tahap kreativiti di kalangan pelajar program sains · pdf fileiii dedikasi buat ayahananda dan...

25
TAHAP KREATIVITI DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM SAINS DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SESI PENGAJIAN: 2007/2008 SITI HAJAR BINTI ALIAS No. 20 Kg Tengah Sg Kuali, Serkat, 82030 Pontian, Johor Prof. Madya Dr. Mohammad Yusof Bin Arshad 2 Mei 2008 2 Mei 2008 PSZ 19:16 (Pind. 1/07)

Upload: lamkhanh

Post on 01-Mar-2018

247 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP KREATIVITI DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM SAINS · PDF fileiii DEDIKASI Buat Ayahananda dan Bonda tercinta, Alias Bin Sulaiman Normah Binti Hj Ab Karim terima kasih di atas doa,

TAHAP KREATIVITI DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM SAINS DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

SITI HAJAR BINTI ALIAS

No. 20 Kg Tengah Sg Kuali, Serkat, 82030 Pontian, Johor

Prof. Madya Dr. Mohammad Yusof Bin Arshad

2 Mei 2008 2 Mei 2008

PSZ 19:16 (Pind. 1/07)

Page 2: TAHAP KREATIVITI DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM SAINS · PDF fileiii DEDIKASI Buat Ayahananda dan Bonda tercinta, Alias Bin Sulaiman Normah Binti Hj Ab Karim terima kasih di atas doa,

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia).

Tandatangan : ...................................................................

Nama Penyelia : Prof. Madya Dr. Mohammad Yusof Bin Arshad

Tarikh : 2 Mei 2008

Page 3: TAHAP KREATIVITI DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM SAINS · PDF fileiii DEDIKASI Buat Ayahananda dan Bonda tercinta, Alias Bin Sulaiman Normah Binti Hj Ab Karim terima kasih di atas doa,

TAHAP KREATIVITI DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM SAINS DI

FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SITI HAJAR BINTI ALIAS

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2008

Page 4: TAHAP KREATIVITI DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM SAINS · PDF fileiii DEDIKASI Buat Ayahananda dan Bonda tercinta, Alias Bin Sulaiman Normah Binti Hj Ab Karim terima kasih di atas doa,

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ..................................................................

Nama Penulis : Siti Hajar Binti Alias

Tarikh : 2 Mei 2008

Page 5: TAHAP KREATIVITI DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM SAINS · PDF fileiii DEDIKASI Buat Ayahananda dan Bonda tercinta, Alias Bin Sulaiman Normah Binti Hj Ab Karim terima kasih di atas doa,

iii

DEDIKASI

Buat Ayahananda dan Bonda tercinta,

Alias Bin Sulaiman

Normah Binti Hj Ab Karim

terima kasih di atas doa, nasihat dan sokongan untukku selama ini.

Buat adik-beradikku,

Hussein, Mohd Hisyamuddin, Mohd Hamimyuddin

kalianlah pembakar semangatku,

jadikanlah kejayaanku pendorong buatmu semua.

Untuk semua teman dan sahabat yang dikasihi,

terima kasih di atas bantuan, pandangan dan galakan,

Semoga mendapat rahmat dari Allah S.W.T.

Page 6: TAHAP KREATIVITI DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM SAINS · PDF fileiii DEDIKASI Buat Ayahananda dan Bonda tercinta, Alias Bin Sulaiman Normah Binti Hj Ab Karim terima kasih di atas doa,

iv

PENGHARGAAN

Penulis dengan penuh ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

ucapan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Mohammad Yusof Bin Arshad selaku

penyelia projek di atas bimbingan, sokongan, tunjuk ajar, nasihat, pandangan dan

kritikan membina beliau sepanjang tempoh kajian penyelidikan ini dijalankan.

Penulis juga ingin merakamkan penghargaan kepada Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia di atas kebenaran untuk menjalankan kajian ini di

fakulti berkenaan. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pelajar-pelajar

program sains di Fakulti Pendidikan yang terlibat kerana sudi membantu bagi

menjayakan projek penyelidikan ini.

Akhir sekali, penulis ingin menyampaikan penghargaan dan ribuan terima

kasih kepada setiap individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung

membantu dalam usaha menjayakan projek penyelidikan ini.

