tajuk 1 (kumpulan b)

45
MELAYU ISLAM BERAJA DIUSAHAKAN OLEH: NAZIRUL AJRUL MAJIIDAH

Upload: ms-yati

Post on 21-Jun-2015

6.467 views

Category:

Education


9 download

DESCRIPTION

SC2/HCMM/12a

TRANSCRIPT

Page 1: Tajuk 1 (Kumpulan B)

MELAYU ISLAM BERAJA

DIUSAHAKAN OLEH:NAZIRULAJRULMAJIIDAH

Page 2: Tajuk 1 (Kumpulan B)

ADAB TERTIB DALAM BERPAKAIAN Berpakaian mengikut pandangan agama

islam yang baik ialah menutup aurat, bersih dan kemas.

Kita dapat mengenali dan mengetahui satu-satu bangsa di dunia ini melalui pakaian tradisi atau kebangsaan mereka.

Orang-orang Melayu Brunei Darussalam terkenal dengan baju cara Melayu bagi kaum lelaki dan baju kurung bagi kaum perempuan.

Page 3: Tajuk 1 (Kumpulan B)

PAKAIAN DALAM MAJLIS

Apabila ada majlis keramaian seperti perkahwinan, berpindah kerumah baru dan lain lain,maka orang-orang Melayu Brunei yang mennghadiri majlis itu memakai pakaian baju cara Melayu bagi lelaki dan baju kurung serta bertudung bagi perempuan.

Page 4: Tajuk 1 (Kumpulan B)

Bagi mereka yang tidak beragama islam yang tingal di pedalaman pada kebiasaanya mereka ini tidak memakai cara Melayu tetapi sebahagian kecil hanya memakai songkok hitam sebagai menghormati majlis.

Page 5: Tajuk 1 (Kumpulan B)

Cara berpakaian bagi lelaki

Page 6: Tajuk 1 (Kumpulan B)

Cara berpakaian

bagi perempuan

Page 7: Tajuk 1 (Kumpulan B)

Adat resam dalam majlis perkahwinano Adat ‘berambil-ambilan’ diamalkan oleh

puak Melayu Brunei.o Dalam adat perkahwinan puak Tutong,

adat ‘Basuh Batis’ ini diadakan selepas acara bersanding.

o Adat berjarum-jarum atau adat ‘Membuka mulut’ bagi puak Belait akan membawa sebuah celapa (khusus bagi puak Belait di Bukit Sawat) atau dua tiga gantang beras (khusus bagi puak Belait di Kuala Balai).

Page 8: Tajuk 1 (Kumpulan B)

oBagi puak dusun sewaktu majlis Persandingan mempelai akan duduk bersanding di atas gong.

oBagi puak murut adat perkahwinan puak Murut ada adat yang dikenali sebagai adat ‘Makan Malam’.

Page 9: Tajuk 1 (Kumpulan B)

KUIH MUIH DAN MASAKAN TEMPATAN• Kuih muih dan masakan tempatan tradisi

orang-orang Melayu Brunei mempunyai keistimewaanya yang tersendiri.

• Keistimewaanya itu bukan sahaja kerana namanya yang unik tetapi juga disebabkn rasanya yang sedap. Kuih muih dan masakan tempatan dihidangkan dalam majlis-majlis keramain seperti perkahwinan, berkhatan, berpindah rumah, makan tahun dan sebagainya.

Page 10: Tajuk 1 (Kumpulan B)

Kuih muih kering & basah

• Kueh mueh tempatan ada dua jenis iaitu kuih muih kering dan kuih muih basah. Kuih muih kering mempunyai berbagai bentuk, nama dan saiz mengikut acuan yang digunakan seperti kuya, jala, cacah, cincin, bahulu sapit dan lain-lain.

• Kuih muih basah pula adalah seperti wajit, kalupis, selarut,katilapan dan lain-lain.

Page 11: Tajuk 1 (Kumpulan B)

RANGIN

Page 12: Tajuk 1 (Kumpulan B)

KUIH JALA

Page 13: Tajuk 1 (Kumpulan B)

KUIH CINCIN

Page 14: Tajuk 1 (Kumpulan B)

BAHULU

Page 15: Tajuk 1 (Kumpulan B)

ARDAM

Page 16: Tajuk 1 (Kumpulan B)

MASAKAN

• Masakan tempatan terdiri daripada berbagai-bagai jenis seperti masakan ikan, daging, dan sayur-sayuran dan lain-lain lagi. Masakan daging adalah seperti rebus, gulai, tumis dan lain-lain lagi.

