tahap masalah dalam perlaksanaan mata … · penyelidikan dasar pendidikan, ... bengkel dan jadual...

24
TAHAP MASALAH DALAM PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN MEMBUAT PERABOT DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK TERPILIH BAGI NEGERI JOHOR, MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN ZAINUDIN BIN OTHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vukiet

Post on 15-Jul-2019

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP MASALAH DALAM PERLAKSANAAN MATA … · Penyelidikan Dasar Pendidikan, ... bengkel dan jadual dalam perlaksanaan mata pelajaran ini. ... 2.6 Sinopsis Mata Pelajaran Membuat Perabot

TAHAP MASALAH DALAM PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN MEMBUAT

PERABOT DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK TERPILIH BAGI NEGERI

JOHOR, MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN

ZAINUDIN BIN OTHMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TAHAP MASALAH DALAM PERLAKSANAAN MATA … · Penyelidikan Dasar Pendidikan, ... bengkel dan jadual dalam perlaksanaan mata pelajaran ini. ... 2.6 Sinopsis Mata Pelajaran Membuat Perabot
Page 3: TAHAP MASALAH DALAM PERLAKSANAAN MATA … · Penyelidikan Dasar Pendidikan, ... bengkel dan jadual dalam perlaksanaan mata pelajaran ini. ... 2.6 Sinopsis Mata Pelajaran Membuat Perabot
Page 4: TAHAP MASALAH DALAM PERLAKSANAAN MATA … · Penyelidikan Dasar Pendidikan, ... bengkel dan jadual dalam perlaksanaan mata pelajaran ini. ... 2.6 Sinopsis Mata Pelajaran Membuat Perabot

i

TAHAP MASALAH DALAM PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN MEMBUAT

PERABOT DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK TERPILIH BAGI NEGERI

JOHOR, MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN

ZAINUDIN BIN OTHMAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknoloogi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC 2004

Page 5: TAHAP MASALAH DALAM PERLAKSANAAN MATA … · Penyelidikan Dasar Pendidikan, ... bengkel dan jadual dalam perlaksanaan mata pelajaran ini. ... 2.6 Sinopsis Mata Pelajaran Membuat Perabot
Page 6: TAHAP MASALAH DALAM PERLAKSANAAN MATA … · Penyelidikan Dasar Pendidikan, ... bengkel dan jadual dalam perlaksanaan mata pelajaran ini. ... 2.6 Sinopsis Mata Pelajaran Membuat Perabot

iii

DEDIKASI

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Kahidupan Ini Satu Perjuangan Dan Pengorbanan. Ada Ketika Kita Perlu Berkorban

Untuk Mendapatkan Sesuatu. Ada Ketika Berjuang Untuk Mendapatkan Dan Melepaskan

Sesuatu. Keindahan Dunia Ini Cuma Sementara, Akhirat Kelak Destinasi Abadi.

Ku hulurkan salam penuh kasih sayang kepada ibunda tercinta

Pn Amenah Bte Pakeh.

Ku sematkan kasih dihati kepada ayahanda yang disayangi

Hj Othman Bin Sihab.

Ku sanjungi jasa dan pengorbanan

Semua ahli keluarga

Ku hargai sokongan insan teristimewa

Noor Mariati Bte Othman

Buat sahabat seperjuangan, sesungguhnya kamu adalah insan yang banyak lalui bersama

suka duka sepanjang tempoh pengajian ini.

Semoga Dirahmati Allah SWT Diatas Segala Pengorbanan Yang Ikhlas Penuh

Pengertian Yang Kalian Berikan. Sokongan Restu Dan Jasa Kalian Tidak Dipersiakan

Demi Mencapai Kejayaan Di Dunia Dan Akhirat.

Amin

Page 7: TAHAP MASALAH DALAM PERLAKSANAAN MATA … · Penyelidikan Dasar Pendidikan, ... bengkel dan jadual dalam perlaksanaan mata pelajaran ini. ... 2.6 Sinopsis Mata Pelajaran Membuat Perabot

iv

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan ikhlas kepada

pensyarah pembimbing En Yusri Bin Kamin dan Pn Nor Fadila Amin di atas

bimbingan, nasihat, dorongan dan perbincangan serta kerjasama yang diberikan

sepanjang tempoh kajian ini dijalankan. Ucapan terima kasih dirakamkan kepada kedua

ibu bapa dan ahli keluarga yang semtiasa membantu dan memberi dorongan sepanjang

kajian ini berjaya disiapkan.

Penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada Bahagian Perancangan Dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan

Johor, Jabatan Pendidikan Melaka dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan yang telah

memberi kebenaran menjalankan kajian ini. Begitu juga kepada semua pengetua dan

guru-guru mata pelajaran Membuat Perabot yang terlibat. Tanpa sokongan dan bantuan

mereka kajian ini tidak mungkin akan dapat dijalankan.

Akhir sekali penulis turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakan

seperjuangan yang telah membantu dalam menjayakan proses penyelidikan ini.

Semoga Allah SWT akan membalas segala bantuan dan sokongan yang telah

diberikan kepada penulis .

Terima kasih, wassalam.

Page 8: TAHAP MASALAH DALAM PERLAKSANAAN MATA … · Penyelidikan Dasar Pendidikan, ... bengkel dan jadual dalam perlaksanaan mata pelajaran ini. ... 2.6 Sinopsis Mata Pelajaran Membuat Perabot

v

ABSTRAK

Kajian ini berbentuk deskriptif dengan melihat masalah guru-guru MPV

Membuat Perabot di sekolah menengah akademik. Objektif kajian adalah untuk

mengenalpasti masalah kewangan, sukatan mata pelajaran, kemudahan kelengkapan

bengkel dan jadual dalam perlaksanaan mata pelajaran ini. Populasi kajian terdiri

daripada sembilan orang yang sedang mengajar MPV Membuat Perabot dan semua

populasi ini terlibat dengan kajian yang telah dijalankan. Data mentah dikumpulkan

menggunakan soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian komputer SPSS for

Window 10.0 (Statistic Package For Sosial Science) serta dilaporkan mengikut min dan

peratus. Hasil kajian mendapati bahawa para responden mempunyai masalah dari

kekurangan peruntukan kewangan, sukatan mata pelajaran yang tidak selari dengan

keperluan masa kini, masalah kemudahan kelengkapan bengkel dan juga msalah

pengurusan jadual waktu dalam perlaksanaan MPV Membuat Perabot ini. Guru-guru

MPV Membuat Perabot haruslah kuat semangat dan kental dalam mengharungi program

ini, sementara itu pihak pengurusan sekolah haruslah memberi alternatif penyelesaian

dalam menangani masalah ini. Pihak Kementeria Pendidikan Malaysia pula haruslah

mengkaji dari segi jumlah peruntukan kewangan, sukatan mata pelajaran, peralatan dan

mesin yang digunakan dan juga peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran bagi

mata pelajaran ini.

Page 9: TAHAP MASALAH DALAM PERLAKSANAAN MATA … · Penyelidikan Dasar Pendidikan, ... bengkel dan jadual dalam perlaksanaan mata pelajaran ini. ... 2.6 Sinopsis Mata Pelajaran Membuat Perabot

vi

ABSTRACT

This descriptive study is to survey the problems among teachers that teaching

MPV Carpentry subject in the academic school. The objective of study is to identify

financial problem, syllabus subject, workshop facilities, and timetable management. The

population of this study consists of nine teachers that are teaching MPV Carpentry

subject and all population take part in this study. Data of the study is gathering by using

questionnaire. The processes of analysis are using SPSS for Window 10.0 (Statistic

Package For Sosial Science) and the report are shown by mean and percentage. The

result of this study shows that respondent have problem with a small amount budget, not

relevant subject contains, equipment and facilities in workshop and timetable

management in this subject. MPV teachers are required to have a tough characteristic

quality to implement this subject. Mean while, school management lineup should present

alternative solution to settle all problem faced because the implementation of this

subject. The ministry of education also should skim over a small budget, subject

syllabus, machine and equipment that been used in workshop and time period

appropriations for teaching and learning processed in this MPV subject.

