5.panduan pengguna untuk sekolah rintis kidt 2014

35
Kementerian Pendidikan Malaysia KURSUS i-THINK DALAM TALIAN Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) Program i-THINK (Panduan Ringkas) 2014

Upload: candylee1860

Post on 20-Nov-2015

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rintis

TRANSCRIPT

WTO Proposal i-THINKKomputer Peribadi– Meja atau Riba
Sistem Operasi – Windows XP / Mac OS X (10.6) atau ke atas
CPU & Memori – 1.5 GHz dan 1 GB RAM
Pelayar Web – IE 7.0, Chrome 20.0, Firefox 14.0 & Safari 6.0
Sambungan Internet – Sekurang-kurangnya 512 kbps
Flash – Sekurang-kurangnya versi 9
Kementerian Pendidikan Malaysia
*
Sila ikut langkah-langkah di bawah untuk log masuk ke MPK
Lancarkan pelayar web (Internet Explorer, Chrome, Firefox or Safari)
Pergi ke laman www.ithinkonline.org.my
Masukkan <Alamat emel> atau kad pengenalan anda
Masukkan <Kata laluan> ithink123
Klik butang <Log masuk>
*
Setelah anda log masuk ke MPK untuk kali pertama, sila ikut langkah-langkah di bawah untuk memasukkan kata laluan baru untuk akaun anda
Klik pautan nama anda di palang navigasi. Anda akan dapat lihat laman Profil.
Klik pautan <Edit> yang terletak di bahagian atas dan kanan laman.
Masukkan kata laluan, ithink123, ke dalam kotak <Kata Laluan Semasa>
Masukkan kata laluan baru anda ke dalam kotak <Kata Laluan>. Masukkan kata laluan baru anda sekali lagi ke dalam kotak <Pengesahan Kata Laluan>
Klik butang <Simpan>
Kementerian Pendidikan Malaysia
*
Sekiranya anda terlupa kata laluan anda, sila ikut langkah-langkah di bawah
Pergi ke laman www.ithinkonline.org.my
Masukkan <Alamat emel> dan klik butang <Emel kata laluan baru>
Anda akan terima emel yang mengandungi pautan log masuk satu kali. Klik pautan dan anda akan dibawa ke laman profil anda.
Masukkan kata laluan baru anda <Kata Laluan>
Masukkan kata laluan anda <Pengesahan kata laluan>
Klik butang <Simpan> button
*
Laman Profil anda memaparkan rumusan tentang anda dan status pembelajaran anda di MPK. Anda boleh edit maklumat di Profil dengan langkah-langkah di bawah
Klik pautan nama anda di palang navigasi
Klik pautan <Edit> yang terletak di bahagian atas dan kanan laman
Periksa / edit no. KP anda. Muat naikkan gambar anda (saiz fail kurang 1 MB)
Ubah maklumat peribadi anda [tab <Maklumat Peribadi>] seperti Nama Penuh, Nombor telefon bimbit, Jantina & Tarikh lahir. Atau maklumat sekolah [tab <Sekolah>] seperti Subjek, Sekolah, Negeri, Tahap atau Gred.
Pilih bahasa pilihan anda (Bahasa Inggeris / Bahasa Malaysia)
Klik butang <Simpan>
Kementerian Pendidikan Malaysia
Klik tab <Perjalanan Pembelajaran> di profil anda
Ia akan kemaskini secara automatik sementara anda maju dalam modul-modul di Peta Kursus (akan dijelaskan kemudian)
Ia menunjukkan Nama Modul, Kemajuan %, Status & Masa digunakan
Untuk lihat senarai laman modul yang anda telah baca, klik pautan <Status>
Untuk memuat turun e-sijil anda (setelah melengkapkan kursus), klik *butang <Muat Turun Sijil>
*Tidak tersedia ada sebelum pelancaran akhir
Apakah itu Perjalanan Pembelajaran?
Matlamat boleh membantu anda merancang aktiviti pembelajaran dan mengurus jadual dengan lebih baik
Untuk menambah matlamat anda di MPK, klik butang <Tambah matlamat baru>
Masukkan nama matlamat anda
Klik butang <Simpan>
Untuk memulakan matlamat, klik pautan <Edit> dan ubah Status ke “Sedang Berjalan” dan klik butang <Simpan>.
