kompetensi pelajar jabatan pendidikan teknik dan - …€¦ · dapatan kajian ini menunjukkan...
TRANSCRIPT
i
KOMPETENSI PELAJAR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN
KEJURUTERAAN (JPTK) TERHADAP BIDANG
KEUSAHAWANAN
YASMEEN BINTI HUSSIN
Laporan Projek ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : …………………………....................
Nama Penyelidik : YASMEEN BINTI HUSSIN
Tarikh : 28 APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Bonda yang dikasihi,
Hariyate bt Hodri
Ayah dan penjaga yang dihormati,
Hussin bin Teppi dan Che Zahari bin Che Noh
Doamu memberiku kekuatan dan kesejahteraan dalam
menempuh ranjau sepanjang perjalanan ini
Buat adik-beradik yang disayangi,
Muhammad Nazriq, Natasha dan Amirul Aiman
Sokonganmu amat bermakna bagiku
Buat teman teristimewa,
Ahmad Nazir bin Abd.Rani
Dorongan, semangat dan kepercayaanmu
sentiasa menjadi sumber kayakinan bagiku
Buat sahabat seperjuangan,
Faezah, Syarina, Ezzati, Shila, Nasriah, Qistin, Fadhlina, Azra dan Sulia
Sesungguhnya kejayaan ini adalah anugerah Ilahi untuk kita syukuri bersama dan
sebagai pendorong kepada kalian untuk berusaha mencapai kejayaan
dan menikmatinya di masa yang mendatang
Terima kasih atas segala dorongan dan pengorbanan
yang kalian lakukan…
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi maha penyayang. Selawat dan
salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga, para sahabat dan
pengikut-pengikut baginda hingga ke hari kemudian.
Syukur Alhamdulillah dengan limpah dan kurnia-Nya, maka saya telah
menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk mendapat Ijazah Sarjana muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam).
Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Shahrin bin Hashim selaku penyelia
projek saya atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran, sokongan, dorongan dan
nasihat yang diberikan sepanjang projek ini dibangunkan.
Penghargaan ini juga ditujukan khas ayahanda dan bonda yang tanpa jemu
mendoakan kejayaan saya serta harapan yang tinggi lebih sedekad yang lalu untuk
anakmu ini ke menara gading. Kepada rakan-rakan seperjuangan juga diucapkan
terima kasih yang tidak terhingga kerana banyak memberi bantuan sepanjang
menjalankan projek ini.
Akhir sekali, ucapan terima kasih juga kepada mereka yang terlibat sama ada
secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang projek ini dijalankan.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kompetensi pelajar Jabatan
Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan (JPTK), UTM, Skudai dari aspek pengetahuan,
kemahiran dan sikap terhadap bidang keusahawanan. Seramai 103 orang pelajar dari
empat jurusan yang dipilih secara persampelan kelompok dilibatkan dalam kajian ini.
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik dengan menggunakan
skala Likert. Nilai Alpha Cronbach daripada kajian rintis tersebut adalah tinggi, iaitu
0.771. Data kajian ini dianalisis untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan tahap penguasaan
kemahiran terhadap bidang keusahawanan dalam kalangan responden berada pada
tahap yang tinggi. Namun, responden hanya mempunyai tahap sikap yang sederhana
terhadap bidang keusahawanan. Kesimpulannya, kompetensi iaitu pengetahuan,
kemahiran dan sikap pelajar JPTK terhadap bidang keusahawanan adalah pada tahap
yang tinggi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kompetensi responden
mempunyai perbezaan yang signifikan dengan jurusan dan pengalaman terhadap
bidang keusahawanan. Manakala, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara
tahap kompetensi responden dengan jantina. Seterusnya, pengkaji mencadangkan
agar kajian lanjutan dilakukan ke atas keseluruhan pelajar JPTK bagi mendapatkan
kesahan yang tinggi dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap bidang
keusahawanan.
