanis, mengeja, tanda

    baca, huruf, kemahiran belajar dan membentuk makna.

    Objektif utama penguasaan kemahiran menulis mekanis atau tulisan tangan ialah supaya mudah

    dibaca. Pengajaran guru harus berfokus kepada memegang alat tulis, membentuk garisan dan

    lengkokan huruf dengan betul serta mengekalkan jarak dan bentuk huruf dengan sempurna.

    Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran mempunyai masalah menulis. Mercer (1985)

    yangbersetujuh dengan pendapat Hidreth (1947) menyatakan bahawa punc utama ialah masalah

    psikomotor, masalah emosi, kegagalan pengamatan terhadap huruf dan perkataan serta daya

    ingatan yang lemah.

    Jenis-jenis masalah tulisan tangan atau tulisan mekanis ini ialah lambat, arah tulisan yang tidk

    betul,terlalu jarak atau terlalu dekat, bercelaru, senget, terlalu menekan ketika menulis dan

    tulisan yang berlapis-lapis.

    CARA MELAKSNAKAN PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS ASAS

    Wiedorholt, Hammil dan Brown (1983) mencadangkan guru-guru sekolah rendah

    memperuntukkan 10 hingga 15 minit setiap hari untuk mengajar tulisan tangan (mekanis). Bagi

    masalah menulis bentuk huruf yang tidak betul dan berbentuk huruf senget, guru hendaklah

    meletakkan kertas lurus sebagai panduan untuk murid menulis.

    Jika menulis terlalu besar atau terlalu kecil, guru hendaklah berulang kali mengajar konsep saiz

    dengan menunjukkan fungsi setiap garisan di atas kertas.

    Ada juga murid yang tidak dapat menulis dengan sekata (uniform). Bagi masalah ini, guru

    hendaklah membimbing pergerakan tangan murid berkenaan. Perhatikan cara dia memegang

    pensel dan kedudukan tangannya di atas meja ketika dia menulis untukmemastikan pergerakan

    yang betul.

    Satu lagi masalah yang sering dihadapi oleh murid-murid dalam tulisan mekanis ialah tulisan yang

    terlalu sesak atau terlalu jarang. Untuk mengatasi masalah ini cuba latih tubi murid menulis huruf

    mengikut jark hujung jari atau diukur dengan jarak sebatang pensel.

    Selain daripada di atas, guru boleh menggunakan kebijaksanaan dan kreativiti sendiri untuk

    membantu murid menulis dengan betul dan sempurna. Aktiviti menulis ini juga boleh digabungkan

    dengan permainan untuk menghindari kebosanan murid jika guru terlalu kerap menggunakan

    teknik latih tubi. Guru juga boleh mengadakan muzik latar yang sesuai untuk menarik minat murid

    ketika menulis.

  • 8/3/2019 Teknik Pengajaran Pemulihan Kemahiran Menulis Asas

    2/15

    3.1 Peringkat Kemahiran Membaca

    Sebagai guru, anda harus berusaha mencari jalan untuk membantu murid-murid menguasai

    kemahiran membaca supaya mereka menjadi pembaca yang cekap. Dengan ini, diharapkan

    mereka akan berjaya dalam semua mata pelajaran di semua peringkat. Untuk tujuan tersebut,

    anda perlu tahu peringkat-peringkat kemahiran membaca yang patut dilalui oleh murid-murid

    anda. Berikut diturunkan peringkat-peringkat kemahiran membaca yang mesti anda beri

    perhatian:

    3.1.1 Peringkat Kesediaan Membaca

    Bilakah seseorang kanak-kanak itu bersedia untuk belajar membaca? Dalam masyarakat moden

    kini, ibu bapa meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat anak-anak mereka menguasai

    kemahiran membaca seawal yang mungkin. Oleh itu, sebagai guru, anda harus mengambil inisiatif

    sendiri untuk mencari pendekatan yang berkesan bagi merealisasikan harapan tersebut.

    Pelbagai takrif dikaitkan dengan kesediaan membaca. Umumnya peringkat ini dikatakan sebagai

    satu peringkat yang menyediakan kanak-kanak dengan bacaan awal atau bacaan asas. Kamorearx

    dan Lee (1943) berpendapat bahawa setiap peringkat membaca merupakan langkah ke arah

    kesediaan membaca untuk peringkat seterusnya. Oleh itu, guru harus memberi perhatian yang

    berterusan terhadap peringkat kesediaan membaca ini.

