tariqat ba alawi

Upload: semut-hitam

Post on 05-Nov-2015

70 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

g

TRANSCRIPT

Khazanah Bendahara Seri MaharajaTariqat Ba 'AlawiBismillahirrahmanirrahim Mulai abad ketujuh Masihi, wilayah Hadhramaut di Yaman telah dikuasai oleh kerajaanIslam di Madinah. Beberapa sahabat penting seperti Sayyidina Ali, Muaz bin Jabal,Abu Musa Al-Asyari dan panglima Khalid Al-Walid telah diutus ke Hadhramaut bagi menyampaikan ajaran agama Islam di situ. Semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar RA, golongan murtad yang diketuai oleh Al-Asyath ibn Qais Al-Kindi telah menyerangkawasan Kindah di wilayah Hadhramaut. Abu Bakar lantas mengutus pasukan Islam kesana lalu berjaya menewaskan golongan murtad ini. Dalam masa penaklukan negeriIraq, orang-orang Islam di Hadhramaut telah memainkan peranan penting dalam mengalahkan tentera Parsi Sasanian. Justeru, ramai di antara penduduk Hadhramaut yang berhijrah ke negeri Iraq, terutamanya dibawah pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab.

Dalam masa pemerintahan Khalifah Al-Mutamid (870-892M) dari Daulah Abbassiyyah yaat di Baghdad, seorang buyut (atau generasi ke 5) kepada Sayyidina Al-Hussein, iaitu Muhammad Al-Naqib ibni Al-Uraidhi bersama-sama anaknya Isa ibni Naqib telahkeluar dari Madinah pergi ke Basrah di Iraq. Di sana Isa telah berkahwin dan dikurniakan seorang putera bernama Ahmad. Semasa pemerintahan Khalifah Al- Muqtadir (908-932M), zuriat Rasulullah SAW sering terdedah kepada kekejaman, penindasan dan penganiyaan disebabkan perasaan kedengkian Khalifah Abbasiyyah atas mereka. Kewibawaan ahlul-bait juga dianggap sebagai menggugat kuasa kepimpinan sehingga sasaran penindasan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Kebetulan dimasa itu juga, pemberontakan yang ditimbulkan oleh puak Zanj (bekas hamba kulit hitam) telah menimbulkan huru hara di Iraq.

Kekacauan ini telah menyebabkan ramai dari kaum solihin yang berhijrah demi mengelitnah dan ancaman. Diantaranya ialah Imam Ahmad bin Isa yang meninggalkan Basrahdalam tahun 929M (bersamaan 317H). Dibawa bersama isterinya Zainab binti Abdullah bin Hassan bin Ali Al-Uraidi (seorang ahlul-bait), dan anaknya Ubaidullah serta isterinya Ummul Banin binti Muhammad bin Isa, cucunya Ismail serta 70 orang ahli keluarga yang lain, manakala anak-anaknya Muhammad, Hassan dan Ali disuruh tinggal di Iraq bagi menjaga harta peninggalannya. Bersempena dengan peristiwa penghijrahan Imam Ahmad di jalan Allah SWT ini, beliaumendapat nama gelarannya yang terkenal, iaitu Muhajirullah yang bermaksud Hijrah di Jalan Allah .

Dalam musafirnya beliau sempat bermukim setahun di Madinah dan kemudian meneruskananan ke Mekah. Waktu itu muncul kaum Qaramithah di Iraq dan mencabut Hajarul Aswad dari tempatnya di Kaabah kemudian membawanya ke tempat asal mereka di negeriBahrain, hanya selepas 22 tahun kemudian baru dikembalikan Hajarul Aswad ke tempatnya semula. Pada tahun berikutnya Imam Ahmad telah mengerjakan ibadat haji di Mekah dan ketikawaf telah mengusap tangannya di tempat Hajarul Aswad yang kosong itu dengan hatiyang meruntun. Di Kota Mekah kedengaran peristiwa-peristiwa pembunuhan, pemerkosaan dan perompakan serta berbagai keganasan yang terjadi ketika kaum Qaramithahmenyerbu di sana. Setelah bermesyuawarat, Imam Ahmad dan kaum keluarganya bersegera meninggalkan Hijaz.