Page 7: TAHAP KREATIVITI DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM SAINS · PDF fileiii DEDIKASI Buat Ayahananda dan Bonda tercinta, Alias Bin Sulaiman Normah Binti Hj Ab Karim terima kasih di atas doa,

v

ABSTRAK

Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengukur tahap kreativiti di

kalangan pelajar program sains di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia. Jumlah responden yang terlibat seramai 161 orang pelajar program sains

iaitu 19 orang pelajar lelaki dan 142 orang pelajar perempuan. Instrumen kajian

yang digunakan adalah set borang soal selidik yang diubahsuai berdasarkan Ujian

Pemikiran Kreatif Guilford dan Torrance untuk menguji empat kriteria kreativiti iaitu

keaslian, kefasihan, kelenturan dan penghuraian. Data yang diperolehi disemak dan

pemarkahan diberikan berdasarkan skema yang dicadangkan oleh Guilford dan

Torrance seterusnya dianalisis mengunakan Statistical Package for the Social

Science (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya pelajar

program sains di Fakulti Pendidikan mempunyai pemikiran tidak kreatif iaitu

sebanyak 85.10% daripada keseluruhan responden. Keputusan Ujian-t menunjukkan

tidak terdapat perbezaan signifikan antara tahap kreativiti merentasi jantina

(p=0.519). Hasil analisis statistik ANOVA pula menunjukkan tidak terdapat

perbezaan yang signifikan antara tahap kreativiti merentasi pencapaian akademik

(p=0.419). Daripada dapatan kajian mendapati tahap kreativiti yang rendah di

kalangan pelajar program sains di Fakulti Pendidikan yang merupakan bakal-bakal

guru akan menjejaskan proses penyampaian ilmu di dalam kelas kelak. Oleh itu,

usaha-usaha yang berkaitan perlu dilakukan bagi meningkatkan kreativiti bakal guru

sains supaya dapat menggalakkan persekitaran pembelajaran yang kreatif di dalam

kelas seterusnya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang kreatif dan boleh menjadi

pewaris agama, bangsa dan negara.

Page 8: TAHAP KREATIVITI DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM SAINS · PDF fileiii DEDIKASI Buat Ayahananda dan Bonda tercinta, Alias Bin Sulaiman Normah Binti Hj Ab Karim terima kasih di atas doa,

vi

ABSTRACT

The objective of the research is to measure the level of creativity of

undergraduates of the science programs in the Faculty of Education, Universiti

Teknologi Malaysia. Total respondents were 161 undergraduates of 19 male and 142

female. The instrument of research is a set of questionnaire modified from the

Guilford and Torrance Creative Thinking Test. This test will evaluate the four

criterias of creativity which are originality, fluency, flexibility and elaboration. Data

obtained were checked and given marks based on the suggested marking scheme by

Guilford and Torrance. The analysis after this was done using the Statistical Package

for Social Sciences (SPSS) software. The findings revealed that undergraduates of

the science programs in the Faculty of Education are not creative. The results from

the t-test showed that there were no significant difference between level of creativity

and gender (p =0.519). The ANOVA analysis determined that there were no

significant difference between level of creativity and academic achievement (p

=0.419). From this result, we can sense a problem as these undergraduates are future

teachers. The process of teaching will be affected due to the lack of creativity.

Hence, relevant efforts must be implemented to increase the level of creativity of

these future science teachers. Thus, we can be assured of a creative class

environment for their future students. This will in turn produce creative students

who will be the future generation of our beloved nation.

Page 9: TAHAP KREATIVITI DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM SAINS · PDF fileiii DEDIKASI Buat Ayahananda dan Bonda tercinta, Alias Bin Sulaiman Normah Binti Hj Ab Karim terima kasih di atas doa,

