tahap kemahiran penggunaan komputer di … · pengintegrasian dengan keseluruhan aspek kehidupan di...

17
TAHAP KEMAHIRAN PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR TAHUN SATU, JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. ISMAIL ALI BIN ABDUL AZIZ UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vanbao

Post on 17-Mar-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP KEMAHIRAN PENGGUNAAN KOMPUTER DI … · pengintegrasian dengan keseluruhan aspek kehidupan di ... dalam salah satu kegunaan komputer ... komputer dan internet. Justeru itu setiap

TAHAP KEMAHIRAN PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN

PELAJAR TAHUN SATU, JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN

VOKASIONAL, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI

MALAYSIA.

ISMAIL ALI BIN ABDUL AZIZ

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TAHAP KEMAHIRAN PENGGUNAAN KOMPUTER DI … · pengintegrasian dengan keseluruhan aspek kehidupan di ... dalam salah satu kegunaan komputer ... komputer dan internet. Justeru itu setiap
Page 3: TAHAP KEMAHIRAN PENGGUNAAN KOMPUTER DI … · pengintegrasian dengan keseluruhan aspek kehidupan di ... dalam salah satu kegunaan komputer ... komputer dan internet. Justeru itu setiap
Page 4: TAHAP KEMAHIRAN PENGGUNAAN KOMPUTER DI … · pengintegrasian dengan keseluruhan aspek kehidupan di ... dalam salah satu kegunaan komputer ... komputer dan internet. Justeru itu setiap

TAHAP KEMAHIRAN PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN

PELAJAR TAHUN SATU, JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN

VOKASIONAL, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI

MALAYSIA.

ISMAIL ALI BIN ABDUL AZIZ

Tesis ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Mekanikal )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Oktober 2004

Page 5: TAHAP KEMAHIRAN PENGGUNAAN KOMPUTER DI … · pengintegrasian dengan keseluruhan aspek kehidupan di ... dalam salah satu kegunaan komputer ... komputer dan internet. Justeru itu setiap
Page 6: TAHAP KEMAHIRAN PENGGUNAAN KOMPUTER DI … · pengintegrasian dengan keseluruhan aspek kehidupan di ... dalam salah satu kegunaan komputer ... komputer dan internet. Justeru itu setiap

III

Untuk Ayahanda dan Bonda tercinta......

Tn Hj Abdul Aziz Bin Hj Che Ismail,

Pn Hjh Halijah Binti Hj Abdul Rahim

Serta insan teristimewa,

Norshafrinawati Binti Hariri

Page 7: TAHAP KEMAHIRAN PENGGUNAAN KOMPUTER DI … · pengintegrasian dengan keseluruhan aspek kehidupan di ... dalam salah satu kegunaan komputer ... komputer dan internet. Justeru itu setiap

IV

PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Allah S. W. T kerana dengan limpah, rahmat dan

keizinannya maka dapat saya menyiapkan laporan kajian ini.

Di sini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima

kasih kepada En. Johari Bin Hassan, selaku penyelia yang telah banyak

mengorbankan masa untuk membimbing, memberi nasihat, tunjuk ajar dan galakan

kepada saya sehingga projek ini dapat disiapkan.

Ucapan terima kasih juga ingin saya tujukan kepada para pelajar tahun satu

Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, UTM kerana

sumbangan, kerjasama dan sudi terlibat secara langsung dalam kajian ini.

Kepada rakan-rakan seperjuangan, terutamanya Rosmadinor Bin Mohamad

saya ucapkan ribuan terima kasih di atas pertolongan dan sumbangan yang diberikan

sepanjang saya menyiapkan kajian ini.

Seterusnya kepada ahli keluarga terutamanya Ayahanda dan Bonda, Tn Hj

Abdul Aziz Bin Hj Che Ismail dan Pn Hjh Halijah Binti Hj Abdul Rahim, adik-adik

yang disayangi, Mohd Wafi Ali, Mohd Taufiq Ali, Abdul Hakim Ali, Siti Amirah

dan Siti Syahirah yang banyak memberi galakan dan sokongan.