vi
ABSTRACT
The aim of this study is to identify the competency of students of Technical
and Engineering Education Department’s from aspects of knowledge, skills and
attitude in entrepreneurship field. A total of 103 students from four courses were
randomly selected (cluster sampling) for this study. A questionnaire with Likert scale
is used as the research instrument for this study. A pilot study had been carried out to
see the reliability of the research instrument and the Alpha Cronbach value was
0.771. Data of this study was analyzed to acquire frequency, percentage and mean
value. The findings showed that the level of knowledge and the level of mastery skill
in the entrepreneurship field among the respondents were high. However, the
respondent’s level of attitude towards entrepreneurship field was moderate. In
conclusion, competency level of JPTK student’s knowledge, skill and attitude in
entrepreneurship field was at high level. The findings also showed that the level of
competency have significance differences with course and experience in
entrepreneurship field. However, there was no significance difference among the
level of competency between genders. For future research, the researcher would like
to suggest involvement of all students in Technical and Engineering Education
department to get higher validity from the aspect of knowledge, skills and attitude
towards entrepreneurship field.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB I PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Hipotesis Kajian 8
viii
1.7 Kepentingan Kajian 9
1.8 Skop dan Batasan Kajian 10
1.9 Definisi Operasional 11
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Usahawan dan Keusahawanan 14
2.2.1 Keusahawanan 14
2.2.2 Usahawan 16
2.3 Aspek Pengetahuan Dalam Bidang Keusahawanan 17
2.4 Aspek Kemahiran Dalam Bidang Keusahawanan 19
2.5 Aspek Sikap Terhadap Bidang Keusahawanan 23
2.6 Kajian Mengenai Pengetahuan dan Kemahiran
Keusahawanan Pelajar 30
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 32
3.2 Rekabentuk Kajian 32
3.3 Populasi dan Sampel 33
3.4 Instrumen Kajian 34
3.4.1 Bahagian A 35
3.4.2 Bahagian B 35
3.4.3 Bahagian C 36
3.4.4 Bahagian D 37
3.5 Kajian Rintis 37
3.6 Prosedur Kajian 38
3.7 Penganalisisan Data 39
ix
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 42
4.2 Analisis Latar Belakang Responden 43
4.3 Analisis Data Item-Item Persoalan Kajian 45
4.3.1 Persoalan Kajian 1 45
4.3.1.1 Pengetahuan Keusahawanan
4.3.2 Persoalan Kajian 2 49
4.3.2.1 Penguasaan Kemahiran
Keusahawanan
49
4.3.3 Persoalan Kajian 3 52
4.3.3.1 Sikap Terhadap
Keusahawanan
52
4.3.4 Persoalan Kajian 4 54
4.3.4.1 Tahap Kompetensi Terhadap
Bidang Keusahawanan
54
4.3.5 Pengujian Hipotesis 55
4.3.5.1 Hipotesis nol 1 56
4.3.5.2 Hipotesis nol 2 57
4.3.5.3 Hipotesis nol 3 58
4.4 Ringkasan Keseluruhan Analisis Data Persoalan
Kajian 59
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 61
5.2 Perbincangan dan Rumusan 61
5.2.1 Perbincangan Dapatan Kajian Tahap
Pengetahuan Pelajar Jabatan Pendidikan
Teknik dan Kejuruteraan Terhadap
62
x
Bidang Keusahawanan.
5.2.2 Perbincangan Dapatan Kajian Tahap
Penguasaan Kemahiran Pelajar Jabatan
Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan
Terhadap Bidang Keusahawanan.
66
5.2.3 Perbincangan Dapatan Kajian Tahap
Sikap Pelajar Jabatan Pendidikan Teknik
dan Kejuruteraan Terhadap Bidang
Keusahawanan.
70
5.2.4 Perbincangan Dapatan Kajian Tahap
Kompetensi Iaitu Pengetahuan,
Kemahiran dan Sikap Pelajar Jabatan
Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan
Terhadap Bidang Keusahawanan.
