tatakelakuan - general mills

32
Lakukan perkara yang betul, sepanjang masa. Tatakelakuan

Upload: others

Post on 28-Nov-2021

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Lakukan perkara yang betul, sepanjang masa.

Tat

ak

ela

ku

an

Integriti

Kerja berpasukan

Penjagaan

Penjagaan

Kejujuran

Kepercayaan

Bersuara

Mesej daripada CEO ................................................................ 1

Lakukan Perkara yang Betul, Sepanjang Masa ........... 2Syarikat yang beretika dibina oleh warga kerja yang beretika .................................................................. 2Lakukan perkara yang betul, bersuara ............................ 3Sebagai pemimpin, tunjukkan contoh ............................. 3Ikrar kita........................................................................................ 4

Kita Berusaha Untuk Berjaya — Kita Berjaya Sebagai Satu Pasukan ............................................................. 5Aset yang paling berharga ................................................... 5Mengekalkan tempat kerja yang saling menghormati .............................................................................. 6Mengekalkan tempat kerja yang selamat dan terjamin ................................................................................ 6Mengekalkan budaya keselamatan ................................... 6Kekuatan melalui kepelbagaian .......................................... 7

Kita Mengutamakan Orang ................................................... 8Mendapatkan keyakinan pengguna .................................. 8Memastikan makanan kita selamat ................................... 8Pengiklanan yang bertanggungjawab ............................. 9Melindungi privasi pengguna kita ...................................... 9Melindungi privasi pekerja kita ........................................... 10

Kita Melindungi General Mills .............................................. 11Mengendalikan maklumat dengan berhati-hati ........... 11Draf komunikasi dengan berhati-hati ............................... 12Penggunaan media sosial yang sesuai ............................ 13Mengekalkan rekod yang boleh dipercayai ................... 14Melindungi harta intelektual ................................................ 14Berurusan dengan pegawai kerajaan secara berkesan ....................................................................................... 14Bercakap bagi pihak Syarikat .............................................. 15

Bertindak Untuk Kepentingan Terbaik General Mills ................................................................................. 16Mengelakkan konflik kepentingan ..................................... 16Pengaruh yang tidak wajar untuk keuntungan peribadi ......................................................................................... 17Situasi yang boleh mewujudkan konflik kepentingan ................................................................................ 18Menerima dan memberikan hadiah ................................... 19Rasuah adalah dilarang .......................................................... 20Kenali rakan perniagaan anda ............................................. 21Mengekalkan perkongsian yang kukuh ........................... 21Bersaing dengan integriti ... ................................................. 22Mengumpul maklumat tentang pesaing ........................ 23

Mengekalkan Integriti Korporat ........................................ 24Kebertanggungjawapan kewangan .................................. 24Menyimpan rekod perniagaan yang tepat ..................... 24Melaporkan prestasi ................................................................ 25Penggunaan sumber syarikat yang sesuai ..................... 26Menyerahkan laporan perbelanjaan .................................. 26Berdagang saham dan bon secara sah ........................... 27

Kami mahu mendengar daripada anda .......................... 28

Rakan Sekerja yang dihormati,

Kita mempunyai standard yang tinggi di General Mills. Justeru itu, para pekerja dan rakan niaga sememangnya diharapkan agar berkelakuan secara beretika dalam setiap aspek perniagaan.

Apabila mengatakan kita "berkhidmat kepada dunia dengan membuat makanan yang orang suka", bahagian yang penting daripada perkhidmatan itu adalah mendapatkan kepercayaan orang. Pengguna, pelanggan, pekerja dan sesiapa sahaja yang berinteraksi dengan General Mills mestilah dapat mempercayai bahawa kita akan sentiasa beroperasi dengan standard etika tertinggi – bahawa kita akan melakukan perkara yang betul, sepanjang masa.

Adakalanya semasa menjalankan perniagaan yang besar, global dan kompleks, berlakunya dilema etika atau anda tidak yakin tentang tindakan yang harus dilakukan. Jika anda pernah menghadapi detik-detik ini, saya ingin anda menilai sejenak dan bertanya kepada diri sendiri, bagaimana tindakan anda akan mencerminkan syarikat. Adakah tindakan ini perkara yang betul untuk dilakukan? Adakah tindakan ini selaras dengan standard etika kita? Jika anda tidak pasti, saya mengharapkan anda meminta bantuan.

Tatakelakuan ini akan membantu anda mengetahui tentang dasar dan prinsip yang menentukan cara kita menjalankan perniagaan. Tatakelakuan ini akan membantu anda membuat keputusan yang selaras dengan dasar dan prinsip tersebut. Setiap pekerja diharapkan agar membaca dan memahami Tatakelakuan kita untuk memastikan bahawa tindakan dan keputusan harian anda dengan bangganya mencerminkan nilai-nilai General Mills.

Yang ikhlas,

Jeff Harmening Ketua Pegawai Eksekutif

1

Syarikat yang beretika dibina oleh warga kerja yang beretika

Reputasi General Mills sebagai syarikat beretika bergantung pada setiap warga kerja yang menegakkan nilai dan dasar kita serta undang-undang. Kita mencapai matlamat dengan membina kepercayaan antara satu sama lain dan pengguna yang kita berikan perkhidmatan. Anda dan semua pekerja mempunyai tanggungjawab peribadi untuk mematuhi Tatakelakuan ini, dasar kita dan undang-undang, bertindak secara beretika dan melindungi budaya kita dengan menyatakan kebimbangan jika ada.

Baca dasar: Pematuhan Terhadap Tatakelakuan, Dasar dan Undang-undang

IntegritiLakukan Perkara yang Betul, Sepanjang Masa

2

Lakukan perkara yang betul, bersuara

Kod ini dan dasar yang ditekankan akan membantu anda mengetahui waktunya anda perlu bersuara. Anda diharapkan agar bertanya atau melaporkan keadaan yang tidak menyokong nilai kita untuk melakukan perkara yang betul, sepanjang masa. Bercakap dengan pengurus anda atau Human Resources, atau hubungi Talian Etika apabila:

Baca dasar: Pematuhan Terhadap Tatakelakuan, Dasar dan Undang-undang

Sebagai pemimpin, tunjukkan contoh

Sebagai sebuah syarikat global yang beroperasi dalam persekitaran perniagaan yang sentiasa berubah, kami menjangkakan anda akan mempunyai soalan tentang perkara yang betul untuk dilakukan, terutamanya jika anda seorang pemimpin. Anda tahu bahawa anda diharapkan untuk menunjukkan cara melakukan perkara yang betul kepada orang lain. Anda juga tahu bahawa jawapannya tidak semestinya jelas seperti yang anda harapkan. Kami mengharapkan anda bersuara dan juga menyokong orang lain untuk bersuara. Inilah yang perlu anda lakukan:

• Kenali diri sendiri. Pekerja mengharapkan anda untuk mendapatkan bimbingan. Tunjukkan cara untuk bertindak dengan integriti.

• Wujudkan persekitaran terbuka yang mengundang penglibatan dan perbualan yang jujur.

• Bantu warga kerja di bawah penyeliaan anda untuk memahami dan mengikuti dasar dan harapan General Mills.

• Ingatkan pekerja untuk bersuara jika mereka memerlukan bantuan.

• Ketahui tentang sumber yang tersedia apabila masalah dikenal pasti.

• Dengarkan. Sokong pekerja yang bertanya atau mengemukakan kebimbangan.

• Laporkan kejadian ketidakpatuhan terhadap undang-undang, dasar kita atau Tatakelakuan ini.

• Anda memerlukan nasihat.

• Anda tidak tahu tindakan yang betul untuk dilakukan.

• Anda percaya seseorang telah melanggar undang-undang, dasar kita atau Tatakelakuan ini.