Page 10: TAHAP MASALAH DALAM PERLAKSANAAN MATA … · Penyelidikan Dasar Pendidikan, ... bengkel dan jadual dalam perlaksanaan mata pelajaran ini. ... 2.6 Sinopsis Mata Pelajaran Membuat Perabot

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK/ ABSTACT v

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

Page 11: TAHAP MASALAH DALAM PERLAKSANAAN MATA … · Penyelidikan Dasar Pendidikan, ... bengkel dan jadual dalam perlaksanaan mata pelajaran ini. ... 2.6 Sinopsis Mata Pelajaran Membuat Perabot

viii

1.7 Batasan kajian 9

1.8 Definisi / Istilah

10

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Sejarah Perkembangan Pendidikan Teknik Dan

Vokasional

13

2.3 Strategi Perlaksanaan Pembangunan Pendidikan

Vokasional

18

2.4 Program Sekolah Ke Kerjaya (SKK) 20

2.5 Sepintas Mata Pelajaran Vokasional (MPV) 23

2.6 Sinopsis Mata Pelajaran Membuat Perabot 26

2.7 Peruntukan Kewangan MPV 27

2.8 Hubungan Sukatan Mata Pelajaran Dalam

Pembelajaran

28

2.9 Hubungan Kemudahan dan kelengkapan Bengkel

Dalam Pembelajaran

29

2.10 Hubungan Pengurusan Waktu Dalam

Pembelajaran

30

2.11 Penutup 32

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 33

3.2 Rekabentuk Kajian 33

3.3 Populasi dan Sampel 34

Page 12: TAHAP MASALAH DALAM PERLAKSANAAN MATA … · Penyelidikan Dasar Pendidikan, ... bengkel dan jadual dalam perlaksanaan mata pelajaran ini. ... 2.6 Sinopsis Mata Pelajaran Membuat Perabot

ix

3.4 Instrumen Kajian 35

3.5 Kajian Rintis 37

3.6 Prosedur Kajian 39

3.7 Analisis Data 39

3.8 Penutup 41

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 42

4.2 Analisis Demografi Respondan 43

4.3 Analisis Bahagian B 48

4.4 Analisis Keseluruhan 60

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan 62

5.2 Rumusan 63

5.3 Perbincangan 65

5.4 Cadangan 72

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 73

BIBLIOGRAFI 75

LAMPIRAN

Lampiran A-F 80-102

Page 13: TAHAP MASALAH DALAM PERLAKSANAAN MATA … · Penyelidikan Dasar Pendidikan, ... bengkel dan jadual dalam perlaksanaan mata pelajaran ini. ... 2.6 Sinopsis Mata Pelajaran Membuat Perabot

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Strategi Perlaksanaan Dan Pembangunan

Pendidikan Vokasional

19

2.2 Cadangan Mata Pelajaran Dalam Mata

Pelajaran Vokasional (MPV) Dan Cadangan

Tahun Perlaksanaannya.

25

3.1 Jumlah Populasi Guru Dan Sekolah Yang

Terlibat Dengan Kajian Yang Telah

Dijalankan.

34

3.2 Pengkelasan Skala Likert Berserta Dengan

Markah Skor

36

3.3 Taburan Soalan Berdasarkan Persoalan Kajian

Dan Jenis Skala Yang Digunakan Bagi Setiap

Persoalan Kajian

37

3.4 Pemeringkatan Skala Likert

40

Page 14: TAHAP MASALAH DALAM PERLAKSANAAN MATA … · Penyelidikan Dasar Pendidikan, ... bengkel dan jadual dalam perlaksanaan mata pelajaran ini. ... 2.6 Sinopsis Mata Pelajaran Membuat Perabot

