takaful vs insurans konvensional

Upload: wilma-no-bias

Post on 03-Apr-2018

262 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Takaful vs Insurans Konvensional

    1/15

    1

    1.0 Pengenalan

    Setiap individu tanpa mengira agama apa pun yang mereka anuti pasti akan berusaha

    untuk mengelakkan diri mereka daripada ditimpa sebarang musibah seperti kerugian,

    kemalangan dan kesusahan. Kesedaran tentang hal ini menunjukkan betapa pentingnya

    perlindungan dalam kehidupan seharian dan sebagai persediaan untuk menghdapai sebarang

    kemungkinan di masa hadapan, maka perkhidmatan insurans dilihat mampu memenuhi

    keperluan masyarakat kini. Hal ini demikian kerana insurans bukan sahaja memberi jaminan

    perlindungan kepada keselamatan diri dan keluarga malah turut menawarkan perlindungan

    dalam sektor perniagaan dan banyak lagi.

    Kini industri insurans semakin berkembang maju di negara Malaysia, bukan sahaja

    syarikat insurans konvensional malah insurans Islam (Takaful) juga semakin berleluasa. Hal

    ini menunjukkan orang awam menyedari tentang kepentingan insurans dan mereka

    memerlukan perlindungan. Di Malaysia khususnya sektor Insurans Islamik mahupun

    Konvensional berkembang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Kedua-kedua jenis

    insurans ini sememangnya berbeza dan masing-masing menawarkan perkhidmatan yang

    tersendiri. Dalam penulisan ini akan dijelaskan secara terperinci perbandingan konsep dan

    amalan antara Takaful Islam dan Insurans Konvensional berdasarkan satu salah satu contoh

    syarikat takaful dan insurans yang terdapat di Malaysia. Selain rujukan daripada beberapa

    buah buku dan laman web, penulisan ini juga ditulis dengan hasil temu bual bersama

    beberapa orang pegawai bank yang bertugas dalam hal-hal insurans.

    2.0 Takaful Islam

    2.1 Definisi Takaful

    Takaful berasal dari kata dasar kafala yang bermaksud menjamin, menjaga atau

    memelihara dan takaful juga berasal dari kata kerja iaitu bermaksud saling menjamin, saling

    menjaga dan saling memlihara.1 Sebenarnya banyak lagi maksud lain bagi perkataan takaful

    tapi dalam perbincangan ini hanya berfokus kepada maksud yang berkaitan dengan

    perlindungan sesuai dengan konsep insurans yang diamalkan.

    1Buku Panduan Peperiksaan: Asas Takaful, m/s 10.

  • 7/28/2019 Takaful vs Insurans Konvensional

    2/15

    2

    Di dalam al-Quran terdapat perkataan-perkataan kafal dan yakfulu yang

    bermaksud memelihara atau menjada. Sebagai contoh dalam firman Allah S. W. T yang

    bermaksud:

    Maka Tuhannya menerima ia sebagai nazar dengan penerimaan yang

    baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah

    menjadikan Zakaria pemeliharaannya (penjaganya)

    (Surah Ali-Imran: 37)

    Dari segi istila pula takaful bermaksud satu perjanjian dalam kalangan ahli-ahli satu

    kumpulan untuk bersama-sama membantu ahli lain yang ditimpa kesusahan atau musibah.

    Definisi takaful ini selaras dengan definisi yang diletakkan dalam Akta Takaful 1984 yang

    mana antara aspek penting yang terkandung dalam penjelasan definisi tersebut antaranya,

    persepakatan peserta untuk kebaikan bersama, setiap peserta menyumbang untuk menolong

    peserta lain yang memerlukan bantuan, ada unsur tabarru yang bertujuan membahagikan

    kerugian dan mengagihkan liabiliti melalui sistem tabungan komuniti, elemen ketidaktentuan

    tidak wujud terutamanya yang berkait dengan langganan dan pampasan serta skim ini tidak

    bermaksud untuk meraih kesempatan atas kos yang terpaksa ditanggung oleh individu atau

    peserta lain.

    2

    2.2 Sejarah dan Perkembangan Takaful

    Konsep takaful yang ada pada hari ini sebenarnya telahpun wujud semenjak zaman

    permulaan Islam lagi. Pada zaman Nabi, antara sistem yang digunakan oleh baginda ialah al-

    Qasamah iaitu urusan perniagaan yang mana ianya lebih kurang Takaful am dan al-Aqilah

    iaitu urusan kebajikan lebih kurang sama dengan Takaful Keluarga.

    Sistem Takaful ini berkembang pesat dengan kehebatan Islam dan mula mengalami

    proses pemodenan apabila Khalifah Umar r.a memperkenalkan Takaful Marin. Apabila

    Empayar Islam mengalami kemerosotan, sistem takaful ini mulai lenyap dan akhirnya Barat

    memperkenalkan insurans pada kurun ke-15 yang berasakan konsep jual beli. Setelah itu,

    insurans menguasai pasaran dunia hampir 500 tahun dan apabila penjajah masuk ke negara

    kita, mereka membawa masuk sekali sistem insurans dari Barat ini.

