saluran komunikasi warga risda · kealpaan. marilah kita bersama-sama berganding bahu, berdiri...

24
Diucapkan kepada RISDA kerana berjaya mendapat Pensijilan ISO/IEC 27001:2005 Diucapkan kepada RISDA kerana berjaya mendapat Pensijilan Semula MS ISO 9001:2008

Upload: others

Post on 17-Feb-2020

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Saluran Komunikasi Warga RISDA · kealpaan. Marilah kita bersama-sama berganding bahu, berdiri teguh sebagai Komuniti Getah, memperkasakan Agenda Transformasi RISDA menjadi sebuah

Diucapkan kepada RISDA kerana berjaya mendapat

Pensijilan ISO/IEC 27001:2005

Diucapkan kepada RISDA kerana berjaya mendapat

Pensijilan Semula MS ISO 9001:2008

Page 2: Saluran Komunikasi Warga RISDA · kealpaan. Marilah kita bersama-sama berganding bahu, berdiri teguh sebagai Komuniti Getah, memperkasakan Agenda Transformasi RISDA menjadi sebuah

abir 2014 dilabuhkan dengan tragedi banjir yang dasyat di kawasan pantai timur Malaysia terutamanya Negeri Kelantan Darul Naim.

Warga RISDA turut merasai keperitan mangsa-mangsa banjir apatah lagi pejabat-pejabat RISDA Jajahan di Negeri Kelantan turut menjadi mangsa. Sehubungan itu, skuad misi bantuan banjir RISDA ditubuhkan bagi membantu mangsa-mangsa banjir dari segi kutipan derma kilat berbentuk wang, pakaian, makanan dan juga memerah tenaga bagi menyampaikan bantuan. Majlis bacaan doa selamat, yassin & tahlil juga diadakan agar dipermudahkan segala urusan ketika menghadapi ujian Allah ini. Alhamdulillah, keprihatinan kerajaan dalam menyampaikan bantuan, tirai 2015 merupakan satu jendela baru bagi menempuh hari-hari mendatang dengan suasana dan azam baru.

Marilah kita sama-sama memanjatkan syukur kerana dilahirkan di dalam Negara yang aman damai dan mempunyai Pemimpin yang prihatin terhadap kesusahan rakyat. Semoga tahun 2015 membawa harapan baru, impian baru dan semangat baru.

- Pn. Norhayati bt. Abdul GaffoorKetua Pengarang

EDITO

RIAL

PenaungDato’ Sri Wan Mohamad Zuki Hj. Mohamad

PenasihatDato’ Mohamed Alang Abdul Hamid

Ketua Pengarang

Norhayati bt. Abdul Gaffoor

Timbalan Ketua Pengarang

Muhammad Adnin Bakir b. Abu Bakar

Pengarang/EditorSiti Fatiha bt. Sholehudin

PenulisMuhammad Fikhry Zulkhifly

Sharudin AbdullahSalasiah Abdul Wahab

Jashairol Adnin Hj. ShaidinPenulis-penulis Negeri

JurufotoNasri Rahmat

Abd. Malek KassimAhmad Shahdan Md. Sidek

PengedaranSiti Aishah bt. Abd. Razak

Jashairol Adnin Hj. ShaidinMohd. Fitri Rosmin

Kami mengalu-alukan sumbangan karya berbentuk

penulisan kreatif, puisi, pantun, syair, kata-kata hikmah/

mutiara kata, foto, selain rencana mengenai peristiwa di PT

untuk dimuatkan di dalam Buletin ini. Sila hantarkan

karya anda kepada :

Ketua Pengarang RISCOMBahagian Komunikasi Korporat

Tingkat 2, Bangunan RISDAKM 7, Jalan Ampang

Karung Berkunci 1106750990 Kuala Lumpur

Tel: 03-42564022Faks: 03-42565599

Email: [email protected]

2 BuletinRISCOM

KANDUNGAN

T

Amanat Pengurusan RISDA 1

Dari Meja Ketua Pengarang 2

Amanat Pengurusan RISDA 3

RISDA Juara STL Zon Tengah 4

SQUAD BANJIRSedia Membantu 5 Bantuan Mangsa Banjir Di PRD KemamanPejabat RISDA Hulu Terengganu Hulur Bantuan 6 Tahlil Perdana RISDA 7

Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 8

Tunai Umrah Bersama Dato' Sri Ketua Pengarah 9 Warga RISDA Dirai Dalam Majlis MALAM CAHAYA KASIH 10

Pencarian Kasih Sayang Dalam Program WALK THE LOVE 2.0 11

Klik RISCCOM : IMBASAN KEJAYAAN RISDA 12-13

PUSPANITA Cawangan KKLW Bersidang Di RISDA 14 Kolej Universiti Agrosains Malaysia Melangkah Lebih Jauh 15

Lawatan UPE Ke Sabah & Sarawak 16

Jaringan Di Antara RISDA & SMR Diperkukuh 17

Briged Seni Negeri Diperkasa 18

Pergimu Tiada Galang Ganti 19

Majlis Pelancaran Seminar Kepimpinan Akar Umbi Peringkat Negeri Sarawak 20 Iklan UCAM (Dahulu Dikenali Sebagai Kolej RISDA) 21

Sajak : SUKARELAWANKU 22

R&R RISCOM 23

Muka Belakang 24

Page 3: Saluran Komunikasi Warga RISDA · kealpaan. Marilah kita bersama-sama berganding bahu, berdiri teguh sebagai Komuniti Getah, memperkasakan Agenda Transformasi RISDA menjadi sebuah

Oleh : Siti Fatiha Sholehudin

Keterujaan warga RISDA memenuhi auditorium bagi mendengar amanat yang akan disampaikan oleh Ketua Pengarah RISDA.Penyampaian buku amanat kepada Pengurusan Tertinggi RISDA.

