taubat ka'ab.docx

8
Assalamualaikum warahmatullah. Alhamdulillah pada isnin malam (5/3/07) yg lepas ikhwah akhwat semalaysia berpeluang menghadiri satu sesi perkongsian di Pusat Seni Islam Shah Alam bersama seorang ikhwah veteran dari Mesir yg dtg berziarah, Ustaz Hisham Saqar. Dlm pertemuan hampir 2 jam ini, beliau telah menghuraikan sebuah hadith yg panjang mengenai Taubat Ka’ab b Malik daripada perspektif Fiqh Dakwah. Hadith itu tidak dpt disertakan kerana dibentangkan dlm bahasa Arab manakala pengajaran Fiqh Dakwah di bawah disyarahkan dalam bahasa inggeris. Insya Allah, akan dikongsi ilmu yg diperolehi daripada sesi tersebut di sini. Latar Belakang: Kisah Ka’ab ini merupakan sebahagian daripada episod dalam kisah Perang Tabuk. Ka’ab merupakan salah seorang daripada 3 mukmin yg tidak turut serta dalam kempen itu walaupun berkemampuan. Mereka mengakui kesilapan itu dgn tidak mengemukakan apa-apa alasan apabila disoal oleh Rasul sekembalinya tentera dari kempen itu dan hanya mengaku bersalah dgn jujur. Ini bertentangan dgn golongan Munafiqin yg tidak turut serta tp mengemukakan pelbagai alasan utk melepaskan diri. Rasul tetap terima alasan itu walaupun tahu ttg kemunafikin mereka. Taubat Kaab diceritakan dalam Surah Taubah ayat 118. Terdapat juga sekumpulan yg betul2 uzur dan terlepas daripada menyertai kempen ini. Golongan ini dihuraikan dalam Surah Taubah: 91. Ka’ab dan 2 lg mukmin ini (Mararah al Rabi’, Hilal b Umaiyah) dihukum boikot sehingga Allah menerima taubat mereka. Dan Allah menerima taubat mereka pada waktu Subuh selepas berlalu malam yg ke 50. Dalam tempoh boikot yg tidak diketahui hujungnya itu, Ka’ab menanggun beban dugaan yg sungguh besar. Antaranya: Org2 mukmin dilarang mutlak daripada berurusan dgn mereka, hatta menjawab salamnya sekalipun.

Upload: umar-faruq-muhamad-shamsudin

Post on 25-Sep-2015

236 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Assalamualaikum warahmatullah

Assalamualaikum warahmatullah.Alhamdulillah pada isnin malam (5/3/07) yg lepas ikhwah akhwat semalaysia berpeluang menghadiri satu sesi perkongsian di Pusat Seni Islam Shah Alam bersama seorang ikhwah veteran dari Mesir yg dtg berziarah, Ustaz Hisham Saqar. Dlm pertemuan hampir 2 jam ini, beliau telah menghuraikan sebuah hadith yg panjang mengenai Taubat Kaab b Malik daripada perspektif Fiqh Dakwah. Hadith itu tidak dpt disertakan kerana dibentangkan dlm bahasa Arab manakala pengajaran Fiqh Dakwah di bawah disyarahkan dalam bahasa inggeris.Insya Allah, akan dikongsi ilmu yg diperolehi daripada sesi tersebut di sini.

Latar Belakang:Kisah Kaab ini merupakan sebahagian daripada episod dalam kisah Perang Tabuk. Kaab merupakan salah seorang daripada 3 mukmin yg tidak turut serta dalam kempen itu walaupun berkemampuan. Mereka mengakui kesilapan itu dgn tidak mengemukakan apa-apa alasan apabila disoal oleh Rasul sekembalinya tentera dari kempen itu dan hanya mengaku bersalah dgn jujur. Ini bertentangan dgn golongan Munafiqin yg tidak turut serta tp mengemukakan pelbagai alasan utk melepaskan diri. Rasul tetap terima alasan itu walaupun tahu ttg kemunafikin mereka. Taubat Kaab diceritakan dalam Surah Taubah ayat 118. Terdapat juga sekumpulan yg betul2 uzur dan terlepas daripada menyertai kempen ini. Golongan ini dihuraikan dalam Surah Taubah: 91.

Kaab dan 2 lg mukmin ini (Mararah al Rabi, Hilal b Umaiyah) dihukum boikot sehingga Allah menerima taubat mereka. Dan Allah menerima taubat mereka pada waktu Subuh selepas berlalu malam yg ke 50.

