title nilai-nilai murni yang terdapat dalam kebudayaan

12
Title Nilai-nilai murni yang terdapat dalam kebudayaan Melayu Author Muhammad Ariff bin Ahmad Copyright © 1995 Muhammad Ariff bin Ahmad

Upload: others

Post on 27-Oct-2021

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Title Nilai-nilai murni yang terdapat dalam kebudayaan

Title Nilai-nilai murni yang terdapat dalam kebudayaan Melayu Author Muhammad Ariff bin Ahmad Copyright © 1995 Muhammad Ariff bin Ahmad

Page 2: Title Nilai-nilai murni yang terdapat dalam kebudayaan

© Muhammad Ariff Ahmad

disampaikan kepada Seminar utk Guru Siviks & Pendidikan Moral

. anjuran Curriculum Planning Division, M of Edun di Yishun Junior College, Singapura Sabtu, 21 Oktober J 995 @ 0900 - 1200

NILAI-NILAI MURNI

YANG TERDAPAT DALAM KEBUDAYAAN MELAYU

1. PENDAHULUAN

sivikl I

01. Oleh sebab sedang berdepan dengan guru-guru yang mengajarkan siviksdan pendidikan moral maka percakapan mengenai nilai-nilai murni yang ter­dapat dalam kebudayaan Melayu ini hendak saya bataskan setakat nilai-nilaiyang berkaitan dengan dengan siviks dan moral itu dari pandangan kebudayaanMelayu sahaja.

02. Siviks ialah ilmu yang menghuraikan tentang bagaimana manusia hidupdalam sesuatu masyarakat, tent�g tata rakyat, serta tentang hak dan tanggungjawab manusia itu terhadap masyarakat dan negaranya; manakala moral ialahsesuatu yang berkenaan dengan prinsip-prinsip apa yang betul, apa yang salah;apa yang baik dan apa yang jelek. Oleh Islam, moral itu disebut akhlak dandengan kata yang lain moral itu disebut tata susila.

03. Moral dimaksudkanjuga untuk menyatakan dan menghayati perilaku yangbaik lagi berbudi. Namun, nilai baik dan berbudi itu subjektif sifatnya. Apa yangdianggap baik oleh sesuatu kumpulan mungkin dianggap jelek oleh kumpulanlain; apalagi oleh kumpulan yang berkepentingan tertentu. Ini berlaku kerana batucanai atau kriteria yang digunakan kumpulan-kumpulan manusia untuk menilaikebaikan itu berbeda-beda. Masing-masing terpengaruh oleh kepercayaan dankeyakinan yang terturun dari leluhurnya dan oleh ideologi yang dianutinya. Makaitu agak sukar kita perolehi nilai yang sekata mutlak murniriya dalam sebuahmasyarakan berbilang kepercayaan.

04. Sekadar untuk contoh: pemah saya temui sebuah karangan Melayu yangmengemukakan bahawa ucapan as-Salamu alaikum yang disambut mitrabicaranya dengan ucapan wa alaikumus-Salam itu adalah ucapan yang terbaikbagi awal pertemuan; nam_un oleh kumpulan lain, ucapan itu dianggap tidaksesuai disarankan kerana ucapan itu berbau 'agama' dan tidak membinakeharmonian hidup dalam masyarakat berbilang agama. Ini hanya merupakansatu daripada hanyak Ja&i contoh yang boleh dicari-cari.

Page 3: Title Nilai-nilai murni yang terdapat dalam kebudayaan

sivikl 2

05. Memang ada kumpulan manusia yang menganggap bahawa agama ialahhak peribadi yang hanya menjadi penghubung antara seseorang peribadi dengantuhannya semata-mata. Jika berhuoungan dengan sesama manusia agama jangandibawa-bawa. Maka itu mereka anggap sesuatu yang berbau agama itu tidakmendorong ke arah keharmonian masyarakat majmuk.

