tahap literasi dan pengintegrasian … · web view3.5 kajian rintis satu ujian rintis telah...

32
INSTITUT PERGURUAN RAJANG BINTANGOR, SARAWAK SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006 TEMA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DANPEMBELAJRAN TAJUK KAJIAN TAHAP LITERASI DAN PENGINTEGRASIAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN SAINS TAHAP I DI SEKOLAH KEBANGSAAN OLEH CINDY WONG CHYEE CHEN INSTITUT PERGURUAN RAJANG BINTANGOR, SARAWAK

Upload: duongdan

Post on 24-May-2018

264 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP LITERASI DAN PENGINTEGRASIAN … · Web view3.5 Kajian Rintis Satu ujian rintis telah dilakukan ke atas 30 orang guru sains yang mengajar Tahap I di sekolah kebangsaan yang

INSTITUT PERGURUAN RAJANG

BINTANGOR, SARAWAK

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006

TEMA

PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DANPEMBELAJRAN

TAJUK KAJIAN

TAHAP LITERASI DAN PENGINTEGRASIAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN SAINS TAHAP I

DI SEKOLAH KEBANGSAAN

OLEH

CINDY WONG CHYEE CHEN

INSTITUT PERGURUAN RAJANGBINTANGOR, SARAWAK

09 – 11 NOVEMBER 2006

Page 2: TAHAP LITERASI DAN PENGINTEGRASIAN … · Web view3.5 Kajian Rintis Satu ujian rintis telah dilakukan ke atas 30 orang guru sains yang mengajar Tahap I di sekolah kebangsaan yang

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap literasi dan pengintegraian komputer dalam proses pengajaran di kalangan guru sains yang mengajar mata pelajaran sains Tahap 1 di sekolah kebangsaan di Daerah Sibu. Kajian ini merupakan suatu kajian desktriptif. Responden terdiri daripada 61 orang guru sains terlatih yang mengajar mata pelajaran sains Tahap 1. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa tahap literasi dari aspek pengetahuan terhadap komputer adalah dalam tahap tinggi (min=3.38), manakala dari aspek kemahiran terhadap komputer adalah dalam tahap sederhana (min=2.78). Kajian ini juga menunjukkan pengintegrasian komputer dalam proses pengajaran sains amat menggalakkan. Didapati tiada banyak kekangan yang dihadapi dalam usaha mengintegrasian penggunaan komputer dalam pengajaran sains Tahap 1 di sekolah kebangsaan di Daerah Sibu, Sarawak.

Page 3: TAHAP LITERASI DAN PENGINTEGRASIAN … · Web view3.5 Kajian Rintis Satu ujian rintis telah dilakukan ke atas 30 orang guru sains yang mengajar Tahap I di sekolah kebangsaan yang

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, tetapi telah lama diperkenalkan sejak awal tahun 60-an lagi di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. Menurut Luerhmann (1982) dan Naisbitt (1984), keperluan untuk memperkenalkan komputer dalam pendidikan adalah sangat mendesak dengan harapan semua pelajar yang telah menamatkan tempoh persekolahan di sekolah menengah adalah celik komputer.

Menurut Menteri Pelajaran, Dato Hishammuddin Tun Hussien dalam akhbar Sarawak Tribune (13 Jan 2005, m.s.4) sebanyak 800 buah sekolah di seluruh negara akan menikmati kemudahan teknologi “wireless fidelity” (WI-FI) menjelang akhir tahun 2005. Ini merupakan suatu usaha untuk melengkapkan sumber tenaga manusia generasi akan datang untuk bersaing dan berjaya dalam dunia teknologi maklumat. Menurut beliau lagi, Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari akan kepentingan dan kelebihan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) untuk mewujudkan suatu keadaan sekolah yang lebih sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Mengikut Nor Azilah dan Zarina (1997), guru merupakan agen perubahan suatu inovasi dalam dunia pendidikan. Sebagai pemimpin kepada generasi akan datang, pengetahuan dan kemahiran guru mengenai teknologi maklumat mesti mencapai satu tahap yang melebihi pengetahuan umum dalam melaksanakan tugas-tugas harian mereka. Oleh itu, para guru harus celik komputer jika hendak mengaplikasikan penggunaan komputer dan mengendalikan perisian komputer yang sesuai dan relevan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Maka, para guru mesti memberanikan diri dan melangkah ke depan untuk menghadapi cabaran ini dengan menjadikan diri mereka sebagai model utama, mempunyai persepsi dan sikap yang positif serta minat yang mendalam terhadap komputer agar dapat mempengaruhi pelajar-pelajar menggunakan komputer.

1.1 Pernyataan Masalah

Sistem pendidikan sekolah di Malaysia kini dikatakan sedang berusaha untuk menuju ke arah menyediakan dan menyesuaikan pelajar-pelajar untuk menghadapi masa hadapan yang semakin mencabar di alaf baru ini.

Rancangan untuk memasukkan pendidikan komputer dalam kurikulum telahpun dilaksanakan dengan pengwujudan sekolah bestari yang merupakan salah satu aplikasi perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) yang mampu menikmati hasil perkembangan teknologi maklumat.

Menurut Menteri Pelajaran, Dato Hishammuddin Tun Hussien (Sarawak Tribune, 13 Januari 2005), kerajaan telah mengambil banyak inisiatif seperti Projek

Page 4: TAHAP LITERASI DAN PENGINTEGRASIAN … · Web view3.5 Kajian Rintis Satu ujian rintis telah dilakukan ke atas 30 orang guru sains yang mengajar Tahap I di sekolah kebangsaan yang

Sekolah Bestari, pembekalan projektor, LCD dan ‘laptop’ dalam usaha untuk meningkatkan pengintegrasian TMK dalam pendidikan.

Dalam kajian Hannafin dan Savenye (1993), 60% daripada guru-guru sekolah menengah yang mengajar Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris tidak pernah menggunakan komputer dalam kelas. Menurut kajian Cuthell (1998) terhadap 3,400 orang guru di Universiti Keele pada tahun 1996 pula, didapati 70% daripada mereka jarang menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Ini menunjukkan bahawa walaupun penggunaan komputer telah diiktirafkan penting, masih terdapat ramai guru yang tidak atau enggan menuju ke arah perubahan inovasi ini.

1.2 Objektif Kajian

Objektif khusus kajian ini ialah: -

1) Untuk mengetahui tahap pengetahuan komputer di kalangan guru sains yang mengajar Tahap I di sekolah kebangsaan di Daerah Sibu.

2) Untuk mengetahui tahap kemahiran menggunakan komputer di kalangan guru sains yang mengajar Tahap I di sekolah kebangsaan di Daerah Sibu.

3) Untuk mengetahui pengintegrasian komputer di kalangan guru sains yang mengajar Tahap I di sekolah kebangsaan dalam proses pengajaran sains di Daerah Sibu.

4) Untuk mengenalpasti kekangan-kekangan yang dihadapi oleh guru-guru sains yang mengajar Tahap I di sekolah kebangsaan berhubung dengan pengintegrasian komputer dalam proses pengajaran sains.

1.3 Persoalan Kajian

Berikut merupakan persoalan-persoalan yang dinyatakan dalam kajian ini.1) Apakah tahap pengetahuan komputer di kalangan guru sains yang mengajar

Tahap I di sekolah kebangsaan di Daerah Sibu?2) Apakah tahap kemahiran menggunakan komputer di kalangan guru sains yang

mengajar Tahap I di sekolah kebangsaan di Daerah Sibu?3) Sejauh manakah pengintegrasian komputer guru-guru sains yang mengajar

Tahap I di sekolah kebangsaan di Daerah Sibu dalam proses pengajaran sains?4) Apakah kekangan-kekangan yang dihadapi oleh guru-guru sains yang

mengajar Tahap I berhubung dengan penggunaan komputer dalam proses pengajaran sains?

