tahap kepuasan bekerja di politeknik, … kepuasan bekerja.pdf · 2 setelah lebih empat puluh tahun...

15
1 TAHAP KEPUASAN BEKERJA DI POLITEKNIK, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA Disediakan oleh: Mohd Zahari Ismail (PBU), Nik Zaleha Nik Manap (PSIS), Abdul Hanif Mustaffa (PTSB), Fisal Harun (PUO), Abdul Razak Sadli (POLIMAS), Abdub Rani Yunus (PMU), Roslina Lapanditah (PMM), Mahmood Mohamad (POLISAS), Samsudin Abdullah(PMK), Wan Azlan Wan Ismail (PKB), Mohd Sani Said(PKB), Kamarudin Ajib (POLIMAS) dan Saifullah Musa (PSMZA) Abstraks Agenda Transformasi Politeknik telah menggariskan politeknik sebagai peneraju utama di bidang teknikal dan vokasional (TEVT).Namun, beberapa persoalan timbul antaranya kesediaan fizikal di politeknik dan mental di kalangan staf dalam mencapai hasrat ini.Keadaan fizikal, suasana dan masa bekerja, mobiliti staf, governance adalah antara beberapa persoalan utama dalam mencapai matlamat agenda transformasi ini.Justeru, kajian ini memfokuskan kepada tahap kepuasan bekerja di politeknik, KPT.Ia dilihat dari perspektif komitmen dan penghargaan yang diterima oleh staf; pengurusan, pensyarah dan stafsokongan sepanjang mereka bekerja di politeknik. Sebanyak 2934 responden daripada politeknik seluruh Malaysia telah dipilih secara rawak dalam kajian ini.Instrumen telah dibangun dan diadaptasi daripada beberapa kajian terdahulu.Dengan menggunakan perisian SPSS kajian telah dianalisa dan dilaporkan dalam bentuk percentage.Keseluruhannya, kajian ini mendapati majoriti responden berpuashati terhadap suasana bekerja di politeknik, iaitu lebih dapada 60% responden mempunyai min skor 3 hingga 5.Penskoran ini dinilai dari aspek komitmen, penghargaan, suasana kerja dan keselesaan di tempat kerja di institusi ini.Namun, beberapa penambahbaikan perlu diadakan bagi meningkatkan lagi prestasi dan kualiti di tempat kerja dalam memenuhi aspirasi transformasi ini.Kajian ini diharapkan akan membantu politeknik untuk mencerna, memperbaiki dan meningkatkan suasana bekerja di institusi masing-masing.Kajian ini akhirnya diharapkan dapat untuk mengisi kekosongan bahan ilmiah berkaitan kepuasan bekerja di organisasi terutamanya di politeknik, KPT. Keywords: Politeknik – Pengurusan – Tahap kepuasan bekerja – Penghargaan - Komitmen 1. Pendahuluan

Upload: phamminh

Post on 03-Feb-2018

254 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP KEPUASAN BEKERJA DI POLITEKNIK, … kepuasan bekerja.pdf · 2 Setelah lebih empat puluh tahun berdiri teguh sebagai sebuah institusi pendidikan teknikal dan latihan vokasional

1

TAHAP KEPUASAN BEKERJA DI POLITEKNIK, KEMENTERIAN PENGAJIAN

TINGGI MALAYSIA

Disediakan oleh:

Mohd Zahari Ismail (PBU), Nik Zaleha Nik Manap (PSIS), Abdul Hanif Mustaffa (PTSB),

Fisal Harun (PUO), Abdul Razak Sadli (POLIMAS), Abdub Rani Yunus (PMU), Roslina

Lapanditah (PMM), Mahmood Mohamad (POLISAS), Samsudin Abdullah(PMK), Wan

Azlan Wan Ismail (PKB), Mohd Sani Said(PKB), Kamarudin Ajib (POLIMAS) dan

Saifullah Musa (PSMZA)

Abstraks

Agenda Transformasi Politeknik telah menggariskan politeknik sebagai peneraju utama di

bidang teknikal dan vokasional (TEVT).Namun, beberapa persoalan timbul antaranya kesediaan

fizikal di politeknik dan mental di kalangan staf dalam mencapai hasrat ini.Keadaan fizikal,

suasana dan masa bekerja, mobiliti staf, governance adalah antara beberapa persoalan utama

dalam mencapai matlamat agenda transformasi ini.Justeru, kajian ini memfokuskan kepada tahap

kepuasan bekerja di politeknik, KPT.Ia dilihat dari perspektif komitmen dan penghargaan yang

diterima oleh staf; pengurusan, pensyarah dan stafsokongan sepanjang mereka bekerja di

politeknik. Sebanyak 2934 responden daripada politeknik seluruh Malaysia telah dipilih secara

rawak dalam kajian ini.Instrumen telah dibangun dan diadaptasi daripada beberapa kajian

terdahulu.Dengan menggunakan perisian SPSS kajian telah dianalisa dan dilaporkan dalam

bentuk percentage.Keseluruhannya, kajian ini mendapati majoriti responden berpuashati

terhadap suasana bekerja di politeknik, iaitu lebih dapada 60% responden mempunyai min skor 3

hingga 5.Penskoran ini dinilai dari aspek komitmen, penghargaan, suasana kerja dan keselesaan

di tempat kerja di institusi ini.Namun, beberapa penambahbaikan perlu diadakan bagi

meningkatkan lagi prestasi dan kualiti di tempat kerja dalam memenuhi aspirasi transformasi

ini.Kajian ini diharapkan akan membantu politeknik untuk mencerna, memperbaiki dan

meningkatkan suasana bekerja di institusi masing-masing.Kajian ini akhirnya diharapkan dapat

untuk mengisi kekosongan bahan ilmiah berkaitan kepuasan bekerja di organisasi terutamanya di

politeknik, KPT.