• Anda percaya seseorang telah bertindak secara tidak beretika.

• Anda mungkin telah terlibat dalam salah laku.

INT

EG

RIT

I

3

Anda melakukan perkara yang betul jika anda boleh menjawab 'ya' kepada soalan-soalan ini.

• Adakah saya adil dan jujur?

• Adakah tindakan ini mematuhi undang-undang dan selaras dengan dasar syarikat?

• Adakah saya bertindak demi kepentingan terbaik syarikat dan pihak berkepentingan?

• Adakah saya bangga untuk memberitahu tentang tindakan saya kepada seseorang yang saya hormati?

• Adakah saya selesa melihatnya dilaporkan dalam media?

• Adakah tindakan ini akan melindungi reputasi General Mills sebagai syarikat beretika?

Ikrar kita

Melakukan perkara yang betul, sepanjang masa, boleh menjadi sukar. Malah syarikat yang mempunyai standard etika tertinggi turut mengalami salah laku. Apabila berlaku salah laku di syarikat kita, kami mahu anda bersuara supaya dapat ditangani. Keberanian diperlukan untuk melaporkan aktiviti atau keputusan yang dengan jelas atau kelihatan seperti bertentangan dengan nilai-nilai kita. Dalam situasi ini, kami akan mendengar kebimbangan anda. General Mills tidak akan melakukan tindakan balas atau membenarkan tindakan membalas dendam terhadap mana-mana pekerja yang membuat laporan dengan jujur tentang kebimbangan berkaitan etika atau undang-undang atau bekerjasama dalam penyiasatan syarikat. Sebarang kebimbangan tentang tindakan balas hendaklah dilaporkan kepada Ethics & Compliance atau Talian Etika.

Baca dasar: Antitindakan Balas

Cari

Anda boleh mendapatkan dasar syarikat di Policy Centre di Champions Network. Dasar Human Resources boleh didapati di G&Me atau dengan menghubungi HR Direct.

YA

4

Aset yang paling berharga

Kami berhasrat menjadi majikan pilihan global. Kami menawarkan gaji dan faedah yang kompetitif, menyediakan persekitaran kerja yang selamat, kepelbagaian nilai dan menggalakkan keseimbangan kerja/kehidupan yang sihat. Kejayaan perniagaan kita bergantung kepada anda yang merasa diberi kuasa untuk mengambil inisiatif dan menyuarakan pendapat anda. Kami berbangga dengan rasa jujur dan integriti yang kuat. Di mana-mana sahaja anda bekerja di General Mills, kita berusaha untuk mewujudkan suasana kepercayaan dan rasa hormat.

Baca dasar: Bebas Gangguan Di Tempat Kerja

Peluang Pekerjaan yang Sama

Amalan Pengambilan Pekerja

Kerja berpasukanKita Berusaha Untuk Berjaya — Kita Berjaya Sebagai Satu Pasukan

KE

RJ

A B

ER

PA

SU

KA

N

5

Mengekalkan tempat kerja yang saling menghormati

Kami menghargai sumbangan setiap pekerja. Kami sangat komited untuk menyediakan tempat kerja yang saling menghormati serta menyokong pelbagai keperluan pekerja. Di mana-mana sahaja kita menjalankan perniagaan, kita mematuhi standard gaji dan waktu kerja, garis panduan keselamatan, undang-undang yang melarang diskriminasi dan gangguan, serta keperluan peluang pekerjaan yang sama. Jika anda mempunyai kebimbangan tentang diskriminasi, gangguan atau kelakuan yang menyalahi undang-undang, berbincang dengan pengurus anda atau Human Resources. Kami akan menyiasat dengan segera dan bertindak dengan sewajarnya. Kami melarang tindakan balas terhadap mana-mana pekerja yang tampil dengan jujur untuk menyatakan kebimbangan atau membuat aduan. Jika anda mengesyaki berlakunya tindakan balas, hubungi Ethics & Compliance atau Talian Etika.

Baca dasar: Bebas Gangguan Di Tempat Kerja

Mengekalkan tempat kerja yang selamat dan terjamin

Kami melarang tingkah laku yang menjejaskan keselamatan pekerja, termasuk perbuatan atau ancaman keganasan atau lain-lain bentuk intimidasi. Kami juga melarang senjata atau senjata api di harta syarikat. Jika anda merasa terancam, melihat tingkah laku yang mengancam atau menyedari terdapat senjata di harta kita, segera laporkan keadaan itu kepada pengurus anda, Human Resources atau Global Security.

Baca dasar: Tempat Kerja Bebas Keganasan

Tempat Kerja Bebas Senjata

Mengekalkan budaya keselamatan

Kami menghargai keselamatan anda. Kami juga menghargai usaha melindungi alam sekitar. Pemimpin kita komited untuk mewujudkan "Budaya Pembaziran Sifar (Zero Loss Culture)" di semua lokasi kita. Kita melakukan perkara ini dengan menangani dan mengurangkan bahaya di tempat kerja serta mengurangkan kesan alam sekitar secara berterusan. Kemudahan kita di seluruh dunia mengekalkan proses yang komprehensif untuk melindungi keselamatan pekerja dan mencegah insiden alam sekitar. Setiap lokasi juga mempunyai rancangan untuk bertindak balas dengan betul semasa peristiwa kecemasan.

Jika anda mempunyai kebimbangan tentang keselamatan atau alam sekitar, laporkan kepada pengurusan tapak dengan segera. Anda mempunyai hak untuk enggan melakukan kerja yang anda tidak dilatih dengan betul, atau anda secara munasabah merasakan kerja itu berbahaya terhadap keselamatan diri atau persekitaran anda.

Baca dasar: Keselamatan Pekerja dan Perlindungan Alam Sekitar

6

Kekuatan melalui kepelbagaian

General Mills menghargai pelbagai perbezaan manusia, termasuk jantina, umur, bangsa, kewarganegaraan, pendidikan, orientasi seksual, agama, gaya hidup dan afiliasi politik. Setiap hari, kita melihat kuasa pandangan yang berbeza di tempat kerja. Pekerja yang bertindak secara konsisten dengan komitmen kita terhadap budaya rangkuman membuat orang lain merasa diterima, dihargai dan dihormati. Melalui program pementoran dan rangkaian pekerja yang pelbagai, kita mendengar perspektif yang berbeza yang memberikan pandangan tentang tempat kerja dan pengguna yang kita berikan perkhidmatan.

KE

RJ

A B

ER

PA

SU

KA

N

7

Mendapatkan keyakinan pengguna

Di seluruh dunia, pengguna memilih jenama General Mills kerana kualiti, kemudahan dan keunggulan. Di kedai runcit, pusat membeli-belah, kedai serbaneka, sekolah, universiti, hospital, restoran, hotel, dalam talian dan di semua tempat tinggal pengguna, mereka percaya dan bergantung pada produk kita. Kita mesti melindungi jenama kita dan menghormati jenama dan perniagaan orang lain. Jangan buat keputusan yang akan menjejaskan kepercayaan pengguna kepada kita. Kita mendapat keyakinan mereka dengan setiap tindakan, pada setiap hari.

Memastikan makanan kita selamat

Pengguna mempercayai kita untuk memastikan produk kita selamat. Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab peribadi untuk mengekalkan standard yang ketat bagi kualiti produk yang kita hasilkan. Beritahu pengurus anda dengan segera jika anda mempunyai sebarang kebimbangan atau melihat ada perkara luar biasa yang boleh menjejaskan keselamatan atau kualiti produk kita. Bersama-sama kita mendapat keyakinan pengguna; bersama-sama kita mesti memeliharanya.