• Masakan-masakan tersebut biasanya dihidangkan dalam majlis-majlis perkahwinan, makan tahun dan lain-lain lagi

Page 17: Tajuk 1 (Kumpulan B)

AMBUYAT

Page 18: Tajuk 1 (Kumpulan B)

•Ambuyat adalah sejenis makanan tempatan yang disukai dan digemari oleh

masyarakat Brunei sejak dahulu lagi. Makanan ini juga merupakan salah satu makanan yang utama di samping nasi.•Ambuyat dibuat daripada sagu atau

ambulung. Ambulung diperolehi daripada pati batang rumbia yang telah diproses.

Lazimnya ambuyat dimakan dengan cacah yang diperbuat daripada asam binjai, asam limau, mangga, asam kalumbi dan lain-lain

lagi. Jenis-jenis masakan tempatan yang biasanya dihidangkan bersama-sama

semasa makan ambuyat adalah seperti dadah tahai, pais, ampap dan lain-lain.

Page 19: Tajuk 1 (Kumpulan B)

PAIS

Page 20: Tajuk 1 (Kumpulan B)

Pais adalah salah satu makanan tempatan Brunei. Pada kebiasanya pais sering dii makan ketika makan ambuyat atau nasi. Ada bermacam jenis pais. Di antaranya pais daging, pais urat, pais ikan dan pais ayam. Pais di bungkus mengunakan pucuk nipah atau di bungkus dengan daun pisang lalu di bakas

Page 21: Tajuk 1 (Kumpulan B)

PERMAINAN TRADISI BRUNEI

Adat Permainan Dalam masyarakat Melayu Brunei

terdapat berjenis-jenis permainan. Antaranya ialah congkak, pasang, gasing, catur, barajung dan lain-lain lagi.

Page 22: Tajuk 1 (Kumpulan B)

Congkak

Page 23: Tajuk 1 (Kumpulan B)

•Permainan congkak adalah sejenis permainan yang selalu diadakan ketika majlis keramaian seperti malam berjaga-jaga. Permainan congkak ini memerlukan dua orang pemain sama ada lelaki atau perempuan. Pada zaman dahulu permainan ini sangat digemari oleh kaum perempuan.

Page 24: Tajuk 1 (Kumpulan B)

•Bentuk congkak ini bermacam-macam. Ada yang berbentuk seperti perahu kecil atau ada yang seperti calak. Panjangnya 88 sentimeter, lebarnya 14 sentimeter dan tinginya 8 sentimeter. Di permukaan congkak terdapat 16 lubang iaitu 8 lubang dalam satu baris. Dua lubang lagi di pangil gadong( stor buah ) terdapat di sebelah ujung congkak. Gadung adalah tempat meyimpan buah yang diangkat oleh pemain dari lubang congkak. Buah congkak terdiri daripada batu-batu kecil sebanyak 128 biji iaitu 8 biji tiap-tiap satu lubang.

Page 25: Tajuk 1 (Kumpulan B)

Kikik

Page 26: Tajuk 1 (Kumpulan B)

• Permainan kikik atau layang-layang biasanya hanya dimainkan pada waktu siang dalam musim-musim tertentu.• Bahan untuk membuat kikik terdiri daripada buluh, benang, gam dan kertas. Rangka kikik di pangil aluk-aluk.• Terdapat banyak jenis kikik yang selalu di minati oleh masyarakat Melayu Brunei antaranya kikik biasa, siarmanjar, jelama(orang), lasik, jangkang, lipat dan lain-lain.

Page 27: Tajuk 1 (Kumpulan B)

Pasang

Page 28: Tajuk 1 (Kumpulan B)

pemain pasang ialah salah satu jenis pemainan bagi masyarakat Melayu Brunei. Pemainan ini sama seperti permainan catur, congkak, dam dan lain-lain. Permainan pasang bermula dari kalangan istana dan akhirnya permainan ini melarat kepada rakyat jelata. Pada zaman dahulu permainan ini digemari oleh kaum perempuan. Kebiasanya permainan ini diadakan dalam majlis keramaian seperti malam berjaga-jaga, berpindah rumah, menerima gelaran dan lain-lain.

Page 29: Tajuk 1 (Kumpulan B)

•Perkara yang baik dalam permainan ini ialah daya cipta pemain yang membentuk atau melahirksn lebih daripada 30 bentuk atau corak bunga. •Antara corak bunga adalah seperti Susunan Telapuk Sepapan, Susunan Telapuk Berantai, Susunan Peria, Susunan Peria Buruk Sepangal, Susunan Awan Belari dan lain-lain lagi.