xi

3.5 Markat Skala Likert 3 Mata

41

4.1 Taburan Respondan Mengikut Jantina

43

4.2 Taburan Respondan Mengikut Bangsa

44

4.3 Taburan Responden Mengikut Pengalaman

Mengajar

45

4.4 Taburan Respondan Yang Mengajar Mata

Pelajaran Lain Selain Membuat Perabot

46

4.5 Taburan Respondan Yang Mengajar Mata

Pelajaran Lain Sebelum Membuat Perabot

47

4.6 Taburan Respondan Mengikut Tahap

Pendidikan

47

4.7 Taburan Respondan mengikut kelayakan

ikhtisas

48

4.8 Taburan Respondan Mengenai Masalah

Kewangan Mengikut Min dan Peratus

50

4.9 Taburan Respondan Mengikut Min Dan Peratus

Bagi Pelaksanan Mata Pelajaran Membuat

Perabot

52

Page 15: TAHAP MASALAH DALAM PERLAKSANAAN MATA … · Penyelidikan Dasar Pendidikan, ... bengkel dan jadual dalam perlaksanaan mata pelajaran ini. ... 2.6 Sinopsis Mata Pelajaran Membuat Perabot

xii

4.10 Taburan Respondan Mengenai Kemudahan

Kelengkapan Bengkel Mengikut Min dan

Peratus

55

4.11 Taburan Respondan Mengenai Pengurusan

Jadual Waktu Untuk Mengajar Mata Pelajaran

Membuat Perabot Mengikur Min dan Peratus

58

4.12 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 60

Page 16: TAHAP MASALAH DALAM PERLAKSANAAN MATA … · Penyelidikan Dasar Pendidikan, ... bengkel dan jadual dalam perlaksanaan mata pelajaran ini. ... 2.6 Sinopsis Mata Pelajaran Membuat Perabot

xiii

SENARAI SINGKATAN

MPV -Mata Pelajaran Vokasional.

KPM -Kementerian Pendidikan Malaysia.

PPK -Pusat Perkembangan Kurikulum

SKK -Sekolah Ke Kerjaya.

SMT/V -Sekolah Menengah Teknik/Vokasional.

SPSS - Statistic Package For Sosial Science

EPRD - Bahagian Pembangunan dan Penyelidikan Pendidikan

Page 17: TAHAP MASALAH DALAM PERLAKSANAAN MATA … · Penyelidikan Dasar Pendidikan, ... bengkel dan jadual dalam perlaksanaan mata pelajaran ini. ... 2.6 Sinopsis Mata Pelajaran Membuat Perabot

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Set Soal Selidik 80

B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian, Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,

Kementerian Pendidikan Malaysia

86

C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian, Jabatan

Pendidikan Johor

88

D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian, Jabatan

Pendidikan Melaka

89

E Surat Kebenaran Menjalankan Kajian, Jabatan

Pendidikan Negeri Sembilan

90

F Senarai Sekolah Menengah Akademik Yang

Menawarkan MPV Pelaksanaan Tahun 2002 dan

2003

91

Page 18: TAHAP MASALAH DALAM PERLAKSANAAN MATA … · Penyelidikan Dasar Pendidikan, ... bengkel dan jadual dalam perlaksanaan mata pelajaran ini. ... 2.6 Sinopsis Mata Pelajaran Membuat Perabot

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pembangunan bermakna kemajuan tamadun dan budaya daripada keadaan daif

dan jahil kepada keadaan hidup serba canggih dan berperadaban tinggi. Pembangunan

masyarakat dan negara meliputi dimensi pentadbiran, pendidikan, teknologi, ekonomi,

sikap, ilmu, pemikiran, seni budaya, moral dan kualiti hidup. Malaysia sebagai sebuah

negara membangun telah mengalami perubahan-perubahan sosial, teknikal, politikal dan

ekonomi yang pesat. Pembangunan ekonomi yang rancak di Malaysia telah memberikan

fokus kepada kepentingan pembangunan sumber manusia.

Wawasan 2020 telah dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 28

Februari 1991 di persidangan pertama Maljis Perdagangan Malaysia. Beliau

menggariskan satu hasrat yang jelas iaitu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara

perindustrian dan negara maju menjelang 2020. Pencapaian matlamat ini banyak

bergantung kepada kejayaan kerajaan melaksanakan pelbagai dasar dan strategi serta

Page 19: TAHAP MASALAH DALAM PERLAKSANAAN MATA … · Penyelidikan Dasar Pendidikan, ... bengkel dan jadual dalam perlaksanaan mata pelajaran ini. ... 2.6 Sinopsis Mata Pelajaran Membuat Perabot

2

keberkesanan program latihan terutamanya kearah penyediaan ‘knowledge worker’

dalam alaf baru ini.