    2Asmak Abd Rahman, Sistem Takaful di Malaysia: Isu-Isu Kontemporari, m/s 22.

  • 7/28/2019 Takaful vs Insurans Konvensional

    3/15

    3

    Pada tahun 1979, negara Sudan iaitu sebuah negara Islam yang kecil melahirkan

    semula takaful dan pada tahun yang sama para ulamak seluruh dunia bersidang bersama

    pakar-pakar ekonomi termasuk Malaysia. Setelah kajian dibuat dengan teliti bersama dengan

    hujah yang jelas, akhirnya mereka sepakat mengeluarkan fatwa bahawa insurans

    konvensional adalah haram dan takaful dibenarkan. Hal ini demikian kerana para ulama

    Islam telah bersetuju mengenai kewujudan riba, maisir, gharar dan unsure ketidakpastian

    dalam insurans konvensional menyebabkan ianya haram.3

    Sejarah penubuhan Takaful di Malaysia bermula pada tahun 1984 iaitu dengan

    penubuhan Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB). Syarikat ini merupakan anak syarikat

    BIMB Holding Berhad dan kemudiannya pada tahun 1993 Takaful Nasional Sdn Bhd

    (TNSB) ditubuhkan dan beroperasi pada 15 Oktober 1993. Syarikat ini sebelum bertukar

    namanya kepada TNSB dikenali sebagai MNI Takaful hasil daripada persepakatan antara

    Permodalan Nasional Berhad (PNB), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YPEIM) dan

    Malaysia Nasional Insurance (MNI). Sterusnya sektor Takaful Malaysia semakin meningkat

    dengan tertubuhnya Maybank Takaful Berhad (MTB) pada tahun 2002 dan Takaful Ikhlas

    Sdn. Bhd pada tahun 2003.

    3.0 Insurans Konvensional

    3.1 Definisi Insurans

    Insurans merupakan satu alat ekonomi untuk memindahkan risiko kepada penangung

    insurans iaitu individu yang mengggantikan kerugian kewangan yang besar dan pasti dengan

    kos kecil yang pasti iaitu premium insurans. Insurans juga didefinisikan sebagai alat ekonomi

    untuk mengurangkan dan menghapuskan risiko melalui penggabungan sebilangan

    pendedahan yang homogeneous dengan secukupnya ke dalam satu kumpulan untuk

    menjadikan kerugian boleh diramal untuk kumpulan tersebut. Melalui definisi ini, dapat kita

    kenali tiga cirri asas yang menjadi intipati insurans iaitu pemindahan risiko, perkongsian

    kerugian dan pengurangan risiko.4

    Insurans terbahagi kepada dua iaitu insurans nyawa dan insurans am. Secara berkanun

    syarikat insurans dikehendaki menyimpan 80% asetnya dalam bentuk aset Malaysia dan 25%

    3Afzal-Ur-Rahman, Doktrin Ekonomi Islam, m/s 212.

    4

    Hendon Redzuan, Rubayah Yakob, Mohammad Abdul hamid, Risiko dan Insurans, m/s 54.

  • 7/28/2019 Takaful vs Insurans Konvensional

    4/15

    4

    dalam bentuk 25% surat sekuriti kerajaan. Oleh sebab tuntutan bila-bila masa sahaja akan

    berlaku, maka syarikat insurans sebahagian besar asetnya dalam bentuk yang tunai serta

    deposit bank. Namun demikian surat sekuriti dan deposit bank tidak member pulangan yang

    tinggi, oleh itu syarikat insurans melabur dananya dalam sekuriti swasta seperti syer dan bon

    syarikat.5 Secara umumnya syarikat insurans ini lebih dikenali sebagai sebuah institusi

    konvesional.

    3.2 Sejarah dan Perkembangan Insurans di Malaysia

    Insurans bermula di Malaysia kesan perkembangan ekonomi dalam perdagangan

    antarabangsa. Syarikat insurans terawal di Malaysia adalah seperti Bousted and Company,

    iaitu wakil bagi Syarikat Royal Insurance Company dari England dan juga syarikat tempatan

    seperti Straits Insurance Limited dan Khean Guan Insurance Limited. Insurans yang penting

    ketika itu adalah insurans maritim dan insurans kebakaran perniagaan dan kemalangan dan

    insurans nyawa. Insurans berkembang pesat setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Pihak

    kerajaan menggalakkan penubuhan syarikat insurans tempatan akan tetapi tidak berjaya,

    banyak syarikat telah menggulung tikar. Hal ini kerana mereka tidak mengamalkan polisi

    pengunderaitan yang munasabah. Bagi menyelamatkan industri insurans, kerajaan telah

    memperkenalkan Akta Insurans juga dilantik untuk menyelia industri insurans di Malaysia.

