tatakelakuan - fcagroup.com · indeks laluan ke arah integriti ... tanpa prinsip panduan, ianya...

44
TATAKELAKUAN Februari 2019

Upload: others

Post on 30-Aug-2019

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

CODE OF CONDUCT

TATAKELAKUAN

Februari 2019

“ Kekuatan kita sebagai kumpulan bergantung kepada etika kerja kita yang luar biasa dan kepelbagaian kita, integriti dan disiplin kita, serta cara kita mengamalkan sikap bertanggungjawab ke atas satu sama lain. ” Mike Manley

Ketua Pegawai Eksekutif

1TATAKELAKUAN

Surat Draf daripada CEORakan Sejawat yang Dihormati,

Tatakelakuan kita menyediakan garis panduan penting untuk kelakuan yang bertanggungjawab dan beretika. Tatakelakuan ini mencerminkan nilai-nilai teras FCA dan menyediakan nasihat praktikal tentang bagaimana prinsip tersebut digunakan dalam interaksi kita dengan pelanggan, pembekal, komuniti, kerajaan dan rakan sejawat kita. Perkara yang mendasari Tatakelakuan kita juga adalah komitmen padu kita untuk memastikan budaya yang pelbagai dan merangkum yang membuatkan semua orang berasa dihormati dan dihargai.

Saya meminta anda untuk mempertingkatkan kebiasaan anda dengan Tatakelakuan dan mematuhi secara peribadi standard etika tertinggi yang dirangkumkan di dalam dokumen ini. Walaupun latihan berkala disediakan sepanjang tahun, anda hendaklah juga meluangkan masa untuk mengingat semula kebiasaan anda dengan Prinsip Amalan dan Tatakelakuan untuk memastikan anda memahami sepenuhnya dan mematuhi kandungannya.

Kita semua berkongsi tanggungjawab untuk melindungi integriti dan reputasi FCA. Semua pekerja, kontraktor, serta rakan niaga kita, bertanggungjawab untuk melaporkan pelanggaran terhadap undang-undang, peraturan atau dasar syarikat, termasuk isu yang melibatkan keselamatan kenderaan, pelaporan kewangan atau laporan kepada pihak berkuasa kerajaan. Apa-apa aktiviti yang mungkin tidak selaras dengan Tatakelakuan kita hendaklah dilaporkan kepada Penyelia anda, Talian Bantuan Etika, Jabatan Undang-Undang, atau Jabatan Sumber Manusia. Di kebanyakan negara, kebimbangan ini boleh dilaporkan secara tanpa nama, jika lebih diutamakan.

Pekerja FCA adalah bercita-cita tinggi, bersemangat dan berdedikasi, dan saya berasa bangga untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan orang yang memberikan inspirasi. Pertama sekali, kelakuan kita hendaklah berpandukan etika kita dan moral kita. Saya meminta anda untuk menyertai saya dalam memastikan bahawa kita tidak sekali-kali berkompromi dengan budaya integriti tersebut. Tidak sekali-kali pun. Dan bahawa kita dipertanggungjawabkan ke atas satu sama lain sambil kita meneruskan perjalanan ini bersama-sama.

Terima kasih.

Februari 2019

Mike Manley

ONE GROUP ONE CODE

GLOBAL INTEGRITY

3TATAKELAKUAN

INDEKS

Laluan ke arah Integriti ■ Mengapakah kita memerlukan satuTatakelakuan?.............................................. 4

■ Siapakah Yang Dirangkumi Oleh Tatakelakuan ini? .............................................5

■ Apakah Tanggungjawab Saya? ...........................................................................6

■ Apakah Itu Unsur-Unsur Perjalanan ke arah Integriti?...........................................7

■ Bagaimanakah Tatakelakuan ini Secocok dengan Perundangan dan Peraturan? ...8

■ Manasatu Kelakuan Yang Mungkin Dikenakan Disiplin? .......................................9

■ Bagaimanakah Saya Harus Menilai Kelakuan Diri Saya Dan Orang Lain? ...........10

■ Apakah Tanggungjawab Seorang Penyelia ? .....................................................11

■ Apakah Yang Akan Berlaku Sebaik Sahaja isu atau usul Dibangkitkan? .............13

■ Di manakah Boleh Saya Dapatkan Sumber dan Sokongan Tambahan? ............14

■ Bolehkah Tatakelakuan Ini Diubah Suai? ...........................................................15

Prinsip■ Melindungi tenaga kerja kita ..............................................................................17

- Mengekalkan tempat kerja yang selamat dan adil ............................................18- Memastikan kesihatan dan keselamatan .........................................................19

■ Menjalanlan perniagaan .....................................................................................21- Membeli barangan atau perkhidmatan dengan mapan ....................................22- Melakukan transaksi perniagaan secara sah ...................................................23- Penglibatan dalam amalan mampan ...............................................................28

■ Berinteraksi dengan pihak luar ..........................................................................31- Mengelakkan konflik kepentingan ...................................................................32- Menyokong komuniti kita ................................................................................33

■ Menguruskan aset dan maklumat kita ...............................................................35- Berkomunikasi secara berkesan .....................................................................36- Melindungi aset kita ........................................................................................37- Mengekalkan rekod yang wajar ......................................................................39

4

Sebagai ahli tenaga kerja FCA Group, komuniti di mana kita menjalankan operasi perniagaan kita semuanya terjejas oleh tindakan kita dan mendapat manfaat apabila melakukan perkara yang betul. Tanpa prinsip panduan, ianya bukan mudah untuk sentiasa mengetahui bagaimana untuk mengenal pasti jalan yang betul untuk diambil atau apabila kita mengenal pasti untuk mengikutnya. Ini disebabkan mengapa kita memerlukan prinsip untuk dijadikan pedoman.

Di FCA Group, satu cara kita mengembangkan persekitaran yang merangkumi standard etika tertinggi dalam tataniaga ialah melalui Tatakelakuan (“Tatakelakuan”). Sistem integriti kita menetapkan asas untuk tadbir urus korporat FCA Group dan merangkumi rangka kerja yang kritikal Prinsip, Amalan dan Prosedur yang menggabungkan pengalaman korporat kita, penyelidikan terkini syarat perundangan yang berkenaan dan amalan terbaik juga penanda aras terhadap etika korporat dan pematuhan.

Tatakelakuan bertujuan untuk memastikan semua ahli tenaga kerja FCA Group bertindak dengan tahap integriti yang tertinggi, mematuhi undang-undang yang berkenaan dan membina masa depan yang lebih baik untuk Syarikat dan komuniti di mana kita menjalankan perniagaan. FCA Group menyokong Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (“PBB”), Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (“ILO”) dan Garis Panduan untuk Syarikat Multinasional Pertubuhan untuk Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (“OECD”). Sewajarnya, Tatakelakuan ini bertujuan untuk selari dengan garis panduan tersebut.

Tatakelakuan diluluskan oleh Lembaga Pengarah Fiat Chrysler Automobiles N.V. Tatakelakuan diguna pakai terhadap Fiat Chrysler Automobiles N.V dan anak syarikatnya yang secara kolektif ditakrifkan sebagai “FCA Group” dan diguna pakai terhadap ahli tenaga kerja FCA Group di seluruh dunia.

Walaupun tiada dokumen yang mungkin boleh mengambil kira semua etika tertentu dan dilema perundangan yang anda mungkin hadapi dalam perjalanan kerja anda, Tatakelakuan memberikan panduan yang bertujuan untuk memastikan anda berada pada jalan yang betul dan untuk memberi amaran kepada anda apabila panduan lanjut untuk situasi individu mungkin diperlukan.

Bukan Tatakelakuan mahupun mana-mana Prinsip, Amalan atau Prosedur bertujuan untuk tidak mewujudkan apa-apa hak kontraktual yang boleh dikuatkuasakan terhadap FCA Group oleh mana-mana ahli tenaga kerja, pemegang saham, pelanggan, pembekal atau pihak ketiga yang lain. Mereka membantu kita semua untuk mengetahui apakah yang diharapkan daripada kita sebagai ahli tenaga kerja untuk memastikan kita bertindak secara sedar dan berintegriti.

Mengapakah kita memerlukan satu Tatakelakuan?