Rombongan Imam Ahmad al-Muhajir keluar dari Mekah melalui padang sahara menuju Asirke Yaman, di sebuah daerah terpecil iaitu Lembah Hadhramaut. Waktu itu wilayahini berada dalam penguasaan kaum Khawarij Ibadiyyah yang telah menguasai kawasantersebut sejak zaman pemerintahan Dinasti Umayyah lagi.

Imam Ahmad mempunyai kekayaan yang amat besar di Iraq. Menurut sejarahnya ketika sadi Hadhramaut ia membawa 13 ekor unta yang mengangkut emas dan perak, iaitu sebahagian dari kekayaannya waktu di Iraq. Di kota pertama yang disinggahinya di Hadhramaut, iaitu al-Hajrain, beliau telah membeli rumah dan pekebunan kurma berharga 1500 dinar. Tidak lama kemudian, beliau telah meninggalkan kota itu serta menghadiahkan rumahnya dan kebun kurma kepada seorang pengikutnya bernama Syawih. Kemudian beliau berangkat pula ke perkampungan Bani Jusyair dan dari sana berangkat lagi ke desa Husaisah dekat Kota Tarim.

Imam Ahmad al-Muhajir mempunyai seorang putera yang bernama Ubaidillah, darinya kelhir tiga putera yang bernama Bashri, Jadid dan Alwi. Pada Imam Alwi inilah dinasabkan golongan Sadah di Hadhramaut dengan sebutan Aali (keluarga) Ba Alawi, sedangkan keturunan kedua saudaranya itu terputus dengan berakhirnya abad ke 6 Hijrah.Selain pemakaian prediket Sayyid atau Syarif yang di gunakan oleh zuriat Nabi itu, keturunan ahlul-bait Hadhrami juga kemudiannya mula dikenali dengan gelaranHabib yang bermakna orang yang dikasihi. Beberapa lama setelah kewafatan Imam Ahmad al-Muhajir, zuriatnya yang bernama Imamin Alwi @Khali Qasam dan saudaranya Salim serta kaum kerabat mereka telah berpindah ke Kota Tarim. Semenjak itu Kota Tarim pun digelar dengan nama al-Ghanna sebagai tempat tinggal bagi keturunan yang mulia ini. Kebetulan memang terdapat beberapa makam sahabat Nabi SAW yang mulia yang meninggal di sana pada waktu serangan para sahabat RA anhum atas orang-orang murtad.Mazhab Imam Ahmad al-Muhajir

Beberapa sumber sejarah menyebutkan bahawa Imam Ahmad al-Muhajir adalah seorang Sunrmazhab Syafiee. Namun ia bukanlah bertaklid sepenuhnya kepada Imam Syafiee kerana dirinya sendiri bukan calang-calang ulama, tetapi merupakan tokoh Islam yangterkenal luas dalam ilmu pengetahuan, mampu melakukan istinbath (menggali hukum)langsung dari al-Quran dan Sunnah Nabi SAW yang kedua-duanya adalah dasar dan landasan utama pemikiran Imam Syafiee.

Sumber lain menyebut bahawa ia mengikuti mazhab para leluhurnya, para Imam dari kalahlul-bait Rasulullah SAW seperti Imam Jaafar Sadiq, Imam Muhammad al-Baqir danImam Ali Zainal Abidin. Sejarahwan Hadhramaut Muhammad asy Syatiri menyatakan bahawa:

Mazhab Ibadiyyah adalah mazhab yang dominan di Hadhramaut di mana mereka mempunyaiuh dalam pelaksanaan berbagai hal di hadapan mereka. Tetapi Imam Ahmad al-Muhajir dengan ilmunya, kekuatan peribadinya dan keberaniannya mampu menyebarkan Mazhab Sunni Syafiee di Hadhramaut sehingga akhirnya peringkat demi peringkat dapat menempati Mazhab Ibadhiy sesuai dengan cara perkembangan mazhab. Berkata ia dan murid-muridnya dari kalangan ahlussunnah berubahlah Tanah Hadhramaut menjadi negeri Sunni Syafiee. Dan sebelum berakhir abad ke 7 Mazhab Ibadhiy telah lenyap samasekali dari Hadhramaut dan merata Mazhab Sunni Syafiee di sana.