3Saluran Komunikasi Warga RISDA

ejayaan yang telah dikecapi pada tahun 2014 bukanlah sebagai satu titik nokhtah untuk Pengurusan RISDA sekadar memeluk tubuh menghadapi tahun 2015. Cabaran 2015 adalah untuk mengekalkan kejayaan-kejayaan yang digapai serta mencipta kejayaan-kejayaan lain

bagi mengharumkan nama RISDA di mata dunia.

Pada tahun 2012, tagline Amanat Pengurusan RISDA berbunyi “Memenangi Produktiviti, Memeluk Kesejahteraan”. Manakala, tema bagi tahun 2013 “Mendepani Produktiviti, Menebar Kesejahteraan, Kekuatan Dari Banyak” dan pada tahun 2014 : Mengurus Persepsi, Mengukuh Produktiviti, Ke Arah RISDA Perkasa. Melalui tagline-tagline ini, ianya menggambarkan kesinambungan usaha RISDA dalam meningkat kemajuan komuniti getah. Maka, Amanat Pengurusan RISDA 2015 yang telah diadakan pada 16 Januari 2015 yang lalu telah menggariskan beberapa perkara demi melakar kejayaan yang lebih cemerlang. Penyediaan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) telah pun bermula. Jadi adalah penting untuk RISDA mengemaskini prestasi program-program pembangunan sama ada dari segi prestasi kewangan mahupun matlamat dan pencapaian setiap program. Amanat Pengurusan RISdA 2015 digubal dan dirangka dengan focus untuk meningkatkan taraf hidup pekebun kecil, memacu keupayaan warga RISDA memastikan pertumbuhan pembangunan ekonomi pekebun kecil dengan matlamat keseluruhan mengutamakan kesejahteraan warga RISDA.

Sekiranya pada tahun 2014 diisytiharkan sebagai tahun bertindak, maka pada tahun ini satu anjakan perlu diolah. Sehubungan itu, cabang keusahawanan perlu diperkasakan dan dijadikan sebagai bidang hasil utama demi menjana ekonomi pekebun kecil. Kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi melestari segala strategi yang telah diatur demi masa depan RISDA amnya dan masa depan komuniti pekebun kecil khasnya. Bak kata-kata YBhg. Dato’ Sri Pengerusi & Ketua Pengarah RISDA “Sedarlah sekiranya kita masih dilamun kelekaan. Bangkitlah sekiranya kita masih dibelenggu kealpaan. Marilah kita bersama-sama berganding bahu, berdiri teguh sebagai Komuniti Getah, memperkasakan Agenda Transformasi RISDA menjadi sebuah agensi yang disegani di persada antarabangsa dan menjadikan Perkhidmatan RISDA yang diyakini seluruh rakyat dan generasi akan datang”

K

BAGUS...Tanda 'bagus' dengan harapan impian akan terlaksana.

Page 4: Saluran Komunikasi Warga RISDA · kealpaan. Marilah kita bersama-sama berganding bahu, berdiri teguh sebagai Komuniti Getah, memperkasakan Agenda Transformasi RISDA menjadi sebuah

endela Tahun 2015 dibuka dengan kejuaraan RISDA dalam Liga Sepak Takraw (STL) Zon Tengah setelah menewaskan Kerinchi Club B pada perlawanan akhir di Dewan Bola Keranjang, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Bukit Serindit.

Bekas Tekong Kebangsaan, Sulaiman Salleh, Rizal Maamor dan juga bekas pelapis kebangsaan, Ahmad Farid Zainuddin menang dua set berturut dengan 21-5, 21-18. Kemenangan ini menobatkan mereka sebagai Juara STL Zon Tengah dengan membawa pulang wang tunai RM5,000.Berita kemenangan pasukan RISDA ini, telah mendapat liputan daripada akhbar Utusan Malaysia, Harian Metro dan Sinar Harian dan ini merupakan satu penghormatan besar sempena pembukaan tirai tahun 2015.

Abd. Malek Md Zainon selaku Pengurus Pasukan berasa amat bangga dengan kejayaan kumpulan takraw RISDA itu yang telah melayakkan mereka beraksi di pentas Grand Final nanti. Tahniah diucapkan!

J

4 BuletinRISCOM

Oleh : Siti Fatiha Sholehudin

Pasukan RISDA serius mengatur strategi JOHAN STL Zon Tengah sah milik Pasukan RISDA!

Page 5: Saluran Komunikasi Warga RISDA · kealpaan. Marilah kita bersama-sama berganding bahu, berdiri teguh sebagai Komuniti Getah, memperkasakan Agenda Transformasi RISDA menjadi sebuah

encana alam yang menimpa rakyat pantai timur Malaysia dianggap sebagai satu ujian dalam menjalani kehidupan. Musibah yang melanda rakyat Kelantan dan Terengganu tidak pula dipandang ringan oleh kakitangan Ibu Pejabat RISDA.

Satu squad misi bantuan banjir telah ditubuhkan bagi membantu mangsa-mangsa banjir dengan membersihkan pejabat dan rumah kakitangan Institut Kemajuan Pekebun kecil (IKPK) Bukit Sireh, Kuala Krai. Seramai 30 orang warga kerja Ibu Pejabat RISDA telah menawarkan diri sebagai sukarelawan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan. Squad dilepaskan dengan restu YBhg. Dato’ Sri Ketua Pengarah di Pintu Hadapan Ibu Pejabat RISDA.

Skuad Sukarelawan Banjir ini telah berkampung di IKPK Bukit Sireh selama 4 hari 3 malam bermula 8 Januari hingga 11 Januari 2015 yang diketuai oleh Tn. Hj. Amran Muhammad daripada Bahagian Latihan.

5Saluran Komunikasi Warga RISDA

Oleh : Sharudin Abdullah

B

Dato’ Sri KP merestui sukarelawan RISDA menyertai Skuad Misi Bantuan Banjir.