Dalam tempoh boikot yg tidak diketahui hujungnya itu, Kaab menanggun beban dugaan yg sungguh besar. Antaranya: Org2 mukmin dilarang mutlak daripada berurusan dgn mereka, hatta menjawab salamnya sekalipun. Isteri2 mereka diasingkan drpd mereka bermula dari malam yg ke40. Raja Ghassan cuba utk menghasut Kaab menyertai mereka serta dijanjikan dgn habuan jika meninggalkan barisan saf muslim. Cubaan utk kekal thabat dalam iman walaupun dihukum utk tempoh yang tak pasti (boleh jadi diboikot sehingga akhir hayat mereka)

Boikot ini diangkat oleh Allah dgn turunnya ayat 118 surah Taubah dan keindahan ukhuwwah di kalangan mukminin jelas terpancar apabila seluruh Madinah bergembira pada subuh ayat itu diturunkan. Mereka berkejaran mendapatkan Kaab bg memaklumkan penerimaan taubatnya dan ukhuwwah mereka bersambung kembali.

Berikut merupakan isi-isi penting dari sudut Fiqh Dakwah yg dibentangkan oleh Ustaz Hisham berdasarkan kisah Kaab tersebut.

1. Kenapa Kaab dihukum?Ekspedisi Tabuk berakhir tanpa ada satu pertempuran pun (rujuk Raheeq Makhtum) ttp Kaab tetap juga dihukum. Pada sesetengah kita, kehadiran Kaab tidak memberi beza pun kerana tiada pertempuran berlaku, jd tak perlulah dihukum sebegitu.Ustaz menegaskan dalam hal ini, bukan perjalanan sesuatu peristiwa itu yg perlu dijadikan ukuran, tetapi isu tanggungjawab dan peranan yg digalaskan itu lebih bererti, samada ianya dilaksana atau tidak. Peranan mesti dilaksanakan dlm apa situasi sekalipun dan tanggungjawab tetap kekal sehingga sesuatu misi itu tamat.

2. Baiah berjihad dgn AllahKesilapan Kaab ialah melanggar Baiah berjihad dgn Allah . Beliau dikira meninggalkan jihad tanpa alasan semasa kempen Tabuk- satu kesalahan yg sgt4 besar. Ayat baiah berjihad terkandung di dalam surah taubah ayat 111.

3. Pengorbanan pada masa paling runcingKeadaan Madinah pada ketika Rasul melancarkan persiapan ke Tabuk sgt meruncing. Kemarau sedang melanda, bekalan makanan berkurangan, lokasi Tabuk yg sungguh jauh, keluarga yg perlu ditinggalkan etc. Semua ini benar2 menguji pertimbangan mukminin utk mempersiapkan diri pergi berperang. Perasaan berbelah bagi mungkin timbul. Pengorbanan yg besar sungguh diperlukan pada ketika ini. Mampukah kita berkorban walau dalam keadaan yg tersepit?

4. Kaab buta di hujung hayatnyaHadith ini diriwayatkan oleh cucu Kaab yg menjaganya krn beliau buta di hujung usia. Pengajarannya, para duat tidak terlepas daripada kelemahan dan penyakit walau sehebat manapun rekod amalnya. Jgn sesekali berasa kehebatan kita di bidang dakwah menjadi sebab Allah jauhkan penyakit dan kelemahan drpd kita.

5. Senioriti dan kesolehan bukan jaminan tak buat silapJgn berasa selesa dan yakin bahawa senioriti dan kesolehan kita tidak akan membuatkan kita tersilap. Kaab merupakan seorang sahabat yg agung (ahli Badar) dan senior tp turut tersilap dalam perkiraannya. Hendaklah sentiasa bermusahabah dgn tindakan dan keputusan kita, dan juga bermutabaah. Jgn lemas dalam status senior.

6. Antara Baiah Aqabah dan BadarKaab pernah memberitahu beliau lebih suka kpd Baiah Aqabah berbanding Perang Badar (kedua-duanya disertai Kaab) walau Badar lebih masyhur dan mulia. Ini kerana Baiah Aqabah adalah peristiwa perjanjian (memberi baiah) utk mewakafkan seluruh hidup kpd islam sebagai seorang daei dan jauh lebih besar ertinya, manakala peperangan merupakan sebahagian daripada perjanjian itu.

