tatacara dan garis panduan penggunaan sistem · pdf fileoperasi) dalam sistem pengurusan...

13
Page 1 of 13 1. Permohonan ini dibuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat permohonan yang ditetapkan. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat https://epenawaran.moe.gov.my mulai 01.02.2017 hingga 21.02.2017. 2. Calon adalah dikehendaki untuk mengemaskini Modul Operasi Data Guru (e- Operasi) dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) terutamanya bagi PPP yang bertugas di sekolah kerana maklumat dalam Sistem e-Penawaran ini diintegrasikan dengan Sistem e-Penawaran tersebut. Sekiranya terdapat maklumat yang tidak tepat atau tidak dikemaskini sewaktu permohonan, perubahan dan pengemaskinian perlu dibuat melalui Sistem e-Operasi Bbagi calon yang berkhidmat di sekolah atau Sistem e- Penawaran tersebut. 3. Calon adalah diingatkan agar memahami panduan permohonan dengan teliti serta memasukkan maklumat yang tepat dan sahih (termasuk maklumat kesihatan). Kesilapan mengisi maklumat permohonan dalam talian meliputi kesilapan mengisi No. Kad Pengenalan akan mengakibatkan permohonan ditolak. 4. Sekiranya didapati maklumat adalah PALSU, Kementerian berhak untuk menolak permohonan dan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 boleh dikenakan terhadap pegawai. 5. Calon dinasihatkan supaya mencuba capaian permohonan online ini pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau tidak berjaya pada ketika itu. Ini adalah kerana ada kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian pada laman web tersebut. 6. Setelah mengisi dan menghantar permohonan dalam talian, calon dikehendaki untuk menyimpan Slip Permohonan sebagai rujukan pada masa akan datang. 7. Permohonan melalui Sistem e-Penawaran adalah rasmi dan sah. Justeru, permohonan TIDAK perlu dihantar secara hardcopy kepada Bahagian Tajaan Pendidikan, KPM untuk sebarang tindakan lain. TATACARA DAN GARIS PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e-PENAWARAN BAGI PROSES PERMOHONAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA AMBILAN TAHUN 2017 TATACARA PERMOHONAN

Upload: lamtruc

Post on 10-Feb-2018

268 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: TATACARA DAN GARIS PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM · PDF fileOperasi) dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) terutamanya bagi PPP yang ... Nota: Sila pastikan kesemua maklumat terkini diisi

Page 1 of 13

1. Permohonan ini dibuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang

berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat permohonan yang ditetapkan.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui

laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat

https://epenawaran.moe.gov.my mulai 01.02.2017 hingga 21.02.2017.

2. Calon adalah dikehendaki untuk mengemaskini Modul Operasi Data Guru (e-

Operasi) dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) terutamanya bagi PPP

yang bertugas di sekolah kerana maklumat dalam Sistem e-Penawaran ini

diintegrasikan dengan Sistem e-Penawaran tersebut. Sekiranya terdapat

maklumat yang tidak tepat atau tidak dikemaskini sewaktu permohonan,

perubahan dan pengemaskinian perlu dibuat melalui Sistem e-Operasi Bbagi

calon yang berkhidmat di sekolah atau Sistem e- Penawaran tersebut.

3. Calon adalah diingatkan agar memahami panduan permohonan dengan teliti

serta memasukkan maklumat yang tepat dan sahih (termasuk maklumat

kesihatan). Kesilapan mengisi maklumat permohonan dalam talian

meliputi kesilapan mengisi No. Kad Pengenalan akan mengakibatkan

permohonan ditolak.

4. Sekiranya didapati maklumat adalah PALSU, Kementerian berhak untuk

menolak permohonan dan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan

Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 boleh dikenakan terhadap

pegawai.

5. Calon dinasihatkan supaya mencuba capaian permohonan online ini pada

waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau tidak berjaya pada ketika

itu. Ini adalah kerana ada kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian pada

laman web tersebut.

