tajuk 1 jenis-jenis lukisan

30
PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI TAJUK 1 : JENIS – JENIS LUKISAN 1. Figuratif dan Non-figuratif Penumpuan kepada tubuh badan dan anatomi manusia. Lukisan figuratif tertumpu kepada mengkaji dan melukis tubuh manusia atau binatang. Pelukis perlu memahami anatomi terlebih dahulu untuk melukis. Melukis figuratif adalah rumit kerana memerlukan pelukis membuat penilaian dan kadar banding yang tepat bagi menentukan keindahan dalam karya lukisan figuratif. Untuk mencapai kemahiran melukis figura memerlukan kesabaran dan masa yang lama. Ia juga perlu membuat pemerhatian. Satu-satunya cara untuk menghasilkan lukisan yang baik ialah dengan melukis. Lukisan figuratif menekankan aktiviti melukis bentuk-bentuk tubuh manusia. Lukisan kajian merujuk kepada kegiatan melukis sesuatu benda untuk tujuan kajian. Pelukis perlu melukis sesuatu bahagian itu dengan teliti sebagai bahan kajian.Merakamkan ketelitian pada subjek yang dikaji. Contohnya, melukis tumbuh- tumbuhan atau memasukkan unsur jalinan, cahaya dan struktur bentuk yang terperinci.

Upload: neo-ling

Post on 06-Sep-2015

1.026 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

SENI

TRANSCRIPT

PSV3123LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

TAJUK 1 : JENIS JENIS LUKISAN

1. Figuratif dan Non-figuratif

Penumpuan kepada tubuh badan dan anatomi manusia. Lukisan figuratif tertumpu kepada mengkaji dan melukis tubuh manusia atau binatang. Pelukis perlu memahami anatomi terlebih dahulu untuk melukis. Melukis figuratif adalah rumit kerana memerlukan pelukis membuat penilaian dan kadar banding yang tepat bagi menentukan keindahan dalam karya lukisan figuratif.

Untuk mencapai kemahiran melukis figura memerlukan kesabaran dan masa yang lama. Ia juga perlu membuat pemerhatian. Satu-satunya cara untuk menghasilkan lukisan yang baik ialah dengan melukis. Lukisan figuratif menekankan aktiviti melukis bentuk-bentuk tubuh manusia.

Lukisan kajian merujuk kepada kegiatan melukis sesuatu benda untuk tujuan kajian. Pelukis perlu melukis sesuatu bahagian itu dengan teliti sebagai bahan kajian.Merakamkan ketelitian pada subjek yang dikaji. Contohnya, melukis tumbuh-tumbuhan atau memasukkan unsur jalinan, cahaya dan struktur bentuk yang terperinci.

Lukisan anatomi oleh Leonardo Da Vinci

Contoh lukisan figuratif

Agostino Carracci (1557-1602), Cephalus carried by Aurora in her Chariot

Karya non figuratif adalah suatu karya seni rupa yang tidak mengandungi unsur figura atau bentuk, sesuai dengan nama gaya atau alirannya, sebagai contoh, gaya abstrak yang hanya berfokus pada permainan atau penonjolan warna belaka.Lukisan bentuk non figuratif (abstrak), ialah objek yang dilukis tidak terikat dengan bentuk-bentuk yang ada di alam.

Series 1 oleh Emily Deacon

2. Arkitektural dan Teknikal

Bidang seni dan seni reka yang menjurus kepada rekabentuk bangunan dikenali sebagai arkitek. Lukisan arkitektural memerlukan lakaran yang terperinci dari segi ukuran dan bentuk.Ini bermakna lukisanarkitekturalialah gambaran dan dokumen reka bentuk arkitek.

Lukisan arkitektural umumnya merujuk kepada melukis pelan bangunan. Ianya digunakan oleh akritek dan orang tertentu untuk beberapa tujuan antaranya:

-membangunkan idea rekaan untuk dikemukakan sebagai proposal,

-menghubungkan idea dan konsep rekaan,

-memberi keyakinan kepada pelanggan tentang manfaat dan kebaikan rekaan,

-untuk membolehkan kontraktor bangunan memahami rekabentuk bangunan yang hendak dibina,

-sebagai dokumentasi kerja yang telah siap,

-sebagai satu rekod sebuah bangunan yang telah wujud.