Kaum Alawiyyin juga telah mengikuti aliran Imam Abul Hassan al-Asy ari dalam bab Usin.

Disamping itu kaum Alawiyyin juga mempunyai tariqah yang tersendiri iaitu TARIQAH ADAH AL ABI ALAWIY, ringkasnya Tariqah Alawiyyin atau Tariqah Ba-Alawi. Tariqah Alawiyyah merupakan salah satu tariqah muktabarah dari 41 tariqah yang ada di dunia. Pada hari ini Tariqah Alawiyyah telah tersebar hingga ke berbagai negara, seperti Afrika, India dan Asia Tenggara.

Kesimpulannya; Kaum Alawiyyin adalah hakikatnya mengikuti ajaran Ahlus-Sunnah Wal Jamaah dari aspeangan Iman dan Iktiqad, Ilmu Feqah dan Tasawufnya, iaitu;

Mengikut Ahlus-Sunnah Wal Jamaah iaitu ajaran Imam Abul Hassan Al-Asyariee dalamakidah dan kedudukan iman, Imam Syafiee dalam perkara Feqah, dan mengikut tariqah Ba Alawi yang dipeloporkan oleh nenek moyang mereka Syeikh Muhammad Al-Faqih Al-Muqaddam itu, menerusi sanad nenda-nendanya sehingga kepada Rasulullah SAW. Disebut bahawa pendiri Tariqat Alawiyyin di Hadhramaut adalah al-Imam Muhammad bina Alawi yang digelari dengan jolokan al-Faqih Muqaddam, lahir di Tarim pada tahun 574 Hijrah dan wafat pada tahun 653 Hijrah atau 1232 Masihi. Salasilahnya adalah seperti berikut;

Muhammad al-Faqih al-Muqaddam ibni Ali ibni Muhammad Shahib Mirbath ibni Ali Khni Alawi ibni Muhammad ibni Alawi ibni Ubaidillah ibni Ahmad Muhajirullah ibni Isa Al-Rumi ibni Muhammad Naqib ibni Ali Al-Uraidhi ibni Jaafar As-Sadiq ibni Muhammad Al-Baqir ibni Ali Zainal Abidin ibni Al-Hussein ibni Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah SAW