Untuk melengkapkan matlamat, klik pautan <Edit> dan ubah Status ke “Selesai” dan klik butang <Simpan>.
Untuk memadamkan matlamat, klik pautan <Edit> dan klik butang <Padam>. Klik butang <Padam> sekali lagi.
Kementerian Pendidikan Malaysia
*
Markah diberikan untuk memberikan ganjaran dan menggalakkan penglibatan anda di MPK.
Tindakan anda di MPK akan diberikan markah , contoh: apabila anda melengkapkan sesebuah modul atau membuat pos ke berita
Anda akan dapat 100 markah apabila melengkapkan sesebuah modul, 10 untuk pos, 5 untuk komen, 5 jika komen anda disukai, 2 jika anda menyukai komen atau pos pengguna lain, 20 jika komen ditandakan sebagai jawapan baik dan 5 jika anda menanda komen pengguna lain sebagai jawapan baik
Markah dipotong apabila sesebuah tindakan patah balik seperti memadam pos dari berita
Anda boleh melihat sejarah markah yang diperolehi di tab <Sejarah Markah> di profil anda
Kedudukan anda di MPK dipaparkan dalam blok Carta Kedudukan di laman utama. Pengguna yang berada kedudukan teratas hingga ke-250 akan dipaparkan di dalam Carta Kedudukan.
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bagaimana lencana diberikan?
Lencana diberikan untuk menggalakkan anda mencuba modul pembelajaran di MPK
Anda akan diberikan lencana apabila anda melengkaplan sesebuah modul pembelajaran
Lencana yang diperolehi akan dipaparkan dalam profil anda
Pengguna-pengguna lain dapat melihat lencana anda
Kementerian Pendidikan Malaysia
*
Pengguna-pengguna lain hanya lihat maklumat-maklumat di bawah di laman Profil anda:
Nama anda
Peranan anda
Pos yang di buat oleh anda di Berita
Pengguna-pengguna lain tidak dapat lihat maklumat-maklumat seperti Perjalanan Pembelajaran, Matlamat dan Sejarah Markah anda.
Kementerian Pendidikan Malaysia
Berita ialah tempat untuk berkolaborasi, berkongsi pengalaman dan belajar dari rakan sekerja anda.
Klik pautan <Berita> di palang navigasi dan taipkan pos anda di dalam kotak <Apa yang anda fikir>. Anda boleh tag pengguna lain dengan menaip “@” dan diikuti dengan nama pengguna di dalam kotak ini.
Lampirkan dokumen, imej, pautan, audio atau video
Masukkan Label seperti Peta Bulatan dan klik butang <Kongsi>.
Untuk mengedit pos, klik ikon roda bergigi di pos anda dan pilih <edit>. Buat perubahan dan klik butang <Kongsi>
Untuk memadamkan pos, klik ikon roda bergigi di pos anda dan pilih <padam>. Klik butang <Padam>
Kementerian Pendidikan Malaysia
Untuk memuat turun lampiran, klik pautan <Muat turun fail ini>
Untuk menganotasi dokumen, klik pada dokumen dan klik butang <Comment>
Untuk melihat pos yang spesifik, pilih <Tapis> seperti Nama, Label, Peranan, Negeri, Sekolah, Tahap, Subjek dengan pilihan isih mengikut tarikh
Untuk komen atau Suka pada pos yang di buat oleh pengguna lain, klik ikon yang terletak di bawah pos
Untuk memilih komen yang paling betul yang diberikan oleh untuk pengguna lain kepada pos anda, klik pautan <Jawapan Baik>
Untuk melaporkan pos tidak wajar, klik pautan <Lapor> di bawah pos
Kementerian Pendidikan Malaysia
Klik <Peta Kursus> di palang navigasi
Peta Kursus terdiri daripada tujuh seksyen – Gambar Keseluruhan, Penentuan Konteks, Proses Pemikiran, Alatan Latihan, Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Menyoal, Sumber dan Penilaian.
