teknik menulis nilai murni

14
Bank Soalan Penulisan Bahagian C (2005-2010) SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2010) Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan . Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan. Sahabatku Fadhil, Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya semasa menyertai lawatan ke Pulau Langkawi anjuran Kelab Bahasa Melayu sekolah saya. Kami memperoleh ilmu pengetahuan yang banyak. Setiap detik yang dilalui, kami manfaatkan dengan mengunjungi pelbagai tempat bersejarah seperti Beras Terbakar Makam Mahsuri dan Pantai Pasir Hitam. Ketika menaiki Kereta Kabel Langkawi menuju ke puncak Gunung Machinchang, kami kagum akan keindahan alam semula jadi. Cuacanya sejuk manakala udaranya segar dan nyaman. Semasa di Pantai Cenang, kami meminta kebenaran untuk mandi tetapi guru pengiring melarang kami kerana ombak besar. Kami akur akan nasihat guru tersebut. Lawatan seterusnya ke ‘Underwater World’, iaitu tempat pelbagai jenis kehidupan air dipamerkan. Kami berbaris sebelum masuk untuk mengelakkan kesesakan. Sebelum pulang kami singgah di pekan Kuah untuk membeli-belah. Saya hanya membeli barang-barang yang perlu sahaja kerana itulah yang dipesan oleh ibu. Saya juga membeli cenderamata untuk kawan-kawan dan keluarga. Nilai murni Penerangan / ulasan

Upload: awang-selampit

Post on 18-Jul-2015

166 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teknik menulis nilai murni

Bank Soalan Penulisan Bahagian C (2005-2010)

SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2010)

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis

jawapan kamu dalam satu peranggan.

Sahabatku Fadhil,

Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menceritakan pengalaman

saya semasa menyertai lawatan ke Pulau Langkawi anjuran Kelab Bahasa Melayu

sekolah saya.

Kami memperoleh ilmu pengetahuan yang banyak. Setiap detik yang dilalui,

kami manfaatkan dengan mengunjungi pelbagai tempat bersejarah seperti Beras

Terbakar Makam Mahsuri dan Pantai Pasir Hitam. Ketika menaiki Kereta Kabel

Langkawi menuju ke puncak Gunung Machinchang, kami kagum akan keindahan

alam semula jadi. Cuacanya sejuk manakala udaranya segar dan nyaman.

Semasa di Pantai Cenang, kami meminta kebenaran untuk mandi tetapi

guru pengiring melarang kami kerana ombak besar. Kami akur akan nasihat guru

tersebut. Lawatan seterusnya ke ‘Underwater World’, iaitu tempat pelbagai jenis

kehidupan air dipamerkan. Kami berbaris sebelum masuk untuk mengelakkan

kesesakan.

Sebelum pulang kami singgah di pekan Kuah untuk membeli-belah. Saya

hanya membeli barang-barang yang perlu sahaja kerana itulah yang dipesan oleh

ibu. Saya juga membeli cenderamata untuk kawan-kawan dan keluarga.

Nilai murni Penerangan / ulasan

Page 2: Teknik menulis nilai murni

SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2009)

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis

jawapan kamu dalam satu peranggan.

Sang Semut sering keluar mencari makanan untuk kumpulannya. Sang

Semut bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas yang diberikan.

Pada suatu hari, ketika Sang Semut asyik mencari makanan, Sang Semut

telah terjatuh ke dalam sungai. Sang Semut dihanyutkan air dan hampir lemas.

Sang Merbuk yang melihat kejadian itu segera menjatuhkan sehelai daun

agar Sang Semut dapat berpaut. Sang Semut berjaya menyelamatkan dirinya

dengan bantuan Sang Merbuk.

Pada suatu pentang, Sang Semut terlihat seorang pemburu sedang

mengacukan senapang ke arah Sang Merbuk. Sang Semut segera mengigit kaki

pemburu itu. Pemburu terkejut lalu tembakannya tersasar. Sang Merbuk segera

terbang untuk menyelamatkan diri. Sang Merbuk mengucapkan terima kasih

kepada Sang Semut.

Sejak peristiwa itu, Sang Semut dan Sang Merbuk bersahabat baik.

Page 3: Teknik menulis nilai murni

Nilai murni Penerangan / ulasan

SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2008)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis

jawapan kamu dalam satu peranggan.