Ajaran tasawuf yang diperkenalkan pertama kalinya kepada al-Faqih al-Muqaddam dipernya dari seorang arifbillah, iaitu Syeikh Abu Madyan al-Maghribi. Syeikh Abu Madyan merupakan pengikut Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, pendiri Tariqat Qadiriyyah,selain penuntut daripada salah seorang Syeikh dari sanad Tariqat Syaziliyah. Bagaimanapun al-Faqih al-Muqaddam tidak memperolehi ajaran Syeikh Abu Madyan secara langsung, tetapi melalui perantara beberapa pengikutnya yang sampai ke Mekah. Al-Faqih al-Muqaddam adalah tokoh Alawiyyin pertama yang menyebarluaskan ajaran tasawuf setelah mengenakan khirqah (baju tasawuf) dari Syeikh Abu Madyan melaluiseorang perantara yang bernama Syeikh Abdurrahman bin Muhammad al-Muq ad, seorang murid Syeikh Abu Madyan. Syeikh Abdurrahman telah diutus oleh gurunya khusus untuk tugas itu, tetapi telah wafat di Mekah sebelum sempat menemui Al-Faqih al-Muqaddam. Namun beliau sempat mengamanahkan tugas tersebut kepada seorang rakan yang dipercayainya iaitu Syeikh Abdullah al-Maghribi. Menurut Al-Masyra Arrawiy,Al-Faqih al-Muqaddam telah mencapai darjat al-mujtahid al-mutlaq dalam Ilmu Syariat dan makam al-Qutbhbiyah dalam bidang tasawuf. Gurunya, Syeikh Muhammad Bamarwan menyebut bahawa: Al-Faqih al-Muqaddam telah memenuhi syarat untuk menduduki jabatan Al-Imamah (dipetik dari risalah Sekilas Sejarah Salaf al-Alawiyyin coretan Sayyid Muhammad Ahmad Assyathiri) Secara berperingkat Imam Al-Faqih al-Muqaddam telah memberikan inti dan perisian hakikat kepada tariqahnya mengikut caranya yang tersendiri yang kemudian diperturunkan kepada anak cucunya. Sanad Tariqah al-Faqih al-Muqaddam diperolehinya secara turun temurun yang mana induknya adalah daripada Sayyidina al-Hussein RA yangmemperolehinya daripada ayahandanya Sayyidina Ali KMWJH yang memperolehinya daripada Rasulullah SAW. Semenjak dari masa tersebut, tasawuf menjadi terkenal di kalangan keluarga Alawiyyin di Hadhramaut, mahupun pada keluarga-keluarga yang lain. Berbagai definisi digunakan orang untuk menjelaskan tentang hakikat Tasawuf, namunpaling tepat dan paling baik ialah seperti yang dinyatakan oleh Hujjatul Islam Abu Hamid al-Ghazali seperti berikut;

Tasawuf ialah pemusatan diri sepenuhnya kepada Allah SWT, seraya meremehkan segaltu selainNya. Sebagai disiplin ilmu, Tasawuf adalah ilmu-ilmu yang menjelaskan tentang doktrin-doktrin tertentu untuk mengukur tingkat kebaikan hati dan seluruhanggota tubuh". Seorang Muhaqqiq berkata: Seorang ahli sufi ialahkhlas. Tidak mungkin ia melampaui batasan ini.

alim yang mengamalkan ilmunya d

Menurut Muhammad in Abu Bakar as-Syilli, Al-Masya ar-Rawi: Tasawuf adalah ilmu y

diri atas Usuluddin dan Hadis. Siapa mendalami kedua-duanya dan mengamalkan apa yang dipelajarinya sementara akidahnya lurus, maka ia adalah seorang Sufi. Dalam perkara ini, siapa sahaja yang tidak bersungguh-sungguh dalam berpegang padaran dan Sunnah serta tidak mencurahkan segenap daya -upayanya untuk mengikuti jejak Rasul SAW, sementara mendakwa dirinya memiliki kedudukan mulia di sisi AllahSWT, jangan sekali-kali mendengar tuturannya, walaupun sekiranya ia dapat terbang di udara, berjalan atas air, menggulung jarak perjalanan yang jauh atau melakukan hal-hal yang bertentangan dengan hukum alam yang berlaku. Keajaiban-kejaiban seperti ini sebenarnya bukanlah dari Allah SWT, tetapi adalah dari syaitan iblis, tukang-tukang sihir, ahli-ahli nujum dan ahli tenung. Hal-hal itu adalah penipuan atau istidraj dari Allah SWT. Tidak mungkin dianggap suatu karamah kecualiia datang dari orang-orang yang beristiqamah pada jalan syariat.Tariqat Ba Alawi / Alawiyyin

Semenjak al-Faqih Muqaddam pertama kali mengambil ajarah Tariqah dari Syeikh Abu Maal-Maghribi dan kemudian memasukkan perisian mengikut sistem dan cara beliau yang bersanad sehingga kepada Sayyidina Hussein RA yang memperolehinya daripada Sayyidina Ali KMWJH yang memperolehinya daripada Rasulullah SAW, secara berperingkatjalannya ini telah tersebar dengan meluas dan diikuti pula oleh keturunannya buat beberapa waktu sehingga muncullah karangan-karangan mengenai adab tariqah iniserta petunjuk-petunjuk jalannya seperti al-Kibrit al-Ahmar, al-Juz al-Lathif, al-Ma arij, al-Barqah dan sebagainya.