Lukisan-lukisan seni bina dilakar berdasarkan kepada beberapa persetujuan, antaranya ialah diagram, umumnya sebagai skala, ditunjukkan dari pandangan atas yang memperlihatkan perkaitan setiap bilik, ruang dan ciri-ciri fizikal yang lain dalam sesuatu struktur. Secara konvensional, lakaran-lakaran ini dibuat menggunakan dakwat atas kertas, ini menyukarkan kerja membuat salinan yang dilakukan dengan melakar semula dengan tangan.Abad kedua puluh memperlihatkan satu anjakan iaitu melukis pelan menggunakan kertas surih, memudahkan membuat salinan dengan lebih cekap.

Pembangunan komputer memberi satu kesan yang besar dalam kaedah merekabentuk dan mewujudkan lukisan-lukisan teknikal. Melukis secara manual merupakan kaedah lama dan ketinggalan. Hari ini kebanyakan lakaran dihasilkan menggunakan perisian CAD.

The Concertgebouw (concert hall) Amsterdam, oleh Adolf Leonard van Gendt, 1888.

Lukisan Teknikal merupakan cabang seni yang dikatakan berkaitan dengan saintifik. Dikenali juga sebagai merangka atau melukis yang memerlukan kemahiran dalam matematik kerana keperluan untuk melukis dengan kadar banding yang tepat. Sesuatu lakaran rangka yang secara visual memberi informasi tentang bagaimana ia berfungsi atau cara ia dibina.

Untuk memahami lukisan-lukisan teknikal, seseorang perlu menggunakan piawaian teknikal iaitu kefahaman terhadap simbol-simbol lazim, perspektif, unit-unit ukuran, sistem-sistem tatatanda, gaya visual, atau susunan. Ini memudahkan pelukis teknikal dapat memperlihatkan perkaitan setiap unit dengan lebih ringkas dan mudah. Kelaziman sedemikian membentuk satu bahasa visual yang membolehkan lukisan mudah untuk difahami.

Ini memerlukan satu bentuk kemunikasi yang jelas terutama dalam menyediakan dokumentasi fungsi-fungsi setiap objek yang dirangka. Peranan ini membezakan lukisan teknikal dengan lukisan ekspresif seni tampak. Apabila mentafsir lukisan-lukisan artistik, tafsirannya mempunyai maksud yang pelbagai namun bagi lukisan teknikal ianya mempunyai satu makna yang hendak disampaikan.

Weaponsoleh Dr Dan Saranga

Technical drawing of the new ZAP-X electric crossover SUV engineeredby Lotus. (ZAP)

3. Ilustrasi

Ilustrasi bermaksud seni yang menggambarkan idea dan kata-kata dalam bentuk gambar. Lukisan untuk menjelaskan sesuatu seperti memberi keterangan, mesej, dan sebagainya.Ilustrasi boleh dihasilkan dalam bentuk lukisan pensel, lukisan pen, kolaj, atau menggunakan warna (cat air/cat akrilik).

Pada zaman dahulu ilustrasi digunakan untuk merakam lagenda dan peristiwa bersejarah. Pada kurun ke 16, sekolah-sekolah seni di Jerman menunjukkan komitmen yang tinggi dalam penghasilan ilustrasi. Albert Durer, Hans Burgkmair, Altorfer dan Hans Holbein adalah tokoh ilustrasi ukiran. Pada kurun ke 17, dengan diketuai oleh Rembrandt, ilustrasi terus berkembang meliputi pelbagai aspek dan subjek.

Albracht Durer, Young Hare

Rembrandt, A Lion Lying Down

Hans Burgkmair, Madonna With Grapes

Fungsi Ilustrasi

Menurut Baldinger (1986:120), ilustrasi adalah seni membuat gambar yang berfungsi untuk memperjelas dan menerangkan naskah. Sedangkan menurut Jan D. White (1982:110) ilustrasi adalah sebuah tanda yang tampak di atas kertas, yang mampu mengkomunikasikan permasalahan tanpa menggunakan kata. Ia dapat menggambarkan suasana, seseorang, dan bahkan objek tertentu agar dapat menarik penggambaran suasana yang dapat membawa pembacanya ke alam cerita. Kemahiran ini tentunya memerlukan ketajaman minda dari seorang ilustrator.

