tajuk 1 kajian fabrik

14
PENGENALAN Dari mula anda bangun pagi, anda sudah menyentuh, melihat dan mengendalikan fabrik. Lihat sahaja sekeliling anda baju tidur, cadar, sarung bantal, selimut, langsir dan seterusnya banyak lagi. Pernahkah anda terfikir: Dari manakah asal fabrik itu? Mengapakah setiap fabrik itu berbeza-beza dari segi rupa, rasa sentuhan dan sifatnya antara satu sama lain? T T o o p p i i k k 6 6 Mengenali Sumber Fabrik HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyenaraikan sumber gentian asli dan gentian buatan. 2. Menjalankan ujian membakar ke atas fabrik gentian asli dan gentian buatan. 3. Merekodkan pemerhatian hasil ujian membakar fabrik gentian asli dan gentian buatan. 4. Mengenal pasti ciri fabrik gentian asli dengan ciri fabrik gentian buatan. 5. Merumuskan ciri fabrik yang diperbuat daripada gentian asli dan fabrik yang diperbuat daripada gentian buatan.

Upload: mizlolz

Post on 01-Dec-2015

1.459 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

kajian fabrik

TRANSCRIPT

Page 1: Tajuk 1 Kajian Fabrik

� PENGENALAN

Dari mula anda bangun pagi, anda sudah menyentuh, melihat dan mengendalikan fabrik. Lihat sahaja sekeliling anda � baju tidur, cadar, sarung bantal, selimut, langsir dan seterusnya banyak lagi. Pernahkah anda terfikir: Dari manakah asal fabrik itu? Mengapakah setiap fabrik itu berbeza-beza dari segi rupa, rasa sentuhan dan sifatnya antara satu sama lain?

TTooppiikk��66

� Mengenali�Sumber�Fabrik�

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menyenaraikan sumber gentian asli dan gentian buatan.

2. Menjalankan ujian membakar ke atas fabrik gentian asli dan gentian buatan.

3. Merekodkan pemerhatian hasil ujian membakar fabrik gentian asli dan gentian buatan.

4. Mengenal pasti ciri fabrik gentian asli dengan ciri fabrik gentian buatan.

5. Merumuskan ciri fabrik yang diperbuat daripada gentian asli dan fabrik yang diperbuat daripada gentian buatan.

Page 2: Tajuk 1 Kajian Fabrik

TOPIK 6 MENGENALI SUMBER FABRIK � 97

Rajah 6.0: Contoh Fabrik

Fabrik diklasifikasikan kepada dua mengikut sumbernya. Dua klasifikasi tersebut ialah:

� Sumber asli dan

� Sumber buatan. Kedua-dua sumber ini telah dibincangkan secara ringkas dalam Modul HBLS 1203 di bawah topik Kajian Fabrik. Kali ini, topik mengenali sumber gentian membincangkan asal usul sumber fabrik asli dan fabrik buatan dan mengenal pasti ciri-ciri setiap fabrik tersebut melalui ujian pembakaran. Pelajar dikehendaki mengendalikan ujian ini dan membuat pemerhatian di setiap peringkat dan seterusnya merekodkan pemerhatian tersebut.

SUMBER FABRIK

6.1.1 Gentian Asli

Fabrik di bawah kumpulan gentian asli adalah terdiri daripada sumber berikut:

� Selulosa atau tumbuhan

� Haiwan

� Getah

� Mineral

6.1

Page 3: Tajuk 1 Kajian Fabrik

� TOPIK 6 MENGENALI SUMBER FABRIK

98

Jadual 6.1: Sumber Gentian Asli dan Contoh Fabrik

JENIS GENTIAN SUMBER FABRIK

Pokok kapas Kapas

Pokok fleks Linen

Batang jut Jut

Selulosa

Batang rami Rami

Ulat sutera Sutera

Kambing biri-biri Sayat biri-biri

Bulu binatang Fur

Haiwan

Kambing kashmir, kambing angora, arnab angora, arnab kashmir

Bulu

Getah Susu pokok getah Elastomer

Mineral Chrysolite daripada campuran magnesium dan silicon

Asbestos

6.1.2 Gentian Buatan

Gentian buatan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu:

� Gentian Terjana Semula Gentian terjana semula berasaskan bahan selulosa yang diproses untuk

dijadikan fiber.

� Gentian Sintetik Gentian sintetik diperbuat daripada bahan berasaskan petroleum. Di antara

beberapa fabrik sintetik termasuklah triasetat, akrilik, poliester, nilon, spandex, kaca dan logam. Bahan kimia berbeza akan menghasilkan jenis fabrik sintetik yang berlainan juga.