Berbeza dengan tariqah-tariqah yang lain, Tariqah Alawiyyin ini diwariskan secara ttemurun oleh leluhur (salaf) golongan ahlul-bait Hadhramaut sebagaimana berikut;iaitu dari datuk diperturunkan kepada ayah, kemudian diperturunkan pula kepadaanak-anak dan seterusnya dari anak ke cucu-cicitnya. Demikian seterusnya cara penurunan tariqah ini sehingga masih berlangsung masakini.

Sehingga dengan jalan ini lahirlah pula tokoh-tokoh ahlul-bait Hadhrami yang terulterunggul, mencapai taraf mujtahid dan/atau mempamirkan ciri-ciri kewalian seperti asy-Syeikh Qutb Abdurrahman as-Saqqaf yang dijuluki sebagai al-Muqaddam kedua (wafat 819H), anaknya al-Imam Ghauts Umar al-Muhdhar (wafat 833H), al-Qutb Abdullah bin Abu Bakar al-Aidrus (wafat 865H) dan anaknya Abu Bakar al-Adni (wafat914H), Syeikh Abu Bakar bin Salim yang terkenal dengan Fakhrul Wujud (wafat 992H), Syeikh al-Imam Umar bin Abdurrahman al-Attas (wafat 1072H) serta tokoh-tokohAlawiyyin terkemuka yang lainnya.

Sehinggalah tariqah ini sampai kepada pembaharunya iaitu al-Imam Syeikh al-Islam Qu-Dakwah wa al-Irsyad Abdullah bin Alwi al-Haddad (1132H). Dalam tangan beliaulahtariqah ini mengambil metod baru yang dinamainya Thariqah Ahl al-Yamin iaitu: Tariqahnya orang-orang yang menghabiskan waktunya untuk ingat dan selalu taat pada Allah dan menjaganya dengan hal-hal baik yang bersifat ukhrawi. Tariqah Alawiyyah hari ini dikenali juga dengan nama Tariqah Haddadiyah yang dinisbatkan kepadaSayyid Imam Abdullah al-Haddad selaku generasi penerus dan pembaharunya.

Menurut al-Imam al-Haddad, bahawa yang paling sesuai dengan orang-orang di masa itug paling dekat dengan keadaan mereka, dan yang paling mudah untuk menarik merekamenuju ketaatan adalah menghidupkan kehidupan keimanan mereka, yang dengan peranannya dapat menyiapkan mereka untuk meningkat kepada tangga IHSAN. Buah dari cara ini merupakan buah terbaik dalam dakwah, dan perbaikan keadaan keagamaan manusia pada umumnya.

Dalam hal suluk, Imam Abdullah al-Haddad telah membahagikannya ke pada dua bahagianu golongan khashshah dan golongan ammah (khusus dan umum).

Kelompok Khashshah (khusus), iaitu bagi mereka yang sudah sampai pada tingkat muhajmengosongkan diri baik zahir mahupun batin dari selain Allah disamping membersi

hkan diri dari segala perangai keji hingga sekecil-kecilnya serta menghiasi diridengan perbuatan-perbuatan terpuji. Kelompok Ammah (umum), iaitu mereka yang baru memulai perjalanannya dengan mengamalkn serangkaian perintah-perintah as-Sunnah.