2. SEDIKIT TENT ANG "AS-SALAMU ALAIKUM"

06. Jika kita ikuti perkembangan sejarah ucapan as-Salamu alaikum itu, akankita perolehi cerita yang mengatakan bahawa puak-puak Arab Jahiliah memangsentiasa berkelahi dan berperang. Tetapi akhirnya mereka telah dapat meng­elakkan peperangan dan berdamai juga setelah mereka bersetuju tid� akanceroboh mencerobohi antara suatu puak dengan yang lain. Ucapan As-Sa/amualaikum telah digunakan puak-puak Arab sebelwn Islam itu sebagai kalimahpendamai 1

07. Sebagai syarat perdamaian puak-puak itu telah bersetuju bahawa merekatidak harus membenarkan seseorang memasuki kawasannya sehingga pendatangitu mengucapkan as-Salamu a/aikum; dan si pendatang tidak akan memasukikawasan yang didatangi selagi ucapan mereka belwn disambut pihak yang·didatangi dengan ucapan wa alaikumus-Salam. Khabarnya, setelah menggunakankalimah sakti itu sebagai ucapan persapaan ma�yarakat Arab menjadi amandamai.

08. Kerana sifatnya yang pendamai dan pengaman, Islam telah menerapkankansalam as-Salamu a/aikum itu sebagai ucapan persapaan antara wnatnya dengantambahan kalimat doa wa Rahmatullahi wa Barakatuhu .. wa Maghjiratuhu .. wa

Ridhwanuhu .. dan seterusnya, dan seterusnya .. Kalimat salam yang menjadiucapan persapaan bersekali dengan doa untuk kedua-dua pihak itu merupakanamalan ummah yang selaras dengan kehendak kalimat hablun minal/ah wa

hablun minan-nas ..

09. Memang, sekarang ini ada kata-kata lain yang diucapkan orang untukmenyapa atau mengalu-ngalukan mitra temunya, misalnya ucapan Selamat Pagisebagai terjemahan dari kata Good Morning; malah penutur bahasa Arab pun adayang menggunakan ucapan Sabahul-khair yang nilainya seimbang dengan ChauAn yang diucapkan orang Cina, Ohayo Gozaimas yang diucapkan orang Jepundan ucapan-ucapan lain yang diucapkan orang lain; namun bagi Muslimin, nilaiucapan as-Salamu alaikum adalah bitara (unik); tidak ada tolok bandingnya,mengatasi ucapan-ucapan yang lain.

kisah bagaimana ucapan assa/amua/aikum itu menjadi asas ucapan dan doa telah saya sampaikan menerusi ceramah radio saya di Radio Singapura dalam tahun 70-an.

Page 4: Title Nilai-nilai murni yang terdapat dalam kebudayaan

sivikl 3

3.APAKAH KEBUDAYAAN

10. Oleh sebab saya diminta membicarakan tentang nilai-nilai murni dalamkebudayaan Melayu, maka sebelum menyatakan nilai-nilai itu baiklah lebihdahulu kita lihat apa yang dikatakan kebudayaan itu, betapa bentuknya sertabagaimana sifat kebudayaan Melayu itu.

11. Kebudayaan adalah penjelmaan dari kemahuan, perasaan dan fikiranmanusia yang menciptakan sesuatu untuk kebaikan manusia generasi mendatang­nya. Almarhum Dr Muhammad Hatta, purnawirawan Naib Presiden Indonesiatelah menggariskan kebudayaan dua lajur selari, iaitu 'kebudayaan jasmani' yangmenjurus ke arah kepuasan material [yang juga disebut kultur atau sivilisasi] dan'kebudayaan rohani' yang menjurus ke arah kepuasan mental [yang juga disebutmoral atau peradaban ] 2

12. Memandang bahawa kebudayaan itu merupakan cara hidup (way of life)untuk kebaikan dan kebangunan masyarakat mendatangnya maka ada manusiayang membedakan amalan kebudayaan dengan amalan agamanya: amalan ke­budayaan dimaksudkan untuk berinteraksi dengan masyarakatnya manakalaamalan agama dimaksudkan untuk berhubung dengan tuhannya. Maka itu merekakurang senang menerima amalan kebudayaan yang berbau agama.

4. KEBUDA Y AAN MELA YU

13. Berbeda dengan kehidupan orang Melayu yang beragama Islam. Kehidup­an orang Melayu ialah kehidupan duniawi yang bersekali dengan kehidupanukhrawi. Maka itu, nilai budaya Melayu sedikit berbeda dengan nilai budaya­budaya lain yang mengasingkannya dengan agama.

14. Ada tiga macam bentuk budaya Melayu yang masih diamalkan, iaitu:14.1 kebudayaan yang selaras dengan ajaran Islam;14.2 kebudayaan yang menyalahi [bertentangan dengan] ajaran Islam;14.3 kebudayaan yang tidak selaras tetapi tidakjuga menyalahi ajaran

Islam.

