tafsir maudhu'iy

7
Tafsir Maudhu’iy Jenis-jenis tafsir dan huraiannya Tafsir ialah ilmu yang memberi penelitian tentang maksud yang terkandung di dalam al-Qur’an. Al-Qur’an memberi makna-makna yang tersurat dan tersirat ibarat berlian. Ahli tafsir menciptakan tafsir untuk mendapatkan berlian. Antara jenis-jenis tafsir ialah : 1. Tafsir tahliliy (analisis atau mengkaji) Menyatakan makna-makna lafadz al-Qur’an pada ayat dan susunan ayat atau susunan bahasa (simbolik/perumpamaan) dan melihat kepada asbabun nuzul dan hukum-hukum ayat beserta hukumnya dan ditambah juga dengan kata-kata ulama tentang masalah fiqah atau dari segi nahwu dan juga mengaitkan ayat dengan ayat yang sebelumnya dan tafsir inilah yang paling utama. 2. Tafsir ijmali (keseluruhan atau secara umum) Tafsir yang menerangkan makna-makna ayat secara umum dan lafadz-lafadz yang jarang didengar dan juga ikatan dengan makna-makna ayat dengan dituliskan supaya difahami. 3. Tafsir muqaran (perbandingan) Tafsir yang menerangkan ayat al-Qur’an dengan mendatangkan apa yang dituliskan oleh ahli tafsir

Upload: fraadawiyah

Post on 18-Jan-2016

29 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tafsir

TRANSCRIPT

Page 1: Tafsir Maudhu'Iy

Tafsir Maudhu’iy

Jenis-jenis tafsir dan huraiannya

Tafsir ialah ilmu yang memberi penelitian tentang maksud yang terkandung di dalam al-Qur’an.

Al-Qur’an memberi makna-makna yang tersurat dan tersirat ibarat berlian. Ahli tafsir

menciptakan tafsir untuk mendapatkan berlian.

Antara jenis-jenis tafsir ialah :

1. Tafsir tahliliy (analisis atau mengkaji)

Menyatakan makna-makna lafadz al-Qur’an pada ayat dan susunan ayat atau susunan

bahasa (simbolik/perumpamaan) dan melihat kepada asbabun nuzul dan hukum-

hukum ayat beserta hukumnya dan ditambah juga dengan kata-kata ulama tentang

masalah fiqah atau dari segi nahwu dan juga mengaitkan ayat dengan ayat yang

sebelumnya dan tafsir inilah yang paling utama.

2. Tafsir ijmali (keseluruhan atau secara umum)

Tafsir yang menerangkan makna-makna ayat secara umum dan lafadz-lafadz yang

jarang didengar dan juga ikatan dengan makna-makna ayat dengan dituliskan supaya

difahami.

3. Tafsir muqaran (perbandingan)

Tafsir yang menerangkan ayat al-Qur’an dengan mendatangkan apa yang dituliskan

oleh ahli tafsir mengenainya. Atau ayat-ayat lain yang berkaitan dan mencuba untuk

membanding-bandingkan dalil-dalil atau tafsir-tafsir di antara mereka, kemudian

diambil dalil yang paling dekat, jelas atau tepat dengan sebab-sebab tertentu.

4. Tafsir maudhu’iy

Perkataan tafsir berasal dari الفسر ertinya menghuraikan.

Dari segi bahasa, البيان كشف هو الفسر من yang bermaksud menemui التفسير

keterangan.

Pendapat al-Ragibu, tafsir ialah المعقول المعنى اظهار yang هو bermaksud

melahirkan makna-makna yang logik.

Page 2: Tafsir Maudhu'Iy

Perkataan al-maudhu’iy berasal dari yang الموضع bermaksud letak, atau lebih

tepatnya lagi meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Tafsir maudhu’iy

أكثر أو سورة خالل من القرآنية المقاصد حسب اقضايا يتناول علم yang bermaksud هو

‘suatu ilmu yang membicarakan isu-isu maqasid (kepentingan, tujuan) al-Qur’an

yang ada di sekitar surah itu atau surah lain’.

Menurut pandangan ahli tafsir yang lain, tafsir maudhu’iy ialah memfokuskan ayat-

ayat al-Qur’an yang membincangkan satu-satu tajuk tertentu dan yang mempunyai

satu-satu tujuan dengan cara yang terperinci.

Contohnya, dalam al-Qur’an terdapat surah yang mengandungi tajuk mengenai

ketuhanan, tujuannya agar manusia menyedari dirinya adalah makhluk Allah yang

lemah.

Bila timbulnya tafsir maudhu’iy ?

Ianya berlaku pada kurun 14 H.

Dijadikan satu subjek di university al-Azhar untuk pertama kalinya.

Sedangkan tafsir sudah ada sejak zaman Rasulullah, di mana dalilnya terdapat

dalam surah al-an’am ayat 59,

Terjemahannya :

“ Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan Segala Yang ghaib,

tiada sesiapa Yang mengetahuiNya melainkan Dia lah sahaja”.