Setiap seksyen mempunyai bilangan modul yang berlainan. Modul-modul yang ada berjumlah 25.
Semua modul adalah modul wajib. Anda mesti melengkapkan semua modul wajib untuk mengaktifkan seksyen Penilaian.
Anda perlu mendapat skor sekurang-kurangnya 60% dalam semua modul di seksyen Penilaian untuk memuat turun sijil.
Navigasi terhad dan penanda visual seperti peratusan pelengkapan modul akan memberikan panduan kepada anda di Peta Kursus.
Kementerian Pendidikan Malaysia
*
Navigasi Terhad (berkotak kelabu) memberikan panduan kepada anda dalam mengambil modul pembelajaran mengikut aliran logik di peta kursus. Setelah anda melengkapkan sesebuah modul, modul lain di seksyen yang sama atau berlainan akan dibuka untuk anda.
Peta Kursus – Aliran Navigasi Terhad
Kementerian Pendidikan Malaysia
*
Anda boleh lihat status pelengkapan modul anda yang dinyatakan dalam peratusan di bawah nama modul. Terdapat tiga fasa iaitu:
0% - Anda belum memulakan modul ini
1% to 99% - Anda sedang mengambil modul ini
100% - Anda telah melengkapkan modul ini
* Bestari Peta Permikiran & modul di seksyen Sumber tidak diambil kira untuk pelengkapan modul.
Apabila anda melengkapkan sebuah modul (100%):
a) Anda akan menerima 100 markah,
b) Anda akan diberikan lencana modul
c) Modul seterusnya akan dibuka mengikut aturan navigasi terhad
Kementerian Pendidikan Malaysia
*
Setiap modul mempunyai topik-topik yang disusun atur dalam grid dan mempunyai tangga untuk memberi panduan kepada anda dalam pengambilan topik seterusnya. Namun, anda ada pilihan untuk mencuba mana-mana topik mengikuti kesukaan anda.
Topik
*
Klik modul <Gambaran Keseluruhan MPK> di Peta Kursus, anda akan lihat laman utama modul yang ada “topik”
Klik Topik <Selamat Datang >, anda akan melihat lebih banyak maklumat tentang Topik
Klik butang <Lancar>
Anda akan lihat kandungan modul di muat turun dalam pemain kandungan
Klik ikon (Bantuan) untuk melihat fungsi-fungsi setiap butang
Klik ikon (Seterusnya) untuk maju ke skrin seterusnya.
Apabila anda telah melengkapkan sebuah topik, anda akan dibawa balik ke skrin utama modul. Anda akan dapat lihat jalur jingga yang mengelilingi kotak topik yang telah lengkap.
Apabila anda telah melengkapkan semua topik dalam modul, pergi ke <Profil> dan anda akan mendapati Perjalanan Pembelajaran anda telah dikemaskinikan.
Kementerian Pendidikan Malaysia
Hasil Pembelajaran– Mula Perjalanan Anda
Pengenalan – Mencuba aktiviti & Titik Semak
Pemahaman – Membina Peta, Latihan Berpandu dan Contoh
Penggunaan – Aktiviti, Contoh Penggunaan & Refleksi
Penyemakan kendiri– Percubaan kuiz
Integrasi – Berkolaborasi di Berita
Nota: Sila ambil perhatian kepada maklumat yang diberikan oleh maskot di modul
Topik di modul lain
*
Terdapat alatan yang sangat berguna yang anda boleh digunakan dalam perjalanan pembelajaran anda di MPK.
Note pad – Anda boleh mengambil nota semasa anda berada dalam modul. Anda juga boleh merujuk kepada nota modul lain yang telah di ambil dengan mengklik ikon “Home”
Bestari Peta Pemikiran – Anda boleh membina peta-peta yang berlainan jenis dengan menggunakan bestari ini. Terdapat tiga jenis templat yang ada untuk setiap jenis peta – kurang kotak teks, banyak kotak teks dan bentuk bebas. Di dalam templat bentuk bebas, anda boleh mengklik mana-mana tempat di dalam peta untuk membina kotak teks. Klik sekali lagi pada kotak untuk memasukkan teks. Anda boleh simpan peta anda dalam bentuk draf atau menghantarnya ke Diari Peta Pemikiran sekiranya anda telah selesai dengannya. Anda juga boleh mengeksport peta-peta ini dengan mengklik pautan <Print> yang terletak di sebelah atas dan kanan paparan.