Di sini peranan pendidikan amatlah penting untuk kemajuan negara kini dan

masa hadapan. Oleh itu seharusnya pendidikan dapat menyediakan para pelajar yang

mempunyai ilmu, kemahiran dan bersedia untuk bersaing dalam kerjaya pada masa

hadapan. Sekolah merupakan agen yang dapat mengeluarkan produk iaitu para pelajar

yang diperlukan oleh negara kita. Bagi menjadikan pelajar dapat memenuhi keperluan

negara, kurikulum yang bersesuaian dengan peredaran masa perlulah digubal. Hirst

(1970) mendefinisikan kurikulum sebagai satu program yang mengandungi aktiviti-

aktiviti pembelajaran yang disusun oleh guru untuk membolehkan murid mencapai

objektif yang dirancangkan.

Menurut Shahril Marzuki (1999), kurikulum merupakan landasan dan arah

pendidikan yang ingin dicapai. Sehubungan itu, langkah yang sesuai di ambil bagi

meningkatkan produktiviti melalui pembangunan sumber manusia supaya kita

mempunyai daya saing di pasaran dunia bebas. Cabaran utama sistem pendidikan negara

kita ialah bagi menghasilkan tenaga kerja yang mencukupi bagi menampung permintaan

pasaran tenaga buruh yang berorientasikan kemahiran dan teknologi tertentu dalam

bidang-bidang ekonomi berkenaan.

Di Jerman lebih 70 peratus pelajar lepasan sekolah menengah meneruskan

pengajian malalui sistem pendidikan vokasional dan latihan yang dipanggil ‘dual sistem’

di mana latihan vokasional mengandungi 75 peratus dan pendidikan umum adalah 25

peratus. Menurut Shahril Marzuki dan Habib Mat Som (1999), kelemahan sistem

pendidikan di Malaysia adalah terlalu menekankan pendidikan akademik di peringkat

pendidikan menengah dan pendidikan tinggi.

Page 20: TAHAP MASALAH DALAM PERLAKSANAAN MATA … · Penyelidikan Dasar Pendidikan, ... bengkel dan jadual dalam perlaksanaan mata pelajaran ini. ... 2.6 Sinopsis Mata Pelajaran Membuat Perabot

3

Menurut Sufean Hussin (2002) ada dua masalah yang menjadikan pendidikan

vokasional di Malaysia tidak berkualiti iaitu masalah pengajaran dan masalah kerjasama

perantis. Masalah pengajaran adalah seperti kekurangan guru, kekurangan alatan

pengajaran, kekurangan bahan dan latihan amali dan juga pelajar kurang faham

pelajaran. Para pelajar perlu diberi pengetahuan dan kemahiran untuk bersaing di masa

hadapan.

Menurut Musa (Jan, 2000), pendidikan kemahiran dan pendidikan teknikal akan

diberi tumpuan khas pada masa akan datang memandangkan keupayaan tenaga kerja

daripada jurusan ini menyumbang kepada keupayaan perindustrian negara dan untuk

membolehkan negara memperolehi ‘the competitive egde’.

Gabungan kemahiran dan keusahawanan akan menjadi tenaga penggerak

ekonomi baru. Tenaga kerja yang berkemahiran, cekap dan berpengetahuan merupakan

pra-syarat kearah mencapai matlamat utama negara untuk muncul sebagai salah sebuah

negara maju di abad ini. Bagi tujuan ini, dalam belanjawan negara 2001, peruntukan

sejumlah RM 1.2 billion disediakan untuk membina 14 buah Institusi latihan

Perindustrian dan empat Pusat Latihan Kemahiran Teknologi Tinggi serta mengisi

Tabung Pinjaman Latihan Kemahiran.