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah

1.2.1 Kreativiti Dan Sains 3

1.2.2 Kreativiti Dalam Pendidikan

Di Malaysia 5

1.2.3 Kreativiti Di Peringkat

Institusi Pengajian Tinggi 7

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Hipotesis Kajian 11

Page 10: TAHAP KREATIVITI DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM SAINS · PDF fileiii DEDIKASI Buat Ayahananda dan Bonda tercinta, Alias Bin Sulaiman Normah Binti Hj Ab Karim terima kasih di atas doa,

viii

1.7 Kepentingan Kajian 11

1.8 Batasan Kajian 13

1.9 Definisi Istilah 13

1.10 Penutup 14

2 SOROTAN PENULISAN 16

2.1 Pengenalan 15

2.2 Apa Itu Kreativiti? 17

2.3 Pengusaan Pelajar Terhadap

Kemahiran Berfikir Secara

Kreatif 19

2.4 Kreativiti Merentasi Jantina 20

2.5 Kreativiti Merentasi Pencapaian

Akademik 21

2.6 Faktor-Faktor Penghalang

Pemikiran Kreatif Dalam Sains 23

2.7 Peringkat Pemikiran Kreatif 28

2.8 Kepentingan Kreativiti Dalam

Sains 30

2.9 Cara Meningkatkan Kreativiti 32

2.10 Ciri-ciri Seseorang Yang Kreatif 35

2.11 Pengukuran Pemikiran Kreatif 38

2.12 Penutup 39

3 METODOLOGI KAJIAN 41

3.1 Pengenalan 41

3.2 Rekabentuk Kajian 41

3.3 Tempat Kajian 42

3.4 Subjek Kajian 42

3.4.1 Populasi 42

Page 11: TAHAP KREATIVITI DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM SAINS · PDF fileiii DEDIKASI Buat Ayahananda dan Bonda tercinta, Alias Bin Sulaiman Normah Binti Hj Ab Karim terima kasih di atas doa,

ix

3.4.2 Sampel Kajian 43

3.4.3 Taburan Kekerapan Dan

Peratusan Sampel 43

3.5 Instrumen Kajian 44

3.5.1 Bahagian A: Soal Selidik

Latar Belakang Responden 45

3.5.2 Bahagian B: Kajian

Mengenai Tahap Kreativiti Pelajar 45

3.6 Kajian Rintis 49

3.7 Kaedah Analisis Data 49

3.7.1 Cara Pemarkahan 50

3.8 Penutup 52

4 ANALISIS DAN PERBINCANGAN 53

4.1 Pengenalan 53

4.2 Pencapaian Tahap Kreativiti Pelajar

Bagi Setiap Soalan 53

4.3 Analisis Setiap Soalan 55

4.4 Analisis Taburan Tahap Kreativiti

Pelajar 78

4.5 Pengujian Hipotesis 80

4.5.1 Hipotesis 1 80

4.5.2 Hipotesis 2 81

4.6 Penutup 83

5 RUMUSAN, IMPLIKASI DAN

CADANGAN 84

5.1 Pengenalan 84

5.2 Rumusan 84

5.3 Implikasi dan Cadangan Kajian 86

Page 12: TAHAP KREATIVITI DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM SAINS · PDF fileiii DEDIKASI Buat Ayahananda dan Bonda tercinta, Alias Bin Sulaiman Normah Binti Hj Ab Karim terima kasih di atas doa,

x

5.4 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 88

5.5 Penutup 89

RUJUKAN 91

LAMPIRAN 100

Page 13: TAHAP KREATIVITI DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM SAINS · PDF fileiii DEDIKASI Buat Ayahananda dan Bonda tercinta, Alias Bin Sulaiman Normah Binti Hj Ab Karim terima kasih di atas doa,

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan kekerapan dan peratusan sampel 43

3.2 Taburan kriteria, bilangan soalan dan butiran item

soal selidik. 46

3.3 Taburan perkara dan tujuan item-item soal selidik

yang diuji 48

3.4 Skema pemarkahan yang direka berdasarkan

skema pemarkahan yang dicadangkan oleh

Guilford dan Torrance 51

4.1 Taburan kekerapan dan peratusan skor mengikut

soalan 54

4.2 Bilangan dan peratusan pelajar yang kreatif dan

tidak kreatif. 79

4.3 Analisis tahap kreativiti di kalangan pelajar

program sains di Fakulti Pendidikan merentasi

jantina 80

4.4 Analisis tahap kreativiti di kalangan pelajar

program sains di Fakulti Pendidikan merentasi

pencapaian akademik.