Diari Peta Pemikiran – Koleksi (mod lihat) semua peta-peta yang dibina sama ada menggunakan Bestari Peta Pemikiran atau peta yang dibina dalam modul berlainan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Alat-alat Lain (Samb.)
*
Laporan – Anda boleh lihat laporan seperti Rumusan Cubaan Kuiz atau Cubaan Semua Kuiz untuk melihat paparan bilangan cubaan kuiz anda atau keputusan yang berkaitan.
Glosari – Koleksi kata kunci yang digunakan dalam MPK. Anda boleh mencari perkataan yang dikehendaki dalam susunan adjad atau menggunakan “Search”.
Bahan Rujukan – Koleksi templat peta (.ppt dan .pdf), video dan pautan lain yang akan melengkapkan pembelajaran anda tentang kemahiran berfikir.
Kementerian Pendidikan Malaysia
Buletin adalah paparan untuk semua pengumuman (dihantar oleh pentadbir sistem) dan pemberitahuan (yang dijana oleh sistem).
Klik pautan <Buletin> di palang navigasi
Anda akan dapat lihat pemberitahuan di laman
Klik pautan <Pengumuman>
Anda akan dapat lihat pengumuman di atas laman
Nota: Sekira adanya penanda merah muncul di sebelah <Buletin> di palang navigasi, anda mempunyai pengumuman atau pemberitahuan baru yang belum dibaca.
Kementerian Pendidikan Malaysia
Klik pautan <Direktori Pengguna> di palang navigasi
Untuk mencari pengguna yang spesifik di dalam MPK, gunakan <Tapis> seperti Nama, Peranan, Negeri, Sekolah, Tahap, Subjek dan pilihan mengisih mengikut tarikh.
Klik pada pengguna untuk melihat laman profil mereka.
Klik butang <Hantar mesej kepada pengguna> untuk menghantar mesej kepada pengguna ini.
Kementerian Pendidikan Malaysia
Apakah itu Mesej?
Mesej digunakan untuk komunikasi satu-ke-satu (atau satu-ke-banyak) di MPK
Untuk menghantar mesej, klik pautan <Mesej> di palang navigasi dan klik butang <Tulis mesej baru> .
Taip nama pengguna yang anda mahu hantarkan mesej di ruangan “Kepada” dan sistem akan memaparkan senarai nama. Pilih penerima mesej anda.
Taip tujuan mesej anda di dalam kotak <Subjek> dan mesej anda di dalam kotak <Mesej>, lampirkan fail dan klik butang <Hantar Mesej>.
Untuk membalas mesej, masukkan balasan anda di dalam kotak <Balas> dan klik butang <Hantar Mesej>.
Untuk memadam mesej, klik kotak tanda mesej dan klik butang <Padam>.
Kementerian Pendidikan Malaysia
*
Anda boleh mendapatkan bantuan dan sokongan yang diperlukan dari kami dengan:
Klik pautan <Bantuan> di bawah laman MPK.
Anda boleh mencari topik bantuan atau klik topik yang anda mahu
Klik pautan <Sokongan> di bawah laman MPK.
Isikan soalan dan butiran anda. Klik butang <Hantar>.
Anda akan menerima emel bersama dengan nombor tiket sokongan.
Anda juga boleh hantar emel ke [email protected] .
Muat turun panduan dan manual dari <Stor Dokumen>
Kementerian Pendidikan Malaysia
*
Carian Pembimbing dengan tapisan (peranan)
Tag Pembimbing di pos (Berita)
Hantar mesej kepada Pembimbing (Mesej)
Bagaimana Pembimbing boleh membantu pengguna-pengguna lain?
Semak MPK selalu– Berita & Mesej
Balas permintaan pengguna dengan segera
Kongsi amalan terbaik
Kementerian Pendidikan Malaysia