1.4 Kepentingan Kajian

Untuk tidak ketinggalan dalam arus pembangunan teknologi maklumat khasnya dalam bidang pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia harus memastikan pengintegrasian TMK dalam kurikulum khususnya dalam proses pengajaran dan

Page 5: TAHAP LITERASI DAN PENGINTEGRASIAN … · Web view3.5 Kajian Rintis Satu ujian rintis telah dilakukan ke atas 30 orang guru sains yang mengajar Tahap I di sekolah kebangsaan yang

pembelajaran oleh guru-guru dijalankan dengan berkesan. Ini adalah kerana guru mempunyai pengaruh yang amat besar ke atas pelajar-pelajarnya.

Oleh yang demikian, adalah diharapkan maklumat daripada hasil kajian ini akan dapat memberi sedikit maklumbalas kepada pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Gabungan dan Jabatan Pelajaran Negeri tentang tahap literasi komputer dan pengintegrasian komputer serta kekangan-kekangan yang dihadapi oleh guru sains yang mengajar Tahap I dalam proses P & P Sains.

1.5 Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan ini tertakluk kepada beberapa batasan di mana pemilihan responden dan fokus kajian hanya terhad kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Sains Tahap I di sekolah kebangsaan di Daerah Sibu. Ia tidak melibatkan guru-guru sains Tahap I di kawasan lain di negeri Sarawak. Pemilihan lokasi ini adalah berdasarkan “sampel of convenience” dengan mengambilkira kemudahan-kemudahan sedia ada yang terdapat di Daerah Sibu. Dengan itu, hasil kajian ini tidak dapat mewakili tahap literasi komputer dan pengintegrasian komputer serta kekangan-kekangan yang dihadapi oleh guru-guru sains yang mengajar Tahap I di sekolah kebangsaan di seluruh Negeri Sarawak.

1.6 Definisi Operasional

Terdapat beberapa konsep yang terdiri daripada perkataan dan frasa tertentu yang perlu diberi definisi untuk memudahkan perbincangan seterusnya.

1.6..1 Guru Sains Tahap IGuru-guru sains sekolah kebangsaan yang mengajar mata pelajaran sains

Tahun 1, Tahun 2 atau Tahun 3.

1.6.2 Literasi KomputerDalam kajian ini, literasi komputer ini merangkumi dua komponen. Dua

komponen tersebut ialah komponen pengetahuan terhadap komputer dan komponen kemahiran terhadap komputer.

1.6.3 Pengintegrasian KomputerPengintegrasian komputer dalam kajian ini membawa maksud penggunaan

komputer dan proses pengajaran sains yang dijalankan di sekolah

Page 6: TAHAP LITERASI DAN PENGINTEGRASIAN … · Web view3.5 Kajian Rintis Satu ujian rintis telah dilakukan ke atas 30 orang guru sains yang mengajar Tahap I di sekolah kebangsaan yang

BAB 2

SOROTAN LITERATUR

2.0 Pengenalan

Bab ini akan menghuraikan kajian-kajian lepas di dalam negara dan juga di luar negara yang berkaitan dengan literasi komputer dan pengintegrasian komputer di kalangan guru sekolah. Ia merangkumi literasi komputer, pengintegrasian komputer dalam pendidikan dan juga kepentingan TMK dalam pendidikan.

2.1 Literasi Komputer

Rosnani Jusoh (2000) mengatakan bahawa literasi komputer perlu dimiliki oleh setiap individu kerana ia sudah dianggap sebagai kemahiran asas dalam kehidupan. Pelajar-pelajar berhak mendapat bimbingan yang sebanyak mungkin untuk mencapai apa yang disifatkan sebagai arif komputer. Beliau juga menyatakan bahawa guru-guru merupakan orang yang akan melaksanakan proses bimbingan ini.

Dalam kajian Teng dan Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (2000) melaporkan bahawa masih terdapat ramai guru yang masih belum bersedia dan belum dilengkapi dengan segala ilmu yang diperlukan untuk menyahut cabaran sekolah bestari. Dapatan kajian menunjukkan 29.4% responden dari sekolah biasa yang masih tidak mahir menggunakan komputer.

Berdasarkan laporan kajian Kannan (2002) mengenai kemampuan mengurus literasi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan 205 orang guru daripada 12 buah sekolah bestari di Semenanjung Malaysia menunjukkan bahawa hanya 19.5% guru sekolah bestari sahaja yang berkemampuan tinggi menguruskan integrasi komputer. Sebanyak 71.1% guru yang berkemampuan sederhana manakala hanya 9.4% tidak berkemampuan dalam menguruskan integrasi komputer. Dalam kajian beliau, pengurusan integrasi komputer melibatkan empat kemampuan iaitu merancang, mengelola, memimpin dan juga mengawal.

2.2 Pengintegrasian Komputer Dalam Pendidikan

Zuraida dan Munirah (1997) mencatatkan bahawa aspek teknologi telah dimasukkan ke dalam kurikulum sains di sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif para pelajar terhadap sains dan teknologi dari peringkat awal lagi. Pendekatan yang diambil adalah memberi pemahaman tentang aplikasi sains melalui teknologi dalam kehidupan harian dengan tujuan para pelajar dapat menangani sumbangan dan inovasi terkini serta boleh menghargai sumbangan sains dan teknologi dalam mencapai kesejahteraan hidup.

Menurut Zuraida dan Munirah (1997), penggunaan komputer dalam pengajaran Sains dan Matematik dapat memperkembangkan dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Ini disokong oleh Hurtwitz dan Abegg (1999) yang melaporkan penggunaan perisian komputer dalam kelas telah dapat menukar pendekatan guru

Page 7: TAHAP LITERASI DAN PENGINTEGRASIAN … · Web view3.5 Kajian Rintis Satu ujian rintis telah dilakukan ke atas 30 orang guru sains yang mengajar Tahap I di sekolah kebangsaan yang

dalam pengajaran mata pelajaran Kimia di sekolah menengah. Melalui penggunaan konsep peta minda dan simulasi komputer, pelajar dapat memperolehi pemahaman yang lebih mendalam terhadap mata pelajaran Kimia.

2.3 Kepentingan TMK Dalam Pendidikan

Foo dan Chan (2000) menyatakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap individu dalam milenium yang baru ialah literasi teknologi maklumat. Dengan perubahan ini, cara pengendalian pendidikan di seluruh dunia akan juga berubah disebabkan oleh penggunaan teknologi maklumat ini. Mereka menambah bahawa para pelajar, pendidik dan pentadbir perlu dilengkapkan dengan kemahiran menggunakan TMK secara berkesan. Pendidik juga harus sentiasa merenung dan menilai peranan masing-masing serta bersedia menyatupadukan penggunaan teknologi maklumat dalam strategi pengajaran.

Donley (2002) dalam penulisannya mengenai ‘Guru, Teknologi dan Latihan’ juga telah mencatat bahawa kebanyakan ahli politik, pengajar, ibu bapa, pegawai-pegawai kerajaan dan juga masyarakat dari pelbagai tahap bersetuju akan kepentingan teknologi untuk menambah ilmu dan tahap kemahiran para pelajar.

Menurut Taylor (2002), dengan bertapakkan teknologi maklumat, ia telah mula mengubah kepentingan dalam tiga aspek iaitu pelajar, informasi dan juga pengajar. Kini informasi menjadi semakin murah dan boleh didapati pada bila-bila masa telah memperlihatkan peranan guru bertukar ke mentor atau fasilitator manakala para pelajar pula menjadi pelajar yang aktif.

Page 8: TAHAP LITERASI DAN PENGINTEGRASIAN … · Web view3.5 Kajian Rintis Satu ujian rintis telah dilakukan ke atas 30 orang guru sains yang mengajar Tahap I di sekolah kebangsaan yang

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan

Kajian ini yang berbentuk kajian tinjauan kuantitatif secara deskriptif bertujuan untuk mengetahui tahap literasi komputer dan pengintegrasian komputer dalam proses pengajaran sains Tahap I serta kekangan-kekangan yang dihadapi oleh guru sains di sekolah-sekolah kebangsaan di Daerah Sibu.

