kesan tekanan aktiviti palapes terhadap tahap pencapaian akademik mahasiswa/i palapes peringkat...

73
KESAN TEKANAN AKTIVITI PALAPES TERHADAP TAHAP PENCAPAIAN AKADEMIK MAHASISWA/I PALAPES PERINGKAT SENIOR DI UNIVERSITI MALAYA CHE NURHANIM AISHAH BINTI CHE HUSIN PEC 100002 UNIVERSITI MALAYA 2014

Upload: aishahrules

Post on 24-Nov-2015

447 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

Tekanan Aktiviti PALAPES terhadap pencapaian akademik

TRANSCRIPT

  • KESAN TEKANAN AKTIVITI PALAPES TERHADAP TAHAP

    PENCAPAIAN AKADEMIK MAHASISWA/I PALAPES PERINGKAT

    SENIOR DI UNIVERSITI MALAYA

    CHE NURHANIM AISHAH BINTI CHE HUSIN

    PEC 100002

    UNIVERSITI MALAYA

    2014

  • FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

    PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

    Nama Pelajar : CHE NURHANIM AISHAH BINTI CHE HUSIN

    No. K.P/Pasport : 900131-05-5364

    No. Matrik : PEC 100002

    Nama Ijazah : IJAZAH SARJANA MUDA KAUNSELING

    No. Telefon Bimbit : 019-9076414

    Tajuk Projek Ilmiah : KESAN TEKANAN AKTIVITI PALAPES TERHADAP

    TAHAP PENCAPAIAN AKADEMIK MAHASISWA/I PALAPES

    PERINGKAT SENIOR DI UNIVERSITI MALAYA

    Bidang Penyelidikan :

    Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa :

    (1) Saya adalah satu-satunya pengarang/penulis Hasil Kerja ini (2) Hasil Kerja ini adalah asli (3) Apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dilakukan secara urusan yang wajar dan baki maksud yang dibenarkan dan apa-apa petikan, akstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dinyatakan dengan sejelasnya dan secukupnya dan satu pengiktirafan tajuk hasil kerja tersebut dan pengarang/penulis telah dilakukan di dalam Hasil Kerja ini. (4) Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sebenar atau patut semunasabahnya tahu bahawa penghasilan Hasil Kerja ini melanggar suatu hakcipta hasil kerja orang lain (5) Saya dengan ini menyerahkan kesemua dan tiap-tiap hak yang terkandung di dalam

    hakcipta Hasil Kerja ini kepada Universiti Malaya (UM) yang seterusnya mula dari sekarang adalah tuan punya kepada hakcipta di dalam Hasil Kerja ini dan apa-apa pengeluaran semula atau penggunaan dalam apa jua bentuk atau dengan apa juga cara sekalipun adalah dilarang tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari UM

    (6) Saya sedar sepenuhnya sekiranya dalam masa penghasilan Hasil Kerja ini saya telah melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain sama ada dengan niat atau sebaliknya, saya boleh dikenakan tindakan undang-undang atau apa-apa tindakan lain sebagaimana yang diputuskan oleh UM Diperbuat dan sesungguhnya diakui di hadapan,

    Tandatangan Pelajar, Tandatangan Saksi,

    ------------------------------- --------------------------------

    Tarikh : Nama : Jawatan :

    Tarikh :

  • KESAN TEKANAN AKTIVITI PALAPES TERHADAP TAHAP

    PENCAPAIAN AKADEMIK MAHASISWA/I PALAPES PERINGKAT

    SENIOR DI UNIVERSITI MALAYA

    CHE NURHANIM AISHAH BINTI CHE HUSIN

    PEC 100002

    Latihan Ilmiah Ini Adalah Untuk Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

    Untuk Mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling

    UNIVERSITI MALAYA

    2014

  • iii

    DEDIKASI

    Mak dan abah serta adik-beradikku

    Terima kasih atas segala pengorbanan dan kata-kata semangat yang telah

    kalian berikan

    Juga untuk

    Nik Mohd Shahrulnizam, Shazwi Ahmad, Zaim Rosli dan Maisarah Isa

    dan semua rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi sekalian

    yang sentiasa memberi dorongan untuk berjaya

  • iv

    PENGHARGAAN

    Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia kajian ilmiah saya,

    Profesor Emeritus Dato Isahak Bin Haron dan Dr. Rafidah Bt Aga Jalaludin

    kerana telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya ketika menjalankan

    kajian ini.

    Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya

    iaitu Che Husin Bin Che Omar dan Mahizan Binti Muhamad kerana telah

    memberi saya semangat dan dorongan untuk menyiapkan kerja kursus ini.

    Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada mahasiswa/i PALAPES peringkat

    senior Universiti Malaya yang telah berbesar hati memberi kerjasama. Tunjuk

    ajar, kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak membolehkan

    saya berjaya menyiapkan kajian ilmiah ini dengan jayanya.

  • v

    ABSTRAK

    Masalah stress merupakan masalah yang sering terjadi di dalam kehidupan

    seharian.Pertambahan tanggungjawab, bebanan kerja menjadikan stress sebagai

    masalah utama kepada semua golongan terutamanya pelajar. Kajian ini bertujuan

    untuk mengkaji Kesan Tekanan Aktiviti PALAPES Terhadap Tahap Pencapaian

    Akademik Mahasiswa/i PALAPES Peringkat Senior Di Universiti

    Malaya.Seramai 51 orang mahasiswa/i PALAPES peringkat senior sebagai

    responden di dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan Statistical Package for

    Social Science( SPSS),ANOVA, Korelasi Pearson R. Keputusan yang diperolehi,

    Nilai F = 0.607 P

  • vi

    ABSTRACT

    Stress is a problem that always occurs in human daily life. The expansion of

    responsibilities and workload tend to triggering stress towards all people

    especially students. This study is aimed to investigate the effect of pressure

    PALAPES activity to PALAPES Senior Student academic achievement at

    University Malaya (UM). A total of 51 PALAPES Senior Students is being a

    subject in this study. This study used the Statistical Package for Social Science

    (SPSS), ANOVA and Pearson Correlation system. The results from this study,

    Value F = 0.607 P

  • vii

    ISI KANDUNGAN

    Dedikasi iii

    Penghargaan iv

    Abstrak v

    Abstrak vi

    Bab 1 : Pengenalan vii

    1.1 Latar Belakang 1

    1.2 Penyataan masalah 9

    1.3 Matlamat kajian 9

    1.4 Objektif kajian 10

    1.5 Soalan kajian 10

    1.6 Hipotesis kajian 10

    1.7 Kepentingan kokurikulum 11

    1.8 Limitasi kajian 11

    1.9 Definisi Operasional 12

    1.9.1 Stres 12

    1.9.2 Pencapaian Akademik 12

    1.9.3 Kokurikulum 12

    1.10 Kesimpulan 12

    Bab II : Kajian Literatur

    2.1 Pengenalan 13

    2.2 Teori

    2.2.1 Teori General Adaptation Syndrome(GAS) 13

    2.2.2 Teori Transactional Model of Stress 14

  • viii

    2.3 Kajian Literatur

    2.3.1 Stres dan pencapaian Akademik 15

    2.3.2 Stres 15

    2.3.3 Pencapaian akademik 18

    2.4 Kesimpulan 21

    Bab III : Metodologi Kajian

    3.1 Pengenalan 22

    3.2 Reka bentuk kajian 22

    3.3 Soal selidik 22

    3.4 Instrumen kajian 25

    3.5 kaedah pengumpulan data 29

    3.6 Kajian Analisis 29

    Bab IV : Dapatan Kajian

    4.1 Pengenalan 30

    4.2 Hasil dapatan kajian 30

    Bab V : Perbincangan dan Kesimpulan

    5.1 Pengenalan 46

    5.2 Ringkasan dapatan kajian 46

    5.3 Perbincangan 47

  • ix

    5.4 Limitasi Kajian 54

    5.5 Cadangan 54

    Rujukan 55

    Lampiran 58

  • 1

    BAB I

    PENGENALAN

    1.1 Latar belakang

    Aktiviti kokurikulum merupakan perkara yang banyak memberi manfaat kepada

    mahasiswa/i di universiti. Setiap universiti di Malaysia mempunyai aktiviti

    kokurikulumnya yang tersendiri yang terbahagi kepada beberapa aktiviti seperti sukan,

    aktiviti kelab kebudayaan, kelab kerohanian dan juga unit beruniform. Kokurikulum

    merupakan sebahagian daripada kokurikulum asas selain matapelajaran yang diajarkan

    di dalam bilik kuliah tetapi ianya dianggap sebagai sebahagian daripada kursus

    pendidikan diperingkat universiti, (Kamus dewan,2010). Mahasiswa/i yang menyertai

    kelab-kelab kokurikulum ini berkemungkinan mempunyai sebab mereka yang

    tersendiri untuk menyertai aktiviti kokurikulum seperti ingin menambahkan ilmu

    pengetahuan, ingin memantapkan diri, memastikan keterampilan diri dalam

    berkomunikasi serta kepimpinan, (Ahmad Bin Esa, Hisham B Jamaludin, 2009).

    PALAPES merupakan singkatan bagi Pasukan Latihan Pegawai

    Simpanan.Pusat-pusat latihan PALAPES ditubuhkan di beberapa Institusi Pengajian

    TinggiAwam (IPTA) dengan tujuan melahirkan pegawai-pegawai tentera sukarela yang

    berkualiti. Mahasiswa/iakan dilatih untuk menjalani latihan ketenteraan agar dapat

    menyemai semangat patriotik di dalam diri mereka. Usaha sebegini disokong oleh

    Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam

    kenyataanya, Palapes dapat melatih mahasiswa dan mahasiswi dalam bidang

    ketenteraan demi mengukuhkan pertahanan negara dan ketahanan nasional di samping

    membantu mendekatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada warga universiti

    khasnya dan masyarakat awam amnya, (Utusan Malaysia,2012).

    Silibus pembelajaran matapelajaran ketenteraan dan latihan-latihan yang

    digunakan di PALAPES adalah sepertimana yang diajar di Maktab Tentera DiRaja.

    Kadet-kadet PALAPES yang telah berjaya menamatkan latihan ketenteraan mereka

    akan ditauliahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sebagai Leftenan

    Muda di dalam Askar Wataniah.

  • 2

    Selain untuk melahirkan pegawai simpanan bagi memenuhi keperluan Angkatan

    Tentera Malaysia, program PALAPES juga menyokong usaha kerajaan dan Institusi

    Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk membentuk jati diri seorang warganegara yang

    sempurna, berdisiplin dan mempunyai ciri-ciri mempertahankan kepentingan negara,

    (Berita Tentera Darat Malaysia, 2005).

    Bagi menjalani latihan ketenteraan dalam PALAPES, seorang pegawai kadet

    akan dilatih dalam tempoh 3 tahun secara sambilan, di mana latihan biasa yang meliputi

    subjek-subjek berkaitan ketenteraan akan diadakan pada setiap hujung minggu. Selain

    daripada itu, latihan lanjutan dan latihan intensif juga akan diadakan setahun sekali

    secara sepenuh masa selama 3 minggu, (Berita Tentera Darat Malaysia, 2005). Program

    PALAPES kini merangkumi setiap cabang perkhidmatan dalam ATM iaitu PALAPES

    Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara. Di samping itu, setiap pasukan

    PALAPES mempunyai Markas Latihan cawangan masing-masing di serata Malaysia.

    PALAPES melibatkan aktiviti yang lasak dan perlukan komitmen masa yang

    tinggi daripada mahasiswa/i yang ingin menyertainya. Sejarah awal PALAPES bermula

    dengan penubuhan-penubuhan Batalion Pertama Infantri Askar Wataniah Cawangan

    Universiti Malaya pada 3 April 1965.Di awal penubuhannya, seramai 30 orang pelajar

    dari pelbagai fakulti telah menjalani kursus Asas Rekrut di Kem Latihan Seputih, Batu

    Gajah, Perak, sewaktu cuti semester. Peristiwa 13 Mei menyaksikan kompeni ini

    dikembangkan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain dengan penubuhan

    Kompeni A di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kompeni B di Universiti Pertanian

    Malaysia (UPM), dan Kompeni C di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan

    Universiti Malaya (UM) menjadi markas batalionnya.

