topik 8 dosa pahala dan taubat

31
PENGENALAN Sebagai seorang muslim, kita dituntut agar yakin dan beriman dengan hari akhirat yang padanya ada pengadilan dan pembalasan. Kita yakin dan percaya bahawa setiap amal perbuatan kita di dunia ini ada perkiraan pahala dan dosa yang akan menerima balasan seadil-adilnya. Ini adalah untuk menguji siapakah yang terbaik amalannya dari kalangan mereka. Inilah tujuan kehidupan manusia di dunia, lalu dimatikan oleh Allah SWT dan kemudiannya dihidupkan semula pada kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak. Hakikat ini dijelaskan oleh Allah SWT iaitu: Maksudnya: „Dialah yang telah menciptakan adanya mati dan hidup untuk menguji kamu; siapakah antara kamu yang lebih baik amalannya. Dia Maha Perkasa (dalam melakukan pembalasan terhadap orang yang derhaka) lagi Maha Pengampun (bagi orang yang bertaubat).‰ (Surah al-Mulk: 2) T T o o p p i i k k 8 8 Dosa, Pahala dan Taubat Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan konsep dosa dan pahala dalam Islam; 2. Mengenal pasti jenis-jenis dosa; 3. Menghuraikan konsep taubat dan cara bertaubat; dan 4. Mengaplikasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian. HASIL PEMBELAJARAN

Upload: norafsah-awang-kati

Post on 11-Aug-2015

226 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

akidah

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 8 Dosa Pahala Dan Taubat

� PENGENALAN

Sebagai seorang muslim, kita dituntut agar yakin dan beriman dengan hari akhirat yang padanya ada pengadilan dan pembalasan. Kita yakin dan percaya bahawa setiap amal perbuatan kita di dunia ini ada perkiraan pahala dan dosa yang akan menerima balasan seadil-adilnya. Ini adalah untuk menguji siapakah yang terbaik amalannya dari kalangan mereka. Inilah tujuan kehidupan manusia di dunia, lalu dimatikan oleh Allah SWT dan kemudiannya dihidupkan semula pada kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak. Hakikat ini dijelaskan oleh Allah SWT iaitu:

����� �� ������ �� ���� ���� ������ ����� ��� ������ ��� ������� ��� � ����� � ���� �� ����� ���� ������ ���� ���

Maksudnya: „Dialah yang telah menciptakan adanya mati dan hidup untuk menguji kamu; siapakah antara kamu yang lebih baik amalannya. Dia Maha Perkasa (dalam melakukan pembalasan terhadap orang yang derhaka) lagi Maha Pengampun (bagi orang yang bertaubat).‰

(Surah al-Mulk: 2)

TTooppiikk

88 � Dosa, Pahala

dan Taubat

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menghuraikan konsep dosa dan pahala dalam Islam;

2. Mengenal pasti jenis-jenis dosa;

3. Menghuraikan konsep taubat dan cara bertaubat; dan

4. Mengaplikasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian.

HASIL PEMBELAJARAN

Page 2: Topik 8 Dosa Pahala Dan Taubat

� TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT

166

Sesungguhnya amalan seseorang itu adalah sebagai ukuran yang dapat memperlihatkan tahap sebenar kehambaan manusia di sisi Tuhannya. Siapakah yang tinggi ketaqwaannya dengan amal ibadah yang diganjari pahala dan siapakah pula yang rendah martabat kehambaannya lalu hidup di dunia bergelumang dengan kemungkaran dan dosa. Sungguhpun begitu, jika kita memahami dan menghayati konsep pahala dan dosa yang telah ditetapkan oleh Allah kepada umat manusia, kita akan melihat betapa rahmat Allah SWT begitu luas kepada kita mengatasi kemurkaanNya. Maksud Hadis Rasulullah SAW: „Sesiapa yang berniat untuk melakukan suatu kebaikan namun dia tidak melakukannya, ditulis juga untuknya satu kebaikan. Sesiapa yang berniat melakukan kebaikan lalu dia melakukannya, dituliskan untuknya sepuluh kebaikan sehingga tujuh ratus gandaan. Sebaliknya sesiapa yang berniat melakukan kejahatan namun dia tidak melakukannya, tidak akan ditulis sebarang kejahatan untuknya, jika dia melakukannya barulah ditulis (satu kejahatan untuknya).‰

(Riwayat Muslim) Justeru dalam topik ini, anda akan mempelajari konsep dosa dan pahala serta jenis-jenisnya. Kemudian kita akan mempelajari pula konsep taubat dan caranya. Kandungan dalam topik ini membolehkan anda menambah pengetahuan mengenai konsep dosa dan pahala serta taubat bagi memperteguhkan keimanan kita kepada Allah SWT. Diharapkan anda dapat memahami dan menguasai isi kandungan topik ini dengan baik. Kami mengharapkan maklumat-maklumat yang disediakan di dalam topik ini dapat membantu anda untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih lancar dan berkesan.

Sebelum anda meneruskan pembacaan, cuba anda fikirkan tiga perkara atau amalan yang boleh mendatangkan dosa dan tiga perkara atau amalan yang boleh mendatangkan pahala kepada pelakunya.

AKTIVITI 8.1

Page 3: Topik 8 Dosa Pahala Dan Taubat

TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT �

167

DOSA DAN PAHALA

Subtopik ini akan membincangkan pengertian dosa dan pahala serta jenis-jenis dosa dengan lebih lanjut.

8.1.1 Pengertian Dosa

Dari segi bahasa, dosa ialah hukuman atau balasan. Manakala dari segi istilah pula, dosa ialah balasan buruk daripada Allah SWT kerana melakukan larangan Allah SWT dan meninggalkan suruhanNya. Perkataan dosa dalam bahasa Arab juga dikenali dengan beberapa perkataan iaitu seperti berikut:

(a) Al-Zanbu (�����); (b) Al-Fasad (����); (c) Al-SayyiÊah (�� ��); (d) Al-ÂIsyan (�� ����); (e) Al-Ithmu (���); dan

(f) Al-KhatiÊah (�� ���).

