taklimat debat bp - nizambakeri.files.wordpress.com · • penambahan contoh kepada kes pasukan...

24
TAKLIMAT DEBAT ALA PARLIMEN BRITISH Disediakan oleh Khairulnizam Bakeri

Upload: lamdung

Post on 13-Mar-2019

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAKLIMAT DEBAT BP - nizambakeri.files.wordpress.com · • Penambahan contoh kepada kes pasukan pembuka Contoh: Dewan Ini Percaya Kesatuan Eropah (EU) Perlu Menerima Turki Bukan lanjutan:

TAKLIMAT DEBAT ALA PARLIMEN

BRITISH

Disediakan oleh Khairulnizam Bakeri

Page 2: TAKLIMAT DEBAT BP - nizambakeri.files.wordpress.com · • Penambahan contoh kepada kes pasukan pembuka Contoh: Dewan Ini Percaya Kesatuan Eropah (EU) Perlu Menerima Turki Bukan lanjutan:

DEBAT ALA PARLIMEN BRITISH | Khairulnizam Bakeri

OO4

2

CG7

5

OG3

1

CO8

6

Kerajaan Pembangkang

KERAJAAN PEMBUKA

KERAJAAN PENUTUP

PEMBANGKANG PEMBUKA

PEMBANGKANG PENUTUP

Perdana Menteri

Timbalan Perdana Menteri

Ketua Pembangkang

Timbalan Ketua Pembangkang

Menteri Ketiga

Menteri Keempat

Pembangkang Ketiga

Pembangkang Keempat

Page 3: TAKLIMAT DEBAT BP - nizambakeri.files.wordpress.com · • Penambahan contoh kepada kes pasukan pembuka Contoh: Dewan Ini Percaya Kesatuan Eropah (EU) Perlu Menerima Turki Bukan lanjutan:

DEBAT ALA PARLIMEN BRITISH | Khairulnizam Bakeri

OO

CG

OG

CO

PERDANA MENTERI (PM)

• Beri definisi usul

Usul terbuka: skop definisi lebih bebas Dewan Ini Mahu Mereka Menyerah Kalah

Usul tertutup: definisi ikut skop usul Dewan Ini Akan Mewajibkan Pelaksanaan Gaji Minimum Dalam Sektor Swasta Di Malaysia

Definisi bersifat truism tidak dibenarkan Terlalu benar/tidak benar Definisi self-proving Skop usul yang terlalu sempit dan tidak munasabah untuk didebatkan

Page 4: TAKLIMAT DEBAT BP - nizambakeri.files.wordpress.com · • Penambahan contoh kepada kes pasukan pembuka Contoh: Dewan Ini Percaya Kesatuan Eropah (EU) Perlu Menerima Turki Bukan lanjutan:

DEBAT ALA PARLIMEN BRITISH | Khairulnizam Bakeri

PM

• Bentang kes cadangan & hujah (termasuk unjuran hujah ahli pasukan)

Isu sedia ada (status quo) semata-mata tidak mencukupi

Contoh: Dewan Ini Menyokong Gaji Minimum

Cadangan lemah: Banyak sektor membayar gaji sesuka hati - sepatutnya gaji minimum ditetapkan

Cadangan baik: Nyatakan sebab gaji minimum perlu ditetapkan (hak pekerja, standard industri, dll) dan mekanisme cadangan (swasta, berperingkat, dll)

OO

CG

OG

CO

Page 5: TAKLIMAT DEBAT BP - nizambakeri.files.wordpress.com · • Penambahan contoh kepada kes pasukan pembuka Contoh: Dewan Ini Percaya Kesatuan Eropah (EU) Perlu Menerima Turki Bukan lanjutan:

DEBAT ALA PARLIMEN BRITISH | Khairulnizam Bakeri

KETUA PEMBANGKANG (KP)