Selain itu, seorang ilustrator harus menguasai anatomi tubuh manusia, binatang, dan bentuk-bentuk benda lainnya secara benar, dan dapat mengatur komposisi yang baik, memiliki gaya atau ciri yang khas agar ilustrasinya menarik, dan menguasai teknik menggambar. Oleh yang demikian, seorang ilustrator harus pandai menggambar, menguasai berbagai macam bentuk benda, anatomi manusia dan binatang, dan mahir dalam menggunakan alat-alat gambarnya, serta menguasai berbagai cara menggambar.

1. Menggambarkan dekoratif/unsur hiasan.

2. Memberi maklumat tentang sesuatu subjek atau objek secara terperinci.

3. Menyampaikan komentar atau penerangan, bahan atau subjek dengan lebih jelas.

4. Memberikan bayangan setiap karakter di dalam cerita.

5. Memberikan bayangan bentuk alat-alat yang digunakan di dalam tulisan ilmiah.

6. Memberikan bayangan langkah kerja.

7. Mengkomunikasikan cerita.

8. Menghubungkan tulisan dengan kreativiti dan individualitas manusia.

9. Memberikan humor-humor tertentu untuk mengurangi rasa bosan.

10. Dapat menerangkan konsep.

11. Merangsang mint pembaca terhadap keseluruhan pesan.

12. Memberikan eksplanasi atas pernyataan.

13. Menonjolkan keistimewaan daripada produk

14. Menciptakan suasana khas

memberi gambaran watak-watak dalam penceritaan

Ciri-ciri Ilustrasi

1. Keaslian dan rekaan yang kreatif.

2. Kemantapan dan kehalusan gaya melukis.

3. Kesesuaian antara ilustrasi dengan teks.

4. Kreativiti

5. Reka letak menonjol dan menarik perhatian.

6. Imej dapat disampaikan kepada pelanggan dan menepati kehendak mesej.

7. Boleh mempengaruhi dan menambat hati dan perasaan pelanggan.

8. Menggunakan alat dan bahan dengan betul.

9. Disesuaikan dengan tema dan tajuk.

10. Pengolahan prinsip rekaan yang berkesan.

11. Rupa bentuk ilustrasi ringkas dan mudah diingati, warnanya berkesan.

12. Ciptaan mempunyai pengertian dan mesej yang jelas.

Jenis-jenis Ilustrasi

1. Ilustrasi Perubatan

Digunakan dalam bidang sains perubatan dengan meluas untuk meningkatkan kefahaman dan kerjasama dalam bidang perubatan dan bidang lain yang berkaitan dengan kesihatan.

ilustrasi perubatan, gambaran realistik jantung

menggambarkan organ-organ dalam badan dengan terperinci

2. Ilustrasi Alam

Menggambarkann lukisan dan catanyang merujuk dalam alam semulajadi seperti tumbuhan dan haiwan

ilustrasi alam memaparkan gambaran alam fantasi

ilustrasi alam semulajadi

3. Ilustrasi Fesyen

Sangat popular sejak tahun 1920 lagi

ilustrasi fesyen

ilustrasi fesyen juga mempamerkan gaya rekaan

ilustrasi fesyen memaparkan rekaan pakaian

4. Ilustrasi Penerbitan

Ilustrasi pada kulit buku, risalah, suratkhabar, kulit novel, kartun, dan ilustrasi cerpen menggambarkan tentang penceritaan bahan tersebut

ilustrasi penerbitan, kulit buku

ilustrasi penerbitan, komik

5. Ilustrasi Teknikal

Bertujuan untuk mengkaji dan menghasilkan reka bentuk hasil ciptaan industri

Lakaran teknikal, lukisan mekanikal dan reka bentuk berbantukan komputer merupakan bahagian penting untuk mendapatkan ilustrasi teknikal yang tepat

Ilustrasi ini bertujuan untuk mempromosi barang.