    4.0 Profil Takaful Ikhlas Sdn. Bhd dan Zurich Insurance (MCIS)

    Secara amnya, objektif dalam industri takaful sebenarmya mempunyai persamaan

    dengan industri insurans konvensional. Kedua-duanya merupakan instrument untuk

    membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Secara jelasnya,

    kedua-dua instrument ini merupakan salah satu cara yang moden untuk memindahkan risiko

    yang berlaku dan sudah menjadi kebiasaan, sesuatu ganjaran akan diberi kepada pihak yang

    sanggup menerima pemindahan risiko ini. Dalam kertas kerja ini diperincikan lagi tentang

    konsep dan amalan salah satu contoh syarikat Takaful Islam dan Insurans Konvensional.

    Contoh syarikat yang akan digunakan untuk membandingan konsep dan amalam dalam

    5Cheah Kooi Guan, institusi-institusi Kewangan di Malaysia, m/s 176.

  • 7/28/2019 Takaful vs Insurans Konvensional

    5/15

    5

    Takaful Islam dengan Insurans Konvensional adalah Takaful Ikhlas Sdn. Bhd dan MCIS

    Zurich Insurance (MCIS).Takaful Ikhlas Sdn. Bhd atau lebih dikenali dengan nama Takaful Ikhlas

    diperbadankan pada 18/9/20012 dan merupakan anak syarikat milik penuh MNRB Holdings

    Berhad. Setelah beroperasi selama 9 tahun, Takaful Ikhlas Berjaya mengukuhkan

    kedudukannya dalam sektor insurans dan sistem yang digunapakai adalah berasakan Takaful

    Islam sepenuhnya. Pelan yang ditawarkan oleh Takaful Ikhlas adalah Pelan Am dan Pelan

    Keluarga.

    MCIS ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1954 dan menjadi MCIS Insurance pada

    tahun 1998. Liberalisasi pasaran dan keperluan kepada kekuatan entity untuk beroperasi

    secara afektif dalam suasana global menyebabkan MCIS bergabung dengan Zurich Financial

    Services, iaitu penyedia perkhidmatan insurans kelima terbesar di dunia yang mendapat

    ranking ke-59 dalam Forturne Globals 500 pada tahun 2005. Zurich Financial Services Group

    (Zurich) adalah syarikat yang berasaskan insurans dan merupakan syarikat penanggung

    insurans tempatan dengan piawaian antarabangsa. MCIS Zurich merupakan syarikat insurans

    konvensional dan aktiviti utama adalah menjalankan pengunderaitan ke atas insurans hayat

    dan insurans berkait pelaburan dan semua perniagaan ke atas insurans hayat.

    5.0 Perbandingan Konsep dan Amalan dalam Takaful Ihklas dan MCIS

    Zurich Insuran

    5.1 Kontrak yang digunapakai

    Dalam Takaful Ikhlas, kontrak yang digunapakai dan diamalkan adalah kontrak al-

    Wakalah. Perkataan al-Wakalah diambil daripada perkataan bahasa Arab yang membawa

    maksud perwakilan. Al-Wakalah merupakan kontrak yang mana peserta membenarkan

    pengendalian untuk menguruskan hal-ehwal dana bagi pihak beliau dan ini sah dengan

    keizinan kedua-dua pihak.6 Menerusi kontrak ini, Takaful Ikhlas akan mengenakan yuran

    pengurusan untuk urusan ini dan ianya diambil daripada Dana Akaun Taawuni (TAP).

    Amalan al-Wakalah merupakan amalan yang diharuskan dalam Syara kerana keperluannya

    cukup untuk mencapai suatu matlamat. Sudah menjadi fitrah kejadian manusia yang tidak

    6Noor Saliza Zainal, Zulkafli Mohd. Yusuf, Perbankan Islam di Malaysia, m/s 48.

  • 7/28/2019 Takaful vs Insurans Konvensional

    6/15

    6

    lepas daripada kelemahan kerana manusia tidak dijadikan dengan kesempurnaan. Hal ini

    dihebahkan oleh Allah s. w. t dalam surah an-Nisa, ayat 28 yang bermaksud:

    manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.

    Oleh yang yang demikian Islam mengharuskan prinsip al-Wakalah untuk

    dilaksanakan dengan syarat ianya tidak lari daripada perundangan Islam. Pengharusan ini

    bersumberkan kepada sumber-sumber yang berikut iaitu antara berdasarkan kisah Ashabul

    Kahfi sebagaimana yang diceritakan di dalam al-Quran yand bermaksud:

    sekarang utuslah (wakilkanlah) salah seorang dari kamu,

    membawa wang perak kamu ini ke Bandar: kemudian biarlah dia

    mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi

    halal (yang dijual di situ), kemudian hendaklah dia membawa untuk

    kamu sedikit habuan daripadanya

    (surah al-Kahfi:19)

    Selain itu, ianya juga bersumberkan kepada as-Sunnah yang diriwayatkan oleh al-

    Bukhari, Ahmad, Abu Daud, at-Tarmizi, Ibn Majah dan al-Daruqutni iaitu saripada Urwah

    sendiri bahawa Rasulullah S.A.W telah mewakilkan Urwah al-Bariqi supaya membelikambing untuk korban. Amalan al-Wakalah sebagaimana yang diamalkan oleh segelinitr

    pengendali Takaful di Malaysia adalah sangat diperlukan untuk memasarkan produk-produk

    insurans yang berteraskan Islam kepada masyarakat. Tugas ini sangat diperlukan bagi

    merancakkan lagi penyebaran produk-produk yang berterasakan prinsip Islam.