5TATAKELAKUAN

Tatakelakuan tersebut diguna pakai terhadap semua ahli lembaga dan pegawai Fiat Chrysler Automobiles N.V dan anak syarikatnya, begitu juga pekerja sepenuh masa dan sambilan FCA Group dan mana-mana daripada anak syarikatnya. Tatakelakuan tersebut juga diguna pakai terhadap semua individu dan syarikat sementara, kontrak dan yang lain bertindak bagi pihak FCA Group, di mana sahaja mereka berada. Kita merujuk kepada kumpulan ini secara bersama sebagai “tenaga kerja” kita.

FCA Group mempunyai tenaga kerja global yang terletak di banyak negara dengan pelbagai syarat perundangan. Selain itu, sesetengah kakitangan kontrak boleh ditadbir oleh dasar tambahan oleh majikan langsung mereka. Walaupun kita mengiktiraf kepelbagaian dan kerumitan peraturan yang diguna pakai terhadap kelakuan tenaga kerja, kita tidak menjangkakan bahawa Tatakelakuan akan bercanggah dengan jangkaan sedia ada peraturan sebegitu. Walau bagaimanapun, sebarang persoalan berkenaan kemungkinan percanggahan hendaklah ditujukan kepada mana-mana individu atau kumpulan yang tersenarai dalam <FCA Group’s Worldwide Ethics and Compliance Contact List (Senarai Perhubungan Etika dan Pematuhan Sedunia FCA Group)>.

FCA Group berusaha untuk mengkehendaki bahawa syarikat tersebut yang memegang kepentingan minoriti mengambil tatakelakuan yang prinsipnya dicetuskan atau dalam apa-apa keadaan secara konsisten didalam kandungan Tatakelakuan ini. FCA Group seharusnya menggunakan usaha terbaik ini untuk memastikan bahawa Tatakelakuan dianggap sebagai amalan baik tataniaga dan dipatuhi oleh pihak ketiga tersebut iaitu pihak yang mengekalkan hubungan perniagaan yang berkekalan seperti pembekal, penjual, penasihat dan ejen.

Siapakah Yang Dirangkumi Oleh Tatakelakuan ini?

6

Pada bila-bila masa dan di mana-mana jua anda bekerja sebagai ahli FCA Group, atau berinteraksi dengan yang lain dalam komuniti FCA Group, anda mestilah mematuhi Tatakelakuan. Semua ahli tenaga kerja mestilah menyedari bahawa mereka mewakili FCA Group dengan tingkah laku mereka, walaupun di luar waktu bekerja sekiranya aktiviti anda melibatkan mewakili atau kelihatan untuk mewakili FCA Group, sejauh yang diizinkan oleh undang-undang setempat. Kelakuan anda mempengaruhi kedua-dua reputasi luaran Syarikat dan budaya dalamannya.

Kita berusaha untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan nilai mematuhi dan memberi ganjaran kepada kelakuan beretika sebagaimana yang diamalkan oleh ahli tenaga kerja kita yang mewujudkan persekitaran kerja yang bekerjasama di mana maruah setiap individu dihormati.

Kita menghendaki anda akan sentiasa mematuhi setiap aspek Tatakelakuan, begitu juga undang-undang dan peraturan yang berkenaan. Semua ahli tenaga kerja dikehendaki melayani antara satu sama lain sebagaimana mereka mahu dilayani, termasuk pelanggan dan orang luar yang lain yang menjalankan perniagaan dengan Syarikat.

Anda dikehendaki mengetahui dan mematuhi Tatakelakuan. Selain itu, melainkan undang-undang setempat menyediakan yang sebaliknya, anda dikehendaki melaporkan pelanggaran undang-undang, peraturan atau dasar syarikat yang anda ketahui termasuk tetapi tidak terhad kepada isu yang melibatkan keselamatan kenderaan, pelaporan kewangan, atau laporan kepada penguasa kerajaan. Kegagalan anda untuk melaporkan 12pelanggaran tersebut boleh meletakkan Syarikat dalam risiko, dan boleh dikenakan tindakan disiplin. Anda juga dikehendaki mengambil tindakan yang pantas dan muktamad untuk menangani pelanggaran Tatakelakuan, bertanya soalan dan mendapatkan panduan. Jika anda berasa bahawa kebimbangan anda tidak diselesaikan dengan secukupnya atau diberikan maklum balas tepat pada masanya, teruskan untuk menekankan isu tersebut dan jika perlu, gunakan salah satu saluran untuk melaporkan sebarang permasalahan.

Semua ahli tenaga kerja dan lain-lain yang memberikan perkhidmatan kepada Syarikat mempunyai tanggungjawab untuk memastikan harta korporat dan rekod mengikut Prinsip, Amalan atau Prosedur yang berkenaan. Semua ahli tenaga kerja dan lain-lain memberikan perkhidmatan kepada Syarikat dikehendaki bekerjasama dengan permohonan siasatan dengan memberikan maklumat yang tepat, kena pada masa dan berfakta. Kita mengharapkan anda dapat bekerjasama dan bersikap jujur dalam situasi yang sedemikian.

Anda mungkin dikehendaki secara berkala untuk mengesahkan pemahaman dan pematuhan anda terhadap Tatakelakuan atau mana-mana Prinsip, Amalan atau Prosedur yang khusus. Jika diperlukan, pengesahan tersebut adalah mandatori.

Apakah Tanggungjawab Saya?

7TATAKELAKUAN

Sistem integriti FCA Group merangkumi tiga unsur utama:

Prinsip

Prinsip ialah pernyataan terangkum yang memelihara komitmen FCA Group terhadap nilai-nilai penting dalam perniagaan dan kelakuan peribadi.

Amalan

Amalan memberikan kelakuan khusus yang dikehendaki daripada kita semua untuk mencapai Prinsip terangkum kita. Tatakelauan juga berfungsi sebagai sumber rujukan, serta jalan untuk mengemudi kerumitan dan menyampaikan hasil yang diingini. Ianya adalah peraturan asas yang mesti memberi panduan kepada kelakuan harian kita. Amalan sebegitu ialah bahagian penting Tatakelakuan tersebut.(1)

Prosedur

Apabila maklumat yang lebih terperinci adalah bersesuaian, Prosedur melancarkan lagi pendekatan operasi khusus kita untuk mencapai pematuhan. Prosedur mungkin mempunyai penggunaan khusus yang terhad kepada kawasan geografi tertentu dan/atau perniagaan yang sewajarnya.

Sifat sesetengah objektif FCA Group mungkin memerlukan standard kelakuan yang lebih khusus daripada yang ditetapkan dalam Tatakelakuan ini. Dalam kes tersebut, standard tambahan untuk kawasan tertentu, perniagaan atau operasi individu mungkin dikembangkan dalam Prosedur yang khusus atau bahan-bahan lain. Tatakelakuan mengkehendaki anda untuk turut mematuhi standard tambahan berkenaan tersebut terhadap kawasan anda, perniagaan atau operasi individu. Walau bagaimanapun, pematuhan dengan semua unsur Tatakelakuan ialah wajib untuk keseluruhan tenaga kerja kita.

Untuk memastikan pematuhan dengan Tatakelakuan, fungsi Audit Dalaman FCA Group akan memeriksa pematuhan dengan Tatakelakuan dalam pemeriksaannya dan akan memasukkannya dalam kriteria auditnya, bersama dengan sebarang standard tambahan berkenaan dengan skop aktiviti yang diaudit. Laporan dibentangkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif dan Jawatankuasa Audit Fiat Chrysler Automobiles N.V., apabila bersesuaian.

Untuk menyokong pematuhan terhadap Tatakelakuan, FCA Group menjalankan pelbagai bentuk latihan berkala untuk memastikan tenaga kerja dimaklumkan dengan baik tentang syarat Tatakelakuan.

Apakah Itu Unsur-Unsur Perjalanan ke arah Integriti?

(1) Walaupun Prinsip dan Amalan telah diluluskan dan kini sedang dikuatkuasakan, Garis Panduan dan Dasar FCA Group Kumpulan ini,yang tidak bercanggah dengan Prinsip dan Amalan ini kekal berkuat kuasa sehingga notis lanjut.