Ana : Apa khabar, Halim?

Halim : Beransur baik sekarang. Cuma badan saya masih lemah dan tidak

berselera untuk makan.

Ana : Awak mesti makan, jangan turutkan hati. Makanan di sini berkhasiat. Kalau

tak makan, bagaimana nak

sihat?

Halim : Terima kasih atas ingatan awak.

Ana : Eh, tentulah! Kita berkawan mestilah saling mengingati.

Halim : Apa khabar kawan-kawan kita?

Ana : Oh, semuaya baik belaka! Mereka mendoakan supaya awak segera

sembuh. Apa kata soktor tentang

Page 4: Teknik menulis nilai murni

penyakit awak?

Halim : Doktor mengatakan bahawa saya disyaki menghidap demam denggi.

Ana : Oh, begitu! Penyakit demam denggi ini berpunca daripada nyamuk aedes.

Kita mesti pastikan air tidak

bertakung agar nyamuk aedes tidak membiak.

Halim : Betul tu, Ana. Semua pihak perlu menjaga kebersihan persekitaran.

Ana : Baiklah, Halim. Saya minta diri dulu. Saya dah berjanji dengan ibu saya

untuk pulang awal. Ini ada

beberapa buah buku yang boleh awak baca untuk menghilangkan

rasa bosan awak.

Halim : Terima kasih, Ana. Sekurang-kurangnya buku ini boleh mengisi

masa lapang saya di sini. Berhati-hati

Semasa pulang. Sampaikan salam saya kepada kawan-kawan dan

keluarga awak.

Nilai murni Penerangan / ulasan

Page 5: Teknik menulis nilai murni

SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2007)

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis

jawapan kamu dalam satu peranggan.

Ketika berjalan ke sekolah untuk menghadiri latihan sukan, aku

terjumpa sebuah dompet. Aku membuka dompet itu untuk

mengetahui siapa pemiliknya. Di dalam dompet itu terdapat wang

yang banyak dan dokumen penting. Aku berfikir sejenak sambil

melihat sekeliling sekiranya ada orang yang sedang mencari-cari

dompetnya.

Tiba-tiba rakanku datang dan aku memberitahunya tentang

dompet tersebut. Dia menyuruh aku mengambil sahaja dompet itu.

Aku tidak berani untuk berbuat demikian. Aku teringat akan pesanan

ibu bapaku agar tidak mengambil barang kepunyaan orang lain.

Aku membuat keputusan untuk menyerahkan dompet tersebut

kepada guru bertugas, iaitu Cik Rani. Beliau telah membawa aku

berjumpa dengan guru besar. Guru besar memuji tindakan yang telah

aku lakukan itu.

Nilai murni Penerangan / ulasan

Page 6: Teknik menulis nilai murni

SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2006)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis

jawapan kamu dalam satu peranggan.

Nani murid yang sentiasa mengambil berat tentang pelajaranya. Pada masa

yang sama dia mempunyai pelbagai hobi. Mengumpul setem adalah antara hobi

yang paling digemarinya. Dia memiliki lima buah album setem yang disimpan di

dalam almari yang berkunci.

Setem yang dikumpulkannya diperoleh daripada beberapa buah negara.

Nani bertukar-tukar setem dengan kawan-kawan sekolahnya dan sahabat pena

dari negeri-negeri di Malaysia dan luar negara.

Kini dia memiliki pelbagai setem dan mempunyai ramai kawan. Melalui

hobinya, Nani dapat mengetahui berbagai-bagai maklumat tentang negara luar

seperti mata wang, kebudayaan, makanan dan pemimpin negara.

Page 7: Teknik menulis nilai murni

Dia amat gembira kerana hobinya mendatangkan banyak faedah. Di

samping itu, dia dapat mengelakkan dirinya daripada terlibat dengan perkara-

perkara yang tidak bermanfaat dan membuang masa.

Nilai murni Penerangan / ulasan

SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2005)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis

jawapan kamu dalam satu peranggan.

Semasa kakak pergi bekerja, adik telah masuk ke bilik kakak dan bermain-

main di situ. Sedang asyik bermain, tiba-tiba adik ternampak sebuah cenderamata

Page 8: Teknik menulis nilai murni

kepunyaan kakak yang diperbuat daripada kaca. Cenderamata itu ialah pemberian

kawan kakak yang baru pulang dari luar negeri.