Keywords: Politeknik – Pengurusan – Tahap kepuasan bekerja – Penghargaan - Komitmen

1. Pendahuluan

Page 2: TAHAP KEPUASAN BEKERJA DI POLITEKNIK, … kepuasan bekerja.pdf · 2 Setelah lebih empat puluh tahun berdiri teguh sebagai sebuah institusi pendidikan teknikal dan latihan vokasional

2

Setelah lebih empat puluh tahun berdiri teguh sebagai sebuah institusi pendidikan teknikal dan

latihan vokasional negara, politeknik terus bangun dan berkembang dalammenyahut cabaran

arus perdana pendidikan negara. Beberapa polisi baru telah dilancarkan di bawah kepimpinan

YAB Perdana Menteri hari ini; Rancangan Malaysia ke 10, Program Transformasi Kerajaan,

Program Transformasi Ekonomi, Model Baru Ekonomi selaras dengan semangat 1Malaysia;

rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Kementerian Pengajian Tinggi mewartakan

polisinya dalam Plan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (PSPTN) yang kini berada di fasa

kedua pelaksanaannya.Justeru, politeknik tidak dapat tidak turut merangka program bagi

memenuhi aspirasi Negara ini dengan pelancaran Agenda Transformasi Politeknik pada 25

Februari 2010.Hasilnya politeknik diklasifikasikan dengan tiga kategori; premier, konvensional

dan metro.Perkembangan ini pastinya menimbulkan beberapa implikasi besar dalam sistem

pengajian politeknik masa kini.

2. Latar belakang

Umumnya pendidikan di Malaysia berkuatkuatkuasa di bawah beberapa dasar utama pendidikan

Negara; Penyata Razak (1956), Ordinan Pelajaran (1957), Laporan Rahman Talib (1961),

Laporan Kabinet (1975) dan Rang Undang-undang Pendidikan(1995). Pendidikan vokasional di

negara ini bermula dengan Laporan Rahman Talib (1961) dan diperkukuhkan dalam Rang

Undang-undang Pendidikan(1995).Pada tahun 1964, Bahagian Pendidikan Teknikal dan

Vokasional (BPTV), Kementerian Pelajaran Malaysia telah ditubuhkan dan dipertanggungjawab

untuk mempromosikan pendidikan teknikal dan vokasional.Bahagian ini seterusnya diberi status

jabatan dan dinamakan Jabatan Pendidikan Teknikal (JPTek) pada tahun 1995.Selain merangka

polisi, jabatan baru ini juga bertanggungjawab menentukan halatuju pendidikan teknikal dan

vokasional selaras dengan keperluan pengindustrian dan modernisasi negara.Satu bahagian

khusus telah ditubuhkan untuk bertanggungjawab dalam mengurus politeknik iaitu Bahagian

Pengurusan Politeknik.Kini, di bawah teraju Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), politeknik

dikawalselia dibawah Jabatan Pengajian Politeknik.Sejarah politeknik bermula dengan

penubuhan Politeknik Ungku Omar pada tahun 1969 melalui Pelan Colombo di bawah program

UNESCO. Sehingga kini jumlah politeknik telah meningkat kepada 30 buah, iaitu 3 buah

politeknik premier, 24 buah politeknik konvensional 3 buah politeknik metro.Negara

memerlukan 11 buah lagi politeknik baharu iaitu iaitu penambahan 3 buah politeknik

konvensional dan 8 buah politeknik metro (Amanat 2011).

Sebagai peneraju technical education and vocational training (TEVT) politeknik

bertanggungjawab untuk melahirkan teknologis yang berkualiti selaras hasrat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan secara amnya dan Plan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (PSPTN)

secara khususnya.Matlamat ini juga adalah sejajar dengan keperluan industri yang memerlukan

graduat yang kompeten dari segala aspek termasuklah soft skillsdan mempunyai ilmu

keusahawanan.Justeru, adalah penting bagi politeknik untuk mempunyai budaya kerja yang

sihat, bermula dengan visi, misi dan matlamat yang jelas, barisan pengurusan yang cekap

mentadbir dan mengurus, iklim kerja yang kondusif, interaksi yang baik sesama pekerja,

antarapelajar dan komuniti sekitar. Teras Keempat PSPTN adalah untuk memperkasakan insitusi

pengajian tinggi, antaranya ialah untuk memastikan sistem tadbir urus IPT cekap, berkesan dan

Page 3: TAHAP KEPUASAN BEKERJA DI POLITEKNIK, … kepuasan bekerja.pdf · 2 Setelah lebih empat puluh tahun berdiri teguh sebagai sebuah institusi pendidikan teknikal dan latihan vokasional

3

terus menuju kearahautonomi dengan memantapkan kepimpinan dan pengurusan tertuinggi IPT

danmembudayakan sifat profesionalisme di kalangan ahli akademik supaya dapatmemberikan

perkhidmatan yang lebih cemerlang di IPT (PSPTN, KPT).Sehubungan itu, tahap kepuasan

bekerja di kalangan staf tidak dapat tidak menjadi satu elemen penting dalam agenda

transformasi ini.