8

Menjalankan perniagaan FCA Group dengan mematuhi sepenuhnya dengan undang-undang dan peraturan berkenaan ialah tunggak utama Tatakelakuan. Rangka kerja perundangan yang berkenaan mencerminkan jangkaan komuniti di mana kita menjalankan perniagaan. Selain itu, kegagalan untuk mematuhi undang-undang atau peraturan boleh mempunyai impak kewangan dan/reputasi negatif yang teruk terhadap Syarikat kita. Ketidakpatuhan juga boleh mempunyai kemungkinan akibat yang berat, bahkan jenayah kepada individu yang terlibat. Atas sebab-sebab ini, Prinsip amalan kita seperti yang berkenaan. Begitu juga Prosedur meletakkan penekanan yang besar terhadap cara untuk mematuhi undang-undang yang mengawal perniagaan kita. Tatakelakuan ialah komponen yang kritikal daripada etika FCA Group dan program pematuhan untuk memastikan pencegahan yang berkesan dan pengesanan pelanggaran undang-undang dan peraturan berkenaan terhadap aktivitinya.

Sudah tentu, operasi kita tertakluk kepada undang-undang pelbagai negara yang berbeza dan setiap kita mempunyai tanggungjawab yang pasti untuk mematuhi undang-undang kawasan di mana kita menjalan kerja kita. Sekiranya Tatakelakuan dan undang-undang setempat selari antara satu sama lain, anda dikehendaki untuk mematuhi kedua-duanya. Walau bagaimanapun, apabila undang-undang dan peraturan dalam bidang kuasa tertentu adalah lebih longgar daripada yang terkandung di dalam Tatakelakuan ini, Tatakelakuan ini akan mengatasinya.

Jika anda tidak pasti tentang tanggungjawab anda, atau anda percaya bahawa anda tidak dapat mematuhi dengan undang-undang setempat tanpa menyalahi Tatakelakuan, atau sebaliknya, anda mestilah mengambil langkah segera untuk menjelaskan tanggungjawab anda, dengan menghubungi individu atau kumpulan tersenarai dalam <FCA Group’s Worldwide Ethics and Compliance Contact List (Senarai Perhubungan Etika dan Pematuhan Sedunia FCA Group)>.

Bagaimanakah Tatakelakuan ini Secocok dengan Perundangan dan Peraturan?

9TATAKELAKUAN

Kita mengharapkan yang terbaik daripada tenaga kerja kita, terutamanya apabila ianya tentang memastikan mereka dan yang lain bertanggungjawab. Individu yang melanggar Tatakelakuan, undang-undang atau peraturan yang berkenaan, atau mereka yang berkelakuan di luar batasan Tatakelakuan adalah tertakluk kepada akibat yang mungkin termasuk kemungkinan penamatan perkhidmatan atau pekerjaan dan juga prosiding perundangan. Sebarang pelanggaran Tatakelakuan akan disemak dengan cara yang adil dan saksama oleh kawasan fungsi yang bersesuaian dan tindakan disiplin berkenaan akan dikenakan.

Contoh kelakuan yang mungkin menyebabkan tindakan disiplin termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

■ Melanggar undang-undang atau Tatakelakuan berkenaan, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

■ Membantu yang lain dalam melanggar undang-undang atau Tatakelakuan berkenaan.

■ Memberikan maklumat yang salah atau palsu kepada Syarikat atau dengan segaja menahan maklumat berkaitan pada bila-bila masa, termasuk semasa siasatan dijalankan.

■ Kegagalan untuk menyelia ahli tenaga kerja secukupnya.

■ Kegagalan untuk mengambil tindakan terhadap pelanggaran yang disyakki atau diketahui undang-undang atau Tatakelakuan berkenaan.

■ Mengabaikan dengan sengaja maklumat dalam skop tanggungjawab yang akan membolehkan anda untuk mengetahui pelanggaran yang disyakki atau diketahui undang-undang atau Tatakelakuan berkenaan.

■ Kegagalan untuk mematuhi atau bekerjasama dengan usaha siasatan Audit Dalaman, Sumber Manusia, Perundangan atau fungsi tanggungjawab lain yang berkaitan dengan kebimbangan mengenai kelakuan tidak sah atau tidak beretika.

■ Menyerang balas individu lain yang telah melaporkan kebimbangan mengenai kelakuan yang tidak sah atau tidak beretika.

■ Membuat pertuduhan palsu dengan sengaja terhadap kelakuan yang melanggar undang-undang atau tidak beretika.

Sebarang pengecualian kepada apa yang ditetapkan oleh Tatakelakuan, termasuk sebahagian pengecualian dan pengecualian yang terhad kepada masa dan sifat, mungkin hanya disahkan secara eksklusif untuk sebab yang kuat dan wajar. Penepian Tatakelakuan ini untuk Pengarah atau Pegawai Eksekutif FCA N.V. hanya boleh dilakukan oleh Lembaga Pengarah FCA N.V. atau jawatankuasa Lembaga Pengarah FCA N.V. dan akan didedahkan sebagai yang dikehendaki oleh undang-undang dan peraturan berkenaan. Sebarang penepian Tatakelakuan ini untuk mana-mana pekerja yang lain hanya boleh dilakukan oleh Lembaga Pengarah syarikat FCA Group di mana pekerja berkenaan bekerja.

Manasatu Kelakuan Yang Mungkin Dikenakan Disiplin?

10

Disebabkan oleh kerumitan dan kepantasan perkembangan di tempat kerja hari ini, anda mungkin menghadapi situasi yang kelihatan tidak beretika. Kebiasaan dengan Tatakelakuan adalah penting kerana ianya boleh membimbing tindakan anda ketika anda menghadapi situasi sebegitu.

Meskipun Tatakelakuan mengandungi gambaran keseluruhan kelakuan dan contoh, anda mungkin mengalami situasi sebenar tertentu di mana anda percaya panduan Tatakelakuan tidak cukup jelas atau boleh digunakan. Untuk membantu anda menentukan apakah tindakan yang diperlukan, tanya diri anda sendiri soalan berikut:

■ Adakah aktiviti tersebut sah?

■ Apakah kemungkinan akibatnya daripada tindakan saya?

■ Adakah aktiviti atau perbuatan telah tersurat dan tersirat dalam Tatakelakuan?

■ Adakah Tatakelakuan itu membuatkan saya berasa tidak selesa?

■ Adakah Tatakelakuan itu kelihatan tidak wajar?

■ Apakah perasaan saya jika saya tidak melakukannya langsung?

■ Adakah Penyelia saya tahu dan membenarkan?

Pelanggaran etika kadangkala tidak ketara berbanding yang kita jangkakan, mungkin tidak jelas bagaimana Tatakelakuan diguna pakai dalam situasi tertentu atau situasi luar biasa. Kadangkala Tatakelakuan itu jelas, tetapi syarat-syaratnya menafikan budaya biasa di kawasan tempat kita tinggal. Untuk nasihat khusus mengenai cara menggunakan Tatakelakuan di negara anda anda seharusnya merujuk kepada mana-mana individu atau kumpulan yang diberikan dalam <FCA Group’s Worldwide Ethics and Compliance Contact List (Senarai Perhubungan Etika dan Pematuhan Sedunia FCA Group)>.

Bagaimanakah Saya Harus Menilai Kelakuan Diri Saya Dan Orang Lain?

11TATAKELAKUAN

Apakah Tanggungjawab Seorang Penyelia?Penyelia merujuk kepada mana-mana individu yang bertanggungjawab untuk memimpin, menguruskan atau menyelia ahli tenaga kerja. Sebagai tambahan kepada tanggungjawab yang disebut di atas, Penyelia juga perlu untuk:

Menjadi Model Peranan

Sebagai Penyelia, harapan kita ialah anda menunjukkan tingkah laku beretika kepada ahli pasukan anda pada setiap masa dan anda secara konsisten mendukung standard etika dan integriti melebihi keperluan atau hasil perniagaan. Kita juga mengharap supaya anda menyokong pasukan anda dalam memahami dan mematuhi semangat Tatakelakuan, memastikan bahawa setiap ahli mempunyai masa untuk dan boleh melengkapkan latihan yang dikehendaki dengan jayanya. Kegagalan anda untuk menyelia dengan secukupnya boleh juga menjadi suatu pelanggaran Tatakelakuan. Dalam keadaan tertentu kegagalan untuk memenuhi tanggungjawab ini juga boleh menyebabkan Penyelia dikenakan tindakan disiplin dan prosiding perundangan.