Saya telah melarang adik supaya tidak bermain-main dengan cenderamata

itu tetapi adik tidak mengendahkannya. Tiba-tiba, cenderamata itu terlepas dari

tangan adik dan terhempas di lantai lalu pecah berderai. Emak memarahi adik.

Sebelah petang, kakak pulang dari tempat kerja. Kakak sungguh sedih

apabila mengetahui cenderamata kesayangannya telah pecah. Adik meminta maaf

dan berjanji tidak akan mengusik barang-barang kepunyaan kakak lagi.

Nilai murni Penerangan / ulasan

Format Mudah Bahagian C

Format Mudah bahagian C (Kertas 2)

Page 9: Teknik menulis nilai murni

Jika anda masih belum menguasai bahagian C, sila gunakan cara mudah sebagai langkah

menulis nilai dan pengajaran untuk bahagian C (Kertas 2).

Format 1

Antara nilai-nilai dan pengajaran yang boleh kita contohi ialah sikap .............sikap 1.........( rajin )atau..............(tekun)berusaha supaya kita........................................

contohnya...................................... Selain itu, kita perlu mengamalkan sikap .....................sikap 2....................... agar kita menjadi.................................................................. seperti............................................. Di samping itu sikap.......................sikap 3...............patut

kita contohi kerana ia.............................................. umpamanya............................... . Seterusnya, sikap ...... sikap 4..... harus kita teladani agar mendidik kita

menjadi.................seperti.................. Akhirnya, sikap ......sikap 5..... wajar kita ikuti agar...............................contohnya........................ Nilai-nilai dan pengajaran-pengajaran ini patut kita amalkan agar menjadikan kita seorang yang baik dan berhemah tinggi.

Peringatan : Bagi setiap nilai, cari persamaan nilai yang telah anda cari untuk dituliskan dalam bahagian C, contohnya :

1. rajin dan tekun berusaha.

2.berbudi bahasa atau bersopan santun, 3. menolong dan membantu. 4. bertanggungjawab dan perihatin,

5. belas kasihan dan bersimpati. 6. patriotisma atau semangat cintakan negara.

7. bekerjasama atau saling membantu. 8. menghormati atau menyanjung. 9. berdikari atau tidak bergantung kepada orang lain.

10. berazam,bertekad atau bercita-cita. dan lain-lain lagi........................

Pastikan untuk contoh, berdasarkan dalam petikan!!!!

Untuk pengetahuan pelajar semua....

Terdapat 3 bahagian dalam kertas 2 Bahagian A - Lima ayat lengkap...berdasarkan gambar/carta/jadual atau rajah.

Bahagian B - Karangan (Pilih 1 daripada 3 karangan) Bahagian C - Menuliskan 5 pengajaran / nilai daripada petikan/sajak/pantun/cerita dll.

Markah: Bahagian A ( 10 markah), Bahagian B ( 30 markah) dan bahagian C (20 markah)

Cara Pemarkahan Bahagian A: Cara penandaan bagi bahagian A adalah holistik bukan satu ayat 2 markah,...bergantung

Page 10: Teknik menulis nilai murni

kepada susunan, gramatis ayat, kata adjektif atau kata kerja yang berkaitan dengan soalan

yang diberi. Ini tergantung kepada band/ julat markah tinggi, sederhana ataupun rendah.

Permarkahan bahagian B: Masih memberi penekanan aspek tatabahasa, ejaan, struktur, imbuhan yang melibatkan 15

markah manakala isi yang baik juga 15 markah.

Permarkahan Bahagian C: Jumlah markah ialah 20 markah. Harus mempunyai 5 nilai/pengajaran yang berkaitan. Terkini

jumlah perkataan tidak melebihi 50 patah perkataan.Maka ayat perlu dibina ringkas, tepat dan padat.

