tajuk 2 perkembangan dan pemerolehan matematik ok

11
PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK TAJUK 2 PERKEMBANGAN DAN PEMEROLEHAN MATEMATIK SINOPSIS Perkembangan dan pemerolehan matematik perlu difokuskan dalam pendedahan awal pengajaran dan pembelajaran matematik kepada kanak-kanak pada peringkat awal persekolahan. Kefahaman ini dapat memudahkan guru menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Tajuk ini akan menjelaskan tahap perkembangan matematik murid, menyatakan hieraki pembelajaran matematik, faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan matematik dan mengenal pasti masalah dalam pembelajaran matematik dalam kalangan murid pemulihan serta mencadangkan strategi yang sesuai untuk manangani masalah tersebut. HASIL PEMBELAJARAN 1. Menjelaskan tahap kesediaan/perkembangan matematik murid. 2. Menyatakan hieraki pembelajaran matematik. 3. Menyenaraikan faktor yang mempengaruhi penguasaan matematik serta masalah dalam pembelajaran matematik dalam kalangan murid pemulihan. 17

Upload: apipirashdan8007

Post on 27-Oct-2015

111 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Perkembangan Dan Pemerolehan Matematik

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK 2 Perkembangan Dan Pemerolehan Matematik Ok

PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

TAJUK 2 PERKEMBANGAN DAN PEMEROLEHAN MATEMATIK

SINOPSIS

Perkembangan dan pemerolehan matematik perlu difokuskan dalam

pendedahan awal pengajaran dan pembelajaran matematik kepada kanak-kanak

pada peringkat awal persekolahan. Kefahaman ini dapat memudahkan guru

menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan

murid. Tajuk ini akan menjelaskan tahap perkembangan matematik murid,

menyatakan hieraki pembelajaran matematik, faktor-faktor yang mempengaruhi

penguasaan matematik dan mengenal pasti masalah dalam pembelajaran

matematik dalam kalangan murid pemulihan serta mencadangkan strategi yang

sesuai untuk manangani masalah tersebut.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan tahap kesediaan/perkembangan matematik murid.

2. Menyatakan hieraki pembelajaran matematik.

3. Menyenaraikan faktor yang mempengaruhi penguasaan matematik serta

masalah dalam pembelajaran matematik dalam kalangan murid pemulihan.

17

Page 2: TAJUK 2 Perkembangan Dan Pemerolehan Matematik Ok

PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

KERANGKA TAJUK

Rajah 2.1 Gambaran Keseluruhan Isi Kandungan

KANDUNGAN ISI

2.1 Tahap Perkembangan Matematik

2.1.1 Kesediaan Pembelajaran Matematik

Kesediaan pembelajaran matematik terbahagi kepada 3 jenis:

kesediaan kognitif (perkembangan mental untuk menerima

rangsangan dan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada);

kesediaan afektif (sikap dan minat terhadap matematik) dan

kesediaan psikomotor (kesediaan fizikal).

2.1.2 Kesediaan Terhadap Nombor

Kesedaran terhadap konsep nombor terutama dalam kemahiran

menambah dan menolak boleh dilakukan dengan mengajar murid-murid ini

menggunakan latihan seperti permainan papan nombor atau menggunakan

perisian yang bersesuaian.

18

Perkembangan dan pemerolehan Matematik

Tahap Perkembangan Matematik

Hieraki pembelajaran

Matematik

Faktor -faktor yang

mempengaruhi penguasaan

matematik

Masalah dalam

pembelajaran matematik

murid pemulihan

Page 3: TAJUK 2 Perkembangan Dan Pemerolehan Matematik Ok

PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

2.1.3 Kesediaan Terhadap Belajar Matematik Pada Tahap Tinggi

Pengetahuan dan kemahiran asas dikuasai sebelum belajar matematik

tahap tinggi.