Page 14: TAHAP KREATIVITI DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM SAINS · PDF fileiii DEDIKASI Buat Ayahananda dan Bonda tercinta, Alias Bin Sulaiman Normah Binti Hj Ab Karim terima kasih di atas doa,

xii

SENARAI SINGKATAN

ANOVA - Analysis of Variance

GPA - Grade Point Average

KBKK - Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

LPM - Lembaga Peperiksaan Malaysia

P & P - Pengajaran dan Pembelajaran

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

Page 15: TAHAP KREATIVITI DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM SAINS · PDF fileiii DEDIKASI Buat Ayahananda dan Bonda tercinta, Alias Bin Sulaiman Normah Binti Hj Ab Karim terima kasih di atas doa,

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang soal selidik 100

B Surat kebenaran menjalani Projek Sarjana

Muda (PSM) 110

C Kebolehpercayaan Instrumen 111

Page 16: TAHAP KREATIVITI DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM SAINS · PDF fileiii DEDIKASI Buat Ayahananda dan Bonda tercinta, Alias Bin Sulaiman Normah Binti Hj Ab Karim terima kasih di atas doa,

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Falsafah Pendidikan Negara mempunyai matlamat untuk mewujudkan insan

yang seimbang dan harmonis dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani

berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Untuk mencapai

hasrat ini, pelajar harus dilengkapkan dengan kemahiran belajar dan berfikir. Oleh

itu, selaras dengan perkembangan pendidikan, Malaysia akan memberi dimensi baru

ke atas proses pengajaran dan pembelajaran di semua peringkat iaitu pendidikan

rendah, menengah dan universiti dengan menerapkan kemahiran berfikir secara kritis

dan kreatif.

Di Malaysia, bidang pemikiran kreatif telah bermula sejak seawal 1980-an

lagi. Ia bermula apabila pihak MARA memberi penekanan kepada kemahiran

berfikir secara kreatif kepada stafnya yang terlibat dalam pelbagai sektor khususnya

pendidikan. Selepas itu, kreativiti mula diberi perhatian oleh banyak pihak sama ada

dalam sektor industri, awam dan lebih-lebih lagi dalam Institusi Pendidikan Tinggi.

Di Institusi Pendidikan Tinggi seperti Universiti Teknologi Malaysia telah

memperkenalkan mata pelajaran yang berkaitan dengan kemahiran berfikir secara

kritis dan kreatif iaitu mata pelajaran Pemikiran Kritis dan Kreatif. Malah

Page 17: TAHAP KREATIVITI DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM SAINS · PDF fileiii DEDIKASI Buat Ayahananda dan Bonda tercinta, Alias Bin Sulaiman Normah Binti Hj Ab Karim terima kasih di atas doa,

2

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memulakan gerakan besar-besaran dalam

mengubah struktur kurikulum yang lebih inovatif dengan memberi penekanan

kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam sukatan mata pelajaran di

sekolah.

Walaupun reformasi pendidikan negara kita menyarankan amat penting

membangunkan pelajar yang boleh berfikir, namun setakat ini masih tidak terdapat

tanda-tanda jelas wujudnya budaya kreativiti yang menyeluruh pada peringkat

nasional. Kesedaran yang agak lewat ini berlaku akibat daripada penekanan sistem

pendidikan yang lebih mementingkan ‘kebolehan berfikir’ tetapi kurang penekanan

terhadap kebolehan rekacipta dan eksperimentasi (Mohd Azhar Abd Hamid, et al.,

2004).

Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah seliaan Pusat Perkembangan

Kurikulum telah melaksanakan kaedah penyebatian dalam hampir semua mata

pelajaran yang diajarkan pada peringkat rendah hingga menengah termasuklah mata

pelajaran sains. Menurut Nik Azis Nik Pa (1992), Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) memberi

fokus kepada keseimbangan diantara kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran

menyelesaikan masalah serta membina cara pemikiran logik, mantis, kritis dan

kreatif. Oleh itu, 12 objektif telah digariskan melalui kurikulum sains KBSM di

mana salah satu objektifnya adalah untuk membolehkan pelajar meningkatkan

kemahiran membuat keputusan, menyelesaikan masalah secara analitis dan berfikir

secara kritis dan kreatif dalam kehidupan seharian (Meor, 2001).