Dengan kata lain Tariqah Alawiyyah adalah tariqah ammah, atau sebagai jembatan awau tariqah khashshah. Tariqah Alawiyyah juga memiliki kekhususan tersendiri dalampengamalan wirid dan zikir bagi para pengikutnya. Iaitu tidak adanya keharusanbagi para murid untuk terlebih dahulu dibaiat atau ditalqin atau mendapatkan khirqah jika ingin mengamalkan tariqah ini. Dengan kata lain ajaran Tariqah Alawiyyah boleh diikuti oleh sesiapa saja. Demikian pula dalam pengamalan zikir dan wiridnya, Tariqah Alawiyyah agak ringan, contohnya pembacaan Wirid Al-Lathif dan Ratib Al-Haddad, kerana tariqah ini lebih banyak menekankan segi-segi amaliah dan akhlak (tasawuf amali, akhlaqi) berbanding dengan tariqah-tariqah lain yang biasanyacenderung melibatkan riyadhah-riyadhah secara fisik dan kezuhudan ketat.

Imam al-Haddad juga mengajarkan bahwa hidup ini adalah suatu safar, atau perjalanaiyyat menuju Tuhan, iaitu perjalanan melawan hawa nafsu dan pentarbiyahan adab dan akhlak. Maka didalam safar ini, para musafir sekurang-kurangnya memerlukan empat perkara iaitu;Pertama; Ilmu yang akan membantunya membuat strategi,Kedua; Sikap wara yang dapat mencegahnya dari perbuatan haram.Ketiga; Semangat yang menopangnya.Keempat; Moral yang baik untuk menjaganya.Berkata al-Imam Ahmad bin Zein al-Habsyi: Tariqah Saadah Al Abi Alawi tiada lain adalah ILMU, AMAL, WARA, TAKUT dan IKHLASAllah SWT. Tariqah ini tidak menyimpang sehujung kaki semut pun dari aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Ringkasnya, Tariqah Alawiyyah menitik-beratkan pada keseimbangan antara ibadah mahdiaitu muamalah dengan Khaliq, dengan ibadah ghoiru mahdhah, yakni muamalah dengan sesama manusia yang dikuatkan dengan adanya majlis-majlis talim yang mengajarkan ilmu dan adab serta majlis-majlis zikir dan adab. Dengan kata lain, tariqah ini mencakup hubungan vertikal (hubungan makhluk dengan Khaliqnya) dan hubungan horizontal (antara sesama manusia), atau hubungan hablumminallah yang mendalam serta hablumminannas.

Selain itu, Tariqah Alawiyyah mengajar kita untuk bermujahadah atau bersungguh-sungalam menuntut ilmu guna menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Dalam hal ini lintasan sejarah menyaksikan bahawa sebahagian dari As-Saadah Bani Alawi pergi ketempat-tempat yang jauh untuk belajar ilmu dan akhlak dari para ulama, sehinggatidak pula sedikit dari mereka yang kemudiannya menjadi ulama besar dan pergantungan panutan umat Islam di zamannya.

Ramai dari kalangan mereka yang membuat pengorbanan bermusafir dan berhijrah ke merempat di seluruh alam ini untuk berdakwah di jalan Allah, mengajarkan ilmu syariat dan bidang ilmu agama lainnya dengan penuh kesabaran, baik di kota mahupun dihujung-hujung desa serta pendalaman. Berkat berpedoman pada Al-Quran dan As-Sunnah, disertai kesungguhan dan keluhuran akhlak dari para pendiri dan penerusnya,Alhamdulillah Tariqah Alawiyyin mampu mengatasi cabaran zaman dan tetap hidup sampai saat ini.

Tasawuf di Hadhramaut yang berintikan ibadah, zikir, akhlak dan zuhud, lebih banyak

rapkan dalam kehidupan sehari-hari dan disampaikan secara langsung oleh syeikh (guru) kepada murid-muridnya daripada diperbincangkan dan dipelajari secara teori. Itulah sebabnya tidak terlalu banyak dijumpai buku-buku yang ditulis oleh mereka tentang doktrin-doktrin Ilmu Tasawuf, walaupun tokoh-tokoh besar mereka lebihbanyak jumlahnya dibandingkan dengan dari negeri-negeri lain.

