teknik penceritaan

2

Click here to load reader

Upload: siti-harliza

Post on 14-Jul-2015

392 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKNIK PENCERITAAN

NAMA: SITI HARLIZA BINTI DAIM (G 0919346)

CERITA 1: IMAM AL-GHAZALI DAN PEROMPAK

Imam Al-Ghazali merupakan seorang ulama yang terkenal dan disegani kerana ketinggian ilmunya. Suatu ketika dalam pengembaraan beliau menuntut ilmu, beliau terlah dirompak. Dalam ceritanya, Imam Ghazali berkata, “Aku telah dirompak dan barangku telah dirampas. Aku ikut mereka dan ketuanya berpaling kepadaku dan berkata, “pergi atau aku bunuh kamu”,. Aku merayu kepadanya supaya dia mengembalikan nota catitanku sahaja. Kata ketua perompak itu “Apa itu nota catitan?”. Aku berkata “Nota itu terkandung di dalamnya segala ilmu hasil aku mengembara. Semua ilmu yang aku pelajari terkandung di dalamnya. Perompak itu ketawa terbahak-bahak dan berkata “ Bagaimana engkau tahu itu ilmunya sedangkan apabila aku ambilnya daripada mu, tiba-tiba engkau jahil semula.” Lalu ketua perompak itu menyuruh rakannya mengembalikan semula beg itu kepada ku. Ejekan dan kata-kata perompak itu telah diibaratkan oleh imam Al Ghazali sebagai ilham dari Allah melalui mulut perompak itu untuk menasihatinya. Selepas dari peristiwa itu, beliau sangat kuat menghafal dan tidak banyak mencatit sehinngsalah beliau menjadi seorang ulama yang besar dan ahli falsafah terkenal. Beliau telah mengarang beratus buah buku dalam pellbagai bidang ilmu.

KAITAN DENGAN ISI:1. Riwayat hidup Imam Al-Ghazali2. Sumbangan beliau dalam dunia pendidikan

PENGGUNAAN DALAM PENGAJARAN1. Di pertengahan pengajaran selepas menerangkan riwayat hidup Imam

Ghazali2. Di akhir pengajaran dan menekankan pelajar supaya belajar untuk

memahami dan mengingati sesuatu ilmu daripada hanya mencatit ilmu di nota tanpa memahaminya.

Page 2: TEKNIK PENCERITAAN

NAMA: SITI HARLIZA BINTI DAIM(G 0919346)

CERITA 2 : ISTERI YANG TAAT PADA SUAMI

Ada sebuah kisah, bahwa pada masa Nabi s.a.w. ada seorang laki-laki yang akan berangkat berperang, yang berpesan kepada isterinya: "Hai isteriku janganlah sekali-kali engkau meninggalkan rumah ini, sampai aku kembali pulang." Secara kebetulan, ayahnya menderita sakit, maka wanita tadi mengutus seorang laki-laki menemui Rasulullah s.a.w.

Rasullullah s.a.w. bersabda kepada utusan itu: "Agar dia mentaati suaminya". Demikian pula si wanita, mengutus utusan tidak hanya sekali sehingga akhirnya dia mentaati suaminya dan tidak berani keluar rumah.

Maka ayahnya pun meninggal dunia dan dia tetap tidak melihat mayat ayahnya dan dia tetap sabar. Sehingga suaminya kembali pulang. Maka Allah menurunkan wahyu kepada Nabi s.a.w. yang berbunyi, Maksudnya: "Sesungguhnya Allah s.w.t. telah mengampuni wanita tersebut, disebabkan ketaatannya kepada suaminya.

KAITAN DENGAN ISI:1. Tanggungjawab isteri

PENGGUNAAN DALAM PENGAJARAN:1. Di pertengahan pengajaran setelah menerangkan tanggungjawab isteri

kepada suami.