Walau bagaimanapun, kemahiran berfikir secara kreatif masih kurang

diterapkan di sekolah. Hal ini dapat dibuktikan apabila keputusan sains bagi Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM) para pelajar di negeri Johor menurun dari tahun 1997

hingga 2000. Menurut bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mohd Najib Tun

Razak, salah satu faktor kemerosotan keputusan di kalangan pelajar adalah

disebabkan peningkatan soalan bercorak kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

Page 18: TAHAP KREATIVITI DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM SAINS · PDF fileiii DEDIKASI Buat Ayahananda dan Bonda tercinta, Alias Bin Sulaiman Normah Binti Hj Ab Karim terima kasih di atas doa,

3

dalam kertas peperiksaan (Berita Harian, 1999).

Menurut ahli psikologi Jean Peaget dalam Cronin (1989), matlamat asas

pendidikan ialah menghasilkan manusia yang mampu menghasilkan benda baru,

bukan sekadar mengulangi pencapaian generasi terdahulu malahan manusia yang

dapat berfikir secara kreatif, inventif dan penemu. Oleh itu, untuk mencapai

matlamat ini memerlukan masyarakat yang kreatif dan berketrampilan dalam bidang

sains dan teknologi. Seterusnya, rasional kajian ini adalah untuk meninjau tahap

kreativiti di kalangan pelajar-pelajar program sains di Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia.

1.2 Latar Belakang Masalah

1.2.1 Kreativiti Dan Sains

Sains telah bermula sejak kewujudan tamadun kemajuan sistem pertanian,

sistem penulisan dan aktiviti kemasyarakatan lagi. Menurut Sandhu (1982) dalam

penulisannya bertajuk Science and Creativity berkata sains adalah produk atau hasil

daripada pemikiran kreatif ahli sains sejak zaman dahulu. Menurut Mohd Azhar Abd

Hamid (2004), revolusi saintifik dan industri telah banyak mengubah cara manusia

berfikir dan bersosial. Ini bukan sahaja mencetuskan gerakan besar-besaran terhadap

sistem ekonomi, politik dan sosial malah mengubah pandangan dunia manusia

terhadap diri mereka dan juga sains.

Terdapat tanggapan bahawa kreativiti dalam sains sebenarnya berpunca

daripada kepercayaan bahawa sains adalah suatu yang berteraskan saintifik dan

logikal. Tetapi, secara fakta, sebenarnya terdapat hubungan yang sangat kukuh

Page 19: TAHAP KREATIVITI DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM SAINS · PDF fileiii DEDIKASI Buat Ayahananda dan Bonda tercinta, Alias Bin Sulaiman Normah Binti Hj Ab Karim terima kasih di atas doa,

4

antara kreativiti, imaginasi dan kesamaan dalam bidang sains. Ini adalah kerana

sains merupakan suatu penanggapan yang analitik. Menurut Cronin (1989), ramai

saintis pemikir dan pencipta terkemuka termasuk Marie Curie, Leonardo da Vinci,

Thomas Edison, Albert Einstein dan Jules Verne telah mengakui bahawa sesetengah

idea dan penemuan mereka yang terbaik bukanlah hasil proses pemikiran yang

sistematik, saintifik ataupun kritis tetapi adalah hasil daripada pemikiran yang kurang

berstruktur, kadangkala tidak saintifik dan melalui proses pemikiran kreatif.

Walaupun proses pemikiran tidak diberi penekanan dan ditetapkan secara tradisi di

dalam kelas-kelas sains di Amerika, ramai ahli psikologi, pelatih dan penyelidik

pendidikan percaya bahawa pemikiran kreatif perlu diberi penekanan di dalam kelas

sains berbanding pemikiran kritis.

Banyak kajian seperti kajian Moravschik pada tahun 1981 mendapati

kreativiti memainkan peranan penting dalam sains. Menurut Moravschik lagi

“.......without it, science turns into a sterile manipulation of set rules and their

embellishment without any tangible output whether in a conceptual or a practical

sense” (Soonhye Park et. al, 2006). Menurut Yukawa (1973), pemikiran kreatiflah

yang membawa kepada penemuan tentang sesuatu kebenaran dalam alam ini yang

sebelumnya tidak diketahui oleh manusia. Oleh itu, cara terbaik untuk memahami

sesuatu perkara, fenomena, kajadian dan sebagainya ialah dengan melihat apa yang

dilakukan oleh ahli sains dan jenis pemikiran yang digunakan sepanjang proses

tersebut (Abu Hassan, 2001). Ini menunjukkan bahawa pengetahuan dan kemahiran

yang berkaitan dengan sains bukanlah hanya untuk dihafal, tetapi ianya perlu

dikembangkan idea-idea baru untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu,

penggunaan pemikiran saintifik adalah merupakan salah satu pendekatan yang

bersistem bagi tujuan menyelesaikan sesuatu persoalan melalui aktiviti-aktiviti

penyelidikan.