Dalam surah luqman ayat 34 pula menjelaskan maksud alam ghaib yang

terdapat dalam surah al-an’am,

Terjemahannya :

“ Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan Yang tepat tentang hari kiamat.

dan Dia lah jua Yang menurunkan hujan, dan Yang mengetahui Dengan

sebenar-benarnya tentang apa Yang ada Dalam rahim (ibu Yang

mengandung).”

Page 3: Tafsir Maudhu'Iy

Tafsir maudhu’iy juga menggunakan ayat-ayat hukum.

Menggunakan perumpamaan atau ayat sama tapi berbeza maksud. ( النطائر و (االشباه

Contohnya, خير bermaksud harta, dalam surah al-Baqarah ayat 180.

.bermaksud iman, dalam surah al-Anfal ayat 23 خير

.bermaksud Islam, dalam surah al-Qalam ayat 12 خير

.bermaksud sebaik-baiknya, dalam surah al-Mukminun ayat 109 خير

.bermaksuk ganjaran, dalam surah al-Hajj ayat 36 خير

Mempelajari ilmu-ilmu al-Qur’an bertujuan supaya kita memikirkan masa depan.

Kepentingan tafsir maudhu’iy

1. Untuk melahirkan gambar-gambar baru daripada I’jaz atau mukjizat al-Qur’an.

Dengan mengikuti al-Qur’an kita akan menjadi orang yang dapat kemajuan dalam

berfikir, kerana di dalamnya tiada kebatilan dan kesalahan.

2. Melihat kepentingan tafsir Qur’am dengan Qur’an lain.

3. Untuk memperbaharui hajat manusia.

4. Untuk mendapatkan maklumat kepada satu-satu isu yang terdapat dalam al-

Qur’an.

5. غموض وال فيها لبس ال القرءان ايات في maksudnya جليلة ‘jelas, tidak

berkecamuk dan bukan tidak boleh difahami oleh manusia dan maksudnya jelas.

Kalam Allah yang di dalamnya tiada kebatilan dan kesalahan dan tidak habis

keajaibannya atau keunikannya dan tidak habis cirri-ciri keajaibannya.

6. Membuktikan sudut keagungan dan ketelitian perbahasan dalam al-Qur’an

menerusi himpunan terhadap topik-topiknya yang tertentu. (sama dengan no.5)

7. Menunjukkan kepentingan tafsir al-Qur’an dengan ayat al-Qur’an yang lain yang

mana ianya menjadi kebiasaan dalam perbahasan tafsir maudhi’iy ini. (sama

dengan no.2)

8. Memperbaharui gaya pemikiran masyarakat Islam dan menghidangkan buat

mereka bentuk baru dalam memahami al-Qur’an (sama dengan no 1 & 3)

ciri-ciri tafsir maudhu’iy

1. selalu disebutkan dengan kalimah-kalimah al-Qur’an terlebih dahulu, kemudian

mendatangkan ayat yang menyebutkan kalimat tersebut. melihat perkataan asal

Page 4: Tafsir Maudhu'Iy

daripada bahasa, kemudian barulah bermula ditafsirkan dan mengeluarkan

hukum-hukum kalimah daripada al-Qur’an. Dan sungguh banyak kalimah al-

Qur’an dijadikan istilah al-Qur’an. Kemudian ayat tersebut dikaitkan atau

diselaraskan dengan ayat sebelum atau selepasnya.

2. Ditetapkan atau diletakkan tajuk tertentu. Kemudian dibawakan ayat-ayat al-

Qur’an lalu dibawa cara (uslub) yang berbagai dalam penjelasan dan kritikan atau

pendapat atau cuba menimbulkan persoalan. Atau mengeluarkan satu isu yang

dikehendaki satu kajian daripada perspektif al-Qur’an dan setelah dikaji di sinilah

terdapat isyarat keunikan al-Qur’an yang disebutkan dengan mukjizat. Kajian

tersebut menunjukkan kepada kita mengenai pegangan hidup dan metod untuk

diamalkan dan di dalamnya menyeluruh, dapat difahami, sempurna dan jelas

(tidak tersembunyi) atau menerangakan atau penerangan.

3. Mentafsir cara al-Qur’an membentang fikiran-fikiran mengenai al-maudhi’iy. Al-

Qur’an merupakan titik mula tafsir ini. Dengan dikaitkan dengan reality

kehidupan dan masalah-masalah kehidupan mereka dan akhirnya mendapat

jawapan daripada al-Qur’an itu sendiri.

Secara kesimpulan, tafsir maudhu’iy tidak lari atau terlepas daripada 3 perkara

iaitu :

1. Memperbanyakkan tajuk-tajuk yang didatangkan daripada al-qur’an dan

mengkaji atau analisa.

2. Memperbaharui tajuk-tajuk lama.

3. Mengambil taju dari surah-surah al-Qur’an.