Posted by Cikgu Kamil at 10:47 1 comment: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Labels: Format Mudah Bahagian C

Contoh latihan dan jawapan penulisan Bahagian C

Latihan Contoh 1:

Tuliskan beberapa amalan baik yang kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Luqman bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton televisyen hingga larut malam. Dia

tidak sempat bersarapan. Dia terus mencapai basikal untuk pergi ke sekolah tanpa bersalam dengan ibu dan bapanya. Tiba di persimpangan jalan, dia tidak menghiraukan lampu merah lalu terus memecut ke sekolah. Mujurlah tiada kenderaan ketika itu. Sesampainya di hadapan

sekolah, murid-murid telah berada di tapak perhimpunan. Dia terus berlari ke tapak perhimpunan tanpa mengunci basikalnya. Sedang semua murid menyanyi lagu “Negaraku” ,

dia masih lagi berlari untuk masuk ke dalam barisan. Ketika hendak pulang ke rumah, dia mendapati bahawa basikalnya telah hilang. Dia telah diberi peluang tumpang oleh rakan untuk pulang ke rumah.

Isi-isi cadangan:

- Bangun lewat – Bangun awal supaya tidak tergesa-gesa ke sekolah. - Menonton hingga lewat malam – Tidak digalakkan kerana menjejaskan kesihatan. Tidak

cukup tidur. - Tidak sempat bersarapan - Bersarapan terlebih dahulu mendapatkan tenaga untuk belajar.

- Tidak bersalaman – Bersalaman dengan kedua-dua ibu bapa untuk mendapat restu. - Melanggar lampu isyarat – Mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan. - Berjalan semasa lagu “Negaraku” – Berdiri tegak untuk menghormati lagu kebangsaan.

- Memberi pertolongan kepada yang memerlukan.

Jawapan Contoh 1: Berdasarkan petikan di atas, kita sepatutnya bangun awal supaya tidak tergesa-gesa untuk ke

sekolah seperti yang berlaku kepada Luqman. Kita tidak sepatutnya menonton hingga lewat

Page 11: Teknik menulis nilai murni

malam kerana boleh menjejaskan kesihatan kita. Sebelum kita ke sekolah kita hendaklah

bersarapan terlebih dahulu bagi mengalas perut supaya senang belajar. Kita mestilah bersalaman dengan kedua-dua ibu bapa kita bagi mendapatkan restu daripada mereka. Kita

hendaklah mematuhi peraturan demi menjaga keselamatan diri kita. Sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah menghormati lagu kebangsaan negara kita dengan berdiri tegak bukannya seperti yang dilakukan oleh Luqman yang masih berlari. Apabila rakan-rakan kita

memerlukan bantuan, kita semestinya menghulurkan bantuan kepada mereka. Kesimpulannya kita hendaklah mengamalkan amalan-amalan yang baik dalam kehidupan harian kita.

Latihan Contoh 2:

Tulis beberapa nilai/pengajaran yang kamu boleh dapati daripada puisi di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Buah delima pelbagai rasa,

Dipetik sebelum waktu senja; Dari kecil hinggalah dewasa, Ibu bapa membelai penuh manja.

Dalam sungai dipasang bubu,

Masuk seekor anak kelisa; Sungguh mulia jasamu ibu, Sepanjang hayat dikenang sentiasa.

Limau kasturi jangan dilupa,

Beli juga sebungkus asam jawa; Tidakku lupa padamu bapa, Sanggup berkorban harta dan nyawa.

Kacang dicampur santan kelapa,

Nasi berulam pucuk pegaga; Terima kasih ibu dan bapa, Bersyukur kita hidup bahagia.

Isi Cadangan:

- Membelai penuh manja (Kasih sayang)

- Sungguh mulia jasa / dikenang sentiasa (Mengenang jasa) - Berkorban harta dan nyawa (Bertanggungjawab)

Page 12: Teknik menulis nilai murni

- Terima kasih ibu dan bapa (Berterima kasih)

- Bersyukur kita hidup bahagia (Kesyukuran) - Pengajaran/kesimpulan daripada teks (Hormat-menghormati)

Jawapan Contoh 2:

Berdasarkan puisi di atas, terdapat beberapa nilai murni dan pengajaran yang boleh amalkan.