72
5.2.5 Perbincangan Dapatan Kajian Perbezaan
Yang Signifikan Antara Tahap
Kompetensi Jabatan Pendidikan Teknik
dan Kejuruteraan Terhadap Bidang
Keusahawanan Mengikut Jantina, Jurusan
dan Pengalaman.
74
5.3 Cadangan Tindakan 76
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 77
5.5 Kesimpulan 78
BIBLIOGRAFI 77
LAMPIRAN 83
xi
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Bidang Ilmu Keusahawanan 15
3.1 Pembolehubah Kajian 33
3.2 Bilangan Responden Mengikut Kursus 34
3.3 Bilangan Item Mengikut Setiap Elemen
Pengetahuan Terhadap Keusahawanan
36
3.4 Bilangan Item Mengikut Setiap Elemen
Pengetahuan Terhadap Keusahawanan
36
3.5 Skala Likert Untuk Bahagian B, C dan D 37
3.6 Skala Pemeringkatan 40
3.7 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan
Analisis Markat Min.
40
3.8 Analisis Skor Peratus Menganalisis Data 40
3.9 Penentuan Hipotesis nol. Berdasarkan Nilai
Signifikan
41
4.1 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden
Mengikut Jantina
43
4.2 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden
Mengikut Jurusan
43
4.3 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden
Mengikut Penglibatan Dalam Aktiviti
Keusahawanan
44
4.4 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden
Mengikut Penyertaan Kursus Keusahawanan
44
4.5 Analisis pengetahuan responden mengenai
keusahawanan
46
xii
4.6 Taburan Min Bagi Setiap Elemen Pengetahuan
Terhadap Bidang Keusahawanan
48
4.7 Taburan Responden Mengikut Frekuensi dan
Peratus Bagi Pengetahuan Terhadap Bidang
Keusahawanan
48
4.8 Analisis penguasaan kemahiran keusahawanan
responden
50
4.9 Taburan Min Bagi Setiap Elemen Kemahiran
Terhadap Bidang Keusahawanan
51
4.10 Taburan Responden Mengikut Frekuensi dan
Peratus Bagi Kemahiran Terhadap Bidang
Keusahawanan
51
4.11 Analisis sikap responden terhadap
keusahawanan
52
4.12 Taburan Responden Mengikut Frekuensi dan
Peratus Bagi Sikap Terhadap Bidang
Keusahawanan
53
4.13 Taburan Responden Mengikut Min dan Tahap
Kompetensi Terhadap Bidang Keusahawanan
54
4.14 Taburan Responden Mengikut Frekuensi dan
Peratus Bagi Tahap Kompetensi Terhadap
Bidang Keusahawanan
55
4.15 Min dan Nilai Signifikan Bagi Perbezaan
Antara Tahap Kompetensi Pelajar JPTK dengan
bidang keusahawanan mengikut jantina
responden.
55
4.16 Min dan Nilai Signifikan Bagi Perbezaan
Antara Tahap Kompetensi Pelajar JPTK dengan
bidang keusahawanan mengikut jurusan
responden
56
xiii
4.17 Min dan Nilai Signifikan Bagi Perbezaan
Antara Tahap Kompetensi Pelajar JPTK dengan
bidang keusahawanan mengikut pengalaman
responden.