Akhir sekali jutaan ucapan terima kasih saya kepada semua yang terlibat

dalam kajian ini tidak kira mereka terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.

Sekian, wassalam.

Page 8: TAHAP KEMAHIRAN PENGGUNAAN KOMPUTER DI … · pengintegrasian dengan keseluruhan aspek kehidupan di ... dalam salah satu kegunaan komputer ... komputer dan internet. Justeru itu setiap

V

ABSTRAK

Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ), sentiasa mengikut perkembangan

arus Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ) negara. Dengan adanya projek Kampus Siber yang telah dilancarkan pada Jun 1997, telah membuktikan pihak UTM juga serius dalam mengharungi zaman serba canggih ini. Penyelidik telah menjalankan satu kajian mengenai tahap kemahiran penggunaan komputer di kalangan pelajar Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kemahiran penggunaan perisian komputer, mengenal pasti tahap kemahiran penggunaan perkakasan komputer, perisian yang sering digunakan, sikap pelajar terhadap penggunaan komputer serta kekangan yang dihadapi dalam penggunaan komputer untuk tujuan pembelajaran. Populasi kajian ini adalah para pelajar tahun satu Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Daripada keseluruhan populasi, seramai 102 orang atau 73 peratus diambil sebagai sampel bagi kajian ini. Pemilihan sampel adalah secara rawak mudah. Data diperoleh menggunakan kaedah ‘Drop and Collect’. Perisian SPSS (versi 11.0) digunakan untuk menganalisis data bagi mendapatkan nilai frekuensi dan peratusan. Hasil kajian ini menunjukkan tahap kemahiran penggunaan perisian komputer oleh para pelajar adalah berada pada tahap sederhana. Bagaimanapun bagi tahap kemahiran penggunaan perkakasan komputer, masih lagi berada pada tahap yang rendah. Perisian-perisian asas atau perisian yang sedia ada di dalam sesebuah komputer merupakan perisian yang sering digunakan. Para pelajar didapati mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan komputer untuk tujuan pembelajaran. Masalah utama yang dihadapi oleh pelajar adalah kekurangan komputer dan masalah kerosakan komputer di makmal komputer fakulti.

Page 9: TAHAP KEMAHIRAN PENGGUNAAN KOMPUTER DI … · pengintegrasian dengan keseluruhan aspek kehidupan di ... dalam salah satu kegunaan komputer ... komputer dan internet. Justeru itu setiap

VI

ABSTRACT

In this tremendous development of Information and Communication Technology ( ICT ) in our country, University Technology Malaysia ( UTM ) has always contributes into the growth. The ‘Cyber Campus’ project launched on June 1997, has proven that UTM views this new upcoming era of technology seriously. This research was conducted to determine the level of computer usage skills among the first year student of Department of Technical and Vocational Education ( PTV ), Faculty of Education in University Technology Malaysia. The objectives of this research were to determine the computer software usage skills, to determine the computer hardware usage skills, common software used, students attitude towards computer usage and obstacles faced in using computer for education. The population for this research were the first year student of Department of Technical and Vocational Education ( PTV ), Faculty of Education in University Technology Malaysia. However, only 73 percent or 102 were selected to be the research’s sample. The samples were chosen randomly and data was collected using ‘Drop and Collect’ method. ‘Statistical Packages For Social Science’ ( SPSS ) software has been used for data analysis and presented in the form of frequencies and percentages. The findings of the research showed that the level of computer software usage skills was in the average level. However, the students were still in the low level in computer hardware using skills. As for the software usage it was still bounded to the basic software installed in the computer. Nevertheless the students showed positive attitude towards computer usage for education purposes. The major problems faced were the lack of computers and computers faulty at faculty’s computer laboratories.