2.2 Hieraki Pembelajaran Matematik

2.2.1 Konkrit/Enaktif

Murid-murid perlu mempunyai pengalaman konkrit untuk memahami

sesuatu konsep seperti memegang, meneroka bahan dan mengubah suai

bahan. Pembelajaran pada peringkat ini memerlukan seseorang murid

menggunakan kepada sesuatu objek konkrit atau objek sebenar bagi

menyelesaikan sesuatu masalah.

Pada peringkat konkrit ini, pelbagai sensori digunakan dalam pengajaran

dan pembelajaran. Murid-murid belajar melalui pengalaman. Oleh itu, murid-

murid yang melalui pembelajaran peringkat konkrit dapat menguasai sesuatu

perkara atau konsep yang dipelajari dengan mudah menggunakan sesuatu objek

konkrit atau sebenar. Contohnya, dalam pengajaran konsep nilai tempat,

penggunaan blok-blok sebagai bahan bantu mengajar amat berkesan bagi

membolehkan murid-murid memahami konsep nilai tempat menerusi bahan yang

digunakan tanpa perlu membuat pengiraan secara membilang satu-satu.

Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai amat perlu

untuk mengajar konsep matematik. Pengajaran pemahaman secara konkrit perli

diajar terlebih dahulu sebelum ke pengajaran beralih ke peringkat semi-konkrit

dan abstrak. Guru perlu merancang dan menyediakan latihan-latihan yang

menggunakan objek konkrit kepada murid-murid. Implikasi pengajaran dan

pembelajaran seperti ini ialah:

19

Page 4: TAJUK 2 Perkembangan Dan Pemerolehan Matematik Ok

PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Membantu muid-murid yang pasif untuk belajar secara lebih bermakna

menggunakan objek konkrit.

Guru menyampaikan idea tentang sesuatu konsep dengan melibatkan

pemahaman konkrit murid-murid.

Melibatkan pemahaman konseptual dan prosedural dalam struktur

yang dilaksanakan oleh guru.

Adalah penting bagi guru untuk mengetahui beberapa ciri asas yang

berbeza pada setiap matematik manipulatif dan bagaimana perkara tersebut

memberi kesan kepada murid yang bermasalah.

Terdapat dua jenis matematik manipulatif iaitu:

Discrete=bahan/objek yang boleh dikira (murid, counting block, unifix

cube, mainan dan sebagainya).

Continuous= bahan yang digunakan bukan untuk tujuan pengiraan,

tetapi digunakan untuk tujuan pengukuran (pembaris, alat penyukat,

alat timbang dan sebagainya).

2.2.2 Semi konkrit/Ikonik

Perubahan aktiviti konkrit kepada semi konkrit hanya berlaku apabila

murid-murid telah menguasai kemahiran matematik pada peringkat konkrit.

Pada peringkat semi konkrit, murid-murid yang telah menguasai peringkat

objek konkrit akan diperkenalkan pula dengan gambar-gambar yang mewakili

objek tersebut secara perlahan-laha/beransur-ansur. Penekanan diberikan pada

penyesuaian simbol yang abstrak seperti nombor kepada objek di dalam proses

penyelesaian masalah.

Oleh itu, maklumat yang guru sampaikan boleh diterima oleh murid-murid

melalui pembacaan, melihat, mendengar dan menyentuh dalam aktiviti-aktiviti

20

Page 5: TAJUK 2 Perkembangan Dan Pemerolehan Matematik Ok

PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

seperti menulis, mengasingkan mengikut ciri-ciri tertentu, bertutur dan melukis.

Gambar yang dilukis oleh murid-murid mewakili objek konkrit dalam

menyelesaikan masalah.

Apabila pelajar belajar melukis bagi sesuatu simbol yang abstrak kepada

objek dalam penyelesaian masalah, pelajar berkeupayaan menyelesaikan

masalah matematik secara berdikari. Pelajar juga berasa lebih yakin apabila

setiap masalah matematik dapat diatasi menerusi pembelajaran peringkat semi-

konkrit.