Orang yang berakal dan baligh yang melanggar hukum Allah digelar ÂAsi (orang yang berbuat maksiat). Seorang Âasi akan menerima balasan perbuatannya sama ada semasa hidup di dunia atau di akhirat kelak. Allah menjadikan dosa adalah sebagai satu tanda keadilanNya dan sebagai peringatan terhadap hambaNya, di mana setiap perlakuan dosa itu akan dipertanggung jawabkan seterusnya akan mendapat balasan sebagaimana yang telah dijanjikan. Firman Allah SWT:

����� �� �� � �� ��� ������ ������ ����� � ������ ���

Maksudnya: „Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya).‰

(Surah al-Zalzalah: 8)

8.1

Page 4: Topik 8 Dosa Pahala Dan Taubat

� TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT

168

Maksud Hadis Rasulullah SAW: „Seseorang mukmin itu dapat melihat dosanya sebagaimana melihat gunung yang akan menghempapnya. Sedangkan orang yang suka berbuat maksiat melihat dosanya sebagaimana menepis lalat yang hinggap di hidungnya.‰

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kita sebagai makhluk atau manusia biasa tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Namun demikian, kita disarankan supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk menjauhkan diri kita daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Justeru, kita perlu mengenal pasti sebab atau faktor yang boleh menjerumuskan diri kita ke arah melakukan kesalahan atau amalan yang boleh mendatangkan dosa. Hal ini penting supaya kita boleh berusaha mempertingkatkan amalan dan usaha bagi menjauhkan diri kita dari perlakuan yang boleh mendatangkan dosa. Antara faktor-faktor yang boleh mendatangkan dosa adalah seperti yang dinyatakan di dalam Rajah 8.1.

Rajah 8.1: Faktor yang mendatangkan dosa

Setelah kita mengetahui faktor yang boleh mendatangkan dosa kepada kita, berikut adalah beberapa langkah yang boleh dijadikan panduan kepada kita untuk mengelakkan diri dari melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut: (a) Melakukan amalan wajib atau fardu dan memperbanyakkan amalan sunat

bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT.

(b) Meninggalkan kejahatan dan kemungkaran serta menunjukkan sikap tidak menyukainya.

Page 5: Topik 8 Dosa Pahala Dan Taubat

TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT �

169

(c) Mengelakkan diri daripada bergaul dengan orang yang suka melakukan kejahatan.

(d) Menjauhi tempat-tempat maksiat yang boleh mendorong melakukan dosa.

(e) Menginsafi azab yang akan ditempuh oleh orang yang melakukan dosa di akhirat kelak.

8.1.2 Pengertian Pahala

Pahala dari segi bahasa ialah ganjaran atau balasan baik. Manakala dari segi istilah, pahala ialah ganjaran baik yang dikurniakan oleh Allah SWT kerana mematuhi perintahNya dan menjauhi laranganNya. Firman Allah SWT:

��� �� �� �� � �� ��� ������ ���� �� ������ � ������ ���

Maksudnya: „Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya).‰

(Surah al-Zalzalah: 7) Jadi konsep pahala di sisi Islam adalah perkara yg bertentangan dengan konsep dosa. Jika seseorang melakukan perkara yang disuruh oleh Allah SWT, maka sesungguhnya dia telah melakukan perkara atau amalan yang mendapat pahala. Sekiranya seseorang itu meninggalkan perkara atau amalan yang disuruh oleh Allah SWT atau melakukan perkara yang dilarang maka dia telah melakukan perkara atau amalan yang membawa kepada dosa. Sudah tentu anda tahu dan maklum mana perbuatan yg membawa pahala dan mana perbuatan yg membawa dosa. Jadual 8.1 menyenaraikan sebahagian daripada perbuatan atau amalan yang diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT kepada pelakunya.

Bincangkan bersama-sama rakan anda mengenai hikmah mengapa Allah SWT memberikan balasan dosa kepada manusia yang melakukan kesalahan atau meninggalkan suruhanNya.

AKTIVITI 8.2

Page 6: Topik 8 Dosa Pahala Dan Taubat

� TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT

170

Jadual 8.1: Sebahagian daripada Amalan yang diberi Ganjaran Pahala

Amalan yang diberi Ganjaran Pahala

� Melakukan semua perkara yang wajib bagi seorang muslim seperti solat, puasa, zakat dan haji.

� Taubat terutamanya setelah melakukan kesalahan.

� Menuntut ilmu yang bermanfaat.

� Sentiasa mengingati Allah (zikir).

� Membaca al-Quran.

� Mempelajari al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.

� Berdakwah di jalan Allah SWT.

� Menjaga aib orang lain.

� Amar maÊruf dan nahi mungkar.

� Berbakti kepada orang tua.

� Berakhlak mulia.

� Membantu mereka yang dalam kesusahan dan memerlukan bantuan.

� Bersabar menghadapi ujian Allah SWT.

� Jujur dan ikhlas dalam melakukan sesuatu amalan.

� Menziarahi orang sakit.

� Memperbanyakkan amalan sunat seperti solat sunat, zikir, puasa sunat dan sebagainya.

� Mencari rezeki yang halal bagi menanggung keluarga.

Rajah 8.2 menerangkan secara ringkas kepada kita hikmah mengapa Allah SWT menganugerahkan ganjaran pahala kepada manusia yang melakukan amalan kebajikan dan meninggalkan segala larangan. Semoga dengan adanya hikmah ini dapat mendorong kita supaya berkekalan melakukan perkara-perkara yang boleh memberikan pahala yang boleh membantu kita mendapatkan syurga Allah di akhirat kelak. Manakala Rajah 8.3 pula menghuraikan cara-cara atau langkah yang perlu dilakukan oleh seseorang dalam usaha meningkatkan pahala.

Page 7: Topik 8 Dosa Pahala Dan Taubat

TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT �

171

Rajah 8.2: Hikmah ganjaran pahala

Rajah 8.3: Langkah meningkatkan pahala

Page 8: Topik 8 Dosa Pahala Dan Taubat

� TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT

172

8.1.3 Jenis-jenis Dosa

Dosa terbahagi kepada dua jenis atau bahagian seperti yang dinyatakan di dalam Rajah 8.4.