57
4.18 Keseluruhan Analisis Data Persoalan Kajian 58
xiv
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Model Kajian Kearns 21
2.2 Penentu Ukur Kecenderungan Keusahawanan 23
5.1 Taburan Item Mengikut Min bagi Pengetahuan
Responden Terhadap Keusahawanan
62
5.2 Min Bagi Elemen Pengetahuan Responden
Terhadap Keusahawanan
63
5.3 Taburan Item Mengikut Min bagi Penguasaan
Kemahiran Responden Terhadap
Keusahawanan
67
5.4 Min Bagi Elemen Kemahiran Responden
Terhadap Keusahawanan
68
5.3 Taburan Item Mengikut Min Bagi Sikap
Responden Terhadap Keusahawanan
71
5.4 Taburan Min Bagi Tahap Kompetensi
Responden Terhadap bidang Keusahawanan
73
xv
SENARAI SINGKATAN
JPTK Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan
SPA Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)
SPE Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)
SPJ Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera)
SPH Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
INSKEN Institut Keusahawanan Negara
PUSMAL Pusat Pembangunan Usahawan Siswazah Malaysia
RMK-9 Rancangan Malaysia Kesembilan
SS Sangat Setuju
S Setuju
TP Tidak Pasti
TS Tidak Setuju
STS Sangat Tidak Setuju
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 85
B Jadual Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan
Populasi Krejcie dan Morgan
90
C Surat Pengesahan Soal Selidik 91
BAB 1
PENGENALAN 1.1 Pengenalan Wawasan negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 menjurus
kepada dasar-dasar kerajaan untuk terus menggerakkan negara kearah perindustrian
dan perdagangan. Dasar kerajaan ini, secara langsung telah meningkatkan lagi
peluang-peluang keusahawanan dan melahirkan ramai usahawan dari pelbagai kaum.
Usahawan merupakan penggerak utama ekonomi negara. Pelbagai program
kemahiran telah diwujudkan bagi melahirkan masyarakat berindustri antaranya
program pembudayaan keusahawanan. Program pembudayaan keusahawanan
khususnya di kalangan pelajar pengajian tinggi telah diperkenalkan untuk memupuk
minat pelajar menceburi bidang perniagaan (Khaled, 2004).
Mahathir (1985) menyatakan minat terhadap perniagaan dan keusahawanan
perlu ditanam sejak daripada peringkat awal terutama semasa persekolahan dan
pengajian tinggi. Pembudayaan keusahawanan yang bermula dari peringkat awal
dapat membentuk satu generasi muda yang sanggup menghadapi cabaran dalam
meneroka bidang perniagaan. Kerajaan juga menggalakkan golongan pelajar untuk
menceburi bidang keusahawanan selaras dengan hasrat kerajaan untuk menambah
bilangan usahawan berjaya dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Bagi
melahirkan usahawan yang unggul, agenda yang perlu dimantapkan adalah ilmu
keusahawanan. Menurut Kuratko dan Hodgetts (2004), ilmu keusahawanan adalah
merangkumi aspek sikap, kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dengan
perniagaan dan perusahaan.
Ilmu keusahawanan boleh dipelajari untuk membolehkan seseorang itu
bergelar usahawan. Penerapan budaya dan ilmu keusahawanan dikalangan pelajar
merupakan satu titik permulaan untuk pelajar melangkah lebih jauh dalam bidang
keusahawanan. Bidang keusahawanan juga mampu melahirkan usahawan yang
sanggup menerima cabaran, berpandangan jauh, tegas, cekal dan sentiasa berusaha.
Nilai-nilai seumpama ini penting untuk melahirkan usahawan yang dapat
menyumbangkan kepada pembangunan industri (Zaidatul dan Habibah, 1997). Selain
itu, kesedaran terhadap pentingnya pendidikan keusahawanan telah menunjukkan
perubahan dalam sistem pendidikan negara.
i. Pendidikan keusahawanan boleh didedahkan dan dididik untuk mempunyai ciri-
ciri keusahawanan bermula dibangku sekolah.
ii. Latihan dan pendidikan vokasional diperlukan untuk memberikan pendidikan
khusus untuk yang membolehkan seseorang individu mendalami bidang
tertentu.
iii. Institut latihan diwujudkan untuk melahirkan individu yang mempunyai
kemahiran teknikal serta berpotensi untuk menerokai pekerjaan berasaskan
kemahiran dan boleh digilap untuk menjadi usahawan.
iv. Latihan keusahawanan perlu dibanyakkan supaya individu dapat
memperkembangkan potensinya untuk bekerja sendiri.
v. Pendidikan pengurusan boleh dimulakan agar seseorang individu dapat
mempelajari teknik mengurus dan mentadbir.