    Amalan al-Wakalah inilah yang menjadi asas induk kepada sistem operasinya. Prinsip

    al-Wakalah yang dilaksanakan oleh Takaful Ikhlas bagi menjalankan operasinya ialah di

    mana Takaful Ikhlas sebagai wakil kepada para peserta bertanggungjawab untuk

    menguruskan segala dana yang telah diwujudkan dengan penuh amanah, telus dan

    professional. Bagi tujuan tersebut, Takful Ikhlas mengenakan caj pengurusan dan prestasi

    berasaskan prinsip perwakilan yang dibayar upah. Seterusnya, Takaful Ikhlas juga melantik

    wakil-wakil sebagai perantara dalam memasarkan produk-produk syarikat dengan dibayar

    upah.

    Perbincangan tentang kontrak perwakilan ini dikaitkan dengan empat sifat utama iaitu

    siddiq, amanah, tabligh dan fatanah. Keempat-empat sifat ini mestilah ditanam dan

  • 7/28/2019 Takaful vs Insurans Konvensional

    7/15

    7

    diterjemahkan dalam urusan perwakilan oleh setiap wakil demi mencapai kehidupan yang

    berkualiti di dunia dan akhira. Konsep dan amalan al-Wakalh ini dapat membuka peluang

    pekerjaan dan salah satu daripada punca pendapatan. Para wakil juga berpeluang

    melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang daie yang mengajak masyarakat membantu

    antara satu sama lain melakukan tabarru serta membangunkan sistem muamalat Islam yang

    merupakan suatu tuntutan agama keatas setiap muslim.

    Di dalam Zurich Insurans pula, kontrak yang digunapakai ialah kontrak pertukaran

    (Muawadat) iaitu berbentuk jual beli dan tiada kontrak selain daripada itu. Berbeza dengan

    kontrak yang digunapakai dalam Takaful Ikhlas iaitu kontrak wakalah (perwakilan).

    Penyertaan Takaful Ikhlas merupakan satu aqad dalam kalangan peserta tetapi pembelian

    Zurich insurans adalah satu kontrak di antara penginsurans dan pemegang polisi. Hal

    bermaksud pemegang polisi membeli produk insurans yang ditawarkan oleh penginsurans

    syarikat Zurich Insurans dengan ,e,bayar kadar bayaran premium yang telah ditetap dalam

    sesuatu produk insurans tersebut. Keadaan ini nyata berbeza dengan konsep perwakilan

    dalam Tkaful Ikhlas.

    5.2 Kaedah Operasi

    Takaful Ikhlas sebagai satu bentuk perniagaan adalah tidak berasakan aqad jual belisemata-mata. Dalam hal ini, peserta takaful tidak membeli produk seperti mana yang

    dijalankan oleh syarikat insurans. Takaful Ikhlas seperti takaful yang lain di Malaysia

    mementingkan dan menghayati amalan kerjasama, tolong-menolong, setiakawan atau secara

    ringkasnya saling menjamin antara satu sama yang lain.

    Secara umumnya struktur perjalanan takaful tidak banyak berbeza dengan Zurich

    Insurans yang mana wujud satu pihak yang melanggani produk takaful daripada wakil takaful

    yang menyediakan produk itu, iaitu Takaful Ikhlas. Kedua-dua pihak ini akan memetraikan

    aqad. Oleh kerana wang sumbangan dibayar oleh peserta dengan tujuan untuk menabung dan

    mendapat manfaat sambil berniat untuk membantu rakan peserta yang memerlukan bantuan

    ketika ditimpa musibah mahupun bencana. Maka operasi Takaful Ikhlas lebih berbentuk satu

    usaha pelaburan bukan jual beli. Seterusnya wang sumbangan peserta tidak menjadi hak

    syarikat sementara dalam Zurich Insurans, wang premium menjadi hak syarikat sepenuhnya

    sebagai balasan pemegang polisi membeli polisi insurans daripada syarikat berkenaan.

    Keadaan ini bersesuaian dengan struktur operasinya yang mangamalkan kontrak muawadah.