Rajah 8.4: Pembahagian dosa

Sekarang, mari kita bincang pembahagian-pembahagian tersebut dengan lebih lanjut. (a) Dosa Kecil

Dosa kecil ialah kesalahan yang tidak diberi peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat.

Hukuman bagi dosa kecil ialah jika dilakukan secara berterusan ia boleh menjadi dosa besar. Antaranya seperti melihat aurat bukan mahram, bercakap mengenai perkara yang tidak memberi faedah, bergaduh sesama kawan dan sebagainya. Cara untuk menghapuskan dosa-dosa adalah seperti berikut:

(i) Melakukan amal kebajikan.

(ii) Menunaikan ibadat fardu seperti solat lima waktu, puasa, zakat dan sebagainya.

Dengan merujuk kepada kitab-kitab akidah atau tauhid yang muktabar, senaraikan hikmah Allah SWT mengurniakan ganjaran pahala dan langkah yang perlu dilakukan bagi meningkatkan pahala.

AKTIVITI 8.3

Page 9: Topik 8 Dosa Pahala Dan Taubat

TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT �

173

(iii) Memperbanyakkan amalan sunat seperti solat sunat, sedekah, berzikir, membaca al-Quran dan sebaginya.

(iv) Memperbanyakkan istighfar atau memohon ampun kepada Allah SWT.

(b) Dosa Besar Dosa besar ialah kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan

amaran azab di akhirat. Sesetengah ulamak mengatakan sekiranya hendak membezakan antara dosa besar dengan dosa kecil adalah dengan melihat kepada kesan kerosakan yang ditimbulkan disebabkan dosa-dosa tersebut.

Hukuman bagi dosa besar ada empat iaitu:

(i) Hudud;

(ii) Qisas;

(iii) TaÊzir; dan

(iv) Siksaan api neraka jika tidak bertaubat.

Cara menghapuskan dosa-dosa besar dapat dilihat dalam Rajah 8.5.

Rajah 8.5: Cara menghapuskan dosa besar

Page 10: Topik 8 Dosa Pahala Dan Taubat

� TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT

174

Rajah 8.6 menjelaskan jenis-jenis dosa besar.

Rajah 8.6: Dosa-dosa besar

Jadual 8.2 menjelaskan antara hukuman bagi dosa-dosa besar.

Jadual 8.2: Hukuman bagi Dosa Besar

Hukuman Hudud

Pengertian Hudud: Perkataan hudud berasal daripada bahasa Arab, mufradnya had bererti pencegahan. Para fuqaha mendefinisikan hudud sebagai keseksaan yang bentuknya telah ditetapkan oleh syarak dan dilaksanakan bagi tujuan menjaga hak Allah. Kesalahan-kesalahan hudud adalah perbuatan�perbuatan jahat yang menyentuh kehormatan diri, akal fikiran, harta benda, akidah dan keselamatan umum masyarakat. Pesalah akan dihukum dengan hukuman tertentu, sebagaimana dihuraikan secara lebih terperinci dalam al-Quran dan al-Sunnah. Malah lebih daripada itu, hukuman bagi kesalahan-kesalahan hudud tidak boleh diubah-ubah oleh mana-mana kuasa pemerintahan, perundangan atau kehakiman yang sedia ada. Antara kesalahan yang dikenakan hukuman hudud adalah seperti berikut: (a) Jenayah zina: Hukumannya sebat 100 kali bagi yang belum berkahwin, dan rejam sampai

mati bagi yang telah berkahwin.

(b) Jenayah qazaf (memfitnah wanita yang beriman): Hukumannya sebat 80 kali.

(c) Jenayah mencuri: Hukumannya dipotong sebelah tangan hingga ke pergelangan tangan.

(d) Jenayah merompak: Hukumannya dibunuh (jika membunuh), dan dipotong tangan dan kaki secara bersilang.

(e) Jenayah murtad: Hukumannya dibunuh setelah diberi tempoh bertaubat.

(f) Jenayah minum arak: Hukumannya sebat 40 kali.

Page 11: Topik 8 Dosa Pahala Dan Taubat

TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT �

175

Hukuman Qisas

Hukuman Qisas bermaksud hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas Quran dan Hadis Nabi SAW. Ini adalah kerana kesalahan-kesalahan qisas melibatkan hak individu. Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah membunuh dengan sengaja atau mencederakan anggota tubuh badan seperti mata, hidung, telinga, tangan, kaki dan sebagainya. Mengikut hukuman qisas, pesalah mesti dihukum dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Jika dia membunuh, maka dia mesti dihukum bunuh melainkan dia mendapat keampunan daripada keluarga si mangsa.

Hukuman TaÊzir

Hukuman taÊzir ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan. Hukuman taÊzir tidak ditetapkan hukumannya di dalam Quran dan Hadis. Selain itu, hukuman taÊzir juga dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan hukumannya dalam Quran dan Hadis (hudud dan qisas), tetapi tidak cukup syarat bagi menjatuhkan hukuman tersebut. Di antara hukuman taÊzir adalah seperti berikut:

(a) Nasihat;

(b) Teguran;

(c) Ancaman;

(d) Pemulauan;

(e) Perisytiharan umum di khalayak ramai;

(f) Denda dan rampas harta;

(g) Penjara;

(h) Sebat;

(i) Bunuh; dan

(j) Buang daerah. Matlamat hukuman hudud, qisas dan taÊzir adalah seperti berikut:

(a) Melindungi masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegahnya sebelum terjadi dengan menggariskan hukuman bagi kesalahan-kesalahan tersebut.

(b) Untuk memberi pengajaran kepada penjenayah dengan menjatuhkan hukuman yang setimpal serta menghalangnya daripada melakukan jenayah buat kali kedua.

(c) Membersihkan dosa pesalah dan menyelamatkannya daripada hukuman di akhirat yang lebih berat.

Setelah anda mengetahui konsep dosa besar, maka perlu diingat bahawa terdapat beberapa perbuatan dosa besar berkenaan boleh membawa kepada batalnya iman seseorang Muslim. Jadual 8.3 berikut menjelaskan enam perbuatan yang boleh membatalkan iman seseorang Muslim.