Jadual 6.2: Sumber Gentian Buatan dan Contoh Fabrik

Jenis Sumber Fabrik Rayon Gentian terjana semula Asas selulosa Asetat Akrilik Poliester Spandex

Asas petroleum

Nilon Logam

Gentian sintetik

Asas logam Kaca

Page 4: Tajuk 1 Kajian Fabrik

TOPIK 6 MENGENALI SUMBER FABRIK � 99

CIRI

Ciri sesuatu gentian itu bergantung kepada sifat-sifat gentian tersebut. Ciri-ciri gentian tersebut dikategorikan kepada 4 iaitu:

� Estetik Estetik bermaksud menarik atau cantik dari sudut pandangan mata. Ciri

estetik termasuk licin, lembut, halus, berkilau, gebu, drep. Nilai estetik ini berbeza bagi setiap tujuan fabrik digunakan.

� Kekukuhan Kekukuhan ialah tahap keteguhan sesuatu fabrik. Kekukuhan gentian ini

berdasarkan keadaan semulajadi mengikut gentian asalnya atau cara yarn fabrik itu dipintal.

� Keselesaan Keselesaan merujuk kepada keadaan fabrik itu apabila dipakai. Nilai

keselesaan berbeza-beza dengan jenis pakaian dan tempat pakaian digunakan.

� Rupa Rupa ialah tahap fabrik dapat mengekalkan rupa asalnya semasa ia

digunakan dan selepas didobi. Semasa pemakaian, fabrik perlu kelihatan sentiasa rata, tidak berkedut dan dapat kembali ke bentuk asal. Sifat ini dinamakan keanjalan fabrik. Tahan kecut ialah salah satu sifat yang mempengaruhi rupa.

Jadual 6.3: Ciri Fabrik Asli

Ciri Fabrik

Estetik Kekukuhan Keselesaan Rupa

Kapas Permukaan tidak berkilau

Teguh terutama bila basah

Pengalir haba yang baik, menyerap kelembapan

Mudah renyuk dan tidak menganjal, mengecut

Linen Permukaan yang berkilau dan licin

Teguh, tahan haba yang tinggi, cepat terbakar

Menyerap kelembapan

Mudah renyuk, tidak menganjal

Jut Rapuh Tidak kukuh Keras, kurang serap kelembapan

Kurang menyerap dye

6.2

Page 5: Tajuk 1 Kajian Fabrik

� TOPIK 6 MENGENALI SUMBER FABRIK

100

Rami Keras Tahan geseran, kukuh terutama bila basah

Menyerap kelembapan

Tebal, tidak menganjal

Sutera Permukaan berkilau, drep dengan baik

Teguh, tetapi lemah semasa basah, tidak tahan geseran

Menyerap kelembapan, pengalir haba yang baik

Tidak mudah renyuk, tidak mengecut

Bulu biri Gebu, lembut dan ringan, tidak berkilau

Sangat teguh Memerangkap udara dan bertindak sebagai penebat haba

Tidak renyuk, mengecut apabila dicuci dalam air panas, sangat menganjal

Elastomer Drep dengan baik, mengikut bentuk badan

Tidak kukuh, mudah rosak apabila kena peluh

Tidak menyerap kelembapan, panas kerana pengalir haba yang lemah

Memeri

Jadual 6.4: Ciri Fabrik Buatan

Ciri Fabrik

Estetik Kekukuhan Keselesaan Rupa

Rayon Lembut, berkilau, halus, drep dengan baik

Tidak kukuh terutama bila basah

Menyerap kelembapan

Adakala mengecut dan adakala memeri

Akrilik Tebal, lembut pada rasa tangan, rupa seperti bulu biri

Tahan geseran, kurang teguh, tahan sinaran matahari

Tidak menyerap kelempapan, panas bila dipakai

Tidak renyuk, menganjal, berbiji di bahagian geseran

Poliester Sama seperti gentian asli yag mana ia dicampurkan

Sangat teguh, tahan geseran

Tidak menyerap kelembapan jika tidak dicampurkan dengan gentian asli, statik

Tidak renyuk

Page 6: Tajuk 1 Kajian Fabrik

TOPIK 6 MENGENALI SUMBER FABRIK � 101

Nilon Licin, ringan,

drep dengan baik

Sangat teguh Tidak menyerap kelembapan, panas jika dibuat pakaian

Menganjal, tidak mengecut

Spandex Selesa, nipis Sangat teguh, tidak kalah kepada asid

Kurang menyerap kelembapan

Kenyal, tidak renyuk, memeri

Kaca Keras Tidak terbakar, tahan geseran

Tidak selesa Tidak mengecut

Logam Keras, cantik sebagai hiasan

Tidak boleh diseterika

Tidak selesa

1. Anda dikehendaki menyediakan sebuah buku skrap bertajuk„Kajian Fabrik.‰

2. Sediakan sampel fabrik berikut berukuran 6cm x 6cm untuk

dimasukkan dalam buku skrap berkenaan iaitu: (a) Kapas (b) Linen (c) Bulu biri (d) Sutera (e) Spandex (f) Poliester (g) Nilon (h) Akrilik (i) Rayon

3. Pada setiap sampel, anda perlu masukkan maklumat berikut iaitu:

(a) Nama fabrik, (b) Sumber fabrik, (c) Sifat fabrik, (d) Kelebihannya, dan (e) Kelemahannya.