Dari konteks pendidikan, keusahawanan merupakan cabang utama yang
memberi pendedahan awal terhadap bidang keusahawanan. Menurut Najib Tun
Razak (2007), peralihan daripada kemahiran teknikal kepada keusahawanan
merupakan satu pendekatan terbaik untuk mewujudkan masyarakat perdagangan.
Kemahiran yang diperoleh daripada institusi kemahiran dapat melahirkan ramai
usahawan muda. Selok-belok perniagaan menerusi Kelab Keusahawanan dapat
menyediakan platform kepada pelajar mendalami bidang keusahawanan. Sistem
pendidikan dan latihan yang ada merupakan modul yang berkesan bagi memastikan
pelajar dapat memenuhi keperluan pengetahuan dan teknologi baru bagi merangsang
pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan daya saing menerusi bidang keusahawanan.
Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa terdapat tiga asas utama usahawan berjaya
iaitu seseorang individu perlu mempunyai sikap ruang pemikiran, kemahiran dan
perancangan perniagaan dalam menerokai bidang keusahawanan. Oleh itu, perubahan
pemikiran dan penumpuan pada bidang-bidang yang lebih berpotensi dapat meraih
pulangan yang boleh menyumbang kepada hasrat dan pencapaian sasaran induk.
Kerajaan juga telah memperkenalkan pelbagai program pembudayaan
keusahawanan untuk menambahkan ilmu dan kemahiran dalam bidang keusahawanan
antaranya program latihan keusahawanan termasuk program francais. Institut
Keusahawanan Negara (INSKEN) turut diwujudkan sebagai pusat untuk menjalankan
perancangan strategik mengenai keusahawanan, risikan pasaran, pembangunan
kurikulum, rangkaian perniagaan, dan kaunseling. Selain itu, Program Pembangunan
Usahawan Teknikal telah dilancarkan sebagai usaha, pendekatan dan strategi kerajaan
dalam melaksanakan misi untuk melahirkan masyarakat perdagangan dan
perindustrian bumiputera. Kemudahan terhadap kemahiran keusahawanan juga
disediakan kepada pelatih-pelatih institusi kemahiran untuk menjadi usahawan
teknikal dan turut dilengkapi dengan keperluan peralatan dan modal untuk
memulakan perniagaan.
Walaupun perancangan telah dilaksanakan oleh kerajaan mengenai usahawan
namun sikap dalam memilih bidang kerjaya sebagai usahawan tidak boleh dipandang
sebelah mata. Menurut Rokeach (1968), sikap merupakan satu organisasi relatif
mengenai kepercayaan terhadap sesuatu atau situasi yang mendorong seseorang
bertindak balas dalam keadaan rela. Pengaruh media massa penting bagi
menggalakkan proses pembentukan sikap. Media bukan sekadar menyebarkan
maklumat tertentu malah ia juga berperanan dalam menganalisa maklumat yang
disebarkan (Oskamp,1977). Melalui analisa tersebut telah dikaitkan bahawa asas
pembentukan sikap adalah melalui media. Kenyataan ini telah diakui oleh Triandis
(1977), yang menyatakan bahawa sikap yang terbentuk melalui media telah
meniggalkan kesan yang amat mendalam. Oleh itu, sikap yang positif terhadap
keusahawanan penting untuk menentukan kejayaan seorang usahawan.
1.2 Latar Belakang Masalah Isu pelajar menganggur tidak pernah berkurang dari setiap tahun. Menurut
Mustapa Mohamed (2005), kadar pengangguran di kalangan siswazah adalah sekitar
lima peratus atau 18,070 daripada 350,000 penganggur yang direkodkan bagi tempoh
suku keempat tahun lalu. Kerajaan telah berusaha mengambil langkah bagi mengatasi
masalah siswazah menganggur termasuk dalam bidang kejuruteraan, perniagaan dan
perakaunan yang antara lain ada hubungkait dengan keadaan ekonomi dan peluang
pekerjaan.