7. Kepentingan persediaan secukupnyaPeristiwa Tabuk membuktikan persediaan yg cukup amat penting terutamanya bg sesuatu kerja yg besar. Ini dpt dilihat apabila Rasul buat pertama kali umumkan destinasi peperangan, walhal dlm kempen2 sebelum ini Rasul sentiasa rahsiakan sehingga saat akhir. Dan rasul juga memberi tempoh yg agak lama utk setiap mukmin bersiap. Ini kerana Tabuk sgt jauh dan musuh kali ini ialah tentera empayar Rom.

8. Bertangguh itu bahayaJgn amalkan sikap I can if want to do it now, kerana itulah kesilapan Kaab. Kaab seorang yg berkemampuan ttp sentiasa bertangguh utk bersiap hingga semuanya sudah terlambat. Usahakan utk terus lakukan perkara yg mampu dilakukan terutamanya dlm bidang dakwah seperti berjumpa madu, menyiapkan bahan, merencana prog, siapkan tanggungjawab lain seperti study etc.

9. Perselisihan pendapat itu dibolehkanPerselisihan pendapat diterima dalam menilai kesilapan seseorang. Dalam kes Kaab, kaumnya dari Bani Salamiah mengkritik keras kecuaian Kaab tetapi Muadz Jabal mengambil pendekatan bersangka baik dan cuba mencari keuzuran Kaab. Rasul tidak komen kedua-dua sikap ini- tanda Rasul iktiraf keduanya. Ada fiqh sendiri dalam kedua sikap yg diambil dan berbeza pendapat dibolehkan.

10. Berwaspada dgn kecenderungan memberi alasanAllah telah membuka pekung para munafiqin yg memberi alasan tidak menyertai Tabuk (melalui ayat quran) walaupun mereka sangka telah terlepas apabila Rasul terima alasan2 itu. Para duat hendaklah mempunyai azam kuat dan kukuh bertahan walaupun membuat silap. Kesilapan berlaku sesekali dan jalan keluar ialah dgn bertaubat, bukan dgn memberi alasan. Kaab memilih jalan taubat walaupun beliau berkata Akulah orang yg paling pandai dalam memberi alasan jika aku mahu ketika peristiwa itu.

11. Kepentingan berkata benarUstaz menekankan ttg kepentingan berkata benar- kepada diri sendiri dan kepada qiyadah. Jawab Rasul setelah Kaab mengakui kesilapannya tanpa cuba memberi alasan: Inilah dia org yang jujur. Secara tak langsung Rasul menempelak para munafiqin yg cuba membodohkan Rasul dgn alasan mereka. Implikasi apabila tidak berkata benar itu sentiasa ada.

12. Pendirian qiyadah terhadap kesalahan besarPengajaran melalui hukuman walaupun yg melakukan kesalahan itu berkata benar. Kaab tetap menerima hukumannya walaupun berkata benar dan beliau tidak memberontak kerana itu.

13. Berhati-hati memberi nasihatBerhati-hati dgn pengaruh emosi dan sentimen ketika memberi nasihat. Dlm kisah ini, kaum Kaab iaitu Bani Salamiah menasihati Kaab agar turut memberi alasan utk berlepas diri sekalipun mereka berniat ikhlas dan merupakan sebahagian drpd pasukan jihad islam yg pulang dari Tabuk. Mereka menasihati Kaab supaya memberikan alasan dan membaiki kesilapan itu pada masa hadapan. Nyata nasihat mereka dipengaruhi sentimen menjaga kaum kerabat walaupun niat mereka baik. Tidak semua nasihat baik terutamanya yg emosional. Dan kalau cuba memberi nasihat, berilah dgn pertimbangan rasional dan adil.

14. Pertimbangan emosi dalam menerima hukumanHendaklah cuba sedayanya utk menerima hukuman dgn redha dan jauhi pengaruh emosi yg berlebihan kerana selalunya pertimbangan kita cenderung utk salah ketika dikuasai perasaan. Dan jangan terlalu tenggelam melayan perasaan sedih dlm tempoh itu. Kaab contoh keteguhan peribadi ketika menjalani hukuman walaupun cubaannya begitu berat seperti tidak dijawab salamnya oleh para mukminin termasuk sahabat paling rapat dgnnya. Total isolation.