Mencipta Persekitaran Kerja yang Selamat dan Membantu untuk laporan

Kita mengharapkan semua Penyelia FCA Group untuk memberikan persekitaran di mana orang merasa selesa dan disokong dalam membincangkan kebimbangan mereka. Sebagai Penyelia, mungkin terdapat situasi yang memerlukan anda untuk menganjakkan keutamaan untuk mencipta masa untuk orang membincangkan kebimbangan mereka dengan terbuka dan selamat. Semasa perbualan tersebut, ianya penting untuk anda meyakinkan mereka yang anda selia bahawa anda akan mendengar secara objektif dan penuh perhatian kepada masalah mereka. Jika seorang ahli pasukan anda memilih untuk berkongsi kebimbangan mereka dengan ketua yang lain dalam syarikat, Audit Dalaman, Sumber Manusia, atau Jabatan Perundangan, ianya terbaik untuk anda menghormati pilihan tersebut.

Kadangkala, orang berasa takut untuk melaporkan salah laku etika secara terbuka kerana boleh menjejaskan kerjaya mereka atau menyebabkan suatu bentuk serangan balas. Sebagai model peranan mereka dan sebagai ketua, perlu untuk menasihatkan mereka bahawa tidak akan ada sama sekali toleransi untuk apa-apa bentuk serangan balas terhadap orang yang melaporkan kebimbangan untuk kebaikan dan menggalakkan individu tersebut untuk melaporkan sebarang contoh yang disyakki ialah serangan balas jika berlaku. Begitu juga, sekiranya tindakan diambil terhadap seseorang yang melakukan pelanggaran Tatakelakuan, maklumkan terhadap spekulasi mengenai orang yang melaporkan kesalahan dan sebarang serangan balas terhadap orang yang dipercayai melaporkan insiden tersebut. Sekiranya salah seorang ahli pasukan anda melaporkan salah laku etika, kami mengharapkan bahawa anda akan terus memperlakukan individu tersebut dengan hormat dan adil.

12

Mengetahui Cara dan Waktu untuk Mengendalikan Kebimbangan

Jika anda didatangi mengenai suatu situasi yang melibatkan salah laku etika, kita mengharapkan bahawa anda akan mengambil langkah segera untuk menyelesaikan masalah tersebut. Penting untuk anda memahami kepentingan Tatakelakuan dan boleh memberikan maklum balas dengan selesa kepada pertanyaan harian. Jika anda diminta untuk mentafsir atau mengguna pakai Tatakelakuan atau mana-mana daripada undang-undang atau peraturan yang berkaitan, sedangkan anda tidak pasti cara untuk memberi respons, segera kemukakan hal tersebut dengan menghubungi mana-mana individu atau kumpulan yang tersenarai dalam <FCA Group’s Worldwide Ethics and Compliance Contact List (Senarai Perhubungan Etika dan Pematuhan Sedunia FCA Group)>. Anda tidak sepatutnya menyiasat pelanggaran Tatakelakuan yang disyakki atau diketahui dalam apa jua keadaan. FCA Group memiliki Audit Dalaman yang berkepakaran dan profesional lain untuk menjalankan siasatan dan semua siasatan mempunyai protokol dan prosedur yang mesti dipatuhi untuk melindungi integriti siasatan dan melindungi Syarikat daripada tindakan perundangan berikutannya.

13TATAKELAKUAN

Laporan Kelakuan Tidak Sah atau Tidak Beretika Akan Disiasat

Di FCA Group, ianya merupakan komitmen kita untuk menjalankan usaha yang wajar dan menyiasat semua kebimbangan yang dinyatakan oleh tenaga kerja kita. Maklumat mengenai dakwaan kesalahan akan dinilai oleh kakitangan pengurusan yang sewajarnya. Setiap pernyataan kebimbangan akan disiasat yang bersesuaian dengan penyiasat yang terlatih, atau pakar kepada perkara tersebut. Jika kesalahan telah didedahkan, tindakan pembetulan yang wajar akan diambil tanpa mengira peringkat atau kedudukan individu yang terlibat. Semua kes akan disiasat sehingga selesai.

Kerahsiaan Adalah Paling Utama

Melainkan tidak dibenarkan oleh undang-undang setempat, laporan atau pertanyaan boleh dibuat secara tanpa nama, walau bagaimanapun, sangat membantu sekiranya anda memberikan nama anda dan maklumat perhubungan supaya anda boleh dicapai untuk butiran lanjut dan maklumat susulan. Semua maklumat yang diberikan dan identiti individu yang melaporkan akan hanya dikongsi atas dasar “perlu tahu” dengan mereka yang bertanggungjawab untuk menilai dan menyiasat situasi tersebut dan berkuasa untuk mengambil tindakan pembetulan.

Meskipun anda memilih untuk kekal tanpa nama, anda dikehendaki mengikut Tatakelakuan, melainkan undang-undang setempat menyediakan yang sebaliknya, untuk melaporkan tingkah laku tidak sah atau tidak beretika yang disyakki.

Serangan Balas Tidak Akan Dibiarkan

Kita mengambil komitmen terhadap Tatakelakuan kita dengan serius. Serangan balas terhadap mana-mana individu yang membangkitkan isu untuk kebaikan berkaitan kemungkinan pelanggaran Tatakelakuan tidak akan dibiarkan. Tatakelakuan kita menyatakan melarang mana-mana ahli Sayrikat kita daripada diserang balas terhadapnya atau menerima layanan diskriminasi disebabkan oleh laporan atau penyertaan dalam siasatan. Sesiapa yang menyerang balas terhadap individu tersebut akan dikenakan tindakan disiplin sehingga dan termasuk pembuangan. Tiada individu yang akan diturunkan pangkat, dihentikan, digantung, diugut, dihina, dipaksa atau ditakut-takutkan kerana membuat laporan untuk kebaikan, tingkah laku tidak beretika atau penyertaan dalam siasatan perkara yang dilaporkan di bawah Tatakelakuan.

Jika anda atau sesiapa yang anda kenali berkemungkinan diserang balas dalam apa-apa cara kerana melaporkan atau menyertai dalam siasatan, sila suarakan. Kita memerlukan penyertaan anda untuk memastikan Syarikat kita kekal bebas daripada serangan balas.

Apakah Yang Akan Berlaku Sebaik Sahaja Kebimbangan Berlaku?

14

Sekiranya anda memerhatikan atau menyedari kelakuan yang tidak dalam semangat Tatakelakuan, adalah penting, melainkan undang-undang setempat menyediakan yang sebaliknya, agar anda mengambil pendirian dan mengambil tindakan dengan melaporkan perkara tersebut.

Anda mempunyai beberapa pilihan untuk dipilih untuk mengajukan kebimbangan anda. Meskipun jika anda tidak pasti, berhati-hati dalam membincangkan kebimbangan anda secara terbuka dengan salah seorang daripada wakil tapak berikut:

■ Secara umum, Penyelia anda ialah sumber paling dekat yang boleh didapati untuk menyatakan kebimbangan anda.

■ Jika anda percaya bahawa isu yang anda ingin bangkitkan melibatkan Penyelia anda, maka anda juga boleh bercakap dengan Pengurus Penyelia anda.

■ Anda juga boleh menghubungi mana-mana individu atau kumpulan yang tersenarai dalam <FCA Group’s Worldwide Ethics and Compliance Contact List (Senarai Perhubungan Etika dan Pematuhan Sedunia FCA Group)>.

■ Kadangkala anda berasa lebih selesa bercakap dengan seseorang secara tanpa nama atau menilai situasi anda dengan pemerhati atau pakar yang adil. Dalam contoh tersebut anda boleh mengajukan pertanyaan anda kepada pusat perhubungan yang dikenal pasti sebagai menerima komunikasi tanpa nama dalam <FCA Group’s Worldwide Ethics and Compliance Contact List (Senarai Perhubungan Etika dan Pematuhan Sedunia FCA Group)> atau mendapatkan sumber korporat yang disediakan oleh Syarikat.

Di manakah Boleh Saya Dapatkan Sumber dan Sokongan Tambahan?