15. Dalam usaha menilai kebudayaan Melayu sekarang, budayawan danagamawan kita bersetuju mengekalkan budaya Melayu yang berbentuk 14.1,menimbangkan dan menerima mana-mana yang se�uai antara budaya yangberbentuk 14.3 tetapi menolak sama sekali budaya yang berbentuk 14.2. Makaitu banyaklah sudah �dat dan tradisi yang demian tidak diamalkan lagi.2 baca kk Muhammad Ariff Ahmad yang disampaikan kepada Seminar Penyertaan Masyarakat Melayu

dalam 25 tahun Pembangunan Nasional di Singapura - anjuran Majlis Pusat pada Abad 30 Sept 1984.

Page 5: Title Nilai-nilai murni yang terdapat dalam kebudayaan

sivikl 4

16. Sebenamya, kekata 'kebudayaan' itu baru kita kita kenali semenjak tahun194 7 apabila Radio Malaya Singapura memperkenalkan ruangan kebudayaanmingguannya. Dalam kitab Loghat Melayu yang terkarang pada 1920, tidak sayatemui kekata 'budaya' atau 'kebudayaan' itu, malah dalam daftar kata-kata [ ejaan]Melayu yang dikumpulkan Za'ba, tercetak pada 1949 pun tidak tercatat katabudaya/kebudayaan itu.

17. Dalam bukunya 'Kebudayaan Sepintas Lalu' yang tercetak pada 1960, aim.Cikgu Mahmud Ahmad menerangkan makna kebudayaan itu dengan meminjamketerangan Adi Negoro dan Haji Agus Salim. Ujar Cikgu Mahmud: kekata'budaya' itu merupakan cantuman kata budi dan daya. Dan, kandungan ke­budayaan itu ialah: agama3

, ilmu pengetahuan, hukum, ekonomi, tata negara, adatistiadat, teknik dan kesenian.

18. Walaupun kekata 'kebudayaan' baru wujud antara 35 -;4'8' tahun, namunkebudayaan Melayu telah wujud semenjak orang Melayu bertamadun. Dan,orang Melayu sudah beramal dengan kebudayaan Melayu aslinya. Cuma: amalanitu tidak disebut kebudayaan, tetapi disebut adat Melayu. Orang yang tidak ber­amal dengan adat itu dikatakan biadat, sama dengan orang yang tidak beradabdengan senonoh, dikatakan orang: biadab.

19. Kebudayaan lajur 1 yang dikatakan 'kebudayaan jasmani' [kultur atausivilisasi] itu disebut 'adat'; dan kebudayaan lajur 2 yang dikatakan 'kebudayaanrohani' itu disebut 'adab'. Ada juga orang yang menyamakan 'adat' itu dengantradisi. Ini satu kesilapan orang menilai adat.

20. Sebenamya adat merupakan peraturan, disiplin atau undang-undang yangdiperlembagakan demi untuk keamanan dan kesejahteraan masyarakat, s.edang­kan tradisi hanya merupakan kebiasaan atau kelaziman yang dilakukan turuntemurun yang lebih bersifat hiburan sahaja atau oleh suatu kepentingan yangsementara sahaja. Sebab itu peribahasa/perbilangan yang mempertahan adat itumengatakan: biar mati anak, jangan mati adat bukannya: biar mati anak janganmati tradisi.

21. Mereka yang menyamakan 'adat' dengan 'tradisi' inilah yang biasanyamenyerukan supaya perbilangan itu dihapuskan kerana ia menghambat kemajuanmasyarakat Melayu. Sebenamya yang banyak bersifat negatif ialah tradisi bukan'adat'. Adat yang bersendi syarak ialah nilai hidup kita yang murni.

3 Sebenamya agama [khususnya agama yang disebut 'addin'] tidak dapat dianggap kandungan ke­

budayaan kerana walaupun ia dikatakan juga way of life. agama itu adalah bimbingan cuci yang diturunkan Tuhan untuk manusia, bukan basil karya manusia yang terjelrna dara perasaan, fikiran dan kemahuan manusia seperti kebudayaan.