Secara tidak langsung, murid-murid dapat mengukuhkan pemahaman

secara semi konkrit tentang sesuatu konsep adalah disebabkan kesamaan

lukisan gambar-gambar dengan objek konkrit yang digunakan ketika

pembelajaran peringkat semi konkrit.

2.3 Faktor yang mempengaruhi penguasaan matematik

2.3.1 Internal/Dalaman

a) Faktor diri sendiri dan psikologi:

Mempunyai masalah dalam mengingat

Mempunyai masalah peribadi, masalah mental (IQ yang rendah),

masalah fizikal dan masalah gangguan emosi.

b) Masalah kurang kecerdasan mental

Warisan daripada genetik ibu bapa

Masalah daripada sebelum, semasa, dan selepas kelahiran

Kecederaan otak kerana penyakit atau kemalangan

Kekurangan makanan yang berzat

21

Page 6: TAJUK 2 Perkembangan Dan Pemerolehan Matematik Ok

PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

c) Sikap

Menganggap matematik sesuatu yang sukar untuk dikuasai -

tidak berminat untuk belajar.

d) Masalah pengamatan seperti pendengaran, penglihatan, dan

psikomotor

e) Fizikal ( makanan, keletihan, berpenyakit )

Makanan yang tidak mencukupi dan tidak berzat

Murid yang cepat letih – tidak mampu menumpukan perhatian

dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti tidak

menyiapkan latihan di sekolah atau kerja rumah

Keletihan

Menolong keluarga menambah pendapatan / menjaga adik

Berpenyakit sehingga kerap tidak hadir ke sekolah

mengakibatkan murid ketinggalan dalam pelajaran

f) Tidak menguasai bahasa pengantar

Tidak boleh membaca, memahami, dan menguasai Bahasa

Inggeris.

g) Penempatan murid tidak sesuai: disleksia, lembam (slow learner)

2.3.2 Eksternal/Luaran

Faktor eksternal yang mempengaruhi penguasaan matematik murid-murid

terbahagi kepada faktor sekolah, guru, ibu bapa, rakan dan persekitaran.

a) Sekolah: Pihak pentadbir

Tidak memberi perhatian pada pelaksanaan kelas pemulihan

Tidak memberikan peruntukan yang sewajarnya

22

Page 7: TAJUK 2 Perkembangan Dan Pemerolehan Matematik Ok

PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Panitia kurang memberikan perhatian serius kepada murid-murid

pemulihan sebaliknya menumpukan perhatian kepada murid-murid

UPSR

b) Guru

Strategi dan kaedah mengajar yang kurang sesuai seperti tidak

berperingkat-peringkat, tidak menggunakan pengetahuan sedia

ada murid, tiada aktiviti pengukuhan

Bahan bantu mengajar yang kurang menarik dan tidak sesuai

Emosi tidak stabil, garang dan tidak sabar

Kurang prihatin

Tidak menjalankan ujian diagnostik dengan betul

Kurang berminat dalam bidang pemulihan

Tiada pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pemulihan

Tidak memberikan tumpuan kepada murid yang memerlukan

pengajaran dan pembelajaran secara individu

Pengurusan tingkah laku yang kurang berkesan

c) Ibu bapa

Tidak menyediakan kelengkapan belajar seperti pensel, buku,

dan sebagainya

Tidak memberi dorongan

Tidak meninjau perkembangan pelajaran anak

Sibuk dengan hal sosioekonomi

Tidak memantau pergaulan sebaya anak

Masalah rumah tangga

d) Suasana P & P

Persekitaran P & P yang tidak ceria

e) Kurikulum (sukatan, buku teks)

23

Page 8: TAJUK 2 Perkembangan Dan Pemerolehan Matematik Ok

PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Kurikulum yang tidak sesuai dengan IQ murid-murid

Buku teks yang memuatkan tajuk-tajuk sukar

Sukatan Pelajaran yang terlalu umum

f) Persekitaran (bilik pemulihan)