Baca dasar: Perihal Keselamatan dan Kawal Selia Makanan

PenjagaanKita Mengutamakan Orang

8

Kelestarian dan alam sekitar

Kita percaya cara kita menjalankan perniagaan harus mencerminkan diri kita, sama ada sebagai syarikat dan sebagai orang yang bekerja di sini. Kita mengambil berat tentang cara bahan-bahan kita ditanam, kesannya terhadap alam sekitar dan kehidupan orang-orang yang menanamnya — semuanya menjadi sebahagian daripada proses membuat makanan yang orang suka. Kita komited untuk menjaga dunia dengan baik, dalam operasi kita sendiri dan di seluruh rantaian nilai kita. Langkah ini ialah perkara yang betul untuk dilakukan bagi bumi ini dan perkara yang betul untuk dilakukan bagi perniagaan kita. Untuk maklumat lanjut tentang komitmen kita dalam menjaga dunia dengan penuh perhatian, lihat Laporan Tanggungjawab Global kita di globalresponsibility.generalmills.com.

Pengiklanan yang bertanggungjawab

General Mills komited untuk mengekalkan piawaian tertinggi bagi pengiklanan dan pemasaran yang bertanggungjawab. Dasar pemasaran yang mantap mengawal amalan kita. Kita mempersembahkan produk secara jujur, bertanggungjawab dan dengan rasa yang sewajarnya. Kita sangat berhati-hati tentang pengiklanan yang ditujukan kepada kanak-kanak di bawah 12 tahun. Kita hanya mengiklankan produk yang rendah kalori atau lebih padat nutrien serta menggalakkan keseimbangan, kesederhanaan dan senaman. Rujuk dasar Pemasaran Umum Global dan Pemasaran Global Kanak-kanak kita semasa anda membuat program pengiklanan anda. Jika anda mempunyai pertanyaan, hubungi Majlis Pemasaran Bertanggungjawab General Mills.

Baca dasar: Amalan Pengiklanan dan Tuntutan Lain yang Dibuat Secara Terbuka

Melindungi privasi pengguna kita

Kita mengambil berat tentang kebimbangan pengguna mengenai cara kita mengumpul, menggunakan dan menyimpan data peribadi mereka. Kita komited untuk mendapatkan dan mengekalkan kepercayaan pengguna dengan bertindak secara bertanggungjawab dan telus terhadap maklumat mereka. Apabila mengumpul data peribadi, kita berusaha untuk menyediakan maklumat yang jelas dan berguna kepada pengguna bagi membantu mereka memahami cara kita menggunakan dan menyimpan data. Semua pekerja mesti mematuhi undang-undang privasi dan perlindungan data di seluruh dunia. Mana-mana pekerja yang berurusan dengan data pengguna mesti mengekalkan perlindungan yang direka untuk melindungi data tersebut dan kawalan terhadap akses yang tidak dibenarkan kepada data tersebut.

Baca dasar: Dasar Pemasaran Umum Global

PE

NJ

AG

AA

N

9

BAYANGKAN PERKARA INI: Anda menerima panggilan daripada individu di luar syarikat yang meminta tarikh mula, jawatan dan gaji asas pekerja anda. Dia memberitahu anda bahawa dia bekerja dengan Human Resources berkenaan projek penanda aras dan permintaannya adalah mendesak. Apakah yang patut anda buat?

HUBUNGI HR DIRECT: Maklumat tentang pekerja adalah sulit dan hanya boleh diberikan kepada mereka yang diberi kuasa untuk mendapatkan maklumat tersebut. Jangan sekali-kali memberikan jenis maklumat ini melainkan anda pasti bahawa ia adalah wajar.

Privasi di tempat kerja

Jika anda menggunakan rangkaian atau sistem syarikat – tanpa mengira peranti – anda harus tahu bahawa maklumat yang anda hantar atau terima tidak dianggap peribadi. General Mills memantau penggunaan rangkaian syarikat dan sistem yang selaras dengan undang-undang. Kami berhak memuat turun, mencetak, memeriksa, menyalin atau mendedahkan maklumat pada bila-bila masa dan tanpa notis.

Melindungi privasi pekerja kita

Kami mengambil berat tentang melindungi maklumat peribadi anda. Di mana-mana sahaja kita menjalankan perniagaan, anda mesti mematuhi undang-undang yang mengawal maklumat peribadi pekerja. Gunakan prinsip ini sebagai panduan anda:

Pastikan maklumat peribadi pekerja tepat dan terkini.

Hadkan pengumpulan, pemindahan dan pendedahan maklumat peribadi seperti yang digariskan dalam dasar kita.

Akses data peribadi hanya untuk tujuan perniagaan yang sah.

Lindungi maklumat peribadi dan patuhi dasar penyimpanan dan pemusnahan yang sedia ada.

Berikan respons segera kepada soalan atau kebimbangan yang dibangkitkan oleh pekerja mengenai maklumat peribadi mereka.

Soalan? Bercakap dengan pengurus anda atau Human Resources.

Baca dasar: Privasi Data Pekerja

10

Apakah maklumat sulit?

Jika anda menjawab "ya" kepada soalan di bawah, maklumat itu sulit dan perlu dilindungi.

Adakah maklumat ini tidak diketahui orang di luar syarikat?

Bolehkah General Mills kerugian atau terjejas jika orang lain mengetahui maklumat ini?

Bolehkah projek anda terjejas jika maklumat itu tidak dipertanggungjawabkan?

Mengendalikan maklumat dengan berhati-hati

Berhati-hati dan bijak apabila berkongsi maklumat rahsia secara bertulis – termasuk e-mel – dan semasa perbualan peribadi. Berhati-hati terhadap permintaan maklumat daripada sumber atau e-mel yang tidak dikenali yang meminta anda membuka pautan atau lampiran; permintaan itu mungkin cubaan untuk mendapatkan akses kepada maklumat sulit atau rangkaian kita. Pertimbangkan persekitaran anda apabila bercakap di telefon bimbit atau di tempat awam. Jika anda perlu menghantar maklumat sulit di luar General Mills, pastikan terlebih dahulu bahawa maklumat itu dibenarkan untuk dikongsi. Kedua, pastikan anda mempunyai perjanjian kerahsiaan dengan orang yang menerima maklumat tersebut.

Baca dasar: Melindungi Maklumat Syarikat dan Berkomunikasi Secara Luaran

Tadbir Urus Maklumat

PenjagaanKita Melindungi General Mills

PE

NJ

AG

AA

N

11

Sebelum anda memajukan e-mel dalaman kepada seseorang di luar General Mills …

... Ketahui bahawa e-mel dalaman mungkin mengandungi maklumat sulit atau sensitif yang tidak sepatutnya dibawa keluar syarikat. Berhati-hati dengan rantaian e-mel yang panjang – mungkin ada maklumat sulit yang terkandung dalam rantaian itu. Ingatlah bahawa e-mel mudah dimajukan di luar khalayak yang dimaksudkan. Dalam sesetengah keadaan, mungkin dibenarkan untuk memajukan maklumat sulit kepada pihak luar. Sentiasa pastikan perjanjian kerahsiaan yang sewajarnya disediakan.

Komunikasi bertulis mestilah tepat dan memberikan kesan yang sewajarnya.

Jika anda mempunyai kebimbangan tentang kandungan e-mel, hubungi penulis tersebut dan bincangkan kebimbangan anda. Anda (atau pengirim asal) kemudiannya perlu menghantar e-mel kedua yang menjelaskan maksud e-mel asalnya. Sekadar menghapuskan e-mel yang menyusahkan tidak mencukupi. E-mel yang dipadamkan biasanya boleh dipulihkan dan penting untuk membetulkan kemungkinan salah tanggapan.