3.1 Rekabentuk Kajian

Kajian yang telah dijalankan adalah merupakan satu kajian jenis deskriptif di mana penyelidik mencari peratus, frekuensi dan min bagi mengetahui tahap literasi komputer dan pengintegrasian komputer dalam pengajaran sains Tahap I di sekolah-sekolah kebangsaan di Daerah Sibu. Penyelidik akan mengedarkan borang soal selidik untuk memperoleh maklumat daripada guru-guru sains yang mengajar Tahap I di sekolah-sekolah kebangsaan di Daerah Sibu.

3.2 Lokasi Kajian

Sebanyak 16 buah sekolah kebangsaan di Daerah Sibu telah dipilih secara rawak untuk dijadikan sebagai sampel kajian.

3.3 Responden Kajian

Responden dalam kajian ini lebih tertumpu kepada satu populasi tertentu iaitu yang terdiri daripada guru sains sekolah kebangsaan di Daerah Sibu yang terlibat dalam pengajaran mata pelajaran Sains dari Darjah 1 hingga Darjah 3 (Tahap I). Guru-guru sains tersebut merupakan guru yang terlatih. Guru-guru sains yang terpilih diminta untuk menjawab borang soal selidik berkenaan mengenai tahap literasi komputer dan pengintegrasian komputer serta kekangan-kekangan yang dihadapi dalam proses pengajaran sains. Seramai 61 orang daripada 196 orang guru sains sekolah rendah kebangsaan di Daerah Sibu telah dipilih secara rawak sebagai responden dalam kajian ini.

3.4 Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan bagi tinjauan ini ialah Borang Soal Selidik. Dalam kajian penyelidikan ini, hanya satu set borang soal selidik telah digunakan. Semua guru sains yang terpilih akan menjawab borang soal selidik yang sama. Borang soal selidik ini mengandungi empat bahagian, iaitu :-

a) Maklumat Diri Respondenb) Literasi Komputerc) Pengintegrasian Komputerd) Kekangan

Page 9: TAHAP LITERASI DAN PENGINTEGRASIAN … · Web view3.5 Kajian Rintis Satu ujian rintis telah dilakukan ke atas 30 orang guru sains yang mengajar Tahap I di sekolah kebangsaan yang

3.5 Kajian Rintis

Satu ujian rintis telah dilakukan ke atas 30 orang guru sains yang mengajar Tahap I di sekolah kebangsaan yang tidak terlibat dalam kajian ini. Program ‘Statistical Package for the Social Sciences’ (SPSS) digunakan untuk menguji kepercayaan alat ukuran yang digunakan dalam sesuatu kajian. Nilai Alpha Cronbach yang terdapat dalam SPSS adalah sesuai untuk menguji kebolehpercayaan soal selidik dalam bidang sains sosial termasuk yang menggunakan skala Likert. Mohd. Majid Konting (2000) menyatakan bahawa kebolehpercayaan yang bernilai 0.60 dan ke atas sering digunakan untuk menentukan tahap kebolehpercayaan sesuatu alat ukuran.

Kebolehpercayaan alat ukuran atau instrumen dalam kajian rintis telah dikenalpasti. Instrumen tersebut telah dianalisis dengan menggunakan ‘reliability analysis’ dalam program SPSS. Nilai Alpha yang didapati dari bahagian literasi komputer ialah 0.9616, bahagian pengintegrasian komputer ialah 0.6832 dan bahagian kekangan ialah 0.8406. Ini telah menunjukkan bahawa kebolehpercayaan instrumen kajian ini adalah sesuai digunakan untuk menjalankan kajian ini.

3.6 Prosedur Pengumpulan Data

3.6.1 Pentadbiran Instrumen Kajian

Satu salinan proposal penyelidikan ini telah dihantarkan ke Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD) bagi mendapatkan kebenaran untuk menjalankan kajian ini di sekolah-sekolah kebangsaan di Daerah Sibu. Setelah memperolehi kebenaran tersebut, kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak juga telah diperolehi.

Dengan kerjasama daripada Guru Besar dan Ketua Panitia Sains sekolah kebangsaan berkenaan, penyelidik telah mengedarkan borang soal selidik ke setiap sekolah yang terbabit dalam kajian ini untuk mentadbirkan instrumen kajian ini. Pengedaran borang soal selidik ini telah dilakukan melalui penghantaran tangan oleh penyelidik sendiri dengan pergi ke sekolah-sekolah yang berkenaan. Ketua Panitia Sains diminta untuk mengedarkan borang soal selidik kepada guru-guru sains yang terlibat dan mengutip semula daripada mereka.

Responden telah diberi tempoh masa selama dua hingga tiga hari untuk melengkapkan borang soal selidik tersebut. Setelah tamat tempoh yang ditetapkan, penyelidik mengutip balik semula borang soal selidik berkenaan daripada Ketua Panitia Sains dengan pergi sendiri ke sekolah-sekolah terbabit.

3.6.2 Maklumat Mengenai Populasi Sampel

Maklumat mengenai populasi sampel adalah amat penting untuk membolehkan aspek pentadbiran instrumen kajian ini dijalankan dengan berjaya dan lancar. Maklumat-maklumat tersebut akan menjadikan kajian ini lebih berkesan, teratur dan cekap. Satu senarai bilangan sekolah kebangsaan dan guru sains yang mengajar Tahap I di sekolah

Page 10: TAHAP LITERASI DAN PENGINTEGRASIAN … · Web view3.5 Kajian Rintis Satu ujian rintis telah dilakukan ke atas 30 orang guru sains yang mengajar Tahap I di sekolah kebangsaan yang

kebangsaan di Daerah Sibu telah diperoleh daripada Pejabat Pelajaran Gabungan Sibu untuk menjayakan kajian ini.

3.7 Prosedur Penganalisaan Data

Untuk mendapatkan data, penyelidik mengumpulkan borang soal selidik yang telah dijawab oleh responden. Semua maklumat dan data yang diperolehi dari instrumen kajian ini akan diproses dan dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif.

Bahagian A (Maklumat Responden) merangkumi 7 item. Lima item tersebut berbentuk objektif dan 2 item adalah berbentuk struktur.

Bahagian B (Literasi Komputer) yang merangkumi pengetahuan terhadap komputer dan kemahiran terhadap komputer ini dianalisis dengan melihat kepada peratusan dan membahagikan min skala likert yang digunakan kepada tiga kategori. Nilai lima mata Skala Likert akan dibahagikan kepada 3 untuk mendapatkan 3 kategori kumpulan. Nilai 1.66 diperolehi. Maka, nilai min antara 1 – 1.66 akan dikategorikan sebagai tahap rendah, nilai min antara 1.67 – 3.33 akan dikategorikan sebagai tahap sederhana manakala nilai min antara 3.34 – 5.00 akan dikategorikan sebagai tahap tinggi.

Bahagian C (Pengintegrasian Komputer) merangkumi 3 item yang berkaitan dengan proses penggunaan komputer semasa proses P&P di bilik darjah. Ketiga-tiga item adalah berbentuk objektif.

Bahagian D yang mengenai kekangan-kekangan yang dihadapi oleh guru-guru sains yang terlibat dianalisis dengan melihat kepada peratusan untuk keputusan ‘Ya’ dan ‘Tidak’.

Hasil dari kajian ini akan dibentangkan dalam bentuk data deskriptif untuk mendapatkan frekuensi, min dan peratusan bagi menjawab persoalan-persoalan kajian seperti yang dinyatakan dalam 1.3.

Page 11: TAHAP LITERASI DAN PENGINTEGRASIAN … · Web view3.5 Kajian Rintis Satu ujian rintis telah dilakukan ke atas 30 orang guru sains yang mengajar Tahap I di sekolah kebangsaan yang

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan

Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui tahap literasi dan pengintegrasian komputer guru-guru sains pada Tahap I sekolah kebangsaan di Daerah Sibu, Sarawak. Keseluruhan bab ini akan memberi tumpuan kepada penganalisaan data-data kajian dan membincangkan analisis dapatan kajian berdasarkan soalan-soalan penyelidikan kajian. Keseluruhan maklum balas 61 orang responden ini dianalisa, dikategori dan dirumuskan. Analisa ini mengandungi analisa berkenaan dengan kekerapan, peratusan dan min.