Para pelajar lepasan universiti, tidak boleh lagi mengharapkan pekerjaan di
syarikat-syarikat besar tetapi perlu lebih berdikari untuk mencorakkan masa depan
sendiri. Sebagai langkah untuk mengurangi masalah pengangguran di kalangan
siswazah adalah dengan menceburi bidang keusahawanan. Dengan lahirnya para
usahawan yang baru, maka kadar pengangguran dan masalah kemiskinan dapat
diatasi secara tidak langsung.
Salah satu strategi untuk memupuk dan memberi kesedaran dalam bidang
keusahawanan ialah pendidikan keusahawan sama ada di peringkat rendah,
menengah, teknik serta pengajian tinggi. Selain itu, bilangan siswazah yang masih
ramai menganggur telah mendorong kepada penubuhan Pusat Pembangunan
Usahawan Siswazah Malaysia (PUSMAL). Menurut Ab Azid (2006), penubuhan
PUSMAL dapat membantu mengurangkan pengangguran di kalangan siswazah dan
membantu memberi latihan keusahawanan dan khidmat nasihat secara berterusan
kepada usahawan siswazah. Oleh itu, bakal usahawan diharapkan dapat mengubah
sikap untuk menjadi lebih cekap, bersemangat dan bersedia untuk menceburi bidang
keusahawanan serta mengambil peluang yang terhadap latihan-latihan keusahawanan
yang disediakan.
Dalam usaha melahirkan usahawan-usahawan dikalangan siswazah, semua
pihak perlu berganding bahu bagi memastikan mereka telah bersedia untuk
menceburi bidang keusahawanan. Oleh itu adalah perlu bagi para pelajar institusi
pengajian tinggi didedahkan dengan ilmu keusahawanan semasa menuntut di
universiti dengan harapan mereka akan dapat berdikari atau memulakan perniagaan
sebaik-baik sahaja tamat pengajian. Najib Tun Razak (2007), mahukan universiti
melahirkan mahasiswa yang mudah mendapat pekerjaan dimana pihak universiti
perlu melahirkan graduan yang berdaya saing dipersada antarabangsa dengan
meletakkan disamping mengubah kerangka minda dan sikap pelajar bagi melahirkan
pelajar yang berkualiti.
Menurut Cooper (1995), latar belakang pendidikan dapat mempengaruhi
kompetensi pelajar untuk menceburi bidang perniagaan. Latar belakang
keusahawanan ini berkait rapat dengan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan
yang diperolehi sebelum menceburi bidang tersebut. Mohd Khairul Azha (2003),
menyatakan bahawa ilmu keusahawanan merupakan antara ciri-ciri asas kejayaan
seseorang usahawan kerana melalui ilmu tersebut, mereka dapat berfikir secara
rasional dan berkemampuan menyedari keperluan persekitaran.
Kekurangan kemahiran dalam bidang keusahawanan merupakan faktor utama
kegagalan sesuatu perniagaan. Hasil kajian Zaidatul (1997), didapati 92 peratus
usahawan di Malaysia menyatakan bahawa pendidikan keusahawanan amat penting
sama ada untuk bakal usahawan mahupun yang telah menceburi bidang tersebut. Ilmu
keusahawanan ini merangkumi unsur-unsur sikap, kemahiran dan pengetahuan dalam
perniagaan. Namun begitu, sikap memainkan peranan penting dalam menentukan
kejayaan atau kecemerlangan seseorang. Menurut Hanafi (1999), 70 hingga 90
peratus usaha datangnya daripada sikap seseorang individu dimana sikap tersebut
adalah penentu kecemerlangan seseorang dalam sesuatu bidang.