Draf komunikasi dengan berhati-hati

Dorongan untuk memenuhi tarikh akhir kadang-kadang menyebabkan komunikasi terburu-buru yang mengandungi maklumat atau ulasan yang tidak sesuai. Luangkan masa untuk menyediakan semua dokumen dan komunikasi elektronik dengan teliti dan menyemaknya secara menyeluruh, termasuk e-mel, siaran media sosial, memo, surat, persembahan PowerPoint, teks atau mesej segera, nota tulisan tangan dan mesej mel suara. Ikuti garis panduan ini:

• Kendalikan maklumat sulit dengan berhati-hati.

• Jelas, tepat dan ringkas. Berpegang pada fakta. Jangan berlebih-lebihan atau membesar-besarkan.

• Jangan sekali-kali membuat komunikasi yang mengancam, menyindir atau merendahkan.

• Jangan merendah-rendahkan pesaing, pelanggan, pembekal, syarikat atau pekerja lain.

• Jangan membuat spekulasi atau memberikan pendapat tentang kesahihan urusan perniagaan.

• Elakkan ungkapan yang boleh disalahtafsirkan sebagai tidak sesuai atau tidak beretika.

• Elakkan topik sensitif atau sulit. Hubungi atau bertemu daripada berkomunikasi secara bertulis.

• Jika anda secara tidak sengaja membuat dokumen yang boleh disalahfahami, tulis dokumen kedua untuk menjelaskan dokumen pertama.

12

Penggunaan media sosial yang sesuai

Kita semua menggunakan media sosial – di tempat kerja, di rumah dan di mana-mana sahaja. General Mills menggunakan media sosial untuk berhubung dengan pengguna, rakan perniagaan dan antara satu sama lain. Platform media sosial boleh menjadi alat yang berkuasa untuk ekspresi diri, seperti menunjukkan kebanggaan terhadap syarikat dan produk kita. Tetapi jika media sosial tidak diurus dengan berhati-hati, kemudahan, kelajuan dan kecekapannya boleh menyebabkan General Mills berhadapan risiko. Kami mengharapkan anda menggunakan akaun media sosial peribadi anda dengan cara yang bertanggungjawab dan tidak mendedahkan maklumat sulit syarikat, mendedahkan General Mills kepada risiko reputasi atau liabiliti undang-undang, atau membahayakan General Mills atau orang lain. Jangan sekali-kali mewakili atau bercakap bagi pihak General Mills pada akaun media sosial peribadi anda. Jika anda mengawasi akaun media sosial General Mills, atau jika anda diberi kuasa untuk membuat siaran bagi pihak syarikat, pastikan bahawa aktiviti media sosial itu adalah sah dan telah diluluskan dengan betul, dan sebarang siaran daripada syarikat adalah bertanggungjawab dan menghormati orang lain.

Baca dasar: Penggunaan Peribadi Media Sosial oleh Pekerja

Standard Media Sosial General Mills

Teruja dengan produk baru yang ada di pasaran dan ingin berkongsi dengan rakan-rakan anda di media sosial? Memang hebat! Pastikan komen anda tentang produk itu benar dan jelaskan dalam siaran anda yang anda bekerja untuk General Mills.

Contoh maklumat yang boleh mendedahkan maklumat sulit dan tidak boleh disiarkan di media sosial termasuk:

• Kempen pemasaran yang akan datang.

• Perkembangan produk baru.

• Rujukan bersahaja kepada rancangan kerja atau perjalanan anda untuk kerja.

• Pendapat tentang prestasi syarikat.

PE

NJ

AG

AA

N

13

Mengekalkan rekod yang boleh dipercayai

Rekod memberikan bukti penting tentang aktiviti perniagaan harian kita. Berhati-hati untuk membuat dan mengekalkan rekod yang boleh dipercayai. Pastikan semua laporan, penyata kewangan, rekod undang-undang dan rekod perniagaan yang lain adalah tepat. Mengetahui perkara yang mesti disimpan, perkara yang harus dimusnahkan dan cara memusnahkannya akan meningkatkan kecekapan, penjimatan kos, kerahsiaan dan pematuhan undang-undang. Rekod yang berkaitan dengan litigasi, audit atau penyiasatan mungkin perlu disimpan melebihi keperluan standard. Jika anda tertakluk kepada perintah pemeliharaan, ikut garis panduan perintah pemeliharaan untuk memastikan anda tidak memusnahkan atau salah letak maklumat penting.

Baca dasar: Tadbir Urus Maklumat

Standard Perlindungan dan Pengelasan Maklumat

Standard Pengekalan dan Pematuhan Maklumat

Melindungi harta intelektual

General Mills dibina berdasarkan harta intelektual yang menyokong perniagaan kita. Harta intelektual, seperti tanda dagangan, paten, rahsia perdagangan, ciptaan dan hak cipta, ialah aset korporat yang bernilai. Ia mesti digunakan hanya bagi tujuan General Mills. Gunakan atau kongsi harta intelektual kita dengan orang di luar syarikat hanya apabila anda mempunyai dokumen undang-undang yang sewajarnya. Jangan sekali-kali melanggar hak paten, tanda dagangan atau harta intelektual lain syarikat lain. Law Department boleh membantu anda.

Baca dasar: Harta Intelektual

Berurusan dengan pegawai kerajaan secara berkesan

Kita berusaha untuk membina dan mengekalkan hubungan dengan pegawai awam dan agensi kerajaan. Kita memberikan respons kepada permintaan kerajaan yang sesuai untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan cukai, pelesenan, keselamatan makanan, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, amalan buruh, perlindungan alam sekitar dan semua bidang yang dikawal selia. Kita terlibat secara aktif dalam isu dasar awam.

Jika anda terlibat dalam membantu syarikat menangani isu dasar awam, jangan mewakili syarikat mengenai isu-isu perundangan, pengawalseliaan atau dasar melainkan anda mempunyai kelulusan awal daripada Government and Public Affairs Department. Hubungan dengan kerajaan bagi tujuan mempengaruhi undang-undang, peraturan atau pembuatan keputusan boleh menjadi lobi dan mungkin memerlukan pendaftaran atau pendedahan khas. Di beberapa tempat yang dibenarkan oleh undang-undang, penggunaan dana syarikat untuk sumbangan politik mesti diluluskan secara bertulis oleh eksekutif peringkat kanan, General Counsel dan Vice President, Government Relations. Jika anda bertindak bagi pihak syarikat dan percaya tindakan anda mungkin mempunyai implikasi politik, hubungi Government and Public Affairs Department.

Baca dasar: Perhubungan Kerajaan Global dan Aktiviti Politik Peribadi

Membalas Permintaan atau Penyiasatan Kerajaan

Antirasuah

14

Bercakap bagi pihak Syarikat

Kita komited untuk menyediakan maklumat awam yang tepat pada masanya, penuh, adil, tepat dan dapat difahami tentang General Mills. Kendalikan maklumat korporat dengan berhati-hati, secara rahsia dan dedahkannya kepada awam hanya jika anda mempunyai kebenaran khusus untuk berbuat demikian. Soalan? Berikut ialah sumber anda:

• PERHUBUNGAN PELABUR: bertanggungjawab untuk melaporkan prestasi kewangan, prestasi korporat dan peristiwa penting. Sentiasa semak dengan Investor Relations sebelum menyediakan atau membentangkan maklumat kewangan kepada sesiapa di luar syarikat.

• KOMUNIKASI KORPORAT GLOBAL: bertanggungjawab untuk semua komunikasi luaran yang lain. Sentiasa rujuk pertanyaan media kepada Global Corporate Communications dan dapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada Global Corporate Communications untuk sebarang kenyataan atau komunikasi dengan media.

• PERHUBUNGAN KERAJAAN: memantau kedudukan syarikat terhadap undang-undang atau peraturan yang dicadangkan atau dasar kerajaan yang lain. Jangan mewakili kedudukan syarikat tanpa kelulusan awal daripada kumpulan Government Relations dan General Counsel.