Tempat tidak sesuai seperti di bawah tangga

Bahan-bahan disusun pada aras yang tidak bersesuaian

Kebersihan dan keceriaan kelas kurang memuaskan

2.4 Masalah dalam pembelajaran matematik dalam kalangan murid

pemulihan

2.4.1 Operasi Asas

tidak faham konsep/simbol

tidak faham nilai tempat

keliru dengan nombor yang hampir sama bentuk

cepat lupa

tidak ingat

tidak faham ayat matematik

Diskalkulia

2.4.2 Penyelesaian Masalah

tidak tahu menyelesaikan masalah

tidak tahu prosedur menyelesaikan masalah

2.4.3 Fobia Matematik (mathophobia)

24

Page 9: TAJUK 2 Perkembangan Dan Pemerolehan Matematik Ok

PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Ciri-ciri: tidak suka matematik, berasa tidak pasti/kurang yakin,

pencapaian lemah, kurang minat dan sikap tidak ambil peduli.

Perasaan kecewa atau putus asa serta merasa diri tidak boleh dibantu

lagi dari segi keupayaannya dalam matematik

2.4.4 Memori

Tidak ingat

Cepat lupa

Masalah ingatan adalah bukti utama apabila murid mempamerkan

kesukaran untuk mengingat asas operasi tambah, tolak, darab dan

bahagi.

Murid-murid mengalami masalah ingatan dari aspek penyimpanan

maklumat.

Dua prinsip bagi membantu murid untuk mengingat maklumat:

imaginasi & asosiasi.

2.4.5 Metakognitif

Diperlukan bagi sebarang penyelesaian masalah

Berkaitan dengan keupayaan murid untuk memantau pembelajaran

mereka:

o menilai sama ada mereka belajar

o menggunakan strategi apabila diperlukan

o mengetahui sama ada strategi itu berjaya

o membuat pertukaran apabila diperlukan.

2.4.6 Tanggapan Visual/Auditori

25

Page 10: TAJUK 2 Perkembangan Dan Pemerolehan Matematik Ok

PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Tanggapan visual:

o Kecelaruan pemprosesan visual atau perseptual merujuk kepada

ketidakupayaan untuk menjana maklumat yang diperoleh dari

mata. Ia melibatkan penglihatan atau ketepatan penglihatan.

o Beberapa kesukaran yang dialami:

hubungan ruang

diskriminasi visual

visual closure

pengenalpastian objek (visual agnosia)

Tanggapan auditori

o Kecelaruan pemprosesan auditori menghalang keupayaan individu

untuk menganalisis maklumat yang diperoleh dari deria

pendengaran.

2.4.7 Bahasa

Masalah bahasa berlaku apabila murid bermasalah menggunakan

simbol matematik, menzahirkan konsep matematik kepada orang lain

dan mendengar penjelasan tentang matematik.

Masalah juga berlaku semasa membaca atau menulis ayat

penyelesaian masalah matematik.

Melayari Internet (1 jam)

26

Page 11: TAJUK 2 Perkembangan Dan Pemerolehan Matematik Ok

PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Melayari laman web berikut untuk mengumpul maklumat tentang masalah

pembelajaran matematik dalam kalangan muird-murid pemulihan. Sediakan satu

rumusan terhadap kefahaman anda tentang pra nombor dan menulis refleksi.

http://www.basicconcepts.co.za/systematic.htm

http://www.col.org/stamp/UpMath4.pdf

http://s22318.tsbvi.edu/mathproject/ch1.asp

Latihan

1. Huraikan faktor yang mempengaruhi penguasaan Matematik berserta

contoh yang sesuai.

Perbincangan ( 1 jam)

Dapatkan maklumat daripada internet dan bahan bacaan/sumber lain tentang

masalah pembelajaran dalam kalangan murid pemulihan Matematik serta

cadangkan strategi pengajaran yang sesuai untuk menangani masalah tersebut.

27