    Berikutan sambutan yang menggalakkan daripada para mahasiswa/i, Pengarah

    Askar Wataniah Brigadier Jeneral Dato Abdul As Ismail telah mengambil inisiatif

    berbincang dengan naib-naib Canselor Universiti dan pengarah Universiti Teknologi

    Mara (UiTM), pada masa itu ketika itu untuk menubuhkan Reserve Officer Training

    Unit (ROTU). Pada 18 Disember 1978, Jawatankuasa Turus Angkatan Tentera telah

    meluluskan penubuhan ROTU dengan objektif utamanya untuk melahirkan pegawai-

    pegawai tentera sukarela daripada kalangan pensyarah, kakitangan dan mahasiswa/i di

    Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

  • 3

    Pada 26 Februari 1979, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Turus

    Tentera darat dan dihadiri oleh naib-naib Canselor Universiti dan Pengarah Universiti

    Teknologi Mara (UiTM) telah diadakan untuk menubuhkan ROTU di IPTA masing-

    masing.

    Sehingga kini, tiga belas PALAPES telah ditubuhkan di IPTA iaitu :

    1. PALAPES Universiti Malaya (UM)

    2. PALAPES Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

    3. PALAPES Universiti Putra Malaysia (UPM)

    4. PALAPES Universiti Sains Malaysia (USM)

    5. PALAPES Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

    6. PALAPES Universiti Utara Malaysia (UUM)

    7. PALAPES Universiti Teknologi Mara (UiTM)

    8. PALAPES Universiti Malaysia Sabah (UMS)

    9. PALAPES Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

    10. PALAPES Universiti Pengajian Sultan Idris (UPSI)

    11. PALAPES Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)

    12. PALAPES Universiti Malaysia Pahang (UNIMAP)

    13. PALAPES Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

    Program PALAPES adalah merupakan salah satu kursus pilihan di bawah

    rancangan Kokurikulum yang perlu dijalani selama tiga tahun sebelum layak

    ditauliahkan. Latihan PALAPES hanya tertumpu pada hujung minggu iaitu pada hari

    Sabtu dan Ahad, ianya supaya tidak mengganggu pembelajaran mahasiswa/i semasa

    belajar di universiti. Latihan tahunan akan dijalankan pada setiap akhir semester kedua

    mengikut peringkat yang ditetapkan (Berita Tentera Darat Malaysia, (2005).

    Pada setiap hari Rabu semua Pegawai Kadet PALAPES diwajibkan untuk

    berpakaian uniform dan perlu menghadiri baris pagi yang bermula sekitar jam enam

    pagi hingga lapan pagi sebelum bersurai untuk meneruskan sesi kuliah.

  • 4

    Selepas baris pagi pada hari Rabu

    Pada tahun pertama dikategorikan sebagai peringkat satu iaitu Peringkat

    JUNIOR. Peringkat ini anggota kadet diajar tentang perkara-perkara asas ketenteraan

    seperti Conventional Intergenty War (CIW), Ilmu Medan Perang (IMP), asas kawad

    dan senjata M-16 serta etika sosial dan pengetahuan am ketenteraan. (Berita Tentera

    Darat Malaysia, 2005).

    Selesai menjalani latihan tahunan peringkat Junior

    Manakala pada peringkat kedua iaitu peringkat Intermediate. Pada peringkat ini,

    pegawai kadet diajar dengan lebih mendalam tentang asas peperangan iaitu

    Conventional War (CW). Malah pegawai kadet juga diajar mengenai pengendalian

    senjata yang lain seperti Light Machine Gun (LMG), M2O3 Grenead Launcher, dan

    membaca peta, semboyan, ilmu kepimpinan dan undang-undang tentera. Disamping itu,

    latihan kawad senjata juga dilakukan, (Berita Tentera Darat Malaysia, 2005).

  • 5

    Pegawai kadet PALAPES

    sedang berbincang dan

    mencari petunjuk arah

    dengan menggunakan

    kompas dan peta.

    Tahun ketiga iaitu peringkat Senior adalah tahun akhir dimana latihan tertumpu

    kepada kemahiran seorang pegawai muda yang mampu memimpin platun, (Berita

    Tentera Darat Malaysia, 2005). Pegawai kadet diajar mengenai Conventional War

    (CW), tetapi ianya berbeza daripada peringkat kedua. Ini adalah kerana, pada peringkat

    ini pegawai kadet diajar tentang membuat pangkalan, kubu, dan cara-cara pengunduran.

    Manakala bagi senjata pula, pegawai kadet diajar tentang senjata General Purpose

    Machine Gun (GPMG), dan mortar.

    Jurulatih PALAPES memberi

    penerangan di kubu Mortar

    semasa latihan tahunan

    peringkat Senior

    Setelah selesai menjalani latihan bagi ketiga-tiga peringkat, pegawai kadet perlu

    membuat persediaan untuk Majlis Pentauliahan dimana, ianya akan ditauliahkan oleh

    Yang di-Pertuan Agong.

  • 6

    Pegawai kadet PALAPES seluruh Malaysia sedang membuat latihan bagi pengurnian

    watikah daripada YDP Agong, di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS).

    Hari Pentauliahan : Kawad Perbarisan

    Akhir sekali, akan diadakan Majlis Makan Malam Rejimental. Majlis makan

    malam ini diadakan bagi meraikan semua Pegawai PALAPES yang baru ditauliahkan

    sebagai Leftenan Muda.

  • 7

    Di dalam dewan ketika majlis makan malam tersebut

    Majlis Makan Malam Rejimental PALAPES Universiti Malaya 2013

    Walaubagaimanapun, masa yang tidak mencukupi kerana perlu mengikuti

    aktiviti kokurikulum membentuk satu tekanan di dalam diri manusia terutamanya

    dikalangan mahasiswa/i. Tekanan yang berlaku boleh memberi kesan kepada

    pencapaian akademik mereka. Selain itu, antara faktor lain yang menyumbang kepada

    permasalahan ini ialah faktor keluarga, persekitaran, motivasi diri yang lemah,

    pengurusan masa yang tidak bagus, terlalu sibuk dengan aktiviti luar dan lain-lain lagi,

    (Mohd Nasir Khalid,1997).

    Dalam konteks kajian ini, pengkaji lebih memberi fokus kepada faktor tekanan

    yang dihadapi oleh mahasiswa/i di dalam menjalani latihan PALAPES sehingga

    memberi kesan kepada pencapaian akademik mereka.

    Tekanan atau stres merupakan perkara yang negatif dan juga positif di dalam

    hidup manusia. Tekanan yang negatif akan memberi impak yang tidak bagus kepada

    seseorang individu sehingga akan menyebabkan individu tersebut hilang kawalan

    terhadap dirinya sendiri. Manakala tekanan yang positif dapat memberi satu pencapaian

    kepada individu supaya ingin melakukan sesuatu kerja menjadi bagus atau lebih baik.

  • 8

    Walaubagaimana pun, tekanan atau stres lebih menjurus kepada tekanan yang negatif.

    Ia disokong oleh kajian oleh Deckro dan rakan-rakan (2002), menunjukkan bahawa

    stres memberi kesan kepada pencapaian akademik, kekecewaan, kesihatan fizikal dan

    idea untuk membunuh diri. Kesan negatif dari stres ini akan menghalang pelajar dari

    mencapai sasaran yang diingini.

    Begitu juga tekanan yang dihadapi oleh mahasiswa/i PALAPES daripada

    latihan yang diikuti, memberi kesan juga kepada pencapaian akademik mereka di

    universiti. Sehingga menyebabkan ada sesetengah mahasiswa/i mendapat CGPA yang

    rendah, dan tidak dapat mengikuti pelajaran kuliah dengan baik akibat daripada

    kepenatan, kelesuan dan juga mereka mudah hilang fokus pada waktu kuliah.

    Tekanan yang dialami oleh mahasiswa/i juga memberi impak kepada tahap

    pencapaian akademik. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan tahap pencapaian

    akademik mahasiswa/i tidak begitu memberangsangkan seperti sosio-ekonomi,

    persekitaran, keluarga, jantina. Faktor-faktor lain yang terlibat dalam tahap pencapaian

    akademik mahasiswa/i ini juga, persediaan dan pembelajaran mahasiswa/i itu sendiri. Ia

    disokong oleh kajian Rahil dan rakan-rakan, (2000), yang menyatakan bahawa

    persekitaran bilik darjah yang positif untuk membantu mahasiswa/i mengaitkan

    perasaan keselesaan terhadap mata pelajaran dan kemahiran yang diajar. Menurut

    Shahabuddin dan Rohizani, (2003), terdapat kajian-kajian yang menghasilkan dapatan

    bahawa gaya pembelajaran berkaitan dengan pencapaian akademik.

    Menurut Research Center on Academic Success (CRIRES), (2005),

    menyatakan bahawa pencapaian akademik merupakan satu pencapaian yang diperolehi

    oleh seseorang mahasiswa/i pada tahap-tahap yang tertentu. Tahap ini dilihat

    berdasarkan umur, proses pembelajaran yang diikuti dengan kemampuan seseorang

    dalam aspek pendidikan, kelayakannya dan sosialisasi. Penyataan ini juga disokong

    oleh Othman bin Md. Johan dan Rahmadhaniah Binti Abdul Majid, (2010),

    menyatakan bahawa tahap pencapaian seseorang dinilai melalui pencapaian akademik

    dalam sesuatu peperiksaan rasmi di bawah kementerian pelajaran.

    Bagi Mohd Majid, (1998), didalam kajian Mohd Najib Abdul Aziz dan Nor

    ShafrinAhmad, (2008), menyatakan ujian pencapaian yang dijalankan dapat mengukur

    penguasaan dan kemahiran seseorang dalam sesuatu bidang. Di dalam kajian ini

  • 9

    pengkaji menggunakan CGPA mahasiswa/i PALAPES peringkat senior di Universiti

    Malaya.

    1.2 Penyataan Masalah

    Isu tekanan atau stres berlaku disebabkan pelbagai faktor, dan salah satunya adalah

    disebabkan oleh kegiatan kokurikulum dalam universiti seluruh Malaysia. Salah satu

    kegiatan kokurikulum adalah latihan yang perlu ditempuhi oleh anggota-anggota

    PALAPES di mana mereka perlu menjalani latihan ketenteraan pada setiap hujung

    minggu iaitu pada hari sabtu dan ahad. Latihan pada hujung minggu memberi tekanan

    mahasiswa/i yang menyertai PALAPES kerana mungkin tidak mempunyai rehat yang

    cukup, rasa terganggu dengan latihan yang diterima, tidak mempunyai masa yang

    cukup untuk menyiapkan tugasan akademik yang diberi, dan lain-lain lagi.

    Perkara ini juga mungkin memberi kesan kepada tahap pencapaian akademik

    mahasiswa/i yang menyertai PALAPES. Sebahagian daripada mahasiswa/i yang

    menyertai latihan PALAPES menyatakan bahawa, mereka berasa tertekan apabila tidak

    dapat mengulangkaji pelajaran dengan baik sehingga menyebabkan pencapaian

    akademik mereka menurun. Pernyataan ini bertepatan dengan hasil kajian Hayati

    Mohamad, (1988), Mara Merani, (1999), Shahrozat , (1981), dan Mohd Zain Kader,

    (1995), di dalam kajian Sapora Sipon yang bertajuk Stres dan Pencapaian Akademik,

    mendapati bahawa terdapat banyak unsur negatif berbanding unsur positif yang berlaku

    apabila mempunyai tahap stres yang tinggi, serta hasil kajian juga menunjukkan

    bahawa stres atau tekanan mempunyai kolerasi di dalam mempengaruhi pencapaian

    akademik mahasiswa/i di universiti.

    1.3 Matlamat Kajian

    Matlamat kajian ini ialah untuk mengkaji kesan tekanan aktiviti PALAPES

    terhadap tahap pencapaian akademik mahasiswa/i PALAPES peringkat senior di

    Universiti Malaya.

  • 10

    1.4 Objektif Kajian

    Berdasarkan kepada matlamat di atas, beberapa objektif kajian telah

    dikenalpasti bagi memenuhi matlamat kajian ini. Secara terperincinya objektif kajian

    ini adalah seperti berikut :

    1.4.1 Untuk mengenal pasti cara belajar mahasiswa/i PALAPES peringkat

    senior di Universiti Malaya.