    Dechant (1977) menyenaraikan faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca kanak-kanak

    seperti yang berikut ;

    1. perkembangan persepsi

    2. perkembangan intelek

    3. peringkat kedewasaan termasuk faktor jantina

    4. latar belakang dan pengalaman kendiri

    5. kemahiran membeza melalui pendengaran dan penglihatan

    6. perkembangan bahasa

    7. perkembangan pancaindera

    8. kesihatan

    9. sikap, motivasi, minat dan keinginan untuk membaca

    10. perkembangan sosial dan emosi

    11. kaedah dan prosedur pengajaran

    Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (1979) telah mengenal pasti

    kemahiran yang diperlukan pada peringkat kesediaan membaca seperti yang berikut:

    1. kemahiran melihat dan mengenal pasti bentuk-bentuk yang sama dan berbeza

    2. kemahiran mendengar dan mengenal pasti bunyi-bunyi yang sama dan berbeza

    3. kemahiran menghubung bentuk huruf dengan bunyi

  • 8/3/2019 Teknik Pengajaran Pemulihan Kemahiran Menulis Asas

    3/15

    4. kemahiran mengenal semua huruf

    5. kemahiran menggabungkan bunyi huruf menjadi suku kata dan suku kata menjadi kata yang

    bermakna

    6. kemahiran mengamati bentuk-bentuk yang sama dan berbeza yang mempunyai perbezaan

    makna

    7. kemahiran mencerakin kata kepada suku kata dan seterusnya huruf dan bunyi

    8. kemahiran mengkoordinasi gerak mata dan tangan

    Kesimpulannya, untuk membolehkan kanak-kanak menguasai peringkat kesediaan membaca ini,

    anda sebagai guru hendaklah membimbing kanak-kanak menguasai pelbagai kemahiran lain yang

    akan membantu mereka mencapai kemahiran membaca dengan lebih mudah.

    3.1.2 Peringkat Prabacaan

    Kanak-kanak perlu dibekalkan pelbagai kemahiran lain supaya peringkat prabacaan mereka

    dapat dilalui dengan sempurna. Berikut ialah kemahiran yang perlu diberi perhatian;

    1. kemahiran menyesuaikan bentuk-bentuk yang sama

    2. memilih bentuk-bentuk yang sama dan berbeza

    3. mengecam dan membiasakan diri dengan bentuk-bentuk huruf

    4. mengelaskan benda atau gambar mengikut kumpulan

    5. menyusun benda atau gambar mengikut urutan

    6. mengecam bentuk-bentuk huruf kecil dan besar

    7. memadankan huruf mengikut urutan.

    Pada peringkat ini, anda sebagai guru harus pandai merancang aktiviti yang menarik supaya

    murid-murid anda dapat menguasai pelbagai kemahiran yang berkaitan dengan berkesan. Anda

    boleh mengisi aktiviti prabacaan murid-murid anda dengan permainan huruf, suku kata dan

    perkataan.

    Selain itu, aktiviti-aktiviti melukis dan menulis hendaklah berkait rapat dengan huruf atau simbol

    yang diperkenalkan kepada murid-murid.

    Anda mesti ingat bahawa membaca tidak mungkin berlaku sekiranya murid-murid tidak dapat

    mengenal pasti simbol atau perkataan serta memahami maknanya. Oleh itu, apabila anda

    melaksanakan pengajaran peringkat prabacaan, anda perlu memberi penekanan terhadap simbol

    dan maknanya.

  • 8/3/2019 Teknik Pengajaran Pemulihan Kemahiran Menulis Asas

    4/15

    Untuk melaksanakan tujuan di atas, anda harus bijaksana memilih kaedah serta pendekatan

    yang sesuai dan berkesan supaya apa-apa yang anda lakukan benar-benar dapat menolong

    murid-murid anda. Antara kaedah dan pendekatan yang boleh anda pilih adalah seperti yang

    berikut:

    1. Kaedah Abjad

    2. Kaedah Fonik

    3. Kaedah Suku Kata

    4. Kaedah Perkataan

    5. Kaedah Ayat dan Cerita

    6. Pendekatan Cerakinan

    7. Pendekatan PEBAS

    8. Pendekatan Gabungan Bunyi Kata

    9. Pendekatan Abjad-Suku Kata

    Bagaimana anda melaksanakan pengajaran membaca peringkat prabacaan? Berikut ialah sedikit

    penerangan untuk panduan anda:

    1. Pastikan murid-murid mengenali huruf dan membunyikannya dengan

    betul

    2. Bimbing mereka menggabungkan huruf konsonan dengan huruf

    vokal supaya menjadi suku kata

    3. Murid-murid dilatih tubi mengeja suku kata

    4. Kukuhkan daya penglihatan dan pengamatan murid-murid dengan latihan melukis bentuk-

    bentuk yang menyerupai huruf dan seterusnya latihan menulis huruf.

    Setelah meneliti keterangan di atas, anda jangan lupa bahawa ada perkara yang perlu anda

    ambil perhatian. Berikut ialah perkara-perkara tersebut:

    1. Penguasaan bahasa lisan:

    Anda mesti memastikan murid-murid menguasai bahasa lisan dengan baik supaya mereka mampu

    menterjemah huruf atau lambang tulisan kepada bunyi-bunyi tertentu. Oleh itu, bahan bacaan

    yang dipilih haruslah mengandungi perkataan-perkataan yang sudah ada dalam pengalaman

    murid-murid.

