ukays vs kru

Download UKays vs KrU

Post on 18-Oct-2015

88 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

psychology

TRANSCRIPT

Penggunaan Konsep UKays VS krU Sebagai Satu Kaedah Perekodan Perakaunan Asas Akruan Belanja Dan Hasil Bagi Dalam Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4, Sekolah Menengah Kebangsaan Klebang Besar, Melaka.Oleh Kartini Binti MunirUniversiti Pendidikan Sultan Idris

ABSTRAKLatihan mengajar merupakan komponen wajib dalam kursus-kursus pendidikan yang ditawarkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk melengkapkan Ijazah pendidikan dalam bidang pilihan. Oleh yang demikian, setiap mahasiswa UPSI akan menjalankan latihan selama 16 minggu di sekolah-sekolah pilihan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran terdapat banyak kaedah dan teknik yang akan digunakan oleh guru pelatih untuk menjadikan pengajaran menarik dan berkesan. Kajian ini cuba mengupas permasalahan yang dihadapi oleh pelajar prinsip perakaunan mengenai topik pelarasan yang bertumpu kepada perakaunan asas akruan belanja dan hasil. Guru pelatih cuba mengaplikasikan kaedah akronim dan akrostik dalam pengajaran prinsip perakaunan, iaitu penggunaan konsep Ukays VS krU. Hasil kajian menunjukkan peningkatan prestasi pelajar dalam sub topik pelarasan. Guru-guru pelatih adalah cenderung memberi idea-idea baru dalam pengajaran serta berbincang dengan guru tetap untuk memperbaiki prestasi pelajar dalam pelajaran tidak kira apa pun mata pelajaran yang diambil.

1.0 PENDAHULUAN

Bab ini akan menerangkan mengenai latar belakang kajian, masalah atau isu yang berkaitan dengan kajian, objektif kajian dilakukan, persoalan kajian, batasan kajian serta kepentingan kajian ini dilakukan. Prinsip perakuanan adalah salah satu subjek elektif yang akan menjadi pilihan pelajar-pelajar apabila memasuki tingkatan 4. Pemilihan subjek elektif dalam kalangan pelajar adalah berdasarkan minat serta kelayakan akademik berdasarkan keputusan PMR. Pelajar telah didedahkan mengenai topik simpan kira pada subjek kemahiran hidup ketika berada di tingkatan 3 dan pengetahuan ini membantu pelajar untuk memilih subjek prinsip perakaunan sebagai pilihan berbanding subjek lain.

Umum mengetahui bahawa subjek prinsip perakuanan adalah mengenai pengiraan dan selalunya pelajar yang minat mengira akan menjadikan subjek ini sebagai pilihan mereka. Namun begiru, terdapat juga sekolah yang menetapkan pilihan subjek elektif ini di tangan pihak pengurusan sekolah iaitu sepenuhnya berdasarkan keputusan PMR yang lepas. Hal ini akan menimbulkan ketidakpuasan hati pelajar yang tidak meminati subjek ini. Oleh yang demikian guru perlu memainkan peranan yang besar bagi menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek prinsip perakauan ini serta melaksanakan akativiti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan agar topik-topik yang dibincangkan mudah untuk difahami dan dikuasai oleh pelajar.

1.1 LATAR BELAKANG KAJIANPrinsip Perakaunan merupakan satu pengajian asas perakaunan yang bertujuan untuk melahirkan individu yang mempunyai kemahiran perakaunan, berakauntabiliti, berfikiran kritikal dan reflektif, mengamalkan budaya kerja yang beretika, berkemahiran dalam teknologi maklumat, membudayakan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik melalui pendekatan pembelajaran bermakna dan kesepaduan teori dan amalan perakaunan seperti yang dinyatakan dalam objektif pembelajaran. Penyampaian kurikulum mata pelajaran ini adalah berdasarkan kepada amalan proses kerja perakaunan yang dijalankan dari satu peringkat ke satu peringkat lain yang dinamakan Kitaran Perakaunan. Kitaran perakuanan ini merupakan langkah-langkah dalam penyediaan dan penyemakan semula penyata kewangan yang merupakan hasil akhir daripada kitaran ini. Setiap langkah dalam kitaran perakaunan akan dipelajari di tingkatan empat dan terdapat beberapa topic tambahan akan dipelajari di tingkatan lima, walaupun topik-topik tambahan tidak menyentuh secara langsung mengenai kitaran perakauan, namun begitu kitaran ini masi juga diamalkan dalam topic-topik berkenaan tanpa disedari oleh pelajar. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, nilai-nilai murni, adab dan etika perakaunan disepadukan secara langsung dan tidak langsung. Pendekatan yang digunakan seharusnya dapat menggalakkan murid menguasai pelbagai kemahiran pembelajaran dan kemahiran generik yang berteraskan kemahiran berfikir secara kritis dan reflektif.

Prinsip Perakaunan mengandungi 15 topik keseluruhannya yang merangkumi topik tingkatan 4 dan 5. Setiap topik yang dipelajari mempunyai perkaitan dan setiap pelajar perlu mahir dalam topik yang telah dipelajari bagi memastikan pembelajaran topik seterusnya adalah berkesan. Pendekatan pembelajaran Masteri merupakan pendekatan yang sangat bersesuaian kerana perkaitan topik demi topik dalam subjek prinsip perakaunan. Tidak mahir dalam topik yang telah dipelajari akan mempengaruhi pembelajaran topik seterusnya terutamanya pada topik-topik tingkatan 4. Penekanan kepada kitaran perakaunan perlu dititikberatkan kerana kitaran ini mempengaruhi pemahaman pelajar dalam semua bab yang perlu dipelajari dalam prinsip perakaunan contoh topik pengajian yang merupakan topik baru dalam sukatan mata pelajaran prinsip perakaunan yang memerlukan dokumen sumber untuk merekod gaji yang dibayar dan juga pengiraan gaji pekerja juga memerlukan dokumen sumber sebagai rujukan pengiraan seperti maklumat hari bekerja, maklumat KWSP dan Perkeso serta maklumat elaun-elaun yang diberikan kepada pekerja. Dalam pengajian juga terdapat maklumat yang perlu dicatatkan sebagai debit dan maklumat berkaitan kredit.