  • 7/28/2019 Takaful vs Insurans Konvensional

    8/15

    8

    5.3 Saluran Pelaburan

    Saluran pelaburan pula dalam Takaful Ikhlas, pelaburan kumpulan wang takaful akan

    dilaburkan ke atas syarikat-syarikat yang telah dikelaskan sebagai patuh syariah. Penentuan

    ini adalah berdasarkan senarai patuh Syariah yang dikeluarkan oleh Suruhan Jaya Sekuriti

    (SC). Pelaburan syarikat insurans pula adalah bebas kepada semua jenis instrument tidak

    mengira sama ada halal atau tidak. Ini termasuklah pelaburan ke atas syarikat perjudian dan

    arak. Berbeza dengan Zurich Insurans, segala hasil tidak halal yang diperolehi oleh

    pengendalian Tkaful Ikhlas tidak akan dikira sebagai pendapatan syarikat sebaliknya akan

    dimasukkan ke dalam tabung kebajikan manakala syarikat Zurich tidak mempunyai sistem

    yang sebegini kerana hasil yang tidak halal itu merupakan salah satu pendapatan syarikat.

    4.4 Majlis Badan Penasihat Syariah

    Perjalanan operasi pula, Takaful Ikhlas mempunyai Majlis Penasihat Syariah yang

    bertanggungjawab memberikan nasihat terhadap segala aktiviti termasuk pelaburan. Selain

    itu Takaful Ikhlas juga mempunyai unit Syariah yang berperanan sebagai sekretarat kepada

    Majlis Penasihat Syariah. Syarikat MCIS Zurich Insurance walaubagaimanapun mempunyai

    badan penasihat tidak seperti syarikat insurans yang lain di Malaysia namun badan penasihat

    ini hanya memberi nasihat dalam beberapa perkara tertentu sahaja dan perjalanan operasinyamasih lagi perniagaan insurans konvensional.

    Merujuk kepada Majlis Penasihat Syariah yang ditubuhkan, ia tidak lebih hanya

    sebagai penasihat syariah untuk tujuan memberikan nasihat kepada pihak pengurusan dan

    untuk menjaga hal-hal berkaitan etika para pekerja MCIS Zurich Insurans. Selain itu, mereka

    juga bertanggungjawab untuk melakukan kajian berkaitan insurans dari perspektif

    syariah. Walaupun begitu, peranan dan fungsi Majlis penasihat ini berbeza dengan peranan

    yang dimainkan oleh Majlis Penasihat Syariah Pengendali takaful dan bank-bank Islam

    kerana fungsi mereka ialah memastikan perjalanan operasi, produk dan sebagainya adalah

    berlandaskan syariah dan halal. Berbeza dengan MCIS Zurich Insurans yang mana

    perniagaan terasnya adalah jelas haram. Dengan kewujudan Majlis Penasihat Syariah tidak

    bermakna MCIS Zurich Insurans adalah sebuah syarikat insurans Islam.

    5.5 Aspek Perundangan

  • 7/28/2019 Takaful vs Insurans Konvensional

    9/15

    9

    Dalam aspek perundangan, pengendalian Takful Ikhlas tertakluk dibawah Akta

    Takaful 1984 sementara Zurich insurans tertakluk dibawah Akta Insurans 1963 (pindaan

    1996). Perbezaan yang dinyatakan di atas adalah asas utama mengapa insurans di hukum

    sebagai haram dan bukannya atas beberapa perkara pada pandangan beberapa pengamal

    insurans yang cuba mempertikaikan hukum fatwa yang telah diputiskan sebelum ini.

    Walaupun diletak dibawah akta yang berbeza tetapi masih terdapat persamaan dalam

    kedua-dua akta tersebut terutamanya tambahan dan pengawalseliaan operasi perniagaan

    takaful. Akta ini mewujudkan satu jawatan Ketua Pengarah yang bertindak sebagai Ketua

    Pengarah Insurans Konvensional.

    5.6 Unsur Gharar

    Perkataan Gharar diambil daripada perkataan Arab yang bermaksud ketidaktentuan.

    Menurut para ulama gharar didefinisikan sebagai kontrak yang mana hasilnya tidak

    diketahui. Kontrak insurans konvensional ialah kontrak jual beli yang bermaksud peserta

    membayar harga premium dan penyedia insurans menawarkan pampasan . Sebagai contoh

    produk MCIS Zurich Insurance yang menawarkan produk MZ Income 5G (MZI5G) yang

    mana kadar premium bagi produk tersebut adalah RM139.69/sebulan.