4.1 Maklumat Diri Responden4.1.1 Jantina

Jadual di bawah menunjukkan taburan jantina guru-guru sains Tahap I sekolah kebangsaan di Daerah Sibu, Sarawak. Ia memaparkan taburan yang tidak seimbang. Daripada 61 orang responden, 44 orang (72.1%) adalah guru perempuan dan hanya 17 orang (27.9%) adalah guru lelaki.

Jantina     N %Perempuan 44 72.1Lelaki     17 27.9Jumlah 61 100.0

Jadual 1 : Taburan jantina responden

4.1.2 Pengkhususan

Seramai 42 orang (68.9%) responden adalah dari pengkhususan aliran sastera. Jadual 2 menunjukkan 19 orang (31.1%) sahaja yang berpengkhususan aliran sains.

Pengkhususan Aliran N %Sains 19 31.1Sastera     42 68.9Jumlah 61 100.0

Jadual 2 : Taburan pengkhususan aliran responden

Page 12: TAHAP LITERASI DAN PENGINTEGRASIAN … · Web view3.5 Kajian Rintis Satu ujian rintis telah dilakukan ke atas 30 orang guru sains yang mengajar Tahap I di sekolah kebangsaan yang

4.1.3 Mengajar Peringkat Tahun Sains

Dari Jadual 3 di bawah, ia menunjukkan seramai 48 orang (78.7%) responden yang mengajar sains peringkat Tahun 1 (14 orang), peringkat Tahun 2 (17 orang) dan peringkat Tahun 3 (17 orang). Manakala hanya seorang guru (1.6%) yang mengajar ketiga-tiga peringkat iaitu tahun 1,2 dan 3.

Tahun Bilangan guru yang mengajar sains %

1 14 22.92 17 27.93 17 27.9

1 dan 2 6 9.81 dan 3 3 4.92 dan 3 3 4.9

1,2 dan 3 1 1.6Jumlah 61 100.0

Jadual 3 : Bilangan guru sains peringkat tahun yang berbeza

4.2 Literasi Komputer4.2.1 Pengetahuan Terhadap Komputer

Jadual 5 menunjukkan pengetahuan guru-guru sains terhadap komputer dari aspek fungsi perkakasan komputer dan fungsi perisian komputer.

Secara keseluruhan, nilai min untuk pengetahuan guru sains terhadap komputer adalah pada tahap yang tinggi (3.38) seperti yang dinyatakan pada bahagian 3.7. Ini mungkin disebabkan semua sekolah ada dibekalkan dengan komputer dan ini memudahkan guru-guru untuk mengakses komputer di sekolah. Banyak kursus yang berkaitan dengan komputer juga dikendalikan sejak komputer diperkenalkan. Selain itu, dari Jadual 4 didapati 85.2% (52 orang) responden memiliki komputer sendiri.

Dari aspek pengetahuan terhadap fungsi perkakasan komputer, nilai purata min mencatat 3.72 di mana ia adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan aspek pengetahuan terhadap fungsi perisian komputer yang mencatat nilai purata min sebanyak 2.87 iaitu pada tahap sederhana sahaja.

Dalam aspek pengetahuan terhadap fungsi perkakasan komputer, didapati pengetahuan terhadap fungsi tetikus mencatatkan nilai min yang paling tinggi iaitu 4.26. Ini disebabkan sebanyak 31.1% responden dan 49.2% responden mempunyai pengetahuan yang baik dan sangat baik mengenai fungsi tetikus. Beberapa perkakasan lain juga mencatatkan nilai min yang agak tinggi iaitu papan kekunci (4.11), pencetak (4.0) dan pembesar suara (4.0). Peratusan responden yang mempunyai pengetahuan yang baik dan sangat baik terhadap fungsi papan kekunci ialah 44.3% dan 36.1%. Manakala, peratusan responden yang mempunyai pengetahuan yang baik dan sangat baik terhadap fungsi pencetak mencatatkan nilai sebanyak 34.4% dan 37.7%. Nilai peratusan yang hampir sama juga dicatatkan oleh responden dalam pengetahuan terhadap fungsi pembesar suara, iaitu sebayak 36.1%

Page 13: TAHAP LITERASI DAN PENGINTEGRASIAN … · Web view3.5 Kajian Rintis Satu ujian rintis telah dilakukan ke atas 30 orang guru sains yang mengajar Tahap I di sekolah kebangsaan yang

dan 34.4%. Ini disebabkan guru-guru yang biasa menggunakan komputer akan sentiasa menggunakan tetikus, papan kekunci, pencetak dan pembesar suara.

ItemPengetahuan Terhadap Peratusan Skala Likert

MinSisihan

Fungsi Perkakasan Komputer 1 2 3 4 5 Piawai

1a Papan kekunci 1.6 1.6 16.4 44.3

36.1 4.11 0.858

1b Tetikus 1.6 0.0 18.0 31.1

49.2 4.26 0.874

1c Pengimbas 8.2 14.8 29.5 26.2

21.3 3.38 1.213

1d Cakera padat 1.6 4.9 29.5 32.8

31.1 3.87 0.974

1e Pencetak 4.9 0.0 23.0 34.4

37.7 4.00 1.033

1f Skrin sentuh 6.6 18.0 32.8 19.7

23.0 3.34 1.209

1g Pen cahaya 13.1 26.2 29.5 18.

013.1 2.92 1.229

1h Monitor 1.6 6.6 29.5 29.5

32.8 3.85 1.014

1i Pembesar suara 1.6 1.6 26.2 36.1

34.4 4.00 0.913

1j Cakera liut 3.3 3.3 27.9 24.6

41.0 3.97 1.064

1k Modem 1.6 16.4 34.4 31.1

16.4 3.44 1.009

1l Unit pemprosesan pusat 1.6 16.4 24.6 41.0

16.4 3.54 1.010

  Purata 3.9 9.2 26.8 30.7

29.4 3.72 1.033

Item Pengetahuan Terhadap Peratusan Skala Likert Min Sisihan Fungsi Perisian Komputer 1 2 3 4 5 Piawai

2a Pangkalan data (seperti MS Access)

16.4 18.0 44.3 21.

3 0.0 2.70 0.989

2b Pemprosesan kata (seperti MS Word) 6.6 3.3 26.2 34.

429.5 3.77 1.116

2c Alat pengarangan Pengajaran Berbantukan Komputer (seperti

24.6 21.3 37.7 11.

5 4.9 2.51 1.135

Authorware, Skala)2d Pemprosesan data (seperti

SPSS)24.6 19.7 41.0 13.

1 1.6 2.48 1.058

2e Grafik dan persembahan (seperti MS Powerpoint)

11.5 11.5 36.1 24.

616.4 3.23 1.202

2f Hamparan elektronik (seperti MS Excel)

13.1 13.1 37.7 27.

9 8.2 3.05 1.132

Page 14: TAHAP LITERASI DAN PENGINTEGRASIAN … · Web view3.5 Kajian Rintis Satu ujian rintis telah dilakukan ke atas 30 orang guru sains yang mengajar Tahap I di sekolah kebangsaan yang

2g Perisian menulis program (seperti Pascal)

32.8 31.1 24.6 11.

5 0.0 2.15 1.014

2h Internet 11.5 19.7 27.9 29.

511.5 3.10 1.193

  Purata 17.6 17.2 34.4 21.

7 9.0 2.87 1.105

  Keseluruhan 10.8 13.2 30.6 26.