Baca dasar: Menjamin Integriti Kewangan

Melindungi Maklumat Syarikat dan Berkomunikasi Secara Luaran

Perhubungan Kerajaan Global dan Aktiviti Politik Peribadi

Membalas Permintaan atau Penyiasatan Kerajaan

PE

NJ

AG

AA

N

15

KejujuranBertindak Untuk Kepentingan Terbaik General Mills

Mengelakkan konflik kepentingan

Kami mengharapkan anda bertindak demi kepentingan General Mills pada sepanjang masa dan mengawasi kemungkinan konflik kepentingan. Apakah konflik kepentingan? Konflik kepentingan berlaku apabila anda mempunyai kepentingan peribadi yang boleh mengganggu keupayaan anda untuk membuat keputusan tentang perkara yang terbaik bagi General Mills. Kepentingan peribadi ini boleh menyebabkan anda sukar untuk menjadi objektif tentang keputusan perniagaan – atau – boleh menunjukkan keadaan yang anda membuat pilihan yang memberikan manfaat kepada anda, bukan syarikat. Konflik sebenar – serta penampilan seperti konflik kepentingan – mesti dielakkan. Pertimbangkan situasi anda sendiri dengan berhati-hati untuk apa-apa konflik kepentingan yang sebenar atau penampilan seperti terdapat konflik kepentingan. Jika anda percaya bahawa anda atau ahli keluarga mempunyai konflik kepentingan, anda mesti mendedahkannya kepada pengurus anda.

Baca dasar: Konflik Kepentingan

Hadiah dan Keraian

16

Pengaruh yang tidak wajar untuk keuntungan peribadi

Jangan gunakan kuasa atau pengaruh kedudukan anda di General Mills untuk faedah peribadi. Elakkan menggunakan nama, maklumat, nama baik, aset atau sumber syarikat bagi tujuan selain perniagaan syarikat.

Pengaruh yang tidak wajar juga boleh merangkumi produk atau dana General Mills kepada badan amal atau bukan keuntungan yang anda sokong. Yayasan General Mills mengawasi pemberian amal bagi pihak syarikat. Hubungi Yayasan jika anda mempunyai pertanyaan mengenai tawaran atau membuat sumbangan kepada badan amal.

Baca dasar: Konflik Kepentingan

Hadiah dan Keraian

Penyertaan Pekerja dalam Pemberian Amal dan Sukarelawan Masyarakat

Bolehkah kepentingan peribadi anda mempengaruhi atau kelihatan mempengaruhi, kemampuan anda untuk membuat keputusan perniagaan yang objektif?

Bolehkah penyertaan anda memalukan General Mills?

Bolehkah anda mendapat manfaat secara peribadi daripada situasi ini? Adakah ia memberikan manfaat kepada rakan atau ahli keluarga?

Apakah yang berlaku kepada keupayaan anda untuk melakukan pekerjaan jika anda mengambil bahagian?

Soalan yang perlu dipertimbangkan:

KE

JU

JU

RA

N

17

Ucapan & Pembentangan: Anda dijemput untuk berucap di acara tertentu dengan kos perjalanan dan penginapan dibayar – atau – penaja acara menawarkan untuk membayar anda.

Perkhidmatan Awam/Lembaga: Anda berkhidmat dalam lembaga untuk untung atau bukan untung.

Hubungan Peribadi: Anda mempunyai hubungan peribadi yang rapat, termasuk hubungan keluarga, romantis atau intim, dengan pesaing, vendor, pelanggan atau pembekal General Mills, atau dengan pekerja General Mills lain yang anda selia.

Pekerjaan di Luar: Anda bekerja dengan pesaing, vendor, pelanggan atau rakan kongsi perniagaan General Mills yang lain.

Situasi yang boleh mewujudkan konflik kepentingan dan memerlukan pendedahan

Kepentingan Kewangan: Anda atau ahli keluarga memiliki syarikat yang menjalankan perniagaan dengan – atau bersaing dengan – General Mills, atau anda memiliki saham dalam syarikat itu.

Hadiah & Keraian: Anda menerima atau menawarkan hadiah atau keraian yang melibatkan rakan kongsi perniagaan, termasuk tawaran untuk membayar kos perjalanan.

18

Menerima dan memberikan hadiah

Hadiah dan keraian boleh mewujudkan muhibah dalam hubungan perniagaan, tetapi juga boleh menjadikannya sukar untuk menjadi objektif tentang orang yang menyediakannya. Keputusan yang anda buat tentang cara General Mills bekerja dengan pembekal, vendor, pelanggan atau rakan perniagaan yang lain mesti berdasarkan faktor objektif seperti kos, kualiti, nilai, perkhidmatan dan kemampuan untuk melaksanakan. Elakkan daripada penampilan bahawa keputusan perniagaan anda berdasarkan hadiah yang diterima melalui hubungan ini. Hadiah bernilai nominal (kurang daripada USD $100 daripada mana-mana sumber dan USD $250 daripada semua sumber dalam setahun) boleh diterima selagi unit perniagaan anda tidak mempunyai dasar hadiah yang lebih ketat. Keraian perniagaan yang tidak kerap adalah wajar, tetapi tidak boleh berlebihan, atau mewujudkan penampilan yang tidak wajar.

Apabila memberikan hadiah atau menawarkan untuk meraikan rakan perniagaan, pastikan tawaran anda tidak melanggar dasar syarikat penerima. Jika anda bekerja dengan pegawai awam atau kerajaan, ketahui bahawa tawaran yang mudah seperti membeli makanan atau minuman mungkin tidak boleh diterima atau melanggar undang-undang. Hadiah yang diberikan menggunakan wang anda sendiri masih tertakluk pada dasar kita. Hubungi Law Department sebelum memberikan sebarang hadiah atau keraian kepada pegawai awam atau kerajaan.

Baca dasar: Hadiah dan Keraian

Konflik Kepentingan

Antirasuah

Sentiasa tolak hadiah yang ...

• Berbentuk wang tunai atau setara dengan wang tunai.

• Haram atau melanggar undang-undang.

• Menyebabkan anda rasa terhutang budi.

• Mempengaruhi atau memberikan penampilan ia mempengaruhi pertimbangan perniagaan.

• Diberikan sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk melakukan sesuatu sebagai balasan.

Keraian perniagaan mesti ...

• Berkaitan dengan tujuan perniagaan yang sah.

• Setempat dan tidak melibatkan perjalanan atau penginapan.

• Jarang-jarang dan tidak mewah atau berlebihan.

• Bebas daripada pengaruh atau memberikan penampilan ia mempengaruhi pertimbangan perniagaan anda.

• Sah, baik dan tidak bertentangan dengan komitmen kita untuk saling menghormati.

KE

JU

JU

RA

N

19

Rasuah adalah dilarang

General Mills tidak bertolak ansur terhadap rasuah dalam apa-apa urusan perniagaan. Memberi, menawarkan atau mengambil rasuah atau sogokan dilarang sama sekali. Rasuah boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Ia boleh melibatkan pegawai kerajaan, tetapi juga boleh melibatkan pekerja rakan perniagaan. Rasuah termasuk sogokan apa-apa yang bernilai – seperti wang dan hadiah, serta makanan, keraian, perjalanan, produk, pekerjaan, derma atau sumbangan atau bantuan lain – diberikan untuk mempengaruhi keputusan secara tidak wajar atau mendapat kelebihan yang tidak wajar. Kita menghendaki para pengedar, pemberi francais dan pembekal untuk memenuhi standard pencegahan rasuah yang sama ketika bekerja untuk kita, tanpa mengira amalan atau adat tempatan.