    1.4.2 Untuk melihat tahap tekanan yang dihadapi di kalanganmahasiswa/i

    PALAPES peringkat senior di Universiti Malaya.

    1.4.3 Mengkaji hubungan antara aktiviti PALAPES dan tahap pencapaian

    akademik mahsiswa/i PALAPES peringkat senior di Universiti Malaya.

    1.5 Soalan kajian

    Kajian ini akan cuba untuk mencari jawapan kepada beberapa aspek persoalan kajian

    seperti :

    i. Adakah cara belajar dalam kalangan mahasiswa/i PALAPES peringkat

    senior di Universiti Malaya mempengaruhi pencapaian akademik?

    ii. Adakah terdapat tekanan yang dihadapi oleh mahasiswa/i PALAPES

    peringkat senior di Universiti Malaya mempengaruhi pencapaian

    akademik?

    iii. Adakah terdapat perkaitan diantara kegiatan PALAPES dan tahap

    pencapaian akademik mahasiswa/i PALAPES peringkat senior di

    Universiti Malaya?

    1.6 Hipotesis Kajian

    1.5.1 Terdapat hubungan antara tekanan yang dihadapi oleh mahasiswa/i

    PALAPES peringkat senior dengan pencapaian akademik.

    1.5.2 Terdapat perbezaan cara belajar dikalangan mahasiswa/i PALAPES

    peringkat senior di Universiti Malaya dengan pencapaian akademik.

    1.5.3 Terdapat hubungan diantara aktiviti PALAPES dengan tahap pencapaian

    akademik mahasiswa/i PALAPES peringkat senior di Universiti Malaya.

  • 11

    1.7 Kepentingan Kajian

    Aktiviti ko-kurikulum merupakan satu aktiviti yang mempunyai pelbagai kebaikan dan

    manfaat kepada setiap mahasiswa/i di Malaysia terutamanya pasukan PALAPES. Ini

    mungkin boleh memberi kesedaran kepada unit PALAPES, dan Bahagian Akademik

    Universiti Malaya bahawa pelajar-pelajar yang aktif menyertai aktiviti kokurikulum

    terutamanya PALAPES, masih boleh mendapatkan CGPA yang bagus walaupun

    mengalami tekanan daripada latihan PALAPES yang perlu diikuti pada setiap hujung

    minggu.

    Kajian ini juga untuk mengetahui, tahap stres yang dialami akibat daripada

    aktiviti PALAPES terhadap CGPA anggota PALAPES. Seperti yang sedia maklum

    aktiviti PALAPES merupakan aktiviti fizikal yang lasak dan mencabar fizikal, serta

    mental yang mendorong kepada peningkatan tahap stres di luar dan di dalam sesi

    pembelajaran. Sehubungan dengan itu, diharapkan kajian ini dapat mengukur tahap

    stres yang dialami oleh pegawai kadet PALAPES dalam usaha membantu

    meningkatkan tahap CGPA mereka.

    1.8 Limitasi kajian

    Kajian ini mempunyai limitasi kerana terdapat kelemahan dan kekurangan dalam

    perlaksanaannya. Kekangan masa dan kewangan menyumbang kepada limitasi dalam

    kajian ini:

    a) Disebabkan oleh faktor kekangan pengkaji hanya memberi fokus kepada

    mahasiswa/i yang terlibat di dalam aktiviti PALAPES yang mempunyai

    masalah dalam pencapaian akademik. Justeru, dapatan kajian tidak boleh

    digeneralisasikan kepada mahasiswa/i yang terlibat di dalam aktiviti lain.

    b) Disebabkan faktor komitmen kerja dalam latihan professional, kajian ini

    melibatkan kesemua pegawai kadet senior iaitu seramai 51 orang sahaja.

    Justeru, dapatan kajian hanya digeneralisasikan kepada mahasiswa/i yang

    terlibat di dalam PALAPES di peringkat senior.

  • 12

    1.9 Definisi Operasional

    1.9.1 Stres

    Stres atau tekanan sentiasa dialami oleh setiap manusia dan ianya merupakan satu

    simpton yang negatif jika tidak ditangani dengan betul. Menurut Hans Selye, (1950),

    dalam kajian Jamilah Bt Nordin, (2003), telah menyatakan bahawa stres merupakan

    satu reaksi, atau tindak balas badan yang tidak spesifik terhadap permintaan atau

    keinginan, atau ianya merupakan maklum balas yang tidak khusus oleh mana-mana

    bahagian tubuh terhadap kewujudan sesuatu desakan yang dialami oleh individu

    tersebut. Menurut Jerrold, (2002), stres boleh menyebabkan beberapa perubahan

    tingkah laku dan tubuh badan seperti kesakitan fizikal, gangguan emosi, dan psikologi

    serta kemerosotan prestasi seseorang.

    1.9.2 Pencapaian akademik

    Pencapaian akademik merupakan satu penilaian yang akan diberi kepada mahasiswa/i.

    Pencapaian ini juga memberi gambaran kepada orang lain tentang diri individu

    tersebut. Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi pencapaian akademik

    seseorang sebagai contoh, cara belajar seseorang mahasiswa/i tahap motivasi belajar

    mahasiswa/i tersebut, persekitaran belajar, kesihatan mahasiswa/i, serta unsur-unsur

    luar yang membuatkan mahasiswa/i kurang berminat untuk belajar sehingga

    pencapaian akademiknya merosot, (Shahabuddin dan Rohizani,2003).

    1.9.3 Kokurikulum

    Kokurikulum merupakan sebahagian daripada kokurikulum asas selain matapelajaran

    yang diajarkan di dalam bilik kuliah, tetapi ianya dianggap sebagai sebahagian daripada

    kursus pendidikan diperingkat universiti, (Kamus dewan, 2010).

    1.10 Kesimpulan

    Bab 1 menerangkan dengan jelas latar belakang kajian, objektif kajian, soalan kajian,

    kepentingan kajian dan limitasi dalam melaksanakan kajian. Bab 1 juga menerangkan

    hipotesis dan definisi operasi yang digunakan dalam kajian ini.

  • 13

    BAB II

    KAJIAN LITERATUR

    2.1 PENGENALAN

    Dalam kajian ini, perbincangan akan tertumpu kepada teori General Adaptation

    Syndrome (GAS) oleh Hans Selye, (1936). Selain itu, bab ini juga akan

    membincangkan kajian-kajian kesan tekanan aktiviti kokurikulum PALAPES terhadap

    pencapaian akademik pelajar di universiti.

    2.2 TEORI

    2.2.1 Teori General Adaptation Syndrome (GAS)

    Dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji menyandarkan kepada model General

    Adaptation Syndrome (GAS) oleh Hans Selye pada tahun 1936. Menurut Hans Selye,

    tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang individu akan mengambil jangka

    masa pendek ataupun jangka masa yang panjang

    Menurut Hans Selye, (1936), stres terbahagi kepada positif dan negatif.

    Tekanan yang positif dipanggil sebagai Eustress dimana ianya merupakan satu tekanan

    yang dapat memberikan motivasi yang baik kepada individu bagi menyiapkan sesuatu

    tugasan.Bagi sesetengah individu, tekanan Eustress membuatkan diri mereka terdorong

    ingin meneruskan kehidupan untuk menjadi lebih gembira, bermotivasi dan lebih

    bersedia menghadapi cabaran dan produktif. Apabila tekanan ini tidak dapat dibendung

    maka tekanan Distress pula akan muncul.

    Distress atau tekanan yang negatif akan muncul apabila seseorang itu tidak

    dapat membendung lagi tekanan Eustress. Tekanan terbina dan tiada lagi keseronokkan

    dalam menghadapi cabaran.Tekanan ini sentiasa berlaku dalam kalangan manusia,

    malah ianya mendorong seseorang itu membuat keputusan yang tidak baik.Simptom

    psikologi Distress boleh mengakibatkan kesan-kesan negatif terutamanya dikalangan

    pelajar.Dalam konteks kajian ini, kesan kepada pencapaian akademik menjadi fokus

    pengkaji dalam menjalankan kajian.

  • 14

    2.2.2 Teori Transactional Model of Stress

    Selain itu pengkaji turut menyandarkan kajian ini kepada teori Transactional

    Model of Stress oleh Lazarus & Cohen, (1977).Teori ini dibina berdasarkan situasi yang

    dialami oleh seseorang dalam berinteraksi dimana, ianya bergantung kepada pemikiran

    seseorang dengan persekitarannya.

    Di dalam teori ini terbahagi dua bahagian iaitu Primary dan Secondary.

    Primary adalah sesuatu perkara atau ancaman yang sedang berlaku, dan seseorang

    individu memberi penilaian terhadap ancaman tersebut baik atau buruk. Individu yang

    mengalami stres di tahap Primary beranggapan bahawa sesuatu tekanan yang dialami

    olehnya tidak memberi kesan yang teruk kepadanya. Malah ada yang menganggap

    bahawa masalah yang berlaku itu tidak penting. Terdapat juga Primary Cognitive

    Appraisal dimana tekanan yang dialami oleh individu, dimana mereka merasakan satu

    ancaman sebagai contoh, gagal di dalam peperiksaan dan ini akan menyebabkan masa

    depan mereka musnah. Tetapi sekiranya seseorang itu merasakan bahawa, tekanan yang

    dialami adalah satu cabaran yang perlu ditempuhi olehnya, maka individu tersebut akan

    mencari peluang yang lain dan lebih berusaha dengan belajar bersungguh-sungguh.

    Setelah Primary dinilai maka Secondary akan memutuskan cara yang perlu

    diambil, bagi menangani situasi atau ancaman tersebut. Di dalam Secondary wujudnya

    pemikiran positif dan pemikiran negatif. Sebagai contoh, pemikiran yang positif ialah

    dimana seseorang akan sentiasa berfikir cara yang terbaik untuk melakukan sesuatu,

    walaupun telah banyak kali gagal. Manakala, di dalam pemikiran yang negatif

    seringkali berlaku kurang keyakinan diri iaitu, tidak akan mencuba lagi sekiranya telah

    gagal sekali. Hal ini demikian kerana bagi individu sebegini beranggapan bahawa

    kejayaan yang diingininya tidak akan tercapai.

    Selain itu, tekanan Secondary ini akan menyebabkan individu tersebut akan

    sentiasa tertekan, apabila teringat peristiwa yang buruk yang pernah berlaku di dalam

    hidupnya seperti mengalami trauma di dalam bencana tsunami.

  • 15

    2.3 Kajian Literatur

    2.3.1 Stres dan Pencapaian Akademik

    Nur Faridah Hanim Bt Mohd Mokhtar, (2007), kajiannya yang bertajuk Kesan

    Stres Terhadap Pencapaian Akademik dan Personaliti Pelajar Politeknik. Tempat kajian

    ialah di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Politeknik

    Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Politeknik Seberang Perai (PSP).Tujuan kajian ini

    adalah untuk mengkaji kesan stres terhadap pencapaian akademik dan personaliti

    pelajar politeknik.Responden adalah seramai 311 orang pelajar dan alat ukur yang

    digunakan adalah soal selidik, Ujian Anova, serta Ujian Korelasi Pearson.Hasil

    dapatan kajian pula mendapati bahawa hubungan antara stres dengan pencapaian

    akademik tidak signifikan.Individu di bawah tahap stres yang sederhana dan stres yang

    tinggi mendapat pencapaian akademik yang kurang berbanding dengan pelajar yang

    mempunyai tahap stres biasa. Ianya jelas menunjukkan pelajar yang menunjukkan

    pretasi buruk adalah disebabkan oleh cara pemikiran mereka.

    2.3.2 Stres

    Azlina Bt Mohd Kosnin dan Shiqah Bt Jantan, (2010), telah mengkaji tahap

    stress dan tahap kepuasan kerja dalam kalangan pensyarah Universiti Teknologi

    Malaysia (UiTM). Tujuannya adalah untuk mengenalpasti tahap stress serta tahap

    kepuasan kerja dari aspek beban kerja, hubungan interpersonal, persekitaran tempat

    kerja dan peraturan tempat kerja dalam kalangan pensyarah Universiti Teknologi

    Malaysia. Responden kajian adalah seramai 719 orang yang terdiri daripada pensyarah-

    pensyarah dan pensyarah-pensyarah kanan dari 12 fakulti.Alat ukur yang digunakan

    ialah Statistical Package for Social Science Windows 13 (SPSS), Ujian-t, dan Ujian

    Korelasi Pearson. Hasil dapatan kajian ini ialah, stres berlaku di dalam kalangan

    pensyarah kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai tanggungjawab yang lebih

    mencabar, lebih berat dan semakin kompleks.