Page 10: TAHAP KEMAHIRAN PENGGUNAAN KOMPUTER DI … · pengintegrasian dengan keseluruhan aspek kehidupan di ... dalam salah satu kegunaan komputer ... komputer dan internet. Justeru itu setiap

VII

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

Pengesahan Status Tesis

Pengesahan Penyelia

Judul

Pengakuan

Dedikasi

Penghargaan

Abstrak

Abstract

Isi Kandungan

I

II

III

IV

V

VI

VII

BAB I PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

1.1 Latar Belakang Masalah

1.2 Pernyataan Masalah

1.3 Objektif Kajian

1.4 Persoalan Kajian

1

3

5

7

7

Page 11: TAHAP KEMAHIRAN PENGGUNAAN KOMPUTER DI … · pengintegrasian dengan keseluruhan aspek kehidupan di ... dalam salah satu kegunaan komputer ... komputer dan internet. Justeru itu setiap

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Perubahan yang pantas dan di luar jangkaan dalam pelbagai bidang seperti

ekonomi, sosio, politik dan teknologi menjanjikan masa depan yang tidak menentu

dan penuh cabaran. Perkembangan ini menuntut kebijaksanaan seluruh barisan dan

angkatan pendidikan melakukan muhasabah terhadap pegangan dan amalan

pendidikan selama ini dan menyediakan generasi hari muka. Kritikan tajam sering

dilontarkan terhadap pelaksanaan pendidikan yang ada lantaran harapan yang begitu

tinggi terhadapnya. Itulah antara pesanan utama yang ingin disampaikan oleh Y.Bhg

Tan Sri Datuk Dr.Wan Mohd Zahid bin Mohd Nordin, Ketua Pengarah Pendidikan

Malaysia pada tahun 1994 dalam ‘Wawasan Pendidikan: Agenda Pengisian’ ( Mohd

Zahid, 1994 ).

Ketika menjawat jawatan menteri pendidikan dalam tahun 1996, Datuk Sri

Najib bin Tun Razak ada menyatakan, sekolah-sekolah di masa akan datang akan

dilengkapi dengan program pusat sumber elektronik yang di hubungkan dengan

internet bagi membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar. ( Mingguan

Malaysia, 28 Januari 1996 ). Kata-kata Datuk Sri Najib berjaya dibuktikan dengan

wujudnya satu konsep baru bagi bidang pendidikan iaitu sekolah bestari. Sekolah

Page 12: TAHAP KEMAHIRAN PENGGUNAAN KOMPUTER DI … · pengintegrasian dengan keseluruhan aspek kehidupan di ... dalam salah satu kegunaan komputer ... komputer dan internet. Justeru itu setiap

2

bestari yang diwujudkan masih lagi berada dalam peringkat pertengahan dan sedang

mengalami proses pembaikan. Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan komputer

dan perisian aplikasi sekolah bestari yang merangkumi bahan pengajaran dan

perisian pengurusan sekolah.

Kewujudan sekolah bestari sebenarnya adalah merupakan salah satu cabang

di dalam projek mega negara iaitu Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super

Corridor atau MSC ). Menurut Abu Bakar dan Siti Fatimah (1999), MSC berfungsi

sebagai tapak pemupukan penyelidikan dan pembangunan perisian-perisian baru

untuk salah satu daripada komponen asas industri teknologi maklumat. Perisian-

perisian yang berteraskan multimedia, iaitu persembahan data yang mengandingkan

teks, suara dan gambar dijangka menjadi komponen asas pelbagai bidang seperti

pendidikan, kesihatan, perniagaan pengilangan pengurusan kesenian dan banyak lagi.

Selaku seorang mahasiswa universiti, adalah wajar untuk para pelajar

menyiapkan diri mereka dalam menghadapi zaman yang serba canggih dan pantas

ini. Menurut Datuk Dr. Ahmad Zaharudin di dalam ucapan beliau ketika perasmian

Kampu Siber dalam tahun 1997, adalah perlu untuk mewujudkan satu program

menyeluruh yang bukan sahaja akan menyediakan infrastruktur dan penggunaan

Teknologi Maklumat ( IT ) terkini dalam proses pembelajaran tetapi perlu meliputi

pengintegrasian dengan keseluruhan aspek kehidupan di asrama dan pekerjaan di

universiti. Dengan adanya program sedemikian sewajarnya dijadikan batu loncatan

oleh para pelajar untuk meningkatkan kemahiran dan keupayaan diri agar seiring

dengan pembangunan dan kemajuan negara.