Para sukarelawan yang telah siap sedia menyumbang tenaga.Antara Barisan Pengurusan yang memberi sokongan kepada Skuad Banjir RISDA

Page 6: Saluran Komunikasi Warga RISDA · kealpaan. Marilah kita bersama-sama berganding bahu, berdiri teguh sebagai Komuniti Getah, memperkasakan Agenda Transformasi RISDA menjadi sebuah

Oleh : Syed Soffian Sauri B. Syed Nasir

Oleh : Syed Soffian Sauri B. Syed Nasir

6 BuletinRISCOM

Ketua Pengarah RISDA menyerahkan sumbangan kepada kakitangan yang terlibat dalam bencana banjir dan diiringi oleh pengarah RISDA Negeri Terengganu.

Ketua Pengarah RISDA sedang membelek barangan yang akan diberikan kepada mangsa banjir.

Pengarah RISDA Negeri Terengganu , Tn. Hj Rusly Bin Yaacobsedang membincangkan sesuatu bersama Ketua Pengarah RISDA.

Tekun para sukarelawan membuat kerja-kerja pembersihan.

Barisan sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan RISDA Negeri Terengganu dan Daerahnya.

Bhg. Dato’ Sri Wan Mohamad Zuki bin Hj. Mohamad diiringi Pengarah RISDA Negeri Terengganu, Tn. Hj. Rusly b. Yaacob, Pengarah Bhg. Latihan, Pengarah Bhg. Pentadbiran, Pengarah BTSP, Pengarah Bhg. Program Khas dan wakil RISDA Holdings Sdn. Bhd telah turun ke PRD Kemaman untuk melawat dan mengagihkan bantuan kepada kakitangan RISDA yang terlibat dengan bencana banjir.

Seramai 42 orang kakitangan RISDA yang menjadi mangsa banjir telah menerima bantuan wang tunai RM200/keluarga dan juga barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, susu, biskut, gula dan lain-lain. Bantuan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban mangsa banjir.

ertarikh 8 Januari 2015 Pejabat RISDA Negeri Trengganu dan Daerah telah mengadakan Program Misi Bantuan Banjir di

Negeri Kelantan bagi membantu mangsa banjir di daerah Bukit Sireh dan Tanah Merah.

84 kakitangan RISDA Terengganu dan Daerah telah menghulurkan bantuan dengan pecahan kepada dua kumpulan di mana 28 orang membantu di IKPK Bukit Sireh manakalan 56 orang di PRJ Tanah Merah. Ianya sejajar dengan ucapan YBhg Ketua Pengarah RISDA di Pejabat RISDA Kemaman yang menggalakkan staf dan kakitangan untuk member bantuan kepada mangsa banjir. En. Esa b. Rahimin selaku Timbalan Pengarah RISDA Negeri Terengganu, telah mengagihkan bantuan dari segi makanan ringan, plastik hitam, minuman, pakaian hasil kutipan daripada warga RISDA Negeri Terengganu dan RISDA Negeri Sembilan kepada kakitangan PRJ Tanah Merah yang telah terjejas akibat banjir.

Bagi kerja mencuci dan mensisih di IKPK Bukit Sireh, kakitangan RISDA Terengganu dan Ibu Pejabat telah bergabung tenaga membersihkan segala perabot dan peralatan yang kotor ditenggelami air. Program sebegini bukan sahaja menerapkan nilai keperimanusiaan sesama manusia tetapi juga mengeratkan silaturrahim di antara rakan-rakan berbumbungkan RISDA.

Y

B

Page 7: Saluran Komunikasi Warga RISDA · kealpaan. Marilah kita bersama-sama berganding bahu, berdiri teguh sebagai Komuniti Getah, memperkasakan Agenda Transformasi RISDA menjadi sebuah

ada 9 Januari 2015 bertempat di Dewan Gemalasari, Ibu Pejabat, satu majlis tahlil perdana

telah diadakan yang dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Mohamat b. Muda, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) RISDA.

Bacaan tahlil dan solat hajat telah dipimpin oleh Ustaz Subki Osman. Majlis ini dimulakan dengan tazkirah seterusnya solat hajat dan diakhiri dengan bacaan tahlil bagi mendoakan mangsa-mangsa banjir terutamanya warga kerja RISDA di Kelantan dan Terengganu yang telah terjejas akibat banjir.

Seluruh warga RISDA bersimpati dan mendoakan agar banjir yang melanda di negeri pantai timur segera pulih seperti sedia kala, dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi bencana yang tidak dapat dielakkan ini. Semoga bencana ini dijadikan satu titian untuk kita bermuhasabah dalam mendekatkan diri dengan Maha Pencipta.

Oleh : Salasiah Abd. Wahab

7Saluran Komunikasi Warga RISDA

Bacaan Tahlil yang dipimpin oleh Ustaz Subki Osman.

P

Kaum Hawa yang turut menyertai Majlis Tahlil Perdana.

Antara Pengarah Bahagian yang memeriahkan Majlis Tahlil Perdana RISDASolat Hajat bagi mendoakan kesejahteraan mangsa banjir.

Page 8: Saluran Komunikasi Warga RISDA · kealpaan. Marilah kita bersama-sama berganding bahu, berdiri teguh sebagai Komuniti Getah, memperkasakan Agenda Transformasi RISDA menjadi sebuah

ada 2 Januari 2015 yang lalu umat Islam menyemarakkan sambutan maulidur Rasul 1436 Hijrah dengan acara perarakan dan berselawat sambil

memperingati pengorbanan Nabi Muhammad SAW dalam memperjuangkan Islam.

Sambutan Peringkat Kebangsaan bertemakan ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’ berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya. Ia bermula dengan perarakan dari 149 kontijen membabitkan lebih 12,000 peserta termasuk kontijen dari RISDA.

Peserta berarak sambil berselawat sejauh 1.7 kilometer bermula di hadapan Bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalu Persiaran Perdana menuju ke Masjid Putra. Dalam perarakan itu, RISDA disertai seramai 100 orang terdiri daripada pegawai dan warga kerja RISDA Ibu Pejabat dan Syarikat Milikan RISDA yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Hj. Mohamat b. Muda.