    Selain itu, kajian Rafiah Kamarudin dan rakan-rakan, (2009), di dalam kajian

    Stress and Academic Perfomance: Emperical Evidence from University Student.

    Tempat kajian tidak dinyatakan dengan jelas tetapi ianya dilakukan di Institusi

    Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan

    diantara faktor stres, jenis tekanan yang diterima, dan pencapaian akademik dalam

  • 16

    kalangan pelajar Pra-diploma Sains. Responden adalah seramai 154 orang dan kajian

    ini diukur menggunakan alat ukur Perception of Stress (PSS). Hasil daripada kajian ini

    adalah pelajar mengalami stres disebabkan oleh persekitaran yang dialami melalui

    perubahan cara pembelajaran di sekolah dan juga di universiti serta kebanyakkan

    mereka mendapat stres ditahap yang tinggi adalah pada akhir semester kerana

    mempunyai peperiksaan akhir. Selain itu, tidak mendapat tidur yang cukup atau tidur

    terlalu lama, terlibat dengan aktiviti sosial, masalah kewangan dan lain-lain lagi.

    Mastura Mahfar, Fadilah Zaini, Nor Akmar Nordin, (2007), di dalam kajian

    Analisis Faktor-faktor Penyebab Stres. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji faktor-

    faktor penyebab stres di kalangan pelajar tahun dua Fakulti Pengurusan dan

    Pembangunan Sumber Manusia (FPPSM) Universiti Teknologi Malaysia, yang telah

    menyertai Bengkel Pembelajaran Efektif (BPE). Responden kajian adalah seramai 30

    orang yang diambil berdasarkan pencapaian purata gred kumulatif (PNGK) 3.00 dan ke

    bawah. Alat ukur yang digunakan ialah soal selidik dan analisis deskriptif. Hasil

    daripada kajian ini mendapati bahawa, pelajar merupakan golongan yang mudah

    terdedah kepada stres dalam melaksanakan tanggungjawab dan peranan di universiti.

    Mohamad Zaid Mustafa dan rakan-rakan, (2009), di dalam kajian Stres dalam

    Kalangan Pelajar Wanita Program Sarjana Muda Kejuruteraan di Universiti Tun

    Hussein Onn Malaysia (UTHM). Tempat kajian adalah di tiga buah fakulti kejuruteraan

    Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Tujuan kajian ini adalah bagi

    mengenalpasti punca dan tahap stres, simpton stres yang dialami dan langkah untuk

    menangani stress, serta perbezaan tahap stres di antara tiga fakulti kejuruteraan

    Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

    Responden kajian adalah seramai 245 orang yang terdiri daripada pelajar wanita

    tahun akhir program Sarjana Muda Kejuruteraan, yang dipilih secara rawak dari tiga

    buah fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (FKAAS), Fakulti

    Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP), serta Fakulti Kejuruteraan Elektrik

    dan Elektronik (FKEE). Alat ukur yang digunakan di dalam kajian ini ialah Statistical

    Package for Social Science for Windows Version 15 (SPSS) dan Ujian ANOVA.

    Melalui kajian ini, hasil yang didapati adalah disebabkan oleh faktor peribadi,

    persekitaran pembelajaran dan akademik menyebabkan pelajar-pelajar wanita Program

  • 17

    Sarjana Muda Kejuruteraan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

    mengalami stres.

    Hamizatun Akmal Bt Md. Yusof, Norzaini Bt Azman, (2013), di dalam kajian

    Perkaitan Antara Pengurusan Masa dan Stres dalam Kalangan Pelajar Siswazah di

    Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Tempat kajian adalah di Fakulti Pendidikan

    di dua buah Institusi Pengajian Tinggi Awam. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji

    tahap pengurusan masa dan stress. Responden yang terlibat adalah seramai 301 orang

    pelajar siswazah serta alat ukur yang digunakan adalah dua jenis soal selidik, Ujian-t,

    regrasi dan korelasi Pearson. Hasil daripada dapatan kajian ini menunjukkan bahawa

    terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap stres dan status perkahwinan tetapi

    tidak dengan faktor jantina dan mod pengajian.

    Nor Nazifah Bt Md. Suandi, (2008), di dalam kajiannya iaitu Kajian Terhadap

    Stres Dikalangan Guru Sekolah Rendah di Zon Permas Jaya, Johor Bahru dari Aspek

    Personaliti. Tempat kajian adalah di enam buah sekolah rendah di zon Permas Jaya dan

    tujuan kajian ini adalah untuk melihat punca, tahap stres dan tahap stres dari aspek

    personaliti di kalangan guru sekolah rendah di Zon Permas Jaya, Johor Bahru.

    Responden adalah seramai 118 orang guru dan pengkaji menggunakan alat ukur

    Statistical Packages for Social Science (SPSS15.0). Melalui kajian ini hasil yang

    didapati ialah guru sekolah rendah mengalami tahap stres yang rendah. Guru-guru

    mengalami stres dari aspek personaliti yang sederhana tinggi serta faktor bebanan kerja,

    hubungan interpersonal, dan masalah pelajar juga tidak mempengaruhi tahap stres guru.

    Mohd Nor B. Jaafar, Haji Ismail B. Mat Ludin, (2007), dengan kajiannya iaitu

    Kajian Stres Guru Pelatih Praktikum KPLI J.QAF. Tempat kajian adalah di KPLI dan

    tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor stres di kalangan guru

    pelatih KPLI J-QAF, kesan stres yang dialami dan tindakan guru praktikum dalam

    menangani stres. Responden kajian adalah seramai 4 orang dan menggunakan alat ukur

    soal selidik. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa guru pelatih KPLI J-QAF

    mengalami stress, kerana terpaksa mengikut keperluan praktikum dan prosedur yang

    telah ditetapkan. Malah mereka bimbang tentang kredibiliti serta mengalami perasaan

    gementar sehingga menimbulkan stres dalam diri mereka.

  • 18

    Fazura Mohd Noor, (2011), di dalam kajiannya yang bertajuk Faktor-faktor

    Penentu Stres dalam Kalangan Guru-guru : Kajian di sekolah rendah mubaligh di Kuala

    Lumpur. Kajian ini dilakukan di 14 buah sekolah yang dipilih secara rawak.Tujuan

    kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap stres berdasarkan faktor demografi iaitu

    jantina, umur, bangsa, kelulusan akademik, status perkahwinan dan pengalaman

    mengajar, serta menentukan faktor-faktor yang menyebabkan stres dalam kalangan

    guru-guru di sekolah mubaligh di Kuala Lumpur. Responden bagi kajian ini adalah

    seramai 186 orang guru dengan menggunakan alat ukur iaitu, Statistik Deskriptif dan

    Statistik Infrensi. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan yang

    signifikan terhadap tahap stres dalam aspek bangsa.

    Azizi Yahaya, Jamaludin Ramli dan Mazeni Ismail, (2010), kajiannya yang

    bertajuk Stres dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah di Empat Buah Negeri di

    Malaysia. Tempat kajian ini adalah di 16 buah sekolah menengah di empat buah negeri.

    Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti, tahap dan faktor-faktor yang

    menyebabkan stres dikalangan guru sekolah-sekolah menengah. Alat ukur yang

    digunakan adalah Administrative Stress Index (ASI), General Health Questionaire

    (GHQ) dan Alfa Cronbach. Melalui alat ukur tersebut hasil kajian mendapati bahawa

    tidak terdapat perbezaan antara faktor stres di kalangan guru lelaki dan perempuan dan

    ianya di tahap sederhana tetapi faktor kejayaan diri paling mempengaruhi stres.

    2.3.3 Pencapaian Akademik

    Saemah Rahman, John Arul Philips, (2006), di dalam kajiannya, Hubungan

    Antara Kesedaran Metakognisi, Motivasi dan Pencapaian Akademik Pelajar Universiti.

    Kajian ini dijalankan di lima buah kolej kediaman di Universiti Kebangsaan Malaysia

    (UKM). Tujuan kajian ini untuk mengkaji hubungan diantara metakognisi, motivasi

    dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar universiti. Respondan adalah seramai

    374 orang pelajar tahun dua yang terdiri daripada lima buah kolej kediaman di

    Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Alat ukur yang digunakan ialah soal selidik

    laporan kendiri, Metacognitive Awareness Inventory (MAI) serta Motivated Strategies

    for Learning Questionair (MSLQ). Hasil yang didapati daripada kajian ini adalah

    bahawa, hubungan antara kesedaran metakognisi dan faktor motivasi sebagai cara

    untuk membantu meningkatkan pencapaian akademik di kalangan pelajar universiti.

  • 19

    Kamarul Ariffin Bin Abd.Rashid, (2008), kajiannya yang bertajuk, Perkaitan

    Antara Gaya Pembelajaran dengan Pencapaian Akademik dalam Mata Pelajaran Medan

    dan Elektromagnet di Kalangan Pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik di

    Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Tempat kajian di Universiti Tun

    Hussein Onn Malaysia (UTHM). Tujuan kajian ini adalah mengenalpasti sama ada

    gaya pembelajaran dapat mempengaruhi pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran

    medan dan gelombang electromagnet. Kajian ini menerima responden daripada pelajar

    sarjana muda kejuruteraan elektronik, dari fakulti kejuruteraan elektrik dan elektronik

    di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) semester 2 sesi pengajian

    2006/2007, yang telah mengambil matapelajaran medan dan gelombang electromagnet.

    Kajian ini menggunakan alat ukur berbentuk soal selidik, Statistik Deskriptif, dan

    Analisis Korelasi Spearman. Hasil kajian iaitu aspek gaya pembelajaran dapat

    mempengaruhi pencapaian akademik.

    Kajian seterusnya ialah kajian daripada Siti Kaidah Bt Ab. Manan dan Rukiah

    Bt. Mohamad, (2003), di dalam mereka iaitu, Kajian Mengenai Pencapaian Akademik

    Pelajar-pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam : Satu Analisa

    Perbandingan Antara Jantina. Kajian ini dilakukan di Universiti Teknologi Mara

    (UiTM) dan tujuannya adalah untuk mengenalpasti sama ada jantina mempunyai

    perkaitan atau tidak dengan pencapaian akademik.

    Responden kajian adalah merupakan pelajar semester akhir program ijazah

    sarjana muda bagi pengambilan Jun 2000. Di dalam kajian ini menggunakan alat ukur

    iaitu Model Pearson Correlation. Hasil daripada kajian ini adalah terdapat jurang

    jantina antara pelajar lelaki dan wanita di Universiti Teknologi Mara (UiTM), dari segi

    pencapaian akademik. Malah, pelajar wanita telah menunjukkan pencapaian akademik

    yang lebih baik jika dibanding dengan pencapaian akademik pelajar lelaki, dengan

    mengukur perolehan Cummulative Grade Points Average (CGPA) dan On-Time

    Perfomance

    Di dalam kajian yang dilakukan oleh Ahmad Rizal Bin Madar, Nurul Akmar Bt

    Kamaruddin, dan Saifullizam Bin Puteh, (2005), yang bertajuk Faktor-faktor yang

    Mempengaruhi Pencapaian Pelajar dalam Menguasai Mata Pelajaran Kejuruteraan, di

    Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kajian ini dilakukan di salah satu

    politeknik di Malaysia dan tujuannya adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang

  • 20

    melibatkan sikap, minat, kaedah pembelajaran pelajar, persekitaran atau iklim

    politeknik dan pengajaran pensyarah, dimana ianya mempengaruhi pencapaian pelajar

    dalam menguasai mata pelajaran kejuruteraan sistem elektronik.

    Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat kepada perhubungan di antara

    faktor yang dikaji dengan pencapaian pelajar, serta untuk mengenalpasti sama ada

    terdapat perbezaan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi pencapaian akademik di

    antara Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Politeknik Ungku Omar

    (PUO), dan Politeknik Dungun Terengganu (PDT). Responden di dalam kajian ini

    adalah seramai 136 orang, dan menggunakan soal selidik sebagai alat ukur. Hasil

    dapatan kajian ini adalah faktor sikap, persekitaran dan pengajaran pensyarah adalah

    merupakan faktor yang mempengaruhi dalam menentukan pencapaian dalam mata

    pelajaran sistem elektronik 1.

    Nurfadzlina Bt Mohd Rozi, (2013), di dalam kajiannya iaitu Pencapaian

    Akademik Pelajar Dalam Subjek yang Mempunyai Konsep Pengiraan Adalah di

    Dorong Oleh Faktor Pencapaian Dalam Subjek Matematik Bagi Pelajar DKA3-S2.

    Tempat kajian ini dilakukan di Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Kuching

    Sarawak dan tujuannya adalah, untuk mengkaji tahap pencapaian akademik pelajar-

    pelajar dalam subjek yang mempunyai konsep pengiraan. Malah untuk mencari

    perkaitan sama ada pencapaian ini di dorong oleh faktor pencapaian pelajar dalam

    subjek matematik. Responden yang terdapat di dalam kajian ini adalah seramai 22

    orang pelajar Diploma Kejuruteraan Awam daripada semester tiga. Alat ukur yang

    digunakan di dalam kajian ini adalah Korelasi Pearson dan ujian-T. Hasil dapatan

    kajian adalah pencapaian akademik pelajar di dalam subjek, yang melibatkan konsep

    pengiraan mempunyai hubungan yang signifikan dengan keputusan mereka dalam

    subjek matematik. Selain itu, hasil kajian yang didapati ialah faktor latar belakang

    seperti jantina dan bangsa tidak mempunyai perkaitan yang signifikan dengan

    keputusan peperiksaan.

  • 21

    2.4 Kesimpulan

    Di dalam bab dua ini mengandungi pelbagai kajian literatur yang berkaitan dengan

    kesan tekanan aktiviti palapes terhadap pencapaian akademik pelajar palapes peringkat

    senior di universiti Malaya. Di samping itu, bab dua juga meerangkan tentang kerangka

    teori kajian yang digunakan di dalam kajian. Bahagian kajian literatur sangat penting di

    dalam sesebuah kajian kerana ia merupakan satu garis panduan yang membantu

    pengkaji dalam menyelesaikan kajian ini.

  • 22

    Bab III

    METODOLOGI KAJIAN

    3.1 Pengenalan

    Bab ini akan menghuraikan Metadologi penyelidikan iaitu reka bentuk kajian,

    subjek kajian, instrument ujian, kaedah pengumpulan data dan cara menganalisa

    data.

    3.2 Reka Bentuk Kajian

    Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan untukmengenalpasti kesan tekanan

    aktiviti PALAPES terhadap pencapaian akademik mahasiswa/i PALAPES

    peringkat senior tahun tiga di Universiti Malaya dengan menggunakan kaedah

    soal selidik untuk mendapatkan data.

    3.3 Soal Selidik

    Subjek kajian ini terdiri daripada 51 orang mahasiswa/i PALAPES peringkat

    senior tahun tiga di Universiti Malaya. Ciri-ciri sampel mahasiswa/i PALAPES

    adalah seperti jadual 3.3.1 di bawah :

  • 23

    Jadual 3.3.1

    Subjek Kajian

    Latar belakang pelajar Jumlah (N=51) Peratus

    Jantina:

    Lelaki 17 33%

    Perempuan 34 67%

    Umur :

    Tiada Jawapan 4 7.8%

    21 Tahun 18 35.3%

    22 Tahun 27 52.9%

    23 Tahun 2 3.9%

    Tempat Tinggal :

    Kolej Kediaman 50 98.0%

    Rumah Sendiri 1 2.0%

    Sumber Kewangan :

    PTPTN 33 64.7%

    Biasiswa 12 23.5%

    Keluarga 3 5.9%

    Pendapatan Sendiri 2 3.9%

    Lain-lain 1 2.0%

    Pendapatan :

    1000-1100 23 45.1%

    1100-1200 2 3.9%

    1200-1300 1 2.0%

    1400-1500 1 2.0%

    1600-2000 1 2.0%

    2000 dan keatas 20 39.0%

    Tiada Jawapan 3 5.9%

  • 24

    Jadual 3.3.1 menunjukkan maklumat tentang 51 orang mahasiswa/i yang telah dipilih

    sebagai subjek kajian.Tempat tinggal mahasiswa/i 50 orang daripada 51 orang tinggal

    di kolej kediaman dan seorang tinggal di rumah sendiri. Selain itu, sumber kewangan

    mereka pula ialah PTPTN seramai 33 orang, biasiswa 12 orang, pendapatan daripada

    keluarga seramai 3 orang, pendapatan sendiri seramai 2 orang dan lain-lain hanya 1

    orang. Selain itu, pendapatan yang diperolehi bagi satu semester ialah antara 1000-1100

    seramai 23 orang, 1100-1200 seramai 2 orang, 1200-1300, 1400-1500, 1600-2000

    ketiga-tiga pendapatan tersebut mempunyai 1 orang sahaja dan akhir sekali 2000 dan

    keatas seramai 20 orang dan selebihnya tiada jawapan iaitu seramai 3 orang.

    Di dalam kajian ini juga, terdapat mahasiswa/i yang terdiri daripada fakulti yang

    berbeza. Antara fakulti yang tersenarai ialah:

    1. Akademi Pengajian Islam (API)

    2. Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS)

    3. Akademi Pengajian Melayu (APM)

    4. Fakulti Kejuruteraan

    5. Fakulti Sains

    6. Fakulti Perniagaan dan Perakaunan (FPP)

    7. Pusat Sukan

    8. Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM)

    9. Fakulti Pendidikan

  • 25

    Jadual 3.3.2: Peratusan Fakulti

    Frequency Percent

    API 17 33.3

    Sastera 10 19.6

    APM 8 15.7

    Kejuruteraan 4 7.8

    Sains 7 13.7

    Perniagaan 2 3.9

    Sukan 1 2.0

    Sains Komputer 1 2.0

    Pendidikan 1 2.0

    Total 51 100.0

    Jadual 3.3.2 menunjukkan peratusan pelajar daripada setiap fakulti.Peratusan

    yang bagi fakulti Akademi Pengajian Islam iaitu sebanyak 33.3%.manakala peratusan

    bagi fakulti Sukan, Sains Komputer dan Pendidikan iaitu masing-masing sebanyak

    2.0%. Bagi fakulti Sastera ialah sebanyak 19.6%, fakulti Akademi Pengajian Melayu

    sebanyak 15.7%, fakulti Kejuruteraan sebanyak 7.8%, dan kahir sekali fakulti

    Perniagaan sebanyak 3.9%.

    3.4 Instrumen Kajian

    Soal selidik digunakan dalam kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian

    utama iaitu A, dan B.

    Bahagian B pula merupakan soalan kajian untuk mengenalpasti kesan tekanan aktiviti

    PALAPES terhadap pencapaian akademik mahasiswa/i PALAPES peringkat senior di

    Universiti Malaya. Dalam bahagian ini soal selidik yang dirangka mengandungi soalan

    yang merangkumi aspek tekanan, cara belajar, dan pencapaian akademik.

  • 26

    Bahagian A : Maklumat Diri

    Bahagian ini merupakan pengumpulan maklumat latar belakang

    responden. Bahagian ini mengandungi maklumat-maklumat seperti

    fakulti, tahun pengajian , umur, bangsa dan tempat tinggal responden.

    Bahagian B :Soalan kajian

    Dalam menjalankan kajian ini set soalan telah dibina berdasarkan tiga aspek

    yang terdiri daripada :

    I. Tekanan :

    Konstruk tekanan mengandungi tujuh item yang dibina untuk

    mengetahui sebab-sebab tekanan yang dialami oleh anggota PALAPES

    peringkat Senior tahun tiga, Universiti Malaya.

    Tekanan ini mengandungi tujuh item iaitu 1,2,3, 4, 5, 6 dan 13

    1. Adakah kamu mempunyai masa yang cukup untuk belajar?

    Amat cukup Kurang cukup

    Agak Cukup Tidak cukup

    2. Adakah kamu mengelakkan diri daripada terlibat dengan kokurikulum yang

    mengganggu jadual belajar harian kamu?

    Ya, selalu Kadang-kadang

    Ya, Kerap Tidak

    3. Adakah kamu berasa letih selepas latihan PALAPES?

    Ya, selalu Kadang-kadang

    Ya,kerap Tidak letih

    4. Adakah pelajaran kamu terganggu oleh aktiviti PALAPES?

    Ya, selalu Kadang-kadang

    Ya,kerap terganggu Tidak terganggu

  • 27

    5. Adakah kamu dapat membahagikan masa yang cukup di antara pelajaran

    akademik dengan aktiviti PALAPES?

    Ya, selalu Kadang-kadang

    Ya,sebahagian besar Tidak

    6. Adakah kamu berasa tertekan dengan tugasan kursus akademik yang diberi?

    Ya, Sangat tertekan Agak tertekan

    Kurang tertekan Tidak tertekan

    13. Adakah latihan PALAPES mengganggu pelajaran akademik?

    Ya, sangat mengganggu Ya, mengganggu

    Jarang terganggu Tidak terganggu

    II. Cara belajar

    Konstruk cara belajar mengandungi enam soalan yang dibina untuk

    mengetahui cara belajar yang digunakan oleh anggota PALAPES

    peringkat senior, Universiti Malaya.

    Konstruk ini terdiri daripada soalan 7,8,9, dan 10

    7. Adakah kamu dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap isi kandungan

    kuliah walaupun selepas latihan PALAPES?

    Ya, selalu dapat Ya,kerap dapat menumpukan

    menumpukan perhatian

    Kurang dapat Tidak dapat menumpukan

    menumpukan perhatian

    8. Adakah kamu boleh belajar dalam keadaan yang bising?

    Ya, Selalu Kadang-kadang

    Ya, Kerap Tidak boleh

  • 28

    9. Bagaimanakah cara kamu suka belajar ?

    Selalu Kadang-

    kadang

    Jarang Tidak

    Secara bersendirian

    Dengan 2-3 orang

    kawan

    Dengan 4 dan lebih

    kawan

    10. Apabila belajar, saya akan menumpukan sepenuh perhatian sehingga saya dapat

    menyiapkan kerja saya.

    Ya, Selalu Kadang-kadang

    Ya, Kerap Tidak boleh

    III. Pencapaian akademik

    Konstruk pencapaian akademik mengandungi tiga soalan yang

    dibina untuk mengetahui tahap pencapaian akademik yang

    diperolehi oleh anggota PALAPES peringkat senior, Universiti

    Malaya

    Konstruk ini terdiri daripada soalan 11, dan 12

    11.Berapa CGPA kamu pada semester lepas?

    ______________

    12. Adakah kamu berpuas hati dengan percapaian akademik kamu?

    Sangat berpuas hati Agak berpuas hati

    Kurang berpuas hati Tidak berpuas hati

  • 29

    3.5 Kaedah Pengumpulan Data

    Pengumpulan data bermula 18 Oktober 2013 sehingga 26 Oktober 2013.

    Kaedah pengumpulan data bagi kajian ini ditentukan berdasarkan kepada jenis

    data diperlukan oleh pengkaji. Antara data yang diperolehi adalah daripada soal

    selidik, jurnal, buku-buku yang berkaitan dengan tekanan dan pencapaian

    akademik.

    3.6 Kajian Analisis

    Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) version 16.0 iaitu mean,

    standard deviation, korelasi dan ANOVA digunakan untuk menganalisis data

    yang diperolehi. Kaedah kekerapan dan peratusan digunakan untuk

    mengenalpasti latar belakang subjek, dan untuk mengenalpasti kesan tekanan

    aktiviti palapes terhadap pencapaian akademik mahasiswa/I PALAPES

    peringkat Senior tahun tiga di Universiti Malaya.