Pelarasan merupakan langkah kelima dalam kitaran perakauanan yang akan menghasilkan imbangan duga terselaras. Hal ini kerana maklumat dalam Imbangan Duga sahaja belum cukup untuk menyediakan penyata kewangan bagi perniagaan kerana masih terdapat pelarasan-pelarasan yang perlu dibuat sebelum penyata kewangan disediakan. Pelarasan-pelarasan yang dimaksudkan ialah hasil dan belanja terakru, hasil dan belanja terdahulu, hutang lapuk, peruntukan hutang ragu, hutang lapuk terpulih serta susut nilai dan susut nilai terkumpul. Pelarasa-pelarasan ini bertujuan untuk memberikan gambaran yang sebenar mengenai prestasi perniagaan di samping memenuhi ciri-ciri kualitatif yang diperlukan pada sesebuah penyata kewangan.

Pelarasan yang diberi penekanan dalam kajian ini adalah berkaitan dengan hasil dan belanja yang terakru serta terdahulu. Pelarasan berkaitan belanja dan hasil adalah berkaitan dengan konsep Asas Perakaunan Akruan yang bermaksud jumlah hasil yang dilaporkan adalah sama dengan hasil bagi tempoh perakaunan berkenaan. Dalam proses perakaunan terdapat dua asas perakaunan yang digunakan iaitu perakauanan asas tunai dan perakaunan asas akruan. Perakaunan asas tunai mengariskan prinsip bahawa hasil akan direkodkan apabila tunai diterima dan belanja akan direkodkan apabila tunai dibayar perakaunan ini tidak memadankan hasil sebenar yang diperolehi dengan belanja sebenar yang dibayar dalam tempoh perakaunan.

Maka, Perakaunan Asas Tunai menjadi tidak selari dengan garis panduan prinsip perakaunan yang diterima umum dan tidak dianggap alat pengurusan yang efektif. Asas Akruan juga merupakan asas perakaunan yang melibatkan pemadanan hasil dan belanja bagi sesuatu tempoh perakaunan. Oleh yang demikian adalah amat penting untuk memahami perakaunan asas akruan bagi memudahkan pelajar menyediakan penyata kewangan atau akaun penutup.

1.2 Penyataan Masalah

Pelajaran Prinsip Perakaunan Tingkatan Lima merupakan kesinambungan daripada pembelajaran Tingkatan Empat. Hal ini bermakna segala konsep dan kaedah perakaunan yang dipelajari di Tingkatan Empat merupakan asas yang digunakan dalam sesi pembelajaran Tingkatan Lima. Kegagalan pelajar memahami konsep dalam sukatan mata pelajaran Tingkatan Empat akan membawa kesan buruk terhadap pembelajaran Prinsip Akaun di Tingkatan Lima kerana mata pelajaran ini merupakan lanjutan di Tingkatan Lima. Asas perakaunan yang dipelajari di Tingkatan Empat akan menjadi asas yang akan digunakan dalam pembelajaran Tingkatan Lima secara lebih mendalam dan sekiranya pelajar tidak menguasai pengetahuan asas ini, pembelajaran Tingkatan Lima akan menjadi sukar dan guru terpaksa mengulang semula pelajaran tingkatan 4 yang berkaitan dengan tajuk yang di pelajari.

Topik pelarasan merupakan topik yang kurang digemari oleh pelajar kerana ramai diantara mereka beranggapan bahawa topik ini sangat mengelirukan dan sukar untuk difahami. Pelajar sukar untuk membuat perbezaan mengenai konsep terakru dan terdahulu. Hal ini juga berlaku ketika saya dan rakan kelas melaksanakan satu program cemerlang perakaunan di SMK Dato Kamaruddin, Taiping Perak. Seramai 80 orang peserta terdiri daripada pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima kelas prinsip perakaunan terlibat dalam program yang dijalankan. Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran, kebanyakan pelajar tingkatan 5 gagal menjawab soalan penyata kewangan yang telah mereka pelajari sewaktu Tingkatan Empat. Setelah di selidik pelajar kurang memahami sub topik pelarasan terutamanya berkaitan dengan hasil dan belanja terakru serta terdahulu. Oleh itu pelajar yang lemah dalam topik pelarasan akan menghadapi masalah untuk menyelesaikan soalan berkaitan dengan penyata pendapatan.

Kajian ini adalah untuk memperbaiki kaedah pengajaran guru dan pembelajaran pelajar. Terdapat banyak teknik yang boleh digunakan untuk mengingati formula mahupun fakta dengan mudah dan berkesan. Kajian ini mengetengahkan kaedah akrostik iaitu menggunakan konsep Ukays VS krU dalam Kaedah Perekodan Perakaunan Asas Akruan Belanja Dan Hasil. 1.3 Objektif KajianObjektif am kajian ini dilakukan adalah untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan murid terhadap Pelarasan Belanja dan Pelarasan Hasil dalam Perakaunan Asas Akruan dalam sub topik pelarasan. Terdapat beberapa objektif khusus yang juga diberi tumpuan dalam kajian ini iaitu;i. Meningkatkan kemahiran murid untuk memahami pelarasan belanja terakru dan terdahulu