cadangan aktiviti operasi tambah
DESCRIPTION
Operasi tambahTRANSCRIPT
Slide 1
Cadangan Aktiviti untuk mengajar Murid Pemulihan
Operasi Tambah +
Berikut adalah urutan cadangan aktiviti yang sesuai untuk membantu murid mengembangkan maksud bagi operasi tambah:
Konkrit bahan manipulatif / maujud
Separa Konkrit perwakilan operasi dalam gambar
Abstrak ayat nombor / situasi
Konkrit bahan manipulatif / maujud
Arahan :
Murid diberikan beberapa biji guli dalam satu bekas.
Murid akan mencabut keluar satu kad operasi tambah daripada bekas yang disediakan.
Murid dikehendaki menyelesaikan operasi tambah tersebut dengan menggunakan guli dengan board Matematik yang disediakan.
Seterusnya, murid akan menyemak semula jawapannya dengan menggunakan garis nombor ataupun dalam bentuk lazim.
Separa Konkrit perwakilan operasi dalam gambar
Arahan :
Guru menyediakan beberapa operasi tambah yang mempunyai gambar buah buahan di papan putih.
Murid dikehendaki menyelesaikan operasi tambah berikut dengan menampal jumlah bilangan gambar buah buah yang betul daripada bakul buah buahan yang disediakan.
Seterusnya, murid akan menyemak semula jawapannya dengan menggunakan garis nombor ataupun dalam bentuk lazim.
Arahan :
Guru menyediakan satu situasi kedai buah buahan.
Murid murid dikehendaki menyelesaikan operasi tambah dalam bentuk lazim berdasarkan situasi yang diberi.
Seterusnya, murid akan menyemak semula jawapannya dengan menggunakan garis nombor.
Abstrak ayat nombor / situasi