kepuasan kerja

27

Upload: peony

Post on 19-Mar-2016

104 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Kepuasan Kerja. Faktor-faktor yang menentukan kepuasan kerja guru. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: Kepuasan Kerja
Page 2: Kepuasan Kerja

• Terdapat dua jenis kepuasan, iaitu kepuasan kerja dan kepuasan kehendak. Kepuasan kerja ini menumpukan kepada aspek kewangan/gaji, dan peluang kenaikan pangkat, tetapi kepuasan kehendak adalah berkaitan dengan konsep yang disarankan oleh Maslow tentang hierarki keperluan manusia.

• Locke dan Whiting (1973), telah mendapati ciri-ciri penting untuk kepuasan pekerja di peringkat pertengahan dan atasan ialah naik pangkat, kejayaan dalam kerja dan kelicinan aliran kerja.

 • Tetapi untuk pekerja-pekerja di peringkat rendah, sumber-sumber

kepuasan mereka ialah gaji, jumlah kerja, suasana tempat kerja dan hubungan mesra dengan pentadbir.

• Adakah anda setuju, mengapa? Cuba lihat faktor berikut ini, sejauh mana ianya menepati diri anda dalam menghasilkan kepuasan kerja.

Page 3: Kepuasan Kerja

Perkara-perkara seperti peluang untuk menggunakan kemahiran dan kebolehan individu, peluang untuk mendapatkan pengetahuan baru; darjah kreativiti; kesukaran kerja; jumlah kerja; tanggungjawab; tekanan untuk prestasi; kawalan ke atas cara melaksanakan tugas; dan pengayaan kerja adalah merupakan sifat-sifat kerja yang berkaitan dengan minat dan kepuasan kerja individu ....kaitkan dengan tugas anda

Page 4: Kepuasan Kerja

Kerja yang boleh dilaksanakan tanpa banyak menggunakan usaha, kemahiran atau pemikiran adalah dianggap sebagai tidak mempunyai cabaran mental. Keadaan ini akan menimbulkan rasa bosan, kerana proses mental yang terlibat semasa bekerja gagal untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadapnya ....contoh

Page 5: Kepuasan Kerja

Nilai kerja seseorang, iaitu nilai-nilai yang dicari untuk mendapatkan kepuasan dalam kerjanya, mempunyai kaitan dengan keperluan asas individu itu sendiri . Memang telah ternyata bahawa jika terdapat banyak variasi dalam kandungan atau sifat tugas, kepuasan kerja akan diperoleh. Oleh itu, kerja yang diberi kepada guru-guru untuk dilaksanakan hendaklah memberi cabaran mental dan tidak rutin supaya cabaran yang diterima akan membawa lebih kemajuan. Sekiranya guru diberi tanggungjawab yang memerlukan sesuatu hasil yang membanggakan, ini akan membawa kepuasan kepadanya kerana dirinya sendiri terlibat untuk mendapatkan kejayaan itu.

Page 6: Kepuasan Kerja

Sebaliknya jika guru yang tidak bertanggungjawab diminta melibatkan diri untuk melaksanakan tugas itu, dia tidak akan berasa puas walaupun tugas itu membawa kejayaan. Menurut (Edwin, AL., 1978), kejayaan ke atas kerja atau penyelesaian sesuatu masalah, atau dapat mempertingkatkan prestasi merupakan faktor utama yang menentukan kepuasan kerja. Jadi, adalah baik jika pengetua menyediakan tugas yang bukan sahaja mempunyai cabaran mental, tetapi kerja yang mampu untuk dilaksanakan dengan berjaya oleh guru-guru untuk mendapatkan kepuasan. individu yang terlibat semasa menjalankan tugas tidak semestinya mencapai kejayaan akhir tetapi memadai dengan menikmati kemajuan berperingkat-peringkat semasa melaksanakan tugas dari mula hingga akhir.

Page 7: Kepuasan Kerja

Kepuasan kerja memang dapat diperoleh jika individu yang terlibat merasakan kerja itu betul-betul menyeronokkan dan bermakna. Dengan sebab itu seseorang berhak memilih jenis pekerjaan yang diminatinya.

Walau bagaimanapun, tidak kesemua pekerja mencari cabaran dan tanggungjawab, jadi tidaklah bermaksud pengayaan kerja akan menghasilkan kepuasan kepada semua orang.

Page 8: Kepuasan Kerja

Contohnya, Mungkin terdapat guru yang inginkan kenaikan gaji, inginkan keperluan sosial, dan guru-guru yang begini mungkin tidak akan berasa puas jika diberi tugas yang diubahsuai atau ditukar bentuknya. Lagipun, kedua-dua jenis pekerja ini tidak mempunyai tanggapan yang sama tentang kerja, jadi guru-guru yang tidak mengharapkan kerja yang memerlukan cabaran mental tidak akan menghasilkan tugas yang sama kualiti, kuantiti dan kepuasan jika dibandingkan dengan guru yang mengharapkan kerja yang demikian.