Dengan lain makna, mereka lebih banyak mencurahkan perhatian kepada membentuk perimanusia secara langsung daripada mengarang buku-buku untuk tujuan tersebut. Menurut mereka sudah cukup banyak kitab-kitab tentang tafsir al-Quran, kumpulan Hadis-hadis Nabi SAW, Feqah dan Akhlak seperti Sahih Bukhari dan Muslim, Tuhfah,Ihya Ulumuddin dan banyak lagi yang lain, sedangkan yang lebih perlu dan mendesak ialah pengamalan segala isi kandungan kitab-kitab tersebut.

Pada hakikatnya, tindakan seperti itu adalah upaya menyibukkan diri dengan MAKNA yaasa diistilahkan dengan dirayah (inti pengetahuan) yang tentunya lebih utama dari BENTUK yang biasa diistilahkan dengan riwayah (penyampaian pengetahuan). Meskipun demikian, bukanlah bermakna alim-ulama Alawiyyin tidak ada yang mengarang, dan jumlahnya pula tidaklah terlalu sedikit terutamanya dalam bidang Aqidah dan Akhlak seperti kitab-kitab yang dikarang oleh al-Habib Imam Abdullah al-Haddad; dan di bidang Ilmu Feqah pula kitab Bughyatul Mustarsyidin karangan Sayyid Abdurrahman al-Masyur yang sampai sekarang masih dipelajari di Indonesia, khususnyadi pesantren-pesantren dan Mahkamah Syariah sebagai antara sumber rujukan mereka.

Pada umumnya mereka sangat menekuni kitab-kitab Imam al-Ghazali terutamnya al-Ihya,asith, al-Wasith, al-Wajiz dan al-Khulashah. Pada hari ini pengikut Tariqah Alawiyyin banyak menekuni kitab-kitab dan syair-syair karangan Imam Abdullah al-Haddad. Antaranya ialah:i. An-Nashaaih Ad-Dinniyah Wal-Washaya Al-Imaniyah.ii. Ad-Dakwah At Tammah.iii. Risalah Al-Mudzakarah Maal-Ikhwan Wal-Muhibbiniv. Al Fushuul Al-Ilmiyah.v. Al-Hikam.vi. Risalah Adab Sulukil-Murid.vii. Sabilul Iddikar.viii. Risalah Al-Muawanah.ix. Ittihafus-Sail Bi-Ajwibatil-Masail.x. Ad-Durrul Manzhum Al-Jamii Lil-Hikam Wal-Ulum.

Muhammad bin Abu Bakar as-Sylli menyatakan : Demikian itulah para salaf kita dariwi yang menempuh jalan ini serta mengamalkan ilmu yang mereka kuasai. Mereka menghabiskan usia yang berharga seraya menjauhkan diri dari segala kesibukan lainnya demi mengikuti Sunnah Nabi SAW dan menerapkannya dalam kehidupan sehari-hari.

Setiap kali seseorang dari mereka mengamalkan suatu sunnah, Allah SWT mengangkatnyarah pengamalan suatu sunnah lain yang tadinya belum diamalkannya lagi. Sehinggaterlaksanalah kewajiban-kewajiban dan perkhidmatan-perkhidmatan sejauh mungkin mengikut kemampuan insani dengan memperolehi kekuatan limpahan bekal Rabbani.

Tariqah Alawiyyah juga bersifat sentiasa menutupi dan dan tidak berlebih-lebihan daenonjolan diri, kecuali penonjolan yang berdasarkan ilmu dan hidayat. Sebahagiantariqah ini adalah berkunjung kepada sahabat handai dan saudara mara untuk membina ukhuwah, menziarahi para solihin yang telah meninggal dunia seperti kuburan salafus solih dengan niat baik selama tidak terjerumus dalam perkara-perkara makruh atau haram, menghadiri majlis ilmu dan zikir yang disertai adab dan tiadk adapercampuran sesama lelaki perempuan. Tariqah Alawiyyah juga mengajarkan bahawa konsep zuhud bukan bermakna kebencian ata