RN Negeri Sarawak tidak ketinggalan dalam menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul yang telah diadakan pada 9 Januari 2015 di

PRN Sarawak. Ustaz Abdul Rahim b. Othman, Pensyarah dari Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) telah dijemput bagi menyampaikan Ceramah kepada 50 orang kakitangan dari PRN Sarawak dan juga PRB Samarahan.

Bacaan Tahlil turut diadakan bagi mengisi program sambutan Maulidur Rasul ini dan ianya berjalan lancar dan penuh meriah.

Oleh : Sharudin Abdullah

Oleh : PTN Sarawak

P

P

8 BuletinRISCOM

Segak berarak bagi menyemarakkan Maulidur Rasul.

Barisan Kontijen Perarakan Maulidur Rasul RISDA.

Keceriaan di wajah Kontijen RISDA sempena Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan.

Ustaz Abdul Rahim menyampaikan ceramah sempena Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak

Bacaan tahlil sebagai pelengkap majlis sambutan maulidur rasul

Penyampaian cenderahati tanda kenangan oleh Pengarah RISDA Negeri Sarawak sejurus tamat Ceramah .

Perarakan Kontijen RISDA yang diketuai oleh YBhg. Dato' Hj. Mohamat b. Muda, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan).

Page 9: Saluran Komunikasi Warga RISDA · kealpaan. Marilah kita bersama-sama berganding bahu, berdiri teguh sebagai Komuniti Getah, memperkasakan Agenda Transformasi RISDA menjadi sebuah

Oleh : Salasiah Abd. Wahab

9Saluran Komunikasi Warga RISDA

Sokongan jitu buat Peserta Umrah 2015.

Bacaan Doa selamat dibacakan sebelum peserta umrah bertolak ke KLIA.

Antara Peserta Umrah Tahun 2015

Taklimat Daripada Pengerusi Eksekutif Andalusia sebelum berlepas.

ejak tahun 2012, RISDA telah menganjurkan Program Umrah bersama Ketua Pengarah dan tahun ini merupakan tahun yang

ke-empat program ini diadakan. Program ini dijadikan satu aktiviti tahunan sebagai satu insentif untuk memotivasikan warga RISDA dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Ini juga menunjukkan, Pengurusan RISDA amat prihatin terhadap kebajikan staf yang tidak tertumpu kepada perihal pekerjaan tetapi ianya juga menitikberatkan ibadah dan tuntutan agama.

Pada 18 Februari hingga 1 Mac 2015 yang lalu, telah menjadi satu tarikh keramat bagi 78 orang peserta umrah di mana 12 orang daripadanya merupakan penerima pembiayaan pakej umrah daripada RISDA. 4 orang penerima insentif umrah adalah staf dan kakitangan RISDA manakala 2 daripadanya dipilih di kalangan pesara RISDA. 6 orang lagi dipilih di bawah kuota sumbangan Pengerusi RISDA.

Selain YBhg. Dato’ Sri Ketua Pengarah yang turut menyertai program umrah pada tahun ini, Pengerusi Eksekutif Andulisa Travel & Tours, Ustaz Dato’ Hj. Mohd Daud Che Ngah juga mengiringi peserta umrah sepanjang program ini berlangsung.

Seluruh warga kerja RISDA mendoakan kesejahteraan dan dipermudahkan urusan bagi semua peserta umrah dan moga menjadi tetamu tanah suci yang diberkati dan dirahmati. Amin.

S

Page 10: Saluran Komunikasi Warga RISDA · kealpaan. Marilah kita bersama-sama berganding bahu, berdiri teguh sebagai Komuniti Getah, memperkasakan Agenda Transformasi RISDA menjadi sebuah

egawai dan kakitangan RISDA diraikan dalam Majlis Makan Malam Tahunan RISDA yang bertemakan Malam Cahaya Kasih bertempat di Auditorium Sultan

Ahmad Shah pada 16 Januari 2015 yang lalu. Malam tersebut diwarnai dengan keceriaan artis terkemuka iaitu Neelofa sebagai Pengacara Majlis bergandingan dengan Saudara Sharudin Abdullah. Antara artis jemputan pada malam tersebut ialah Saudara Megat (Kilauan Emas) yang mendendangkan 3 buah lagu dan Kumpulan Algebra (PopCrew) dengan lagu Dipersimpangan Dilema dan Sayonara.

Acara kemuncak malam tersebut merupakan Pertandingan Citrawarna yang disertai oleh 6 Kumpulan Warga RISDA di mana 4 kumpulan adalah gabungan bahagian di Ibu Pejabat, 1 Gabungan Syarikat Milikan RISDA dan 1 Gabungan warga RISDA negeri. Pertandingan ini

mewajibkan peserta untuk mendendangkan lagu dan memilih acara seni lain seperti puisi, tarian dan lakonan sebagai iringan.

Juri yang terdiri daripada YBhg. Dato’ Mohamat b. Muda (Ketua Juri), En. Nasarudin (CEO RSSB) dan En. Ali Sahabudin (PRN Perak) sebulat suara

memilih Kumpulan Warna Kita gabungan daripada Bhg. Pentadbiran, BPPT, Estet & Khidmat Kejuruteraan sebagai Juara Pertandingan

Citrawarana yang berkonsepkan Dikir Citra.

Manakala, Naib Johan pertandingan ini telah dimiliki oleh Kumpulan Cikabom Gabungan daripada Bhg. Kewangan, BPP,

BPPS dan BTM dengan tajuk “The Retro Festival”. Tempat ketiga pula merupakan milik Kumpulan Semarak Kasih gabungan

daripada Syarikat Milikan RISDA bertajuk Gemalai Tari Warisan Bangsa. Masing-masing

menerima hadiah berupa wang tunai RM5,000.00, RM3,000.00 dan RM2,000.00 beserta sijil dan

cenderahati. Walau bagaimanapun kumpulan yang kurang bernasib baik membawa pulang

saguhati sejumlah RM500.00 setiap pasukan.