  • 30

    Bab IV

    Dapatan Kajian

    4.1 Pengenalan

    Dalam bab ini akan membincangkan dapatan daripada kajian yang telah

    dijalankan. Data diperolehi melalui soal selidik yang telah ditadbir secara

    individu.Dapatan analisis kekerapan adalah seperti dalam jadual dibawah :

    4.2 Hasil Dapatan Kajian

    Soalan: Berapa peratuskah pelajar PALAPES mempunyai masa yang cukup untuk

    belajar?

    Jadual 4.1: Adakah kamu mempunyai masa yang cukup untuk belajar?

    Peratusan pelajar mendapati masa yang mencukupi untuk belajar.

    Frequency Percent

    Tidak Cukup 4 7.8

    Kurang Cukup 13 25.5

    Agak Cukup 29 56.9

    Amat Cukup 5 9.8

    Total 51 100.0

    Rajah 4.1 menunjukkan peratusan masa belajar pelajar.Sebanyak 66.7% pelajar

    menyatakan cukup masa untuk belajar. Sebanyak 25.5% pelajar menyatakan kurang

    cukup masa untuk belajar dan 7.8% pelajar menyatakan tidak cukup masa untuk

    belajar. Dapatan hasil kajian pengkaji mendapati bahawa pelajar yang menyertai

    PALAPES mempunyai masa yang cukup untuk belajar.

  • 31

    Soalan: Berapa peratuskah pelajar PALAPES mengelakkan diri daripada terlibat

    dengan kokurikulum yang mengganggu jadual belajar mereka?

    Jadual 4.2: Adakah kamu mengelakkan diri daripada terlibat dengan kokurikulum yang

    mengganggu jadual belajar harian kamu?

    Peratusan pelajar PALAPES mengelakkan diri daripada terlibat dengan kokurikulum

    yang mengganggu jadual belajar mereka.

    Frequency Percent

    Tidak 6 11.8

    Kadang-kadang 33 64.7

    Ya,Kerap 9 17.6

    Ya,Selalu 3 5.9

    Total 51 100.0

    Jadual 4.2 menunjukkan peratusan pelajar PALAPES mengelakkan diri

    daripada terlibat dengan kokurikulum yang mengganggu jadual belajar mereka.

    Sebanyak 23.5% pelajar menyatakan selalu dan kerap mengelakkan diri daripada

    terlibat dengan kokurikulum yang menganggu jadual belajar dan hanya 11.8% pelajar

    menyatakan tidak mengelakkan diri daripada terlibat dengan kokurikulum yang

    mengganggu jadual belajar mereka. Manakala 64.7% pelajar menyatakan kadang-

    kadang mereka mengelakkan diri daripada terlibat dengan kokurikulum yang

    mengganggu jadual belajar. Dapatan hasil kajian pengkaji mendapati bahawa

    sebahagian pelajar PALAPES mengelakkan diri daripada terlibat dengan kokurikulum

    yang mengganggu jadual belajar mereka.

  • 32

    Soalan: Sejauhmana pelajar PALAPES akan berasa letih selepas latihan PALAPES?

    Jadual 4.3: Adakah kamu berasa letih selepas latihan PALAPES?

    Peratusan pelajar PALAPES akan berasa letih selepas latihan PALAPES.

    Frequency Percent

    Tidak Letih 1 2.0

    Kadang-kadang 28 54.9

    Ya, Kerap 16 31.4

    Ya,Selalu 6 11.8

    Total 51 100.0

    Jadual 4.3 menunjukkan peratusan pelajar PALAPES akan berasa letih selepas

    latihan PALAPES. Sebanyak 43.2% pelajar menyatakan ya, selaludan ya,kerap

    berasa letih selepas latihan PALAPES. Manakala hanya 2.0% pelajar menyatakan

    tidak letih selepas latihan PALAPES serta 4.9% pelajar menyatakan mereka

    kadang-kadang berasa letih selepas latihan PALAPES. Dapatan hasil kajian pengkaji

    mendapati bahawa pelajar PALAPES selalu berasa letih selepas latihan PALAPES.

    Soalan: Sejauhmana pelajaran pelajar terganggu oleh aktiviti PALAPES?

    Jadual 4.4: Adakah pelajaran kamu terganggu oleh aktiviti PALAPES?

    Peratusan pelajar terganggu oleh aktiviti PALAPES.

    Frequency Percent

    Tidak Terganggu 7 13.7

    Kadang-kadang 34 66.7

    Kerap 6 11.8

    Ya,Selalu 4 7.8

    Total 51 100.0

    Jadual 4.4 menunjukkan peratusan pelajar terganggu oleh aktiviti

    PALAPES.Sebanyak 19.6% pelajar menyatakan ya, selalu dan kerap berasa

    terganggu oleh aktiviti PALAPES. Manakala 13.7% pelajar menyatakan tidak

  • 33

    terganggu dengan aktiviti PALAPES serta 66.79% pelajar menyatakan kadang-

    kadang berasa terganggu oleh aktiviti PALAPES. Dapatan hasil kajian pengkaji

    mendapati bahawa aktiviti PALAPES kadang-kadang menganggu pelajaran mereka.

    Soalan: Berapa peratuskah pelajar dapat membahagikan masa yang cukup di antara

    yang cukup di antara pelajaran akademik dengan aktiviti PALAPES?

    Jadual 4.5: Adakah kamu dapat membahagikan masa yang cukup di antara pelajaran

    akademik dengan aktiviti PALAPES?

    Peratusan pelajar dapat membahagikan masa yang cukup di antara pelajaran akademik

    dengan aktiviti PALAPES.

    Frequeny Percent

    Tidak 2 3.9

    Kadang-kadang 23 45.1

    Ya,Sebahagian besar 23 45.1

    Ya,Selalu 3 5.9

    Total 51 100.0

    Jadual 4.5 menunjukkan peratusan pelajar dapat membahagikan masa yang

    cukup di antara yang cukup di antara pelajaran akademik dengan aktiviti PALAPES.

    Sebanyak 51% pelajar menyatakan ya,selalu dan sebahagian besar dapat

    membahagikan masa yang cukup diantara pelajaran akademik dengan aktiviti

    PALAPES. Manakala dan 3.9% pelajar menyatakan tidak dapat membahagikan masa

    yang cukup diantara pelajaran akademik dengan aktiviti PALAPES dan 45.1% pelajar

    menyatakan kadang-kadang dapat membahagikan masa yang cukup diantara

    pelajaran akademik dengan aktiviti PALAPES. Dapatan hasil kajian pengkaji

    mendapati bahawa pelajar dapat membahagikan masa yang cukup di antara pelajaran

    akademik dengan aktiviti PALAPES.

  • 34

    Soalan: Sejauhmana pelajar berasa tertekan dengan tugasan kursus akademik yang

    diberi?

    Jadual 4.6: Adakah kamu berasa tertekan dengan tugasan kursus akademik yang diberi?

    Peratusan pelajar berasa tertekan dengan tugasan kursus akademik yang

    diberi.

    Frequency Percent

    Tidak Tertekan 5 9.8

    Kurang Tertekan 15 29.4

    Agak Tertekan 30 58.8

    Ya,Sangat tertekan 1 2.0

    Total 51 100.0

    Jadual 4.6 menunjukkan peratusanpelajar berasa tertekan dengan tugasan kursus

    akademik yang diberi.Sebanyak 9.8% pelajar menyatakan tidak tertekan dengan

    tugasan kursus akademik yang diberi.Manakala, hanya 2.0% pelajar menyatakan ya,

    sangat tertekan dengan tugasan kursus akademik yang diberi. Sebanyak 58.8% pelajar

    menyatakan agak tertekan dengan tugasan kursus akademik yang diberi serta 29.4%

    pelajar menyatakan kurang tertekan dengan tugasan kursus akademik yang diberi.

    Dapatan hasil kajian pengkaji mendapati bahawa pelajar PALAPES berasa agak

    tertekan dengan tugasan kursus akademik yang diberi.

  • 35

    Soalan: Berapa peratuskah pelajar PALAPES dapat menumpukan perhatian

    sepenuhnya terhadap isi kandungan kuliah walaupun selepas latihan PALAPES?

    Jadual 4.7: Adakah kamu dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap isi

    kandungan kuliah walaupun selepas latihan PALAPES?

    Peratusan pelajar PALAPES dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap

    isi kandungan kuliah walaupun selepas latihan PALAPES.

    Frequency Percent

    Tidak 3 5.9

    Kurang 14 27.5

    Ya,Kerap 25 49.0

    Ya,Selalu 9 17.6

    Total 51 100.0

    Jadual 4.7 menunjukkan peratusan pelajar PALAPES dapat menumpukan

    perhatian sepenuhnya terhadap isi kandungan kuliah walaupun selepas latihan

    PALAPES.Sebanyak 66.6% pelajar menyatakan ya, selalu dan ya, kerap dapat

    menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap isi kandungan kuliah walaupun selepas

    latihan PALAPES. Manakala, hanya 5.9% pelajar menyatakan tidak dapat

    menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap isi kandungan kuliah walaupun selepas

    latihan PALAPES serta 27.5% pelajar menyatakan kurang dapat menumpukan

    perhatian sepenuhnya terhadap isi kandungan kuliah walaupun selepas latihan

    PALAPES. Dapatan hasil kajian pengkaji mendapati bahawa pelajar PALAPES dapat

    menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap isi kandungan kuliah walaupun selepas

    latihan PALAPES.

  • 36

    Soalan: Sejauhmana pelajar dapat belajar dalam keadaan yang bising?

    Jadual 4.8: Adakah kamu boleh belajar dalam keadaan yang bising?

    Peratusan pelajar dapat belajar dalam keadaan yang bising.

    Frequency Percent

    Tidak 7 13.7

    Kadang-kadang 33 64.7

    Ya,Kerap 7 13.7

    Ya,Selalu 4 7.8

    Total 51 100.0

    Jadual 4.8 menunjukkan peratusan pelajar dapat belajar dalam keadaan yang

    bising. Sebanyak 21.5% pelajar menyatakan ya, selalu dan ya, kerap boleh belajar

    dalam keadaan yang bising. Manakala, 13.7% pelajar menyatakan tidak boleh belajar

    dalam keadaan yang bising serta 64.7% pelajar menyatakan kadang-kadang boleh

    belajar dalam keadaan yang bising. Dapatan hasil kajian pengkaji mendapati bahawa

    pelajar PALAPES boleh belajar dalam keadaan yang bising.

  • 37

    Soalan: Berapa peratuskah pelajar PALAPES suka belajar secara bersendirian?

    Jadual 4.9: Bagaimanakah cara kamu suka belajar ?

    Peratusan pelajar PALAPES suka belajar secara bersendirian.

    Frequency Percent

    Tidak 4 7.8

    Jarang 1 2.0

    Kadang-kadang 7 13.7

    Selalu 39 76.5

    Total 51 100.0

    Jadual 4.9 menunjukkan peratusan pelajar PALAPES suka belajar secara

    bersendirian. Sebanyak 76.5% pelajar menyatakan selalu suka belajar secara

    bersendirian dan 7.8% pelajar menyatakan tidak suka belajar secara bersendirian.

    Manakala hanya 2.0% pelajar menyatakan jarang suka belajar secara bersendirian

    dan 13.7% pelajar menyatakan kadang-kadang boleh belajar secara bersendirian.

    Dapatan hasil kajian pengkaji mendapati bahawa pelajar lebih suka untuk belajar secara

    bersendirian.

    Soalan: Berapa peratuskah pelajar PALAPES suka belajar dengan 2 atau 3 orang

    kawan?

    Jadual 4.10: Bagaimanakah cara kamu suka belajar ?

    Peratusan pelajar PALAPES suka belajar dengan 2 atau 3 orang kawan.

    Frequency Percent

    TJ 1 2.0

    Tidak 5 9.8

    Jarang 3 5.9

    Kadang-kadang 29 56.9

    Selalu 13 25.5

    Total 51 100.0

  • 38

    Jadual 4.10 menunjukkan peratusan pelajar PALAPES suka belajar dengan 2

    atau 3 orang kawan.Sebanyak 25.5% pelajar menyatakan selalu suka belajar dengan

    2 atau 3 orang kawan. Sebanyak 9.8% pelajar menyatakan tidak suka belajar dengan

    2 atau 3 orang kawan serta 62.5% pelajar menyatakan kadang-kadang dan jarang

    suka belajar dengan 2 atau 3 orang kawan serta hanya 2.0% tiada jawapan. Dapatan

    hasil kajian pengkaji mendapati bahawa pelajar PALAPES kurang suka belajar dengan

    2 atau 3 orang kawan.