• Bidas kes cadangan & hujah PM

Nyatakan kelemahan cadangan PM

Fokus pada bidasan utama: KP perlu lebih masa untuk membentang kes bangkangan

• Bentang kes bangkangan & hujah KP (termasuk unjuran hujah ahli pasukan)

OO

CG

OG

CO

Page 6: TAKLIMAT DEBAT BP - nizambakeri.files.wordpress.com · • Penambahan contoh kepada kes pasukan pembuka Contoh: Dewan Ini Percaya Kesatuan Eropah (EU) Perlu Menerima Turki Bukan lanjutan:

DEBAT ALA PARLIMEN BRITISH | Khairulnizam Bakeri

KP

• Dalam situasi definisi truism yang dikemukakan oleh pihak kerajaan (jarang berlaku): KP perlu beri definisi alternatif

Nyatakan sebab usul dianggap truism

Pendebat dinasihatkan meneliti definisi kerajaan dan lawan secara bertembung sebelum mendakwa definisi truism

OO

CG

OG

CO

Page 7: TAKLIMAT DEBAT BP - nizambakeri.files.wordpress.com · • Penambahan contoh kepada kes pasukan pembuka Contoh: Dewan Ini Percaya Kesatuan Eropah (EU) Perlu Menerima Turki Bukan lanjutan:

DEBAT ALA PARLIMEN BRITISH | Khairulnizam Bakeri

NOTA: PENDEBAT PERTAMA PASUKAN PEMBUKA

• Posisi ini menetapkan tempo, hala tuju, dan skop perdebatan

• Pendebat perlu memberi fokus kepada definisi usul - jelaskan sebaik mungkin pemahaman pasukan tentang prinsip dan mekanisme cadangan

• Hujah terkuat biasanya disampaikan oleh pendebat pertama pasukan

OO

CG

OG

CO

Page 8: TAKLIMAT DEBAT BP - nizambakeri.files.wordpress.com · • Penambahan contoh kepada kes pasukan pembuka Contoh: Dewan Ini Percaya Kesatuan Eropah (EU) Perlu Menerima Turki Bukan lanjutan:

DEBAT ALA PARLIMEN BRITISH | Khairulnizam Bakeri

TIMBALAN PERDANA MENTERI (TPM)

• Pertahan kes cadangan PM Elak bina kes cadangan baru walaupun PM diserang teruk oleh KP

• Bidas kes bangkangan & hujah KP Fokus pada bidasan utama Elak bidas terlalu lama - hujah dan penerangan lebih penting

• Bentang hujah

OO

CG

OG

CO

Page 9: TAKLIMAT DEBAT BP - nizambakeri.files.wordpress.com · • Penambahan contoh kepada kes pasukan pembuka Contoh: Dewan Ini Percaya Kesatuan Eropah (EU) Perlu Menerima Turki Bukan lanjutan:

DEBAT ALA PARLIMEN BRITISH | Khairulnizam Bakeri

TIMBALAN KETUA PEMBANGKANG (TKP)

• Pertahan kes bangkangan KP Jangan bina kes cadangan baru walaupun KP diserang teruk oleh TPM

• Bidas kes bangkangan & hujah TPM Fokus pada bidasan utama Jangan bidas terlalu lama, hujah dan penerangan lebih penting

• Bentang hujah Bangkangan membina (constructive opposition) digalakkan

OO

CG

OG

CO

Page 10: TAKLIMAT DEBAT BP - nizambakeri.files.wordpress.com · • Penambahan contoh kepada kes pasukan pembuka Contoh: Dewan Ini Percaya Kesatuan Eropah (EU) Perlu Menerima Turki Bukan lanjutan:

DEBAT ALA PARLIMEN BRITISH | Khairulnizam Bakeri

NOTA: PENDEBAT KEDUA PASUKAN PEMBUKA

• Fokus perlu diberi sama rata antara menyampaikan hujah dan mempertahankan kes pasukan