POleh : Jashairol Adnin

Megat (kilauan emas) tidak mengecewakan.

Neelofa bergambar dengan Dato Sri & Datin Sri.

Persembahan Memukau daripada Algebra.

Persembahan daripada Gabungan SMR yang meraih tempat ketiga.

Juara Pertandingan Citrawarna yang menewaskan 5 kumpulan lain.

10 BuletinRISCOM

Page 11: Saluran Komunikasi Warga RISDA · kealpaan. Marilah kita bersama-sama berganding bahu, berdiri teguh sebagai Komuniti Getah, memperkasakan Agenda Transformasi RISDA menjadi sebuah

erkarangan Istana Kehakiman Putrajaya sekali lagi menjadi lokasi tapak Program Walk The Love 2015. 17

Januari 2015 bersamaan hari Sabtu dipilih menjadi hari berjalan-jalan dengan penuh kasih sayang merupakan cetusan idea YBhg. Dato’ Sri Ketua Pengarah RISDA agar staf dan kakitangan sentiasa kekal sihat dan mengamalkan kasih sayang sesama keluarga dan rakan-rakan sepejabat.

Seramai 1500 staf dan kakitangan RISDA termasuk ahli keluarga yang menyertai Walk the Love 2.0 pada kali ini dengan berjalan kaki sejauh 3km pergi dan balik bermula di Perkarangan Istana Kehakiman menuju ke bulatan di Bangunan KKLW dan berpatah semula ke tapak pelepasan.

Antara lain aktiviti yang dijalankan dalam Program Walk the Love ini ialah senamrobik, karaoke dan cabutan bertuah. Keceriaan yang terpancar di wajah-wajah warga RISDA menunjukkan kejayaan Program Walk The Love ini.

P

Oleh : Marlinny bt Mohamad

Acara Senamrobik sebagai pembuka tirai WalktheLove2.0

Bersenam untuk kekal sihat dan mengukuhkan kasih sayang.Upacara Perasmian oleh YBhg. Dato' Sri Wan Mohamad Zuki, Ketua Pengarah RISDA.

Warga RISDA telah bersedia di pintu pelepasan Walk The Love 2.0

Warna Warni Walk The Love 2.0 menceriakan hari warga RISDA.

Bersesuaian dengan konsep Jalan-Jalan Kasih Sayang, Dato' Sri Ketua Pengarah bermesra dengan anak-anak warga RISDA.

11Saluran Komunikasi Warga RISDA

Page 12: Saluran Komunikasi Warga RISDA · kealpaan. Marilah kita bersama-sama berganding bahu, berdiri teguh sebagai Komuniti Getah, memperkasakan Agenda Transformasi RISDA menjadi sebuah

12 BuletinRISCOM

Seramai 52 orang warga RISDA telah menunaikan ibadah umrah pada bulan April 2014 di bawah Program Umrah bersama Ketua Pengarah RISDA.

Pasukan RISDA muncul Juara Pertandingan Gema Patriotisme KKLW 2014 menewaskan 10 pasukan dari agensi lain di bawah KKLW.

Pasukan motocross RISDA Sarawak memenangi motocross club race

borneo.

RISDA Holdings berjaya mendapat Anugerah Syarikat Harapan, ESPEK berjaya mendapat tempat ketiga anugerah terbaik KKLW 2013.

Kolej RISDA berjaya menerima Anugerah Emas bagi Kategori Ta-man Universiti di Festival Bunga dan Taman Floria Diraja.

RISDA telah berjaya menerima Anugerah 4 bintang Kecemerlangan Pengurusan Kewangan berdasarkan indeks akauntabiliti 2012 yang telah disampaikan oleh KSN, Tan Sri Ali Hamsa.

Page 13: Saluran Komunikasi Warga RISDA · kealpaan. Marilah kita bersama-sama berganding bahu, berdiri teguh sebagai Komuniti Getah, memperkasakan Agenda Transformasi RISDA menjadi sebuah

13Saluran Komunikasi Warga RISDA

RISDA Holdings berjaya mendapat Anugerah Syarikat Harapan, ESPEK berjaya mendapat tempat ketiga anugerah terbaik KKLW 2013.

Kolej RISDA berjaya menerima Anugerah Emas bagi Kategori Ta-man Universiti di Festival Bunga dan Taman Floria Diraja.

Pasukan Futsal wanita RISDA menjuarai pertandingan futsal wanita sukan makswip yang telah diadakan di Pesta Kanowit, Kota Kinabalu.

RISDA menjuarai Anugerah Kualit Pengurusan Khidmat Pelanggan serta Anugerah

Inovasi & Perkhidmatan Awam (Teknikal) dan Naib Johan Anugerah Kualiti Pengurusan

kewangan peringkat KKLW.

Bangunan Canselori Kolej Universiti Agrosains Malaysia yang telah dirasmikan oleh Menteri KKLW pada 5 Mei 2014.

RPSB menerima anugerah Antarabangsa World Bussiness Leader daripada The World Confederation of Business di Abu Dhabi.

Page 14: Saluran Komunikasi Warga RISDA · kealpaan. Marilah kita bersama-sama berganding bahu, berdiri teguh sebagai Komuniti Getah, memperkasakan Agenda Transformasi RISDA menjadi sebuah

uditorium Sultan Ahmad Shah RISDA telah menjadi lokasi pilihan PUSPANITA Cawangan KKLW bagi menyempurnakan Mesyuarat

Agung PUSPANITA Cawangan KKLW Kali-32 ini. Upacara Perasmian telah dirasmikan oleh YBhg, Datin Seri Shuryani Shuaib, Penaung PUSPANITA Cawangan Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah yang mana turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Seri Ibrahim b. Muhamad, Ketua Setiausaha KKLW dan isteri. Turut menyerikan majlis perasmian mesyuarat agung ini ialah YBhg. Datin Angelina A/K Celestine Ujang, isteri Timbalan Menteri KKLW dan juga Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil RISDA iaitu YBhg. Datin Sri Rafiah bt. Mustafa.