6. Setelah mengisi dan menghantar permohonan dalam talian, calon dikehendaki

untuk menyimpan Slip Permohonan sebagai rujukan pada masa akan datang.

7. Permohonan melalui Sistem e-Penawaran adalah rasmi dan sah. Justeru,

permohonan TIDAK perlu dihantar secara hardcopy kepada Bahagian Tajaan

Pendidikan, KPM untuk sebarang tindakan lain.

TATACARA DAN GARIS PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e-PENAWARAN BAGI PROSES PERMOHONAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA AMBILAN TAHUN 2017

TATACARA PERMOHONAN

Page 2: TATACARA DAN GARIS PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM · PDF fileOperasi) dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) terutamanya bagi PPP yang ... Nota: Sila pastikan kesemua maklumat terkini diisi

Page 2 of 13

8. Permohonan yang tidak mematuhi syarat / permohonan yang tidak lengkap /

tidak mengisi permohonan secara dalam talian akan ditolak.

9. Calon hanya boleh mengemukakan SATU permohonan sahaja dalam

tempoh tawaran permohonan ini dibuka.

10. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan tatacara dan garis

panduan penggunaan sistem e-Penawaran, boleh menghubungi urusetia

berikut :

Bahagian Tajaan Pendidikan (pertanyaan umum berkaitan program):

Telefon (hotline): 03-8321 7138

E-mel : [email protected]

Bahagian Pengurusan Maklumat (bantuan teknikal):

Telefon (hotline): 03-88843823 / 03-88843674E-mel : [email protected]

Page 3: TATACARA DAN GARIS PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM · PDF fileOperasi) dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) terutamanya bagi PPP yang ... Nota: Sila pastikan kesemua maklumat terkini diisi

Page 3 of 13

1. Panduan Umum 1.1 Sistem e-Penawaran ini dibangunkan melalui pengintegrasian dengan

Modul Operasi Data Guru (e-Operasi) dalam Sistem Pengurusan Sekolah

(SPS). Maklumat calon yang terkandung di dalam Sistem e-Operasi akan

digunakan dalam Sistem e-Penawaran bagi memastikan maklumat calon

khususnya yang berkaitan dengan perkhidmatan adalah yang terkini dan

yang telah disahkan.

2. Panduan Khusus

Semasa mengisi permohonan, beberapa panduan berikut adalah disarankan supaya

urusan pengisian maklumat permohonan mudah dan jelas.

2.1 Calon adalah dikehendaki untuk mengisi dan melengkapkan maklumat

yang diperlukan dikesemua Menu yang disediakan dan sekiranya terdapat

maklumat yang tidak lengkap, permohonan akan ditolak.

Menu Masuk/Muka Hadapan.

2.2 Calon perlu memasukkan Nombor Kad Pengenalan, Umur (paparan

secara automatik), gred terkini jawatan, status berkhidmat (contoh:

berkhidmat di sekolah), pilihan jenis program, peringkat pengajian, dan

status pengajian.

Nota: Sila pastikan kesemua maklumat terkini diisi dengan tepat.

Sekiranya calon berstatus sedang dalam pengajian, sila lengkapkan

maklumat di Menu Maklumat Tambahan pada akhir permohonan.

Contoh paparan:

PANDUAN PERMOHONAN

Page 4: TATACARA DAN GARIS PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM · PDF fileOperasi) dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) terutamanya bagi PPP yang ... Nota: Sila pastikan kesemua maklumat terkini diisi

Page 4 of 13

Menu Maklumat Program

2.3 Calon dikehendaki memilih dan mengisi kesemua maklumat yang

diperlukan berkaitan pengajian yang ingin dimohon, jenis program yang

akan diikuti serta pilihan zon temuduga.

2.4 Calon yang berjaya ditawarkan Cuti Belajar bakal mengikuti pengajian

secara sepenuh masa di universiti awam di dalam negara sahaja.