Page 9: Kepuasan Kerja

Orientasi ke arah faktor-faktor motivasi adalah berkaitan dengan penyempurnaan berbagai-bagai ‘set’ keperluan. Selalunya motivasi intrinsik adalah untuk menyempurnakan keperluan untuk perkembangan diri dan penyempurnaan diri, seperti di dalam hierarki Maslow yang disebut keperluan aras tertinggi. Motivasi ekstrinsik pula berkaitan dengan penyempurnaan keperluan di aras terendah dalam hierarki Maslow, iaitu fisiologi, keselamatan dan kasih sayang.

Keperluan untuk penyempurnaan kendiri mungkin merupakan ciri-ciri keperluan individu yang mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi.....setuju?

Page 10: Kepuasan Kerja

Individu yang menekankan faktor-faktor intrinsik semasa dalam lingkungan umur pertengahan akan menumpukan pula kepada faktor-faktor ekstrinsik apabila hampir akan bersara. Mengapa?

Ini adalah kerana saluran untuk mendapatkan motivasi intrinsik telah hampir tertutup. Oleh itu, individu berkenaan akan menukar haluan kepada aspek-aspek ekstrinsik dalam kerja.

Page 11: Kepuasan Kerja

Adakah gaji menimbulkan motivasi dan kepuasan kerana gaji hanya bergantung kepada perbezaan antara jumlah gaji yang diterima dengan nilai sebenar gaji itu. Kepuasan dari gaji akan dilihat oleh individu sebagai fungsi gaji yang diterima bersesuaian dengan input dan output individu itu jika dibandingkan dengan orang lain.

Page 12: Kepuasan Kerja

Apabila kompensasi dan segi kewangan selaras dengan penyempurnaan, pengiktirafan, perkembangan dan sifat kerja, ia akan bertindak bersama-sama dengan faktor-faktor ini untuk menentukan motivasi dan kepuasan, Mengapa ada individu yang memilih kerja yang mudah dan kurang mencabar walaupun gaji yang diterimanya kecil. Keadaan begini juga terdapat apabila terdapat guru-guru yang tidak menerima tawaran untuk dinaikkan pangkat walaupun gaji yang ditawarkan lebih tinggi.

Page 13: Kepuasan Kerja

Mengapakah kesatuan sekerja masih lagi meminta dipertimbangkan untuk kenaikan gaji, walaupun di dalam keadaan ekonomi yang meleset seperti di negara Malaysia sekarang? Ini disebabkan keperluan untuk kenaikan gaji adalah untuk menyempurnakan keperluan fizikal individu. Wang juga menjadi simbol kejayaan, sumber untuk pengiktirafan, dan juga untuk mendapatkan nilai-nilai hidup yang lain. Bagi setengah-setengah orang, gaji adalah simbol status, yang lain pula merasakan wang dapat memberi kebebasan bertindak dalam apa juga aspek kehidupan.

Page 14: Kepuasan Kerja

Kadang-kadang permintaan untuk gaji yang sesuai adalah semata-mata untuk mendapatkan layanan yang adil dan saksama. Keperluan untuk gaji yang bersesuaian juga adalah berkaitan dengan aspek sosioekonomi, dan ini membuktikan kenyataan yang mengatakan manusia walau di tahap mana dia berasa masih perlukan lebih wang. Keperluan begini bukanlah merupakan pendorong lagi tetapi sebagai satu desakan untuk mencapai motif yang berkaitan dengan status, pengiktirafan, dan keperluan ego seseorang.

Page 15: Kepuasan Kerja

Di antara punca keinginan untuk kenaikan pangkat adalah seperti berikut:

1. Untuk mendapatkan perkembangan psikologi dengan mendapatkan lebih tanggungjawab.

2. Untuk dilayan dengan adil dan saksama, apabila orang lain yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengannya telah pun diberi kenaikan pangkat.

3. Untuk mendapatkan gaji yang lebih tinggi.4. Untuk mendapatkan sosial status terutama untuk

mereka yang mempunyai imej kendiri berdasarkan pandangan dan anggapan orang lain.

Aktiviti: Bagaimanakah guru-guru dinaikkan pangkat di dalam sistem pendidikan di Malaysia. Bincangkan..

Page 16: Kepuasan Kerja

Pekerja mengharap ketua akan selalu memberi persetujuan dan pengiktirafan terhadap kerja yang dilakukannya. Mereka ingin dihormati dan juga keperluan-keperluan ego yang lain. Kualiti kepimpinan ketua akan mencorakkan kedudukan dan tingkah laku pekerja dalam sesuatu organisasi. Pekerja sentiasa menilai dan menghargai kata-kata pujian yang diberikan oleh ketua ke atas kerjanya kerana kata-kata dari orang yang mereka hormati dan sanjungi adalah cukup bermakna.