Page 30: Tajuk 1 (Kumpulan B)

Gasing

Page 31: Tajuk 1 (Kumpulan B)

Permainan gasing ialah sejenis permainan tradisi. Di Negara Brunei Darussalam terdapat beberapa jenis gasing, antaranya ialah gasing pelajau, gedubang, geranjang dan lain-lain. Permainan gasing ini pada kebiasaanya dimainkan oleh kaum lelaki sahaja dengan tidak mengira peringkat umur. Cuma pada kebiasaanya masyarakat Melayu yang tingal di darat terdiri daripada orang dewasa. Manakala di Kampong Ayer permainan gasing lebih digemari oleh kanak-kanak iaitu gasing yang diperbuat daripada buah nyirih.

Page 32: Tajuk 1 (Kumpulan B)

SENI BINA

Seni bina didefinisikan sebagai rekabentuk pembinaan sesebuah bangunan.

Seni bina yang dimaksudkan adalah berkaitan dengan pembinaan rumah, masjid, istana dan sebagainya.

Saiz pembinaan sesuatu bangunan tertakluk kepada kemampuan dan keperluan.

Rekabantuk sesebuah bangunan di negara ini dapat memperlihatkan ketinggian mutu seni binanya.

Page 33: Tajuk 1 (Kumpulan B)
Page 34: Tajuk 1 (Kumpulan B)

Di NBD terdapat berbagai-bagai jenis dan bentuk rumah. Biasanya nama-nama rumah adalah mengikut reka bentuk atapnya seperti:ð Rumah belah bubungð Rumah tungkupð Rumah tungkup banarð Rumah potong limasð Rumah belanggar Selain daripada itu terdapat juga rumah yang dipanggil Sulap, Durung, Rumah berloteng dan lain-lain.

Page 35: Tajuk 1 (Kumpulan B)
Page 36: Tajuk 1 (Kumpulan B)

MASJID Masjid ialah tempat orang-orang Islam beribadat.Kedudukan pembinaan masjid mementingkan arah kiblat.Masjid-masjid yang dibina di Negara Brunei Darussalam bercirikan unsur-unsur seni khat Islam dan kebruneian seperti aing mulih dan awan larat.Masjid mempunyai beberapa bahagian seperti ruang solat, pejabat, kutubkhanah, tempat berwuduk, menara, kubah, bilik air dan lain-lain.Mimbar ialah tempat khatib membaca khutbah terletak dihadapan ruang solat.Menara ialah tempat azan dikumandangkan.Tempat solat untuk lelaki dan perempuan di dalam masjid ditempatkan berasingan.Masjid yang pertama dibina di NBD adalah pada masa pemerintahan Sultan Sharif Ali (Sultan Berkat) iaitu Sultan Brunei ke-3. 

Page 37: Tajuk 1 (Kumpulan B)
Page 38: Tajuk 1 (Kumpulan B)

ISTANA 

Istana adalah tempat sultan bersemayam.Selain daripada itu, istana juga tempat ziarah pembesar-pembesar, tetamu luar negeri dan rakyat.Setiap istana mempunyai balai penghadapan.Di balai penghadapan terdapat pataratna iaitu tempat sultan bersemayam.Pataratna, tiang dan dinding di dalam balai penghadapan mempunyai ukiran-ukiran yang berunsurkan kebruneian.Istana pertama dibina didarat ialah istana Sultan Muhammad Jamalul Alam yang dikenali Istana Majlis. 

Page 39: Tajuk 1 (Kumpulan B)

Di Brunei tarian zapin ada pelbagai jenis dan ragamnya seperti rentak dan geraknya. Mengikut dari segi sebutan dialek orang Brunei, zapin di kenali dengan pangilan ‘jipin’ .

Page 40: Tajuk 1 (Kumpulan B)

zapin

Page 41: Tajuk 1 (Kumpulan B)

Menurut cerita orang tua-tua, tarian ini berasal dari nama seorang perempuan cantik yang sering menarikan tarian ini. Nama perempuan itu ialah Siti Samalindang. Kerana kecantikannya yang luar biasa serta gerak gerinya yang lemah lembut serta teratur sehingga mempersonakan penonton itu maka tarian tersebut dinamakan Samalindang.

Page 42: Tajuk 1 (Kumpulan B)

Tarian samalindang

Page 43: Tajuk 1 (Kumpulan B)

Tarian Adai-adai mengambarkan keadaan kehidupan di sebuah kampung nelayan. Kaum lelaki pergi ke laut untuk menangkap ikan, semasa pulang dari laut inilah mereka menyanyikan lagu Adai-adai sambil menggayakan atau mengerakkan atau badan mereka semasa berkayuh. Sikap mereka ini mengambarkan tentang kegirangan mereka setelah pulang dengan membawa ikan tangkapan.

Page 44: Tajuk 1 (Kumpulan B)
Page 45: Tajuk 1 (Kumpulan B)