Pendekatan outcome based education (OBE) dalam curriculum, instructional, assessment (CIA),

peningkatan kompetensi staf, memperkasakan bahasa inggeris di kalangan warga politeknik,

penarafan di bawah polyrate, dasar kualiti jabatan, pengiktirafan, kolaborasi dan

pengantarabangsaan adalah beberapa agenda utama transformasi ini. Beberapa mekanisme baru

telah diperkenalkan dalam memantapkan pengajaran dan pembelajaran; online distance learning

(ODL), elearning dan penggunaan CIDOS. Keperluan pengiktirafan program oleh Malaysia

Qualification Agency (MQA) berdasarkanKerangka Kelayakan Malaysia (MQF) adalah satu lagi

cabaran besar bagi politeknik.Kesemua aktiviti ini direkod dan dipantau di bawah indeks

penunjuk prestasi (KPI) oleh pihak kementerian.Fenomena ini sudah tentunya menambahkan

beban tugas (work load) di kalangan staf.

Locke (1969, 1976) mendifinisikan kepuasan kerja sebagai "a pleasurable or positive emotional

state resulting from the appraisal of one's job or job experiences" iaitu kepuasan kepuasan kerja

sebagai satu tindakbalas pekerja yang berpuashati terhadap kerjanya. Menurut Gruneberg

(1979),kepuasan kerja menjadi tumpuan kerana wujudnya persepsi umum bahawa kepuasan

kerja dapat meningkatkan produktiviti dan banyak manfaat lain kepada organisasi.Kepuasan

bekerja adalah alat pengukur dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi.Sekiranya

organisasi dapat memberikan kepuasan kepada pekerjanya, ianya bukan sahaja

dapatmeningkatkan imej sesebuah organisasi tetapi juga dapat meningkatkan motivasi dan

produktiviti semuapekerjanya. (Sarimah dan Faridatul, 2010). Manakala, Galpin (1996)

mengenal pasti sepuluh elemen yang secara bersama membentukbudaya organisasi iaitu,

peraturan dan polisi, matlamat dan pengukuran, adat istiadat dannorma, latihan, upacara dan

peristiwa, perlakuan pengurusan, ganjaran dan pengiktirafan,komuniti, persekitaran fizikal dan

struktur organisasi (Sarimah & Faridatul, 2010). Mengikut Ott (1989) elemen-elemen formal dan

tidak formal seperti kepercayaanbersama, nilai dan kod moral, kod etika dan ideologi penting

bagi sesebuah organisasi,kerana elemen-elemen ini memberi huraian yang jelas tentang kelakuan

manusia dalamsesebuah organisasi.

Justeru, kajian ini cuba melihat persepsi staf politeknik tentang tahap kepuasan bekerja mereka

di era transformasi ini. Isu utama yang menjadi fokus kajian ini ialah tahap kepuasan bekerja dan

komitmen di kalangan staf yang dianalisa secara umum.Akhirnya, beberapa cadangan ke arah

penambahbaikan akan dicadangkan bagi memperbaiki dan seterusnya meningkatkan lagi prestasi

dan tahap kepuasan bekerja di institusi pendidikan teknikal ini.

3. Objektif Kajian

Page 4: TAHAP KEPUASAN BEKERJA DI POLITEKNIK, … kepuasan bekerja.pdf · 2 Setelah lebih empat puluh tahun berdiri teguh sebagai sebuah institusi pendidikan teknikal dan latihan vokasional

4

Secara umumnya kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji tahap kepuasan bekerja di kalangan

kumpulan pensyarah, pengurusan dan staf sokongan di politeknik, KPT. Kajian ini boleh dicapai

melalui objektif pengenalpastian sama ada kumpulan staf politeknik mempunyai perspektif yang

berbeza terhadap kepuasan bekerja di politeknik.

4. Persoalan Kajian

Idea-idea baru seiring dengan era transformasi politeknik sedikit sebanyak telah membawa

bebanan tugas yang banyak dan terpaksa dipikul oleh semua staf di politeknik. Fenomena ini

dibimbangi akan menimbulkan rasa tidak senang hati ataupun ketidakpuasan bekerja dan tekanan

di kalangan staf. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sama ada

staf pengurusan, staf akademik dan staf sokongan di politeknik berpuashati dengan suasana

bekerja di institusi mereka ataupun tidak.