219.2 3.38 1.062

Skala Likert: 1= sangat lemah 2= lemah 3= sederhana 4= baik 5= sangat baikKategori Min : Tahap rendah = 0 – 1.66 Tahap sederhana = 1.67 – 3.33

Tahap tinggi = 3.34 – 5.00Jadual 5 : Pengetahuan Terhadap Komputer

Pengetahuan mengenai fungsi pen cahaya pula mencatatkan nilai min yang paling rendah iaitu 2.92. Ini menunjukkan pengetahuan terhadap fungsi pen cahaya adalah lemah di kalangan responden. Ini ditunjukkan dalam Jadual 5 di mana ramai responden berada dalam kategori sangat lemah dan lemah iaitu sebanyak 13.1% dan 26.2%. Sementara itu, 29.5% responden mempunyai pengetahuan yang sederhana sahaja. Ini mungkin disebabkan ia belum digunakan secara meluas dan guru-guru jarang menggunakannya dalam kehidupan harian.

Dari aspek pengetahuan terhadap fungsi perisian komputer pula, pengetahuan terhadap fungsi perisian pemprosesan data (seperti MS Word) telah mencatatkan nilai min yang paling tinggi iaitu 3.77. Ini menunjukkan ramai responden mempunyai pengetahuan yang baik dan sangat baik dalam fungsi perisian pemprosesan kata. Ia masing-masing mencatatkan peratusan sebanyak 34.4% dan 29.5%. Fungsi perisian grafik dan persembahan (seperti MS Powerpoint) mencatatkan nilai min 3.23 dan fungsi perisian hamparan elektronik (seperti MS Excel) mencatatkan nilai min 3.05. Kebanyakan responden mempunyai pengetahuan yang sederhana terhadap perisian grafik dan persembahan iaitu sebanyak 36.1%. Peratusan responden yang mempunyai pengetahuan baik dan sangat baik terhadap perisian grafik dan persembahan juga memberi nilai yang tinggi iaitu 24.6% dan 16.4%. Pengetahuan responden terhadap fungsi perisian hamparan elektronik juga memberi trend yang sama iaitu sebanyak 37.7% responden mempunyai pengetahuan sederhana, 27.9% dan 8.2% responden mempunyai pengetahuan yang baik dan sangat baik terhadap fungsi hamparan elektronik. Fungsi internet juga mencatatkan nilai min yang agak tinggi iaitu 3.10. Ini disebabkan mereka selalu menggunakan perisian-perisian tersebut dalam menjalankan tugas harian mereka di sekolah.

Pengetahuan guru sains tentang fungsi perisian untuk menulis program (seperti Pascal) telah mencatatkan nilai min yang paling rendah iaitu 2.15. Ini menunjukkan responden mempunyai pengetahuan yang paling sedikit terhadap fungsi perisian menulis program. Peratusan responden yang berada dalam kategori sangat lemah dan lemah adalah tinggi iaitu sebanyak 32.8% dan 31.1% responden. Manakala 24.6% responden mempunyai pengetahuan yang sederhana terhadap fungsi perisian menulis program. Ini mungkin disebabkan mereka jarang menggunakan perisian tersebut dan mereka tidak perlu menggunakannya untuk proses P&P.

Page 15: TAHAP LITERASI DAN PENGINTEGRASIAN … · Web view3.5 Kajian Rintis Satu ujian rintis telah dilakukan ke atas 30 orang guru sains yang mengajar Tahap I di sekolah kebangsaan yang

4.2.2 Kemahiran Terhadap Komputer

Dari Jadual 6, didapati faktor kemahiran menyediakan sesi pengajaran dengan menggunakan komputer sebagai ABM (seperti MS Powerpoint) telah mencatatkan nilai min yang paling tinggi iaitu 3.34. Dari aspek menyediakan satu sesi pengajaran dengan menggunakan komputer sebagai ABM, didapati 34.4% responden adalah dalam kategori sederhana mahir. Manakala responden yang mahir dan sangat mahir dalam aspek ini mencatatkan nilai peratusan sebanyak 24.6% dan 18.0%. Ini diikuti dengan kemahiran menggunakan perisian pemprosesan kata dan kemahiran melayari internet untuk mendapatkan maklumat yang masing-masing memberi nilai min 3.30 dan 3.26. Dari jadual, dapat dilihat bahawa kebanyakan responden mempunyai kemahiran yang sederhana dalam menggunakan perisian pemprosesan kata dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat. Masing-masing memberi nilai peratusan sebanyak 37.7% dan 29.5%. Sebanyak 24.6% responden dan 16.4% responden yang mahir dan sangat mahir dalam menggunakan perisian pemprosesan kata. Manakala sebanyak 21.3% responden yang masing-masing menunjukkan mereka mahir dan sangat mahir melayati internet untuk mendapatkan maklumat.

Item Kemahiran Terhadap Komputer

Peratusan Skala Likert Min Sisihan 1 2 3 4 5 Piawai

1 Saya boleh menggunakan persisian 6.6 14.8 37.7 24.6 16.4 3.30 1.116pemprosesan kata

2 Saya mahir menggunakan program grafik seperti photoshop 14.8 34.4 24.6 18.0 8.2 2.70 1.174

3 Saya boleh menggunakan hamparan elektronik (seperti Excel) untuk 6.6 18.0 36.1 24.6 14.8 3.23 1.116

menyediakan senarai nama4 Saya boleh menulis perisian

kursus 18.0 29.5 31.1 21.3 0.0 2.56 1.025

5 Saya dapat menggunakan pangkalan data (seperti Access) untuk 14.8 24.6 39.3 18.0 3.3 2.70 1.038menguruskan maklumat dan data pelajar

6 Saya berkebolehan menggunakan mel elektronik untuk berhubung dengan orang lain

13.1 32.8 26.2 14.8 13.1 2.82 1.231

7 Saya mahir melayari internet untuk mendapatkan maklumat 9.8 18.0 29.5 21.3 21.3 3.26 1.264

8 Saya boleh menyediakan satu sesi pengajaran dengan menggunakan 3.3 19.7 34.4 24.6 18.0 3.34 1.094komputer sebagai ABM (seperti Powerpoint)

9 Saya mahir menggunakan pemprosesan data (seperti SPSS) untuk memproses data

21.3 31.1 29.5 16.4 1.6 2.46 1.058

10 Saya boleh mencipta 'homepage' 27.9 39.3 24.6 3.3 4.9 2.18 1.041

Page 16: TAHAP LITERASI DAN PENGINTEGRASIAN … · Web view3.5 Kajian Rintis Satu ujian rintis telah dilakukan ke atas 30 orang guru sains yang mengajar Tahap I di sekolah kebangsaan yang

11 Saya mahir menggunakan perisian untuk menuis program komputer 34.4 42.6 13.1 9.8 0.0 1.98 0.940

(seperti Pascal)  Keseluruhan 15.5 27.7 29.6 17.9 9.2 2.78 1.099

Skala Likert:1= sangat tidak mahir 2= tidak mahir 3= sederhana 4= mahir 5= sangat mahirKategori Min : Tahap rendah = 0 – 1.66 Tahap sederhana = 1.67 – 3.33

Tahap tinggi = 3.34 – 5.00 Jadual 6 : Kemahiran Terhadap Komputer

Selain itu, kemahiran menggunakan hamparan elektronik telah mencatatkan nilai min 3.23. Sebanyak 36.1% responden yang mempunyai kemahiran yang sederhana dalam menggunakan hamparan elektronik. Peratusan responden yang mahir dan sangat mahir dalam menggunakan hampran elektronik memberi nilai peratusan sebanyak 24.6% dan 14.8%. Ini disebabkan guru-guru sentiasa menggunakan perisian-perisian tersebut dalam menjalankan tugas harian mereka.

Ini disusuli dengan min kemahiran yang paling rendah iaitu kemahiran menggunakan perisian untuk menulis program komputer. Di mana min yang tercatat ialah 1.98. Ini disebabkan terdapat 34.4% dan 42.6% responden yang sangat tidak mahir dan tidak mahir menggunakan perisian untuk menulis program komputer. Hanya 13.1% esponden yang mempunyai kemahiran yang sederhana dalam aspek ini. Ini mungkin disebabkan guru-guru jarang menggunakan perisian ini dan ia tidak diperlukan dalam proses P&P di sekolah. Kemahiran item-item lain dalam bahagian ini tertabur di antara nilai min 1.98 dan 3.23.