Page 12: Topik 8 Dosa Pahala Dan Taubat

� TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT

176

Jadual 8.3: Enam Amalan yang Membatalkan Iman

Amalan PPenerangan

Syirik Syirik ialah menyamakan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan perbuatannya. Ia berlaku melalui pemujaan, penyembahan, permintaan, perlindungan dan kepatuhan kepada sesuatu selain Allah. Firman Allah SWT:

���� ��� � ���� ���� �� �!�� ��" #�$ �� ���������� ��� �%�� ����& �� ����� ' �����" � � ����

�!�� ��" ������ ��� �� �� � ��( ��� � ��� �� �))*�

Maksudnya: „Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.‰

(Surah an-NisaÊ: 116) Contoh syirik: Menyembah patung, percaya kepada batu yang boleh mengubah nasib atau tangkal azimat untuk keselamatan diri. Perbuatan ini adalah haram kerana ia boleh membatalkan iman seseorang dan menafikan kekuasaan Allah serta mencemarkan kesucian Islam. Jenis syirik: Syirik terbahagi kepada dua bahagian, iaitu: (a) Syirik Jali

Syirik yang dibuat secara terang-terangan seperti menyembah berhala, bulan, matahari atau mengaku Isa a.s sebagai anak tuhan. Perbuatan ini merosakkan akidah, berdosa besar dan mendapat azab di akhirat.

(b) Syirik Khafi

Syirik yang tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat seperti riak, ujub (mengagumi diri sendiri); dan takbur. Perbuatan ini dibenci oleh masyarakat, hilang sahabat dan sukar menerima pandangan orang lain.

Bagi mengelakkan perbuatan syirik, masyarakat hendaklah didedahkan dengan ajaran Islam secara meluas, tanamkan keyakinan yang teguh terhadap kekuasaan Allah bermula dari kanak-kanak lagi dan pendidikan tentang bahaya syirik.

Page 13: Topik 8 Dosa Pahala Dan Taubat

TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT �

177

Kufur Kufur bermaksud tidak percaya kepada Allah SWT serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Orang yang melakukan perbuatan ini digelar kafir. Mereka dilaknat dan mendapat kemurkaan Allah di dunia dan di akhirat. Firman Allah SWT:

�+�, !�( �� �-.������ �����/ ��� �' ����/����' ������ #�����" �� �� �#( �$ ��� ���� � ������ ���� �0 �1�2 �

#�����" �� �#( �$ 3 ���� �� !� ������ �� ��0 � ��� ���%�4 � � ���� �������� ������ #�$�$���5�( ���� ��

#�$ ���$� �� #���� " � �� �6����� �� �� "� ��7�� ��� �� �� � ��( ��� � ��� �� �)8*�

Maksudnya: „Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, SAW), dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.‰

(Surah an-NisaÊ: 136) Jenis kufur: Kufur terbahagi kepada dua bahagian, iaitu: (a) Kufur Hakikat

Ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW seperti tidak mengakui balasan di akhirat, menolak hukum dalam Quran, menyatakan solat merugikan masa dan sebagainya.

(b) Kufur Nikmat

Mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia serta sekalian makhlukNya seperti menggunakan nikmat ke jalan maksiat, enggan mengeluarkan zakat serta boros membelanjakan harta.

Page 14: Topik 8 Dosa Pahala Dan Taubat

� TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT

178

Riddah Riddah ialah berpaling atau keluar daripada agama Islam atau tindakan seorang muslim mukalaf yang keluar daripada agama Islam sama ada disebabkan oleh kepercayaan atau perbuatan yang dilakukan atau perkataan yang disebutkan. Perkara-perkara ini menjadikan seseorang itu keluar daripada agama Islam dengan kehendaknya sendiri. Mereka yang murtad adalah kafir dan mereka kekal dalam neraka selama-lamanya. Firman Allah SWT:

�9 #&� �� � �$����� � � ���3 �:��� %��� ���� ( �'�(&"�� � � �� �� �����) ���� ����:�� � � #�$ �:���

*��;�� ���� �� '���+ �< �=�5�( �� �� (!�� *�'��� &>?��( ��� 1�, ���0 )���� ���� ��7�� �� * �= �5�(�� �� (��� +#( �-.� ����:��� * �� �� ��?;�� �%�����( �� ��)��

Maksudnya: „... Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).‰

(Surah al-Baqarah: 217) Seseorang itu boleh menjadi murtad secara iktikad, iaitu dengan berniat hendak meninggalkan agama Islam, atau secara perkataan dengan mengisytiharkan dirinya keluar daripada Islam atau dengan cara perbuatan seperti menganut agama selain daripada agama Islam. Kesan daripada riddah:

(a) Hubungan suami isteri terfasakh.

(b) Haram menerima harta pusaka daripada waris beragama Islam.

(c) Hartanya haram dipusakai oleh ahli waris beragama Islam.

(d) Haram dikebumikan di perkuburan Islam.

(e) Menjadi penghuni neraka selama-lamanya.

Page 15: Topik 8 Dosa Pahala Dan Taubat

TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT �

179

Hukuman bagi orang murtad:

(a) Disuruh bertaubat.

(b) Sekiranya enggan bertaubat, hendaklah dihukum bunuh. Seperti Hadis Nabi SAW:

������� ���� ��! "# Maksudnya: „Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia.‰

(Riwayat Bukhari) Terdapat beberapa hikmah di sebalik hukuman bunuh bagi orang murtad, antaranya:

(a) Memberi amaran bahawa agama Islam tidak boleh dipermainkan.

(b) Menghindarkan masyarakat Islam daripada berpecah-belah dan huru-hara.

(c) Kewujudan orang murtad merupakan ancaman besar terhadap agama Islam.

(d) Menghalang perbuatan yang merendahkan kesucian agama Islam.