Upacara Perasmian disambut dengan meriah di mana acara pembukaan majlis diserikan dengan lagu khas buat Isteri Menteri KKLW yang bertajuk ‘Shuryani’ hasil ciptaan En. Sharudin Abdullah.

Selain Mesyuarat Agung, beberapa gerai juga dibuka pada hari tersebut dan beberapa anugerah telah diumumkan. RISDA telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Boling PUSPANITA Peringkat Kementerian.

Dalam ucapan YBhg. Datin Seri Shuryani, beliau menggalakan pembabitan warga kerja wanita di dalam persatuan ini bagi menambahkan ilmu pengurusan dan kepimpinan. Katanya, “Negara tidak akan bergerak tanpa wanita, jadi PUSPANITA ingin menaikkkan martabat wanita dengan pembabitan dalam kebajikan dan perniagaan untuk memperkasakan jati diri wanita.”

Oleh : Siti Fatiha bt. Sholehudin

AUpacara mengetuk gong sebagai simbolik majlis dirasmikan.

YBhg. Datin Sri Rafiah menerima piala Kejuaraan Puspanita Cawangan Kecil RISDA bagi acara Boling PUSPANITA Peringkat Kementerian.

Wajah-wajah yang melakar kejuaraan RISDA dalam Pertandingan Boling PUSPANITA Peringkat Kementerian.

Lagu 'Shuryani' diperdendangkan khas buat Isteri Menteri KKLW.

Barisan Pendukung Utama PUSPANITA Cawangan KKLW.

14 BuletinRISCOM

Page 15: Saluran Komunikasi Warga RISDA · kealpaan. Marilah kita bersama-sama berganding bahu, berdiri teguh sebagai Komuniti Getah, memperkasakan Agenda Transformasi RISDA menjadi sebuah

olej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) yang dulunya dikenali sebagai Kolej RISDA kini telah melangkah lebih jauh

sementelah mendapat status kolej universiti pada Disember 2014 yang lalu. Fungsi dan halatuju kolej kini telah berubah sama sekali dan bukan hanya sekadar mengajar tetapi juga mengendali kajian dan aktiviti pembangunan serta memberi nasihat professional kepada masyarakat.

Sedemikian, pada 20 Mac yang lalu, satu majlis menandatangani memorandum persefahaman di antara UCAM dan Royal Agricultural University (RAU), United Kingdom telah diadakan di Aras 29, Bangunan KKLW, Putrajaya. Melalui MoU ini, pelajar dan tenaga pengajar UCAM akan dihantar ke RAU untuk menjalani kursus jangka pendek dan melakukan penyelidikan bersama bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pertanian dan teknologi berkaitan.

Majlis MoU ini disaksikan oleh YBhg. Datuk Seri Mohd Shafie b. Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Timbalan Menteri KKLW.

KOleh : Zulkifli b. Zaini

Kegembiraan terserlah di wajah Naib Canselor UCAM dan Ketua Pengarah RISDA. Moga persefahaman ini satu titik tolak UCAM utk melangkah lebih jauh.

MoU dimeterai bersaksikan Menteri & Timbalan KKLW.

Prof. Dr. W.Paul Davies, Naib Canselor RAU amat berbesar hati dengan ikatan persefahaman ini.

15Saluran Komunikasi Warga RISDA

Harapan Menteri KKLW terhadap persefahaman ini diekspres melalui sidang media.

Page 16: Saluran Komunikasi Warga RISDA · kealpaan. Marilah kita bersama-sama berganding bahu, berdiri teguh sebagai Komuniti Getah, memperkasakan Agenda Transformasi RISDA menjadi sebuah

16 BuletinRISCOM

awatan Kerja Unit Perancang Ekonomi (UPE) ke Program Pembangunan RISDA di Sabah dan Sarawak ini bertujuan

untuk memantau dan melihat sendiri hasil dari peruntukan yang telah diberi untuk tujuan pembangunan. Seramai dua orang wakil Pegawai dari JPM dan enam orang wakil Pegawai dari RISDA ibu pejabat hadir bagi tujuan lawatan tersebut. Turut hadir bersama pada hari tersebut ialah Pengarah RISDA Negeri Sarawak, semua Pegawai Kanan Bahagaian, kakitangan RISDA Negeri Sarawak dan kakitangan RISDA Bahagian Samarahan.

Program tersebut berjalan dengan lancar dan penuh meriah bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada waktu petang. Berikut disertakan beberapa keping gambar program tersebut beserta penerangan ringkas.

L

Lawatan Hari Pertama ke Projek Popia Simpul di Tanjung Bundong, KotaSamarahan

Lawatan Hari Kedua ke Projek Memproses Kuih Sejuk Beku di Kg. Rimba Padi.

Lawatan Hari Kedua ke Projek Memproses Kuih Sejuk Beku di Kg. Rimba Padi.

Lawatan Hari Kedua ke Projek Memproses Kuih Sejuk Beku di Kg. Rimba Padi.

Lawatan Hari Kedua ke Projek Memproses Kuih Sejuk Beku di Kg. Rimba Padi.

Oleh : PTN Sarawak

Page 17: Saluran Komunikasi Warga RISDA · kealpaan. Marilah kita bersama-sama berganding bahu, berdiri teguh sebagai Komuniti Getah, memperkasakan Agenda Transformasi RISDA menjadi sebuah

17Saluran Komunikasi Warga RISDA

agi menghadapi cabaran tahun 2015 ini, satu bengkel Strategic Linkages antara RISDA dan SMR telah diadakan pada 24 hingga 26 Mac di Hotel Ramada Plaza, Melaka. Bengkel ini melibatkan penyertaan hampir 100 orang termasuk Pengarah

Bahagian, Pengarah RISDA Negeri, Timbalan Pengarah Bahagian, Pegawai Tadbir Negeri, Ketua Pegawai Eksekutif SMR dan juga Ketua Jabatan Korporat SMR.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menjana idea/perniagaan baru yang boleh diceburi oleh SMR bagi memastikan SMR terus berdaya maju dan mampu bersaing. Seterusnya, merangsang SMR menceburi bidang hiliran atau go beyond drpd aktiviti sedia ada dan juga meneroka peranan yang boleh dimainkan oleh SMR sebagai platform untuk melahirkan usahawan pekebun kecil.