5. Kerangka kajian

Input ProsesOutput

Rajah 1: Kerangka kajian

Rajah 1 di atas menunjukkan hubungan di antara elemen-elemen yang dipraktiskan di politeknik

iaitu komitmen, mobiliti, pengetahuan, penghargaan, dan waktu bekerja di kalangan staf

politeknik dan tahap kepuasan bekerja. Input-input ini akan dianalisa untuk melihat hubungan

iaitu peningkatan elemen-elemen ini juga akan meningkatkan tahap kepuasan bekerja dan

seterusnya meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja. Proses ini akan berulang sehinggalah

tahap kepuasan kerja adalah tercapai ke tahap yang maksimum dan secara tidak langsungnya

akan meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja.

6. Metodologi Kajian

Komitmen

Mobiliti

Gaji dan faedah

Kepimpinan

Penghargaan

Suasana kerja

Produktiviti

Kualiti Kepuasan

bekerja

Page 5: TAHAP KEPUASAN BEKERJA DI POLITEKNIK, … kepuasan bekerja.pdf · 2 Setelah lebih empat puluh tahun berdiri teguh sebagai sebuah institusi pendidikan teknikal dan latihan vokasional

5

Penyelidikan ini dijalankan di seluruh negara mulai oktober 2010, melibatkan 24 buah politeknik

seluruh Malaysia.Sebanyak 2934 responden telah menjawab soalan kajiselidik ini.Soalselidik ini

telah dibangunkan daripada soalselidik yang telah diubahsuai Ranjit (2010).Ianya telah

diadaptasi dan disesuaikan dengan suasana di politeknik, KPT.Demografi responden dalam

kajian ini direkodkan seperti di jadual 1 di bawah ini.

Politeknik

Kumpulan staf Jumlah

Pengurusan Akademik Sokongan

PBU 2 12 22 36

PTSB 20 46 26 92

PTSS 4 52 30 86

MAS 1 89 1 91

PSP 2 49 16 67

PSIS 8 125 40 173

PKK 10 162 48 220

PKS 7 53 17 77

PMU 8 109 24 141

PMK 8 52 27 87

PKB 12 260 12 284

PSMZA 10 222 45 277

PMM 13 229 58 300

PSA 2 70 11 83

PSAS 4 125 29 158

PBS 2 15 15 32

PNS 1 32 15 48

POLISAS 4 180 14 198

PJB 12 176 55 243

PJK 0 0 2 2

PHT 3 16 9 28

PMJ 2 14 10 26

PSS 1 15 0 16

PPD 2 131 17 150

TP 19 0 0 19

Jumlah 157 2234 543 2934

Jadual 1: Demografi responden

Populasi kajian terdiri daripada kumpulan pengurusan, pensyarah dan staf sokongan

yangberkhidmat di politeknik, KPT. Terdapat 30 buah politeknik padamasa ini dengan populasi

sebenar seramai 9441 orang; staf akademik 7203 orang dan staf bukan akademik 2238 orang

(Quick Facts, 2011). Untuk mewakili populasi, sampeldipilih berdasarkan persampelan rawak,

memandangkan populasi kajian adalahtidak seragam dari segi pengalaman, jawatan, jantina,

kaum dan tempoh berkhidmat. Bilangan respondenkeseluruhan untuk kajian adalah 2934

Page 6: TAHAP KEPUASAN BEKERJA DI POLITEKNIK, … kepuasan bekerja.pdf · 2 Setelah lebih empat puluh tahun berdiri teguh sebagai sebuah institusi pendidikan teknikal dan latihan vokasional

6

orang;157 orang kumpulan pengurusan,2234 orang pensyarah dan 543 orang staf sokongan yang

sedang berkhidmat di politeknikyang dikaji. Jadual 1 menunjukkan jumlah responden yang

terbanyak terdiri daripada PMM (300), diikuti dengan PKB (284), PSMZA (277) dan seterusnya

seperti ditunjukkan di jadual 1 di atas.

Satu kajian rintis telah dijalankan di Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang.Hampir ke semua staf

telah menjawab soal selidik yang diberikan.Beberapa penambahbaikan telah dibuat hasil

daripada kajian rintis ini.

Kepuasan bekerja dianalisa melalui beberapa elemen: komitmen, mobiliti, gaji dan faedah,

kepimpinan, penghargaan dan suasana bekerja. Elemen-elemen ini akan dianalisis berdasarkan

deskriptif analisisdan dilaporkan dalam bentuk percentage. Di samping itu, analisa min juga

akan dilihat bagi melihat tahap penskoran yang diperolehi dalam kajian ini sama ada rendah,

sederhana atau tinggi. Analisis min diterangkan dalam jadual 2 di bawah.

Rendah Sederhana Tinggi

1 hingga 2.5 2.6 hingga 3.5 3.6 hingga 5

Jadual 2: Analisis Min

Jadual 2 di atas menunjukan skala tahap kepuasan bekerja dilihat dalam kajian ini.Julat skor <2.5

menunjukkan tahap kepuasan kerja adalah rendah.Julat skor di antara 2.6 hingga 3.5 adalah

sederhana.Manakala julat skor 3.6> adalah tinggi. Dapatan dan perbincangan di bawah juga akan

menggunakan jadual ini sebagai rujukan sepanjang kajian ini.

7. Analisis Kebolehpercayaan (reliability analysis)

Secara keseluruhannya tahap kepuasan bekerja di politeknik direkodkan dengan Apha = 0.836.