2.5 Calon juga perlu memastikan untuk membuat pilihan yang tepat bagi

Kluster/Bidang Pengajian/Pengkhususan Bidang supaya dapat

disesuaikan dengan maklumat pengkhususan (akademik)/ maklumat

iktisas sedia ada/ opsyen mengajar yang terkini/pengalaman dalam

bidang yang dimohon atau perancangan laluan kerjaya baharu pada masa

akan datang.

2.6 Ringkasan mengenai Kluster/Bidang Pengajian/Pengkhususan Bidang

adalah seperti berikut:

KATEGORI KLUSTER

KETERANGAN Bidang Pengajian Pengkhususan Bidang

Kepimpinan dan Pentadbiran Pendidikan.

(Kepimpinan)

Memberi penekanan kepada peningkatan kecekapan dan keberkesanan kepimpinan, dan pentadbiran pendidikan dalam kalangan pengurus organisasi dan program/projek. Pelaksanaan program ini dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu:

i.asas; ii.pertengahan; dan iii.lanjutan.

Contoh: 1. Perancangan

Strategik;

2. Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan

Contoh: a) Pentadbiran

Pendidikan b) Kepengetuaan; c) Pendidikan dan

Pembangunan Organisasi;

d) Pengurusan dan Pentadbiran

Peningkatan Kemahiran dan Kepakaran PdP.

(Pembangunan Profesionalisme)

Memberi ruang dan peluang kepada PPP mengaplikasi inovasi dan kreativiti bersesuaian dengan kemahiran aras tinggi dalam aktiviti PdP dalam bilik darjah. Pelaksanaan program ini boleh dilakukan dalam tiga peringkat berteraskan fasa Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) melalui inisiatif kendiri (Inisiatif Individu dan Inisiatif Organisasi), iaitu:

Contoh: 1. Bahasa 2. Kemahiran

Teknik dan Vokasional

Contoh: a) Bahasa Melayu; b) Bahasa Inggeris; c) Bahasa Arab; d) Bahasa Tamil; e) Pendidikan Teknik

dan Vokasional; f) Pentadbiran

Perniagaan

Page 5: TATACARA DAN GARIS PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM · PDF fileOperasi) dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) terutamanya bagi PPP yang ... Nota: Sila pastikan kesemua maklumat terkini diisi

Page 5 of 13

a. permulaan; b. pembinaan

Kapasiti; dan c. kepakaran.

Bidang Kepakaran Khusus Pendidikan

Melahirkan sekumpulan PPP yang mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam sesuatu bidang pendidikan secara khusus.

Contoh: 1. Polisi

Pendidikan;

2. Kaunseling dan Psikologi

Contoh: a) Kurikulum dan

Pengajaran; b) Bimbingan dan

Kaunseling

Nota: Calon boleh merujuk kepada Lampiran A dan B bagi perincian

Kluster/Bidang Pengajian/Pengkhususan Bidang.

2.7 Calon perlu membuat pilihan zon temuduga yang berdekatan dengan

tempat berkhidmat sekarang namun penetapan akhir akan ditentukan oleh

KPM mengikut kesesuaian. Pecahan zon temuduga adalah seperti

berikut:

Contoh paparan:

Zon Temuduga Pecahan Mengikut Tempat Bertugas

(berdasarkan negeri)

Utara Perlis, Pulau Pinang,Kedah dan Perak

Tengah Selangor dan Kuala Lumpur

Selatan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor

Timur Pahang, Terengganu dan Kelantan

Sabah Sabah dan Labuan

Sarawak Sarawak

Page 6: TATACARA DAN GARIS PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM · PDF fileOperasi) dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) terutamanya bagi PPP yang ... Nota: Sila pastikan kesemua maklumat terkini diisi

Page 6 of 13

Menu Peribadi dan Waris

2.8 Maklumat di dalam Menu ini adalah WAJIB dilengkapkan dengan

maklumat yang tepat dan lengkap.

a) Maklumat peribadi dan waris diintegrasikan dari e-Operasi dan

sekiranya terdapat perubahan atau penambahan maklumat, sila

kemaskini dan membuat perubahan di Sistem e-Operasi atau

pindaan terus sewaktu permohonan dibuat.

