taklimat peo kredit_hp_ ppg_ 26_apr2015

7

Upload: siti-jamariah

Post on 11-Feb-2017

136 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Taklimat  peo kredit_hp_ ppg_ 26_apr2015
Page 2: Taklimat  peo kredit_hp_ ppg_ 26_apr2015

Pernyataan Maksud PenilaianObjektif Pendidikan Program (PEO)

Satu set pernyataan-pernyataan yang menjelaskan hasil-hasil pendidikan yang perlu dicapai oleh setiap graduan dalam sesebuah program akademik setelah berada di alam pekerjaan selama di antara 3 - 5 tahun.

Penilaian selepas beberapa tahun kohort tersebut bergraduan (di antara 3 - 5 tahun).

Hasil Pembelajaran Program (PLO)

Satu set pernyataan-pernyataan yang menjelaskan hasil-hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh setiap pelajar setelah melengkapkan/lulus dalam semua kursus yang ditawarkan dalam kurikulum sesebuah program akademik.

Dinilai di hujung semester terakhir (semester 8).

Hasil Pembelajaran Kursus (CLO)

Satu set pernyataan-pernyataan (explisit & boleh diukur) menerangkan hasil-hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh seseorang pelajar di akhir sesebuah kursus.

Dinilai pada awal & hujung setiap semester (entrance & exit survey).

PEO, PLO DAN CLO

Page 3: Taklimat  peo kredit_hp_ ppg_ 26_apr2015

Sistem Pengiraan Kredit MQAn Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) mencadangkan 40 jam = 1 kredit & pelajar dikehendaki menyempurnakan 120 kredit (minimum) untuk Sarjana Muda dengan Kepujian. Panduan Menetap & Mengira Kredit MQA (Prinsip Menetapkan & Mengira Sistem Kredit MQF)n 40 jam adalah notional credit dan berikut adalah contoh:

ð Agihan Masa Beban Pembelajaran [SLT] 40 jam (1 kredit)þ 10 jam kuliah;þ 4 jam tutorial;þ 14 jam persediaan sebelum & selepas kuliah & tutorial, carian maklumat, perbincangan sesama rakan, ulang kaji & kemaskini

nota;þ 12 jam membuat tugasan. 

Page 4: Taklimat  peo kredit_hp_ ppg_ 26_apr2015

DOMAIN HASIL PEMBELAJARAN KPM [MOE-LO]

1. Pengetahuan [Knowledge ]2. Kemahiran Psikomotor/ Amali/ Teknik [Practical Skills] 3. Pemikiran Kritikal dan Pendekatan Saintifik [Thinking and scientific

skills]4. Kemahiran Berkomunikasi [Communication skills]5. Kemahiran Sosial/ Kerja Berpasukan/ Pertanggungjawaban [Social

skills, teamwork and responsibility]6. Profesionalisme, Nilai, Sikap dan Etika [Values, ethics, moral and

professionalism] 7. Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Pengurusan Maklumat

[Information management and lifelong learning skills]8. Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan [Managerial and

entrepreneurial skills ]9. Kemahiran Kepemimpinan [Leadership skills]

Page 5: Taklimat  peo kredit_hp_ ppg_ 26_apr2015

PERNYATAAN PEO PISMP [JADUAL 3]

Objektif Pendidikan Program (PEO)

PEO1Menggunakan ilmu dan kemahiran keguruan di sekolah, komuniti dan persekitarannya.

PEO2Mempamerkan penghayatan pembelajaran sepanjang hayat.

PEO3Mempamerkan ciri-ciri profesionalisme guru yang unggul dan dicontohi, berdaya saing pada peringkat lokal dan global serta menjaga amanah ilmu.

PEO4Menjana penyelesaian yang inovatif dalam bidang bahasa Pendidikan Pemulihan menerusi kajian dan penyelesaian masalah.

PEO5Mengamalkan ciri-ciri kepemimpinan yang mampu mewujudkan kerja berpasukan, kebolehan berkomunikasi serta bertanggungjawab dari segi akhlak, sosial dan etika.

PEO6 Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam bidang Pendidikan Pemulihan serta mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Page 6: Taklimat  peo kredit_hp_ ppg_ 26_apr2015

PERNYATAAN PLO PISMP [JADUAL 3] Hasil Pembelajaran Program (PLO)

PLO1 Menggunakan pengetahuan dan kefahaman berkaitan teori dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran dalam bidang Pendidikan Pemulihan.

PLO2 Mengaplikasi pengetahuan untuk membina pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan pelajar.

PLO3 Mengenal pasti dan mencadangkan pelbagai penyelesaian berkaitan isu-isu Pendidikan Pemulihan.

PLO4 Mengamalkan nilai profesionalisme, sikap dan etika dalam profesion keguruan.

PLO5 Mempunyai kebolehan berkomunikasi dan bekerjasama secara efektif dengan pelbagai pihak dalam konteks global, kebangsaan, persekitaran dan komuniti.

PLO6 Mengaplikasi refleksi kendiri, kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran saintifik dan pemikiran kreatif dalam perancangan program Pendidikan Pemulihan.

PLO7 Berkebolehan membuat jangkaan terhadap keperluan dan kapasiti untuk menjalani pembelajaran berterusan.

PLO8 Mempamerkan kemahiran pengurusan dan keusahawanan serta bertindak balas terhadap keperluan perubahan semasa.

PLO9 Menyedari dan menunjukkan tanggungjawab kepemimpinan yang berkesan.

Page 7: Taklimat  peo kredit_hp_ ppg_ 26_apr2015