• Kes pasukan sudah diserang dan tidak ada peluang kedua untuk menyelamatkan kes

• Bina hujah yang jelas, rinci, dan meyakinkan agar pasukan kekal relevan dan diingati walaupun debat memasuki separuh masa kedua

OO

CG

OG

CO

Page 11: TAKLIMAT DEBAT BP - nizambakeri.files.wordpress.com · • Penambahan contoh kepada kes pasukan pembuka Contoh: Dewan Ini Percaya Kesatuan Eropah (EU) Perlu Menerima Turki Bukan lanjutan:

DEBAT ALA PARLIMEN BRITISH | Khairulnizam Bakeri

MENTERI KETIGA (M3)

• Pendebat pertama separuh masa kedua - perlu respon dua perkara:

Kes cadangan kerajaan pembuka (OG) Jika terlalu lemah & diserang teruk oleh pembangkang pembuka (OO), elak ‘tikam belakang’ Masih perlu kemukakan LANJUTAN yang selari dengan kes OG

Kes bangkangan OO Perlu bidas Jika definisi alternatif dikemukakan, buat keputusan sama ada untuk ikut definisi OO atau kekal dengan definisi OG

OO

CG

OG

CO

Page 12: TAKLIMAT DEBAT BP - nizambakeri.files.wordpress.com · • Penambahan contoh kepada kes pasukan pembuka Contoh: Dewan Ini Percaya Kesatuan Eropah (EU) Perlu Menerima Turki Bukan lanjutan:

DEBAT ALA PARLIMEN BRITISH | Khairulnizam Bakeri

APA ITU LANJUTAN?

• Lanjutan (extension) merupakan unsur baru yang perlu dikemukakan oleh pasukan penutup (CG & OO)

• Lanjutan dibina berasaskan kes pasukan pembuka (CG & OO) namun berbeza dari segi dua aspek:

Menggunakan kes dan hujah yang sama, namun analisis lebih mendalam

Menggunakan kes dan hujah berbeza yang memberi hala tuju baru dalam perdebatan

OO

CG

OG

CO

Page 13: TAKLIMAT DEBAT BP - nizambakeri.files.wordpress.com · • Penambahan contoh kepada kes pasukan pembuka Contoh: Dewan Ini Percaya Kesatuan Eropah (EU) Perlu Menerima Turki Bukan lanjutan:

DEBAT ALA PARLIMEN BRITISH | Khairulnizam Bakeri

APA ITU LANJUTAN?

• Contoh: Dewan Ini Menyokong Hukuman Mati

OO

CG

OG

CO

OG• Hak kerajaan

melaksanakan sistem keadilan

• Kesan hukuman mati kepada keamanan

OO• Hak penjenayah

sebagai manusia • Kesucian nyawa

manusia - tidak ada pembunuhan yang sah/benar

CG• Amalan hukuman

mati diterima masyarakat

• Falsafah hukuman mati dalam menangani jenayah

CO• Masyarakat sudah

beralih kepada hukuman lain untuk jenayah berat

• Hukuman mati gagal tangani jenayah

Page 14: TAKLIMAT DEBAT BP - nizambakeri.files.wordpress.com · • Penambahan contoh kepada kes pasukan pembuka Contoh: Dewan Ini Percaya Kesatuan Eropah (EU) Perlu Menerima Turki Bukan lanjutan:

DEBAT ALA PARLIMEN BRITISH | Khairulnizam Bakeri

BUKAN LANJUTAN*

• Penambahan contoh kepada kes pasukan pembuka

Contoh: Dewan Ini Percaya Kesatuan Eropah (EU) Perlu Menerima Turki

Bukan lanjutan: EU juga perlu menerima negara seperti Algeria dan Tunisia

• Lencongan dari definisi usul pasukan pembuka (mekanisme, prinsip, dll)

Contoh: Dewan Ini Menyokong Hukuman Merotan (definisi OG: kuasa guru merotan di sekolah)

Bukan lanjutan: Kuasa merotan juga perlu diberi kepada ibu bapa di rumah

OO

CG

OG

CO

*Senarai ini tidak komprehensif dan hanya sekadar contoh.