Page 17: Kepuasan Kerja

Pengiktirafan dengan peneguhan yang positif merupakan faktor penting yang menentukan kepuasan kerja. Pengiktirafan lisan juga merupakan maklum balas keupayaan dan kebolehan kerja seseorang. Keinginan untuk pengiktirafan ini adalah untuk mencapai keperluan keagungan diri dan juga untuk mendapat konsep kendiri yang positif.

Page 18: Kepuasan Kerja

Secara am, pekerja menghargai suasana sekeliling tempat kerja yang selamat, dan menyenangkan. Suhu, suasana, peredaran udara, cahaya lampu, kebisingan hendaklah di dalam keadaan yang tidak keterlaluan supaya dapat mengurangkan keadaan yang tidak tenteram. Selain itu, pekerja juga mahukan tempat kerja yang berhampiran dengan tempat kediaman, bangunan baru dan bersih, juga kelengkapan dan alat-alat yang mencukupi.

Page 19: Kepuasan Kerja

Di sekolah-sekolah, pengetua hendaklah mengambil kira keadaan bilik guru dan juga bilik darjah yang mana guru-guru akan melaksanakan tugas pengajarannya. Keadaan bilik guru yang sempit, tidak terurus kerana ruang yang tidak mencukupi, alat kelengkapan dan perabot yang telah usang, peredaran udara yang tidak selesa, keadaan yang bersesak-sesak dan menimbulkan rasa panas, bilik rehat yang tidak bersih dan berbagai-bagai keadaan yang tidak menyenangkan hendaklah diberi perhatian supaya keadaan yang selesa dapat diwujudkan. Keadaan yang selesa akan membantu menghasilkan penyempurnaan kerja yang bermutu dan juga mengurangkan rungutan kakitangan.

Page 20: Kepuasan Kerja

Pekerja lebih suka jika ketua yang memimpinnya berorientasikan pekerja. Ini termasuklah ketua yang mempunyai sifat ramah dan mesra, memuji dan menggalakkan prestasi yang baik, mendengar rayuan dan pandangan pekerja, dan memberi perhatian kepada diri dan kerja mereka. Pekerja ingin dihormati dan dilayani dengan adil dan saksama.

Page 21: Kepuasan Kerja
Page 22: Kepuasan Kerja

Dalam model ini, usaha ialah jumlah daya tenaga yang digunakan oleh pekerja untuk menyempurnakan tugas. Jumlah daya tenaga ini bergantung kepada nilai ganjaran dan pengamatan yang dibuat tentang kebarangkalian hubungan usaha dan ganjaran, iaitu individu akan mengamati sebanyak mana ganjaran yang dapat diperoleh daripada jumlah usaha yang disumbangkan. Sekiranya pekerja memberi nilai tinggi ke atas ganjaran dan juga merasakan melalui usaha lebih akan mencapai ganjaran tersebut, maka mereka akan bekerja gigih dan berusaha lebih untuk mencapainya.

Page 23: Kepuasan Kerja

Pencapaian yang baik atau tidak bergantung kepada kebolehan dan sifat semula jadi pekerja dan juga pengamatan peranan yang dibuat. Prestasi tidak sahaja bergantung kepada usaha individu tetapi juga kepada keupayaan pekerja (seperti mempunyai kemahiran dan pengetahuan tentang kerja).

Page 24: Kepuasan Kerja

Menurut Porter dan Lawler, kepuasan intrinsik dan ekstrinsik akan menghasilkan kepuasan terhadap prestasi, dan ganjaran setimpal yang diamati akan mempengaruhi hubungan prestasi-kepuasan ini. Individu hendaklah diberi ganjaran setimpal dengan tahap prestasi yang dihasilkan.

Page 25: Kepuasan Kerja

Dalam model ini, kepuasan adalah satu daripada faktor-faktor yang mempengaruhi dan diperoleh hasil daripada perbandingan antara ganjaran sebenar dengan ganjaran setimpal yang diharapkan oleh pekerja. Jadi, sekiranya ganjaran yang diterima menepati atau melebihi apa yang diharapkan, individu itu akan berasa puas.

Page 26: Kepuasan Kerja

Sebaliknya jika kurang, individu itu akan berasa tidak puas. Jadi model ini mengenal pasti bahawa kepuasan adalah ditentukan oleh ganjaran yang sebenar diperoleh dan juga berdasarkan tanggapan individu tentang ganjaran yang sepatutnya diterima menurut tahap prestasinya. Satu perkara penting dalam model ini ialah kepuasan adalah lebih bergantung ke atas prestasi dan bukan prestasi bergantung ke atas kepuasan.

Page 27: Kepuasan Kerja

Lawler dan Porter telah menyarankan supaya pentadbir cuba mengukur pembolehubah- pembolehubah seperti nilai ke atas ganjaran, tanggapan kebarangkalian tentang motivasi-ganjaran, dan pengamatan peranan yang akan dimainkan. Ini adalah untuk memudahkan pentadbir memahami apakah kaitannya antara usaha pekerja dengan prestasinya dan seterusnya pengaruh prestasi ke atas kepuasan pekerja.