task 2 - kawad kebombaan

Upload: syafiq

Post on 03-Apr-2018

627 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Task 2 - Kawad Kebombaan

    1/9

    KADET BOMBA DAN PENYELAMAT UiTM

    UiTM KAMPUS ALOR GAJAH, MELAKA

    NAMA: MOHAMMAD SYAFIQ BIN JEMAIN

    NO. MATRIK: 2012619248

    KUMPULAN: C

    TAJUK: KAWAD KEBOMBAAN

    JURULATIH: ENCIK ASNIZAM BIN KAMBERON

  • 7/28/2019 Task 2 - Kawad Kebombaan

    2/9

    PENGENALAN

    CARA MEMBENTANG HOS:

    Coil roll- Memegang lug female coupling dan male coupling paras

    bahu dengan memastikan kedudukan hos yang dibentang

    melalui di bawah lengan.

    Dutch roll- Tangan kanan memegang kedua-dua coupling, di samping

    tangan kiri menyokong hos. Barulah balingan hos dilakukan.

    Flaking roll- Hos dibentang dengan menarik female coupling.

    Figure of eight roll- Hos dibentang dengan menarik female coupling.

  • 7/28/2019 Task 2 - Kawad Kebombaan

    3/9

    CARA MEMBAWA HOS:

    Mengepit- Menggunakan kekuatan tangan dengan meletakkan hos di

    bawah ketiak dengan memastikan male coupling di atas

    dan menghala ke hadapan.

    Memikul- Meletakkan hos di atas bahu, tangan kanan berada di atas

    hos. Tangan kiri memegang lug coupling bagi mengelakkan

    kecederaan di kepala. Male coupling berada di bawah

    dan menghala ke hadapan bagi mengelakkan kecederaan

    semasa membawa hos.

    Membimbit

  • 7/28/2019 Task 2 - Kawad Kebombaan

    4/9

    CARA MENGGULUNG HOS :

    Coil roll- Gulung dari female coupling sehingga hujung (male

    coupling).

    Dutch roll- Hos diurak hingga habis di atas tanah yang rata, kemudian

    female coupling dilipat semula 0.9m daripada male

    coupling. Ia dimulakan dari lipatan tengah.

    Flaking roll- Hos diurak (lingkaran) ke hadapan dan belakang. Kemudian

    kemaskan dengan tersusun.

    Figure of eight roll

    - Setelah hos diurak sehingga habis, kemaskan male couplingdengan kedua-dua tangan didepangkan, kemudian

    dimasukkan dengan bentuk 8.

  • 7/28/2019 Task 2 - Kawad Kebombaan

    5/9

    KAWAD KEBOMBAAN H1

    PENGENALANKawad latihan ini dijalankan oleh 4 orang anggota. Semua

    permulaan kawad ini mesti dilakukan pada permulaan semua

    kawad kebombaan. Perlu diingatkan semua perbuatan seperti

    senang diri, sedia, ke-kanan lurus, pandang hadapan, berpusing,

    berjalan dan berlari adalah sama seperti kawad kaki.

    PERALATAN YANG DIPERLUKAN :

    Hos 200 kaki Nozel Pam pili bomba

    HUKUMAN

    KAWAD H1 Satu aliran 300 kaki PASUKAN GERAK.!.

    PERGERAKAN

    Apabila dapat hukuman : Kesemua sekali ( 4 orang ) buat kerja

    serentak.

    Orang No 1 : Ambil satu gulung hos satu nozzle lari ke-hadapan 200

    kaki tunggu dan sambung coupling no. 3, bentangkan hos,

    sambung nozzle, standby di bahagian hadapan bersama no. 3 & 4.

  • 7/28/2019 Task 2 - Kawad Kebombaan

    6/9

    Orang No 2 : Ambil Standpipe / Hydrant Key and Bar sambungkan

    ke pili bomba dan sambut coupling no. 4, sambung ke stand pipe.

