tatacara istiadat berkaitan kematian bagi pegawai / anggota polis diraja malaysia dan pesara polis

5
TATACARA ISTIADAT BERKAITAN KEMATIAN BAGI PEGAWAI / ANGGOTA POLIS DIRAJA MALAYSIA DAN PESARA POLIS RUJUKAN : KPN 19 / 26 BERTARIKH : 22 OGOS 2013 SP PGB JPP ARAHAN PENTADBIRAN BIL. 10 / 2013 Rujukan ini hendaklah dibaca bersama Arahan Ketua Polis Negara No. 39 (Pindaan) Tatacara Berkaitan Kematian dan Kecederaan Pegawai Polis Diraja Malaysia dan Kematian Pesara Polis, rujukan sama bertarikh 19 Jun 2008 dan Buku Panduan Istiadat Pemakaman dan Pengkebumian Pembesar Negara,Jabatan Perdana Menteri. 1. Pengurusan jenazah bagi mana mana pesara atau pegawai kanan polis dan anggota pangkat rendah PDRM penerima Darjah Gagah Kepahlawanan Seri Pahlawan Gagah Berani (SP), Panglima Gagah Berani (PGB) dan Pingat Jasa Perkasa Persekutuan (JPP) taraf Pengkebumian Negara atau Pengkebumian Negeri. 1.1 PENGUSUNG KERANDA JENAZAH BAGI PEGAWAI KANAN ( TARAF PENGKEBUMIAN NEGARA ATAU PENGKEBUMIAN NEGERI ) Pengusung Keranda Jenazah bagi pegawai kanan (1.1.1) Jika jenazah beragama Islam (1.1.2) Jika jenazah bukan beragama Islam pengusung keranda jenazah mestilah beragama Islam dengan memakai Pakaian Istiadat No. 1 dan bersongkok istiadat Pengusung hendaklah Pakaian Istiadat No. 1 dan peak cap. Bilangan pengusung keranda jenazah mestilah berjumlah sekurang- kurangnya 8 orang pegawai kanan berpangkat ASP Inspektor.

Upload: bakaipkkedah

Post on 26-Dec-2015

228 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

TATACARA ISTIADAT BERKAITAN KEMATIAN BAGI PEGAWAI / ANGGOTA POLIS DIRAJA MALAYSIA DAN PESARA POLIS

TRANSCRIPT

Page 1: TATACARA ISTIADAT BERKAITAN KEMATIAN BAGI PEGAWAI / ANGGOTA POLIS DIRAJA MALAYSIA DAN PESARA POLIS

TATACARA ISTIADAT BERKAITAN KEMATIAN BAGI PEGAWAI / ANGGOTA POLIS DIRAJA MALAYSIA DAN PESARA POLIS

RUJUKAN : KPN 19 / 26 BERTARIKH : 22 OGOS 2013

SP PGB JPP

ARAHAN PENTADBIRAN BIL. 10 / 2013

Rujukan ini hendaklah dibaca bersama Arahan Ketua Polis Negara No. 39 (Pindaan) – Tatacara Berkaitan Kematian dan Kecederaan Pegawai Polis Diraja Malaysia dan Kematian Pesara Polis, rujukan sama bertarikh 19 Jun 2008 dan Buku Panduan Istiadat Pemakaman dan Pengkebumian Pembesar Negara,Jabatan Perdana Menteri.

1. Pengurusan jenazah bagi mana–mana pesara atau pegawai kanan polis dan anggota pangkat rendah PDRM penerima Darjah Gagah Kepahlawanan Seri Pahlawan Gagah Berani (SP), Panglima Gagah Berani (PGB) dan Pingat Jasa Perkasa Persekutuan (JPP) taraf Pengkebumian Negara atau Pengkebumian Negeri.

1.1 PENGUSUNG KERANDA JENAZAH BAGI PEGAWAI KANAN

( TARAF PENGKEBUMIAN NEGARA ATAU PENGKEBUMIAN NEGERI )Pengusung Keranda Jenazah bagi pegawai kanan

(1.1.1) Jika jenazah beragama Islam (1.1.2)Jika jenazah bukan beragama Islam

pengusung keranda jenazah mestilah beragama Islam dengan memakai Pakaian Istiadat No. 1 dan bersongkok istiadat

Pengusung hendaklah Pakaian Istiadat No. 1 dan peak cap.

Bilangan pengusung keranda jenazah mestilah berjumlah sekurang-kurangnya 8 orang pegawai kanan berpangkat ASP – Inspektor.

1.2PENGUSUNG KERANDA JENAZAH BAGI PEGAWAI PANGKAT RENDAH

Page 2: TATACARA ISTIADAT BERKAITAN KEMATIAN BAGI PEGAWAI / ANGGOTA POLIS DIRAJA MALAYSIA DAN PESARA POLIS

Pengusung Keranda Jenazah bagi pegawai pangkat rendah(1.2.1) Jika jenazah beragama Islam (1.2.2) (Jika jenazah bukan beragama Islambilangan pengusung keranda jenazah mestilah beragama Islam denganmemakai Pakaian Istiadat No. 1 dan bersongkok istiadat

pengusung keranda hendaklah Pakaian Istiadat No. 1 dan peak cap.