Apabila berurusan dengan pegawai kerajaan di luar Amerika Syarikat, hadiah dan layanan baik yang nominal mungkin dibenarkan di negara-negara yang tindakan itu ialah adat dan sah; tetapi tidak boleh dilakukan untuk memberi General Mills kelebihan yang tidak wajar. Urus niaga dengan pegawai kerajaan bukan Amerika Syarikat mesti mengikut dasar Antirasuah kita dan didokumenkan dengan tepat di dalam rekod. Bayaran pemudahan – bayaran kecil yang dibuat untuk mempercepat prosedur kerajaan yang rutin – adalah dilarang dan tidak boleh dibuat dalam apa-apa jua keadaan.

Baca dasar: Antirasuah

Contoh rasuah

Hubungi Law Department jika anda menghadapi mana-mana situasi berikut:

Menerima pakej perjalanan percutian daripada vendor yang ingin mendapatkan kontrak daripada General Mills.

Pengedar membuat bayaran tambahan kepada pegawai kerajaan untuk mempercepat pendaftaran produk.

Broker kastam membuat bayaran kepada ejen kastam untuk mendapatkan pelepasan melalui kastam bagi barangan General Mills yang tidak mempunyai dokumen kastam yang betul.

Membayar pemeriksa makanan agar mengabaikan kegagalan untuk mempunyai prosedur sanitasi yang betul.

Sebuah firma pembinaan yang bekerja bagi pihak General Mills memberikan hadiah kepada pegawai tempatan untuk mempercepat permit.

20

Kenali rakan perniagaan anda

Para pelanggan, vendor, pembekal dan rakan perniagaan lain yang berhubung dengan kita ialah lanjutan daripada perniagaan kita. Kita perlu mengenali rakan perniagaan kita dengan baik. Apabila anda mengambil rakan perniagaan, anda seharusnya menilai integriti rakan perniagaan tersebut, mengetahui amalan perniagaan mereka dan melakukan pemeriksaan latar belakang. Terangkan dengan jelas kepada rakan perniagaan tentang perkara yang boleh diterima dan perkara yang tidak dibenarkan. Pantau invois dan syarat pembayaran luar biasa yang digunakan dalam urus niaga.

Urus niaga yang boleh dipersoalkan atau urus niaga secara tunai boleh menjadi tanda kegiatan haram atau pengubahan wang haram. "Pengubahan wang haram" ialah proses yang dilakukan seseorang atau kumpulan untuk cuba menyembunyikan hasil kegiatan haram atau membuat sumber dana haram mereka kelihatan sah. Jika anda mempunyai kebimbangan tentang mana-mana pelanggan atau urus niaga, laporkan kepada pasukan Finance atau Law Department.

Layanan baik dan pegawai kerajaan

Katalah datuk bandar anda mahu melawat kilang atau anda ingin mengucapkan terima kasih kepada jabatan polis tempatan untuk perkhidmatan mereka kepada masyarakat. Walaupun menyediakan makanan tempatan atau bakul hadiah sampel produk kelihatan seperti tanda ingatan dan mudah, ramai pegawai tempatan dilarang walaupun menerima secawan kopi. Sentiasa semak terlebih dahulu dengan peguam General Mills atau Government and Public Affairs Department.

Mengekalkan perkongsian yang kukuh

Kita bergantung pada banyak rakan perniagaan untuk mendapatkan sumber, mengilang dan mengedarkan jenama kita. Pembekal, vendor, pemegang lesen, pengilang kontrak dan pengedar kita dipilih dengan teliti berdasarkan amalan perniagaan beretika serta kualiti, perkhidmatan dan harga. Kita juga berusaha untuk mencerminkan kepelbagaian pengguna dan komuniti di tempat kita beroperasi dalam perkongsian perniagaan kita. Rakan perniagaan ini mesti memastikan bahawa waktu kerja, syarat, gaji minimum, gaji lebih masa dan umur kerja minimum mematuhi undang-undang tempatan. Sebagai balasan, rakan perniagaan boleh bergantung kepada kita untuk menghormati terma dan syarat kontrak kita, membayar tepat pada masanya dan melindungi kerahsiaan maklumat proprietari. Sama ada membekalkan bahan-bahan berkualiti atau membantu membawa produk kita ke pasaran, kita menyedari bahawa kejayaan kita terletak pada kekuatan hubungan ini.

Baca dasar: Standard Tempat Kerja dan Penyumberan Beretika

Tatakelakuan Pembekal

Laporan Tanggungjawab Global

KE

JU

JU

RA

N

21

Bersaing dengan integriti ...

General Mills bangga dengan sejarahnya beroperasi pada tahap integriti tertinggi, walaupun di tengah-tengah persaingan yang sengit. Kita percaya syarikat boleh berjaya memasarkan dan menjual produknya berdasarkan kelakuan perniagaan yang adil, beretika dan sah. Apabila kita bersaing untuk perniagaan, kita:

• Membuat tuntutan yang berdasarkan fakta sahaja tentang produk dan perkhidmatan pesaing mahupun produk dan perkhidmatan kita sendiri.

• Menghormati kerahsiaan rahsia perdagangan pesaing kita.

• Mendapatkan perniagaan kerana kualiti, nilai dan harga produk kita, serta kemampuan pemasaran dan jualan kita yang unggul.

... dan bersaing dengan adil

Undang-undang persaingan yang dikenali sebagai undang-undang antitrust di Amerika Syarikat, bertujuan memelihara persaingan yang adil, jujur dan bersemangat. General Mills menyokong matlamat ini. Undang-undang ini melarang konspirasi dan perjanjian yang mengehadkan persaingan antara pesaing (termasuk, misalnya berkongsi maklumat sensitif yang berdaya saing), percubaan yang tidak wajar untuk memonopoli pasaran atau mengawal harga, dan amalan perniagaan tertentu yang tidak adil.

Walaupun undang-undang sangat luas dan kompleks, dan cara penggunaannya boleh bergantung pada fakta dan keadaan tertentu, anda harus selalu:

• Mengetahui tanggungjawab anda di bawah undang-undang dan melaporkan kemungkinan pelanggaran.

• Jangan membuat perjanjian rasmi atau tidak rasmi dengan pesaing tentang topik sensitif seperti harga, margin, rancangan perniagaan, program perdagangan, diskaun dan kapasiti pengeluaran.

• Melayani pesaing dengan adil semasa menawarkan harga, program perdagangan dan bantuan jualan semula.

Soalan tentang undang-undang antitrust atau persaingan atau cara penggunaannya? Bercakap dengan peguam yang menyokong unit perniagaan anda. Laporkan kemungkinan pelanggaran undang-undang dengan segera kepada Law Department.

Baca dasar: Undang-undang Persaingan dan Antitrust dan Hubungan dengan Pesaing

Akibat pelanggaran undang-undang persaingan untuk General Mills dan pekerja individu boleh menjadi berat. Akibatnya mungkin termasuk denda yang berat untuk syarikat dan dalam beberapa keadaan, hukuman penjara kepada pekerja individu.

22

Mengumpul maklumat tentang pesaing

Mengumpul maklumat tentang pesaing kita – sering dipanggil risikan saingan – ialah amalan perniagaan yang sah. Langkah ini membantu kita kekal berdaya saing di pasaran. Mendapatkan maklumat daripada sumber awam, seperti laporan media sosial atau penganalisis, adalah wajar dan digalakkan.

Walau bagaimanapun, mengumpul risikan saingan boleh membangkitkan isu perundangan dan etika. Anda tidak sepatutnya memberikan atau mendapatkan maklumat sulit dan sensitif yang berdaya saing secara terus daripada pesaing. Anda mesti mematuhi keperluan dasar kita apabila mengumpul atau menggunakan maklumat sensitif yang berdaya saing daripada pelanggan, broker atau pembekal. Jika anda bekerja dengan perunding, vendor dan rakan perniagaan yang lain, pastikan mereka memahami dan mematuhi dasar kita untuk mengumpulkan risikan saingan. Soalan atau keraguan tentang sesuatu keadaan? Rujuk Law Department.