Page 6: Title Nilai-nilai murni yang terdapat dalam kebudayaan

sivikl 5

5. KEBUDA YAN MELA YU SEKARANG

22. Dr Muhammad Hatta menyatakan: kebudayaan jasmani yang disebutkultur atau sivilisasi termasuk: ilmu pengetahuan, pelajaran, politik, ekonomi,undang-undang dan teknik; manakala kebudayaan rohani yang disebut moral atauperadaban itu termasuk: falsafah, pendidikan, kesusasteraan, kesenian, adat isti­adat dan kepercayaan [bukan agama].

23. Cikgu Mahmud berkata: kebudayaan Melayu sekarang (1960) adalahkebudayaan campuran kerana orang Melayu telah hidup bercampur gaul denganpendatang-pendatang sejak beberapa lama. Dari semasa ke semasa, orangMelayu dengan mereka itu sentiasa sating memberi dan menerima, sating tirumeniru dan sating contoh mencontohi. Dengan demikian, cara hidup yangdiamalkan orang Melayu sekarang menjadi cara hidup campur-campur4

24. Lazimnya: dalam sebuah kebudayaan campuran [terutama yang termasukkebudayaan jasmani] tidak mudah kita lihat. nilai-nilai murninya. Namun, olehsebab kebudayaan Melayu itu merupakan kebudayaan unik yang mempunyainilai-nilai duniawi dan ukhrawi, iaitu kebudayaan yang berteraskan:

Adat bersendi syarak syarak bersendi kitabu/lah

syarak mengata adat memakai maka pada tentang-tentangnya masih ada nilai-nilai yang dapat kita lihat, malah hams dipertahankan untuk memelihara kemurniannya

6. NILAI-NILAI KEBUDA Y AAN

25. Oleh sebab kebudayaan sangat terpengaruh oleh tiga faktor, iaitu manusia­nya, alamnya [yakni tempat, daerah, negeri dsb] dan zamannya, maka terdapatperbedaan nilai kebudayaan antara manusia yang sebangsa atau sediaspora yanghidup di alam dan dalam zaman yang berbeda: terutama dalam budaya jasmaniatau budaya material yang secara langsung menyangkut kehidupan lahirahmereka.

26. Bandingkan kebudayaan jasmani orang Melayu di Singapura denganorang-orang Melayu yang di Malaysia, yang di Brunei dan yang di Indonesia;apalagi kalau dibanding dengan diaspora Melayu yang di Afrika, di Srilangka, diMadagaska atau yang di tempat-tempat yang lain. Oleh sebab politik, sistenipendidikan, sistem ekonomi, undang-undang dan teknik negara-negara yangdidiami orang Melayu itu tidak persis maka kehidupan lahiriah orang Melayuantara negara itu agak berbeda-beda. :r �4

Baca: Mahmud Ahmad, Kebuudayaan Sepintas Latu, Pustaka Melayu Singapura 1960 hal 12-23.

Page 7: Title Nilai-nilai murni yang terdapat dalam kebudayaan

sivikl 6

27. Syukurlah bahawa dalam kebudayaan Melayu masih terdapat selajur lagikebudayaan yang disebut 'kebudayaan rohani' atau moral atau peradaban. Nilaibudaya yang terkandung dalam lajur ini ialah nilai-nil�i falsafah, pendidikan, ke­susasteraan, kesenian, adat istiadat dan kepercayaan.

7. NILAI MURNI KEBUDA Y AAN MELA YU

28. Dengan berteraskan adat yang bersendi syarak .. syarak mengata adatmemakai, telah lahir dalam kebudayaan Melayu nilai-nilai yang senonoh yangdapat membimbing manusia Melayu ke arah pencapaian kehidupan yang .. fid­dun:ya hasanatan, wa fil-akhirati hasanatan.. Saya rasa: nilai-nilai inilah yangperlu diterapkan dalam pendidikan siviks dan moral terhadap anak-anak kita.

29. Antara nilai-nilai murni kebudayaan Melayu yang mendorong ke arah pen­capaian kedua-dua lajur budaya tadi ialah: taat setia, gagah berani, adil bijaksana,berbudi bahasa, hormat dan rendah diri 5

, kasih iayang dan simpati, berhati mulia,pemurah, pemaaf, gotong royong, tidak kendiri, suka membantu, rajin dan usaha,disiplin dan mandiri. Semua nilai itu adalah tertegak di atas landas hablunminallah wa hablun minannas.. kerana dengan demikian sahaja manusia dapathidup dengan sempurna, berjaya dan bahagia.

