tahap-tahap dalam kaunseling

6
5.1 TAHAP-TAHAP DALAM KAUNSELING Terdapat pelbagai pandangan mengenai tahap-tahap dalam sesi kaunseling. Perbezaan tahap ini adalah bergantung kepada pendapat penulis atau pengkaji itu sendiri. PRASESI Merujuk kepada persedian bagi Guru Bimbingan atau Kaunselor untuk memberikan khidmat membimbing atau kaunseling.(Mizan & Halimatun) Persediaan merangkumi aspek: (a) situasi di mana khidmat kaunseling diberikan. (b) jenis klien (dirujuk atau datang secara sukarela.) Kemahiran prasesi sangat penting bagi seorang Guru Bimbingan atau Kaunselor untuk memastikan sesi kaunseling berjalan lancar. Sebelum sesi kaunseling dimulakan,kaunselor hendaklah: 1. Menyediakan borang yang berkaitan,contohnya borang maklumat latarbelakang murid,borang temujanji, borang rujukan dan lain- lain. 2. Maklumat latarbelakang- umur,darjah,ahli keluarga, masalah ingin dibincang,rujukan kes dll. 3. Menyemak diskripsi tugas klien. 4. Menyemak rekod- rekod klien untuk mendapatkan maklumat.

Upload: ifa-saimi

Post on 11-Dec-2014

134 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tahap-tahap Dalam Kaunseling

5.1 TAHAP-TAHAP DALAM KAUNSELING

Terdapat pelbagai pandangan mengenai tahap-tahap dalam sesi kaunseling.

Perbezaan tahap ini adalah bergantung kepada pendapat penulis atau pengkaji itu

sendiri.

PRASESI

Merujuk kepada persedian bagi Guru Bimbingan atau Kaunselor untuk memberikan

khidmat membimbing atau kaunseling.(Mizan & Halimatun)

Persediaan merangkumi aspek:

                (a) situasi di mana khidmat kaunseling diberikan.

                (b) jenis klien (dirujuk atau datang secara sukarela.)

Kemahiran prasesi sangat penting bagi seorang Guru Bimbingan atau Kaunselor untuk

memastikan sesi kaunseling berjalan lancar.

Sebelum sesi kaunseling dimulakan,kaunselor hendaklah:

1. Menyediakan borang yang berkaitan,contohnya borang maklumat latarbelakang

murid,borang temujanji, borang rujukan dan lain- lain.

2. Maklumat latarbelakang- umur,darjah,ahli keluarga, masalah ingin

dibincang,rujukan kes dll.

3. Menyemak  diskripsi tugas klien.

4. Menyemak rekod- rekod klien untuk mendapatkan maklumat.

5. Menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk mengadakan sesi kaunseling.

Page 2: Tahap-tahap Dalam Kaunseling

MEMBINA HUBUNGAN

Shertzer dan Stone (1968) –

menitikberatkan pada interaksi antara kaunselor dengan klien sebagai hubungan bagi

menolong.

Tujuan :

1. menimbulkan kemesraan, keakraban, saling   mempercayai , membina

keyakinan dan membentuk suasana selamat serta selesa antara kaunselor dan klien

2. Membina persefahaman yang baik

3. Menyediakan suasana yang harmoni dan menolong

Beberapa Perkara Yang Perlu Dititikberatkan

•          Suasana terapeutik

•          Ruang untuk berkomunikasi

•          Penampilan diri

•          Ekspresi muka

•          Pertemuan mata

•          Cara duduk dalam sesi kaunseling

•          Pergerakan tangan dan kaki

Menurut Sipora (2003), sifat persekitaran fizikal pejabat kaunselor adalah

pembolehubah penting, persekitaran fizikal yang kondusif, dilengkapi perabot dan

susunan yang selesa adalah asas menggalakkan perhubungan. Kemesraan kaunselor

akan menunjukkan minatnya, perhatiannya, kerelaa dan kesediaannya terhadap

persoalan klien. Pada tahap ini juga penstukturan digunakan bagi membantu klien

mengetahui jangkaan sebenar mengenai kaunselor dan kaunseling dan memberitahu

klien beberapa idea yang terlibat dalam metod dan tujuan kaunseling.