    2. Penglihatan:

    Paparkan bentuk huruf secara visual dengan jelas. Cara ini akan membantu murid-murid

    mengenal huruf, suku kata dan perkataan dengan cepat dalam latihan mengeja. Seterusnya,

    murid-murid akan mengenal huruf dan bentuknya serta mampu mengenal pasti persamaan dan

    perbezaan huruf-huruf tersebut.

  • 8/3/2019 Teknik Pengajaran Pemulihan Kemahiran Menulis Asas

    5/15

    3. Pendengaran:

    Latih tubi mengeja suku kata perlu dilakukan untuk menajamkan

    pendengaran kanak-kanak. Melalui latihan ini murid-murid dapat

    mengenali bunyi-bunyi yang sama dan berbeza dalam perkataan.

    4. Hubungan huruf dengan bunyinya:

    Latihan mengeja hendaklah dijalankan secara sistematik supaya

    murid-murid dapat menghubungkan huruf dengan bunyinya. Anda

    patut mengenal pasti strategi yang menarik untuk mengelakkan rasa

    jemu murid-murid apabila melakukan latihan ini.

    5. Peraturan membaca dari kiri ke kanan:

    Dalam tulisan Rumi, susunan dan peraturan membacanya ialah dari kiri ke kanan.

    6. Gabung jalin semua aspek bahasa:

    Anda perlu ingat bahawa untuk mengukuhkan kemahiran membaca di kalangan murid-murid,

    anda mesti memulakannya dengan kemahiran mendengar, bertutur dan menulis terlebih dahulu.

    Untuk merangsang minat murid-murid, anda boleh menjalankan aktiviti bercerita atau menyanyi

    untuk mengenal perkataan-perkataan dalam pelajaran membaca.

    7. Merangsang dan menghidupkan minat murid:

    Sebagai guru, anda patut mengetahui apa yang diminati oleh murid-murid anda. Biasanya kanak-

    kanak amat gemar akan gambar atau kad-kad yang berwarna-warni. Oleh itu, latihan membaca

    melalui aktiviti bercerita atau menyanyi perlu digandingkan dengan alat-alat bantu mengajar yang

    menarik. Anda boleh memilih mana-mana alat atau bahan yang berikut;

    i. kad-kad huruf

    ii. kad-kad suku kata

    iii. kad-kad perkataan

    iv. carta bergambar

    v. pita rakaman

    vi. carta huruf-huruf vokal dan konsonan

    vii. carta huruf-huruf kecil dan besar dan lain-lain yang sesuai.

    3.1.3 Membaca secara mekanis

    Untuk membolehkan murid-murid anda membaca secara mekanis, anda harus mengajarkan

    kemahiran-kemahiran yang berikut kepada mereka;

    1. membunyikan huruf dalam perkataan

    2. membunyikan huruf yang ditunjukkan

    3. membaca perkataan bergambar

  • 8/3/2019 Teknik Pengajaran Pemulihan Kemahiran Menulis Asas

    6/15

    4. mengumpulkan perkataan-perkataan yang mempunyai persamaan huruf awal

    5. membaca perkataan yang sama rimanya sacara nyaring

    6. memadankan perkataan yang sama sebutannya

    7. mengecam dan menyebut perkataan berdasarkan bunyi huruf, suku kata atau perkataan lain

    yang terkandung di dalamnya

    8. membaca ayat yang mengandungi perkataan-perkataan yang telah dipelajari

    9. membaca bahan-bahan bacaan secara nyaring dengan intonasi dan sebutan yang betul

    Kemahiran-kemahiran di atas harus diajar melalui latihan atau aktiviti yang dibantu dengan alat

    atau bahan pengajaran yang menarik supaya murid-murid tidak jemu.

    3.1.4 Membaca dan memahami

    Pada peringkat ini, kemahiran yang diperlukan ialah kemahiran belajar dan berfikir. Antara

    kemahiran tersebut adalah seperti yang berikut;

    1. menyesuaikan ayat dengan gambar yang diberi

    2. menggambarkan isi bahan bacaan yang dibaca dalam bentuk rajah

    3. memahami peta, graf, carta, rajah, jadual dan data

    4. menyatakan erti perkataan baru yang sesuai mengikut konteks

    5. menggunakan perkataan yang sesuai untuk menjelaskan pendapat sendiri berdasarkan fakta-

    fakta yang terdapat dalam bahan bacaan

    6. menyatakan pokok persoalan dalam sesuatu ayat

    7. menceritakan semula cerita yang pernah dibaca

    8. memberi keterangan untuk menyokong atau menolak sesuatu penyataan

    9. menyatakan satu maklumat yang menarik perhatian dalam bahan yang dibaca

    10. memahami bahan-bahan berbentuk teknikal yang berkaitan dengan sesuatu ilmu

    pengetahuan.