Menurut Sandhu (1982), seorang pencinta sains, Jawaharlal Nehru telah

menyatakan bahawa “sains bukanlah sesuatu yang hanya melihat kepada tabung uji

dengan mencampurkan itu dan ini seterusnya menghasilkan bahan yang kecil atau

besar. Sebaliknya, sains sebenarnya adalah salah satu cara melatih minda dan

Page 20: TAHAP KREATIVITI DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM SAINS · PDF fileiii DEDIKASI Buat Ayahananda dan Bonda tercinta, Alias Bin Sulaiman Normah Binti Hj Ab Karim terima kasih di atas doa,

5

segenap aspek kehidupan mengikut cara dan kaedah sains”. Daripada kenyataan

tersebut menunjukkan batapa pentingnya kemahiran berfikir secara kreatif dalam

sains. Ini juga dibuktikan oleh Mohd Azhar Abdul Hamid (2004) yang menyatakan

bahawa kaedah induksi digunakan dalam penyelidikan sains iaitu berfikir dengan

melihat dan menganalisis data seterusnya hipotesis dibuat untuk menerangkan

perkaitan antara data.

1.2.2 Kreativiti Dalam Pendidikan Di Malaysia

Amabile (1992) menyifatkan institusi sekolah merupakan tempat paling

penting untuk memupuk alam kreativiti di kalangan pelajar. Tempat terbaik

memupuk semangat kreativiti seperti inkuiri, kreativiti dan diskoveri pada pelbagai

tahap pelajar adalah menerusi pengajaran dan pembelajaran sama ada dalam

pembelajaran formal dan bukan formal. Hal ini amat penting bagi pembangunan

sumber daya manusia pada masa depan. Pendapat ini disokong oleh Som dan Mohd

Dahalan (1998) yang mengatakan bahawa pemikiran yang baik bergantung kepada

pengurusan pemikiran yang baik dan ini dapat dilatih dan dipupuk melalui

pendidikan di sekolah.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan

bahawa beliau mahukan sekolah melahirkan pelajar yang dapat ‘berfikir di luar

kotak’ supaya mereka lebih kreatif dan inovatif apabila memasuki alam pekerjaan

kelak. Menurut Perdana Menteri lagi, kurikulum persekolahan perlu memberi

penekanan dalam usaha melahirkan pelajar yang bukan sahaja celik huruf malah

celik minda selaras dengan modal insan yang mahu melahirkan generasi celik minda

dan mempunyai kekuatan mental bagi menghadapi cabaran yang lebih kompetitif

pada masa akan datang. Menurutnya lagi, usaha itu terletak pada tangan warga

pendidik hari ini untuk melahirkan generasi cemerlang (Berita Harian, 2007)

Page 21: TAHAP KREATIVITI DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM SAINS · PDF fileiii DEDIKASI Buat Ayahananda dan Bonda tercinta, Alias Bin Sulaiman Normah Binti Hj Ab Karim terima kasih di atas doa,

6

Kaedah guru mengajar dan menampilkan mata pelajaran sains kepada pelajar

telah memberi penanggapan pada pelajar sains bahawa sains adalah fakta, konsep

dan teori yang mesti difahami, dihafal dan diingati. Ini menyababkan mereka tidak

memahami konsep sains dengan baik (Aziz Nordin, 1989). Ini disokong oleh

pendapat Elwenger (1973) yang menyatakan bahawa ramai pelajar dianggap berjaya

dalam pembelajaran berdasarkan ujian pensel dan kertas sebenarnya tidak memahami

apa yang dipelajari.

Hasil kajian Wong (2000) yang sampelnya terdiri daripada 30 orang guru

yang mengajar sains KBSM tingkatan satu dari sembilan buah sekolah, menunjukkan

bahawa guru menjalankan proses penerapan kemahiran berfikir dalam pengajaran

sains pada tahap sederhana sahaja. Walaupun majoriti guru pernah menghadiri

kursus kemahiran berfikir sekurang-kurangnya sekali, penguasaan penerapan

kemahiran berfikir dalam pengajaran masih tidak dipraktikkan oleh guru dengan

sepenuhnya. Menurutnya lagi, masih terdapat guru yang kurang memberi tumpuan

terhadap komponen-komponen kemahiran berfikir dalam sistem pengajaran mereka.

Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Hamsiah Saee (2004) ke atas guru-guru sains

yang mengajar di sekolah menengah di Bahagian Kuching / Samarahan juga

menunjukkan tahap kreativiti guru sains adalah pada tahap yang sederhana.

Daripada satu analisis yang dibuat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia

(LPM) menyatakan bahawa kebanyakan calon memberi jawapan yang salah bagi

soalan yang bercorak kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (Berita Harian,

1999). Hal ini telah menimbulkan persoalan apakah tahap kemahiran berfikir guru

sehinggakan guru tidak mampu untuk menerapkan kemahiran berfikir secara kritis

dan kreatif kepada pelajarnya menyebabkan pelajar tidak mampu untuk menjawab

soalan peperiksaan bercorak kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Page 22: TAHAP KREATIVITI DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM SAINS · PDF fileiii DEDIKASI Buat Ayahananda dan Bonda tercinta, Alias Bin Sulaiman Normah Binti Hj Ab Karim terima kasih di atas doa,

7

1.2.3 Kreativiti Di Peringkat Institut Pengajian Tinggi

Cropley (2001) menegaskan bahawa universiti adalah persekitaran yang amat

signifikan bagi merealisasikan bakat dan kemahiran kreativiti mahasiswa. Namun

begitu, menurut Edward de Bono, jika pendidik tidak dapat menggerakkan

persekitaran kondusif untuk berkreativiti maka sukar untuk pelajar untuk berkreasi

dengan selesa dan selamat. Menurutnya lagi, pendidik yang tidak memiliki

pemikiran dan pengetahuan kreativiti sukar untuk merealisasikan suasana, ruang dan

pengalaman kreatif dalam pengajaran dan pembelajarannya.

Di Institusi Pengajian Tinggi menunjukkan bahawa siswazah kurang

mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif. Menurut Sufean dan Rahim (1995),

siswazah kurang berkebolehan dalam mengkritik, mengemukakan idea dan cadangan

yang relevan. Hasil kajian yang dijalankan oleh Mohd Najib (1995), yang

sampelnya terdiri daripada 112 orang pelajar dari empat buah fakulti di Universiti

Teknologi Malaysia, menunjukkan bahawa pelajar di Institusi Pengajian Tinggi lebih

suka mengingati kembali fakta sains tanpa menggunakan kemahiran berfikir dalam

menyelesaikan sesuatu masalah sintifik. Menurutnya lagi, mereka lebih gemar

memberikan jawapan berdasarkan hafalan tanpa berfikir dan merujuk kepada bukti

sampingan yang dapat membantu proses penyelesaian saintifik. Hasil daripada

keputusan kajian itu juga mendapati bahawa pelajar Fakulti Pendidikan mempunyai

kemahiran kognitif sains yang paling rendah berbanding tiga fakulti lain.

Peranan seorang pendidik sains yang kreatif ialah mangadaptasikan atau

menyesuaikan kreativiti ke dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Jika seseorang

pendidik berkemahiran dan dapat mengaplikasikan teknik berfikir secara kreatif

dalam sains, sudah pasti akan dapat meningkatkan kualiti dan prestasi sains. Dalam

kajian yang dijalankan oleh Unit Pengajaran Pembelajaran, Universiti Teknologi

Malaysia (UNIPEN) menunjukkan pelajar Universiti Teknologi Malaysia yang

mengalami pencapaian rendah adalah mereka yang lemah dan gagal menguasai

Page 23: TAHAP KREATIVITI DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM SAINS · PDF fileiii DEDIKASI Buat Ayahananda dan Bonda tercinta, Alias Bin Sulaiman Normah Binti Hj Ab Karim terima kasih di atas doa,

8

kemahiran dalam mata pelajaran sains (Asarudin Ashari, 1995). Ini menunjukkan

pendidik kurang menerapkan kreativiti dalam pengajaran sains.