Ini menunjukkan semua soalan yang diajukan kepada staf politeknik adalah sah dan boleh

dipercayai.

8. Dapatan kajian

Berikut akan dibentangkan dapatan utama kajian khususnya tentang kepuasan bekerja di

politeknik. Walaupun banyak isu yang ditanya dalam soal selidik ini, namun hanya beberapa isu

utama yang akan dibincangkan dalam kertas kajian ini iaitu komitmen, mobiliti staf, Gaji dan

faedah, kepimpinan, penghargaan dan suasana kerja di politeknik, KPT.

8.1 Komitmen

Page 7: TAHAP KEPUASAN BEKERJA DI POLITEKNIK, … kepuasan bekerja.pdf · 2 Setelah lebih empat puluh tahun berdiri teguh sebagai sebuah institusi pendidikan teknikal dan latihan vokasional

7

Skala Frequency Percent

sangat tidak setuju 27 .9

tidak setuju 77 2.6

tidak pasti 376 12.8

bersetuju 1892 64.5

sangat bersetuju 562 19.2

Total

Mean

Std. Deviation

2934 100.0

3.98

0.712

Jadual 3: Komitmen

Jadual3 di atas menggambarkan majoriti responden bersetuju dengan sanggup bekerja dengan

lebih kuat demi kejayaan organisasi mereka. Sebanyak 64.5% responden bersetuju dan 19.2%

sangat bersetuju apabila ditanya kesediaan mereka untuk bekerja lebih daripada norma biasa

demi menjayakan visi dan misi politeknik. Ini termasuklah bekerja selepas waktu pejabat, di

hujung minggu juga di hari-hari cuti kelepasan am.Min skor dalam isu ini ialah 3.98 iaitu di

tahap tinggi dan menggambarkan tahap komitmen mereka yang tinggi terhadap politeknik.

Kumpulan staf Skala Jumlah

sangat tidak

setuju tidak setuju tidak pasti bersetuju sangat

bersetuju

pengurusan 0 2 11 86 58 157

staf akademik

26 72 320 1437 379 2234

staf sokongan

1 3 45 369 125 543

Jumlah 27 77 376 1892 562 2934

Jadual 4:Staf dan komitmen

Jadual 4 menunjukkan bahawa kumpulan pengurusan dan persepsimerekaterhadap komitmen.

Kumpulan pengurusan menunjukkan 144orang (92%) bersetuju untuk berusaha dengan gigih

demi kejayaan politeknik. Pensyarah pula pensyarah yang bersetuju untuk bekerja lebih darpada

biasa iaitu seramai 1816 orang (81%). Manakala kumpulan staf sokongan menunjukkkan

kesanggupan mereka untuk bekerja lebih untuk mencapai agenda politeknik iaitu sebanyak 494

orang (91%).Jelasnya, ketiga-tiga kumpulan iaitu, pengurusan, pensyarah dan

sokonganmenunjukkan tahap komitmen yang tinggi terhadap politeknik iaitu mereka sanggup

bekerja lebih demi mencapai matlamat organisasi berbanding kumpulan pensyarah.

Page 8: TAHAP KEPUASAN BEKERJA DI POLITEKNIK, … kepuasan bekerja.pdf · 2 Setelah lebih empat puluh tahun berdiri teguh sebagai sebuah institusi pendidikan teknikal dan latihan vokasional

8

8.2 Mobiliti staf

Skala Frequency Percent

sangat tidak setuju 324 11.0

tidak setuju 574 19.6

tidak pasti 879 30.0

bersetuju 811 27.6

sangat bersetuju 346 11.8

Total

Mean

Std. Deviation

2934 100.0

3.10

1.173

Jadual 5:Mobiliti

Apabila responden ditanya tentang kesediaan mereka untuk berpindah ke politeknik lain, data

yang diperolehi adalah menarik di mana 30% responden tidak pasti sama ada sanggup ditukarkan

ataupun tidak, manakala 30.6% staf di politeknik tidak sanggup untuk berpindah. Ini adalah

kerana keselesaan mereka di tempat sedia ada telah mempengaruhi sikap staf tersebut daripada

berpindah ke tempat lain. Data yang diperolehi juga menunjukkan 39.4% staf politeknik sanggup

dipindahkan ke tempat lain walaupun melakukan kerja yang sama. Jadual 5 di atas memberikan

gambaran yang jelas tentang isu ini.

Kumpulan Staf Skala Jumlah

sangat tidak

setuju tidak setuju tidak pasti bersetuju sangat

bersetuju

pengurusan staf akademik staf sokongan

13 43 48 36 17 157

270 424 634 625 281 2234

41 107 197 150 48 543

Jumlah 324 574 879 811 346 2934

Jadual 6: Staf dan mobiliti

Jadual 6 di atas menggambarkan 694 orang (31%)dari pada kumpulan pengurusan,54 orang

(35%) pensyarah, 148 orang (38%) daripada staf sokongan tidak dan sangat tidak bersetuju

untuk berpindah tempat kerja. Ini bermakna kira-kira 30-40 peratus staf politeknik tidak bersedia

Page 9: TAHAP KEPUASAN BEKERJA DI POLITEKNIK, … kepuasan bekerja.pdf · 2 Setelah lebih empat puluh tahun berdiri teguh sebagai sebuah institusi pendidikan teknikal dan latihan vokasional

9

untuk berpindah dan mereka lebih sedia bekerja di tempat sendiri walaupun diarahkan berpindah

di atas kepentingan perkhidmatan.