    Setelah meneliti kemahiran-kemahiran di atas, cuba anda bayangkan betapa besarnya peranan

    anda sebagai guru dalam melaksanakan amanah membimbing murid-murid supaya menguasai

    pelbagai kemahiran dari peringkat rendah hingga ke peringkat yang tertinggi. Oleh itu, mulakan

    bimbingan anda terhadap kemahiran membaca dan memaham dari peringkat awal lagi.

    Walau bagaimanapun anda jangan lupa pada tujuh perkara yang telah disebutkan di atas tadi

    kerana tujuh perkara itu dapat dijadikan panduan untuk merancang pengajaran peringkat-

    peringkat membaca yang berkesan.

    3.1.5 Bacaan intensif

  • 8/3/2019 Teknik Pengajaran Pemulihan Kemahiran Menulis Asas

    7/15

    Bacaan intensif ialah bacaan yang dilakukan secara teliti dengan bimbingan guru. Penelitian akan

    mengambil kira aspek isi dan bahasa. Oleh itu, anda sebagai guru, harus memberi penerangan

    tentang struktur perkataan yang sukar supaya murid-murid dibantu mengembangkan

    perbendaharaan kata mereka.

    Proses bacaan yang meneliti aspek isi ini melibatkan kemahiran membaca kritis, kemahiran

    memaham dan kemahiran mengesan idea dalam bahan bacaan yang dibaca.

    Aspek bahasa yang diteliti sewaktu membaca, mendedahkan murid-murid pada aspek

    tatabahasa yang meliputi komponen morfologi dan sintaksis. Oleh yang demikian, anda sebagai

    guru bahasa Melayu mesti menguasai ilmu tatabahasa supaya murid-murid anda mendapat

    bimbingan semaksimum mungkin.

    Jika anda dapat membimbing murid-murid pada peringkat bacaan intensif dengan menggunakan

    kaedah, pendekatan dan teknik yang berkesan, anda akan berjaya melahirkan murid-murid yang;

    1. boleh membaca dengan baik dan betul dari segi sebutan dan intonasi.

    2. dapat membaca dengan lancar dan tahu menggunakan tanda bacaan yang betul

    3. cekap merujuk kamus untuk mencari makna perkataan dalam ayat dan seterusnya mengayakan

    mereka dengan perbendaharaan kata

    4. boleh menilai dan mengulas isi atau idea yang tersurat serta tersirat dalam bahan yang dibaca

    5. dapat mengesan dan menikmati unsur estetik dalam bahan yang dibaca

    6. dapat mengenal pasti pelbagai laras bahasa

    7. boleh membuat rumusan atau kesimpulan daripada bahan yang dibaca

    3.1.6 Bacaan ekstensif

    Bacaan ini dilakukan di luar kelas secara kendiri tanpa bimbingan guru. Murid-murid boleh

    membaca bahan bacaan sebanyak mungkin dalam tempoh yang tidak terhad.

    Proses bacaan akan melibatkan penelitian indeks, daftar kata, judul, bab, kandungan dan

    sebagainya untuk mendapatkan maklumat umum.

    Bahan bacaan harus daripada pelbagai laras dan bidang ilmu kerana murid-murid sepatutnya

    merasa puas, seronok, dan terhibur selepas aktiviti membaca tersebut.

    Walaupun bacaan ini merupakan aktiviti kendiri, anda sebagai guru perlu menggerak dan

    meragsang murid-murid anda supaya menguasai kemahiran ini kerana melalui bacaan ektensif

    anda dapat melahirkan murid-murid yang;

    1. boleh membaca sendiri tanpa disuruh

    2. lancar membaca

  • 8/3/2019 Teknik Pengajaran Pemulihan Kemahiran Menulis Asas

    8/15

    3. kaya dengan pengetahuan

    4. minat membaca

    5. tinggi daya pemikiran kreatif dan kritisnya

    6. boleh menguasai dan menggunakan gaya bahasa prosa serta puisi dengan baik

    7. mahir merujuk kamus dalam usaha mencari makna perkataan sukar yang ditemui

    8. mempunyai kepantasan membaca dan memaham yang berkualiti.

    Anda harus memainkan peranan sebagai fasilitator. Bimbing murid-murid anda membuat senarai

    semak atau catatan tentang faedah dan peningkatan yang mereka peroleh hasil bacaan ekstensif

    yang telah dilakukan.

    3.3 Pemilihan dan penghasilan bahan kemahiran

    membaca

    Pengajaran kemahiran membaca perlu disokong oleh penggunaan bahan bantu yang sesuai

    dengan tahap pencapaian murid-murid. Terdapat banyak bahan yang boleh digunakan, tetapi

    seseorang guru harus pandai membuat pilihan supaya bahan itu betu-betul dapat membantu.