Oleh itu, bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara, seharusnya guru-

guru diterapkan kemahiran berfikir secara kreatif kerana guru merupakan agen

perubahan yang paling penting bagi sesebuah negara. Oleh yang demikian, kreativiti

bakal guru sains perlu dikaji untuk melihat sejauhmana kreativiti bakal guru sains

dengan harapan hasilnya akan menyumbang kepada keberkesanan corak pengajaran

dan pembelajaran di bilik darjah khasnya dan keberkesanan dalam pendidikan negara

umumnya.

1.3 Penyataan Masalah

Matlamat wawasan pendidikan adalah melahirkan warganegara yang mampu

menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dengan masyarakat yang saintifik

dan progresif yang mempunyai daya perubahan yang tinggi, memandang jauh ke

hadapan serta menjadi tamadun sains dan teknologi pada masa depan. Oleh itu,

untuk mencapai matlamat ini memerlukan masyarakat yang kreatif serta

berketrampilan dalam bidang sains dan teknologi.

Dalam pendidikan masa kini, sistem pendidikan telah gagal menerapkan

unsur-unsur kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini kerana

pelajar kekurangan autonomi di mana segala maklumat dan data telah disediakan.

Mereka sebenarnya tidak mengetahui sebarang kemahiran asas proses sains seperti

membuat hipotesis dan membuat inferens serta mereka tidak dapat mencuba konsep

baru memandangkan semuanya telah tersedia. Mereka juga tidak memahami makna

keaslian serta tidak berkebolehan untuk merancang sesuatu aktiviti.

Page 24: TAHAP KREATIVITI DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM SAINS · PDF fileiii DEDIKASI Buat Ayahananda dan Bonda tercinta, Alias Bin Sulaiman Normah Binti Hj Ab Karim terima kasih di atas doa,

9

Guru memainkan peranan yang penting dalam mendidik pelajar di sekolah ke

arah pembentukan warganegara yang berilmu, berakhlak mulia serta berfikiran

kreatif. Walaubagaimanapun, pengajaran yang disampaikan oleh guru kini kepada

pelajar adalah tanpa kefahaman konsep. Ini menyebabkan pelajar kurang memahami

pengajaran sains secara mendalam dan hanya menghafal. Keadaan seperti ini jelas

kelihatan dalam pendidikan di negara kita, akhirnya menjejaskan perkembangan

kreativiti pelajar dan hanya akan melahirkan pelajar-pelajar yang mendapat

keputusan sains yang cemerlang dalam peperiksaan tetapi pada hakikatnya pelajar-

pelajar tersebut tidak tahu apa yang telah dipelajari oleh mereka.

Jelas bahawa penekanan terhadap kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik

itu memerlukan guru yang bukan sekadar seorang penyampai maklumat, malah guru

perlu kreatif dan inovatif dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (P&P)

bagi membina modal insan yang cemerlang di kalangan pelajar. Sikap ini penting

kerana golongan guru berada di barisan hadapan bagi membentuk generasi akan

datang yang memenuhi keperluan sumber tenaga negara. Oleh itu, rasional kajian ini

adalah untuk melihat tahap kreativiti pelajar program sains di Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia yang merupakan bakal-bakal guru yang akan

melahirkan pelajar-pelajar yang kreatif dan boleh menjadi pewaris agama, bangsa

dan negara.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

(a) Mengenalpasti tahap kreativiti di kalangan pelajar program sains di

Fakulti Pendidikan, UTM.

Page 25: TAHAP KREATIVITI DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM SAINS · PDF fileiii DEDIKASI Buat Ayahananda dan Bonda tercinta, Alias Bin Sulaiman Normah Binti Hj Ab Karim terima kasih di atas doa,

10

(b) Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara

tahap kreativiti di kalangan pelajar program sains di Fakulti

Pendidikan, UTM merentasi jantina.

(c) Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara

tahap kreativiti di kalangan pelajar program sains di Fakulti

Pendidikan, UTM merentasi pencapaian akademik.

1.5 Persoalan Kajian

Beberapa persoalan kajian yang dikaji ialah:

(a) Apakah tahap kreativiti di kalangan pelajar program sains di Fakulti

Pendidikan, UTM ?

(b) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kreativiti di

kalangan pelajar program sains di Fakulti Pendidikan, UTM merentasi

jantina ?

(c) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap kreativiti di

kalangan pelajar program sains di Fakulti Pendidikan, UTM merentasi

pencapaian akademik ?