4.saluran dan peredaran darah

Upload: fiza-al-ansari

Post on 14-Jul-2015

269 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Saluran dan Peredaran Darah

Gambar rajah Sistem Peredaran Darah

Kapilari dimana pertukaran gas berlaku

Arteri pulmonari

Vena Pulmonari Aorta

Vena kava Ventrikal kanan Kitaran Sistemik

Ventrikal kiri

Kapilari dimana pertukaran gas berlaku Darah nyah oksigen Darah kaya oksigen

Sistem Peredaran DarahTerdiri drp darah, jantung serta alat pengangkut darah. Terbahagi kepada 2 sistem: (a) Sistem Peredaran Tertutup (b) Sistem Peredaran Ganda Dua

SISTEM PEREDARAN DARAH GANDA DUA Terbahagi kepada kitaran pulmonari dan kitaran sistemik. Kitaran sistemik - membolehkan darah beroksigen serta nutrien dibawa ke organ-organ badan dan membawa darah nyahoksigen kembali ke jantung. Kitaran pulmonari - peredaran darah dalam kitaran ini membawa darah nyahoksigen ke paru-paru untuk pertukaran gas sebelum darah beroksigen dikembalikan ke jantung.

Struktur dan Fungsi Salur Darah 1. 2. 3. Terdapat 3 jenis salur darah yang utama: Arteri Vena Kapilari

Arteri Arteri ialah salur darah yang membawa darah keluar dari jantung ke bahagianbahagian lain badan. Dinding arteri tebal, berotot dan elastik supaya ia boleh tahan tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh denyutan jantung Arteri bercabang-cabang membentuk arteriol Semua arteri membawa darah beroksigen kecuali arteri pulmonari.

Vena Vena ialah salur darah yang membawa darah ke jantung dari bahagian-bahagian lain badan. Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran yang lebih besar jika dibandingkan dengan arteri. Darah yang berada dalam vena mengalir pada tekanan yang rendah dan oleh itu, dinding yang tebal tidak diperlukan. Saluran yang besar memberikan kurang rintangan terhadap pengaliran darah.

Vena dilengkapi dengan injap-injap yang menentukan darah mengalir hanya dalam satu arah sahaja, iaitu arah ke jantung. Injap-injap ini akan tertutup jika darah mengalir ke belakang dalam alirannya. Vena yang terkencil sekali dinamakan venul Semua vena membawa darah tidak beroksigen kecuali vena pulmonari.

Arteri

Vena

Kapilari darah Kapilari darah ialah salur darah yang terkecil sekali. Kapilari darah menghubungkan arteriol kepada venul. Dinding kapilari darah hanya setebal satu sel. Dinding-dindingnya yang nipis serta telap memudahkan resapan bahan-bahan antara darah dan tisu-tisu berlaku dengan cepat.

Fungsi:a. mengedar oksigen b. mengedar zat-zat kepada tulang, sel-sel mengangkut karbondioksida dan bahanbahan kumuhan. c. mengimbangi kandungan asid di dlm badan, ia mengelakkan pendarahan dan mengelakkan pembekuan darah. d. membantu mengawal suhu badan

ALIRAN DARAH Darah beroksigen datang dari peparu Darah tanpa oksigen datang dari badan

Darah tanpa oksigen memasuki atrium kanan melalui superior dan inferior vena kava. Atrium kanan menguncup lalu menolak darah ke ventrikel kanan melalui injap trikuspid yg menghalang darah mengalir balik ke atrium kanan.

Ventrikel kanan menguncup darah ditolak melalui injap semilunar pulmonari ke dalam arteri pulmonari. Arteri pulmonari bercabang dua kepada arteri pulmonari kiri (ke peparu kiri) dan arteri pulmonari kanan (ke peparu kanan)

Darah dibawa ke peparu untuk membebaskan CO2 dan menerima O2 Darah beroksigen melalui vena pulmonari kanan dan kiri (dari peparu kanan & kiri) memasuki atrium kiri Atrium kiri menguncup lalu menolak darah ke ventrikel kiri melalui injap bikuspid.

Ventrikel kiri menguncup darah ditolak melalui injap semilunar aortik ke dalam aorta Aorta bercabang untuk membentuk arteri-arteri lain. Arteri-arteri ini membawa darah beroksigen ke seluruh badan kecuali paru-paru

Faktor-faktor yang mempengaruhi kembalian darah ke jantung 1. Apabila otot-otot menguncup, vena tertekan dan darah dalamnya ditolak ke arah jantung. 2. Injap-injap pada vena menghalang darah daripada mengalir ke arah belakang. Ia hanya membenarkan darah mengalir satu arah iaitu ke jantung. 3. Semasa otot-otot mengendur, vena-vena tersebut akan dipenuhi semula dengan darah. Proses penguncupan dan pengenduran otot membolehkan darah dialirkan ke jantung.

4. Semasa inspirasi, tekanan intratorasik menurun menyebabkan vena darah dalam rongga toraks mengembung dan ini memaksa darah mengalir ke arah atrial kanan jantung. 5. Apabila tekanan intratorasik meningkat semasa ekspirasi, vena-vena tersebut dipenuhi semula dengan darah nyahoksigen. Semakin tinggi tekanan ini, semakin banyak output jantung. 6. Pernafasan yang membantu keluaran jantung dikenali sebagai pam pernafasan.

Mengukur Tekanan Darah Tekanan merupakan daya yang diwujudkan oleh darah semasa ia mengalir melalui salur-salur darah Alat pengukur tekanan darah: sfigmomanometer. Tekanan darah berbeza menurut jantina, umur, gerak kerja dan lain-lain. Tekanan darah dlm arteri menjadi paling tinggi semasa sistol ventrikel apabila darah terdesak memasuki arteri. Tekanan darah menurun semasa diastol ventrikel Tekanan darah adalah rendah dlm vena-vena. Tekanan darah diukur dalam unit mm Hg (milimeter merkuri). Tekanan darah normal ialah 120/80mm Hg: Tekanan sistol Tekanan Diastol : antara 120 140 mm merkuri : antara 70 90 mm merkuri