    Berikut ialah kriteria-kriteria yang boleh dijadikan asas untuk membuat pilihan bahan, khususnya

    untuk kemahiran membaca;

    1. kandungannya berguna dan penting kepada murid-murid

    2. isi kandungan dan persembahannya sesuai dengan keadaan serta nilai semasa

    3. isi kandungan mempunyai hubungan dengan objektif yang hendak dicapai

    4. isi kandungannya dapat mengembangkan daya pemikiran kreatif dan kritis murid-murid

    5. isi kandungannya dapat membantu murid-murid memantapkan peringkat-peringkat

    pemahaman mereka

    Sebagai guru yang kreatif dan positif, anda tidak boleh hanya bergantung kepada bahan-bahan

    yang sudah sedia ada sahaja, tetapi anda mesti mempunyai inisiatif untuk menghasilkan bahan

    sendiri untuk membantu murid-murid anda belajar dengan lebih berkesan.

    Kalau nak menghasilkan bahan-bahan yang menarik dan berkesan cuba kaji kriteria berikut, cikgu

    ya!

    1. bahannya sederhana, mudah dihasilkan dan boleh digunakan dalam pelbagai situasi

    2. bahannya tidak mudah rosak, senang disimpan dan boleh digunakan berkali-kali

    3. bahan itu harus mengandungi idea yang disusun dengan menggunakan bahasa yang gramatis

    4. pengisian gambar atau bentuk-bentuk grafik mengandungi mesej yang mampu menajamkan

  • 8/3/2019 Teknik Pengajaran Pemulihan Kemahiran Menulis Asas

    9/15

    daya pemikiran murid-murid

    5. menggunakan pelbagai laras dan ragam bahasa yang dapat mencungkil daya ingin tahu murid-

    murid

    6. bahan harus dalam pelbagai bentuk supaya murid-murid tidak jemu, contohnya, tidak hanya

    dalam bentuk petikan sahaja.

    7. bahan harus dalam pelbagai bentuk supaya murid-murid tidak jemu.

    Literasi Bahasa

    Literasi bahasa atau dalam bahasa Melayu pernah juga disebut sebagai kenal atau celik huruf

    suatu masa dahulu bermaksud kemampuan minimum untuk membaca dan menulis dalam sesuatu

    bahasa. Konsep literasi bahasa akan menjadi lebih meluas daripada istilah kenal huruf yang kita

    ketahui selama ini apabila perbincangan menyentuh tentang aspek pemahaman bacaan dan

    penulisan yang berkesan serta menggunakan daya pemikiran sepenuhnya dalam pembacaan.

    Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bnagsa Bersatu (UNESCO) mendefinisikan

    seseorang yang mempunyai keupayaan literasi ialah seseorang yang dapat membaca dan menulis

    suatu pernyataan yang pendek dan mudah dalam kehidupan hariannya. Walaupun begitu, masih

    ramai yang tidak mempunyai keupayaan literasi yang dapat membantu mereka menggunakan

    kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa tersebut dalam kehidupan harian mereka dengan

    cara yang lebih daripada memahami penulisan tersebut semata-mata. Satu tahap kemahiran

    literasi yang tertentu diperlukan untuk menjadikan kemahiran membaca dan menulis dalam

    bahasa tersebut diperlukan bagi membolehkan literasi dalam bahasa tersebut berfungsi. Tahap

    keupayaan membaca dan menulis bagi mengukur tahap literasi sebenarnya semakin meningkat

    selaras dengan peredaran masa serta meningkatnya kemajuan masyarakat menggunakan bahan

    bercetak dan sumber maklumat pelbagai media.

    Kegiatan literasi (termasuk kegiatan mendengar, bertutur, memaca, menulis dan berfikir) dalam

    sesuatu bahasa ialah satu proses membina makna (Brozo, 1999). Makna dibina menerusi interaksi

    antara seseorang individu dengan teks serta konteks persekitaran yang dialaminya. Literasi

    memberi peluang kepada seseorang individu untuk menikmati dan menghargai keupayaan untuk

    berinteraksi dengan orang lain, dengan teks dan dengan suasana persekitrannya.

    Konsep Kesediaan Membaca

    Kesediaan membaca bermaksud kemampuan seseorang untuk menerima pengajaran dari segi

    mental, emosi dan fizikal. Secara ringkasnya, ia melibatkan sebarang aktiviti sebelum sesuatu

    peringkat bacaan dimulakan, samada peringkat mendirikan asas, mengukuhkan asas atau

    peringkat yang lebih tinggi.

    Dari segi fizikal, kemampuan kanak-kanak dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya

    menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan, keupayaan matanya mengecam bentuk, dan keupayaan

  • 8/3/2019 Teknik Pengajaran Pemulihan Kemahiran Menulis Asas

    10/15

    pendengarannya mengecam bunyi-bunyi.