30. nilai taat setia:30.1 Sebesar-besar taat setia ialah takwa, yakni mengerjakan yang disuruhdan meninggalkan yang ditegah Allah. taat ialah 'menurut kata' dan setiaialah 'teguh memegang janji'. Berlandaskan takwa, taat setia dilakukan kehaderat Rasulullah, kepada ibu bapa, abang, kakak, datuk, nenek, guru,suami, ketua-ketua dan kepada pemerintah.

30.2 Setia dilakukan terhadap isteri, adik, saudara, kerabat, sahabat, rakan,teman, dan mitra janji. Walaupun taat dan setia itu diberikan kepadamereka yang tersebut namun ketaatan dan kesetiaan itu hams dilakukankerana Allah juga.. barn taat dan setia itu dilakukan dengan ikhlas, tidakpura-pura.

30.3 Melakukan taat dan setia hams bijaksana disertai dengan akal bicarayang waras. taat dan setia hams dilakukan untuk membina kebajikan,bukan sebaliknya. taat membabi buta lazimnya membawa kepadafanatik. Dan, fanatik biasanya menghasilkan apa yang diungkap peribahasadengan wacana rosak bawang kerana jambaknya.. mati rusa keranatanduknya .. mati kuau kerana bunyinya.

Baca: Muhammad Ariff Ahmad. Bicara Tentang Adat dan Tradisi, Pustaka Nasional Singapura1993, hal 179 - 201.

Page 8: Title Nilai-nilai murni yang terdapat dalam kebudayaan

31.

sivikl 7

nilai gagah berani (patriotik): 31.1 sejarah telah membuktikan yang gagah berani (semangat patriotik) adalah sifat semula jadi orang Melayu. Bagaimanapun, gagahnya itu gagah bertempat dan beraninya pula berani bersebab, seperti yang diungkapkan peribahasa berani kerana benar; takut kerana sa/ah.

31.2 Berani kerana benar membawa maksud: (a) berani kerana yakin bahawa dia tidak bersalah; (b) berani menegakkan kebenaran; ( c) berani membela dan mempertahankan sesuatu yang benar - inilah sifat berani yang sangat terpuji.

31.3 Berani buat berani tanggung menunjukkan sifat gentelmen; tetapi berani malu takut mati menunjukkan sifat pengecut yang negatif. Dan berani melakukan sesuatu yang terlarang, yang anti-sosial bukanlah berani yang sejati dan sangat terkeji.

32. nilai adil dan biiaksana:32.1 Nilai adil terhadap diri sendiri terbayang dalam peribahasa yang ber­kata: kerja raja dijunjung, kerja sendiri dikelek. Peribahasa itu mengingat­kan apabila kita menjalankan tugas kerana mentaati perintah, tanggung­jawab terhadap diri sendiri jangan diabaikan.

32.2 Peribahasa: kera di hutan disusui, anak di rumah kehausan me­nyindir mereka yang cuba mahu berbuat kebajikan kepada orang lain tetapi mengabaikan tanggung jawabnya terhadap tanggungannya.

32.3 Kedua-dua peribahasa itu menganjurkan supaya kita adil apabila menimbang dan menilai, dan bijaksana ketika bertindak supaya tanggung jawab yang kita lakukan tidak berat sebelah.

33. nilai berbudi bahasa:33 .1 Nilai berbudi bahasa banyak sekali dinyatakan melalui peribahasa,pantun seloka dan wahana-wahana lain dalam sastera Melayu lama. Antaraperibahasa yang mengenai budi bahasa ialah: dengan tanah ka/au berbudi,tidak pemah akan merugi.. orang berbudi kita berbahasa, orangmemberi kita merasa dan banyak lagi.

33.2 Antara pantun yang menyanjung nilai budi bahasa ialah: Yang kuriek ialah kundi,

Yang merah ia/ah saga; Yang baik [cantik} ialah budi,

Yang indah ia/ah bahasa ..

Page 9: Title Nilai-nilai murni yang terdapat dalam kebudayaan

K uat rum ah kerana sendi, rosak sendi rumah binasa;

Kuat bangsa kerana budi, rosak budi hancurlah bangsa!