Khurafat Khurafat ialah kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan ajaran agama Islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat Islam. Ia juga boleh diertikan sebagai amalan yang tidak mempunyai hakikat kebenaran. Selain itu ia merupakan perkara tahyul yang pada kebiasaannya tidak boleh diterima oleh akal. Seseorang itu boleh dianggap mengamalkan perkara yang khurafat apabila ia berpegang dan beriktikad dengan perkara-perkara yang bukan daripada ajaran Islam, tidak munasabah dan tidak dapat diterima oleh akal yang waras. Firman Allah SWT:

�(�'�,�� �� ��� � � �� ���� �� �� �� � �<���� -!���� �'����&-�� ������ * ������ �� �� �� .����� ���� �$ �:�/�

��/���� 0 ���� �� 10 "&�� 2>;���1 ��*��

Page 16: Topik 8 Dosa Pahala Dan Taubat

� TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT

180

Maksudnya: „Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa meliputi pengetahuanNya.‰

(Surah al-Baqarah: 268) Ayat ini mengingatkan kepada kita bahawa matlamat syaitan adalah untuk memperdaya dan mengelirukan manusia. Kepercayaan terhadap khurafat amat besar kesannya kepada umat Islam kerana ia akan merosakkan akidah hingga boleh membawa kepada kekufuran dan syirik kepada Allah SWT. Contoh amalan khurafat yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini, antaranya:

(a) Mempercayai tangkal azimat yang mampu menahan sesuatu bahaya kepada diri seseorang.

(b) Mempercayai amalan tilik nasib, jampi serapah bomoh.

(c) Mempercayai binatang atau sesuatu makhluk yang boleh membawa tuah atau sial kepada seseorang.

(d) Membuang ancak bagi menghalau hantu.

(e) Mengunjungi kubur keramat untuk memohon sesuatu hajat.

(f) Mempercayai adat-adat perkahwinan seperti sirih junjung yang mampu mengekalkan sesebuah perkahwinan dan banyak lagi.

Mempercayai amalan khurafat boleh menjadikan seseorang itu lemah akal dan imannya kerana kepercayaan tersebut telah menafikan kepercayaan kepada konsep qadaÊ dan qadar Allah SWT. Selain itu, ia boleh menjadikan seseorang itu malas berusaha, mudah putus asa, tidak bertawakal kepada Allah SWT dan tidak yakin untuk menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Tiada konsep sial atau bertuah kerana orang yang beriman dan menurut perintah Allah dan Rasulnya itulah orang yang bertuah; manakala orang yang ingkar dan tidak taat kepada Allah SWT adalah orang yang akan mendapat kecelakaan.

Page 17: Topik 8 Dosa Pahala Dan Taubat

TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT �

181

Antara faktor yang mempengaruhi wujudnya amalan khurafat dalam masyarakat Islam adalah kerana:

(a) Kurangnya pegangan dan pengetahuan agama Islam.

(b) Terpengaruh dengan kepercayaan-kepercayaan karut yang diterima turun-temurun dari nenek moyang.

(c) Ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal.

Sihir Sihir ialah ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib sama ada dengan bantuan syaitan atau jin dengan tujuan memudarat atau mengelirukan manusia. Ia merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir tanpa melalui sentuhan sama sekali, dan dilakukan di luar daripada hukum alam. Contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan. Firman Allah SWT:

���� ���) ���� ��� ������(�) -@�'( �,�� �� �1�2 � =-��� ��( �����" * ��� �� ���� �< �(�����"

3� �( ���� �A@ �'( �,���� ������� � �����4�� �� �2��/��� ��&- 5���� ���� �� �� "�0 (� 1�2 �

%- �@�3������ �� ������%�� �����( �� ����( �� �� � ��� �� %�����4�� �� ��� ���3� �9 #&� � ��� ��

���60 �� � ���B 7C �/�(�� ���� ���� ���) * ����6�� �(�; �� ���?�/ �� ��� �%��4"8��� �� #�$ �� �-�@ �� �'������ ��

#�$ 4�� �5 �� � ��� �� ��� �-.�8����/�� #�$�� � �� ���� � �� %����6 �� ���� � ����D�E� �(���� � ��

�� ��9��/�� � �� �� ?� ��:�� � ��� �� �� ������� :� ���� �$���7��� ��� ��$ �� 1�, ���� ��7�� ;F��

<�(���� � ���G �%�� �� ��� ���� ���� =#�$ �� ��?����0 � � ���� ����0��< �%���� �� �)H��

Page 18: Topik 8 Dosa Pahala Dan Taubat

� TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT

182

Maksudnya: „Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil, sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari daripada mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) Dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.‰

(Surah al-Baqarah: 102) Kesan daripada perbuatan sihir ini adalah:

(a) Merosakkan akidah dan membatalkan iman.

(b) Memecah belahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah.

(c) Hilang pergantungan kepada Allah kerana mendapat bantuan daripada jin dan syaitan.

(d) Ahli sihir menjadi takbur dan berani melakukan kezaliman. Orang Islam dilarang keras daripada mengamalkan sihir, kerana dianggap mengingkari hukum Allah dan boleh jatuh syirik. Perbuatan sihir ini seolah-olah cuba menyaingi kuasa Allah. Antara sihir yang diamalkan masyarakat hari ini adalah seperti saka, azimat atau bacaan mantera/jampi serapah tertentu.

Page 19: Topik 8 Dosa Pahala Dan Taubat

TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT �

183

Nifak Nifak ialah berpura-pura menampakkan keislaman dan kebaikan tetapi menyembunyikan kekufuran dan kejahatan dalam hati. Orang yang mengamalkan sikap ini digelar munafik. Firman Allah SWT dalam Surah al-Munafiqun ayat 1 hingga 5:

� ���� �!�' �+ �8 ����� ��(�: ����� �������4 �+9�0 �=�0 �� ���"���� ���� 0 ���� �� �� ��� �� �= �0 ��

������" ���� ���� �� �+9�� ���� �-@ ����( �: ����� �%����:( ���� �)� �� =��:�;>< �� �� ?+�I( ����� .C�: �4

���)��=�� � � %��%�" ���� � ��?+�J�� �'���" ��� ����0+ � �������� �� ��� �= ��& �� ��?+�J !��

����:����' �� �> ������� � �0���'�� �1�2 � �� �+�?����4 &>?�� � ���?�� �� �� �8� @ � ���� �� �� ?�$��� ��

�= ���@� �) ��?�����4� * ��� �� �������� �� 0��&��A �� �K�L���� �� * �� ?+�JB � 2#���� 7��� �:���� * ����������M ��� �C �-��. ���+�N��� � �� �O $� �� �� �� �P�Q�� �:�3���� � A>?���(( �4 ���� * �16R�

��������S �� �T� � ������ ���4 ���K�L �������� �) ���� ���(&��" �� ���� ���" �� ���� �� ������ �P�U �"� ' �

�� ?�(��� �� �� ��� )� B=�� � �� �� ��� ���C ���(&��� �V�

Page 20: Topik 8 Dosa Pahala Dan Taubat

� TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT

184

Maksudnya: „Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (Wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta. Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) daripada menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan (perbuatan buruk). Yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri. Maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah). Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelakuannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih). Dalam pada itu mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh-rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya, maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya - dari kebenaran)? Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu", mereka (enggan sambil) menggelengkan kepalanya; dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong dan angkuh.‰ Ciri-ciri orang munafik berdasarkan Hadis Nabi SAW yang bermaksud: „Rasulullah SAW pernah bersabda: Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas.‰

(Riwayat Bukhari)

Page 21: Topik 8 Dosa Pahala Dan Taubat

TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT �

185

KONSEP TAUBAT

Kita telah pun mempelajari tentang konsep dosa sama ada dosa kecil atau dosa besar serta perkara-perkara yang membatalkan iman. Dalam subtopik ini, anda akan mempelajari mengenai konsep taubat dan cara bertaubat. Dalam pelajaran yang lepas, kita ada membincangkan tentang dosa-dosa besar. Perlu diingatkan bahawa mengetahui bahaya dosa-dosa besar ini penting kerana ia merupakan pendorong untuk tidak melakukannya. Orang yang sentiasa melakukan dosa besar dan kemaksiatan sebenarnya mereka kehilangan satu bahagian yang sangat penting dari keimanannya. Inilah yang dimaksudkan oleh sabda Nabi SAW yang bermaksud: „Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda: Seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada di dalam keimanan. Seorang pencuri tidak akan mencuri jika ketika itu dia berada di dalam keimanan iaitu iman yang sempurna. Begitu juga seorang peminum arak tidak akan meminum arak jika ketika itu dia berada di dalam keimanan.‰

(Sahih Bukhari dan Muslim) Jelas di sini bahawa seseorang itu, di saat melakukan dosa dan maksiat, maka terlepaslah keimanan dari dalam jiwa dan hatinya. Bagaimana ia boleh terjadi? Ia adalah kerana perbuatan itu terang-terang menjauhkan diri daripada Allah SWT, bahkan menyebabkan kemurkaanNya.

8.2

1. Bincangkan bersama rakan anda mengapa masyarakat moden hari ini masih lagi mengamalkan khurafat dan fikirkan cara mengatasinya.

2. Senaraikan akibat buruk daripada perbuatan berikut:

(a) Riddah;

(b) Sihir; dan

(c) Nifak.

SEMAK KENDIRI 8.1

Page 22: Topik 8 Dosa Pahala Dan Taubat

� TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT

186

8.2.1 Pengertian Taubat

Dari segi bahasa, taubat bermaksud pulang atau kembali. Manakala taubat dari segi istilah bermaksud kembali kepada Allah SWT dan pulang ke pangkuanNya. Taubat juga bermaksud kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat atau dosa. Taubat marupakan rahmat Allah yang diberikan kepada hambaNya agar mereka dapat kembali kepada-Nya. Firman Allah SWT:

� +�, ! �( �� �A.������ ����: ����' ��������) 1�W �� ���� .C �����) + C3�B= 60 �9�D � �������� �� ���D����� ����/�

�����)� �X�8�" ���3 �� ������ �*(�: �4 �"��E< ��� � �?�$��< ��( �?�0�Y�� �Z���� � �"� �;�M ���� E9�F�:���

��� �������� ����: ����' � �$ � �� * ���� ���0 �9�G &��" �A�@�� ���+, ����� ���+ %I( ����! ���� ������ ���� ���: F��� ���� �)�

� �: �� � �0����0 �����H���� �� �: �� * �=�0�� �1�2 � %D��< G' &9�I '�����4 ���

Maksudnya: „Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan ÂTaubat NasuhaÊ, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): „Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.‰

(Surah al-Tahrim: 8) Taubat yang diperintahkan Allah SWT bagi seluruh orang mukmin adalah taubat nasuha (yang semurni-murninya). Pengertian taubat nasuha adalah seseorang yang bertaubat dari dosanya dan ia tidak melakukan dosa itu lagi. Taubat nasuha dilakukan dengan penuh penyesalan atas segala dosa yang dilakukan. Allah SWT menerima orang yang bertaubat bersungguh-sungguh dan tidak lagi mengulangi perbuatan dosa tersebut. Manakala orang yang bertaubat kemudian masih melakukan perbuatan dosa tersebut tidak dinamakan sebagai taubat nasuha.

Page 23: Topik 8 Dosa Pahala Dan Taubat

TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT �

187

Ada manusia beranggapan buatlah dosa duhulu nanti kita boleh bertaubat pada masa tua nanti. Kalau sempat bertaubat tidak mengapa, kalau tidak berkesempatan untuk bertaubat maka padah nanti di hari akhirat. Lagipun taubat sebegini diibaratkan tidak ikhlas dengan Allah SWT, sebab orang tersebut masih berkeinginan untuk melakukan dosa. Jangan berlengah-lengah untuk bertaubat, kerana orang yang melengahkan taubat ini adalah orang yang jahil, sombong, tidak sedar diri dan zalim kepada dirinya. Hukum taubat adalah wajib kepada semua umat Islam untuk memohon keampunan kepada Allah SWT atas segala kesalahan yang dilakukan. Firman Allah SWT:

� �� �-�[�� J�" 3��?���4 �� ! �� ����� ��� � �� �-@���;�M ��� 3��?�$�\� �5 � ��������)�� 1�W �� ���� � C ;�D�K �$ ���

�%� �: ���S� ���� ����>�� �� �%� - �����) �8)�

Maksudnya: „... dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.„

(Surah al-Nur: 31) Dari keterangan tersebut, dapat disimpulkan bahawa syarat diterima taubat adalah seperti Rajah 8.7:

Page 24: Topik 8 Dosa Pahala Dan Taubat

� TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT

188

Rajah 8.7: Syarat diterima taubat

Imam Ghazali ada menjelaskan di dalam kitabnya IhyaÊ ÂUlumuddin bahawa taubat itu terdiri dari tiga unsur utama (sila rujuk Rajah 8.8), iaitu:

Rajah 8.8: Tiga unsur taubat

Sekarang, mari kita bincang unsur-unsur tersebut dengan lebih mendalam. (a) Ilmu Unsur taubat yang pertama adalah ilmu atau pengetahuan. Ia bermaksud

seseorang itu mengetahui dosa dan kesalahannya selama ini. Mata hatinya mula dapat melihat segala kesalahan yang dilakukan. Di saat itu dia mula memikirkan kebesaran dan keagungan Allah SWT dan nikmat-nikmat yang

Page 25: Topik 8 Dosa Pahala Dan Taubat

TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT �

189

banyak atas dirinya. Dia juga mula mengetahui kekurangan dan kedaifan dirinya kerana telah menyimpang dari jalan kebenaran mengikut hawa nafsu dan kehendak syaitan serta bahaya dosa yang dilakukan serta kesannya di dunia dan di akhirat. Jiwanya mula tersedar dan mencari jalan untuk kembali ke pangkal jalan dengan bertaubat dan menjauhi diri dari segala dosa yang menghantui dirinya.

(b) Keinginan Unsur taubat yang kedua adalah unsur jiwa yang berkaitan dengan hati

dan keinginan diri sendiri. Unsur ini berhubung dengan masa lalu dan ada yang berhubung dengan masa akan datang. Unsur yang berhubung dengan masa lalu adalah penyesalan yang amat sangat. Seseorang itu mula mengakui dosa-dosa yang dilakukannya serta memohon keampunan daripada Allah SWT. Manakala yang berhubung dengan masa akan datang dalam keinginannya untuk bertaubat adalah dengan bertekad meninggalkan maksiat itu dan bertaubat kepada Allah serta berjanji tidak akan mengulanginya lagi buat selama-lamanya. Tekad itu mestilah kuat dengan tiada keraguan. Bukan seperti taubat seorang pada pagi kemudian mengulangi dosa tersebut pada malam hari.

(c) Perbuatan Unsur yang terakhir ialah perbuatan, iaitu dengan segera meninggalkan

dosa-dosa yang pernah dilakukan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Kemudian beristighfar memohon keampunan daripada Allah SWT dengan penuh keinsafan dan linangan air mata. Dengan perbuatan juga dia akan meninggalkan teman-temannya yang membawa ke arah kemaksiatan dan mengubah cara hidup lampau kepada cara hidup yang diberkati dan dirahmati Allah SWT. Dan akhir sekali, menggantikan perbuatan buruk dengan perbuatan baik seperti solat, sedekah, membaca Quran, berpuasa, membantu orang dalam kesusahan, berzikir dan berbagai lagi amal kebaikan.

Ketiga-tiga unsur inilah yang boleh membantu seseorang untuk melakukan taubat nasuha. Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya: Daripada Nabi SAW baginda bersabda: Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang yang soleh dan berkawan dengan orang yang jahat adalah seperti seseorang yang membawa minyak wangi dan seseorang yang meniup dapur tukang besi. Orang yang membawa minyak wangi, mungkin beliau akan memberikannya kepadamu atau mungkin kamu akan membeli daripadanya dan mungkin kamu akan mendapat bau yang harum darinya. Manakala orang yang meniup dapur tukang besi,

Page 26: Topik 8 Dosa Pahala Dan Taubat

� TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT

190

mungkin beliau akan membakar pakaianmu dan mungkin kamu akan mendapat bau yang tidak elok.

(Sahih Bukhari dan Muslim) Rajah 8.9 berikut menerangkan secara ringkas mengapa kita mesti bertaubat kepada Allah SWT, terutamanya apabila seseorang itu telah melakukan dosa-dosa.

Rajah 8.9: Keperluan bertaubat

1. Jelaskan pengertian taubat nasuha.

2. Senaraikan tiga unsur utama dalam penerimaan taubat nasuha.

SEMAK KENDIRI 8.2

Page 27: Topik 8 Dosa Pahala Dan Taubat

TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT �

191

8.2.2 Cara Bertaubat

Taubat hendaklah dilakukan dengan cara yang betul dan terbaik supaya taubat yang dilakukan itu diterima oleh Allah SWT. Cara bertaubat sebagaimana dianjurkan oleh Islam adalah seperti berikut: (a) Menyedari besarnya dosa yang dilakukan sehingga menyesalinya dan

menggeruni balasannya yang akan tertimpa di akhirat kelak jika tidak bertaubat, sebagaimana sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:

„Menyesali (dosa) itu adalah taubat.‰

(Riwayat Ahmad dan Ibn Majah) (b) Berniat serta berusaha sedaya upaya menjauhi dan meninggalkan dosa

yang telah dilakukan dan bertekad tidak akan mengulanginya lagi. (c) Meninggalkan setiap apa yang dibenci dan diharamkan oleh Allah zahir

dan batin, lantas beralih kepada yang dicintai dan diredhaiNya. (d) Bertaubat dengan taubat nasuha. Cara bertaubat bergantung kepada kesalahan yang dilakukan. Sekiranya kesalahan itu melibatkan orang lain maka terlebih dahulu hendaklah memohon ampun dan maaf daripada orang berkenaan dan kemudian bertaubat kepada Allah SWT. Manakala jika kesalahan itu hanya kesalahan yang melibatkan hubungan hamba dengan Penciptanya (Allah SWT) maka hendaklah segera bertaubat terus memohon ampun daripada Allah SWT. Jadual 8.4 menunjukkan cara atau langkah bagaimana bertaubat dari kesalahan meninggalkan solat fardu.