8.3 Gaji dan faedah

Skala Frequency Percent

sangat tidak setuju 198 6.7

tidak setuju 462 15.7

tidak pasti 867 29.6

bersetuju 1204 41.0

sangat bersetuju 203 6.9

Total

Mean

Std. Deviation

2934 100.0

3.26

1.024

Jadual 7: Gaji dan faedah

Jadual 7 di atas menunjukkan hampir separuh iaitu masing-masing 41% dan 6.9% daripada staf

politeknik bersetuju dan sangat bersetuju mereka mendapat gaji yang lumayan darpada hasil

pekerjaan mereka sekarang. Manakala 29.6% berasa tidak pasti dan selebihnya iaitu 22.4%

berpendapat gaji mereka adalah tidak mencukupi. Ini menunjukan kedudukan gaji dan proses

kenaikan gaji yang diamalkan sekarang ini adalah sesuai dan mampu menampung kos sara hidup

di kalangan staf politeknik. Ia juga secara tidak langsungnya, membantu meningkatkan kepuasan

kerja di kalangan staf.Seseorang akan berpuas hati dengan pekerjaannya sekiranya ia berpuas hati

dengan gaji dan peluang kenaikan pangkat (Heneman et al.,1988).

Skala Jumlah

sangat tidak

setuju tidak setuju tidak pasti bersetuju sangat

bersetuju

pengurusan staf akademik staf sokongan

3 21 38 66 29 157

179

380

678

872

125

2234

16 61 151 266 49 543

Jumlah 198 462 867 1204 203 2934

Jadual 8: Staf dan gaji dan faedah

Jadual 8 merekodkan bahawa 95 orang (61%) responden daripada kumpulan pengurusan, 997

orang (45%) pensyarah dan 315 orang (58%)mengakui bahawa gaji dan faedah yang mereka

terima adalah mencukupi. Jadual ini juga memberikan gambaran bahawa lebih daripada separuh

Page 10: TAHAP KEPUASAN BEKERJA DI POLITEKNIK, … kepuasan bekerja.pdf · 2 Setelah lebih empat puluh tahun berdiri teguh sebagai sebuah institusi pendidikan teknikal dan latihan vokasional

10

staf politeknik iaitu kumpulan pengurusan dan staf sokongan sahaja yang berpuashati dengan

gaji yang mereka terima. Manakala hanya 45% responden daripada kumpulan pensyarah sahaja

yang berpuashati, 30% berada dalam keadaan tidak pasti dan 35% tidak berpuashati dengan gaji

dan faedah yang diterima oleh mereka. Dapatan ini telah menyokong dapatan daripada kajian di

kalangan pensyarah PUO yang mendapati bahawa faktor gaji, kenaikan pangkat dan suasana

kerja menyebabkan mereka mendapat kepuasan kerja yang rendah (Azurahani Bahari, 2004).

8.4 Kepimpinan

Skala Frequency Percent

sangat tidak setuju 95 3.2

tidak setuju 212 7.2

tidak pasti 726 24.7

bersetuju 1531 52.2

sangat bersetuju 370 12.6

Total

Mean

Std. Deviation

2934 100.0

3.64

0.907

Jadual 9: Kepimpinan

Jadual 9 di atas mempamerkan bahawa 64.8% bersetuju bahawa mereka diberikan layanan yang

sempurna oleh ketua mereka.Dalam konteks ini ketua dilihat sebagai Pengarah, Timbalan

Pengarah dan Ketua Jabatan di institusi masing-masing. Walau bagaimanapun, kira-kira 10.5%

responden menyatakan mereka tidak diberikan layanan yang adil oleh pihak pentadbir, manakala

24.7% tidak pasti akan kedudukan ini. Ini menunjukkan bahawa masih terdapat ruang yang

masih boleh dan perlu diperbaiki dalam memantapkan tadbir urus di politeknik.Ini adalah selaras

dengan pandangan Meadows (1980) iaitu kepuasan bekerja boleh ditingkatkan sekiranya organisasi atau

majikan mempunyai dasar-dasarpentadbiran yang baik. Min skor dalam aspek ini adalah tinggi iaitu 3.64

menggambarkan responden lebih bersetuju bahawa mereka dilayan dengan baik oleh majikan mereka.