34. nilai hormat dan rendah diri:

sivikl 8

34.1 hormat atau memuliakan orang lain memang telah menjadi tabiatorang Melayu zaman berzaman. Pituah leluhur yang mengatakan: ikutlahresmi padi: makin berisi semakin runduk., atau peribahasa yang berkata:siapa pun yang datang, tangan ke dahi jua mengesahkan sifat hormat itubernilai tinggi dalam kebudayaan Melayu.

34.2 Orang Melayu hormat kepada sesiapa sahaja tidak kira betapa kedudukan orang itu dalam masyarakat, selagi orang itu tidak bersikap 'kurang ajar' terhadap mereka.

34.3 Peribahasa seperti: ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya .. mutiara jatuh ke perlimbahan adakah hilang cahayanya?.. memberi isyarat bahawa orang yang merendah diri itu tidak akan kehilangan darjat mertabatnya, malah akan semakin dihormati orang.

35. nilai sopan santun:

35 .1 so pan santun merupakan manifastasi rasa hormat dan rendah diriseseorang terhadap mereka yang dimuliakan. sopan santun menunjukkansifat hormat dan perilaku yang senonoh ketika bertemu dengan seseorangatau dalam majlis-majlis tertentu.

35.2 sopan santun boleh dilihat dalam cara seseorang itu berbahasa dan dalam cara dia melayan tamu atau mereka yang ditemuinya. ramah tamah dan perilaku yang menyenangkan respondannya termasuk sopan santun yang dinilai.

35.3 melakukan sesuatu dengan senonoh menurut peraturan yang diadat­kan adalah memenuhi kehendak sopan santun.

36. nilai kasih sayang dan simpati:36.1 Kasih sayang ialah nilai yang paling asas dan semula jadi sebagaibahan pembinaan keluarga bahagia. Dengan kas�h sayang dapat dibentukpersefahaman, perpaduan dan kerjasama antaia anggota keluarga. Ber­macam-macam sayang dinilai peribahasa, antaranya: sayang ibu sayangsahaja, sayang ayah menurut kata .. sayang suami bergadai nyawa,

sayang isteri berbakti setia .. dan berbagai-bagai lagi.

Page 10: Title Nilai-nilai murni yang terdapat dalam kebudayaan

· sivikl 9

36.2 Kasih sayang sesama manusia menerbitkan rasa kasihan dan simpati terhadap orang lain yang kekurangan [termasuk orang cacat dan orang­orang yang kurang bemasib baik] dan terhadap jiran.

36.3 Jiran ialah orang lain yang paling hampir dengan keluarga.

37. nilai berhati mulia:3 7 .1 Kasih sayang juga mewujudkan nilai berhati mulia yang mendorongmanusia tidak menaruh prasangka, tidak pendendam, tidak dengki khianat,tidak iri hati, tidak cemburu, tidak curang dan yang seumpamanya.

37.2 nilai berhati mulia juga mendorong orang berbuat kebajikan danmemupuk rasa jujur, ikhlas, sabar, toleransi, amanah, bertanggung jawabdan yang sebagainya.

38. nilai peramah dan pemurah:38.1 peramah ialah tidak sombong, tidak bengis, sentiasa me)ayan mitrabualnya dengan manis muka dan menunjukkan rasa simpati. peramahtermasuk nilai murni da)am kebudayaan Melayu yang hams dikekal dan di­hayati kerana ia mendorong manusia jadi pemurah.

38.2 pemurah ialah orang yang murah hati, orang yang suka memberi,tidak bakhil, tidak lokek [yang dibahasakan peribahasa dengan ungkapantangkai jering, genggam tak tiris]. Peribahasa memuji si pemurah dengankata: tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.

39. nilai gotong royong:39.1 sama seperti 'gagah berani' nilai gotong royong ini merup�an nilaiasas dalam kebudayaan Melayu. gotong bermakna 'angkat', royong bererti'bersama-sama'. Berlandaskan perbilangan adat:

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.. Hali gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah,

gotong royong digarap untuk menyempumakan sesuatu pekerjaan atau projek bersama.