    Orang No 3 : Ambil satu gulung hos , lari ke 100 kaki dan sambung

    coupling no.4 dan bentang hose kehadapan serta sambut couplingno.1 dan sambung. Setelah selesai hendaklah lari kehadapan,

    bantu orang no. 1 memegang nozzle.

    Orang No 4 : Ambil satu gulung hos, sambung di standpipe pada no.

    2 dan bentang hos tersebut. Setelah coupling no. 3, cantumkan dan

    terus lari kehadapan membantu no. 3 & 1 memegang nozzle.

    APABILA PERGERAKAN SIAP :

    - No. 1 perintahkan no. 4 BUKA AIR

    - No. 4 jawab perintah no. 1 , dan terus lari kepada orang no. 2

    pada jarak 100 kaki BUKA AIR

    - No. 2 jawab perintah no. 4 dan terus buka air dengan

    menggunakan Hydrant Key.

    - No. 4 lepas memberi arahan lari balik kehadapan Bantu no. 1 & 3memegang nozzle.

    PERGERAKAN TUTUP AIR DAN KEMAS :

    Jurulatih akan mengarahkan TUTUP AIR DAN KEMAS

    - No. 1 akan sambut arahan tersebut dan seterusnya perintah

    kepada no. 4 TUTUP AIR DAN KEMAS

    - No. 4 akan sambut arahan tersebut dan seterusnya berlari ke no. 2

    pada jarak

    100 kaki dan arahkan TUTUP AIR DAN KEMAS

  • 7/28/2019 Task 2 - Kawad Kebombaan

    7/9

    - No. 2 sambut arahan tersebut dan seterusnya menutup air

    daripada pili bomba.

    Setelah perjalanan air diberhentikan , semua anggota yang terlibat

    didalam kawad mengemas peralatan masingmasing dan susunditempat asal peralatan mengikut susunan yang teratur.

    Semua anggota yang terlibat hendaklah beratur dalam keadaan

    SEDIA dihadapan peralatan / seterusnya

    No. 1 bertindak sebagai ketua pasukan melaporkan pada jurulatih

    bahawa pasukan telah siap menjalankan kawad.

    RAJAH KAWAD H1

  • 7/28/2019 Task 2 - Kawad Kebombaan

    8/9

    KAWAD KEBOMBAAN H2

    HUKUMAN

    Semua anggota hendaklah menjalankan kawad H1 terlebihdahulu / setelah siap.

    HUKUMAN

    KAWAD H2 Satu aliran 400 kaki PASUKAN..GERAK !

    PERGERAKAN

    ( MENAMBAH ALIRAN DI BAHAGIAN A ATAU B 100 KAKI ATAU300 KAKI )

    Orang No. 4 : Lari ketempat peralatan / ambil satu gulung hos ,

    membentang dibahagian A atau B . Jika dibahagian A

    bentangkan dengan cara U shape. Jika dibahagian B

    bentangkan dengan cara ( Figure of 8 ) No. 8 . Setelah siap / lari ke

    no. 2 meminta tutup air . Selepas itu lari kehadapan membantu no. 1

    & 3.

    Orang No. 1: Sebaik sahaja air berhenti mengalir no. 1 mengarahkan

    no. 3 & 4 membantu penyambungkan hos. Setelah siap no.1

    arahkan no. 4 meminta buka air daripada no. 2 pada jarak 100 kaki.

    Orang No. 4 : Jawab arahan no. 1 , lari ke no. 2 pada jarak 100 kaki

    dan minta buka air.

    Orang No. 2 : Jawab arahan no. 4 terus buka air pili bomba dan no.

    4 seterusnya berlari kehadapan bantu no. 1 & 3 memegang hos.

    PERGERAKAN TUTUP AIR DAN KEMAS

    Pergerakan ini hendaklah dilakukan mengikut pergerakan kawad

    H1

  • 7/28/2019 Task 2 - Kawad Kebombaan

    9/9

    RAJAH KAWAD H2