Page 3: Tahap-tahap Dalam Kaunseling

MENEROKA, ANALISIS  MASALAH

Membolehkan kaunselor memahami aspek-aspek klien dari segi nilai, kepercayaan,

harapan, cita-cita, aspirasi, sikap, helah bela diri serta kemahiran coping yang

digunakan

Penerokaan perlu bergerak daripada permukaan (surface) ke  tahap yang mendalam

Tujuan:

•          supaya kaunselor dan klien dapat memahami permasalahan dengan betul

•          membantu klien menganalisis masalah dengan lebih objektif

•          Bantu klien mencapai kesedaran kendiri dan kelemahan diri

satu perkara penting dalam tahap ini ialah, begitu banyak maklumat mungkin

diperolehi, kaunselor perlu membawa klien meneroka satu masalah yang dirasakan

penting secara lebih mendalam.

MENGENAL PASTI MASALAH

Tahap klien bersama kaunselor mencapai kesepaduan mengenai masalah yang

dihadapi oleh klien. Klien menyedari kelemahan dan masalah yang dihadapi selama ini.

Sipora (2003) menyatakan dua kemahiran utama yang digunakan oleh kaunselor dalam

mengenalpasti persoalan adalah kemahiran mendengar dan meneroka. 

Proses meneroka harus menekankan aspek kemahiran menyoal.

Pada tahap ini 2 tugasan mesti dilaksanakan iaitu:

1. Matlamat kaunseling telah sama-sama dipersetujui.

2. Kaunselor bersama klien akan membuat keputusan pendekatan mana serta

apakah strategi yang hendak digunakan

Kepentingan tahap ini ialah ia merupakan satu persetujuan antara kaunselor dan klien

mengenai persoalan yang dihadapi oleh klien. Dengan persetujuan ini, maka mudah

bagi menentukan satu matlamat yang boleh merungkai persoalan yang dinyatakan.

Persetujuan ini akan menentukan halatuju kejayaan klien.

Page 4: Tahap-tahap Dalam Kaunseling

MEMBINCANG ALTERNATIF

Alternatif ialah pilihan-pilihan yang mungkin atau kemungkinan-kemungkinan langkah

yang boleh di ambil bagi mengendalikan sesuatu perkara. Alternatif hanya dibincangkan

setelah klien dan kaunselor memahami masalah yang dibincangkan dengan jelas.

Kaunselor akan merumuskan permasalahan dan dipersetujui oleh klien bahawa itulah

tindakan terbaik yang perlu di ambil. Jelas di sini bahawa dalam fasa membincangkan

alternatif, memerlukan klien membuat keputusan dan bertanggungjawab di atas

alternatif yang dipilih. Matlamat kaunseling perlulah mengikut kemahuan klien dan

bukan kehendak kaunselor semata-mata. Walaupun demikian kehendak ini perlulah

dipersetujui bersama. Tahap ini akan menyediakan klien untuk merangka alternatif

mengikut kemampuannya sendiri yang mana ia akan merasa selesa dalam mengurus

masalah yang dialami.

MENGAMBIL TINDAKAN

Selepas alternatif telah dipersetujui, kaunselor boleh membantu klien dengan membuat

pelan tindakan untuk memenuhi alternatif  tersebut.Tindakan yang jelas dari segi

objektif dan mengambil kira keupayaan klien untuk melaksanakan tindakan tersebut.

Klien boleh memulakan tindakan yang mudah dan kurang menimbulkan tekanan

kepada diri klien untuk dilaksanakan.

MENAMATKAN  SESI

Merupakan peringkat akhir dalam sesi kaunseling. (Selepas klien dapat menentu dan

memilih alternatif yang dirasakan dapat mengatasi masalah yang dihadapinya)

Penamatan dapat dilakukan apabila klien menunjukkan tanda-tanda bahawa dia tidak

lagi memerlukan kaunseling. Penamatan juga dilakukan sekiranya kaunselor

menganggap diri tidak lagi dapat membantu klien mencapai objektifnya, iaitu kaunselor

merujuk klien kepada pihak lain.

Page 5: Tahap-tahap Dalam Kaunseling

Menurut Mizan (2002), semua sesi kaunseling perlu ditamatkan. Penamatan dapat

dibuat sekiranya klien merasakan sudah membuat keputusan dan dapat menghadapi

masalahnya berdasarkan tindakan yang telah dibincangkan.