Para pelajar perlu sedar bahawa perkembangan pendidikan bergantung pada

teknologi maklumat khususnya penggunaan komputer dan internet. Antara

penggunaannya ialah mendapatkan fakta-fakta bahan kursus, membuat perbincangan

dengan pensyarah, menyertai forum, membentangkan kertas kerja dan menyebarkan

maklumat. Komputer adalah merupakan satu teknologi terkini dan ia sering

digunakan dalam pelbagai situasi pendidikan. Perkembangan perkakasan komputer

telah memberi peluang membentuk satu pengajaran yang dapat mengintegrasikan

teks, bunyi, grafik, animasi, dan video bagi merangsang pembelajaran. ( Iskandar

Abdul Rashid & Zaitun Ismail, 2001)

Page 13: TAHAP KEMAHIRAN PENGGUNAAN KOMPUTER DI … · pengintegrasian dengan keseluruhan aspek kehidupan di ... dalam salah satu kegunaan komputer ... komputer dan internet. Justeru itu setiap

3

1.1 Latar belakang masalah

Dunia kini sebenarnya sedang mengalami revolusi ketiga iaitu Revolusi

Maklumat. Berdasarkan ucapan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir

bin Mohamad pada Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Teknologi Maklumat,

beliau menyatakan revolusi ini sedang mempercepatkan lagi proses globalisasi,

mencorakkan semula ekonomi kita dan mempengaruhi cara hidup kita dan cara kita

bekerja ( Ismail Zaim, 2002 ). Ini menunjukkan bahawa perlunya sesebuah negara

mencari alternatif atau kaedah terbaik agar tidak ketinggalan dari negara-negara

serantau.

Semenjak Internet pertama kali terbuka penggunaannya untuk kegunaan

komersial di Malaysia iaitu sekitar tahun 1990, penggunaan komputer menjadi

semakin hangat dan seolah-olah menjadi keperluan asas bagi sesebuah isi rumah.

Menurut Harun Arrasyid (2001), kemunculan teknologi maklumat berserta dengan

internet ini juga telah banyak merubah cara hidup manusia. Penggunaannya kini

tidak dapat dielak oleh mana-mana organisasi sekalipun. Komputer sebenarnya tidak

hanya tertumpu pada tujuan pengkeranian sahaja, malah ianya kini telah menjadi satu

alatan penting dalam mengurus kehidupan seharian. Ditambah pula dengan

wujudnya kemudahan internet, peranan komputer menjadi semakin hebat.

Penggunaan komputer dan internet amat meluas tidak kira sama ada untuk tujuan

berkongsi maklumat, menyampaikan berita, berhubung menggunakan mel-

elektronik, perniagaan seperti e-dagang, sidang video dan sebagainya. Bidang

pendidikan juga termasuk dalam salah satu kegunaan komputer dan internet.

Komputer dan internet menjadi agenda hangat apabila segala kemudahan

yang dimiliki oleh komputer dan internet dapat di kesan. Komputer merupakan

sebuah alat yang boleh memindahkan, memproses dan memanipulasi maklumat

secara serentak tetapi tidak dapat memahami data dan mengikut segala arahan.

Ledakan maklumat yang terdapat pada internet pula menjadikan internet sebagai

gedung ilmu tanpa sempadan.

Page 14: TAHAP KEMAHIRAN PENGGUNAAN KOMPUTER DI … · pengintegrasian dengan keseluruhan aspek kehidupan di ... dalam salah satu kegunaan komputer ... komputer dan internet. Justeru itu setiap

4

Pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menyediakan 1500 buah

rangkaian komputer dan internet kepada setiap pensyarahnya. Rangkaian komputer

dan internet yang disediakan berkeupayaan menghubungkan semua bilik pensyarah,

bilik kuliah, dewan kuliah, makmal komputer dan pejabat fakulti. Teknologi yang

menghubungkan rangkaian antara bangunan menggunakan teknologi ‘switched

ethernet berkelajuan 10 Mbps. Pihak UTM juga telah menyediakan 1000 buah

rangkaian komputer dan internet untuk kegunaan pelajar. Seramai 7200 orang pelajar

kampus skudai yang sering menggunakan jaringan komputer dan internet. Justeru itu

setiap kolej dimuatkan dengan 350 buah komputer manakala sebanyak 105 komputer

dan jaringan bagi kolej luar. ( Sabri Ahmad, 2001 ).