    Dari segi emosi, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi minatnya terhadap bahan-bahan

    bacaan dan minatnya untuk mendengar bacaan terutamanya bahan cerita.

    Dari segi mental, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa yang

    telah diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya.

    Walaupun ramai antara kanak-kanak yang masuk ke darjah satu hari ini telah dapat membaca

    atau sekurang-kurangnya telah dapat mengenal huruf dan ramai juga yang telah dapat membaca

    dengan lancar, namun sejumlah besar kanak-kanak yang masih tidak dapat membaca apabila

    mereka telah sampai ke darjah enam dan sesetengahnya telah masuk ke tingkatan satu. Disinilah

    timbulnya persoalan sama ada kanak-kanak tersebut memang tidak mempunyai kemampuan

    untuk belajar membaca ataupun bilakah masa yang sesuai bagi seseorang kanak-kanak itu mula

    diajar membaca.

    Kedua-dua soalan ini mungkin boleh dijawab dalam dua bab yang berbeza, namun bagi ibu bapa,

    kedua-duanya sama penting kerana bagi golongan pertama, mereka sentiasa berharapan agar

    anak mereka dapat menguasai kemahiran membaca seberapa awal yang mungkin dan satu

    golongan lagi mahukan anak mereka dapat menguasai kemahiran membaca pada peringkat umur

    yang paling rendah, supaya anak tersebut dapat menguasai kemahiran dan ilmu yang lain di

    sekolah dengan seberapa awal yang boleh.

    Peringkat Menyediakan Murid

    Pada peringkat ini, guru hendaklah memberi perhtian kepada dua perkara penting:

    1. Perasaan murid-murid

    2. Bahasa murid-murid

    Tujuan peringkat kesediaan:

    1. supaya dapat menimbulkan kemahuan dan keinginan kanak-kanak untuk meluaskan lagi

    pengalamannya yang telah sedia ada.

    2. melatih kanak-kanak supaya boleh memerhati sesuatu dengan baik dan cuba mengecamnya.

    3. untuk memberi peluang kanak-kanak merapatkan dirinya dengan guru bagi menimbulkan

    keyakinan.

    4. untuk membina tabiat gemar membaca dan manghargai apa yang dibaca.

    Langkah untuk mancapai tujuan kesediaan membaca.

    1. banyakkan bermain-main dengan kanak-kanak, misalnya berbual-bual, bersoal jawab secara

    tidak formal.

    2. adakan pelajaran ringan seperti menyanyi, berlakon, bercerita.

    3. bina asas bahasa kanak-kanak melalui pertuturan. Beri galakan dan bimbingan.

    4. tambahkan perbendaharaan kata kanak-kanak dari semasa ke semasa.

    Peringkat mendirikan asas bacaan

    Antara perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian:

    1. segala bahan yang hendak diajarkan hendaklah dipilih, dikawal dan disusun dengan baik.

    Ajarkan perkataan, rangkai kata dan ayat mudah.

    2. ABBM hendkalah lengkap untuk menimbulkan minat kanak-kanak.

    3. isi pelajaran hendaklah berkait rapat dengan pengalaman dan sesuai dengan perkembangan

    jiwa kanak-kanak.

  • 8/3/2019 Teknik Pengajaran Pemulihan Kemahiran Menulis Asas

    11/15

    4. gunakanlah gambar atau warna yang menarik hati untuk memberi dorongan.

    5. guru hendaklah selalu memberi galakan dan bimbingan supaya tidak membunuh semangat

    kanka-kanak untuk terus belajar membaca.

    6. guru hendaklah memikirkan kaedah dan teknik mengaar yang sesuai dan berkesan.

    Aktiviti Kesediaan Membaca

    Syed Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca kepada dua, peringkat

    prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan

    pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor, latihan

    menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. Peringkat bacaan pula meliputi

    kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat.

    Untuk mencapai tujuan ini, aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam Buku Sumber Bahasa Malaysia

    Tahun 1 (1983) boleh dijadikan panduan.

    AKTIVITI PENGAMATAN PENGLIHATAN

    Aktiviti Pengamatan Penglihatan 1

    Menghimpun gambar benda maujud yang sama jenis, warna dan saiz.

    Bahan

    Pelbagai gambar kereta, baju, buku.

    Aktiviti Murid

    Murid mengelaskan gambar yang telah dicampuradukkan oleh guru. Aktiviti ini dilaksanakan

    secara individu, kelas dan kumpulan.

    Aktiviti Pengamatan Penglihatan 2

    Menggunting dan menampal berbagai gambar mengikut tajuk di papan kenyataan atau di buku

    skrap kelas.

    Bahan

    Gambar benda hidup, benda bukan hidup, benda yang boleh dimakan, benda yang tidak boleh

    dimakan, pakaian dan alat tulis-menulis.