Secara keseluruhan, tahap kemahiran komputer adalah di tahap yang sederhana. Min purata keseluruhan mencatatkan nilai 2.78. Ini adalah disebabkan guru-guru hanya menggunakan perisian-perisian tertentu sahaja seperti MS Word, MS Powerpoint, MS Excel dan internet dan ini telah mempengaruhi nilai purata keseluruhan.

4.3 Pengintegrasian Komputer

Dari Jadual 7, didapati hanya seorang responden daripada 61 orang responden yang tidak menggunakan komputer dalam proses pengajaran sains.

N = 61Item Ya % Tidak %

1 60 98.4 1 1.6Jadual 7 : Bilangan responden yang menggunakan komputer dalam pengajaran sains

Daripada 60 orang responden yang menggunakan komputer dalam proses pengajaran sains, 28 orang (46.7%) guru yang hanya menggunakan 1-3 kali dalam seminggu. Manakala seramai 23 orang (38.3%) guru yang menggunakan 4-5 kali dalam seminggu. Hanya 9 orang (15.0%) guru sahaja yang menggunakan lebih

Page 17: TAHAP LITERASI DAN PENGINTEGRASIAN … · Web view3.5 Kajian Rintis Satu ujian rintis telah dilakukan ke atas 30 orang guru sains yang mengajar Tahap I di sekolah kebangsaan yang

daripada 5 kali seminggu dalam proses pengajaran sains. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti bilangan komputer yang tidak mencukupi di sekolah, bilangan komputer dan LCD yang berfungsi tidak mencukupi. Ia mungkin juga disebabkan terdapat beberapa topik pengajaran sains yang tidak sesuai dengan menggunakan komputer seperti proses P&P yang melibatkan eksperimen. Jadual 8 menunjukkan taburan kekerapan responden menggunakan komputer dalam proses pengajaran sains.

N = 60

Item 1-3 kali % 4-5

kali % lebih 5 kali %

2 28 46.7 23 38.3 9 15Jadual 8 : Taburan kekerapan responden menggunakan komputer dalam proses pengajaran sains

Jadual 9 menunjukkan bilangan guru yang mengintegrasikan komputer dalam pengajaran sains bagi setiap peringkat tahun. Didapati tahun 2 dan tahun 3 masing-masing menunjukkan bilangan yang paling tinggi iaitu 17 (28.3%). Manakala penggunaan komputer untuk tahun 1,2 & 3 adalah paling rendah iaitu 1 (1.7%). Walaupun begitu, ia merupakan penggunaan komputer 100.0% kerana hanya seorang guru yang mengajar sains Tahun 1, Tahun 2 dan juga Tahun 3. Ini ditunjukkan dalam Jadual 3.

TahunBilangan guru yang

menggunakan komputer

%

1 14 23.32 17 28.33 17 28.3

1 dan 2 6 10.01 dan 3 2 3.32 dan 3 3 5.0

1,2 dan 3 1 1.7Jumlah 60 100.0

Jadual 9 : Bilangan guru yang mengintegrasikan komputer dalam pengajaran sains

Merujuk kepada Jadual 9 dan Jadual 3, didapati penggunaan komputer dalam proses pengajaran sains untuk semua peringkat tahun adalah amat menggalakkan. Didapati hampir kesemua guru mengintegrasikan komputer dalam proses pengajaran sains untuk setiap peringkat tahun kecuali untuk peringkat Tahun1 dan Tahun 3.

4.4 Kekangan

Jadual 9 menunjukkan kekangan-kekangan yang dihadapi oleh guru sains Tahap I di sekolah kebangsaan di Daerah Sibu. Daripada jadual, didapati 57.4% responden masing-masing menyatakan mereka menghadapi kekangan dalam aspek peruntukan untuk membeli perisian pengajaran dan aspek kepakaran teknikal jika masalah timbul.

Page 18: TAHAP LITERASI DAN PENGINTEGRASIAN … · Web view3.5 Kajian Rintis Satu ujian rintis telah dilakukan ke atas 30 orang guru sains yang mengajar Tahap I di sekolah kebangsaan yang

Selain itu, sebanyak 45.9% dan 44.3% responden yang menghadapi kekangan dari aspek latihan untuk guru dan juga tempat/bilik yang sesuai. Guru-guru sains Tahap I sekolah kebangsaan juga menghadapi kekangan masa untuk membuat persediaan pengajaran iaitu sebanyak 40.9% responden.

Walaubagaimanapun, sebanyak 91.8% responden yang menyatakan mereka mendapat sokongan daripada pihak atasan sekolah dan 83.6% responden yang menyatakan penggunaan komputer dapat menarik minat/perhatian pelajar. Dari aspek kemahuan untuk menggunakan komputer, aspek perisian pengajaran dan aspek kemudahan/peralatan, kebanyakan responden kajian masing-masing menyatakan tidak menghadapi kekangan iaitu sebanyak 77.1%, 75.4% dan 72.2% responden.

Item Kekangan-kekangan yang dihadapi    Ya (%) Tidak (%)

1 Latihan untuk guru 45.9 54.12 Bilangan komputer di sekolah 37.8 62.23 Perisian pengajaran 24.6 75.44 Kemudahan dan peralatan 27.8 72.2

5 Sokongan daripada pihak atasan sekolah 8.2 91.8

6 Tempat/bilik yang sesuai 44.3 55.77 Kemahiran/kepakaran unuk mengendalikannya 31.1 68.9

8 Kemahuan untuk menggunakan komputer 22.9 77.1

9 Peruntukan untuk membeli perisian pengajaran 57.4 42.610 Masa untuk membuat persediaan 40.9 59.111 Kepakaran teknikal jika masalah timbul 57.4 42.612 Menarik minat/perhatian pelajar 16.4 83.6

Ya = Mempunyai kekangan Tidak = Tidak mempunyai kekangan

Jadual 9 : Kekangan-kekangan yang dihadapi oleh guru di sekolah

4.5 Kesimpulan

Kesimpulannya, ramai guru sains Tahap 1 di sekolah kebangsaan mempunyai pengetahuan dan kemahiran terhadap komputer. Ini menunjukkan tahap literasi komputer guru-guru sains Tahap 1 ini adalah memuaskan. Disebabkan itu, pengintegrasian komputer semasa proses pengajaran sains adalah amat menggalakkan. Antara faktor penting yang mendorong guru-guru sains menggunakan komputer ialah sokongan daripada pihak atasan iaitu pihak sekolah. Selain itu, penggunaan komputer semasa pengajaran sains yang menarik minat dan perhatian pelajar juga menyumbangkan kepada penggunaan komputer oleh guru. Ini ditambah pula dengan kemahuan guru-guru sendiri untuk menggunakan komputer. Dengan adanya perisian pengajaran dan kemudahan serta peralatan yang dibekalkan ke sekolah-sekolah menggalakkan lagi penggunaan komputer di kalangan guru sains semasa proses pengajaran sains.

Page 19: TAHAP LITERASI DAN PENGINTEGRASIAN … · Web view3.5 Kajian Rintis Satu ujian rintis telah dilakukan ke atas 30 orang guru sains yang mengajar Tahap I di sekolah kebangsaan yang

BAB 5

PERBINCANGAN

5.0 Rumusan Kajian

Kajian ini dijalankan bagi memperoleh maklumat tentang tahap literasi dan pengintegrasian komputer dalam proses pengajaran sains di kalangan guru sains sekolah kebangsaan di Daerah Sibu, Sarawak. Kajian ini merupakan kajian awal tentang guru-guru sains sekolah kebangsaan di Daerah Sibu dan diharap dapatan kajian ini dapat membantu guru-guru meningkatkan lagi tahap kesedaran mereka terhadap kepentingan komputer dalam pendidikan.