Page 15: TAKLIMAT DEBAT BP - nizambakeri.files.wordpress.com · • Penambahan contoh kepada kes pasukan pembuka Contoh: Dewan Ini Percaya Kesatuan Eropah (EU) Perlu Menerima Turki Bukan lanjutan:

DEBAT ALA PARLIMEN BRITISH | Khairulnizam Bakeri

MENTERI KETIGA (M3)

• Bentang kes lanjutan dan hujah

Jika kes lanjutan melibatkan cadangan mekanisme atau pemahaman prinsip, M3 digalakkan menyertakan definisi berkaitan - seperti yang dilakukan oleh PM

Hal ini penting kerana M3 merupakan pendebat pertama bagi separuh masa kedua debat

OO

CG

OG

CO

Page 16: TAKLIMAT DEBAT BP - nizambakeri.files.wordpress.com · • Penambahan contoh kepada kes pasukan pembuka Contoh: Dewan Ini Percaya Kesatuan Eropah (EU) Perlu Menerima Turki Bukan lanjutan:

DEBAT ALA PARLIMEN BRITISH | Khairulnizam Bakeri

PEMBANGKANG KETIGA (P3)

• Bidas kes lanjutan & hujah M3

Nyatakan kelemahan cadangan M3

Fokus pada bidasan utama: P3 perlu lebih masa untuk membentang kes lanjutan

• Bentang kes lanjutan & hujah P3 (termasuk unjuran hujah ahli pasukan)

OO

CG

OG

CO

Page 17: TAKLIMAT DEBAT BP - nizambakeri.files.wordpress.com · • Penambahan contoh kepada kes pasukan pembuka Contoh: Dewan Ini Percaya Kesatuan Eropah (EU) Perlu Menerima Turki Bukan lanjutan:

DEBAT ALA PARLIMEN BRITISH | Khairulnizam Bakeri

NOTA: PENDEBAT PERTAMA PASUKAN PENUTUP

• Posisi ini memerlukan pengurusan masa yang baik kerana pendebat terakhir CG & CO lebih fokus kepada rumusan dan bidasan keseluruhan

• Pendebat perlu memastikan hampir keseluruhan kes lanjutan terbina dan diterangkan dengan baik dalam sesi ucapan mereka

OO

CG

OG

CO

Page 18: TAKLIMAT DEBAT BP - nizambakeri.files.wordpress.com · • Penambahan contoh kepada kes pasukan pembuka Contoh: Dewan Ini Percaya Kesatuan Eropah (EU) Perlu Menerima Turki Bukan lanjutan:

DEBAT ALA PARLIMEN BRITISH | Khairulnizam Bakeri

MENTERI KEEMPAT (M4)

• Buat rumusan kes kerajaan

Termasuk kes OG: hati-hati agar tidak menampakkan OG lebih baik berbanding pasukan sendiri

Elak tikam belakang: bukan bidas OG sebaliknya hurai kekuatan kes sendiri

• Bidas kes pembangkang (termasuk OO) secara keseluruhan

OO

CG

OG

CO

Page 19: TAKLIMAT DEBAT BP - nizambakeri.files.wordpress.com · • Penambahan contoh kepada kes pasukan pembuka Contoh: Dewan Ini Percaya Kesatuan Eropah (EU) Perlu Menerima Turki Bukan lanjutan:

DEBAT ALA PARLIMEN BRITISH | Khairulnizam Bakeri

PEMBANGKANG KEEMPAT (P4)

• Buat rumusan kes pembangkang

Termasuk kes OO: hati-hati agar tidak menampakkan OO lebih baik berbanding pasukan sendiri