    Di dalam kontrak jual-beli elemen gharar yang boleh membatalkan kesahihan

    sesuatu jual-beli adalah dibenarkan sebagaimana firman Allah s. w. t yang bermaksud:

    Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta-harta

    kamu sesama kamu dengan jalan yang salah, kecuali dengan jalan

    perniagaan yang dilakukan secara suka sama antara kamu dan

    janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesame sendiri

    (an-Anisa: 29)

    Namun begitu, barang atau subject matter di dalam kontrak adalah diperlukan

    dalam menentukan kebenaran kerana adalah tidak logik untuk mengatakan bahawa seseorang

    memberi kebenaran tentang sesuatu yang ia tidak tahu. Terdapat beberapa jenis gharar yang

    terdapat dalam insurans konvesional demikianlah Zurich juga tidak terlepas dari unsur gharar

    yang tersebut. Dalam isu gahrar, laporan Badan Petugas Penubuhan Insurans Secara Islam di

    Malaysia yang menyatakan kontrak insurans mengandungi unsur gharar kerana apabila tidak

    berlaku tuntutan satu pihak (syarikat insurans) akan mendapat semua keuntungan (premium)

  • 7/28/2019 Takaful vs Insurans Konvensional

    10/15

    10

    sementara satu pihak lagi (peserta) tidak mendapat sebarang keuntungan sedangkan

    kontraknya adalah berasaskan jual beli. Keadaan ini bertepatan dengan maksud apabila satu

    pihak lagi tidak menerima apa yang sepatutnya dia dapat.

    Maka jelaslah disini perkara pokok yang menjadi punca persoalan hala haram

    produk insurans ini adalah kerana komtrak jual beli yang digunapakai. Perkara sebegini tidak

    berlaku dalam Takaful Ikhlas kerana takaful Ikhlas telah mengubah aqad Muawadah Maliah

    (kontrak jual beli) yang digunakan oleh syarikat Insurans konvensional kepada aqad al-

    Wakalah. Hasilnya, aqad al-Wakalah tidak terikat dengan syarat-syarat jual beli, tidak jugadiperlukan untuk jelas dan terang jumlah itu ini dan bila serahan derma perlu dibuat. Jadi

    jalaslah Takaful Ikhlas terlepas daripada isu gharar atau ketidaktentuan. Dalam produk

    insurans pula, masalah yang timbul adalah dari sudut pembeli yang mana mereka tidak pasti

    pada masa bila mereka boleh memperolehi jaminan jumlah yang dibelinya dalam produk

    insurans walaupun mereka mengetahui jumlah yang bakal diterima. Sebagai contoh, tidak

    diketahui bila kemalangan akan berlaku sama ada berlaku pada tahun ini atau tahun yang

    berikutnya tiada sesiapa yang tahu kerana bayaran hanya akan diterima apabila musibah atau

    kemalangan itu akan menimpa mereka.

    Penjelasan yang lebih mudah apabila membeli kontrak jual beli, aqad jual beli

    memerlukan kejelasan dalam hal berkaitan penjual, pembeli, benda yang dijual dan harga.

    Dalam empat rukun jual beli ini, syarikat insurans mempunyai masalah dengan barang yang

    dijual. Hal ini demikian kerana pelanggan telah membeli jaminan wang, ia dikira sebagai

    pertukaran mata wang RM dengan RM. Berbeza dengan Takaful Ikhlas, perkara ini tidak

    menjadi isu kerana mereka menggunapakai al-Wakalah. Dalam Zirich Insurans gharar dalam

    hasil pertukaran tidak dapat dielakkan. Apabila kontrak dibuat, peserta tidak tahu dengan

    jelas sama ada akan mendapat pampasan atau tidak sebagai pertukaran kepada premium yang

    dibayar. Masalah yang timbul dalam kontrak jual beli insurans ialah pelanggan tidak tahu bila

    mereka boleh dapat jaminan wang tersebut sebabnya ianya hanya akan dibayar oleh syarikat

    insurans apabila musibah berlaku sedangkan musibah belum berlaku.

    Gharar di dalam kadar pampasan juga tidak ketahuan memandangkan ianya

    bergantung kepada sesuatu kejadian yang mungkin berlaku atau tidak mungkin berlaku.

    Sebagai contoh, apabila pelanggan membeli barang tetapi dia tidak tahu bila dia boleh

    mendapatkan barang yang dibelinya. Maka jelaslah unsur gharar merupakan unsur yang

    dominan dalam insurans konvensional ini yang mana risiko keberangkalian ini wujud dalam

  • 7/28/2019 Takaful vs Insurans Konvensional

    11/15

    11

    keseluruhan Zurich Insurans termasuklah dalam hal bayaran premium, tebus rugidan

    kepentingan untuk insurans.7 Hal ini berbeza dengan Takaful Ikhlas yang menggunakan aqad

    al-Wakalah yang mana wujud perwakilan dalam pengendalian takaful. Aqad diantara para

    wakil dan Takaful Ikhlas adalah berasaskan aqad al-Wakalah. Konsep ini sejajar dengan

    prinsip Islam sebagaimana amalan Rasulullah S.W.T yang pernah mengutuskan pegawai. Di

    dalam prinsip Islam, apabila dilaksanakan kontrak wakil dengan bayaran upah, maka kontrak

    itu adalah sah dan mengikat. Hal ini bermakna semua pihak bertanggungjawab melaksanakan

    semua perkara yang dipersetujui di dalam aqad tersebut.