    Aktiviti Guru / Murid

    1. Guru berbincang dengan murid tentang benda hidup dan benda bukan hidup.

    2. Murid menyebut benda hidup atau benda bukan hidup sebagai respons terhadap kad benda

    yang diimbaskan oleh guru.

    3. Guru memberi murid kad gambar dan murid melekatkan kad itu di papan kenyataan mengikut

    tajuknya seperti benda hidup, pakaian, alat tulis-menulis dan lain-lain.

    4. Murid menggunting gambar dan menampalkannya dalam buku skrap mengikut tajuk tertentu.

    AKTIVITI PENGAMATAN PENDENGARAN

    Aktiviti Pengamatan Pendengaran

    Mengetuk benda satu persatu untuk mendapatkan pelbagai bunyi dan mengecam perbezaan

    bunyinya.

    Bahan

    Paku, tin, batang kayu, meja, tempurung, batu

    Aktiviti Guru / Murid

    1. Guru memperkenalkan benda-benda yang menghasilkan bunyi seperti tin, paku, tempurung,

  • 8/3/2019 Teknik Pengajaran Pemulihan Kemahiran Menulis Asas

    12/15

    batang kayu, meja dan batu.

    2. Guru mengetuk benda itu satu persatu beberapa kali dan murid mendengarnya.

    3. Guru mengetuk dua benda yang berlainan. Murid menyatakan sama ada bunyi benda itu sama

    atau tidak.

    4. Murid menyanyi lagu Mari Bergembira dengan meniru nyanyian daripada pita rakaman atau

    nyanyian guru sendiri.

    AKTIVITI PERGERAKAN TANGAN DAN MATA

    Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata

    Membentuk benda daripada plastisin, tanah liat atau bubur kertas dan lain-lain.

    Bahan

    Plastisin, tanah liat, dan bubur kertas

    Aktiviti Guru / Murid

    1. Buat satua atau dua benda daripada bahan yang diberi sebagai contoh.

    2. Berikan bahan kepada murid dan minta mereka membentuk benda atau model yang disukainya.

    3. Minta murid menceritakan hasil kerja mereka.

    ASAS MEMBACA KAEDAH PANDANG DAN SEBUT

    1. Nyatakan konsep membaca menggunakan kaedah pandang dan sebut

    Membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar

    Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita

    2. Huraikan cara perlaksanaan:

    a. Menyebut perkataan

    Kaedah ini dikenali sebagai kaedah perkataan. Mengecam dan mengenal perkataan dengan

    memandang keseluruhannya. Setelah perkataan dicam, perkataan tersebut tidak dibunyikan dan

    dieja tetapi terus disebut. Pada peringkat permulaan, perkataan-perkataan yang disampaikan

    mengikut kaeadah ini disertakan dengan gambar.

    b. Mencerakinkan perkataan menjadi suku kata

    Kaedah ini dikenali sebagai kaedah rangkai kata. Cara ini ialah satu cara yang berlainan atau

    berlawan prinsipnya dengan cara menyebut perkataan. Cara ini berdasarkan prinsip analisa atau

    cerakin atau dengan perkataan lain mencerai-ceraikan satu bahagian yang besar kepada

    bahagian-bahagian yang kecil. Misalnya dalam mengajar ayat; Nina ada baju merah

    BIL PENDEKATAN CERAKINAN CONTOH

    1 Perkenalkan ayat Nina ada baju merah

    2 Perkenalkan rangkai kata Baju merah, Nina ada

    3 Perkenalkan perkataan Nina, ada, baju, merah

    4 Perkenalkan suku kata Ni, na, da, ba, ju, me

    5 perkenalkan huruf A, b, c, d, e,

  • 8/3/2019 Teknik Pengajaran Pemulihan Kemahiran Menulis Asas

    13/15

    c. Membaca ayat

    Kaedah ini juga dikenal sebgai kaedah ayat. Kanak-kanak diminta mengecam terus ayat-ayat yang

    pendek dan mudah dengan tidak mengeja satu-satu perkataan yang terkandung di dalamnya.

    Setelah mengecam, kanak-kanak diminta terus membaca. Pengulangan serta latih tubi perlu

    diperbanyakkan.

    ASAS MEMBACA KAEDAH ABJAD

    1. Nyatakan konsep kaedah abjad

    Kanak-kanak dilatih menyebut dan menghafal nama-nama huruf a hingga z terlebih dahulu

    sebelum diajar membaca perkataan.