Elak tikam belakang: bukan bidas OO sebaliknya hurai kekuatan kes sendiri

• Bidas kes kerajaan (termasuk OG) secara keseluruhan

OO

CG

OG

CO

Page 20: TAKLIMAT DEBAT BP - nizambakeri.files.wordpress.com · • Penambahan contoh kepada kes pasukan pembuka Contoh: Dewan Ini Percaya Kesatuan Eropah (EU) Perlu Menerima Turki Bukan lanjutan:

DEBAT ALA PARLIMEN BRITISH | Khairulnizam Bakeri

NOTA: PENDEBAT KEDUA PASUKAN PENUTUP

• Sebagai pendebat terakhir, posisi ini memberi fokus kepada rumusan dan bidasan

• Elakkan hujah baru dalam ucapan

• Rumus kes terlebih dahulu dalam ucapan jika bimbang penggunaan masa yang berlebihan untuk bidasan

OO

CG

OG

CO

Page 21: TAKLIMAT DEBAT BP - nizambakeri.files.wordpress.com · • Penambahan contoh kepada kes pasukan pembuka Contoh: Dewan Ini Percaya Kesatuan Eropah (EU) Perlu Menerima Turki Bukan lanjutan:

DEBAT ALA PARLIMEN BRITISH | Khairulnizam Bakeri

OO

CG

OG

CO

CELAHAN

• Soalan (cabaran, bidasan, dll) yang dikemukakan kepada pihak lawan dalam masa kurang 15 saat

• Pihak lawan berhak menerima atau menolak celahan

• Pihak lawan berhak menolak celahan yang memakan masa lebih 15 saat

1min 1minCelahan hanya dibenarkan selepas minit pertama dan

sebelum minit terakhir ucapan

Page 22: TAKLIMAT DEBAT BP - nizambakeri.files.wordpress.com · • Penambahan contoh kepada kes pasukan pembuka Contoh: Dewan Ini Percaya Kesatuan Eropah (EU) Perlu Menerima Turki Bukan lanjutan:

DEBAT ALA PARLIMEN BRITISH | Khairulnizam Bakeri

OO

CG

OG

CO

CELAHAN SEBAGAI STRATEGI

• Guna celahan untuk menyerang, bukan bertahan. Anda tidak akan mampu mempertahankan diri dalam masa 15 saat.

• Guna celahan untuk kekal relevan sepanjang perdebatan:

Pasukan pembuka perlu aktif mencelah dalam separuh masa kedua

Pasukan penutup perlu aktif mencelah dalam separuh masa pertama

Page 23: TAKLIMAT DEBAT BP - nizambakeri.files.wordpress.com · • Penambahan contoh kepada kes pasukan pembuka Contoh: Dewan Ini Percaya Kesatuan Eropah (EU) Perlu Menerima Turki Bukan lanjutan:

DEBAT ALA PARLIMEN BRITISH | Khairulnizam Bakeri

OO

CG

OG

CO

CELAHAN SEBAGAI STRATEGI

• Kenal pasti pendebat yang mampu memberi celahan yang tajam dan berkesan: elak ambil celahan beliau

• Kongsi celahan bersama regu agar pasukan tampak seimbang

• Celahan perlu responsif dan semasa: serang apa yang sedang diperkatakan oleh pihak lawan - elak rujuk hujah terdahulu

Page 24: TAKLIMAT DEBAT BP - nizambakeri.files.wordpress.com · • Penambahan contoh kepada kes pasukan pembuka Contoh: Dewan Ini Percaya Kesatuan Eropah (EU) Perlu Menerima Turki Bukan lanjutan:

DEBAT ALA PARLIMEN BRITISH | Khairulnizam Bakeri

SEKIAN

Rujukan• World Universities Debating Championship (WUDC) Rules, Ray D’Cruz • Debating Tutorial Handouts, Colm Flynn (World Debating Website) • British Parliamentary Debating, Rhydian Morgan (Stylus Communications) • The Debating Handbook, Alexander Deane