taklimat dskp tahun 5

Upload: mohd-muhaimin

Post on 16-Oct-2015

37 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

perkara penting taklimat dskp ppd julau 2014

TRANSCRIPT

Taklimat DSKP Tahun 5 (KSSR) 2014 kepada Ketua Panitia

Sembilan Mata Pelajaran Arus Perdana

Tugas dan Tanggungjawab Ketua Panitia (KP)

1. Membuat persediaan menghadiri taklimat dengan membawa keperluan berikut:

i. DSKP Tahun 5, Panduan/Modul Pengajaran (jika berkaitan) dan Pelaporan

Pentaksiran mengikut mata pelajaran masing-masing (sila muat turan

daripada laman web BPK)

ii. Komputer riba dan pen drive

iii. Buku nota dan alat tulis

iv. Borang tuntutan perjalanan dan dokumen berkaitan

2. Menghadiri Taklimat DSKP Tahun 5 (KSSR) 2014 mengikut mata pelajaran yang

ditentukan dan memastikan kehadiran 100% semasa taklimat.

3. Memaklumkan kepada pentadbiran sekolah tentang keperluan mengadakan

taklimat/kursus dalaman kepada guru-guru mata pelajaran di sekolah masingmasing

4. Merancang taklimat/kursus dalaman yang akan diadakan di sekolah masingmasing

tarikh, masa, tempat, bilangan taklimat, jadual waktu, power point untuk

pembentangan dan nota taklimat dalam bentuk soft copy (hard copy jika perlu)

dan sebagainya.

5. Melaksanakan taklimat/kursus dalaman bagi memberi pendedahan kepada guru

di sekolah masing-masing tentang kandungan DSKP Tahun 5 mengikut mata

pelajaran.

6. Menyediakan laporan taklimat/kursus dalaman dan menyerahkan satu salinan

kepada pentadbir dan PPD masing-masing.