Sedemikian, Ketua Pegawai Eksekutif telah membuat pembentangan pelan perniagaan bagi tahun 2015 bagi syarikat masing-masing. Melalui pembentangan ini, kupasan daripada peserta bengkel selama 3 hari 2 malam tersebut bagi mencapai objektif bengkel telah dilakukan. Hasil kupasan telah dibentangkan bagi menyatakan idea masing-masing untuk direalisasikan.

Seterusnya, sebagai penghargaan di atas pencapaian KPI tahun 2014, YBhg. Dato’ Sri Wan Mohamad Zuki b. Mohamad, Ketua Pengarah RISDA telah menyampaikan Sijil Penghargaan kepada semua syarikat milikan RISDA di atas pencapaian yang memuaskan.

Oleh : Julia Abu Bakar

B

Antara peserta bengkel yagn terdiri daripada Pegawai RISDA & SMR demi membina jaringan yang mantap.

KPE RSS membentangkan pelan perniagaan syarikat 2015

Page 18: Saluran Komunikasi Warga RISDA · kealpaan. Marilah kita bersama-sama berganding bahu, berdiri teguh sebagai Komuniti Getah, memperkasakan Agenda Transformasi RISDA menjadi sebuah

R

18 BuletinRISCOM

ISDA Negeri seluruh Malaysia telah diberi peruntukan sebanyak Rm2,000 setiap negeri bagi menubuhkan dan

memperkukuhkan Briged Seni Negeri. Warga RISDA Negeri amat gembira di atas keputusan Pengurusan RISDA ini dan peruntukan tersebut sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan bagi pembelian pakaian dan barangan briged.

Kata YBhg. Dato’ Sri Ketua Pengarah, setiap negeri digalakkan untuk menubuhkan briged seni mengikut identiti negeri masing-masing seperti Kelantan dengan dikir baratnya, Johor dengan Zapinnya, Pulau Pinang dengan borianya dan Sarawak dengan Sumazaunya.

Perihal ini disambut baik staf dan kakitangan negeri dan penubuhan dan pemerkasaan briged seni adalah seperti yang dilihat dalam gambar.

Oleh : Nurul Ain bt. Sharie

Pulau Pinang bakal menubuhkan Kumpulan Boria yang akan dipimpin oleh Pn. Noor Alisa bt. Mohd. Kashim.

Briged Seni Sarawak yang menamakan kumpulan mereka sebagai Kumpulan Panggau Libau.

Dikir Barat Sri Hevea beraksi dalam Malam Kebudayaan RISDA Negeri Kelantan

RISDA Terengganu telah menubuhkan kumpulan Dikir Barat sejak tahun 1994Kumpulan Zapin RISDA Johor mengorakkan langkah pertama dalam Pertandingan Citrawarna, Malam Cahaya Kasih pada Januari lalu.

Page 19: Saluran Komunikasi Warga RISDA · kealpaan. Marilah kita bersama-sama berganding bahu, berdiri teguh sebagai Komuniti Getah, memperkasakan Agenda Transformasi RISDA menjadi sebuah

19Saluran Komunikasi Warga RISDA

ati itu benar, bersara itu juga benar” Demikianlah ungkapan yang disampaikan oleh Pn. Fauziah Mashood, Ketua Pembantu

Tadbir BKK dalam ucapannya dalam Majlis Persaraan beliau yang telah diadakan pada 28 Januari 2015. Beliau memilih Persaraan Pilihan di usia 56 untuk menumpukan perhatian kepada keluarga, anak dan cucu sementelah 36 tahun berkhidmat di RISDA.

Sementara itu, Pn. Hjh. Zaimah Abd.Kadir, F44 dari BTM juga telah memilih bersara pilihan di usia 58 tahun dan majlis persaraannya telah diadakan pada 18 Januari 2015 yang lalu. Sebutir permata dalam bidang pengkomputeran telah hilang sinarnya dan apa yang pasti sungguh pun patah tumbuh, hilang berganti, ianya tidak akan sama seperti mereka.

MOleh : Nasri Rahmat

Rakan Seperjuangan yang sentiasa memberi sokongan.

Ketikan akhir ditemani Pengarah BTM, Pn. Hjh. Tk Suriani

Warga BTM mengiringi Hjh. Zaimah sewaktu ketikan akhirnya.

Lagu istimewa daripada Briged Seni ‘Di Manakan Ku Cari Ganti’.

Sokongan jitu Ahli Keluarga Pn. Fauziah yang tiada tolok bandingan.

Sebak membuat ketikan akhir kerana hati masih di RISDA.

Page 20: Saluran Komunikasi Warga RISDA · kealpaan. Marilah kita bersama-sama berganding bahu, berdiri teguh sebagai Komuniti Getah, memperkasakan Agenda Transformasi RISDA menjadi sebuah

20 BuletinRISCOM

ajlis Pelancaran Seminar Kepimpinan Akar Umbi Peringkat Negeri Sarawak ini dianjurkan untuk memberi

peluang kepada semua agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk mempamerkar produk-produk usahawan yang terdapat di bawah agensi masing-masing. Majlis yang penuh gilang gemilang ini telah disempurnakan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem, Ketua Menteri Sarawak.