Bagi para pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, terdapat

pelbagai mata pelajaran yang mempunyai hubung kait secara langsung dengan

penggunaan komputer. Antaranya termasuklah Literasi Komputer, Teknologi

Maklumat dalam Pendidikan, Multimedia dalam Pendidikan, Teknologi Pendidikan,

dan Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer. Semua mata pelajaran ini bakal

melatih dan membimbing pelajar ke arah penggunaan komputer selain menuntut

seseorang pelajar untuk memiliki kemahiran dalam penggunaannya.

Berdasarkan pemerhatian, hampir kesemua bilik kuliah memiliki Over Head

Projektor ( OHP ) yang digunakan pensyarah untuk tujuan pengajaran dan

pembelajaran. Malahan di Fakulti Pendidikan, terdapat banyak bilik kuliah yang

mempunyai kemudahan ‘LCD’ projektor. Terdapat juga sebuah bilik kuliah yang

dinamakan ‘Smart Classroom’ di fakulti ini yang menyediakan kemudahan LCD

projektor dan ruang bilik kuliah yang amat selesa untuk kegunaan para pensyarah

dan pelajar. Fakulti ini juga memiliki dua buah makmal komputer yang dijadikan

sebagai tempat utama bagi para pelajar untuk mempelajari subjek komputer seperti

Literasi Komputer dan Lukisan Kejuruteraan Berbantukan Komputer ( AutoCAD ).

Manakala bagi kemudahan para pelajar untuk menaip tugasan atau melayari internet,

terdapat sebuah makmal multimedia yang menyediakan perkhidmatan tersebut

kepada para pelajar.

Pada bulan Jun 1997, pihak UTM telah melancarkan satu projek iaitu

‘Kampus Siber’ yang telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan waktu itu iaitu Dato’

Page 15: TAHAP KEMAHIRAN PENGGUNAAN KOMPUTER DI … · pengintegrasian dengan keseluruhan aspek kehidupan di ... dalam salah satu kegunaan komputer ... komputer dan internet. Justeru itu setiap

5

Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak (Buku Cenderamata Majlis Perasmian dan

Pelancaran Kampus Siber. 1997). Berdasarkan matlamat projek tersebut, UTM bakal

menjadi sebuah kampus yang dilengkapi dengan rangkaian maklumat antara yang

terbaik di negara ini menjelang tahun 2005. Antara agenda yang terdapat dalam

projek ini yang telah berjaya dilaksanakan termasuklah para pelajar dapat mendaftar,

menyemak atau menggugurkan mata pelajaran secara talian terus (online). Pelajar

juga dapat melakukan rujukan di perpustakaan elektronik atau sumber on-line lain,

dapat menyemak perkembangan akademik semasa, menggunakan e-mail, melayari

internet dan sebagainya.

Dengan adanya segala kemudahan ini, para pelajar diharap dapat

menggunakannya dengan maksimum dan sebaik mungkin. Dalam mengharungi

dunia sebagai seorang mahasiswa, para pelajar sebenarnya bakal berhadapan dengan

pelbagai tugasan yang perlu dihantar dalam bentuk cetakan komputer (hardcopy)

mahupun di dalam disket (softcopy). Hampir setiap mata pelajaran mempunyai

tugasan yang tersendiri tidak kira sama ada dalam bentuk penulisan tugasan,

penulisan laporan, analisis data, surat-menyurat, persembahan menggunakan

komputer, pembentangan kertas kerja dan sebagainya.

1.2 Pernyataan Masalah

Peranan komputer dan internet telah menjadi terlalu penting. Terlalu banyak

manfaat yang boleh diperoleh dengan adanya media tersebut. Penggunaan komputer

dapat mempelbagaikan kaedah mengajar bagi seseorang guru. Menurut Okey (1985),

yang dipetik daripada kajian Mat Sopi ( 2003 ), beliau berpendapat, keadaan ini

berbeza dengan kaedah pembelajaran yang statik dan bahan pembelajaran yang tidak

mencukupi dan tidak menarik menyebabkan pelajar hilang minat untuk belajar. Para

pelajar disuakan dengan gedung ilmu yang tiada sempadan atau batasan tertentu.