5.1 Perbincangan Hasil Kajian5.1.1 Maklumat Diri Responden

Dapatan kajian menunjukkan bahawa daripada 61 orang responden, 44 orang (72.1%) adalah terdiri daripada kaum perempuan dan 17 orang (27.9%) adalah kaum lelaki. Dari segi pengkhususan aliran pula, 42 orang (67.2%) adalah dari aliran sastera. Hanya 19 orang (31.1%) yang dari pengkhususan aliran sains.

Merujuk kepada pengintegrasian komputer dalam pengajaran sains bagi setiap peringkat tahun pula, didapati hanya seorang guru (1.6%) sahaja yang mengajar ketiga-tiga peringkat tahun iaitu Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3. Seramai 3 orang guru yang masing-masing mengajar peringkat Tahun 1 & Tahun 3 dan peringkat Tahun 2 & Tahun 3. Manakala, kebanyakan responden adalah guru sains yang hanya mengajar satu peringkat tahun sahaja iaitu 14 orang mengajar peringkat Tahun 1, 17 orang yang masing-masing mengajar peringkat Tahun 2 dan peringkat Tahun 3. Ini menunjukkan kebanyakan guru adalah lebih khusus kepada pengajaran sains satu peringkat sahaja.

Dari aspek memiliki komputer sendiri di rumah, didapati ramai yang berada dalam kategori ini, iaitu seramai 52 orang responden. Ini menunjukkan guru-guru sains mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk mengendalikan komputer dalam kehidupan harian mereka.

5.1.2 Literasi Komputer

Literasi komputer dalam bahagian ini dibahagikan kepada 2 komponen iaitu pengetahuan terhadap komputer dan kemahiran terhadap komputer.

5.1.2.1 Pengetahuan Terhadap Komputer

Berhubung dengan aspek pengetahuan guru-guru sains terhadap fungsi perkakasan komputer, ia mencatatkan tahap pengetahuan yang tinggi iaitu min = 3.72. Manakala untuk aspek pengetahuan terhadap fungsi perisian komputer, ia mencatatkan tahap pengetahuan yang sederhana iaitu min = 2.87. Tetapi secara keseluruhannya pula, ia mencatatkan nilai min purata yang tinggi iaitu 3.38 (tahap

Page 20: TAHAP LITERASI DAN PENGINTEGRASIAN … · Web view3.5 Kajian Rintis Satu ujian rintis telah dilakukan ke atas 30 orang guru sains yang mengajar Tahap I di sekolah kebangsaan yang

tinggi). Ini menunjukkan secara keseluruhannya, tahap pengetahuan komputer guru-guru sains sekolah kebangsaan di Daerah Sibu, Sarawak adalah tinggi. Dapatan dari kajian ini telah menunjukkan terdapat peningkatan dari segi tahap pengetahuan komputer jika dibanding dengan kajian yang dijalankan oleh Iding, Crosby dan Speitel pada tahun 2002. Kajian mereka yang bertajuk ‘Teachers and Technology’ ini mendapati 65% responden berada pada tahap sederhana sahaja dari segi pengetahuan terhadap komputer. Manakala, dapatan dari kajian ini mendapati 30.6% responden sahaja yang berada pada tahap sederhana. Kebanyakan responden berada pada tahap pengetahuan baik dan sangat baik iaitu sebanyak 26.2% dan 19.2%.

Selain itu, dapatan kajian ini juga tidak konsisten dengan dapatan kajian daripada Teng & Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (2002) yang bertajuk ‘Persepsi pendidik sekolah terhadap kepemimpinan moral pengetua dalam teknologi pengajaran’. Kajian tersebut melaporkan masih ramai guru yang masih belum bersedia dan belum dilengkapi dengan segala ilmu untuk menyahut cabaran Sekolah Bestari.

Namun, didapati tahap pengetahuan tentang fungsi perkakasan komputer adalah lebih tinggi (min=3.72) daripada tahap pengetahuan tentang fungsi perisian komputer (min=2.87). Ini mungkin disebabkan oleh usaha-usaha yang dijalankan untuk memperkenalkan penggunaan komputer dalam pendidikan lebih kepada perkakasan atau dalam bentuk fizikal sahaja jika dibandingkan dengan penggunaan perisian komputer. Diharap dengan dapatan ini, ia dapat memberi bantuan dalam menggariskan langkah-langkah yang lebih berkesan agar tahap pengetahuan ke atas fungsi perkaksan dan fungsi perisian komputer masing-masing akan dipertingkatkan lagi.

5.1.2.2 Kemahiran Terhadap Komputer

Aspek kemahiran guru-guru sains terhadap penggunaan komputer dalam proses pengajaran secara keseluruhannya menunjukkan bahawa tahap kemahiran mereka masih berada pada tahap yang sederhana iaitu dengan min purata 2.78. Kemahiran menyediakan satu sesi pengajaran dengan menggunakan komputer sebagai ABM (seperti MS Powerpoint) mencatatkan nilai min yang paling tinggi (3.34) manakala kemahiran menggunakan perisian untuk menulis program komputer pula mencatatkan nilai min yang paling rendah (1.98).

Secara keseluruhan, didapati kebanyakan responden (29.6%) berada pada tahap sederhana dalam aspek kemahiran terhadap komputer. Manakala sebanyak 27.7% responden yang masih berada pada tahap tidak mahir terhadap komputer dan 15.5% yang berada pada tahap sangat tidak mahir terhadap komputer.

Tahap kemahiran terhadap komputer yang sederhana ini adalah selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Kannan (2002) di mana 71.1% guru berkemampuan sederhana menguruskan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hasil kajian ini juga telah menunjukkan terdapat peningkatan tahap kemahiran komputer jika dibandingkan dengan kajian yang dijalankan oleh Teng & Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (2000) yang menunjukkan ramai guru yang masih belum bersedia dalam belum dilengkapi dengan segala ilmu yang diperlukan untuk

Page 21: TAHAP LITERASI DAN PENGINTEGRASIAN … · Web view3.5 Kajian Rintis Satu ujian rintis telah dilakukan ke atas 30 orang guru sains yang mengajar Tahap I di sekolah kebangsaan yang

menyahut cabaran sekolah bestari. Kajian tersebut mendapati 29.4% responden dari sekolah biasa yang masih tidak mahir menggunakan komputer.

Secara keseluruhannya, didapati tahap literasi komputer dari aspek pengetahuan terhadap komputer (min=3.38) adalah lebih tinggi daripada aspek kemahiran terhadap komputer (min=2.78). Dapatan kajian ini selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Norizan dan Salleh-Hudin (1997) terhadap guru-guru bahasa. Hasil daripada analisis menunjukkan tahap literasi komputer guru-guru bahasa adalah lebih kepada pengetahuan mereka terhadap komputer dan bukan kebolehan mereka menggunakan komputer.5.1.3 Pengintegrasian Komputer

Dalam bahagian ini, 98.4% (60 orang) guru sains yang mengintegrasikan komputer dalam pengajaran mereka. Kebanyakan daripada mereka (46.7%) menggunakan komputer dalam pengajaran sains sebanyak 1-3 kali dalam seminggu dan 38.3% (23 orang) yang menggunakan sebanyak 4-5 kali seminggu.

Berdasarkan kepada bilangan guru menggunakan komputer bagi setiap peringkat tahun (Jadual 9) dan bilangan guru sains untuk setiap peringkat tahun (Jadual 3), didapati tahap pengintegrasian komputer dalam pengajaran sains adalah sangat tinggi. Hanya seorang guru (1.6%) yang mengajar sains peringkat Tahun 1 & Tahun 3 yang tidak menggunakan komputer. Dapatan ini memberi satu gambaran yang jelas mengenai peratusan yang tinggi jika dibanding dengan kajian yang dijalankan oleh Nor Aziah (1999) yang mendapati penggunaan komputer masih di tahap yang rendah di lima buah sekolah di Daerah Hulu Langat.