    5.7 Maisir

    Maisir juga merupakan perkataan Arab yang bermaksud perjudian. Dalam

    kontrak konvesional Zurinch Insurans mahupun yang lain tetap dikaitkan dengan perjudian

    yang mana jika berlaku bencana, pihak pnyedia insurans akan menanggung kerugian yang di

    alami oleh si pemegang insurans.8 Sebaliknya pula apabila tiada apa-apa musibah atau

    bencana yang menimpa si pemegang insurans, maka peserta yang akan rugi kerana tidak

    mendapat pulangan daripada bayaran premium yang bayar setiap bulan atau suatu tempoh

    tertentu.

    Tambahan timbul persoalan tentang sumber wang diperolehi sebagai pampasankerana sumbernya tidak ditentukan. Unsur perjudian seperti ini tidak wujud dalam Takaful

    Ikhlas kerana semua peserta yang menyertai skim ini tidak mempunyai tujuan untuk

    mendapatkan pampasan akibat bencana yang menimpanya. Sebaliknya bertujuan untuk saling

    membantu ahli-ahli lain yang berada dalam kesusahan melalui konsep tabarru tanpa

    mengharapkan apa-apa balasan.9

    5.8 Riba

    Perkataan riba diambil daripada perkataan Arab yang membawa maksud

    faedah. Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran yang terang dan jelas melarang riba dan tiada

    siapa yang mempertikaikannya.10 Namun dalam hal ini timbul percanggahan pendapat dalam

    kalangan ulama tentang apakah sebenarnya yang dikaitkan dengan riba. Sesetengah ulama

    berpendapat bahawa faedah sama ada ke atas prinsip atau bayaran lewat adalah riba. Satu lagi

    7Afzal-Ur-Rahman, Doktrin Ekonomi Islam, m/s 214.

    8

    Afzal-Ur-Rahman, Doktrin Ekonomi Islam, m/s 212.9Asmak Abd Rahman, Sistem Takaful di Malaysia, m/s 33

    10Muhammad Abdul Mannan, Ekonomi Islam: Teori dan Praktis, m/s 206.

  • 7/28/2019 Takaful vs Insurans Konvensional

    12/15

    12

    bentuk riba menurut sunnah Rasulullah S.A.W adalah elemen ribawi pertukaran atau barang-

    barang riba yang mana terdapat perbezaan di dalam tempoh masa atau kuantiti. Elemen

    ribawi ini yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.A.W adalah emas untuk emas, perak untuk

    perak, gandum untuk gandum, barli untuk barli, kurma untuk kurma dan garam untuk garam.

    Betul ataupun salah dengan membuat bandingan persamaan, wang adalah hampir sama

    dengan dengan emas dan perak, yang mana kaedah ini dijadikan perantaraan bagi

    pertukaran.11

    Elemen ribawi inilah membawa kepada kewujudan perbezaan dalam kedua-dua

    unsur kuantiti dan jumlah di dalam kontrak pertukaran di antara penyedia insurans dan

    peserta. Hal ni bermaksud pertukaran penyedia insurans dan peserta berlaku dalam dua

    keadaan iaitu jumlah yang tidak sama nilainya antara premium dengan bayran ganti rugi.

    Seterusnya, ditangguhkan bayaran hanya apabila peserta mengalaami kerugian sahaja,12

    Tambahan pula para ulama ini mempertikaikan bahawa syarikat insurans konvesional Zurich

    Insurans memberi pinjaman daripada premium yang diterima dan mengenakan faedah dan ini

    tidak dapat dinafikan lagi sebagai riba. Zurich Insurans jugamemperolehi pendapatan selain

    daripada premium yang dibayar oleh pembeli insurans. Antaranya ialah kadar faedah

    daripada pinjaman diterima, kadar faedah terakru, kadar faedah daripada sekuriti hutang

    korporat dan urusniaga forex. Jelas di sini pendapatan lain syarikat datangnya daripadasumber kadar faedah yang jelas diharamkan oleh Islam. Dalam Takaful Ihklas unsur riba

    sedemkian tidak wujud kerana ianya dipelihara dibawah Akta Takaful 1984 yang mana

    semua urusan dan operasi syarikat Takaful bebas daripada unsur-unsur yang bercanggahan

    dengan syariat Islam.

    11Muhammad Kamal Azhari, Bank Islam: Teori dan Praktik, m/s 55.

    12Hendon Redzuan, Rubayah Yakob, Mohammad Abdul hamid, Risiko dan Insurans, m/s 523.

  • 7/28/2019 Takaful vs Insurans Konvensional

    13/15

    13

    6.0 Kesimpulan

    Kesimpulannya, kewujudan Takaful dan Insurans di Malaysia merupakan salah satu

    sektor yang menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara selain menjadi jaminan

    kepada peserta untuk mendapatkan pampasan dan bantuan ketika ditimpa musibah dan

    malapetaka. Walaupun insurans dan takaful kelihatan seakan-akan sama namun terdapat

    perbezaan yang besar di antara Takaful Ikhlas dan MCIS Zurich Insurans sama ada dari segi

    konsep, amalan dan pelaburan yang dijalankan oleh kedua-dua syarikat yang menawarkan

    insurans dan takaful. Perbezaan ini amat penting bagi umat Islam agar tidak terjebak dalam

    insurans konvensional yang telah dikuatkuasakan sebagai haram kerana mengandungi unsur-

    unsur gharar, perjudian dan riba.

