taman herba

5
KERTAS KERJA CADANGAN PEMBINAAN TAMAN WARISA HERBA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN JASMIN, KAJANG 1.0 PENDAHULUAN . Taman Herba Sekolah merupakan salah satu instrumen yang penting untuk mendedahkan murid – murid terhadap kepentingan dan kegunaan tumbuhan semula jadi di sekeliling mereka. Justeru itu, Panitia Sains dan Kemahiran Hidup mengambil inisiantif untuk mewujudkan Taman Warisan Herba SK Taman Jasmin untuk memperkenalkan murid - murid kepada herba dan tumbuhan yang berguna. 2.0 MISI . Penubuhan Taman Herba Sekolah adalah untuk memelihara warisan ubatan-ubatan yang berasaskan herba yang diwarisi oleh nenek moyang kita dahulu. Kewujudan taman herba ini juga dapat meningkatkan pengetahuan tentang tanaman-tanaman herba dan kegunaan-kegunaannya yang semakin dilupakan oleh generasi masa kini. 3.0 VISI Menjadikan Taman Herba ini sebagai sumber rujukan kepada para pelajar dan warga SK Taman Jasmin . Senantiasa menambah baik dan menambah koleksi herba dan tanaman yang mempunyai nilai perubatan . 4.0 OBJEKTIF.

Upload: tiongann2535

Post on 04-Jan-2016

23 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

sains

TRANSCRIPT

Page 1: Taman Herba

KERTAS KERJA CADANGAN PEMBINAAN TAMAN WARISA HERBA

 SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN JASMIN, KAJANG 

1.0   PENDAHULUAN .

Taman Herba Sekolah merupakan salah satu instrumen yang penting untuk

mendedahkan murid – murid terhadap kepentingan dan kegunaan tumbuhan semula

jadi di sekeliling mereka. Justeru itu, Panitia Sains dan Kemahiran Hidup mengambil

inisiantif untuk mewujudkan Taman Warisan Herba SK Taman Jasmin untuk

memperkenalkan murid - murid kepada herba dan tumbuhan yang berguna.

2.0   MISI .

Penubuhan Taman Herba Sekolah adalah untuk memelihara warisan ubatan-ubatan

yang berasaskan herba yang diwarisi oleh nenek moyang kita dahulu. Kewujudan

taman herba ini juga dapat meningkatkan pengetahuan  tentang tanaman-tanaman

herba dan kegunaan-kegunaannya yang semakin dilupakan oleh generasi masa kini.

3.0   VISI

Menjadikan Taman Herba ini sebagai sumber rujukan kepada para pelajar  dan warga

SK Taman Jasmin  . Senantiasa menambah baik dan menambah koleksi herba dan

tanaman yang mempunyai nilai  perubatan .

4.0   OBJEKTIF.

Objektif  Kertas Kerja ini ialah :

1. Untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbir sekolah tentang

cadangan pembinaan Taman Herba Warisan Sekolah.

2. Mendapatkan peruntukan yang diperlukan dari wang panitia yang difikirkan perlu

mengikut skema Penilaian dan Pemantauan Program Warisan Taman Herba

3. Mewujudkan sebuah Taman Herba yang kemas , cantik dan teratur dari segi

landskap dan susun atur tanaman herba yang dipamerkan.

Page 2: Taman Herba

4. Mendapatkan  kerjasama yang erat daripada pihak pengurusan sekolah  dan

pihak jawatankuasa pelaksana Taman Herba .

5. Menyelaras setiap tugas dan tanggungjawab supaya tidak berlaku pertindihan

tugas dan memastikan kelancaran aktiviti yang dirancang.

                                    5.0 AHLI JAWATANKUASA TAMAN WARISAN HERBA

PENASIHAT                 :          EN SAHROM BIN SHAMSUDIN                                               GURU BESAR SK TAMAN JASMIN

PENGERUSI                :          PN  MARINA BT AHMAD                                               PK KOKURIKULUM

PENYELARAS I            :         PN SAPIAH BT ISMAIL                                               KETUA PANITIA SAINS PENYELARAS II           :        PN NORAINI BT ABDULLAH

KETUA PANITIA KEMAHIRAN HIDUP

AJK GURU DAN KAKITANGAN :          

SEMUA GURU SAINS DAN KEMAHIRAN HIDUP

                       

6.0 ANGGARAN KOS MENGIKUT CADANGAN  DAN SUMBER KEWANGAN

                                     

Bil Perkara Jumlah Kos

(RM)

Sumber

1 Besi pasu bertingkat x 2 unit 350.00 Wang panitia

2 Memasang Papan Tanda dan Label

Pokok herba

300.00 Wang panitia

3 Membeli anak pokok dan benih herba ,

pasu dan tanah

600.00 Wang panitia

JUMLAH 1250.00

Page 3: Taman Herba

7.0 PENUTUP :

            Program Taman Warisan Herba SK Taman Jasmin merupakan projek

kolaborasi antara panitia Sains dan Kemahiran Hidup. kertas kerja ini telah dirancang

untuk mencapai matlamat tersebut. Diharapkan segala cadangan  dan masalah yang

dikemukan dalam kertas kerja ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya daripada

pihak pentadbiran sekolah serta pihak PIBG supaya projek ini dapat dijalankan

mengikut perancangan yang telah dirancang oleh pihak jawatankuasa Taman Warisan

Herba. Akhirnya, dengan kerjasama pelbagai pihak diharapkan Taman Warisan Herba

SK Taman Jasmin akan mendapat mencapai kejayaan yang membanggakan pada

tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

DISEDIAKAN OLEH : DISAHKAN OLEH :

............................................ ---------------------------------(SAPIAH ISMAIL) (PN NORLIZA BT RAMLI)KETUA PANITIA SAINS, PENOLONG KANAN 1,SK TAMAN JASMIN, KAJANG. SK TAMAN JASMIN, KAJANG

DILULUSKAN OLEH :

--------------------------------(EN SAHROM B. SHAMSUDDIN)

GURU BESAR,SK TAMAN JASMIN, KAJANG

Page 4: Taman Herba