15TATAKELAKUAN

Tatakelakuan tertakluk kepada semakan oleh Lembaga Pengarah Fiat Chrysler Automobiles N.V. Semakan akan mengambil kira komen dan cadangan yang diterima daripada Pengarah, ahli tenaga kerja dan daripada pihak ketiga, perubahan dalam perundangan atau amalan terbaik serta pengalaman yang diperolehi dalam mengamalkan Tatakelakuan itu sendiri. Sebarang pengubah suaian yang diperkenalkan dalam Tatakelakuan disebabkan aktiviti semakan ini diterbitkan dan boleh didapati dengan segera menurut undang-undang dan peraturan berkenaan.

Bolehkah Tatakelakuan Diubah Suai?

17TATAKELAKUAN

Melindungi tenaga kerja kita■ Mengekalkan tempat kerja yang selamat dan adil

■ Memastikan kesihatan dan keselamatan

18

PRINSIP

Mengekalkan tempat kerja yang selamat dan adil FCA Group komited dalam mengekalkan tempat kerja yang adil, selamat, produktif dan menyeluruh untuk semua ahli tenaga kerja kita, iaitu di mana setiap orang dihargai kerana sumbangan unik mereka terhadap Syarikat. Mengekalkan persekitaran tersebut adalah penting kepada kejayaan kita sebagai satu Syarikat. Kita hanya boleh mencapai matlamat ini jika setiap ahli tenaga kerja kita mengambil tanggungjawab sendiri untuk bersikap hormat dan profesionalisme terhadap teman sekerja, pelanggan, penjual dan pelawat. Lebih khusus lagi, setiap kita seharusnya bekerja untuk menggalakkan keadilan dan untuk memastikan persekitaran yang bebas daripada diskriminasi dan gangguan untuk mematuhi semua undang-undang berkenaan. Penilaian prestasi dan pampasan untuk semua ahli tenaga kerja kita adalah berdasarkan sistem yang memberikan ganjaran merit dan beroperasi berlandaskan undang-undang berkenaan. Anda memainkan peranan penting dalam membantu kita mencipta persekitaran kerja yang positif. Kami mengharapkan anda dan semua ahli tenaga kerja yang lain, untuk bekerjasama dalam membantu kita mencapai matlamat ini.

19TATAKELAKUAN

PRINSIP

Memastikan kesihatan dan keselamatanFCA Group komited untuk menyediakan pekerja-pekerja dengan persekitaran kerja yang selamat dan produktif, kita mengiktiraf kesihatan dan keselamatan di tempat kerja sebagai unsur penting dalam pendekatan kemapanan FCA Group. FCA Group percaya dan secara aktif mempromosikan budaya pencegahan kemalangan dan kesedaran risiko di kalangan pekerja, terutamanya melalui peruntukan latihan dan maklumat yang mencukupi. Kita mengharapkan semua ahli tenaga kerja kita akan berkongsi komitmen tersebut dengan kami dan menggalakkan kesedaran pematuhan dengan langkah pencegahan yang diwujudkan oleh FCA Group untuk perlindungan kesihatan dan keselamatan mereka. Samada anda menghabiskan hari anda di kemudahan yang dikawal oleh Pengilangan Bertaraf Dunia seperti bekerja di bangunan pejabat atau kemudahan pengilang atau menghabiskan masa dengan menguji atau mengembara, setiap ahli pasukan kita mestilah sentiasa mengambil langkah untuk menjaga kesihatan dan keselamatan mereka dan yang lain, kedua-duanya dalam FCA Group dan juga pelawat kita, pelanggan, penjual dan ahli masyarakat yang lebih luas.

Memandangkan kita sangat menghargai kesihatan dan keselamatan, kita juga menawarkan program dan perkhidmatan yang di luar skop Prinsip ini, yang direka bentuk untuk mempromosikan dan menyokong keselamatan individu, kesihatan dan gaya hidup sihat. Program ini merupakan suatu faedah Syarikat dan kita sangat menggalakkan anda untuk mengambil manfaat daripada program dan perkhidmatan ini.

MEL

IND

UN

GI T

ENAG

A KE

RJA

KITA

21TATAKELAKUAN

Menjalanlan perniagaan■ Membeli barangan atau perkhidmatan dengan mapan

■ Melakukan transaksi perniagaan secara sah

■ Penglibatan dalam amalan mampan

22

PRINSIP

Membeli barangan atau perkhidmatan dengan mapan FCA Group memastikan bahawa perolehan barangan dan perkhidmatannya adalah sejajar dengan objektif perniagaan dan prosesnya yang merangkumi pertambahan nilai pemegang saham, mengekalkan standard kualiti tertinggi dan menjaga orang kita dan masyarakat sekitarnya. Ketika membeli barangan atau perkhidmatan, anda mestilah mengingati perkara ini dan mematuhi undang-undang berkenaan. Anda mestilah juga memastikan bahawa pembelian anda selari dengan kuasa berbelanja anda, kelulusan korporat dan sekatan terhadap jenis barangan dan perkhidmatan yang dibenarkan. FCA Group komited terhadap amalan kemapanan dalam aktiviti perolehannya. Tambahan lagi, sebelum mengeluarkan maklumat kepada pengguna, FCA Group berdedikasi untuk memastikan bahawa maklumat tersebut mempunyai asas yang munasabah untuk pengiklanannya dan perwakilan dibuat berkaitan dengan barangan dan perkhidmatannya.

23TATAKELAKUAN

MEN

JALA

NLA

N P

ERN

IAG

AAN

PRINSIP

Melakukan transaksi perniagaan secara sahPematuhan terhadap perundangan adalah penting kepada FCA Group dalam meneruskan perniagaan global dan untuk mengekalkan reputasi FCA Group di seluruh dunia. Setiap ahli tenaga kerja perlu mencapai tanggungjawab kerja masing-masing dengan tahap integriti yang tinggi dan sejajar dengan undang-undang yang diguna pakai. Pencapaian tinggi FCA Group yang berterusan bergantung kepada keupayaan kita untuk mematuhi undang-undang bagi mengekalkan integriti perniagaan kita. Setiap ahli tenaga kerja hendaklah membiasakan diri mereka dengan Prosedur serantau dan/atau unit perniagaan atau operasi individu yang digunakan terhadap tanggungjawab mereka bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang.

Sebarang penalti bagi pelanggaran pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang diguna pakai boleh memberi kesan seperti merosakkan reputasi, saman yang tinggi dan pemenjaraan individu. Pekerja yang gagal mematuhi Prinsip, Amalan dan Prosedur yang diguna pakai boleh tertakluk kepada tindakan disiplin, sehingga dan termasuk pemecatan daripada pekerjaan sekiranya wajar oleh FCA Group. Jika ahli tenaga kerja FCA Group mempunyai soalan mengenai bagaimana undang-undang khusus berkaitan tanggungjawab, mereka boleh menghubungi Jabatan Perundangan atau Jabatan Sumber Manusia setempat.

Pertanyaan Kerajaan; Litigasi

Menjadi dasar FCA Group untuk bekerjasama kepada pihak berkuasa kerajaan atau agensi luar, permintaan yang dibenarkan secara wajar dan arahan daripada mahkamah dalam tuntutan mahkamah. Respons kepada pertanyaan daripada pihak berkuasa kerajaan atau dalam litigasi berkaitan Syarikat perlu diarahkan oleh Jabatan Perundangan bersama-sama jabatan yang ditugaskan serta individu yang dilantik oleh kuasa peguam yang wajar, yang berkenaan. Respons memerlukan penglibatan ahli tenaga kerja FCA Group.

Semua maklumat yang diberikan kepada pihak berkuasa kerajaan hendaklah jujur dan benar. Penyembunyian atau pemusnahan maklumat tidak diterima sama sekali berkaitan pertanyaan atau litigasi daripada kerajaan sama ada secara dijangka secara wajar atau belum selesai

24

Hubungan Kerajaan dan Institusi Awam (Termasuk Aktiviti Melobi dan Aktiviti Politik Lain)

FCA Group komited untuk melaksanakan hubungan kerajaan dan institusi awamnya termasuk melobi sejajar dengan undang-undang yang digunakan dan peraturan etika serta dalam pematuhan sepenuhnya terhadap Kod dan sebarang prosedur setempat yang diguna pakai. FCA Group bermatlamat untuk menyumbang secara positif kepada pembangunan masa hadapan peraturan dan standard dalam industri automotif dan dalam semua sektor lain yang berkaitan dengan pengangkutan dan barangan. Hubungan FCA Group dengan agensi kerajaan dan institusi awam hendaklah diurus oleh jabatan yang ditugaskan sahaja seperti Hubungan Institusi dan Hal Ehwal Luar.