Jumlah pengusung mestilah sekurang-kurangnya 8 orang berpangkatSarjan–Koperal.

1.3 ZIARAH JENAZAH BERAGAMA ISLAM

Hadir Ziarah jenazah beragama islampegawai kanan dan anggota pangkat rendah lelaki yang beragama Islam yang hadir menziarah di upacara pengkebumian hendaklah berpakaian uniform kerja dan bersongkok istiadat. Pegawai kanan dan APR wanita Islam hendaklah bertudung biru tua (tudung yang dibekalkan oleh pasukan)

1.4 ZIARAH JENAZAH BUKANBERAGAMA ISLAM

Hadir Ziarah jenazah bukan beragama islampegawai kanan dan anggota pangkat rendah yang hadir di upacara pengkebumian hendaklah berpakaian uniform kerja dan peak cap/ bowler hat.

Page 3: TATACARA ISTIADAT BERKAITAN KEMATIAN BAGI PEGAWAI / ANGGOTA POLIS DIRAJA MALAYSIA DAN PESARA POLIS

2. Pengurusan jenazah bagi mana–mana pesara atau pegawai kanan polis dan anggota pangkat rendah PDRM yang menerima Darjah Gagah Kepahlawanan Seri Pahlawan Gagah Berani (SP), Panglima Gagah Berani (PGB) dan Pingat Jasa Perkasa Persekutuan (JPP). Tetapi tidak mendapat taraf Pengkebumian Negara atau Pengkebumian Negeri. ( KEMATIAN BIASA ) .

2.1PENGUSUNG JENAZAH BAGI PEGAWAI KANAN

Pengusung Keranda Jenazah bagi pegawai kanan(2.1.1) Jika jenazah beragama Islam (2.1.2) Jika jenazah bukan beragama

IslamJenazah pegawai kanan beragama Islam, pakaian pengusung adalah seragam kerja Bush jacket bersongkok istiadat. Jika jenazah pegawai kanan bukan beragama Islam,pakaian pengusung adalah seragam kerja Bush jacket dan peak cap;

Jenazah pegawai kanan dan bukan beragama Islam, pakaian pengusung adalah seragam kerja Bush jacket danpeak cap;

2.2PENGUSUNG JENAZAH BAGI PEGAWAI PANGKAT RENDAH

Pengusung Keranda Jenazah bagi pegawai pangkat rendah(2.2.1) Jika jenazah beragama Islam (2.2.2) Jika jenazah bukan beragama

IslamJenazah APR beragama Islam, pakaian pengusung adalah seragam kerja tuck-in bersongkok istiadat;

Jenazah APR dan bukan beragama Islam, pakaian pengusung adalah seragam kerja tuck-in dan peak cap.

Page 4: TATACARA ISTIADAT BERKAITAN KEMATIAN BAGI PEGAWAI / ANGGOTA POLIS DIRAJA MALAYSIA DAN PESARA POLIS

2.3 ZIARAH

(2.3.1) Hadir Ziarah jenazah beragama islampegawai kanan dan anggota pangkat rendah lelaki yang beragama Islam yang hadir menziarah di upacara pengkebumian hendaklah berpakaian uniform kerja dan bersongkok istiadat. Pegawai kanan dan APR wanita Islam hendaklah bertudung biru tua (tudung yang dibekalkan oleh pasukan)

(2.3.2) Hadir Ziarah jenazah bukan beragama islampegawai kanan dan anggota pangkat rendah yang hadir di upacara pengkebumian hendaklah berpakaian uniform kerja dan peak cap/ bowler hat.

3. Perkara ini selaras dengan tatacara yang telah dipraktikkan oleh Kerajaan Persekutuan apabila terdapat orang kenamaan yang meninggal dunia. Walaubagaimanapun, tatacara ini haruslah mendapat persetujuan dari waris simati.

4. Semua Pegawai Pemerintah serta pegawai dan anggota yang menguruskan acara pengkebumian jenazah mana-mana pesara atau pegawai / anggota penerima Darjah Gagah Kepahlawanan Seri Pahlawan Gagah Berani (SP), Panglima Gagah Berani (PGB), Pingat Jasa Perkasa Persekutuan (JPP) yang meninggal dunia, hendaklah memahami dan mematuhi serta menguatkuasakan tatacara yang diselaraskan agar pesara, pegawai dan anggota yang meninggal dunia dapat disemadikan dengan sempurna dan tertib Pasukan. Ianya sebagai mengenang jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan semasa berkhidmat akan terus dikenang. Semoga tatacara ini memberi panduan kepada Pegawai Pemerintah dalam melaksanakan pengurusan pengkebumian jenazah.

RUJUKAN FAIL : KPN 19/26 BERTARIKH : 22 OGOS 2013