Skala Jumlah

sangat tidak

setuju tidak setuju tidak pasti bersetuju sangat

bersetuju

pengurusan 1 6 18 87 45 157

Page 11: TAHAP KEPUASAN BEKERJA DI POLITEKNIK, … kepuasan bekerja.pdf · 2 Setelah lebih empat puluh tahun berdiri teguh sebagai sebuah institusi pendidikan teknikal dan latihan vokasional

11

staf akademik 82 175 574 1168 235 2234

staf sokongan 12 31 134 276 90 543

Jumlah 95 212 726 1531 370 2934

Jadual 10: Staf dan kepimpinan

Dari aspek persepsi staf terhadap pemimpin mereka dapat dilihat dalam jadual 10 di atas.Jadual

ini menunjukkan bahawa mereka dilayan dengan baik oleh ketua mereka iaitu oleh pengarah,

timbalan pengarah dan ketua jabatan masing-masing. Data yang diperolehi mencatatkan bahawa

132 orang (84%) di kumpulan pengurusan bersetuju mereka dilayan dengan baik. Manakala

pensyarah dan staf sokongan masing-masing 1403 orang (63%) dan 366 orang (67%).

Gambaran ini jelas menunjukkan bahawa lebih 60% staf di politeknik adalah berpuashati dengan

kepimpinan yang ada di politeknik hari ini.

8.5 Penghargaan

Skala Frequency Percent

sangat tidak setuju 110 3.7

tidak setuju 314 10.7

tidak pasti 975 33.2

bersetuju 1297 44.2

sangat bersetuju 238 8.1

Total

Mean

Std. Deviation

2934 100.0

3.42

0.919

Jadual 11: Penghargaan

Dari aspek penghargaan oleh pihak politeknik, hanya 52.9% sahaja iaitu sangat besetuju (8.1%)

dan bersetuju (44.2%).Responden mengatakan bahawa mereka diberikan penghargaan oleh pihak

politeknik. Penghargaan sama ada berbentuk imbuhan kewangan, kenaikan pangkat dan pujian

adalah termasuk dalam konteks ini. Manakala 14.4% menyatakan mereka tidak tidak diberikan

penghargaan yang sewajarnya oleh politeknik. Sebanyak 33.2% responden berada dalam

keadaan tidak pasti sama ada mereka mendapat penghargaan ataupun tidak daripada superior

mereka. Min skor 3.42 adalah di tahap yang sederhana.

Skala Jumlah

sangat tidak

setuju tidak setuju tidak pasti bersutuju sangat

bersetuju

Page 12: TAHAP KEPUASAN BEKERJA DI POLITEKNIK, … kepuasan bekerja.pdf · 2 Setelah lebih empat puluh tahun berdiri teguh sebagai sebuah institusi pendidikan teknikal dan latihan vokasional

12

pengurusan 2 10 38 79 28 157

staf akademik 96 263 758 965 152 2234

staf sokongan 12 41 179 253 58 543

Jumlah 110 314 975 1297 238 2934

Jadual 12: Staf dan penghargaan

Jadual 12 memperincikan persepsi staf politeknik terhadap isu ini.Sebanyak 107 orang (68%) di

kalangan kumpulan pengurusan mengatakan mereka dihargai dengan tugasan yang mereka

laksanakan.Kumpulan pensyarah dan staf sokongan pula masing-masing menunjukkan rasa

dihargai dengan 1117 (50%) dan 311 (57%).Ini menunjukkan kedua-dua kumpulan mendapat

penghargaan yang sederhana sahaja ke atas kerja yang mereka lakukan.Keadaan ini

menggambarkan amalan yang kurang baik berlaku di politeknik di mana akhirnya boleh

menjejaskan kualiti kerja di kalangan staf sokongan dan pensyarah ini.

8.6 Suasana kerja

Skala Frequency Percent

sangat tidak setuju 122 4.2

tidak setuju 288 9.8

tidak pasti 743 25.3

bersetuju 1338 45.6

sangat bersetuju 443 15.1

Total

Mean

Std. Deviation

2934 100.0

3.58

0.996

Jadual 13: Suasana kerja

Jadual 13 memaparkan sebanyak 60.7% staf politeknik menghargai memuji dan berpuashati

dengan suasana bekerja di politeknik masing-masing.Ini menunjukkan mereka berpuas hati

dengan keadaan dan suasana kerja sedia ada di politeknik.Manakala, 25.3% tidak pasti dan 18%

sahaja tidak memuji suasana berkerja mereka di politeknik.Min skor 3.58 adalah tinggi dalam

aspek ini menggambarkan responden lebih memilih untuk bersetuju bahawa mereka berpuashati

dengan suasana bekerja mereka. Ini termasuklah waktu bekerja, rakan sekerja, beban kerja dan

seumpamanya.

Page 13: TAHAP KEPUASAN BEKERJA DI POLITEKNIK, … kepuasan bekerja.pdf · 2 Setelah lebih empat puluh tahun berdiri teguh sebagai sebuah institusi pendidikan teknikal dan latihan vokasional

13

Skala Jumlah

sangat tidak

setuju tidak setuju tidak pasti bersetuju sangat

bersetuju

pengurusan staf akademik staf sokongan

0 13 24 77 43 157

112 246 598 985 293 2234

10 29 121 276 107 543

Jumlah 122 288 743 1338 443 2934

Jadual 14: Staf dan suasana kerja

Jadual 14 menunjukkan bahawa min skor bagi tahap kepuasan ini berada di tahap yang tinggi

iaitu min skor sebanyak 3.58. Sebanyak 120orang (76%) staf pengurusan dan 383 orang (71%) di

kalangan staf sokongan bersetuju dan sangat bersetuju dengan suasana bekerja di politeknik.