ilustrasi teknikal, memaparkan perincian dalam sesebuah kenderaan

ilustrasi teknikal memberi gambaran terperinci pada bahagian enjin

6. Ilustrasi Perindustrian

Merujuk lakaran idea untuk barangan industry. Ilustrasi ini tidak terhad kepada industri berat, malahan mencakupi industri ringan seperti rekaan perabot, plastik dan lain-lain

keretamemaparkan ilustrasi industri

beberapa rekaan kenderaan motosikal

ilustrasi industri barangan pengisar

7. Ilustrasi Haiwan

Untuk menunjukkan lakaran jelas bahagian segmen badanKerap digunakan untuk memaparkan haiwan purba yang telah pupus seperti dinosaursering dilukis berdasarkan gambaran sejarah dan dipaparkan pada setem

ilustrasi burung hantu sekadar hiasan

ilustrasi memaparkan penerangan tentang bahagian-bahagian pada ikan

8. Ilustrasi Maklumat

Digunakan untuk menerangkan kedudukan perniagaan sesebuah organisasi korporatBerfungsi sebagai sumber maklumat yang dipaparkan dalam bentuk tajah, jadual, carta, peta dan pelan.

ilustrasi maklumat, contoh paparangraf bagi menyampaikan maklumat

Ilustrasi Maklumat - Carta, rajah, graf

Biasanya ilustrasi maklumat digunakan untuk menerang prestasi sesebuah organisasi korporat. Gambaran untung rugi akan lebih jelas dan mudah dilihat untuk membuat perbandingan melalui persembahan rajah-rajah yang berkesan.

Ilustrasi jenis lain seperti peta jalan, topografi, rajah, dan gambar yang menerangkan sesuatu situasi serta keadan atau faktor-faktor yang memberi maklumat juga boleh digolongkan dalam kumpulan ini.

Digunakan untuk menerangkan kedudukan perniagaan sesebuah organisasi korporat

Berfungsi sebagai sumber maklumat yang dipaparkan dalam bentuk tajah, jadual, carta, peta dan pelan

Dipetik dari Malaysia Property News

ILUSTRASI FESYEN

Salah satu daripada keperluan asas manusia ialah pakaian selain daripada makanan dan tempat tinggal. Tujuan manusia berpakaian adalah untuk menutup tubuh badan yang berfungsi sebagai pelindung dari cuaca, penyakit, haiwan dan lain-lain.

Rekabentuk dan stail pakaian berubah dari satu abad ke satu abad yang lain mengikut adat dan budaya sesetengah masyarakat. Pakaian juga digunakan bagi menunjukkan personaliti seseorang kerana setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza.

Pengetahuan tentang evolusi berpakaian adalah penting untuk kita mengetahui asal-usul pakaian yang dipakai sekarang. Terdapat tiga aspek mengapa manusia perlu berpakaian, iaitu aspek fisiologi, aspek psikologi dan aspek sosiologi.

Ilustrasi fesyen popular sejak 1920an untuk menggambarkan pakaian semasa. illustrasi jenis ini ketika itu tiak mementingkan figuratif dan lebih bertumpu kepada kehalusan dan ketelitian rekaan fesyen. Ilustrasi fesyen moden lebih bergaya. Ketelitian diberi kepada posisi tubuh figura untuk memberi kesan visual yang unggul pada rekaan pakaian.

Ilustrasi fesyen juga mengaplikasikan pelbagai alat, bahan, media, dan teknik selain daripada pensel, pen, dakwat yang digunakan pada peringkat awal. terdapat juga ilustrasi bagi fesyen rambut, kasut, dan sebagainya.

Ilustrasi fesyen adalah seni yang unik. Pembuatanya memerlukan keseimbangan antara gambar dan rincian pakaian yang utuh. Inilah sebabnya mengapa ilustrasi fesyen termasuk keterampilan yang cukup sulit untuk dikuasai.

Salah satu bidang kerjaya yang memenlukan kreativiti seseorang individu itu ialah bidang seni reka fesyen. Dunia bidang fesyen sentiasa berubah mengikut perkembangan masa. Pada hari ini kita boleh lihat pelbagai jenis fesyen direka bentuk dan dicipta.