b) Bagi calon yang berstatus berkahwin, maklumat yang perlu diisi

adalah maklumat pasangan manakala calon yang berstatus selain

berkahwin,maklumat waris adalah seperti adik beradik, ibu bapa

atau penjaga atau lain-lain yang terdekat dan mengenali calon

secara dekat serta mudah dihubungi.

c) Bagi ruangan alamat surat menyurat dan alamat tetap, sila pastikan

maklumat adalah alamat kediaman yang berpenghuni sama ada

calon sendiri, pasangan atau waris sebagai langkah memastikan

sebarang surat menyurat rasmi sewaktu Cuti Belajar diterima.

d) Alamat pejabat pula adalah alamat tempat bertugas yang terkini

sewaktu permohonan dibuat. Sekiranya ruangan tidak mencukupi,

sila ringkaskan ejaan dan pastikan singkatan yang digunakan

mestilah mudah difahami.

e) Calon juga WAJIB membuat pengesahan mengenai status

kesihatan semasa permohonan dibuat dan sekiranya YA

Sila buat pilihan yang tepat di ruangan ini. Nota: Kesilapan dalam membuat pilihan boleh menjejaskan permohonan untuk dipertimbangkan sebagai calon berjaya dipanggil temuduga.

Page 7: TATACARA DAN GARIS PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM · PDF fileOperasi) dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) terutamanya bagi PPP yang ... Nota: Sila pastikan kesemua maklumat terkini diisi

Page 7 of 13

(mempunyai masalah kesihatan), sila nyatakan jenis penyakit yang

dihidapi.

f) Bagi maklumat anak (jika berkaitan), calon boleh mengisi maklumat

dengan klik butang tambah. Sekiranya tidak berkaitan, boleh

abaikan ruangan ini.

Contoh paparan:

Sila masukkan maklumat kesihatan

Klik butang tambahan ini untuk melengkapkan maklumat anak

Page 8: TATACARA DAN GARIS PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM · PDF fileOperasi) dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) terutamanya bagi PPP yang ... Nota: Sila pastikan kesemua maklumat terkini diisi

Page 8 of 13

Menu Akademik dan Perkhidmatan.

2.9 Calon dimohon untuk mengisi dan melengkapkan maklumat di dalam

Menu Akademik dan Perkhidmatan dengan lengkap dan tepat

sebagaimana panduan berikut:

2.9.1 Sila isi dan lengkapkan semua maklumat pengajian dan kelayakan

akademik sama ada bagi peringkat Ijazah Pertama (Ijazah Sarjana

Muda) atau Ijazah Sarjana (bagi calon peringkat Kedoktoran).

Calon juga perlu memasukkan maklumat kelayakan akademik lain

yang berkaitan sekiranya ia adalah bagi tujuan pelantikan dalam

skim perkhidmatan pendidikan

Contoh: Ijazah Pertama/Ijazah Sarjana Muda: Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Ijazah Sarjana:

Ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektrik Lain-lain kelayakan:

Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)

2.9.2 Calon WAJIB memastikan maklumat Ketua Jabatan semasa

adalah tepat dan lengkap kerana kesilapan di ruangan ini boleh

menjejaskan permohonan. Sokongan dan perakuan Ketua Jabatan

akan dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya.

“Pegawai Penyokong” merupakan pegawai atasan/penyelia

kepada calon yang mengemukakan permohonan dan mempunyai

hubungan kerja secara lansung atau mengawasi kerjanya.

“Pegawai Peraku” adalah Ketua Jabatan di bahagian / institusi /

jabatan yang menguruskan hal-hal perkhidmatan calon yang

mengemukakan permohonan.