    2. Huraikan cara perlaksanaan:

    a. Menyebut nama huruf

    Melalui kaedah ini, kanak-kanak diajar menyebut dan menghafal huruf-huruf a hingga z

    mengikut susunan.

    b. Mengeja suku kata

    Kaedah ini adalah lanjutan daripada kaedah abjad. Penekanan diberikan pada huruf konsonan dan

    vokal (K dan V). Huruf konsonan dicantumkan dengan huruf vokal, menjadi suku kata (KV). Suku-

    kata suku-kata tersebut digabungkan pula menjadi perkataan. Pada peringkat permulaan,

    perkataan bersuku kata terbuka diperkenalkan (cth; buku, baca dan saya)

    c. Mengeja perkataan dan frasa

    Kaedah ini amat popular dalam pengajaran bacaan Bahasa Inggeris dan juga dikenali sebagai

    Kaedah Pandang dan Sebut. Perkataan diperkenalkan kepda kanak-kanak melalui kad-kad

    perkataan. Sambil menunjukkan kad imbasan murid diminta menyebut perkataan-perkataan

    tersebut beberapa kali.

    3. Jelaskan ciri-ciri pemilihan dan penggunaan bahan bantu mengajar bagi kaedah tersebut

    Kad suku kata

    Kad perkataan

    Kad ayat

    Carta cerita pendek ( Big Book )

    KAD SUKU KATA

    ja + lan = jalan

    Tulisan berwarna di atas menunjukkan gabungan suku kata KV + KVK.

    ja berwarna biru

    lan berwarna merah

    Penggunaan tulisan berwarna pada setiap perkataan juga adalah penting. Ia bertujuan untuk

    memudahkan kumpulan sasaran mengenal pasti dan membezakan antara suku kata KV dan KVK.

    Malahan penggunaan warna pada suku kata juga dapat memudahkan murid untuk mengeja

  • 8/3/2019 Teknik Pengajaran Pemulihan Kemahiran Menulis Asas

    14/15

    ataupun membaca sesuatu perkataan yang diberi. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat

    membantu murid membaca cepat .

    KAD PERKATAAN

    memasak

    tembikai

    Kad ini masih lagi menggunakan tulisan berwarna supaya murid dapat menyebut suku kata

    berdasarkan warna tertentu pada perkataan tersebut. Pengkaji dapat melihat peningkatan murid

    yang tidak perlu mengeja apabila diberi kad-kad perkataan ini.

    KAD AYAT

    1. Ibu memasak nasi lemak di dapur.

    2. Hobi kakak saya membaca buku cerita.

    3. Adik saya gemar melukis gambar pemandangan

    4. Lawatan ke Zoo Melaka telah dibatalkan

    ASAS MEMBACA-KAEDAH FONETIK

    1. Nyatakan konsep kaedah fonotik

    Melalui kaedah ini, bunyi-bunyi yang berkait dengan huruf-huruf diperkenalkan terlebih dahulu.

    Bunyi-bunyi hurfu digabungkan menjadi perkataan.

    2. Huraikan cara pelaksanaan.

    a. Membunyikan huruf

    Murid-murid diajar membunyikan huruf-huruf konsonan dan vokal berdasarkan bunyi-bunyi yang

    berkait dengan huruf tersebut.

    Contoh: - a disebut a, i disebut i (huruf vokal disebut seakan sama seperti kaedah abjad)

    - b disebut beh, c disebut ceh, k disebut keh.

    b. Membatang dan membunyikan suku kata

    Melalui kaedah ini, murid-murid membatang suku kata daripada huruf-huruf konsonan dan vokal.

    Bagi peringkat permulaan, penggunaan suku kata terbuka lebih digalakkan.

    Contoh:

    ba, ka, ju, ki, ma, ta, be, se

    Kemudian, murid-murid diajar untuk membunyikan suku kata suku kata tersebut mengikut

    bunyi-bunyi yang telah ditetapkan.

    c. Membunyikan perkataan / frasa / ayat

    Bagi kaedah ini, murid-murid diajar membina perkataan dengan menggunakan suku kata - suku

    kata yang telah dipelajari. Kemudian, murid-murid diajar untuk membunyikan suku kata suku

  • 8/3/2019 Teknik Pengajaran Pemulihan Kemahiran Menulis Asas

    15/15

    kata tersebut menjadi satu perkataan yang bermakna.

    Contoh:

    ba + ju = baju

    ka + ki = kaki

    ma + ta = mata

    3. Pemilihan Bahan Bantu Mengajar

    Kad Huruf

    a / A

    b / B

    c / C

    Pada peringkat awal, murid-murid diajar huruf kecil terlebih dahulu sebelum diperkenalkan dengan

    huruf besar. Penggunaan warna pada kad-kad huruf digalakkan agar dapat menarik minat murid.

    Kad Suku Kata

    bu + ku = buku

    da + du = dadu

    Penggunaan kad suku kata dimulai dengan suku kata terbuka dahulu iaitu KV + KV atau V + KV.

    Huruf-huruf dalam setiap suku kata diwarnakan bagi memudahkan murid-murid membezakan V

    dan KV.

    Kad Perkataan

    kereta

    kerusi

    Kad perkataan masih menggunakan suku kata berwarna supaya murid dapat membezakan suku

    kata yang membentuk perkataan tersebut.