Sebagai seorang anak kita hendaklah menyayangi kedua-dua ibu bapa kerana mereka telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. Di samping itu, kita hendaklah mengenang jasa mereka . Sememangnya ibu bapa kita ialah orang yang amat bertanggungjawab. Oleh itu,

kita hendaklah berterima kasih kepada mereka di samping bersyukur kepada Ilahi kerana mendapat ibu bapa yang baik. Kesimpulannya, untuk membalas jasa kepada kedua-dua ibu

bapa, kita hendaklah sentiasa mentaati dan menghormati mereka. Posted by Cikgu Kamil at 10:39 1 comment: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Labels: Contoh latihan dan jawapan penulisan Bahagian C

Senarai Nilai-nilai Murni dan Huraian

BM UPSR Kertas 2 - Bahagian C ( Nilai Murni @ Pengajaran )

Tafsiran Nilai Murni: BAIK HATI

- Belas kasihan (Bersimpati terhadap kesesusahan orang lain) - Bertimbang rasa (Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain apabila membuat

sesuatu tindakan) - Murah hati (Memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukannya) - Saling memahami (Sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan

dan keperluan masing-masing) - Saling bermaafan (Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan)

BERDIKARI - Berupaya bertindak sendiri (Sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan

orang lain) - Yakin pada diri sendiri (Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup mencuba)

HEMAH TINGGI - Kesopanan (Berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan)

- Mengakui kesalahan sendiri (Sedia mengaku kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat)

- Ramah mesra (Sedia bergaul mesra dengan semua orang) HORMAT-MENGHORMATI

- Ibu bapa (Memuliakan dan mentaati ibu bapa) - Ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin (menunjukkan

rasa

Page 13: Teknik menulis nilai murni

hormat kepada kumpulan tersebut dengan memberi layanan yang baik)

- Institusi kerajaan dan Negara (Menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang-lambang kebesaran

negeri) - Kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan (Menghormati kepercayaan dan adat resam semua

keturunan di Malaysia) - Patuh kepada undang-undang negara (Mematuhi undang-undang yang telah ditentukan tanpa

mengira di mana seseorang itu berada) - Patuh kepada ketepatan masa (Menepati waktu dan menggunakan masa dengan berfaedah)

KASIH SAYANG

- Sayang diri sendiri dan orang lain (Menyayangi diri sendiri dan orang lain) - Sayang akan alam sekitar (Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan

hidup)

KEADILAN - Adil (Membuat pertimbangan secara objektif, menyeluruh dan bersesuaian) - Saksama (Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama ada dalam

memberikan ganjaran atau hukuman)

KEBEBASAN - Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan dan undang-undang yang

tersurat dan tersirat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyarakat, negara dan agama

KEBERANIAN - Berani mencuba (Berani melakukan sesuartu perkara yang baru dan mencabar untuk

kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil risiko yang akan dihadapi) - Berani kerana benar (Berani mempertahankan sesuatu yang diakui sebenarannya dengan

menunjukkan bukti yang nyata)

KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL - Kebersihan diri (Kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk hidup

sihat) - Kebersihan persekitaran (Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan

pencemaran) - Kebersihan mental (Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh

seseorang dalam hubungannya dengan orang lain)

KEJUJURAN - Amanah (Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat

menimbulkan

Page 14: Teknik menulis nilai murni

kepercayaan dan keyakinan orang lain)

- Bercakap benar (Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung) - Ikhlas (Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan)

KERAJINAN - Daya usaha (Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif dan inovatif untuk

menghasilkan sesuatu yang berkualiti.)

- Dedikasi (Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah) KERJASAMA

- Gotong-royong (Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela) - Toleransi (Bertolak ansur serta dapat mengawal diri untuk mengelakkan berlakunya

perselisihan) - Perpaduan (Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa)

KESEDERHANAAN

- Pertuturan dan perlakuan yang sederhana (Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain)

- Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain (Membuat pertimbangan

yang sewajarnya supaya Memuaskan diri sendiri dan orang lain) KESYUKURAN

- Berterima kasih (Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu

jasa, sumbangan dan pemberian) PATRIOTISME

- Semangat cintakan negara (Mempunyai semangat yang tinggi untuk menjaga keselamatan, nama baik

negara) RASIONAL

- Membuat pertimbangan (Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat

keputusan) SEMANGAT BERMASYARAKAT

- Bermuafakat (Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan

bersama) - Kejiranan (Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan bekerjasama dengan jiran tetangga)- Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat (Menyedari masalah masyarakat

dan sedia berusaha menyelesaikannya)