Baca dasar: Risikan Saingan

General Mills melarang ...

• Menyalahgambarkan identiti anda.

• Menggunakan pengaruh yang tidak wajar, seperti menawarkan pekerjaan atau wang tunai.

• Mendapatkan maklumat secara terus daripada pesaing.

• Menceroboh, mengintip dengar atau menggodam komputer.

• Mengumpul risikan saingan dengan cara yang melanggar undang-undang atau standard etika kita.

KE

JU

JU

RA

N

23

Kepercayaan Mengekalkan Integriti Korporat

Kebertanggungjawapan kewangan

Apabila anda bertanggungjawab untuk belanjawan, perbelanjaan atau aset, urusnya dengan teliti, tepat dan beretika. Setiap keputusan kewangan yang anda buat sepatutnya memberikan manfaat kepada syarikat dan tidak dipengaruhi oleh kepentingan peribadi. Jika anda bertanggungjawab untuk meluluskan laporan perbelanjaan, perhatikan mana-mana transaksi yang kelihatan tidak selaras dengan dasar syarikat. Contohnya, penyerahan lewat, dokumen yang tidak terurus atau laporan tidak lengkap yang mungkin menandakan penipuan. Laporkan sebarang penipuan yang disyaki kepada pengurus anda, Human Resources atau Talian Etika.

Baca dasar: Menjamin Integriti Kewangan

Mencegah Penipuan

Konflik Kepentingan

Menyimpan rekod perniagaan yang tepat

Rekod yang kita buat untuk mendokumenkan aktiviti perniagaan kita mestilah tepat dan mewakili fakta. Dalam kerja kita, kita menghasilkan rekod perniagaan dan kewangan yang tidak terkira banyaknya – daripada e-mel hinggalah kontrak, daripada pesanan pembelian hinggalah invois, daripada data pengeluaran hinggalah pemfailan kawal selia. Kita menggunakan maklumat ini untuk menjalankan perniagaan, menyediakan penyata kewangan dan melaporkan hasil. Tidak kira jenis dokumen yang dihasilkan atau betapa tidak penting dokumen itu pada pandangan kita, dokumen itu ialah rekod perniagaan. Maklumat yang terkandung di dalamnya mestilah benar, tepat dan lengkap. Jika anda mendapati dokumen atau rekod tidak tepat – atau jika anda melihat kegagalan untuk mengikuti proses kawalan dalaman kita – anda mesti bersuara dan melaporkannya dengan segera.

24

Melaporkan prestasi kita

Fail General Mills yang dilaporkan kepada United States Securities and Exchange Commission mengandungi maklumat tentang syarikat, perniagaan dan hasil kewangan kita. Kita bergantung pada sistem dasar perakaunan, kawalan dalaman dan prosedur pendedahan untuk memastikan bahawa pemfailan dan pendedahan adalah tepat. Kita juga bergantung pada sistem ini dalam menyediakan maklumat yang hendak disampaikan kepada pelabur dalam siaran media dan persembahan pelabur. Jika anda menyedari berlakunya amalan perakaunan, laporan kewangan atau pendedahan awam yang tidak wajar atau palsu, segera bercakap dengan head of financial operations bagi unit perniagaan anda, chief accounting officer atau pejabat General Counsel. Jika anda tidak mahu mendedahkan nama anda, hubungi Talian Etika.

Baca dasar: Menjamin Integriti Kewangan

Perkara yang perlu anda lakukan:

Soalan tentang merekod urus niaga?

Biasanya terdapat berbilang kaedah perakaunan yang boleh diterima bagi urus niaga yang sama dan syarikat mesti menentukan cara penyediaan laporan yang paling sesuai. Berunding dengan kumpulan Corporate Financial Operations atau pengawal serantau anda untuk bimbingan tentang cara perakaunan yang sesuai. Jika cara yang diminta untuk digunakan tidak selaras dengan dasar syarikat atau pada pandangan anda, tidak sesuai, anda harus segera merujuk head of financial operations bagi kumpulan anda dan maklumkan juga chief accounting officer and the general counsel.

Sentiasa merekod urus niaga dalam tempoh perakaunan yang betul dan dalam akaun yang betul. Jangan melambatkan atau mempercepat tindakan merekod perbelanjaan atau jualan untuk memenuhi belanjawan.

Sentiasa pastikan laporan kawal selia lengkap, tepat dan tepat pada masanya.

Sentiasa bersuara jika anda merasakan rekod perniagaan tidak benar atau tepat.

Jangan memalsukan mana-mana dokumen, atau menyembunyikan atau memutarbelitkan sifat sebenar transaksi.

Jangan memberikan taksiran yang kurang atau membuat anggaran berlebihan bagi liabiliti atau aset. Anggaran dan akruan mesti disokong oleh dokumen yang sewajarnya dan berdasarkan pertimbangan terbaik anda.

Jangan sekali-kali menggalakkan atau membenarkan sesiapa untuk berkompromi tentang ketepatan atau integriti rekod kita.

KE

PE

RC

AY

AA

N

25

Penggunaan sumber syarikat yang sesuai

Dalam tugas anda, anda akan mempunyai akses kepada sumber milik syarikat yang membantu mencapai matlamat perniagaan kita. Sumber ini termasuk perkara seperti komputer, akses Internet, e-mel, perisian, alat dan kelengkapan, kereta syarikat, kad kredit korporat atau kad pembelian, sekadar beberapa contoh. Jangan gunakan sumber syarikat untuk kegiatan yang tidak sesuai atau tidak sah. Ketahui bahawa penggunaan sumber ini tidak bersifat peribadi. Berhati-hati agar menggunakannya untuk perniagaan General Mills sahaja.

Baca dasar: Komunikasi Elektronik

Pelaporan Perbelanjaan Pekerja

Mencegah Penipuan

Sumber syarikat adalah untuk kegunaan syarikat sahaja

• Jangan gunakan instrumen kewangan syarikat (seperti kad pembelian atau kad kredit korporat) untuk pembelian peribadi.

• Jangan gunakan komputer syarikat untuk aktiviti peribadi, seperti perbankan, membeli-belah dalam talian atau menyemak akaun media sosial peribadi.

• Jangan gunakan pesanan segera untuk mendokumenkan urus niaga perniagaan atau menjalankan perbincangan yang perlu disimpan secara bertulis.

• Jangan mendedahkan, menghantar, memuat naik atau memuat turun maklumat sulit syarikat dengan cara yang tidak wajar.

• Jangan mengedar atau memaparkan bahan yang boleh dianggap berniat jahat, mengganggu, menyalahi undang-undang atau sengaja bertujuan merosakkan reputasi seseorang.

• Jangan memasang atau menjalankan perisian yang tidak diluluskan oleh Information Technology Department General Mills.

Menyerahkan laporan perbelanjaan

General Mills akan membayar balik perbelanjaan yang berkaitan dengan perjalanan dan keraian perniagaan serta untuk pembangunan profesional. Perbelanjaan yang anda serahkan dalam laporan perbelanjaan anda mestilah berpatutan, sesuai dan berkaitan dengan perniagaan General Mills. Adalah tidak wajar untuk membelanjakan barangan peribadi dalam laporan perbelanjaan anda.

Jika anda seorang pengurus, anda bertanggungjawab memastikan perbelanjaan yang dikemukakan oleh pekerja bawahan anda adalah bagi tujuan perniagaan yang sah. Luangkan masa untuk menyemak laporan perbelanjaan mereka dengan teliti. Bincangkan perbelanjaan yang boleh dipersoalkan dengan mereka. Jika anda mengesyaki terdapat pekerja yang menyalahgambarkan perbelanjaan, hubungi Human Resources atau Talian Etika.