u penolakan kepada kekayaan harta duniawi, tetapi semata-mata pembebasan jiwa dari keterikatan kepada dunia dan kerakusan meraih segala kenikmatan-kenikmatan dunia. Seorang yang berzuhud akan sentiasa bersyukur dengan segala limpahan anugerah Allah SWT tanpa bersikap sombong, tidak terkesan pada hati sanubarinya akan semua limpahan tersebut malahan digunakan kelebihan-kelebihan yang diperolehi dengan jalan yang halal untuk kepentingan agama Allah seperti membantu fakir miskindan anak-anak yatim, memenuhi keperluan para pelajar agama, membina masjid-masjid dan pusat-pusat ilmu, melaksanakan kerja-kerja kebajikan masyarakat, menjamupara tetamu dan banyak lagi.

Al-Imam Al Qutub Ali bin Abu Bakar Asakran dalam kitabnya Al Barqatul Musyiqah metkan seperti berikut:

Adapun anak cucu Imam Ahmad bin Isa al-Muhajir yang bermastautin di Tarim, Hadhraalah sangat mulia. Mereka adalah tokoh-tokoh yang berbudi pekerti, bersopan-santun, berhemah tinggi dan bersemangat jitu. Dalam pada itu mereka juga bersifat merendah diri (tawadhu ), cinta kepada kebaikan dan orang-orang baik. Mereka tidakmementingkan diri sendiri bahkan selalu berkorban demi menegakkan hak-hak oranglain. Seiringan dengan itu mereka berikhtiar untuk tidak dikenal sebagai orangyang banyak menabur budi. Banyak diantara mereka yang menjadi alim-ulama, imam dan masyaikh yang mulia danf aqhtab, autad, abdal aulia dan ahli ibadah. Perhatian mereka hanya tertumpu pada Allah, tenggelam dalam cinta kepadaNya. Terkumpul pada mereka kemuliaan Nubuwah, nasab yang terpilih dan suci dan tidak ternoda oleh bermacam bidaah. Merekasangat sempurna dalam menjaga diri untuk mengikuti al-Quran dan As-Sunnah disertai dengan aqidah yang sihat.

Secara umum mereka semua mementingkan ilmu. Perhatian mereka tercurah kepada ilmul-Quran, Al-Hadis serta tasawuf dengan mengutamakan kitab At Tanbih, Al Muhazzab, kitab-kitab Imam Ghazali dan tulisan-tulisan Imam Nawawi. Sehubungan dengan itu kegiatan ilmiah mereka berkisar dalam bidang dakwah mengajak manusia kepada jalan yang lurus dalam berbagai cara di setiap tempat dan masa setelah mereka sendiri mengamalkan apa yang mereka ketahui. Ada yang berdakwah di beberapa majlis manakala yang lain menjangkau ke seluruh pelosok bandar dan desa. Mereka berbekalkan akhlak cemerlang, amalan terpuji dan kesabaran yang tinggi. Sesetengah Sada Ba Alawi pula memenuhkan masa dengan mengajar dan memberi fatwaeri menafaat kepada manusia. Manakala yang lain pula apabila melihat di zaman mereka terjadi apa yang telah diberi amaran oleh Nabi SAW, tentang orang-orang berilmu tidak beramal, mencari ilmu untuk kepentingan dunia, hawa nafsu yang diikutkan, orang yang tidak layak diberi tugas, orang jahil berpoya-poya mengikut tingkat kejahilan masing-masing, lantas mereka meninggalkan mengajar, memberi fatwaatau menulis buku. Mereka menumpukan kepada hal-hal yang lebih mendekatkan dirikepada Allah. Mereka sentiasa mengelakkan diri dari perkara-perkara yang kontraversi dan perdebatan ulama .Sumber buku Ahlul-Bait (Keluarga) Rasulullah SAW & Ulama-Umara di Alam MelayuRujuk laman Karya-karya Penulis untuk maklumat lanjut.Version: Mobile | Web