AKTIVITI 6.1

Page 7: Tajuk 1 Kajian Fabrik

� TOPIK 6 MENGENALI SUMBER FABRIK

102

AKTIVITI AMALI

Ujian membakar adalah ujian yang paling mudah untuk anda kendalikan bagi mengenalpasti ciri sesuatu fabrik. Anda dikehendaki mengendalikan ujian ini dan membuat pemerhatian pada setiap peringkat fabrik itu apabila ianya dikaitkan dengan api.

6.3.1 Alatan yang Diperlukan ialah:

(a) Bunsen atau lilin

(b) Mancis atau pemetik api

(c) Kanta atau piring

(d) Tong atau sepit

6.3.2 Bahan yang Diperlukan:

(a) Fabrik asli

� Fabrik kapas

� Fabrik bulu biri

� Fabrik sutera

� Fabrik spandex

(b) Fabrik buatan

� Fabrik poliester

� Fabrik nilon

� Fabrik akrilik

� Fabrik rayon

6.3.3 Ujian Pembakaran

Sila perhatikan perubahan yang berlaku kepada setiap fabrik yang dibakar mengikut peringkat berikut:

(a) Pembakaran hampir dengan api

(b) Semasa dalam api

6.3

Page 8: Tajuk 1 Kajian Fabrik

TOPIK 6 MENGENALI SUMBER FABRIK � 103

(c) Setelah api berhenti

(d) Bau asap atau bau semasa membakar

(e) Rupa arang setelah fabrik dibakar

6.3.4 Pelaksanaan Ujian

Langkah 1: Sediakan LAMPIRAN PEMERHATIAN seperti berikut:

BIL FABRIK HAMPIR DGN. API

KETIKA DIBAKAR

SETELAH API PADAM RUPA ABU

1 KAPAS

2 LINEN

3 BULU BIRI

4 SUTERA

5 SPANDEX

6 POLIESTER

7 NILON

8 AKRILIK

9 RAYON

Page 9: Tajuk 1 Kajian Fabrik

� TOPIK 6 MENGENALI SUMBER FABRIK

104

MENGENAL GENTIAN MELALUI UJIAN MEMBAKAR

(a) HHampir dengan api

Rajah 6.2: Ujian pembakaran hampir dengan api

Perhatikan apa terjadi kepada fabrik semasa fabrik diletak paling hampir dengan api seperti dalam Rajah 6.2. Anda hendaklah meletakkan fabrik untuk beberapa ketika berhampiran dengan haba api untuk melihat reaksi fabrik.

Mana satukah reaksi fabrik yang anda bakar?

(a) Cair

(b) Mengecut dan merekut

(c) Tidak menunjukkan apa-apa perubahan

6.4

Page 10: Tajuk 1 Kajian Fabrik

TOPIK 6 MENGENALI SUMBER FABRIK � 105

(b) SSedang dalam api

Rajah 6.3: Ujian pembakaran dalam api

Perhatikan rupa fabrik apabila sedang dibakar seperti dalam Rajah 6.3 di atas. Mana satukah reaksi fabrik yang anda bakar?

(a) Menyala bersama api

(b) Tidak menyala tetapi hanya kelihatan hangus

(c) Cair (c) SSetelah api berhenti

Rajah 6.4: Setelah api pembakaran berhenti

Setelah dibakar seperti dalam Rajah 6.4, letakkan fabrik yang masih menyala atau berasap ke atas piring atau kanta. Perhatikan apa pula yang berlaku kepada bahan tersebut:

Page 11: Tajuk 1 Kajian Fabrik

� TOPIK 6 MENGENALI SUMBER FABRIK

106

(a) Terus menyala

(b) Api terus terpadam

(c) Api padam perlahan-lahan (d) BBau asap atau bau semasa membakar

Ketika membakar anda perlu peka dengan bau yang dihasilkan dari pembakaran tersebut. Ambil perhatian dengan bau yang anda hidu seperti:

(a) Berbau hangit

(b) Berbau seperti kertas terbakar

(c) Berbau busuk

(e) RRupa arang setelah fabrik dibakar

Rajah 6.5: Rupa arang setelah fabrik dibakar

Rujuk kepada Rajah 6.5 di atas. Bagaimanakah rupa dan keadaan abu atau sisa bahan yang telah dibakar itu? Adakah ia seperti salah satu ciri berikut?