Oleh itu, melahirkan usahawan daripada kalangan universiti memerlukan
perancangan dan perlaksanaan yang teliti dan sistematik. Perancangan awal dalam
usaha untuk melahirkan usahawan ialah membina sikap dan minat yang positif
terhadap kerjaya keusahawanan. Pemupukkan sikap yang positif ini akan memberi
peluang kepada pelajar untuk mengenali potensi diri sama ada mampu atau tidak
untuk menceburi bidang keusahawanan. Selain itu, keyakinan diri perlu dibina
melalui penambahan ilmu dan pengalaman. Ilmu yang digandingkan dengan sikap
dan nilai yang betul merupakan landasan utama kejayaan seorang usahawan
(Mahathir,1985)
Secara ringkasnya dapat dinyatakan bahawa ilmu keusahawanan yang
berorientasikan pengetahuan, kemahiran dan sikap memainkan peranan penting
sebagai langkah awal persediaan untuk menceburi bidang keusahawanan. Dengan itu
budaya keusahawanan dapat diwujudkan dalam kalangan pelajar dengan penerapan
ilmu keusahawanan.
1.3 Pernyataan Masalah Keusahawanan boleh disifatkan sebagai suatu kebolehan, kemampuan serta
kecenderungan untuk mencari peluang-peluang perniagaan, mengusahakan
perniagaan tersebut, membuat pembaharuan atau pengubahsuaian yang berfaedah
serta memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat. Maka, pelajar perlu bersiap-
sedia untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan
dengan keusahawanan. Selain itu, pelajar perlu mengetahui sifat dan peranan
usahawan bagi membantu negara mencapai matlamat Wawasan 2020 untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian
Maka, terdapat satu persoalan iaitu sama ada pelajar-pelajar dari fakulti
pendidikan khususnya dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan (JPTK)
menguasai pengetahuan dan kemahiran keusahawanan serta bersikap positif terhadap
bidang keusahawanan. Ini kerana wujudnya situasi dimana peralihan daripada
kemahiran teknikal kepada keusahawanan.
Selain itu, kegagalan menguasai ilmu keusahawanan merupakan punca
seseorang itu tidak bersedia menghadapi segala cabaran dan rintangan untuk dalam
bidang keusahawanan walaupun mereka mempunyai kelulusan akademik yang tinggi.
Keusahawanan bukanlah perkara baru bagi kita. Namun, bidang keusahawanan sering
menjadi pilihan terakhir atau pekerjaan sementara dalam memilih kerjaya.
Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti kompetensi pelajar
tahun 4 dari Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan (JPTK) terhadap bidang
keusahawanan dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap yang membolehkan
mereka mencapai tahap kompetensi.
1.4 Objektif Kajian
Objektif khusus kajian ini adalah untuk meninjau dan mengenal pasti
perkara-perkara berikut di kalangan pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan
Kejuruteraan (JPTK) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
1. Mengenal pasti tahap pengetahuan keusahawanan pelajar JPTK
2. Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran keusahawanan dikalangan
pelajar JPTK
3. Mengenal pasti tahap sikap pelajar JPTK dalam bidang keusahawanan
4. Mengenal pasti tahap kompetesi pelajar JPTK terhadap bidang keusahawanan
5. Mengenal pasti perbezaan yang signifikan antara tahap kompetensi pelajar
JPTK dalam bidang keusahawanan mengikut jantina, jurusan dan
pengalaman.
1.5 Persoalan Kajian Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan, berikut adalah persoalan-
persoalan kajian yang akan dijawab dalam kajian ini.
i. Apakah tahap pengetahuan pelajar JPTK dalam bidang keusahawanan?
ii. Apakah tahap penguasaan kemahiran pelajar JPTK dalam bidang
keusahawanan?
iii. Apakah tahap sikap pelajar JPTK terhadap bidang keusahawanan?
iv. Apakah tahap kompetensi pelajar JPTK terhadap bidang keusahawanan?
v. Apakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kompetensi pelajar
JPTK terhadap bidang keusahawanan mengikut jantina, jurusan dan
pengalaman?