Baca dasar: Pelaporan Perbelanjaan Pekerja

JANGAN

26

Berdagang saham dan bon secara sah

Anda mungkin mengetahui maklumat penting tentang syarikat yang tidak boleh didapati secara terbuka kepada semua pelabur. Anda tidak boleh berkongsi maklumat ini atau membeli atau menjual saham atau bon General Mills sehingga maklumat tersebut boleh didapati secara terbuka. Jika anda mengetahui maklumat bukan awam yang penting tentang syarikat lain melalui tugas anda di General Mills, anda tidak boleh berkongsi maklumat itu atau membeli atau menjual saham syarikat tersebut sehingga maklumat itu boleh didapati secara terbuka. Sentiasa kendalikan maklumat bukan awam yang penting tentang syarikat secara rahsia. Soalan tentang sama ada anda boleh membeli atau menjual saham syarikat? Bercakap dengan pengurus anda atau hubungi Law Department.

Baca dasar: Perdagangan Orang Dalam

Sebelum anda berdagang

Jawapan kepada soalan ini boleh memastikan anda, keluarga anda, rakan anda dan syarikat dilindungi daripada pelanggaran perdagangan orang dalam.

Adakah anda mempunyai berita "panas" tentang General Mills atau syarikat lain (baik atau buruk) yang boleh mempengaruhi harga saham sebaik sahaja maklumat diumumkan? JIKA YA, jangan berkongsi atau berdagang saham itu.

Adakah anda mempunyai maklumat awal tentang pendapatan suku tahunan atau pengumuman penting yang lain? JIKA YA, jangan berdagang sehingga satu hari perniagaan selepas pengumuman rasmi tentang maklumat ini dibuat.

Adakah anda tidak pasti sama ada berita syarikat yang penting ialah maklumat dalaman? JIKA YA, jangan berkongsi atau berdagang, dan berunding dengan pengurus anda atau Law Department.

Perihal pengetahuan

Walaupun anda merancang membuat dagangan sebelum mengetahui tentang maklumat penting, anda tidak boleh membuat dagangan itu. Jika anda berdagang dalam saham syarikat semasa anda mengetahui maklumat bukan awam yang penting, dagangan anda akan dianggap berdasarkan maklumat dalaman – walaupun maklumat itu bukan faktor penting dalam keputusan dagangan anda.

Maklumat bukan awam yang penting ialah …

… maklumat yang penting bagi pelabur membuat keputusan tentang membeli atau menjual saham syarikat. Contohnya termasuk keputusan kewangan, pengambilalihan atau penjualan perniagaan, perubahan pengurusan kanan, siasatan kerajaan, perubahan dalam pelanggan penting dan penarikan balik produk. Tidak pasti sama ada maklumat itu maklumat penting? Jangan kongsi atau berdagang, dan rujuk pengurus atau Law Department.

KE

PE

RC

AY

AA

N

27

Kami ingin mendengar daripada anda jika sesuatu kelihatan tidak betul atau anda mempunyai soalan tentang melakukan perkara yang betul. Anda mempunyai beberapa pilihan untuk bersuara:

Berbincang...

Pengurus anda ialah tempat terbaik untuk bermula. Walau bagaimanapun, bergantung pada kebimbangan anda, anda mungkin berasa lebih selesa bercakap dengan orang lain. Anda juga boleh berbincang dengan Human Resources, peguam di General Mills atau kumpulan Ethics & Compliance.

...Serahkan laporan melalui Talian Etika melalui web atau telefon

Talian Etika dihoskan oleh perkhidmatan pelaporan bebas. Talian ini tersedia 24 jam sehari, 7 hari seminggu, dari mana-mana lokasi di seluruh dunia dan berbilang bahasa. Anda boleh memilih untuk tidak memberikan nama anda.

Anda boleh memilih untuk membuat panggilan bebas tol atau menggunakan web untuk menyerahkan laporan anda. Untuk senarai nombor telefon bebas tol mengikut negara – atau menyerahkan laporan melalui web – pergi ke generalmillsethics.ethicspoint.com.

Anda tidak perlu betul-betul pasti untuk membuat laporan

Kadang-kadang, para pekerja tertanya-tanya adakah patut untuk melaporkan kebimbangan apabila mereka tidak mempunyai semua fakta. Mereka bimbang akan mendapat masalah kerana menimbulkan kebimbangan atau akan merosakkan reputasi seseorang. Jika anda seorang pengurus, anda mungkin tertanya-tanya cara terbaik untuk bertindak balas terhadap kebimbangan yang dibangkitkan kepada anda. Anda tidak perlu menyiasat sebelum menghubungi kami. Kami akan menyiasat kebimbangan yang anda kemukakan. Kami berhati-hati apabila menyiasat kesalahan yang dikatakan untuk memastikan reputasi pekerja yang terlibat dilindungi. Siasatan dijalankan secara objektif, adil dan sulit.

Lakukan Perkara yang Betul, Sepanjang Masa

28

PERKARA YANG DIJANGKAKAN APABILA ANDA MENGGUNAKAN TALIAN ETIKA

Jika anda menghubungi nombor bebas tol, seorang wakil akan mengemukakan soalan dan melengkapkan laporan bagi pihak anda. Jika anda menghantar laporan dalam talian, borang web akan memberi anda soalan untuk membantu anda berkongsi kebimbangan anda.

Anda akan mencipta kata laluan. Sistem ini akan menghasilkan kunci laporan. Buat catatan bagi kata laluan dan kunci laporan anda – anda akan menjadi satu-satunya orang yang mengetahui maklumat ini. Gunakannya untuk menyemak status laporan anda.

IKRAR KITA

Untuk mengekalkan budaya etika kita, General Mills memastikan pekerja mempunyai hak untuk bersuara. Syarikat tidak akan membuat tindakan balas terhadap anda – dan tidak membenarkan tindakan balas – kerana membuat laporan yang jujur tentang amalan atau tingkah laku perniagaan yang boleh dipersoalkan.

ETHICS & COMPLIANCE AKAN MENGGUNAKAN TALIAN ETIKA untuk menerima laporan anda dan memberikan makluman apabila siasatan selesai. Disebabkan oleh kerahsiaan dan privasi pekerja, kami mungkin tidak dapat berkongsi maklumat tentang keputusan akhir siasatan.

JIKA ANDA BERTANYA SOALAN, ahli kumpulan Ethics & Compliance akan memberikan respons kepada anda.

JIKA ANDA MELAPORKAN KEMUNGKINAN SALAH LAKU, ia akan disiasat. Ethics & Compliance akan bekerjasama dengan Human Resources, Global Security dan Global Internel Audit untuk menyiasat kebimbangan anda. Kami mungkin memerlukan lebih banyak maklumat untuk membantu siasatan; gunakan Talian Etika untuk menyemak laporan anda. Semua maklumat yang anda berikan akan dikendalikan secara rahsia. Jika anda melaporkan secara tanpa nama, kami boleh bertanya melalui Talian Etika dan anda boleh menggunakan sistem ini untuk memberikan respons dan kekal tidak bernama.

Menyerahkan laporan anda

Membuat susulan tentang

kebimbangan anda

Menyelesaikan kebimbangan

anda

29

BE

RS

UA

RA

Kumpulan Ethics & Compliance General Mills diketuai oleh General Counsel. Ethics & Compliance bertanggungjawab mewujudkan kesedaran tentang etika dan kepatuhan di seluruh syarikat. Mereka boleh membantu anda memahami dasar dan undang-undang. Mereka juga boleh membantu anda menangani dilema etika. Anda boleh menghubungi mereka di talian telefon 763-764-6693 atau e-mel [email protected].

Number One General Mills BoulevardMinneapolis, MN 55426www.generalmills.com

©2020 General Mills