1.2 Latar Belakang Masalah.

Dalam era ekonomi yang berasaskan pengetahuan dan maklumat (k-ekonomi)

ini, permintaan terhadap tenaga pekerja teknikal dan vokasional terutamanya kumpulan

mahir dan separa mahir semakin meningkat. Menyedari hakikat ini, MPV diperkenalkan

Page 21: TAHAP MASALAH DALAM PERLAKSANAAN MATA … · Penyelidikan Dasar Pendidikan, ... bengkel dan jadual dalam perlaksanaan mata pelajaran ini. ... 2.6 Sinopsis Mata Pelajaran Membuat Perabot

4

untuk melahirkan sekumpulan individu dalam masyarakat kita yang berpengetahuan,

berkemahiran dan terlatih dalam perkara asas di dalam bidang pekerjaan yang telah

dikenalpasti. Mereka yang berminat dan cenderung dalam bidang ini harus disediakan

program yang sesuai dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Program MPV merupakan kumpulan mata pelajaran berteraskan kemahiran yang

ditawarkan di sekolah menengah akademik pada peringkat tingkatan empat dan lima.

MPV ini mula diperkenalkan di sekolah akademik pada tahun 2002. Program ini

menawarkan 22 mata pelajaran yang dikelompokkan dalam lima bidang usaha iaitu

binaan, pembuatan, teknotani, ekonomi rumah tangga dan komputer. Penawaran

pelbagai mata pelajaran ini dirancang berperingkat-peringkat mulai tahun 2002 hingga

tahun 2005. Bagi fasa 1, lapan mata pelajaran ditawarkan mulai tahun 2002 iaitu,

Pembinaan Domestik, Membuat Perabot, Seni Reka Tanda, Menservis Peralatan

Elektrik Domestik, Rekaan dan Jahitan Pakaian, Katering dan Penyajian, Landskap dan

Nurseri, Tanaman Makanan.

Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kurikulum marupakan satu rancangan

yang meliputi segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-

unsur kebudayaan dan kepercayaan kepada masyarakat Malaysia. Peranan Kurikulum di

Malaysia adalah untuk memperkembangkan potensi pelajar dari segi intelek, jasmani,

rohani dan emosi secara seimbang dan menyeluruh, membina sifat-sifat yang boleh

membawa ke arah perpaduan negara serta menghasilkan tenaga kerja yang mahir dan

terlatih untuk keperluan negara.

Sistem pendidikan sekarang sedang melalui pelbagai cabaran bagi memenuhi

kehendak masyarakat dan negara. Menurut Ahamad bin Sipon dalam ucap utama kertas

kerja Seminar Kebangsaan Pendidikan Asas Vokasional & Pendidikan ‘Halatuju dan

Cabaran Pendidikan Vokasional di Sekolah Menengah Akademik’.

Page 22: TAHAP MASALAH DALAM PERLAKSANAAN MATA … · Penyelidikan Dasar Pendidikan, ... bengkel dan jadual dalam perlaksanaan mata pelajaran ini. ... 2.6 Sinopsis Mata Pelajaran Membuat Perabot

5

Pendidikan dan latihan adalah merupakan sebahagian pelaburan sosial penting

yang boleh memberi faedah jangka panjang. Murid adalah aset negara yang

amat berharga dalam menentukan corak masyarakat dan guna tenaga kelak.

Justeru itu amatlah wajar murid sekolah yang akan mewarisi generasi masa

hadapan perlu dibekalkan dengan kurikulum yang relevan dan bermakna agar

pengetahuan dan kemahiran yang mereka perolehi nanti dapat menangani

pelbagai cabaran dalam menempuhi era globalisai dan k-ekonomi.

(2001, m/s 2)

Daripada petikan di atas ternyata pembangunan sumber manusia iaitu pelajar

amatlah penting dan Kurikulum yang bersesuaian dengan keperluan semasa amatlah

diperlukan supaya generasi masa hadapan bersedia menempuhi era dunia tanpa

sempadan dan kemajuan teknologi yang pesat. Peranan pendidikan dalam menentukan

kemajuan dan kamakmuran negara jelas amat besar. Di sini peranan pendidikan teknik

dan vokasional mesti diambil perhatian kerana negara kita bukan sahaja mahukan

rakyatnya yang tinggi ilmu pengetahuan akademiknya tetapi juga memerlukan

kemahiran yang dapat membantu menuju ke arah negara maju.