Sehingga setakat yang diizinkan oleh undang-undang setempat dan diluluskan menurut prosedur FCA Group seperti melobi, dasar dan prosedur antisogokan dan antirasuah, sebarang hadiah atau ganjaran yang diberikan kepada wakil mana-mana kerajaan atau institusi awam hendaklah sederhana dan bersesuaian dengan tujuan perniagaan yang sah dan mestilah tidak memberikan apa-apa gambaran bahawa FCA Group mendapat atau berusaha untuk mendapatkan kelebihan yang tidak adil.

Tunai atau aset bersamaan tunai atau perkhidmatan tertentu, termasuk bayaran, sumbangan atau pinjaman wang atau harta yang disediakan oleh FCA Group kepada mana-mana parti politik atau jawatankuasa atau calon untuk, atau pemegang pejabat politik yang dibenarkan sahaja jika undang-undang yang berkenaan dan diluluskan menurut prosedur FCA Group termasuk dasar dan prosedur melobi, antisogokan dan antirasuah, sebagaimana yang berkenaan.

Bayaran atau pinjaman korporat, anak syarikat atau dana peribadi atau pindahan apa-apa nilai lain kepada pegawai kerajaan atau pekerja adalah dilarang, melainkan tindakan tersebut diizinkan di bawah undang-undang berkenaan, peraturan etika kerajaan, yang diguna pakai dan diluluskan menurut prosedur yang berkaitan termasuk dasar dan prosedur melobi, antisogokan, dan antirasuah.

Pematuhan dengan Undang-undang Yang Berkenaan

FCA Group komited kepada mematuhi sepenuhnya dengan semua undang-undang berkaitan, termasuk antisogokan, antipelaburan wang haram, eksport dan sekatan, kastam, persaingan dan undang-undang antipemulauan. Sila ingat bahawa undang-undang ini adalah rumit. FCA Group termasuk anak syarikatnya di mana-mana sahaja mestilah mematuhi undang-undang ini.

Semua pihak ketiga termasuk ejen, perunding, wakil, rakan kongsi usaha sama, penjual, pengedar, pusat perkhidmatan dan pihak ketiga yang mungkin menjalankan perniagaan dengan FCA Group, juga dijangkakan untuk mematuhi undang-undang subjek yang berkaitan dengan mana-mana aktiviti atau perniagaan yang dijalankan oleh pihak ketiga ini bagi pihak FCA Group.

25TATAKELAKUAN

Antisogokan dan Antirasuah

FCA Group komited kepada standard tertinggi integriti, kejujuran dan keadilan dalam semua hal ehwal dalaman dan luaran dan tidak akan membiarkan sebarang bentuk rasuah. Undang-undang ini dilaksanakan di hampir semua negara di mana FCA Group beroperasi melarang rasuah.

Dasar FCA Group adalah tidak ada orang samada pengarah, pegawai, atau pekerja, ejen atau wakil yang boleh secara langsung atau tidak langsung memberi, menawarkan, meminta, menjanjikan, memberi kuasa, terlibat atau menerima sogokan atau sebarang faedah istimewa lain (termasuk hadiah atau ganjaran kecuali barangan komersial yang diterima secara universal dalam konteks antarabangsa bagi nilai ekonomi yang sederhana, yang dibenarkan oleh undang-undang dan mematuhi Kod dan semua Amalan dan Prosedur yang digunakan) berkaitan dengan kerja mereka untuk FCA Group pada bila-bila masa atas sebarang sebab.

Undang-undang antirasuah dan anti rasuah melaksanakan Konvensyen OECD bagi Membanteras Sogokan Pegawai Awam Asing dalam Transaksi Perniagaan Antarabangsa, Garis Panduan OECD dan undang-undang seperti Akta Amalan Rasuah Asing Amerika Syarikat, Akta Sogokan United Kingdom dan undang-undang yang sama melarang penyediaan, secara langsung atau tidak langsung (seperti melalui perantara), sesuatu yang bernilai bukan sahaja untuk domestik, tetapi juga kepada kerajaan asing, pekerja atau pegawai politik atau tentera, pegawai parti politik asing atau calon; pekerja milik kerajaan asing atau entiti terkawal; atau wakil organisasi antarabangsa (seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Bank Dunia); atau kepada entiti swasta/individu untuk tujuan mendapatkan atau mengekalkan perniagaan atau mendapatkan sebarang kelebihan yang tidak wajar.

Amalan dan Prosedur penyimpanan rekod dan perakaunan serta kawalan dalaman FCA Group direka untuk memastikan integriti dan ketepatan dalam merekod dan melaporkan semua urus niaga perniagaan.

MEN

JALA

NLA

N P

ERN

IAG

AAN

26

Anti Pelaburan Wang Haram

FCA Group melarang pelaburan wang haram atau sebarang aktiviti yang memudahkan pertukaran wang haram atau pembiayaan pengganas atau kegiatan jenayah yang lain. Sebelum menjalankan sebarang hubungan perniagaan dengan pihak ketiga, FCA Group dan pegawai atau pekerjanya hendaklah memeriksa maklumat yang tersedia (termasuk maklumat kewangan) pada rakan niaga yang dicadangkan dan pembekal untuk memastikan bahawa mereka boleh dipercayai dan terlibat dalam perniagaan yang sah. FCA Group akan sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan anti pelaburan wang haram yang digunakan.

Eksport dan Sekatan; Kastam

Kawalan eksport dan undang-undang kastam adalah untuk mengawal di mana dan bagaimana FCA Group boleh menjual barangan, teknologi dan pertukaran maklumat. Dasar FCA Group adalah untuk mematuhi sepenuhnya semua kawalan eksport dan undang-undang kastam dan keperluan peraturan. Dalam beberapa kes, undang-undang ini boleh melarang daripada menjalankan perniagaan di negara-negara tertentu, atau mengenakan syarat bagi lesen sebelum barangan atau teknologi boleh dieksport atau ditukar. Undang-undang kastam memerlukan dokumentasi yang tepat dan laporan yang betul serta penilaian barangan.

Anti boikot

Undang-undang Anti Boikot boleh melarang penyertaan asing (bukan A.S.) dan menghadkan pendedahan maklumat mengenai aktiviti perniagaan dan kakitangan dan boleh mengkehendaki beberapa jenis laporan untuk maklumat atau penyertaan dalam boikot.

27TATAKELAKUAN

Undang-Undang Persaingan

FCA Group mengiktiraf kepentingan pasaran yang berdaya saing dan komited untuk mematuhi sepenuhnya mana-mana undang-undang pro- persaingan dan antitrust lain yang berkuat kuasa di negara lokasi ia beroperasi. FCA Group dan pengarah, pegawai dan pekerja lain akan bekerja dengan berhati-hati untuk mengelakkan amalan perniagaan (seperti penubuhan kartel, pembahagian pasaran, pengeluaran yang terhad atau jualan, mengikat aturan, dll.) yang mewakili pelanggaran antitrust. Dalam rangka kerja persaingan yang adil, FCA Group tidak boleh secara sedar melanggar hak harta intelek mana-mana pihak ketiga. Akibat perundangan bagi ketidakpatuhan terhadap undang-undang tersebut boleh menjadi teruk. Tingkah laku pasaran bagi syarikat yang gagal mematuhi peraturan persaingan dan individu yang didapati bertanggungjawab bagi pelanggaran boleh tertakluk kepada sekatan yang teruk, termasuk hukuman penjara untuk individu. Pelanggaran prinsip ini tertakluk kepada tindakan disiplin, sehingga dan termasuk pemecatan jawatan. Tambahan lagi, pematuhan terhadap undang-undang persaingan penting bagi reputasi Group. Untuk memenuhi komitmen FCA Group bagi pematuhan dalam bidang ini di semua negara lokasi kita menjalankan perniagaan, FCA Group telah menerima pakai program pematuhan komprehensif, yang merangkumi <Competition Guidelines (Garis Panduan Persaingan)>, latihan berkala, kesedaran dan kaunseling. Pekerja yang mempunyai persoalan mengenai undang-undang yang diguna pakai atau tindakan yang wajar hendaklah mendapatkan nasihat daripada Jabatan Perundangan.

