tambah masa(rph)

Upload: chichiro-ngu

Post on 08-Jan-2016

227 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

5

TRANSCRIPT

Rancangan Pengajaran HarianTarikh:25 Ogos 2015 (Selasa)

Masa:9:50-10:50 (60 minit)

Kelas:3B

Bilangan Murid:27 orang

Bidang :Sukatan Dan Geometri

Tajuk:Masa Dan Waktu

Standard Kandungan:10.4 Menambah masa.

Standard Pembelajaran:i) Menambah hingga tiga masa melibatkan:(a) Jam dengan jam.(b) Minit dengan minit.(c) Jam dan minit.(d) Minit dan saat.

Pengetahuan Sedia Ada:i. Murid telah berupaya untuk menyatakan waktu dalam jam dan minit.ii. Murid telah berupaya untuk menyatakan perkaitan antara minit dengan saat.

Hasil Pembelajaran:Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :i. Menambah jam dengan jam, minit dengan minit, jam dan minit serta minit dengan saat.

Kemahiran Berfikir:Membuat kaitan dan perhubungan (murid dapat menukar jam kepada minit, minit kepada saat dengan betul).

Elemen Merentasi Kurikulum:Kreativiti dan inovasi(berdasarkan masa yang diberi, murid dapat memberi beberapa cantuman tambah untuk menghasilkan masa tersebut).

Nilai murni:Teliti, bekerjasama.

Bahan Bantu Mengajar:Jam dinding, lembaran kerja 1, pelekat.

FasaCadangan AktivitiCadangan KomunikasiCatatan

1. Persediaan(5 minit)1. Murid memerhatikan muka jam yang ditunjukkan oleh cikgu.2. Murid diminta menyatakan jarum yang mewakili jarum jam dan jarum minit.3. Murid diminta menyatakan waktu yang ditunjukkan pada muka jam tersebut.4. Murid diminta menyebut waktu yang ditulis pada papan tulis dan menyatakan bahagian jam dan bahagian minit berdasarkan waktu tersebut.

i. Mana satu ialah jarum jam?ii. Mana satu ialah jarum minit?iii. Mana satu ialah jarum saat?iv. Pukul berapa sekarang?v. Sila sebutkan masa ini.

Bahan bantu mengajar: jam dinding

2. Imaginasi(20 minit)Menambah jam dengan jam:1. Murid membaca contoh pertama.

Menambah minit dengan minit:2. Murid membaca contoh kedua dan ketiga.3. Dua murid dipanggil untuk menjawab contoh kedua dan ketiga tersebut.

Menambah jam dan minit:4. Murid menyatakan perkaitan antara jam dan minit.5. Murid membaca contoh keempat dan kelima.6. Murid dibimbing menjawab contoh keempat.7. Murid dipanggil nama untuk menjawab contoh kelima.

Menambah minit dan saat:8. Murid menyatakan perkaitan antara minit dan saat.9. Langkah 5 hingga langkah 7 diulang dengan menunjukkan contoh keenam dan ketujuh. i. 1 jam bersama dengan berapa minit?ii. 1 minit bersama dengan berapa saat?

Contoh 1:8 jam + 12 jam =

Contoh 2: 18 minit+ 23 minit_________

Contoh 3: 35 minit+ 6 minit__________

Contoh 4:2 jam 8 minit + 3 jam 44 minit + 1 jam 10 minit =

Contoh 5:7 jam 37 minit+ 4 jam 43 minit

_____________

Contoh 6: 5 minit 22 saat + 10 minit 56 saat

______________

Contoh 7:1 minit 10 saat + 5 minit 24 saat + 1 minit 45 saat =

3. Perkembangan(15 minit)Aktiviti Berpasangan:1. Murid disuruh membuat lembaran kerja 1 secara berpasangan.2. Masa yang digunakan oleh setiap pasangan untuk menyiapkan lembaran kerja tersebut akan direkod oleh cikgu. 3. Oleh itu, setiap pasangan perlu menjawab lembaran kerja tersebut dengan betul dan pantas.4. Jawapan disemak oleh cikgu.

Arahan:i. Cikgu mahu kamu duduk secara berpasangan.ii. Siapkan lembaran kerja 1 ini dengan pasangan kamu.iii. Cikgu akan rekod masa yang kamu gunakan dan semak jawapan kamu.iv. Tempat pertama, kedua dan ketiga akan mendapat ganjaran.

Bahan bantu mengajar: lembaran kerja 1

4. Tindakan(17 minit)Perbincangan Set Soalan:1. Murid ditunjukkan cara untuk menyelesaikan soalan-soalan yang dijawab salah dalam lembaran kerja tadi. (Murid yang jawab betul dipanggil untuk menunjukkan cara dan memberi penjelasan di depan kelas)2. Murid diminta menjawab soalan baru yang semirip dengan soalan yang dibincang tadi.3. Keputusan bagi aktiviti berpasangan tadi diumumkan.4. Pasangan yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga akan diberi gajaran.

Bahan bantu mengajar: pelekat

5. Penutup(3 minit)1. Murid disuruh membuat latihan dalam buku aktiviti(m/s 99) dan buku kerja sebagai kerja rumah.

i. Sila siapkan latihan dalam buku aktiviti(m/s 99) dan buku kerja sebagai kerja rumah.

PentaksiranBerdasarkan lembaran kerja 1, latihan dalam buku kerja dan buku aktiviti, murid harus dapat melengkapkan latihan-latihan tersebut dengan betul.

Nama: Lembaran Kerja 1:A) Jawab semua soalan.1. 14 jam + 23 jam ________

2. 78 minit + 4 minit _________

4. 3 jam 44 minit + 19 jam 26 minit

_______________ 5. 5 minit 30 saat + 25 minit 40 saat

________________

B) Jawab dalam bentuk lazim.1. 4 jam 20 minit + 12 jam 30 minit + 5 jam 27 minit =

2. 8 minit 40 saat + 15 minit 9 saat + 22 minit 33 saat =

C) Pilih jawapan dengan betul.1. 9 jam 14 minit =

A) 5 jam 3 minit + 4 jam 10 minitB) 4 jam 50 minit + 4 jam 24 minit

2. 10 minit 26 saat =

A) 5 minit 18 saat + 4 jam 8 saatB) 5 minit 19 saat + 5 jam 7 saat