    Sektor takaful seperti Takful Ikhlas ini sepatutya mendapat tempat dalam kalangan

    penduduk Malaysia yang majoritinya terdiri daripada warganegara yang beragama Islam.

    Penyertaan bersama di dalam sitem yang sebegini dapat memupuk semangat tolong-

    menolong, kerjasama, dan amanah dalam dalam kalangan wakil takaful dan peserta.

    Kesedaran kepentingan dan perbandingan tentang takaful dan insurans perlulah dilakukan

    secara meluas agar masyarakat Islam dapat mengetahui mana yang halal dan haram kerana

    pada masa ini tidak dapat dinafikan banyak yang terjebak dalam insurans konvesional akibat

    pengetahuan yang kurang tentang takaful dan insurans.

  • 7/28/2019 Takaful vs Insurans Konvensional

    14/15

    14

    Bibliografi

    Afzal-Ur-Rahman, Doktrin Ekonomi Islam (1991), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Asmak Abd Rahman (2008),Sistem Takaful di Malaysia,

    Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

    Buku Panduan Peperiksaan: Asas Takaful (2007), Kuala Lumpur: Islamic banking and Finance Institute

    Malaysia (IBFIM).

    Cheah Kooi Guan (1994), Institusi-instusi Kewangan di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

    Pustaka.

    Hendon Redzuan, Rubayah Yakob, Mohammad Abdul hamid (2005), Risiko dan Insurans, Petalin

    Jaya: Prentice Hall.

    Muhammad Abdul Mannan (1989), Ekonomi Islam: Teori dan Praktis, Kuala Lumpur: A.S Noordeen.

    Muhammad Kamal Azhari (1993), Bank Islam: Teori dan Praktik, Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar.

    Noor Saliza Zainal dan Zulkafli Mohd. Yusuf (2008), Perbankan Islam di Malaysia, Shah Alam: Pusat

    Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM.

    Zurich Insurance.http://www.zurich.com.my/

    Takaful Ikhlas Sdn. Bhb. http://www.takaful-ikhlas.com.my/malay/default.asp

    Perunding kewangan Islam.http://www.rozman-

    takaful.com/search/label/Takaful%20Ikhlas%20Sdn%20Bhd

    Utusan Online. Wakalah dalam takaful.

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0902&pub=Utusan_Malaysia&sec=

    Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

    http://www.zurich.com.my/http://www.zurich.com.my/http://www.zurich.com.my/http://www.takaful-ikhlas.com.my/malay/default.asphttp://www.takaful-ikhlas.com.my/malay/default.asphttp://www.rozman-takaful.com/search/label/Takaful%20Ikhlas%20Sdn%20Bhdhttp://www.rozman-takaful.com/search/label/Takaful%20Ikhlas%20Sdn%20Bhdhttp://www.rozman-takaful.com/search/label/Takaful%20Ikhlas%20Sdn%20Bhdhttp://www.rozman-takaful.com/search/label/Takaful%20Ikhlas%20Sdn%20Bhdhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0902&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0902&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0902&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0902&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0902&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htmhttp://www.rozman-takaful.com/search/label/Takaful%20Ikhlas%20Sdn%20Bhdhttp://www.rozman-takaful.com/search/label/Takaful%20Ikhlas%20Sdn%20Bhdhttp://www.takaful-ikhlas.com.my/malay/default.asphttp://www.zurich.com.my/
  • 7/28/2019 Takaful vs Insurans Konvensional

    15/15

    15

    Lampiran

    Temu bual melalui panggilan telefon bersama Mohd Noor Izuddin Bin Abu Bakar, Marketing

    Assistant, MCIS Zurich Berhad dan Mohd Rozman Bin Omar, Perunding Kewangan Islam

    Takaful Ikhlas Sdn. Bhd

    Soalan yang diajukan:

    1. Apa yang dimaksudkan dengan kontrak al-Wakalah dalam Takaful Ikhlas?2. Bagaimana kontrak al-Wakalah ini berbeza dengan kontrak yang digunapakai dalm

    insurans konvensional?

    3. Apakah produk yang ditawarkan dalam Takaful Ikhlas?4. Adakah Zurich insurans ini merupakan takaful islamik atau konvensional?5. Zurich insurans mempunyai Majlis Penasihat Syariah dan apa sebenarnya peranan

    Majlis tersebut dalam MCIS Zurich Insurans?

    6. Bagaimana cara tuntutan pampasan dalam Takaful Ikhlas7. Bagaimana cara tuntutan pampasan dalam Zurich Insurans8. Dari mana sumber pendapatan Zurich selain daripada hasil bayaran premium.9. Ke mana pelaburan Zurich disalurkan?