15. Konspirasi musuh islam sentiasa berjalanKaab menerima surat jemputan khas dari Raja Ghassan (kerajaan kafir yg kuat di semenanjung arab) utk menyertai mereka dan dijanjikan pelbagai habuan. Pihak musuh islam cuba memecahkan saf muslimin dgn menghasut mereka yg dlm keadaan tersepit seperti Kaab supaya membelot. Mereka yg lemah iman atau gopoh sudah tentu mudah terpengaruh, contohnya seperti sesetengah golongan di Palestin kini yg terpedaya dgn habuan segera utk bekerjasama dgn penjajah. Kaab sebaliknya memandang pelawaan itu sebagai ujian yg istimewa dari Allah khas untuknya.

16. Iltizam sepenuhnya walaupun dalam menjalani hukumanWalaupun dlm tempoh hukuman, Kab tidak mengeluh atau cuba utk berunding meringankan hukumannya. Sebaliknya, beliau cuba utk memastikan beliau mematuhi perintah hukuman dgn sepenuhnya. Contohnya, apabila diberitahu beliau perlu diasingkan daripada isterinya bermula malam ke40, Kaab bertanya samada arahan itu memerlukannya menceraikan isteri atau hanya diasingkan (akan diceraikan jika perlu). Isterinya menawarkan diri utk dtg sesekali menguruskan makan pakainya dlm tempoh pengasingan itu ttp disuruh oleh Kaab supaya jauhkan diri sehingga perintah mengatakan sebaliknya.

17. Kesabaran seorang daei sehingga Allah menyelamatkannyaKesabaran itu pasak kepada peribadi seorang muslim. Berkat kesabaran Kaab, Allah menerima taubatnya setelah tamat malam ke-50 dan itulah peristiwa paling manis dalam hidupnya menurut Kaab.

18. Ukhuwwah yg agungUkhuwwah lah yg menjamin perpaduan sesama mukmin dan menghindarkan keretakan saf kita. Para sahabat yg lain berkongsi kegusaran dlm menunggu tamatnya hukuman ke atas Kaab dan nyata apabila diangkat hukuman itu seluruh sahabat bergembira dan berebut-rebut menemui Kaab utk memberitahunya. Kaab tidak lupa kpd sahabatnya Talhah yg berkejaran menemuinya lalu memeluknya dan mengumumkan berita itu dgn gembira. Rasul turut gembira dgn penerimaan taubat Kaab, Bergembiralah dgn hari yang paling baik pernah kau lalui.19. Pengorbanan dan peningkatan diri bukti taubat diterimaKaab melepaskan hartanya setelah taubatnya diterima, sebagai berkorban utk kesilapannya. Rasul mintanya simpan sebahagian utk keluarga. Keteguhan Kaab ketika diboikot juga membuktikan peningkatan dirinya dan ini adalah hasil taubat yg diterima.

20. Tiada perkataan cukup dalam dakwahJgn berasa selesa/ cukup setelah selesai sesuatu misi/objektif. Kaab tidak berasa cukup dgn taubatnya walau diterima lalu sentiasa sedekahkan hartanya dgn niat menebus kesilapannya.

21. Enam peringkat keimanan muslimTerbahagi kpd 3 peringkat mukmin dan 3 lagi peringkat munafiq.3 peringkat mukmin: i. taat sepenuhnyaii. golongan yg mungkin goyah pada sesetengah keadaan/situasi ttp diteguhkan kembali pendiriannya.iii. tidak menyertai jihad bukan kerana lemah dari segi iman ttp kerana ada penghalang.3 peringkat munafiq:i. nifaq yg berlembut ttp tetap tidak jujur, sering beralasan utk berlepas diri.ii. nifaq yg berlebihan dan berani mengumumkannya. Juga berani membangkang arahan.iii. nifaq yg berkonspirasi utk menjatuhkan islam- contohnya perjumpaan munafiqin di rumah Suwailim (seorang yahudi) merancang tindakan yg boleh melemahkan semangat muslim ketika kempen. Rasul dapat tahu lalu arah rumah itu dibakar.

Sesuatu yg mengagumkan bagaimana ustaz dpt mencungkil sebegini banyak pengajaran daripada hanya satu peristiwa sirah. Sebelum ini ustaz juga pernah menulis sebuah buku menghuraikan Fiqh Dakwah drpd kisah Ghulam Berdakwah (Ghulam dan Ahli Sihir). Mengikuti pengisian daripada para duat yg telah seasoned dalam dunia dakwah seperti ustaz amat2 memberikan kesan yg bermanfaat dan insya Allah peluang begini akan hadir lagi selepas ini pada tahun2 mendatang. Semoga ikhwah akhwat sendiri berpeluang mengikutinya satu masa nanti. Biiznillah.

Wassalamualaikum warahmatullah.