2.9.3 Bagi maklumat perkhidmatan, calon perlu memastikan semua

ruangan diisi dengan betul termasuk Tempoh Pengalaman Dalam

Bidang Dimohon, Tempoh Mengajar Opsyen dan Tempoh

Perkhidmatan Dalam Jawatan Sekarang.

a) Tempoh Pengalaman Dalam Bidang Dimohon Sila nyatakan tempoh berkhidmat/mengajar dalam bidang

berkaitan permohonan..

Page 9: TATACARA DAN GARIS PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM · PDF fileOperasi) dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) terutamanya bagi PPP yang ... Nota: Sila pastikan kesemua maklumat terkini diisi

Page 9 of 13

b) Tempoh Mengajar Opsyen

Sila nyatakan tempoh pengalaman mengajar subjek

tersebut berkaitan dengan opsyen semasa.

c) Tempoh Perkhidmatan Dalam Jawatan Sekarang

Sila nyatakan tempoh berkhidmat dalam jawatan sekarang.

d) Maklumat Pengkhususan

Sila nyatakan maklumat berkaitan bidang pengajian

sewaktu mengikuti Ijazah Pertama (Ijazah Sarjana Muda)

atau Ijazah Sarjana (bagi calon Kedoktoran).

e) Maklumat Iktisas

Sila nyatakan maklumat berkaitan latihan perguruan yang

pernah diikuti. Maklumat Iktisas boleh berbeza dengan

Maklumat Pengkhususan di atas.

f) Mata Pelajaran Mengajar Sekarang

Bagi calon yang sedang berkhidmat di sekolah, sila

nayatakan mata pelajaran terkini yang diajar sewaktu

permohonan dibuat.

Contoh paparan:

Maklumat boleh dikemaskini menerusi Sistem e-Operasi atau pindaan dibuat sewaktu permohonan.

Sila pastikan maklumat ini TEPAT dan LENGKAP kerana kesilapan boleh menjejaskan keseluruhan permohonan.

Page 10: TATACARA DAN GARIS PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM · PDF fileOperasi) dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) terutamanya bagi PPP yang ... Nota: Sila pastikan kesemua maklumat terkini diisi

Page 10 of 13

Menu Pencapaian

2.10 Calon dikehendaki untuk mengisi kesemua maklumat berkaitan

pencapaian dan sumbangan yang pernah dicapai sepanjang tempoh

perkhidmatan.

a) Sila nyatakan markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)

purata 85% ke atas bagi tempoh genap 3 tahun dalam skim

perkhidmatan terkini berturut-turut (2014, 2015 dan 2016).

Penilaian setahun LNPT mestilah genap 12 bulan. Sekiranya

calon pernah diluluskan Cuti Belajar dalam tempoh tersebut,

sila kemukakan LNPT tahun sebelum/selepas tempoh Cuti

Belajar;

Nota: Sila pastikan maklumat yang diisi adalah BENAR.

b) Sila isikan maklumat sekiranya calon pernah menerima Anugerah

Perkhidmatan Cemerlang (APC);

c) Sila nyatakan sumbangan yang pernah dibuat oleh calon sepanjang

perkhidmatan dan peringkat sumbangan tersebut. Calon dibenarkan

untuk menghuraikan secara ringkas mengenai sumbangan yang

dinyatakan. Selain itu, sila nyata penulisan dan penerbitan yang

dihasilkan (sekiranya ada) bagi tempoh 3 tahun yang terkini.

Contoh paparan:

Page 11: TATACARA DAN GARIS PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM · PDF fileOperasi) dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) terutamanya bagi PPP yang ... Nota: Sila pastikan kesemua maklumat terkini diisi

Page 11 of 13

Menu Rekod Penajaan dan Tambahan

2.11 Sekiranya calon pernah atau sedang diluluskan Cuti Belajar atau

Penajaan oleh KPM, sila nyatakan maklumat tersebut di dalam Menu

Rekod Penajaan.

2.12 Sila nyatakan tempoh ikatan perjanjian yang telah ditetapkan berdasarkan

jenis Cuti Belajar/Penajaan yang diluluskan. Tempoh ikatan perjanjian ini

boleh disemak dalam perjanjian Cuti Belajar/Penajaan calon.