Turut hadir bersama pada hari tersebut ialah YB Dato’ Seri Hj. Mohd Shafie bin Hj. Apdal selaku Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ketua Pengarah RISDA Malaysia, Pengarah RISDA Negeri Sarawak, Pengarah-Pengarah dari Agensi yang terlibat serta kakitangan agensi-agensi yang membuka ‘Booth’ Pameran pada hari tersebut. Program tersebut berjalan dengan lancar dan penuh meriah bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada waktu petang. Berikut disertakan beberapa keping gambar program tersebut beserta penerangan ringkas.

Oleh : Sharudin Abdullah

M

Barisan Kepimpinan Akar Umbi. Upacara Perasmian oleh Ketua Menteri Sarawak.

Sumbangan KKLW kepada kerajaan Negeri Sarawak.

‘Booth’ Pameran dari Pejabat RISDA Negeri Sarawak.

Barisan Kepimpinan Akar Umbi bergambar kenanganbersama.

Ketua Pengarah RISDA Malaysia bergambar kenangan bersama kakitangan RISDA Negeri Sarawak.

Menteri KKLW, Ketua Menteri Sarawak dan Ketua Pengarah RISDA Malaysia.

Ucapan dari Menteri KKLW.

Page 21: Saluran Komunikasi Warga RISDA · kealpaan. Marilah kita bersama-sama berganding bahu, berdiri teguh sebagai Komuniti Getah, memperkasakan Agenda Transformasi RISDA menjadi sebuah

21Saluran Komunikasi Warga RISDA

Page 22: Saluran Komunikasi Warga RISDA · kealpaan. Marilah kita bersama-sama berganding bahu, berdiri teguh sebagai Komuniti Getah, memperkasakan Agenda Transformasi RISDA menjadi sebuah

22 BuletinRISCOM

TIBA-TIBA SAJA MUSIBAH ITU DATANG MENJENGAH TANPA AMARAN, TANPA KARTU UNDANGANBAGAI TSUNAMI KECIL YANG MEMBAHAM RAKUSMEMBUJUR LALU MELINTANG PATAHREBAH, RELAI, RUNGKAI SELURUH YANG TERBINA SEPANJANG USIA OLEH GENERASI KE GENERASI LENYAP BERSAMA HATI YANG LULUHTAKDIR MERUBAH LANSKAP KEHIDUPANDAMAI DESA BERANTAKAN SEGALANYA PUNAH DITELAN RAKUS ARUS BANJIR BESARYANG TERLUPA MEMBAWA SEKELUMIT EHSAN SIMPATI...

LALU KITA AKUR TENTANG HAKIKAT, TENTANG HIKMAHTENTANG KUASA YANG MAHA ESABETAPA KERDILNYA MANUSIATIDAK BETAH MENAHAN KUASA YANG SATUSEGALA YANG DIPINJAMKAN KEMBALI SEMULA KEPADA PENCIPTA-NYA.

NALURI INSAN TIDAK PERNAH TERBATASKISAH DUKA LARA YANG MELANDAMENERJAH JAUH KE DALAM LUBUK JIWA SIMPATIAIR MATAMU YANG TUMPAH MENGALIR SETITIK DEMI SETITIK KE DALAM URAT NADIMEREKA YANG BERGELAR SUKARELAWAN YANG DI HATINYA ADA KASIH YANG MEMBUNGAADA SAYANG YANG MEMBARA...

LALU, WAJAH-WAJAH SURAM BERTUKAR CERIAMENYAMBUT KEHADIRANMU SABAN WAKTUDENGAN SEGALA KEPERLUAN YANG PENUH BERMAKNABUAT MENERUS HIDUP SEMENTARA...

TIKA MENTARI MULA MENGINTAI PAGISISA-SISA ARUS MASIH TIDAK TERURUSRAMAI PENGHUNI KEHILANGAN HARTAYANG TRAGIS KEHILANGAN KELUARGANAMUN, MASIH SETIA MEMBISIK REDHAMASIH BISA MELAFAZ SYUKURBADAI SEMALAM BEGITU SUKAR DILUPAKANNAMUN, HIDUP PERLU DITERUSKAN !

SUKARELAWANKU...BAKTI SUCI YANG KAU CURAHKANPASTINYA MENJADI KENANGAN ABADIKUKUH BERTAUT DALAM JIWA NURANI MANGSASEGAR MEWANGI DALAM LIPATAN SEJARAH BANGSA...

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA...SUKARELAWANKUKAULAH WIRA SEBENAR YANG AMPUHYANG KALIS DARI SEGALA KETIDAKSELESAANDALAM JIWAMU TUMBUH AKAR PERSAUDARAANTANPA BATAS, TANPA BENTENG HALANGAN HADIRMU MERAWAT DUKAMELAHIR CERIAKEPADA MEREKA YANG DIDUGA...

OLEH :SHARUDIN ABDULLAHRISDA

Oleh : Sharudin Abdullah

Page 23: Saluran Komunikasi Warga RISDA · kealpaan. Marilah kita bersama-sama berganding bahu, berdiri teguh sebagai Komuniti Getah, memperkasakan Agenda Transformasi RISDA menjadi sebuah

1

2

3

4

5

Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya – Imam Ali

Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu kerana mereka telah dijadikan Allah untuk zaman yang bukan zaman engkau – Saidina Umar Al-Khatab

Jangan berdoa untuk mendapatkan hidup yang mudah, berdoalah agar bisa bertahan dalam kehidupan yang sulit untuk mencapai hidup yang lebih baik – Bruce lee

Di setiap minit Anda marah, Anda telah kehilangan 60 detik kebahagiaan – Ralph Waldo Emerson

Keadaan buruk bukan untuk dikeluhkan, tapi untuk diubah, atau ditinggalkan. Kebaikan mengharuskan ketegasan – Mario Teguh

23Saluran Komunikasi Warga RISDA

upin, jarjit dan mei mei kah itu....

upin, jarjit dan mei mei kah itu....

Page 24: Saluran Komunikasi Warga RISDA · kealpaan. Marilah kita bersama-sama berganding bahu, berdiri teguh sebagai Komuniti Getah, memperkasakan Agenda Transformasi RISDA menjadi sebuah