39 .2 dalam kehidupan di bandaraya Singapura sekarang, yang semua projek diselenggarakan karyawan profesional, sistem gotong royong tidak Jagi di�alkan dalam banyak acara; namun ma.sih laku untuk kerja-kerja amal kebajikan masyarakat, misalnya dalam projek mengumpulkan dana [ walaupun gotong royong sekarang dilakukan sekadar untuk mendapatkan tenaga sukare)a sahaja]

Page 11: Title Nilai-nilai murni yang terdapat dalam kebudayaan

40. nilai mandiri dan kendiri:

sivikl IO

40.1 kedua-dua nilai mandiri dan kendiri merupakari nilai barn dalamkebudayaan Melayu. Kedua-dua nilai barn ini bertentangan dengan sistemrotong royong yang selama ini menjadi cara bekerja masyarakat Melayu.Namun, mandiri itu konstruktif sifatnya, manakala kendiri itu agaknegatif sifatnya.

40.2 mandiri ialah kata barn yang senilai dengan 'berdikari' [berdiri di atas kaki sendiri], yakni melaksanakan suatu pekerjaan dengan kekuatan dan kemampuan sendiri tanpa memerlukan bantuan orang lain. Nilai ini di­anggap positif kerana ia sesuai dengan cara hidup di bandaraya yang indi­vidualistik, malah sesuai pula dengan kehendak adat Temenggung:

Siapa menjala siapa terjun, Siapa salah siapa bertimbang, Siapa berhutang siapa membayar, Siapa membunuh siapa kena bunuh..

40.3 kendiri senilai dengan kata lnggeris: selfish, yakni sikap mementing­kan diri sendiri; apa pun yang dilakukannya 'keuntungan' dirinya sendiri yang difikirkan. Nilai ini dianggap negatif kerana bukan sahaja tidak senada dengan sifat kebudayaan Melayu, malah ia tidak sesuai dengan kehendak nilai bersama Singapura yang menganjurkan kita supaya bersikap dahulukan masyarakat daripada diri sendiri.

41. nilai suka membantu:41.1 nilai 'kasih sayang dan simpati' mendorong timbulnya perasaanhendak-membantu orang lain atau pihak yang dikasihani. Tabiat atau rasmisuka membantu merupakan gejala baik untuk merapatkan silatul-rahmiatau perhubungan antara manusia dengan manusia.

41.2 yang patut dikasihani termasuk mereka yang cacat anggota, yang lemah ekonomi, yang kurang bernasib baik, yang kerap menimbulkan

masalah masyarakat dan yang sangat perlukan bantuan: sama ada bantuan moral mahupun bantuan material.

42. nilai raiin dan usaha:42.1 nilai raj in dan usaha dapat juga kita lihat dalam peribahasa Melayu,antaranya: rajin dan usaha tangga kekayaan.. kerja beransur takberhalang, kerja bertangguh tak menjadi .. sehari selembar benang lama­lama menjadi kain. Peribahasa-peribahasa itu mendorong supaya kitatekun bekerja.

Page 12: Title Nilai-nilai murni yang terdapat dalam kebudayaan

sivikl 11

43. nilai disiplin diri:

43 .1 disiplin diri merupakan penguasaan diri terhadap diri sendiri, misal­nya, dalam merancang dan menggarap projek; seelok-eloknya si perancangdan penggarap itu menetapkan masa dan bagaimana menggarapnya lalumematuhi ketetapannya tanpa memerlukan penyeliaan atau pemandoranorang lain.

43.2 disiplin diri merupakan 'pengawalan mutu' (quality control) terhadap semua usaha seseorang [terutama mereka yang mandiri]. Maka nilai ini harus diterapkan untuk menjadikan kebudayaan Melayu ini dinamik.

44. Untuk mencapai kepuasan material, yakni untuk maju dan berjaya dalamsemua bidang kebudayaan jasmani - bidang politik, ekonomi, undang-undang,pengetahuan dan teknik - nilai-nilai asing dalam bidang-bidang budaya itu bolehdicuplik ke dalam kebudayaan Melayu setelah dikaji halal haramnya dan harussubhatnya. Mana-mana yang jelas halal dan harusnya bolehlah cligarap; tetapimana-mana yang jelas haram dan subhatnya hendaklah dihindarkan. Ini selarasdengan kehendak kebudayaan Melayu bentuk 14.3.

45. Menolak kemasukan nilai-nilai yang baik dari kebudayaan asing tidaklahbijak; sebaliknya menerima apa saja nilai asing tanpa saringan adalah berbahaya.Maka pandai-pandailah meniti buih supaya selamat kita sampai ke seberang!

wallahu a 'lam bis-sawab ..