2.13 Sila nyatakan juga tempoh kontrak yang telah disempurnakan

Contoh:

Tempoh ikatan perjanjian Cuti Belajar Bergaji Penuh yang telah diluluskan adalah 4 tahun. Pegawai telah melapor diri (kembali bertugas) pada 1 Januari 2014. Tempoh telah berkhidmat daripada perjanjian adalah 3 tahun iaitu bermula pada tarikh melapor diri tersebut. Contoh paparan:

2.14 Maklumat Tambahan

Jika calon belum pernah mengikuti pengajian, sila nyatakan “TIDAK” pada ruangan “Bahagian ini Wajib diisi sekiranya calon sedang dalam pengajian..?”

Sila buat pilihan YA atau TIDAK. Jika YA, sila isikan maklumat yang berkaitan.

Page 12: TATACARA DAN GARIS PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM · PDF fileOperasi) dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) terutamanya bagi PPP yang ... Nota: Sila pastikan kesemua maklumat terkini diisi

Page 12 of 13

Sekiranya calon sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa/ separuh masa, sila pilih “YA” dan teruskan mengisi maklumat pengajian anda.

Contoh paparan:

Menu Perakuan

2.15 Setelah semua maklumat dilengkapkan, calon dimohon untuk menyimpan

semua maklumat permohonan dengan klik butang SIMPAN.

2.16 Calon turut dikehendaki untuk memahami dan membuat perakuan bagi

setiap perkara yang di atas. Calon WAJIB tick ruangan perakuan yang

disediakan selepas permohonan disimpan. Klik butang hantar setelah

berpuas hati dengan kesemua maklumat yang diisi. Permohonan akan

dihantar kepada Ketua Jabatan untuk tindakan selanjutnya.

2.17 Calon boleh menyimpan permohonan setelah melengkapkan kesemua

maklumat yang diperlukan dan hanya SATU permohonan sahaja boleh

dibuat pada waktu permohonan dibuka. Permohonan yang terdahulu

adalah terbatal sekiranya Sistem e-Penawaran mendapati pegawai

mengemukakan lebih daripada SATU permohonan.

Contoh Paparan:

Sila buat pilihan YA atau TIDAK. Jika YA sila isikan maklumat yang diperlukan.

Page 13: TATACARA DAN GARIS PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM · PDF fileOperasi) dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) terutamanya bagi PPP yang ... Nota: Sila pastikan kesemua maklumat terkini diisi

Page 13 of 13

2.18 Setelah permohonan dihantar, calon boleh mencetak Slip Permohonan

Cuti Belajar sebagai simpanan dan rujukan pada masa akan datang.

Contoh paparan:

SLIP PERMOHONAN CUTI BELAJAR

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN

Nama Pemohon No.Kad Pengenalan Program Peringkat Kluster

Nama Bidang

Pengkhususan Tempat Bertugas

: : : : :

:

: :

Ringkasan Permohonan LIEW VUN DAR 761110125629 HLP SARJANA BIDANG KEPAKARAN KHUSUS PENDIDIKAN SAINS SOSIAL /ILMU PENDIDIKAN/SASTERA IKHTISAS SEJARAH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) CHI HWA BATU 1.5, JALAN UTARA, SANDAKAN.

90000 SANDAKAN 90000 SANDAKAN

Tarikh Hantar :

Permohonan tuan/puan telah diterima dan akan diproses ke peringkat selanjutnya. Tuan/puan disarankan untuk menyimpan slip ini bagi tujuan rekod dan semakan.

Kementerian mengucapkan terima kasih atas minat yang ditunjukkan tuan/puan untuk menyertai program ini. Sila layari laman web KPM dari semasa ke semasa untuk maklumat terkini program.

Bahagian Tajaan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia

"Sila simpan slip permohonan untuk tujuan rujukan."

Dijana pada: 11:47 AM on 31-Jan-17

1 of 1

Sila tick di sini