Page 28: Topik 8 Dosa Pahala Dan Taubat

� TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT

192

Jadual 8.4: Cara Taubat bagi Kesalahan meninggalkan Solat Fardu

Langkah PPerkara HHukum AAktiviti

Pertama � Menyesal kerana tertinggal/meninggalkan solat fardhu.

� Berazam tidak akan meringan-ringankan kewajipan solat.

Wajib � Segera beristighfar.

� Lahirkan rasa kesal dan dukacita kerana meninggalkan solat.

� Mengambil berat waktu solat.

Kedua � Mengganti (qadaÊ) solat yang tertinggal.

Wajib � Cepat cari masa untuk menggantinya di mana-mana berada.

Ketiga � Memperbanyakkan istighfar dan membaca doa.

Sunat � Istighfar

������� �� ��

� Tasbih dan tahmid

������ ������� �����

Sumber: http://laman-keinsafan.blogspot.com/2008/10/panduan-lengkap-cara-bertaubat.html

Oleh itu, marilah kita sama-sama bertaubat kepada Allah SWT sebelum terlambat. Sesungguhnya setiap anak Adam itu tidak terlepas dari melakukan dosa dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan ialah orang yang segera bertaubat.

CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dalam bahagian yang terakhir ini, kita akan melihat kepada cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi Topik 8. Sila baca dan teliti perlaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijelaskan dalam Jadual 8.5.

8.3

Page 29: Topik 8 Dosa Pahala Dan Taubat

TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT �

193

Jadual 8.5: Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Dosa, Pahala dan Taubat

Langkah-langkah Penyampaian

(a) Penerangan Mengenai Dosa, Pahala dan Taubat

(i) Guru menjelaskan konsep dosa dan pahala.

(ii) Guru menerangkan hubungan antara dosa dan kepentingan taubat dalam kehidupan.

(iii) Pelajar diminta membuat perbandingan antara perbuatan yang boleh mendatangkan dosa dan perbuatan yang boleh memberikan pahala.

(b) Membincangkan Isi Kandungan, Hikmah dan Pengajaran daripada Ayat Tersebut

Latih Tubi

(i) Guru menayangkan tayangan video kepada pelajar mengenai tajuk pelajaran.

(ii) Pelajar melihat tayangan video mengenai tajuk pelajaran.

(iii) Pelajar membincangkan hikmah dan pengajaran daripada ayat tersebut dan mengkaitkannya dengan tayangan video tersebut.

(iv) Guru mengemukakan beberapa soalan dan mengaitkannya dengan tajuk pelajaran.

(c) Hasil Pengajaran dan Pembelajaran

(i) Pelajar dapat memahami dan menghayati kepentingan taubat dalam kehidupan seharian.

(ii) Pelajar dapat mengenal pasti perkara-perkara yang boleh mebawa kepada dosa besar serta boleh membatalkan iman serta akibat perbuatan tersebut.

(iii) Pelajar dapat berhati-hati dalam memilih sahabat dan berwaspada dengan mana-mana gerakan yang mencurigakan.

(iv) Pelajar dapat mengamalkan dan membudayakan hasil pembelajaran dalam kehidupan seharian.

Page 30: Topik 8 Dosa Pahala Dan Taubat

� TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT

194

� Dosa adalah hukuman atau balasan buruk yang dikurniakan oleh Allah SWT kerana melakukan laranganNya dan meninggalkan suruhanNya.

� Manakala pahala pula ganjaran atau balasan baik yang dikurniakan oleh Allah SWT kerana mematuhi perintahNya dan menjauhi laranganNya.

� Dosa terbahagi kepada dua iaitu dosa besar dan dosa kecil.

� Dosa kecil ialah kesalahan yang tidak diberi peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat.

� Manakala dosa besar pula kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan amaran azab di akhirat.

� Terdapat tiga hukuman bagi dosa besar, iaitu:

� Hukuman hudud;

� Hukum qisas; dan

� Hukuman taÊzir.

� Amalan-amalan yang tergolong sebagai dosa besar boleh membatalkan keimanan seseorang.

� Enam amalan yang membatalkan iman adalah:

� Syirik;

� Kufur;

� Riddah;

� Khurafat;

� Sihir; dan

� Nifak.

� Taubat bermaksud pulang atau kembali ke pangkuan Allah SWT. Taubat juga bermaksud kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat atau dosa.

� Taubat nasuha dilakukan dengan penuh penyesalan atas segala dosa yang dilakukan.

� Hukum taubat adalah wajib kepada semua umat Islam untuk memohon keampunan kepada Allah SWT atas segala kesalahan yang dilakukan.

Page 31: Topik 8 Dosa Pahala Dan Taubat

TOPIK 8 DOSA, PAHALA DAN TAUBAT �

195

� Menurut Imam Ghazali tiga unsur utama taubat adalah ilmu, keinginan dan perbuatan.

� Taubat hendaklah dilakukan dengan cara yang betul dan terbaik supaya taubat yang dilakukan itu diterima oleh Allah SWT. Cara taubat bergantung kepada kesalahan yang telah dilakukan.

� Topik ini juga membincangkan beberapa cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.

Dosa besar

Dosa kecil

Hudud

Khurafat

Kufur

Nifak

Qisas

Riddah

Sihir

Syirik

TaÊzir

Taubat

Taubat nasuha

Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad ibn Muhammad al-Ghazali. (t.t.) IhyaÊ

ÂUlumuddin. Beirut: Darul Ma'rifah.

Fauziah Binti Haji Mohd Ramli. (2002). Pendidikan Islam tingkatan empat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Haji SaÊid Haji Ibrahim. (1995). Akidah ahli sunnah wa al-jamaah. Kuala Lumpur: Dar al-MaÊrifah.

Qahtan Abdul al-Rahman al-Duri. (1996). Usul al-Din al-Islami. Amman: Dar al-Fikr.

Yusuf al-Qardhawi. (1998). At-Taubah ila Allah. Kaherah: Maktabat Wahbah.