    Soalan: Berapa peratuskah pelajar PALAPES suka belajar dengan 4 dan lebih kawan?

    Jadual 4.11: Bagaimanakah cara kamu suka belajar?

    Peratusan pelajar PALAPES suka belajar dengan 4 dan lebih kawan.

    Frequency Percent

    TJ 1 2.0

    Tidak 10 19.6

    Jarang 17 33.3

    Kadang-kadang 17 33.3

    Selalu 6 11.8

    Total 51 100.0

    Jadual 4.11 menunjukkan peratusan pelajar PALAPES suka belajar dengan 4

    dan lebih kawan.Sebanyak 11.8% pelajar menyatakan selalusuka belajar dengan 4

    orang dan lebih kawan. Manakala hanya 19.6% pelajar menyatakan tidaksuka belajar

    dengan 4 orang dan lebih kawan. Sebanyak 67.8% pelajar menyatakan jarangdan

    kadang-kadang suka belajar dengan 4 orang dan lebih kawan serta 2.0% tiada

    jawapan. Dapatan hasil kajian pengkaji mendapati bahawakurang suka untuk belajar

    dengan 4 orang dan lebih kawan.

  • 39

    Soalan: Sejauhmanakah pelajar PALAPES dapat menumpukan sepenuh perhatian

    sehingga dapat menyiapkan kerja?

    Jadual 4.12: Apabila belajar, saya akan menumpukan sepenuh perhatian sehingga saya

    dapat menyiapkan kerja saya.

    Peratusan pelajar PALAPES dapat menumpukan sepenuh perhatian sehingga dapat

    menyiapkan kerja.

    Frequency Percent

    Tidak Boleh 3 5.9

    Kadang-kadang 26 51.0

    Ya,Kerap 15 29.4

    Ya,Selalu 7 13.7

    Total 51 100.0

    Jadual 4.12 menunjukkan peratusan pelajar PALAPES dapat menumpukan

    sepenuh perhatian sehingga dapat menyiapkan kerja. Sebanyak 43.1% menyatakan

    ya, selalu dan ya, kerapdapat menumpukan sepenuh perhatian sehingga dapat

    menyiapkan kerjanya. Manakala hanya 5.9% pelajar menyatakan tidak boleh

    menumpukan sepenuh perhatian sehingga dapat menyiapkan kerjanya serta 51.0%

    pelajar menyatakan kadang-kadang akan dapat menumpukan sepenuh perhatian

    sehingga dapat menyiapkan kerjanya. Dapatan hasil kajian pengkaji mendapati bahawa

    pelajar PALAPES kadang-kadang dapat menumpukan sepenuh perhatian sehingga

    dapat menyiapkan kerja.

  • 40

    Soalan: Berapakah peratusan CGPA yang mereka perolehi?

    Jadual 4.13: Berapa CGPA kamu pada semester lepas?

    Peratusan CGPA yang mereka perolehi.

    Jadual 4.13 menunjukkan peratusan CGPA yang mereka perolehi.Sebanyak

    23.5% pelajar yang mendapat CGPA di antara 3.00 hingga 3.50. Manakala sebanyak

    21.5% pelajar yang mendapat CGPA di antara 2.50 hingga 3.00. Sebanyak 11.7%

    pelajar yang memperolehi CGPA di antara 3.50 hingga 4.00 serta sebanyak 2.0%

    pelajar mendapat CGPA di antara 2.00 hingga 2.50. Dapatan hasil kajian pengkaji

    mendapati bahawa peratusan CGPA yang paling ramai ialah 27 orang daripada 51

    orang pelajar PALAPES mendapat CGPA diantara 3.00 hingga 3.50.

    Soalan: Sejauhmana pelajar PALAPES berpuas hati dengan pencapaian akademik

    mereka?

    Jadual 4.14: Adakah kamu berpuas hati dengan percapaian akademik kamu?

    Peratusan pelajar PALAPES yang berpuas hati dengan pencapaian akademik mereka

    Frequency Percent

    Tidak berpuas hati 15 29.4

    Kurang berpuas hati 35 39.2

    Agak berpuas hati 14 27.5

    Sangat berpuas hati 2 3.9

    Total 51 100.0

    Frequency Percent

    2.00-2.50

    2.50-3.00

    3.00-3.50

    3.50-4.00

    Total

    1

    13

    27

    10

    51

    2.0

    21.5

    23.5

    11.7

    100.0

  • 41

    Jadual diatas menunjukkan peratusan pelajar PALAPES yang berpuas hati

    dengan pencapaian akademik mereka. Sebanyak 31.4% pelajar menyatakan berpuas

    hati dengan Manakala 29.4% pelajar menyatakan tidak berpuas hati dengan

    pencapaian akademik mereka. Sebanyak 39.2% pelajar menyatakan kurang berpuas

    hati dengan pencapaian akademik mereka. Dapatan hasil kajian pengkaji mendapati

    bahawa seramai 35 orang daripada 51 orang pelajar PALAPES kurang berpuas hati

    dengan pencapaian akademik mereka.

    Soalan: Sejauhmana latihan PALAPES mengganggu pelajaran akademik?

    Jadual 4.15: Adakah kamu berpuas hati dengan pencapaian akademik kamu?

    Peratusan pelajar PALAPES yang menyatakan latihan PALAPES mengganggu

    pelajaran akademik.

    Frequency Percent

    Tidak Terganggu 9 17.6

    Jarang Terganggu 31 60.8

    Ya,Mengganggu 10 19.6

    Ya,Sangat 1 2.0

    Total 51 100.0

    Jadual 4.15 adalah peratusan latihan PALAPES mengganggu pelajaran

    akademik. Sebanyak 21.6% pelajar menyatakan ya, sangat terganggu dan ya

    mengganggu pelajaran akademik dengan latihan PALAPES. Manakala 78.4% pelajar

    menyatakan tidak terganggu dan jarang terganggu antara pelajaran akademik

    dengan latihan PALAPES. Dapatan hasil kajian pengkaji mendapati bahawa pelajar

    PALAPES jarang terganggu dengan latihan PALAPES dan ianya tidak memberi kesan

    kepada pencapaian akademik mereka.

  • 42

    Jadual 4.16

    Soalan: Adakah terdapat hubungan antara gangguan latihan PALAPES dengan

    pencapaian akademik?

    Hipotesis: Terdapat hubungan diantara gangguan latihan PALAPES dengan pencapaian

    akademik. Semakin rendah gangguan latihan PALAPES, semakin tinggi pencapaian

    akademik.

    Dapatan analisis ANOVA perbandingan mean pencapaian akademik mengikut darjah

    gangguan latihan PALAPES adalah seperti jadual 4.16 dibawah :

    Jadual 4.16: Jadual perbandingan mean pencapaian akademik mengikut

    gangguan latihan PALAPES

    Nilai F = 2.476 P

  • 43

    Jadual 4.17

    Soalan: Adakah terdapat hubungan antara kecekapan pembahagian masa untuk

    PALAPES dengan pencapaian akademik?

    Hipotesis: Terdapat hubungan diantara kecekapan pembahagian masa untuk PALAPES

    dengan pencapaian akademik. Semakin tinggi kecekapan pembahagian masa, semakin

    tinggi pencapaian akademik.

    Dapatan analisis ANOVA perbandingan mean pencapaian akademik mengikut darjah

    kecekapan pembahagian masa adalah seperti jadual 4.17 dibawah :

    4.17: Jadual perbandingan mean pencapaian akademik mengikut darjah

    kecekapan pembahagian masa.

    Nilai F = 0.607 P

  • 44

    Jadual 4.18

    Soalan: Adakah terdapat hubungan antara cara belajar dengan dua dan tiga orang rakan

    dengan pencapaian akademik?

    Hipotesis: Terdapat hubungan diantara cara belajar dengan dua dan tiga orang rakan

    dengan pencapaian akademik. Semakin tinggi cara belajar dengan dua dan tiga orang

    rakan, semakin tinggi pencapaian akademik.

    Dapatan analisis ANOVA perbandingan mean pencapaian akademik mengikut darjah

    cara belajar dengan dua dan tiga orang rakan adalah seperti jadual 4.18 dibawah:

    Jadual 4.18: Jadual perbandingan mean pencapaian akademik mengikut dengan

    dua dan tiga orang rakan.

    Cara belajar N Mean Std. Deviation

    TJ 1 1.0000 .

    Tidak 5 1.8000 1.09545

    Jarang 3 1.3333 .57735

    Kadang-kadang 29 2.3793 .77523

    Selalu 13 1.6923 .75107

    Total 51 2.0588 .85818

    Nilai F= 3.071 P

  • 45

    Jadual 4.19 : Korelasi Pearson R

    Jadual 4.19 menunjukkan peratusan Korelasi Pearson R yang menunjukkan bahawa

    tidak ada hubungan antara latihan PALAPES, pembahagian masa dan cara belajar

    dengan pencapaian akademik mahasiswa/i yang menyertai aktiviti PALAPES.

    Latihan

    PALAPES

    Pembahagian

    masa

    Cara

    belajar

    Pencapaian

    akademik

    Korelasi Pearson R V10 Correlation Coefficient 1.000 -.175 -.144 -.215

    Sig. (2-tailed) . .220 .313 .129

    N 51 51 51 51

    V11 Correlation Coefficient -.175 1.000 -.079 .010

    Sig. (2-tailed) .220 . .582 .945

    N 51 51 51 51

    V16 Correlation Coefficient -.144 -.079 1.000 -.022

    Sig. (2-tailed) .313 .582 . .876

    N 51 51 51 51

    V20 Correlation Coefficient -.215 .010 -.022 1.000

    Sig. (2-tailed) .129 .945 .876 .

    N 51 51 51 51

  • 46

    Bab V

    Perbincangan dan Kesimpulan

    5.1 Pengenalan

    Bab ini akan membincangkan hasil dapatan yang telah diperolehi daripada kajian.

    Perbincangan ini memfokuskan kepada perkara-perkara yang terkandung dalam

    hipotesis yang melibatkan tekanan dan pencapaian akademik mahasiswa/i PALAPES

    peringkat senior tahun tiga di Universiti Malaya. Secara umumnya, keputusan-

    keputusan yang diperolehi akan diperkukuhkan lagi dengan teori-teori yang telah

    dirujuk dan juga kajian-kajian lepas yang berkaitan. Selain itu, bab ini juga

    merumuskan hasil dapatan serta memberi kepentingan kajian ini pada masa akan

    datang. Lanjutan daripada kajian ini, beberapa cadangan dikemukan dan diakhiri

    dengan rumusan keseluruhan untuk kajian ini.

    5.2 Ringkasan Dapatan Kajian

    Objektif utama kajian ini ialah untuk mengkaji kesan tekanan aktiviti PALAPES

    terhadap tahap pencapaian akademik mahasiswa/i PALAPES peringkat senior di

    Universiti Malaya.Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan soal selidik berdasarkan

    soalan-soalan yang sesuai untuk mengukur hubungan antara tekanan latihan PALAPES

    dengan pencapaian akademik.

    Responden bagi kajian ini merupakan mahasiswa/i PALAPES peringkat

    Senior tahun tiga di Universiti Malaya. Jumlah keseluruhan responden adalah seramai

    51 orang yang merupakan mahasiswa/i PALAPES peringkat Senior tahun tiga di

    Universiti Malaya.

    Analisa Korelasi Pearson R, ANOVA, juga dijalankan bagi mengenalpasti

    hubungan antara tekanan dan pencapaian akademik mahasiswa/i PALAPES peringkat

    Senior tahun tiga di Universiti Malaya.

  • 47

    5.3 Perbincangan

    Bahagian ini akan membincangkan hasil dapatan berdasarkan persoalan. Perbincangan

    merangkumi persoalan kajian dan hipotesis kajian. Perbicangan ini juga berdasarkan

    kepada huraian tentang pemerhatian, pendapat pengkaji serta sokongan kajian

    terdahulu. Huraian merangkumi perbincangan tentang:

    Bahagian A :

    5.3.1: Berapa peratuskah pelajar PALAPES mempunyai masa yang cukup untuk

    belajar?