Page 16: TAHAP KEMAHIRAN PENGGUNAAN KOMPUTER DI … · pengintegrasian dengan keseluruhan aspek kehidupan di ... dalam salah satu kegunaan komputer ... komputer dan internet. Justeru itu setiap

6

Di UTM, segala kemahiran penggunaan komputer dan internet boleh

dianggap satu keperluan bagi seseorang pelajar. Pelajar akan disogokkan dengan

pelbagai tugasan yang pastinya memerlukan kemahiran penggunaan komputer yang

baik, tidak kira dalam penulisan tugasan mahupun untuk tujuan pencarian maklumat.

Apatah lagi, dengan adanya sistem ‘online’ yang diamalkan oleh pihak universiti

tidak kira sama ada berurusan di pejabat akademik mahupun di Perpustakaan

Sultanah Zanariah pastinya menuntut kemahiran penggunaan komputer dan internet

di kalangan pelajar-pelajar mereka.

Para pelajar yang memasuki UTM sewajarnya telah pun memiliki sekurang-

kurangnya sedikit pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan komputer. Ini juga

merupakan tanggapan universiti terhadap pelajar yang memasuki universiti ini. Pada

tanggapan pihak universiti, mereka telah pun mempelajari tentang asas penggunaan

komputer tidak kira sama ada di pusat matrikulasi mahupun di pusat pengajian yang

sebelumnya.

Kajian ini dibuat bertujuan untuk melihat adakah benar tanggapan pihak

universiti tentang tahap kemahiran pelajar-pelajar ini. Penyelidik berpendapat adalah

penting untuk memastikan tahap kemahiran mereka adalah sesuai dengan kaedah

pengajaran dan cara hidup alam universiti agar para pelajar ini dapat meneruskan

pelajaran mereka dengan baik.

Berdasarkan pemerhatian dan pengamatan secara rambang, penyelidik

mendapati masih ramai di kalangan para pelajar tahun satu yang gagal

mengendalikan komputer dengan baik. Ada di kalangan mereka yang memerlukan

bimbingan serius untuk menggunakan komputer dalam menyiapkan tugasan.

Oleh yang demikian, persoalan yang cuba dibangkitkan oleh penyelidik

adalah tentang tahap kemahiran penggunaan komputer di kalangan pelajar tahun satu

dalam menghadapi dunia pembelajaran berkomputer di Universiti Teknologi

Malaysia.

Page 17: TAHAP KEMAHIRAN PENGGUNAAN KOMPUTER DI … · pengintegrasian dengan keseluruhan aspek kehidupan di ... dalam salah satu kegunaan komputer ... komputer dan internet. Justeru itu setiap

7

1.3 Objektif kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah berdasarkan beberapa objektif yang

tertentu, antaranya adalah

- Mengenal pasti tahap kemahiran pelajar dalam penggunaan perisian

komputer

- Mengenal pasti tahap kemahiran pelajar dalam penggunaan perkakasan

komputer

- Mengenal pasti jenis perisian yang sering digunakan pelajar

- Mengetahui sikap pelajar terhadap penggunaan komputer

- Mengenal pasti bentuk-bentuk kekangan dalam penggunaan komputer

1.4 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif yang telah dikemukakan terdahulu, beberapa persoalan

kajian wujud bagi memastikan objektif kajian dapat dicapai dengan jayanya.

- Setakat manakah tahap kemahiran pelajar dalam penggunaan perisian

komputer?

- Setakat manakah tahap kemahiran pelajar dalam penggunaan perkakasan

komputer?

- Apakah perisian yang sering digunakan oleh pelajar ?

- Bagaimanakah sikap pelajar terhadap penggunaan komputer untuk tujuan

pembelajaran ?

- Apakah bentuk-bentuk kekangan dalam penggunaan komputer di

kalangan pelajar?