Perdagangan Orang Dalam.

Dasar FCA Group adalah, tiada pengarah, pegawai, atau anggota tenaga kerja boleh berdagang sekuriti Fiat Chrysler Automobiles N.V. atau syarikat-syarikat lain semasa memiliki maklumat dalaman yang relevan. Tenaga kerja FCA Group dikehendaki mematuhi semua undang-undang diguna pakai yang melarang perdagangan orang dalam. Melanggar dasar FCA Group dan mungkin melanggar undang-undang dengan mendedahkan maklumat dalaman kepada orang lain atau untuk membeli atau menjual sekuriti, secara langsung atau tidak langsung, Fiat Chrysler Automobiles N.V., syarikat gabungan atau rakan niaganya semasa dalam pemilikan maklumat dalaman. Maklumat dalaman merupakan maklumat bukan umum mengenai syarikat bahawa pelabur yang wajar boleh melihatnya sebagai meminda secara ketara maklumat tersedia. Maklumat bukan umum yang wajar boleh dijangka memberi kesan kepada keselamatan, juga dianggap Maklumat Dalaman yang boleh digunakan untuk mengubah keputusan perdagangan pelabur yang wajar.

Pengendalian Maklumat Dalaman sentiasa akan dilakukan oleh semua pengarah, pegawai dan anggota tenaga kerja mengikut prosedur yang digunakan. Untuk menentukan sekiranya dan apabila Maklumat Dalaman seperti ini perlu dijadikan umum, FCA Group akan mematuhi Prinsip: Berkomunikasi secara berkesan dan prosedur yang berkaitan, dan sebarang penerbitan bagi maklumat tersebut akan dibuat mengikut prosedur FCA Group yang berkenaan.

MEN

JALA

NLA

N P

ERN

IAG

AAN

28

PRINSIP

Penglibatan dalam amalan mampanFCA Group komited untuk menjalankan semua aktiviti perniagaannya dengan cara yang bertanggungjawab dan selaras dengan amalan mampan dan jangkaan serta keperluan serantau. Prinsip dan amalan FCA Group dalam menyokong kelestarian termasuk Melindungi Tenaga Kerja Kita (yang termasuk Memastikan Kesihatan dan Keselamatan), Larangan Buruh Kanak-Kanak dan Buruh Paksa, Konflik Mineral, Perlindungan Alam Sekitar, Penglibatan Pihak Berkepentingan, Pembuatan Bertaraf Dunia, Pembelian Barangan dan Perkhidmatan (termasuk Logistik Hijau dan Kelestarian Pembekal), Pengurusan Krisis dan Kesinambungan Perniagaan, Menyokong Komuniti Kita serta Prinsip dan Amalan lain yang boleh diterima pakai oleh FCA Group dari semasa ke semasa.

Menjalankan amalan perniagaan yang mapan menjadi bahagian teras transformasi yang berterusan bagi FCA Group yang bertujuan untuk memenuhi permintaan perniagaan pada hari ini di samping meminimumkan kesan buruk terhadap komuniti dan sumber generasi semasa dan akan datang. Kita berusaha ke arah penggunaan sumber alam sekitar yang mapan serta memberi kesan positif kepada orang ramai dan komuniti tempat mereka menjalankan perniagaan. Pencapaian dan kedudukan FCA Group sebagai peneraju industri automobil bergantung kepada komitmen kita terhadap amalan mapan ini.

Perlindungan Alam Sekitar

Mencipta budaya mapan memerlukan pengurusan risiko yang berkesan, membuat keputusan dan inovasi yang bertanggungjawab dan proaktif. Usaha kita meminimumkan kesan negatif terhadap sumber semula jadi dan persekitaran global. Lebih khusus, FCA Group mempertimbangkan perlindungan alam sekitar sebagai pertimbangan utama untuk disemai dalam seluruh pendekatan perniagaan. FCA Group komited untuk penambahbaikan yang berterusan bagi prestasi operasi alam sekitar dan mematuhi semua perundangan dan keperluan kawal selia yang wajar. Selain itu, FCA Group komited untuk menghasilkan dan menjual, mematuhi sepenuhnya keperluan undang-undang dan peraturan, produk yang berkualiti tinggi dari segi prestasi alam sekitar dan keselamatan, membangun dan melaksanakan penyelesaian teknikal yang inovatif untuk meminimumkan kesan alam sekitar dan memaksimumkan keselamatan. Kita juga menggalakkan penggunaan yang selamat dan mesra alam bagi produk kita, memberikan pelanggan dan peniaga maklumat berkenaan penggunaan, penyelenggaraan dan penanggalan kenderaan dan produk lain.

29TATAKELAKUAN

Pelanggan, Pembekal dan Rakan Niaga

Kita semua perlu berusaha bekerja untuk menjangkau jangkaan pelanggan, dalaman dan luaran dengan secara berterusan dapat mempertingkatkan kualiti produk dan perkhidmatan FCA Group.

Kita juga menggalakkan penggunaan amalan mapan dan berkongsi di kalangan rakan niaga, pembekal dan peniaga. Oleh itu, kita mendedikasikan diri kita untuk melaksanakan amalan mapan bagi memastikan kita meminimumkan kesan alam sekitar dan mencipta keberkesanan. Lebih khusus lagi, FCA Group mempertimbangkan usaha sama dengan rantai bekalan yang penting serta kejayaannya. Oleh itu, berusaha untuk bekerja sebagai pasukan bersepadu bersama pembekal. Pemilihan pembekal tidak sahaja berdasarkan kepada kualiti dan persaingan produk dan perkhidmatan mereka, tetapi juga pematuhan mereka terhadap prinsip sosial, etika dan alam sekitar seperti yang digariskan dalam Kod ini.

MEN

JALA

NLA

N P

ERN

IAG

AAN

31TATAKELAKUAN

Berinteraksi dengan pihak luar■ Mengelakkan konflik kepentingan

■ Menyokong komuniti kita

32

PRINSIP

Mengelakkan konflik kepentingan Semua ahli tenaga kerja kita harus bertindak wajar dalam melindungi dan menggalakkan kepentingan terbaik FCA Group pada setiap masa. Konflik kepentingan boleh timbul apabila ahli tenaga kerja FCA Group terlibat dalam aktiviti atau mempunyai kepentingan yang mengkompromi kepentingan Syarikat kita, kerana aktiviti atau kepentingan ini boleh mengkompromi objektif membuat keputusan atau mengganggu prestasi tugas berkaitan kerja. Aktiviti ini boleh membahayakan kewangan Syarikat, tetapi lebih penting lagi, boleh merosakkan reputasi kita. Konflik kepentingan juga timbul apabila pekerja, pegawai atau pengarah, atau ahli keluaga masing-masing, menerima manfaat peribadi yang tidak wajar kerana kedudukan mereka dalam Syarikat. Oleh itu, penting untuk anda menguruskan hubungan anda dan aktiviti anda dengan betul, kedua-dua di dalam dan di luar persekitaran kerja, dengan cara yang tidak mengganggu, atau kelihatan mengganggu, keupayaan anda untuk melaksanakan tugas anda dan membuat keputusan perniagaan secara berobjektif dan saksama. Tenaga kerja kita dijangka untuk sentiasa mengekalkan tahap integriti paling tinggi semasa berurusan dengan rakan niaga dan untuk bertindak dalam kepentingan Syarikat. Sebarang situasi yang berkaitan dengan konflik atau menampakkan potensi konflik hendaklah didedahkan segera kepada mana-mana individu atau kumpulan yang disenaraikan dalam <FCA Group’s Worldwide Ethics and Compliance Contact List (Senarai Perhubungan Etika dan Pematuhan Sedunia FCA Group)>.

Memastikan FCA Group mendapat faedah sepenuhnya bagi masa dan bakat pekerja, perkhidmatan pada mana-mana lembaga, untuk keuntungan atau bukan keuntungan, sila berunding dengan mana-mana individu atau kumpulan yang disenaraikan dalam <FCA Group’s Worldwide Ethics and Compliance Contact List (Senarai Perhubungan Etika dan Pematuhan Sedunia FCA Group)> untuk menentukan sama ada perkhidmatan tersebut perlu diluluskan terlebih dahulu oleh pihak yang berkenaan.