    Peratusan pelajar mendapati masa yang mencukupi untuk belajar. Sebanyak

    66.7% pelajar menyatakan cukup masa untuk belajar. Dapatan hasil kajian pengkaji

    mendapati bahawa pelajar yang menyertai PALAPES mempunyai masa yang cukup

    untuk belajar.

    5.3.2: Berapa peratuskah pelajar PALAPES mengelakkan diri daripada terlibat

    dengan kokurikulum yang mengganggu jadual belajar mereka?

    Peratusan pelajar PALAPES mengelakkan diri daripada terlibat dengan

    kokurikulum yang mengganggu jadual belajar mereka. Sebanyak 64.7% pelajar

    menyatakan kadang-kadang mereka mengelakkan diri daripada terlibat dengan

    kokurikulum yang mengganggu jadual belajar. Dapatan hasil kajian pengkaji mendapati

    bahawa sebahagian pelajar PALAPES mengelakkan diri daripada terlibat dengan

    kokurikulum yang mengganggu jadual belajar mereka.

    5.3.3: Sejauhmana pelajar PALAPES akan berasa letih selepas latihan

    PALAPES?

    Peratusan pelajar PALAPES akan berasa letih selepas latihan PALAPES.

    Sebanyak 43.2% pelajar menyatakan ya, selalu dan ya,kerap berasa letih selepas

    latihan PALAPES. Dapatan hasil kajian pengkaji mendapati bahawa pelajar PALAPES

    selalu berasa letih selepas latihan PALAPES.

  • 48

    5.3.4: Sejauhmana pelajaran pelajar terganggu oleh aktiviti PALAPES?

    Peratusan pelajar terganggu oleh aktiviti PALAPES sebanyak 66.79 % pelajar

    menyatakan kadang-kadang berasa terganggu oleh aktiviti PALAPES. Dapatan hasil

    kajian pengkaji mendapati bahawa aktiviti PALAPES kadang-kadang menganggu

    pelajaran mereka.

    5.3.5: Berapa peratuskah pelajar dapat membahagikan masa yang cukup di

    antara yang cukup di antara pelajaran akademik dengan aktiviti PALAPES?

    Peratusan pelajar dapat membahagikan masa yang cukup di antara pelajaran

    akademik dengan aktiviti PALAPES. Sebanyak 51% pelajar menyatakan ya,selalu

    dan sebahagian besar dapat membahagikan masa yang cukup diantara pelajaran

    akademik dengan aktiviti PALAPES. Dapatan hasil kajian pengkaji mendapati bahawa

    pelajar dapat membahagikan masa yang cukup di antara pelajaran akademik dengan

    aktiviti PALAPES.

    5.3.6: Sejauhmana pelajar berasa tertekan dengan tugasan kursus akademik yang

    diberi?

    Peratusan pelajar berasa tertekan dengan tugasan kursus akademik yang diberi.

    Sebanyak 58.8% pelajar menyatakan agak tertekan dengan tugasan kursus akademik.

    Dapatan hasil kajian pengkaji mendapati bahawa pelajar PALAPES berasa agak

    tertekan dengan tugasan kursus akademik yang diberi.

    5.3.7: Berapa peratuskah pelajar PALAPES dapat menumpukan perhatian

    sepenuhnya terhadap isi kandungan kuliah walaupun selepas latihan PALAPES?

    Peratusan pelajar PALAPES dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap

    isi kandungan kuliah walaupun selepas latihan PALAPES. Sebanyak 66.6% pelajar

    menyatakan ya, selalu dan ya, kerap dapat menumpukan perhatian sepenuhnya

    terhadap isi kandungan kuliah walaupun selepas latihan PALAPES. Dapatan hasil

    kajian pengkaji mendapati bahawa pelajar PALAPES dapat menumpukan perhatian

    sepenuhnya terhadap isi kandungan kuliah walaupun selepas latihan PALAPES.

  • 49

    5.3.8: Sejauhmana pelajar dapat belajar dalam keadaan yang bising?

    Peratusan pelajar dapat belajar dalam keadaan yang bising. Sebanyak 64.7%

    pelajar menyatakan kadang-kadang boleh belajar dalam keadaan yang bising.

    Dapatan hasil kajian pengkaji mendapati bahawa pelajar PALAPES boleh belajar

    dalam keadaan yang bising.

    5.3.9: Berapa peratuskah pelajar PALAPES suka belajar secara bersendirian?

    Peratusan pelajar PALAPES suka belajar secara bersendirian. Sebanyak 76.5%

    pelajar menyatakan selalu suka belajar secara bersendirian dan dapatan hasil kajian

    pengkaji mendapati bahawa pelajar lebih suka untuk belajar secara bersendirian.

    5.3.10: Berapa peratuskah pelajar PALAPES suka belajar dengan 2 atau 3 orang

    kawan?

    Peratusan pelajar PALAPES suka belajar dengan 2 atau 3 orang kawan.

    Sebanyak 62.5% pelajar menyatakan kadang-kadang dan jarang suka belajar

    dengan 2 atau 3. Dapatan hasil kajian pengkaji mendapati bahawa pelajar PALAPES

    kurang suka belajar dengan 2 atau 3 orang kawan.

    5.3.11: Berapa peratuskah pelajar PALAPES suka belajar dengan 4 dan lebih

    kawan?

    Peratusan pelajar PALAPES suka belajar dengan 4 dan lebih kawan. Sebanyak

    67.8% pelajar menyatakan jarangdan kadang-kadang suka belajar dengan 4 orang

    dan lebih kawan. Dapatan hasil kajian pengkaji mendapati bahawa kurang suka untuk

    belajar dengan 4 orang dan lebih kawan.

    5.3.12: Sejauhmanakah pelajar PALAPES dapat menumpukan sepenuh perhatian

    sehingga dapat menyiapkan kerja?

    Peratusan pelajar PALAPES dapat menumpukan sepenuh perhatian sehingga

    dapat menyiapkan kerja. Sebanyak 51.0% pelajar menyatakan kadang-kadangakan

    dapat menumpukan sepenuh perhatian sehingga dapat menyiapkan kerjanya. Dapatan

    hasil kajian pengkaji mendapati bahawa pelajar PALAPES kadang-kadang dapat

    menumpukan sepenuh perhatian sehingga dapat menyiapkan kerja.

  • 50

    5.3.13: Berapakah peratusan CGPA yang mereka perolehi?

    Peratusan CGPA yang mereka perolehi.Sebanyak 23.5% pelajar yang mendapat

    CGPA di antara 3.00 hingga 3.50. Dapatan hasil kajian pengkaji mendapati bahawa

    peratusan CGPA yang paling ramai ialah 27 orang daripada 51 orang pelajar PALAPES

    mendapat CGPA diantara 3.00 hingga 3.50.

    5.3.14: Berapakah peratusan CGPA yang mereka perolehi?

    Peratusan CGPA yang mereka perolehi. Sebanyak 23.5% pelajar yang

    mendapat CGPA di antara 3.00 hingga 3.50.Dapatan hasil kajian pengkaji mendapati

    bahawa peratusan CGPA yang paling ramai ialah 27 orang daripada 51 orang pelajar

    PALAPES mendapat CGPA diantara 3.00 hingga 3.50.

    5.3.15: Sejauhmana pelajar PALAPES berpuas hati dengan pencapaian akademik

    mereka?

    Peratusan pelajar PALAPES yang berpuas hati dengan pencapaian akademik

    mereka. Sebanyak 39.2% pelajar menyatakan kurang berpuas hati dengan pencapaian

    akademik mereka. Dapatan hasil kajian pengkaji mendapati bahawa seramai 35 orang

    daripada 51 orang pelajar PALAPES kurang berpuas hati dengan pencapaian akademik

    mereka.

    5.3.16: Sejauhmana latihan PALAPES mengganggu pelajaran akademik?

    Peratusan pelajar PALAPES yang menyatakan latihan PALAPES mengganggu

    pelajaran akademik. Sebanyak 78.4% pelajar menyatakan tidak terganggu dan

    jarang terganggu antara pelajaran akademik dengan latihan PALAPES. Dapatan hasil

    kajian pengkaji mendapati bahawa pelajar PALAPES jarang terganggu dengan latihan

    PALAPES dan ianya tidak memberi kesan kepada pencapaian akademik mereka.

  • 51

    Bahagian B :

    5.3.17: Terdapat hubungan yang signifikan di antara aktiviti PALAPES dengan

    tahap pencapaian akademik mahasiswa/i PALAPES peringkat senior di Universiti

    Malaya.

    Berdasarkan kajian dalam bab empat menunjukkan bahawa latihan PALAPES tidak

    memberi kesan terhadap pencapaian akademik pelajar. Dapatan kajian menunjukkan

    Nilai F = 2.476 P

  • 52

    ulangkaji dan minggu peperiksaan, supaya dapat memberi ruang kepada mahasiswa/i

    PALAPES untuk fokus kepada peperiksaaan.

    5.3.18: Untuk melihat hubungan antara tekanan yang dihadapi oleh mahasiswa/i

    PALAPES peringkat senior dengan pencapaian akademik.

    Bagi hipotesis yang kedua, ianya menunjukkan dengan jelas bahawa tekanan tidak

    memberikan kesan terhadap pencapaian akademik pelajar. Dapatan kajian

    menunjukkan Nilai F = 0.607 P

  • 53

    yang dilakukan sewajarnya dapat membantu untuk menghilangkan tekanan yang

    dihadapi selama lima hari menjalani kehidupan sebagai mahasiswa/i yang sentiasa

    bergelut dengan tugasan yang diberi oleh pensyarah.

    5.3.19: Terdapat hubungan diantara cara belajar dikalangan mahasiswa/i

    PALAPES peringkat senior di Universiti Malaya dengan pencapaian akademik.

    Bagi hipotesis yang ketiga pula menunjukkan menunjukkan tidak terdapat hubungan

    yang wujud antara pencapaian akademik dengan cara belajar. Dapatan kajian

    menunjukkan Nilai F= 3.071 P

  • 54

    yang selesa belajar dengan cara mereka yang tersendiri iaitu belajar secara

    berseorangan, belajar bersama dua atau tiga orang kawan atau belajar bersama empat

    atau lebih orang kawan. Setiap daripada mereka mempunyai cara belajar yang berbeza

    malah, cara pembelajaran tersebut tidak menjejaskan pencapaian akademik mereka. Di

    samping itu, kemungkinan juga cara belajar mahasiswa/i tidak memberi tekanan

    terhadap diri mereka sehingga menjejaskan pencapaian akademik.

    5.4 Limitasi Kajian

    Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap tekanan aktiviti PALAPES dengan

    pencapaian akademik mahasiswa/i PALAPES peringkat senior tahun tiga di Universiti

    Malaya. Saiz sampel bagi kajian ini agak kecil kerana respondan bagi kajian ini hanya

    seramai 51 orang yang merupakan mahasiswa/i PALAPES peringkat Senior tahun tiga

    di Universiti Malaya.

    5.5 Cadangan

    a. Pentadbir Universiti

    Berdasarkan daripada dapatan kajian perintis yang telah diperelohi ia

    menunjukkan segala hipotesis telah ditolak. Ini menunjukkan bahawa aktiviti

    PALAPES tidak mengganggu tahap pencapaian akademik mahasiswa/i PALAPES

    peringkat senior di Universiti Malaya.Justeru pentadbir universiti sewajarnya

    bekerjasama dengan unit kaunseling untuk mengenalpasti punca sebenar yang

    membawa kepada CGPA yang rendah dikalangan mahasiswa/i PALAPES peringkat

    senior Universiti Malaya.

  • 55

    RUJUKAN

    Nur Faridah Hanim Bt Mohd Mokhtar. (2007). Kesan stres terhadap pencapaian

    akademik dan personality pelajar politeknik. Universiti Tun Hussien Onn :

    UTHM

    Jamilah Bt Nordin. (2003). Kawallah kehidupan anda. Universiti Tun Hussien Onn

    Malaysia : Synegy Publishing Co.

    Mohamad Zaid Mustafa et.al.(2009). Stres dalam kalangan pelajar wanita program

    sarjana muda kejurutera