Manakala 1278 orang (57%) responden di kalangan pensyarah sahaja yang berada dalam

kategori ini. Ringkasnya, lebih 70% daripada staf pengurusan dan sokongan sangat bersetuju

dengan keadaan bekerja di sistem politeknik berbanding dengan pensyarah.

9. Cadangan-cadangan

Berikut dicadangkan beberapa pendekatan bagi memantapkan lagi institusi politeknik:

9.1 Satu kajian menyeluruh terhadap tahap kepuasan bekerja hendaklah dilakukan bagi

mengukuhkan lagi kajian ini. Ia hendaklah merangkumi aspek visi dan misi politeknik, iklim

bekerja, interaksi di antara staf, orientasi pelanggan dan sebagainya.

9.2 Adalah dicadangkan supaya pihak yang berkenaan agar dapat menyediakan suasana kerja

yang lebih baik kepadastaf di Politeknik. Ini termasuklah keperluan ruang, peralatan dan

peruntukan kewangan yang sewajarnya bagi meningkatkan lagi tahap kepuasan bekerja di

kalangan staf politeknik.

9.3 Konsep kepuasan bekerja dan berpuashati juga hendaklah dilihat dalam perspektif yang

lebih luas dan menyeluruh iaitu dari aspek keagamaan. Islam khususnya menyeru umatnya untuk

bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t. Justeru, konsep etika kerja

Islam merupakan salah satu cara untuk meningkatkan prestasi kerja di kalangan pekerja di

politeknik.

10. Kesimpulan

Page 14: TAHAP KEPUASAN BEKERJA DI POLITEKNIK, … kepuasan bekerja.pdf · 2 Setelah lebih empat puluh tahun berdiri teguh sebagai sebuah institusi pendidikan teknikal dan latihan vokasional

14

Kajian ini cuba melihat persepsi staf politeknik tentang tahap kepuasan bekerja mereka di

politeknik. Keseluruhannya, kajian mendapati bahawa tahap kepuasan staf di politeknik hanya

berada di sekitar 60-70 peratus sahaja pada masa kini.Manakala 30-40% staf masih berada di

tahap tidak pasti dan kurang berpuashati dengan keadaan bekerja mereka pada hari ini. Beberapa

penambahbaikan sepatutnya dilakukan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan

Pengajian Politeknik dan politeknik masing-masing bagi meningkatkan tahap kepuasan bekerja

di kalangan staf sama ada di kalangan staf pengurusan, akademik mahupun staf sokongan.

Antaranya menggunakan sumber dengan cekap, menambahkan peruntukan kewangan, latihan

peningkatan dan pengukuhan staf dan sebagainya.Kajian ini adalah selaras dengan dapatan

kajian oleh Azurahani Bahari (2004) tentang tahap kepuasan bekerja di Politeknik Ungku Omar

(PUO) yang mendapati bahawa pensyarah di Politeknik Ungku Omar mendapat kepuasan kerja

yang sederhana sahaja.

RUJUKAN

Page 15: TAHAP KEPUASAN BEKERJA DI POLITEKNIK, … kepuasan bekerja.pdf · 2 Setelah lebih empat puluh tahun berdiri teguh sebagai sebuah institusi pendidikan teknikal dan latihan vokasional

15

Amanat Tahun 2011, Pengajian Tinggi Ke Arah Transformasi Negara, oleh YB Dato’Seri

Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi, Dewan A, PICC, 17 Januari 2011.

AzurahaniBahari (2004) Kepuasan kerja di kalangan pensyarah : kajian kes perbandingan

Politeknik Ungku Omar dan Kolej Cosmopoint. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun

Hussein Onn (unpublished).

Gruneberg, M. (1979). Understanding job satisfaction. London: Macmillan Press Ltd.

Locke, E. A. (1969). What is Job Satisfaction? OB and Human Performance, Vol. 4, pp. 309-

336.

Locke, E. A. (1976). The Nature and Causes of Job Satisfaction. In Dunnette, M.D. (Ed.),

Handbook of the Industrial and Organizational Psychology. Chicago: Rand McNally

Galpin, T. (1996) Connecting culture to organizational change. HR Magazine, Volume 41, Issue

3,pp 84-90.

Heneman.R.L, Greenberger.D.B., and Strasser.S. (1988) The Relationship Between Pay

forPerformance Perceptions and Pay Satisfaction, Personnel Psychology, Volume 41, Issue 4,

pp. 745–759

Meadows, I. S. G. (1980) Organic structure and innovation in small work groups.Human

Relations, 33, pp. 369-382.

Ott, J. S. (1989). The organizational culture perspective.Pacific Grove, CA: Brooks-

Cole. Peters, T. J., &Waterman, R, H. (1982). In search of excellence.New York: Harper.

Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Quick Facts, March 2011, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi

Malaysia.

Ranjit Singh Malhi, Kursus Effective Academic Leadership, Glenmarie Hotel, Shah Alam, 19-21

July 2010.

SarimahIsmail danFaridatul AkmarTalip (2010) Kepuasan Bekerja Staf Akademik Jabatan

Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia,

Skudai. pp. 1-7. (Unpublished)