33TATAKELAKUAN

BERI

NTE

RAKS

I DEN

GAN

PIH

AK L

UAR

PRINSIP

Menyokong komuniti kitaWalaupun kita bekerja keras untuk mengekalkan kedudukan dan reputasi tinggi dalam industri automotif, FCA Group percaya bahawa menjadi satu tanggungjawab untuk turut melabur dan melibatkan diri dalam program komuniti dengan menyediakan sokongan kewangan dan menggalakkan sikap sukarela pekerja untuk membantu memperkayakan daya hidup komuniti lokasi kita tinggal dan bekerja. Pembangunan inisiatif dermawan dan sokongan terhadap pelbagai kumpulan mempamerkan komitmen kita terhadap komuniti. FCA Group secara aktif menyokong sikap sukarela dan peluang lain untuk terlibat dalam komuniti. Memberi semula kepada komuniti menjadi sebahagian daripada rangka kerja yang menyatukan kita. Inisiatif dermawan FCA Group hendaklah dipandu oleh pengurusan setempat yang bertanggungjawab. Pihak syarikat sentiasa berhati-hati dalam menyokong sesuatu organisasi dalam mempertimbangkan inisiatif kerana tidak mahu menyebabkan pengasingan atau menyinggung pihak lain dalam tenaga kerja atau komuniti.

35TATAKELAKUAN

Menguruskan aset dan maklumat kita■ Berkomunikasi secara berkesan

■ Melindungi aset kita

■ Mengekalkan rekod yang wajar

36

PRINSIP

Berkomunikasi secara berkesan FCA Group mengenal pasti bahawa jujur dan jelas merupakan komunikasi berkesan yang memainkan peranan penting dalam mengekalkan hubungan dalaman dan luaran serta memastikan standard tinggi dalam perniagaan kita. Mencipta suasana terbuka, dua aliran komunikasi yang mudah merupakan kunci kepada kejayaan berterusan kita. Kita menggalakkan pemahaman di antara kepimpinan dan tenaga kerja serta di antara FCA Group dan individu berkepentingan, pelanggan kita, komuniti perniagaan dan orang ramai secara keseluruhan. Ketelusan dan kejujuran adalah nilai yang kita pegang dan setiap individu mempunyai tanggungjawab, kita juga menyedari bahawa kejayaan yang berterusan bergantung kepada keupayaan kita untuk melindungi maklumat pemilikan dan menyampaikannya dalam cara yang konsisten untuk mengekalkan integriti perniagaan kita.

37TATAKELAKUAN

MEN

GU

RUSK

AN A

SET

DAN

M

AKLU

MAT

KIT

A

PRINSIP

Melindungi aset kitaFCA Group memiliki pelbagai aset yang penting bagi operasi perniagaan yang berterusan. Sebagai ahli FCA Group, setiap daripada kita diamanahkan untuk melindungi sumber Syarikat dan memastikan ia digunakan untuk tujuan yang dinyatakan sahaja. Oleh itu, menjadi tanggungjawab setiap ahli tenaga kerja untuk melindungi dan menggunakan dengan betul aset Syarikat dengan mengambil langkah pencegahan untuk melindungi sebarang harta Syarikat dan juga harta pihak ketiga dalam pemilikan Syarikat daripada hilang, kecurian, kerosakan, penyalahgunaan dan penggunaan yang tidak dibenarkan, akses atau pelupusan termasuk yang digunakan secara tidak sah atau digunakan dalam apa juga cara yang dianggap tidak sesuai. Melindungi aset FCA Group merupakan tanggungjawab kolektif kita dan merupakan keperluan sebagai ahli FCA Group.

Oleh kerana maklumat merupakan aset yang penting kepada operasi perniagaan, kita secara individu bertanggungjawab untuk mengekalkan kerahsiaan, integriti dan ketersediaan maklumat Syarikat di samping menghormati pematuhan terhadap keperluan perundangan, peraturan dan kontrak.

Maklumat sulit (sebarang maklumat yang dianggap atau yang ditetapkan oleh FCA Group sebagai sulit, jika didedahkan boleh menyebabkan perniagaan, reputasi atau bahaya dari segi perundangan kepada FCA Group) perlu diuruskan secara rahsia semasa serta selepas, tempoh bekerja pekerja atau penglibatan ahli tenaga kerja atau pihak ketiga dengan Syarikat tidak mengira format. Tambahan lagi, ahli tenaga kerja perlu memahami kewajipan Syarikat berhubung dengan maklumat sulit pihak ketiga yang didedahkan kepada ahli Syarikat/tenaga kerja dan mematuhi tanggungjawab tersebut.

Dalam menjalankan operasi perniagaannya, FCA Group mengumpul sejumlah besar maklumat peribadi dan komited untuk memproses maklumat tersebut hanya dalam pematuhan terhadap semua undang-undang perlindungan data yang digunakan dan seperti yang dibenarkan oleh dasar keselamatan dan privasi. Bagi tujuan ini, FCA Group hendaklah memastikan tahap keselamatan yang tinggi dalam pemilihan dan menggunakan sistem teknologi maklumat yang direka untuk memproses maklumat peribadi.

38

Tenaga kerja hendaklah mematuhi garis panduan penggunaan, akses dan keselamatan FCA Group untuk komputer, perkakasan, perisian, peranti mudah alih termasuk e-mel, Internet, Intranet, Extranet dan sistem mel suara. Semua ahli tenaga kerja FCA Group dan pihak ketiga hendaklah mematuhi garis panduan keselamatan FCA Group yang digunakan bagi penggunaan dan pengendalian yang betul semua perkakasan dan perisian Syarikat, termasuk e-mel dan internet serta garis panduan keselamatan lain untuk maklumat tersebut.

Harta intelek yang dibangunkan oleh FCA Group adalah sumber asas dan bernilai dari segi kritikal pada Syarikat, setiap ahli tenaga kerja dan pihak ketiga perlu memberikan usaha terbaik untuk melindunginya. Tambahan kepada melindungi harta intelek FCA Group, menjadi tanggungjawab setiap ahli tenaga kerja dan pihak ketiga untuk menghormati hak harta intelek orang lain.

39TATAKELAKUAN

PRINSIP

Mengekalkan rekod yang wajar Pelanggan, pelabur, rakan niaga, entiti kerajaan dan lain-lain bergantung kepada maklumat tepat yang dijana daripada rekod perniagaan Syarikat. Tambahan lagi, kita perlu mengekalkan rekod tertentu untuk memenuhi keperluan perundangan, percukaian atau kawal selia. FCA Group berusaha untuk mengekalkan standard integriti yang tinggi berkaitan rekod Syarikat. Kita berdedikasi untuk memastikan semua rekod Syarikat kekal asli, boleh dipercayai dan boleh digunakan. Akhir sekali, Syarikat komited untuk mendidik semua pekerja Syarikat yang mencipta dan mengurus rekod.

Perakaunan dan Kawalan Dalaman

Dasar FCA Group adalah untuk mengekalkan sistem kawalan dalaman yang berkesan bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan Prinsip, Amalan serta Prosedur kita, serta melindungi dan mencegah penyalahgunaan aset Syarikat dan memastikan kebenaran yang sesuai bagi transaksi Syarikat dan aktiviti korporat yang lain. Kawalan dalaman FCA Group membolehkannya memberikan pendedahan yang lengkap, adil, tepat, mengikut masa dan boleh difahami dalam laporan dan dokumen yang difailkan Syarikat atau dikemukakan kepada Pihak Berkuasa yang berkenaan dan komunikasi awam yang lainnya seperti penyata kewangan yang membentangkan kedudukan kewangan. Untuk mencapai standard ini, tenaga kerja dijangka mengekalkan rekod dalaman yang tepat dan lengkap bagi semua aktiviti perniagaan dan mengatur kebenaran dan dokumentasi transaksi yang wajar dan komitmen dengan rakan niaga. Rekod syarikat adalah hak FCA Group sepenuhnya dan harus dibuat dan dikekalkan dalam cara yang konsisten dengan Prinsip dan Amalan yang berkaitan.

MEN

GU

RUSK

AN A

SET

DAN

M

AKLU

MAT

KIT

A

Graphic design & Editorial coordination Sunday Turin, Italy