tahap 2 (popkuiz)

8
POPKUIZ SENARAI SOALAN PUSINGAN 1 BAGI TAHUN 4, 5 DAN 6 (MURID DIBERI PELUANG MEMILIH NOMBOR SOALAN) Tahun 4 1. Nyatakan 3 bahagian badan yang terlibat semasa pernafasan a. Hidung, trakea, peparu 2. Organ dan hasil perkumuhan yang manakah dipadankan dengan betul? a. Kulit menghasilkan air kencing b. Ginjal menghasilkan peluh. c. Peparu menghasilkan karbon dioksida dan wap air 3. Nyatakan 3 ciri yang boleh diwarisi anak daripada ibu bapanya a. Warna kulit, warna mata, rambut, rupa, saiz fizikal 4. Memakan makanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan penyakit ____________. 5. Terdapat 4 organ pernafasan haiwan iaitu peparu, insang, kulit lembap, dan spirakel. Berikan 1 haiwan yang bernafas menggunakan kulit lembap dan 1 haiwan yang bernafas menggunakan spirakel. 6. Fotosintesis ialah proses yang mana tumbuhan membuat makanan sendiri. Betul atau tidak? 7. Menyatakan proses fotosintesis menghasilkan oksigen dan ___________? a. Kanji

Upload: nawwar-basirah

Post on 02-Dec-2015

232 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Soalan Popkuiz (2 pusingan)

TRANSCRIPT

Page 1: Tahap 2 (Popkuiz)

POPKUIZ

SENARAI SOALAN PUSINGAN 1 BAGI TAHUN 4, 5 DAN 6 (MURID DIBERI

PELUANG MEMILIH NOMBOR SOALAN)

Tahun 4

1. Nyatakan 3 bahagian badan yang terlibat semasa pernafasan

a. Hidung, trakea, peparu

2. Organ dan hasil perkumuhan yang manakah dipadankan dengan betul?

a. Kulit menghasilkan air kencing

b. Ginjal menghasilkan peluh.

c. Peparu menghasilkan karbon dioksida dan wap air

3. Nyatakan 3 ciri yang boleh diwarisi anak daripada ibu bapanya

a. Warna kulit, warna mata, rambut, rupa, saiz fizikal

4. Memakan makanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan penyakit

____________.

5. Terdapat 4 organ pernafasan haiwan iaitu peparu, insang, kulit lembap, dan

spirakel. Berikan 1 haiwan yang bernafas menggunakan kulit lembap dan 1

haiwan yang bernafas menggunakan spirakel.

6. Fotosintesis ialah proses yang mana tumbuhan membuat makanan sendiri.

Betul atau tidak?

7. Menyatakan proses fotosintesis menghasilkan oksigen dan ___________?

a. Kanji

8. Apakah rumus/formula pengiraan luas? Luas = panjang x lebar.

9. Objek yang boleh berkarat diperbuat daripada ____________?

a. Besi

10.Ahli dalam Sistem Suria iaitu matahari, planet, satelit semula jadi, asteroid,

meteoroid, dan ___________?

a. Komet

Page 2: Tahap 2 (Popkuiz)

Tahun 5

1. Salah satu cara haiwan melindungi diri daripada bahaya adalah dengan

mempunyai duri yang tajam seperti landak. Berikan contoh ciri yang ada pada

haiwan untuk melindungi dirinya daripada bahaya selain daripada mempunyai

duri.

a. Cngkerang keras contoh kura-kura, penyu

b. Sisik keras contoh tenggiling, buaya

c. Tanduk contoh kerbau, rusa

d. Bisa contoh kala jengking, lipan

e. Menggulungkan diri contoh ulat gonggok, tenggiling

f. Menyamar contoh sesumpah, mentadak

g. Memutuskan anggota badan contoh cicak, sotong kurita

h. Memasukkan anggota badannya ke dalam cangkerang contoh siput,

kura-kura

i. Hidup dalam kumpulan contoh gajah, ikan bilis

2. Daripada senarai berikut bina satu rantai makanan yang merangkumi

pengeluar dan pengguna primer, pengguna sekunder dan pengguna tertier:

a. Cicak

b. Ikan

c. Rumpai

d. Ular

e. Kucing

f. Burung Helang

3. Terdapat pelbagai bentuk tenaga. Antaranya ialah tenaga suria dan tenaga

haba. Berikan 2 bentuk tenaga lain.