(a) Menjadi abu berwarna kelabu

(b) Menjadi abu berwarna hitam

(c) Menjadi seperti manik yang keras

(d) Menjadi manik yang rapuh

(e) Bergumpal dan keras tanpa bentuk tertentu

Page 12: Tajuk 1 Kajian Fabrik

TOPIK 6 MENGENALI SUMBER FABRIK � 107

� Fabrik berasal dari dua sumber gentian iaitu: gentian asli dan gentian buatan.

� Gentian asli ialah daripada selulosa, haiwan dan getah.

� Fabrik yang dihasilkan daripada gentian selulosa ialah kapas, linen, jut dan rami.

� Fabrik yang dihasilkan daripada gentian haiwan ialah sutera, bulu biri-biri, fur dan bulu.

� Fabrik yang dihasilkan daripada gentian getah ialah elastomer.

� Gentian buatan berasal daripada gentian terjana semula dan gentian sintetik.

� Fabrik buatan berasal daripada gentian terjana semula ialah rayon dan asetat.

Gentian · Serat dari mana asalnya fabrik. Serat diproses untuk

menjadi gentian dan seterusnya dijadikan yarn sebelum ditenun atau dikait untuk dijadikan fabrik

Keanjalan Fabrik · Kebolehan fabrik kembali ke bentuk asal selepas digenggam.

Merekut · Keadaan fabrik apabila mengecut serta berubah bentuk yang tidak menentu.

Dari pemerhatian ujian membakar yang telah anda jalankan, cuba jawab soalan-soalan ini:

1. Apakah jenis fabrik yang mudah terbakar?

2. Apakah jenis fabrik yang tidak menyala apabila dibakar?

3. Apakah jenis fabrik yang cair apabila terkena haba?

4. Apakah jenis fabrik yang tidak mudah terbakar?

5. Apakah fabrik yang selamat digunakan sebagai pakaian kanak-kanak?

AKTIVITI 6.2

Page 13: Tajuk 1 Kajian Fabrik

� TOPIK 6 MENGENALI SUMBER FABRIK

108

1. Pernyataan yang manakah paling tepat mengenai sumber gentian?

A Semua fabrik berasal daripada gentian asli atau gentian buatan. B Gentian asli menghasilkan fabrik yang dinamakan poliester. C Akrilik ialah sejenis fabrik daripada bahan terjana semula. D Salah satu fabrik daripada sumber haiwan ialah linen.

2. Apakah maksud estetik apabila membincangkan ciri fabrik?

A Sifat keanjalan fabrik. B Keselesaan fabrik apabila dipakai. C Kecantikan fabrik dari sudut pandangan mata. D Kekuatan fabrik dalam keadaan basah atau kering.

3. Diantara berikut fabrik manakah yang mempunyai daya serap yang paling

baik? I. Rayon II. Kapas III. Poliester IV. Sutera A I, II dan III sahaja B I, II dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

4. Mana satukah fabrik yang mempunyai daya anjalan yang paling baik?

A Poliester, jut, rami B Poliester, kapas, logam. C Sutera, nilon, bulu biri-biri D Rayon, sutera, logam

5. Apakah persamaan sifat di antara fabrik sutera dan fabrik kapas?

I. Pengalir haba II. Sumber selulosa III. Mudah terbakar IV. Teguh apabila basah A I dan II sahaja B II dan III sahaja C I dan IV sahaja D III dan IV sahaja

Page 14: Tajuk 1 Kajian Fabrik

TOPIK 6 MENGENALI SUMBER FABRIK � 109

� Azmawati Binti Abdul Aziz, Zaitun Zakian Binti Mohd. Noor Dan Lamah

Binti Abdul Ghani (2002) Pengurusan Pakaian Tingkatan 4: Bahan Sumber Pengajaran Kuala Lumpur: Edu System Bhd

� Complete Guide To Needlework � ReaderÊs Digest 1979. � Mariam Abu Bakar (2004) Panduan Membuat Pakaian, Panduan Lengkap

Langkah Demi Langkah Teknik Menjahit . Kuala Lumpur: � Melita M Neal (1961) Needlework for School. Blackie & Son Limited.

Glasgow � Noorhababiah B. Osman Etl (2002) Pengajian Pakaian Tingkatan 5:

Edusystem Sdn. Bhd.: Kuala Lumpur � Sara J. Kandolph, Anna L. Longford, Norma Hellen, Jane Saddler, (1988)

Textiles. Ontario, New York. Macmillan Pub. Co.