Peranan guru amatlah besar dalam menjayakan perlaksanaan kurikulum yang

telah dirancang. Perlaksanaan MPV dengan berkesan amatlah penting untuk

membolehkan para pelajar memenuhi kehendak negara dan bersaing di dalam kerjaya

ataupun untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Guru-guru

vokasional perlu memastikan semua pelajar mereka mencapai tahap kemahiran

vokasional dan kemahiran usahawan yang tinggi. Pada tahun 2002 tenaga pengajar MPV

mata pelajaran Membuat Perabot melibatkan guru-guru yang bukan opsyen iaitu guru-

guru Kemahiran Hidup yang menjadi tenaga pengajar. Guru-guru yang dipilih ini

mempunyai pengalaman mengajar minimum lima tahun. Mulai tahun 2003, barulah ada

guru opsyen Membuat Perabot yang mula mengajar. Guru-guru yang bukan opsyen

Page 23: TAHAP MASALAH DALAM PERLAKSANAAN MATA … · Penyelidikan Dasar Pendidikan, ... bengkel dan jadual dalam perlaksanaan mata pelajaran ini. ... 2.6 Sinopsis Mata Pelajaran Membuat Perabot

6

diberi latihan kemahiran intensif di politeknik, maktab ataupun pusat latihan kemahiran

tempatan.

Menurut Ahamad Sipon (2001) hasrat KPM dalam rancangan jangka panjang

agar setiap sekolah akademik akan mewujudkan aliran vokasional. KPM mensasarkan

sehingga tahun 2010 sekurang-kurangnya 35% pelajar di sekolah akademik dan

teknikal/vokasional akan berpeluang mengikuti mata pelajaran bercorak kemahiran

vokasional. Dengan mewujudkan aliran vokasional di sekolah menengah akademik,

persaingan pelajar untuk memasuki Sekolah Menengah Teknik/Vokasional (SMT/V)

dapat dikurangkan. Kos pembangunan dan operasi membina SMT/V juga dapat

diminimumkan.

1.3 Pernyataan Masalah

Mata Pelajaran Vokasional ini merupakan mata pelajaran yang baru

diperkenalkan pada tahun 2002 di sekolah menengah akademik. Oleh itu, dijangkakan

terdapat masalah dari segi kewangan, sukatan mata pelajaran, kemudahan kelengkapan

bengkel dan pengurusan jadual waktu dan penyelidik ingin membuat tinjauan masalah

ini yang dihadapi oleh guru MPV semasa pelaksanaanya dalam mata pelajaran

Membuat Perabot.

Page 24: TAHAP MASALAH DALAM PERLAKSANAAN MATA … · Penyelidikan Dasar Pendidikan, ... bengkel dan jadual dalam perlaksanaan mata pelajaran ini. ... 2.6 Sinopsis Mata Pelajaran Membuat Perabot

7

1.4 Objektif Kajian.

Objektif kajian ini adalah untuk:

1. Mengenalpasti masalah kewangan yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan

mata pelajaran Membuat Perabot.

2. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan sukatan

mata pelajaran Membuat Perabot.

3. Mengenalpasti masalah kemudahan kelengkapan bengkel yang dihadapi oleh

guru untuk mengajar mata pelajaran Membuat Perabot.

4. Mengenalpasti masalah dalam pengurusan jadual waktu untuk mengajar mata

pelajaran Membuat Perabot.

1.5 Persoalan Kajian.

Dalam kajian ini penyelidik mengemukakan beberapa persoalan bagi

menentukan objektif kajian tercapai, iaitu:

1. Adakah kewangan yang diperuntukkan mencukupi untuk melaksanakan projek?

2. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan sukatan mata

pelajaran Membuat Perabot?

3. Apakah masalah kemudahan kelengkapan bengkel yang dihadapi oleh guru

untuk mengajar mata pelajaran Membuat Perabot?

4. Apakah masalah dalam pengurusan jadual waktu untuk mengajar mata pelajaran

Membuat Perabot?