a. tenaga kimia, tenaga elektrik, tenaga kinetik, tenaga bunyi, tenaga

keupayaan, tenaga cahaya dan tenaga nuklear

4. Tenaga boleh berubah dari satu bentuk ke bentuk lain. Betul atau tidak?

5. Sumber tenaga tidak boleh dibaharui adalah seperti petroleum, arang batu

dan bahan nuklear. Manakala, sumber tenaga boleh dibaharui adalah seperti

angin, dan ____________?

a. cahaya matahari, hujan, biojisim dan ombak

Page 3: Tahap 2 (Popkuiz)

6. Cahaya bergerak _____________?

7. Nyatakan 2 perbuatan yang dilarang di dalam makmal sains.

a. Makan dan minum

b. Bermain-main

c. Masuk tanpa kebenaran guru

8. Apabila bahan menerima haba, bahan akan menjadi

_______________________? Panas

9. Air sangat penting kepada manusia untuk ____________________?

a. Minum

b. Mandi

c. Membasuh pakaian

d. Pembinaan (bancuh simen)

10. Keasidan dan kealkalian bahan diuji menggunakan kertas litmus. Apabila

sesuatu bahan itu berasid, kertas litmus merah berubah warna? Jika ya,

nyatakan warna itu.

a. Tidak.

Page 4: Tahap 2 (Popkuiz)

Tahun 6

1. Mengapa haiwan hidup berkumpulan?

a. Untuk keselamatan,

b. Untuk makanan

2. faktor-faktor persaingan haiwan ialah:

a. makanan

b. air

c. pasangan

d. tempat tinggal

e. wilayah/kawasan.

3. Sangat penting untuk kita memastikan spesis haiwan tidak pupus. Berikan 3

contoh haiwan yang disenaraikan sebagai haiwan yang terancam.

a. Gajah

b. Harimau

c. Jerung

d. Beruang

e. Penyu

4. Daya boleh menggerakkan objek pegun, memberhentikan objek yang

bergerak dan __________?

a. menukar arah pergerakan objek,

b. membuatkan pergerakan objek lebih laju atau lebih perlahan,

c. mengubah bentuk objek.

5. Apakah kesan geseran jika kita menggosok-gosok kedua-dua tapak tangan?

Menjadi panas.

6. Apakah rumus/formula kelajuan? laju = jarak/masa

7. Makanan diawet agar tahan lebih lama dan berkualiti. Nyatakan 3 cara

pengawetan yang kamu tahu.

a. pengeringan,

b. pendidihan,

c. penyejukan,

d. pembungkusan vakum,

e. penjerukan,

Page 5: Tahap 2 (Popkuiz)

f. penyejuk bekuan,

g. pembotolan / pengetinan,

h. pempasturan,

i. pengasinan,

j. penyalaian,

8. Nyatakan kedudukan bumi semasa gerhana bulan. Di antara matahari dan

bulan.

9. Gerhana matahari berlaku pada waktu siang. Kedudukan bumi pada waktu ini

ialah?

10. Apakah makanan yang diawet dengan kaedah pengasinan? Ikan masin, telur

masin

Page 6: Tahap 2 (Popkuiz)

SENARAI SOALAN PUSINGAN 2 (MENJAWAB PANTAS) BAGI TAHUN 4, 5 DAN 6

– SOALAN DIBACA OLEH GURU DAN JAWAPAN BETUL & TERPANTAS OLEH

MURID DIKIRA 1 MARKAH

1. Sungai terpanjang di dunia ialah _______________? Sungai Nil

2. Kopi adalah bahan berasid / beralkali? Berasid

3. Terdapat 8 planet dalam sistem suria kita termasuklah Planet pluto. Betul

atau salah? Salah. *8 planet, tetapi tiada Pluto

4. Gunung tertinggi di dunia ialah ______________.? Gunung Everest

5. Nyatakan organ pernafasan katak. Kulit lembap dan peparu

6. Terdapat 3 jenis diet haiwan iaitu karnivor, herbivore dan omnivor. Burung

gagak ialah haiwan ____________. Omnivor

7. Haiwan ini tidak boleh memanjat pokok dan merupakan haiwan terpantas di

dunia. Haiwan ini ialah __________. Cheetah

8. Terdapat haiwan yang hidup secara berkumpulan, manakala ada yang hidup

bersendirian. Panda tergolong dalam haiwan yang ___________. Hidup

bersendirian.

9. Bagaimanakah cara sesumpah melindungi dirinya? Bertukar warna.