Ini menunjukkan guru-guru sains sekolah kebangsaan mengetahui kepentingan dan kelebihan menggunakan komputer dalam proses pengajaran mereka. Ini selaras dengan kajian Foo & Chan (2000), Donley (2002) dan Taylor (2002) yang masing-masing menyatakan kepentingan komputer dalam pendidikan.

5.1.4 Kekangan

Daripada dapatan kajian ini, didapati tiada banyak kekangan yang dihadapi oleh guru-guru sains dalam menggunakan komputer dalam proses pengajaran mereka di sekolah. Kekangan-kekangan yang dihadapi hanyalah dari dua aspek iaitu aspek peruntukan untuk membeli perisian pengajaran dan aspek kepakaran teknikal jika timbul masalah.

Ini menunjukkan bahawa terdapat satu peningkatan yang positif di kalangan guru-guru sains dan pihak sekolah dari segi melaksanakan pengajaran dengan menggunakan komputer. Sokongan dari pihak pengurusan sekolah dan maklum balas daripada murid-murid yang positif memberikan semangat dan motivasi kepada guru-guru untuk mengintegrasikan komputer dalam pengajaran mereka. Selain itu, kemahuan guru-guru sains sendiri untuk menggunakan komputer juga adalah tinggi. Ditambahkan lagi dengan adanya perisian pengajaran dan kemudahan serta peralatan yang mencukupi di sekolah-sekolah.

Page 22: TAHAP LITERASI DAN PENGINTEGRASIAN … · Web view3.5 Kajian Rintis Satu ujian rintis telah dilakukan ke atas 30 orang guru sains yang mengajar Tahap I di sekolah kebangsaan yang

5.2 Implikasi Kajian dan Cadangan

Kajian ini dapat memberi beberapa implikasi sama ada secara langsung atau tidak langsung di mana ia memberi kebaikan kepada guru-guru, murid-murid, pihak sekolah, JPN dan seterusnya KPM dalam melahirkan guru-guru sains yang mahir dalam penggunaan dan pengintegrasian komputer dalam proses pengajaran. Ini adalah kerana guru merupakan orang yang amat penting untuk membolehkan suatu penyebaran inovasi berlaku. Tanpa guru, penyebaran inovasi mungkin akan tersekat kerana gurulah yang akan mengaplikasikannya semasa proses pengajaran dijalankan.

Walaupun dapatan dari kajian ini menunjukkan tahap pengetahuan komputer yang tinggi, tetapi langkah-langkah perlu diambil untuk menghasilkan guru-guru yang benar-benar berpengetahuan tinggi dalam aspek perkakasan dan perisian komputer.

Analisis dapatan menunjukkan terdapatnya kekangan-kekangan dalam penggunaan komputer semasa proses pengajaran sains. Antara kekangan yang dapat dikenalpasti ialah aspek peruntukan yang tinggi untuk membeli perisian pengajaran dan aspek ketiadaan kepakaran teknikal berkaitan komputer. Oleh itu, usaha-usaha untuk mengatasi kekangan-kekangan ini adalah perlu terutamanya yang berkaitan dengan kewangan dan peruntukan untuk pembelian perisian pengajaran yang berkualiti. Dari aspek kepakaran teknikal pula, bengkel-bengkel yang dapat mempertingkatkan kepakaran dan kemahiran teknikal guru-guru sains berkaitan dengan komputer perlu diadakan dan diteruskan.

5.3 Cadangan Kajian Lanjutan

Sampel dalam kajian ini hanya terbatas kepada guru-guru sains di Tahap I sahaja. Kajian lanjutan boleh dijalankan ke atas guru-guru sains Tahap I dan juga Tahap II serta di lokasi yang berlainan.

Skop kajian juga boleh dikembangkan lagi ke atas guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang lain seperti Matematik dan Bahasa Inggeris. Selain itu, kajian juga boleh dijalankan untuk meninjau penguasaan penggunaan komputer guru-guru permulaan dalam proses P&P.

Penambahan kepada pembolehubah-pembolehubah kajian seperti penguasaan penggunaan Bahasa Inggers dalam proses P&P dan sikap guru terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran juga boleh dilakukan. Aspek bandingan boleh dilakukan ke atas pembolehubah-pembolehubah tersebut dengan menggunakan ujian-ujian seperti Ujian-T, ANOVA dan regresi. Ini bertujuan untuk mengkaji hubungan-hubungan yang wujud di antara pembolehubah-pembolehubah ini.

Page 23: TAHAP LITERASI DAN PENGINTEGRASIAN … · Web view3.5 Kajian Rintis Satu ujian rintis telah dilakukan ke atas 30 orang guru sains yang mengajar Tahap I di sekolah kebangsaan yang

RUJUKAN

Cuthell, L. M. (1998). Technology in Educational. Journal of Instructional Media. 155: 195-200.

Donley, J. (2002). Teacher, technology and training, closing the achievement gap: plausible solutions, multiple dimensions. International Journal of Instructional Media. Vol. 29(2).

Foo, Say Fooi. & Chan, Yuen Sook. (2000). Kesedaran dan kesanggupan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengurusan pendidikan di Malaysia. International Conference Proceeding ‘Education and ICT in the New Millennium’ Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia: Serdang, 27-28 October 2000.

Hanaffin, J. L. & Savenye, S. (1993). Fundamentals of Computer Education. CA : Wordsworth Publishing.

Hurwitz, C.L. & Abegg, G. (1999). A teacher’s perspective on technology in the classroom: computer visualization, concept maps and learning logs. Journal of Education. Vol. 181(2).

Kannan, S. (2002). Kajian kemampuan mengurus integrasi komputer di kalangan guru-guru Sekolah Bestari. Jurnal Pengurusan dan Kepemimpinan Pendidikan, 2(2).

Luerhmann, A. (1982). Computer Illiteracy-a Critical Crisis and a Solution for it. Dalam D. O. Harper dan J. H. Stewards (eds.). Run: Computer Education. Menterey, c. a. : Brooks/Cole Pub. Co. P. 29-321.

Mohd. Majid Konting. (2000). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Naisbitt, J. (1984). Megatrends. New Jersey. Warna Books Inc.

Nor Aziah bt Ahmad, (1999). Penggunaan komputer di kalangan guru-guru sains di Daerah Hulu Langat: satu kajian status. Projek Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan. Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Nor Azilah dan Zarina (1997). Projek Percubaan Pengenalan Kepada Komputer. Berita Matematik, April : 5-11.

Norizan Abdul Razak & Salleh-Huddin bin Abdul Rashid. (1997). CALL in Malaysia secondary schools: a survey on the teachers’ and schools’ readiness. Laporan Akhir Penyelidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. V1/95.

Rosnani Jusoh. (2000). Persepsi guru-guru sekolah menengah terhadap penggunaan komputer dalam pendidikan. International Conference Proceeding ‘Education

Page 24: TAHAP LITERASI DAN PENGINTEGRASIAN … · Web view3.5 Kajian Rintis Satu ujian rintis telah dilakukan ke atas 30 orang guru sains yang mengajar Tahap I di sekolah kebangsaan yang

and ICT in the New Millennium’ Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia: Serdang, 27-28 October 2000.

Sarawak Tribune. (2005). 800 schools to be wireless by year-end. 13 Jan. 2005.

Taylor, G. (2002). The information age school: practical reality or theoretical rhetoric? Education Today, Vol. 52(2).

Teng, Lung Kiu & Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. (2000). Persepsi pendidik sekolah terhadap kepemimpinan moral pengetua dalam teknologi pengajaran. International Conference Proceeding ‘Education and ICT in the New Millennium’ Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia: Serdang, 27-28 October 2000.

Zuraida Ismail & Munirah Ghazali. (1997). Teknologi dalam pengajaran sains dan matematik di sekolah menengah – penggunaan ‘spreadsheet’ sebagai contoh. Jurnal Pengurusan Pendidikan, 6.