Bidang ini sebenarnya bukanlah bidang yang menjadi ajaran monopoli kaum wanita, sebaliknya boleh diceburi oleh kaum lelaki juga. Ramai juga pereka fesyen lelaki yang terkenal dan berjaya, dalam dunia rekaan fesyen masa kini sama ada di Malaysia bahkan di peringkat antarabangsa.

Kemahiran dalam mencipta fesyen yang disesuaikan dengan pemilihan jenis kain serta padanan warna yang betul sudah tentu akan nampak menarik jika dipakai oleh pemakainya.

Misalnya, kebaya labuh yang menggunakan fabrik sutera dengan motif beranika,

dipadankan dengan selendang bersesuaian warna, sudah tentu penampilan pemakainya begitu anggun sekali. Dalam hal ini, seorang pereka perlu mempunyai kemahiran dan keupayaan memilih warna dalam membuat rekaan fesyen agar sesuai untuk dipakai mengikut masa dan persekitaran. Jika tersalah pilih akan menampakkan kejanggalan kepada si pemakai.

Pereka fesyen perlu mengetahui tentang keseluruhan jenis pakaian, jenis kain dan fesyen sama ada untuk lelaki, wanita atau kanak-kanak yang mempunyai pelbagai citarasa dan minat. Pereka faesyen yang baik sudah tentu dapat memenuhi mengikuti kriteria seperti di atas.

Sebenarnya, tugas seorang pereka fesyen ialah untuk menghasilkan idea dan lakaran menarik sesuatu fesyen yang diciptanya. Selain itu, untuk mencetuskan idea dan kreativiti yang menarik, sudah tentu tugas mereka memerlukan masa yang panjang dalam menghasilkan sesuatu fesyen itu.

Lukisan Perspektif

PERSPEKTIF- adalah salah satu lukisan berbentuk 3 dimensi (3D) yang mudah difahami. Lukisan perspektif merupakan suatu kaedah untuk melihat objek dalam bentuk 3 dimensi bagi memudahkan untuk memahami dan memvisualisasikan rekabentuk sesuatu bangunan.

Fungsi Lukisan Perspektif :

Menunjukkan aktiviti dalam ruang

Gambaran sebenar sesebuah objek

Menunjukkan suasana ruang

Istilah-Istilah dalam Lukisan Perspektif :

Horizon Line/Garisan Horizon -Garisan medatar yang merentasi lukisan dan terletak pada paras penglihatan manusia dan di mana terletaknya titik lenyap. Perletakan garisan horizon dibawah garis tanah akan menghasilkan perspektif pandangan mata cacing, perletakan di atas garis tanah untuk memperoleh pandangan mata burung,letakkan dekat dengan garisan horizon untuk pandangan normal

Ground Line/Garisan Tanah -Landasan objek yang ingin digambarkan

Vanishing Point/Titik Lenyap -Titik pada garis horizon dimana garis-garis sejajar yang horizon bertemu. Letakkan titik-titik ini berjauhan untuk gambar perspektif jauh,letakkan titik tersebut berdekatan untuk memperoleh pandangan dekat

Picture Plane/Satah Gambar -Gambaran yang dilihat yang akan diletakkan di atas kertas

1. Menerangkan jenis-jenis lukisan perspektif

perspektif 1 titik

perspektif 2 titik

a) Titik Lenyap / b) Garisan Unjuran / c) Garisan Horizon / d) Titik Stesen

2. Mengenalpasti aras pandangan mata dalam lukisan perspektif aras pandangan mata burung huraian : pandangan dari bawah/kawasan rendah kesesuaian : untuk menampakkan sisi kiri,sisi kanan dan bawah objek

aras pandangan mata manusia huraian: pandangan biasa dari mata manusia/gambaran perspektif biasa kesesuaian : untuk menampakkan keseluruhan bahagian kiri dan kanan objek

aras pandangan mata cacing huraian: pandangan dari atas/kawasan tinggi kesesuaian : untuk menampakkan sisi kiri,sisi kanan dan atas objek

3. Menghasilkan lukisan perspektif a. perspektif ruang dalaman

aras pandangan mata manusia

b. perspektif luaran

aras pandangan mata burung

aras pandangan mata manusia

aras pandangan mata cacing